Anda di halaman 1dari 11

MURID BERKEPERLUAN KHAS

RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka
yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah
sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang
upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat
perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun,
kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention
Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang
berumur lebih dari 3 tahun.
Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan
membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya,
guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan
sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembam dan nakal kerana tingkah laku
mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.
Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering
gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan
sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat
belajar.
Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru
akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.
Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan
dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga
guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil.

Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian
seterusnya.
Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar
psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya
masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan
ini.
Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik
terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang
terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa
set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini
akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor.
Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari
pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan
ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini
adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks
suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah
pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.
Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar
yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan
mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.
Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu
anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.
Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat,
perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham
mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang
kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU.

Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh
jurupulih cara kerja di HUSM.
Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan
melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan
yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di
unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi.
Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah
pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif
untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran.
Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi
ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini
mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar
anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenal pasti pelajar-pelajar
terutamanya mereka yang gagal dalam LINUS tahun 1(saringan 3) untuk menjalani penilaian lanjut agar
diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.my/p/murid-berkeperluan-khas.html

http://spspk.jpnns.gov.my/index.php/kategori-pendidikan-khas

PENGENALAN
Berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Pendidikan
Khas ertinya pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di suatu
sekolah khas atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) pada peringkat
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan
lepas menengah. Dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia, PPKI merupakan
penyumbang utama enrolmen Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan dilaksanakan
di seluruh negara.
Murid Berkeperluan Khas ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana
yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai
murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan
pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah
pembelajaran atau mana-mana kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah
yang telah dinyatakan di atas.
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
Kategori Murid Berkeperluan Khas
Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) perlu disahkan oleh pengamal atau
pakar perubatan sebelum dibuat penempatan dan pendaftaran OKU. Guru
Pendidikan Khas seharusnya mengenal pasti semua kategori MBK berdasarkan
pengesahan doktor untuk mengesan ciri-ciri MBK berasaskan kategori sebagai
langkah awal menyediakan data dan maklumat murid sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kategori murid boleh dirujuk kepada Buku
Garis Panduan Pendaftaran OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berkuat
kuasa pada 1 Julai 2014.

Kategori MBK adalah seperti berikut:

Ketidakupayaan Penglihatan (BL)

Ketidakupayaan penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami


penglihatan terhad di keduadua belah mata walaupun dengan menggunakan alat
bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Kurang upaya
penglihatan boleh dibahagi kepada:
- Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih
baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau
medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation;
- Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan
kurang dari 10 darjah dari fixation;
- Buta sebelah mata bermaksud hanya sebelah mata sahaja berfungsi dengan
sempurna dan sebelah lagi penglihatan kurang daripada 3/60 atau kurang dari 20
darjah dari fixation bermaksud buta.
Ketidakupayaan Pendengaran (BD)

Ketidakupayaan pendengaran bermaksud murid yang mempunyai masalah


pendengaran. Masalah pendengaran terbahagi kepada empat peringkat kehilangan
deria pendengaran berdasarkan tahap desibel (dB) iaitu:
- Ringan (Mild: ) iaitu 25-40 dB;
- Sederhana (Moderate) iaitu 41-60 dB;
- Teruk (Severe) iaitu 61-90 dB;
- Sangat Teruk (Profound) iaitu 91 dB dan ke atas.
Pilihan komunikasi bagi kanak-kanak masalah pendengaran bergantung kepada
kesediaan intervensi awal kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak yang

menggunakan alat bantuan pendengaran dan mempunyai keupayaan bertutur maka


komunikasi yang dipilih adalah pertuturan biasa dengan bantuan peralatan.
Ketidakupayaan Pertuturan

Ketidakupayaan pertuturan terdiri daripada empat masalah iaitu:


- Masalah sebutan
Kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan
atau dikenali sebagai pelat.
-Masalah gagap
Merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu
di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah
dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut
teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan cepat.
- Masalah suara
Berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut,
garau, kasar, sengau, nada yang tinggi, rendah atau nada yang sama dan tidak
berubah.
- Masalah bahasa
Berkaitan dengan sistem saraf pusat. Masalah ini mengganggu kefahaman atau
penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia, bermaksud seseorang
yang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan dan
kesukaran menggunakan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi. Masalah
pertuturan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa dalam situasi sosial serta
memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Ketidakupayaan Fizikal

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau
ketidakupayaan di manamana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti
hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang
mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri,
pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat
daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular,
respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal,
ginekologi dan lain-lain.
Contoh ketidakupayaan fizikal:
- Limb defects (congential/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan
- Spinal Cord Injury - hanya sekiranya tiada
- Stroke - pengembalian fungsi
- Traumatic Brain Injury - selepas enam (6) bulan
- Kerdil (Achondroplasia) iaitu _ 142cm bagi lelakidan _ 138cm bagi wanita
- Celebral Palsy
Masalah Pembelajaran (BP)

Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan


dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.
Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu
proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau
bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,
bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira. Masalah pembelajaran
termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi,
kemahiran motor dan koordinasi serta hiperaktiviti.

Kategori murid-murid masalah pembelajaran seperti Disleksia, Attention Deficit


Hyperactivity Disorder (ADHD), Slow Learner, Autisme, Sindrom Down, Terencat
Akal Ringan dan Pintar Cerdas (Jas Laile Suzana Jaafar,1996, Haliza Hamzah, Joy
N. Samuel, 2009, Mohd Sharani Ahmad, 2006).
Ketidakupayaan Pelbagai (MD)

Ketidakupayaan pelbagai ialah kombinasi ketidakupayaan seperti yang berikut:


- Masalah pembelajaran dan masalah penglihatan;
- Masalah pembelajaran dan masalah pendengaran;
- Masalah pembelajaran dan masalah fizikal, masalah penglihatan dan masalah
pendengaran;
- Masalah penglihatan dan masalah fizikal serta masalah pendengaran dan masalah
fizikal.

http://www.moe.gov.my/my/profil-jabatan?div=6
02 ) Definisi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada
kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar
Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi
daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang
berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan
pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka
dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ).
Istilah lain juga telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan
khas ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanakkanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanakkanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan
perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi
dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak

berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh


mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa
mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah
muka ibu bapa sendiri.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan
atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya, kanakkanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari
segi
1. mental ( pencapaian akademik ),
2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),
3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),
4. tingkah laku ( mengawal diri ),
5. emosi ( bercampur gaul )
6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)

Anda mungkin juga menyukai