Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum

Saya bersetuju dengan pendapat yang diberikan. Rasulullah saw menggunakan berbagai kaedah
dalam menyamapikan pengajaran baginda antaranya ;
1. Kuliah dan khutbah
Rasulullah SAW menyampaikan kuliah dan khutbah ini di masjid dan ada ketikanya dirumah
terutamnaya khutbah pada setiap hari jumaat. Sebelum Baginda wafat dalam hajjatul Wada
pengajaran secara khutbah dan ucapan disampaikan oleh Rasulullah SAW. Pada musim haji
tersebut baginda telah banyak berucap di Arafah, mina, Perigi Ghadir dan Uhud.
2. Dialog dan perbincangan
rasulullah SAW menggunakan kaedah dialog dan perbincangan dalam pengajaran baginda.
Baginda pernah berdialog dengan sekumpulan pemuda Bani al Marith bin Kaab bertujuan
supaya mereka menerima Islam dengan prinsip yang betul. Baginda telah berbincang dengan
mereka agar penerimaan Islam mereka bukan kerana kebaikan Khalid bin al Walid yang telah
dihantar kepada mereka.
Dalam hal ini dengan tegas mereka berkata Kami sesekali tidak memujimu dan memuji
Khalid. Lantas Baginda bertanya Siapa lagi yang kamu puji? mereka menjawab , Kami
memuji Allah SWT yang memberikan kami petunjuk mengikutmu wahai rasulullah. Baginda
berkata, Kamu benar. Oleh itu dapat disimpulkan daripada peristiwa ini ialah corak pengajaran
seperti ini adalah corak pengajaran dua hala iaitu daripada pihak guru dan juga murid.

Rujukan :Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam.

Anda mungkin juga menyukai