Anda di halaman 1dari 3

SK SERI KAMPUNG RENGGAM

TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


 
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, 
Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana, 
Guru-guru yang dihormati dan seterusnya hadirin hadirat sekalian, dekat di hati… 
 
Assalamualaikum pembuka bicara. 
Kepentingan menjaga Alam Sekitar. Begitulah tajuk pidato yang akan saya
sampaikan pada hari ini. 
Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidato ini. 
 
Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di
langit. menjaga pula ditakrifkan sebagai
amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang, manakala 
bersama pula diertikan sebagai semua yang terlibat. 
 
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan
alam sekitar 
merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah hadirin-
hadirat sekalian,  
bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha
untuk membersihkan dan 
mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. 
 
Hadirin  yang dihormati, 
 
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan.Negara kita 
Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di sana sini
mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus
pembangunan yang kita 
nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak,
janganlah  pula kita leka dengan isu pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya kedua-
dua pembangunan ini amat berkait rapat. 
 
Hadirin yang dihormati, 
 
Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu
lebih daripada yang dituntut kerana
menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian. Semua 
pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari
ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan
adalah melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara
alam.

Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, 


sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi
toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam 
sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar. 
 
 
Hadirin yang dikasihi. 
 
Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar
ialah imej kita. Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada
pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung hadirin sekalian, 
akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke sektor pelancongan untuk
menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab
yang tinggi untuk memelihara alam sekitar. 
 
Hadirin yang dihormati, 
   
Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya
pemeliharaan alam sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut  pada
setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar. 
 
Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan
bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu
tidak mahu hidup kita diselubungi  pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita
ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita
sihat, semuanya  bergantung pada alam sekitar yang sihat. 
 
Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-
sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. 

Renungilah bait bait ini sebelum saya menutup bicara : 
Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa 
Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya. 

Sekian, terima kasih. 

Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarkatuh.

Anda mungkin juga menyukai