Anda di halaman 1dari 6

Sistem pendidikan dalam Zaman Pemerintahan Inggeris telah mewujudkan

polarisasi di Tanah Melayu.Bincangkan


1.0 PENGENALAN
1.1 Sebenarnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu, orang Melayu telah pun
memiliki sistem pendidikan tersendiri. Sistem pendidikan yang wujud pada masa tersebut adalah bersifat
tidak formal dan tidak menitikberatkan perkembangan kognitif atau pemikiran pelajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran Al-Quran, tingkah laku, dan
akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Isi pelajaran yang di ajar
termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan
perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah
pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar
menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Perkembangan
pendidikan tidak formal di Tanah Melayu di percayai berkembang sejajar dengan penyebaran agama
Islam di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain pada abad ke-14.(Ruslan Zainuddin, 2003). Para
pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke Asia Tenggara untuk berniaga dan
menyebarkan Islam kepada penduduk setempat.Para pedagang ini telah memulakan usaha menggalakkan
pendidikan tidak formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah pondok di Perlis,Kedah, Melaka,
Terengganu, Kelantan dan Brunei. Perluasan penyebaran Islam ini semakin luas apabila berlaku perluasan
empayar Kesultanan Melayu Melaka, Riau dan Brunei pada abad ke-15 yang menyebabkan
perkembangan agama Islam dan Institusi pendidikan tidak formal di negeri-negeri yang di takluki
tersebut. Antara isi pengajarannya ialah berkaitan dengan pengajian Al-Quran yang di ajar di surau-surau
dan masjid yang di buat pada waktu siang dan malam serta di ajar oleh guru yang terdiri daripada
syeikh,sayyid,petani atau pun nelayan.
1.2 Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa zaman
penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Sistem pendidikan yang telah wujud pada Zaman Pemerintahan
Inggeris telah memberi kesan dalam mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.Hal ini kerana, dasar
British yang telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan
polarisasi di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas
berorientasikan kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada peringkat
ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelolakan, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa
pentadbiran penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan
Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
"pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular.
Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada
segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi
British sahaja. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau
bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu
menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar -
pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa di kawala oleh satu
garis panduan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai
satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai
kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen
(benovelent welfare policy). Di sebabkan perkara ini, objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan
hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang
sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-
wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di
kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin
al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa
Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sekolah Vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada
tahun 1855, di Bayan Lepas Pulau Pinang.Seterusnya di buka dua buah sekolah Melayu di Singapura iaitu
di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang telah menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular Cina yang terawal di Negeri-negeri Selat
telah di bina di Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan pendakwah Persatuan Pendakwah
London.Terdapat juga sekolah Cina yang di buka oleh orang perseorangan. Di peringkat awal, iaitu pada
tahun 1917, sekolah Cina mendapat bantuan dari Negara China. Mulai tahun 1920-an, sekolah-sekolah ini
diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan Tempatan. Tujuan
penubuhan sekolah vernakular Cina ini adalah untuk mengekalkan warisan budaya dan bahasa Cina di
tempat asing. Kurikulum sekolah Cina sebelum abad ke-20 ialah berorientasikan pemikiran Tanah Besar
China. Buku teks dan guru di bawa dari Negara China.Sekolah ini pula menggunakan bahasa
Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar.Dalam sekolah Cina ini, murid-murid akan di ajar
bahan-bahan klasik,secara hafalan,mengira dengan sempoa dan tulisan Cina.Contoh sekolah : SJK (C)
Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan. Kelas Bahasa Cina di adakan
di semua Free School iaitu di Melaka,Pulau Pinang dan Singapura namun ia telah gagal dan akhirnya di
hentikan. Vernakular Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.Guru, kurikulum
dan buku teks di bawa dari India.Contohnya ialah seperti : SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim,
Perak.Sekolah-sekolah Tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan
kopi,getah dan kelapa sawit pada tahun 1870-an.Sekolah Tamil berikan hanya untuk majikan estet dan
hanya diperingkat sekolah rendah sahaja.Pada tahun 1825, Kod Buruh berkuatkuasa.Semua estet yang
mempunyai kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajibkan menyediakan sekolah yang bertujuan
untuk membasmi buta huruf.Kod Buruh ini telah membuat peruntukan agar sekolah-sekolah Tamil diberi
kemudahan kepada anak-anak pekerja buruh.
1.3 Sistem pendidikan plural ini sebenarnya tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan
di kalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang tidak teratur dan tidak
mempunyai hala tuju ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada
negara asal mereka.Dalam membincangkan sistem pendidikan semasa zaman pemerintahan British ini
yang telah membawa kepada polarisasi di Tanah Melayu, sebenarnya ia telah di sebabkan oleh banyak
faktor antaranya dari aspek politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.
2.0 PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS (1800 1956)
Sebenarnya pendidikan pada masa sekarang merupakan warisan daripada pendidikan sejak zaman
pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu.Dasar laissez-faire yang diamalkan oleh
British dalam pendidikan telah menyebabkan wujudnya liam jenis sistem persekolahan di Tanah Melayu
yang berbeza hala tuju dan alirannya.Jenis persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu,sekolah
vernakular Cina,sekolah vernakular Tamil,sekolah Inggeris dan sekolah Agama Madrasah. Kewujudan
lima jenis persekolahan ini telah menimbulkan situasi yang sukar dalam sistem penndidikan pada masa
kini khususnya dalam mewujudkan keseragaman dan pencapaian integrasi nasional. Sebenarnya
kwujudan vernakularisme dalam sistem pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu
adalah dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.
2.1 Faktor politik
Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu apabila Inggeris mengambil Pulau Pinang
(1786),Singapura (1819) dan Melaka (1824).Dalam penguasaan seterusnya, Inggeris telah meluaskan
dasar campur tangannya ke atas pentadbiran Tanah Melayu yang bermula di Perak melalui Perjanjian
Pangkor 1874, keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu Tanah Melayu pada tahun 1914 dan
keseluruhannya sebahagian kepulauan Borneo Utara dan Sarawak pada tahun 1888. Sebenarnya tujuan
dasar campur tangan British dalam pentadbiran negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak adalah untuk mendapatkan autoriti atau kuasa monopoli terhadap perniagaan timah, emas,
rempah, penerokaan kawasan ladang kopi dan getah, dan memonopoli laluan perdagangan antara Timur
dan Barat. Bagi tujuan perkembangan pendidikan di tanah jajahan, sama ada di Tanah Melayu atau di
Borneo, Pihak British tidak mahu membazirkan wang mereka untuk tujuan ini. British hanya membina
sekolah yang berkualiti kepada anak-anak bangsawan Melayu sahaja dan tidak terbuka kepada semua
anak-anak Melayu yang lain. Hal ini kerana, dasar laissez-faire dalam pendidikan dan sikap British yang
hanya tahu menabur janji-janji kosong menyebabkan usaha penubuhan sekolah-sekolah Inggeris
bersendirian oleh pendakwah Kristian, penubuhan sekolah-sekolah Cina oleh masyarakat Cina sendiri,
penubuhan sekolah-sekolah Tamil oleh tuan pemilik ladang dan penubuhan sekolah-sekolah agama
madrasah oleh masyarakat Melayu.Dalam sekolah yang berlainan ini pula, setiap jenis sekolah ini
mempunyai orientasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta organisasi yang terasing dan
berbeza-beza antara satu sama lain.
2.2 Faktor ekonomi
Sebenarnya, sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19, telah wujud
penghijrahan orang Cina ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Tetapi penghijrahan
mereka ini adalah secara kecil-kecilan.Orang-orang Cina dari daerah Hokkien dan Kwantung telah
berhijrah ke negari-negeri seperti Negeri Sembilan, Perak dan Selangor yang bertujuan untuk berniaga
dan bekerja di lombong-lombong bijih timah milik pembesar Melayu.
Pada pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu yang
bertujuan untuk bekerja di lombong bijih timah milik saudagar Inggeris dan Cina.Bagi mempertingkatkan
pengeluaran bijih timah bagi kegunaan industri di Eropah, pihak British telah membenarkan kemasukan
beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu. Di sebabkan dasar imigresen yang di amalkan oleh British
ini, peratus bilangan kaum Cina telah meningkat daripada 41 peratus pada tahun 1891 kepada 48 peratus
daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu pada tahun 1901. (Sufean Hussin, 2008).Di kawasan
petempatan orang-orang Cina, pihak British telah memberi kelonggaran dan kebenaran kepada orang
Cina untuk menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah sendiri.
Di sebabkan keperluan buruh untuk mengusahakan ladang kopi, gambir dan getah di Tanah Melayu,
British juga telah menggalakkan kemasukan peniaga dan buruh India dari negara India.Pada tahun 1891,
peratus kaum India di Tanah Melayu ialah lapan peratus dan pada tahun 1901, peratus kaum India di
Tanah Melayu adalah Sembilan peratus daripada jumlah penduduk.
Dalam penubuhan sekolah, masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang kurang berminat untuk
menubuhkan sendiri sekolah rendah Tamil. Dalam penubuhan sekolah-sekolah rendah Tamil di kawasan
ladang, ia telah diusahakan oleh pemilik ladang yang berbangsa Inggeris yang sebenarnya bertujuan untuk
memujuk kaum India supaya menetap lama di ladang-ladang.
Bagi menjamin keperluan tenaga pekerja separuh mahir seperti kerani dan pegawai-pegawai pentadbiran
rendah, pihak British telah menubuhkan beberapa sekolah di Negeri-negeri Selat dan Negari-negeri
Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Free School.Free School sebenarnya mengenakan yuran kepada
murid-murid yang memasukinya.Namun apa yang istimewa, Free School membenarkan semua murid-
murid dari semua bangsa untuk memasukinya.Antara Free School yang terdapat di Tanah Melayu adalah
seperti Penang Free Schoo(1816), Malacca Free School(1826), Victoria Institution(1894) di Kuala
Lumpur dan King Edward VII(1906) di Taiping.
Dasar Kapitalisme dalam bidang ekonomi penjajah British yang mahu mempercepatkan perubahan
sumber ekonomi pada tahun-tahun 1900-an telah menyebabkan keperluan terhadap tenaga juruteknik,
jurukira, dan kerani akaun.Permintaan yang tinggi ini tidak dapat di tampung menyebabkan satu cadangan
telah di buat oleh Jawatankuasa Winstedt pada tahun 1916.Menurut cadangan jawatankuasa ini, kursus-
kursus baru akan di tambah di sekolah teknik, pertanian dan pertukangan.Pada waktu malam pula, kelas
vokasional dan perdagangan telah di adakan di Tanah Melayu dan Singapura. Pada tahun 1918 pula,
Jawatankuasa Lemmon telah ditubuhkan untuk mengemukakan syor kepada pihak kerajaan tentang
pendidikan teknik dan perindustrian. Hasil daripada cadangan jawatankuasa ini, sebuah sekolah teknik
dan sebuah sekolah pertanian yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris telah di tubuhkan di
Kuala Lumpur. Selain itu, beberapa buah sekolah pertukangan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar juga telah di tubuhkan.
2.3 Faktor sosiobudaya
Sepanjang tempoh penjajahan British di Tanah Melayu, pihak British selalu menegaskan supaya
kependudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak di ganggu. Inggeris berpendapat supaya orang
Melayu di kekalkan di kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,bertukang atau nelayan.
Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke kawasan-kawasan perlombongan, ladang atau ke
bandar untuk bekerja dengan Inggeris.
Bagi mamastikan perkara ini di lakukan, sebagai tanda terima kasih kepada orang Melayu, pihak Inggeris
telah menubuhkan sekolah-sekolah rendah vernakular Melayu. Sekolah-sekolah ini mempunyai
kurikulum bagi memenuhi asas sosialisasi anak-anak Melayu di kampung-kampung.
2.4 Faktor agama
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, sebenarnya sekolah pondok telah wujud yang bertujuan
untuk menyebarkan dan memperkukuhkan pegangan dan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai budaya
masyarakat Melayu pada zaman berkenaan. Kedatangan British pada tahun 1786 di Pulau Pinang yang di
ketuai oleh Francis Light dan pembukaan Singapura oleh Stamford Rafless pada tahun 1819 telah
membuahkan satu kejutan budaya kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Hal ini kerana,
kedatangan dan seterusnya campur tangan Inggeris di Tanah Melayu telah membuka ruang untuk
kemasukan pendakwah Kristian dan kemasukan beramai-ramai kaum imigran Cina dan India. Pendakwah
Kristian, yang telah mendapat sokongan daripada kerajaan British telah menubuhkan sekolah-sekolah
rendah dan menengah di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) dan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang).
Kesan penubuhan sekolah-sekolah pendakwah Kristian yang mempunyai orientasi kurikulum kebaratan
dan secular telah di anggap oleh orang Melayu sebagai satu ancaman kepada agama dan budaya hidup
orang Melayu. Di sebabkan hal ini, beberapa tokoh-tokoh ulama Islam yang bersikap radikal dan
progresif iaitu Kaum Muda, mereka telah melakukan reformasi atau perubahan dalam pendidikan dengan
cara menubuhkan Sekolah Agama Madrasah yang bertujuan untuk menyaingi sekolah-sekolah
pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah vernakular Melayu yang mendapat bantuan daripada Kerajaan
British.Perjuangan Kaum Muda yang di ketuai oleh Sheikh Tahir Jalaludin dan Sayyid Sheikh Ahmad Al-
Hadi pada tahun 1906 telah menegaskan bahawa kemajuan umat Melayu yang keseluruhannya beragama
Islam, khususnya yang berkaitan dengan sosioekonomi dan politik orang Melayu bergantung kepada
keupayahan orang Melayu Islam dalam mengubah orientasi pemikiran yang hanya bercorak
mementingkan akhirat(fundamentalisme) kepada yang lebih moden dan progresif (rasionalisme).
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sebenarnya kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan
polarisasi di Tanah Melayu.Penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang berasaskan kepentingan kaum
masing-masing ini telah membawa pemisahan yang sangat ketara antara penduduk di Tanah
Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang kuat ini menyebabkan polarisasi di Tanah
Melayu begitu ketara sekali.Hal ini kerana, dasar-dasar British yang memerintah Tanah Melayu telah
mendorong lagi suasana polarisasi ini.Faktor seperti politik,ekonomi,sosiobudaya dan agama pula telah
merangsang lagi isu polarisasi di Tanah Melayu khususnya di sebabkan oleh sistem pendidikan British
yang telah di amalkan

Anda mungkin juga menyukai