Anda di halaman 1dari 38

1

Muka Hadapan Tugasan

















TUGASAN

JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

: ESS 222

NAMA KURSUS

: AKTIVITI KOKURIKULUM

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN


NAMA PELAJAR

: YUS MARINA ZURAINIE BT. AB. RAHIM
NO. MATRIK

: E 30209120352

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

: EN. IBRAHIM B. IDRIS
PUSAT
PEMBELAJARAN

: KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA
BHARU







2




PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya
menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan
dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu
En.Ibrahim b. Idris di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi
tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini.
HanyaAllah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan-rakan yang
telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam
meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran
dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.Terima Kasih.

Yus Marina Zurainie Bt. Ab.Rahim













3

SOALAN 1

Baca artikel bertajuk Komitmen guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum di
sekolah-sekolah kebangsaan negeri Johor oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar &
Jamaliah Jalaludin

Tujuan kajian serta kepentingan kajian
Kajian ini bertujuan mengkaji kaitan antara tahap komitmen guru-guru dengan tahap
pengetahuan dan tahap kemahiran pengurusan dalam menguruskan aktiviti kokurikulum di
Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 402 orang
guru yang menjadi guru pembimbing kegiatan kokurikulum di 17 buah sekolah rendah di negeri
Johor. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Stastistical Packages For Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
menunjukkan tahap komitmen bagi responden adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan
tahap pengetahuan responden dalam pengurusan kokurikulum berada pada tahap sederhana.
Manakala dari aspek kemahiran pengurusan tahap responden adalah tinggi. Dari dapatan kajian
juga, terdapat perkaitan antara komitmen responden dengan kemahiran melaksana pengurusan
kokurikulum.

Pengurusan kokurikulum di sekolah merupakan satu proses yang amat penting bagi
mencapai matlamat dan tujuan kokurikulum. Dalam kajian ini, penyelidik akan meninjau
kemahiran dan pengalaman yang sedia ada disamping pengetahuan guru-guru di sekolah rendah
dari aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiataan kokurikulum. Oleh itu dengan
kajian ini dapatlah dilihat kemahiran dalam pengurusan kokurikulum di dalam kalangan
guruguru
sekolah rendah. Jika tahap kemahiran ditahap yang rendah, maka langkah-langkah adalah
perlu diambil untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum ini.
Kepentingan Kokurikulum dalam pelaksanaan meritokrasi pelajar memperuntukkan 10
peratus markah dalam penglibatan kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke institusi
pengajian tinggi awam disamping 90 peratus pencapaian akademik.
Kepentingan kepada guru sekolah : Kajian ini membolehkan guru-guru mengenalpasti tahap
komitmen,pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, melaksana, membimbing dan
menilai pelajar dalam mengurus aktiviti kokurikulum. Kajian ini juga mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan mereka semasa merancang, melaksana dan membimbing
4

pelajar-pelajar dalam kegiatan ini. Melalui kajian ini, guru-guru di sekolah akan lebih
memahami tugas-tugas yang perlu dijalankan dalam pengurusan kokurikulum.
Kepentingan kepada pihak sekolah :
Hasil kajian ini dapat membantu pihak sekolah mengenal
pasti tahap komitmen, pengetahuan dan kemahiran, guru-guru dalam pengurusan aktiviti
kokurikulum. Selain ini, kajian ini juga boleh dijadikan rujukan bagi sekolah supaya
kegiatan kokurikulum boleh dilaksanakan dengan lebih dinamik dan berkesan.
Kepentingan Kokurikulum
Tahap pendidikan di Malaysia telah mencapai kematangannya sebagai alat untuk
memenuhi hasrat negara. Tumpuan yang lebih harus diberikan adalah kepada untuk
memenuhi hasrat negara. Tumpuan yang lebih harus diberikan adalah kepada bidang
kokurikulum bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara ini (Abdullah,1985). Ini
sejajar
dengan pendapat yang mengatakan bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
boleh meningkatkan lagi proses pendidikan pelajar.
Kajian yang dijalankan oleh Azizah Nordin (1990) terhadap 80 orang guru kokurikulum
daripada tiga buah sekolah menengah di Daerah Gombak mendapati bahawa kepentingan
aktiviti
kokurikulum adalah mengikut urutan berikut:
i. Boleh memupuk semangat kerjasama, muhibah dan tolenrasi dikalangan pelajar.
ii. Dapat mencungkil dan mengembangkan bakat dan minat pelajar dalam lapangan yang
mereka sukai.
iii. Melatih pelajar membuat kerja secara berpasukan dan bekerjasama , dengan ini dapat
menyediakan pelajar cara hidup bermasyarakat.
iv. Pelajar belajar secara tidak formal, bergaul dan beinteraksi dalam masyarakat.
v. Boleh membina dan memperkembangkan daya kreatif murid.
vi. Melahirkan pelajar-pelajar yang cerdas dalam bidang pelajaran, cergas dalam sukan
dan persatuan.
vii. Mendedahkan kepada pelajar pengalaman pentadbiran sesebuah persatuan dan kelab,
memupuk sifat kepimpinan dikalangan pelajar dan melatih pelajar menjalankan
tugas-tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik.
viii. Aktiviti kokurikulum boleh mendisiplinkan pelajar berdasarkan peraturan-peraturan
permainan dan persatuan yang perlu dipatuhi.

5


Dapatan kajian
Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkn latar belakang responden. Hasil analisis
yang dibuat adalah seperti berikut:
Jadual 3 Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan Jantina
Bil Nama Sekolah Lelaki Perempuan Jumlah
1. SK Sri Amar, Johor Bahru 10 30 40
2. SK Desa Cemerlang, Johor
Bahru
16 17 33
3 SK Indrapura 2, Kulai 8 17 25
4 SK Senai, Kulai 7 19 26
5 SK Parit Setongkat, Muar 12 19 31
6 SK (P) Bandar Tangkak, Muar 8 12 20
7 SK Bukit Lintang, Kota Tinggi 9 19 28
8 SK Taman Kota Jaya, Kota
Tinggi
8 13 21
9 SK Sri Lalang, Kluang 6 22 28
10 SK Bandar Rengam, Kluang 6 9 15
11 SK Tengku Mahmood, Pontian 6 19 25
12 SK Sungai Bunyi, Pontian 12 11 23
13 SK Tambang Batu 6, Segamat 4 6 10
14 SK LKTP. Tenang,Segamat 10 12 22
15 SK Seri Bertam, Batu Pahat 5 7 12
16 SK Sungai Suloh, Batu Pahat 4 9 13
17 SK Bandar Mersing, Mersing 5 25 30
Jumlah 136 266 402

Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut sekolah dan jantina. Berdasarkan
kepada jadual, didapati seramai 10 orang (7.4 peratus) responden lelaki dari SK Sri Amar, Johor
Bahru dan SK LKTP Tenang, Segamat manakala responden perempuan bagi Sk Sri Amar,
Johor Bahru seramai 30 orang (11.3 peratus) dan SK LKTP Tenang, Segamat 22 orang (5.5
peratus).
6

Responden lelaki SK Parit Setongkat, Muar dan SK Sungai Bunyi, Pontian seramai 12 orang
(8.8 peratus ), responden perempuan bagi SK Parit Setongkat seramai 19 (7.1 peratus) dan SK
SungaiBunyi, seramai 11 orang (4.1 peratus ).
Taburan responden lelaki di SK Desa Cemerlang, Johor Bahru seramai 16 (11 peratus)
dan responden perempuan seramai 17 orang (6.4 peratus), responden lelaki di SK Indrapura 2,
SK Taman Kota Jaya, SK (P) Bandar Tangkak, seramai 8 orang (5.9 peratus ) dan responden
perempuan seramai 17 orang (6.4 peratus) di SK Indrapura 2, seramai 12 orang (4.5 peratus), di
SK (P) Bandar Tangkak dan 13 orang ( 4.9 peratus) di SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
Jadual taburan turut menunjukkan responden lelaki SK Senai, Kulai seramai 7 orang (5.1
peratus) dan responden perempuan seramai 19 orang (7.1 peratus). Responden lelaki di SK
Bukit Lintang, Kota Tinggi seramai 9 orang (6.6 peratus) dan responden perempuan seramai 19
orang (7.1 peratus). Manakala responden lelaki di SK Seri Lalang, Kluang, SK Bandar Rengam,
Kluang, SK Tengku Mahmood, Pontian seramai 6 orang (4.4 peratus) dan responden perempuan
seramai 22 orang (8.3peratus) di SK Seri Lalang, 9 orang (3.4 peratus) di SK Bandar Rengam,
Kluang, dan 19 orang (7.1peratus) di SK Tengku Mahmood , Pontian

Tahap kemahiran guru membimbing pelajar dalam aktiviti kokurikulum
Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan dan min bagi kemahiran
membimbing pelajar terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum
Tahap kemahiran guru membimbing pelajar dalam aktiviti kokurikulum
Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan dan min bagi kemahiran
membimbing pelajar terhadap pengurusan aktiviti kokurikulum
Bil Item STS TS TP S SS Min
26

Pelajar yang lemah dalam aktiviti
kokurikulum disingkirkan daripada
pasukan
0.7 9.7 9.0 44.3 36.3 4.05
27 Guru perlu mengajar kemahiran sehingga
pelajar mahir walaupun tidak dapat
menghabiskan sukatan pada tahun itu
1.2 17.9 15.2 15.2 9.0 3.54
28 Saya menyenaraikan kemahiran yang
belum dikuasai oleh pelajar saya
0.2 5.0 13.4 13.4 8.5 3.84
29 Setiap kali perjumpaan ketua pasukan
pelajar akan mengambil kedatangan
pelajar tanpa disuruh lagi
2.2 11.4 10.0 10.0 13.4 3.73
30 Pelajar yang tidak mengikut peraturan
aktiviti perkhemahan akan disusun balik
4.0 18.9 10.9 48.0 18.2 3.57

7

Analisis data mendapati item nombor 26 "Pelajar yang lemah dalam aktiviti kokurikulum
disingkirkan daripada pasukan" mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 4.05 dengan 36.3 peratus
sangat setuju, 44.3 peratus setuju, 9.0 peratus tidak pasti, 9.7 peratus tidak setuju dan 0.7 peratus
sangat tidak setuju.
Min kedua tertinggi ialah penyataan item 28 "Saya menyenaraikan kemahiran yang
belum dikuasai oleh pelajar saya" dengan nilai min 3.84. Seramai 8.5 peratus responden
menyatakan sangat setuju, 72.9 peratus setuju, 13.4 peratus tidak pasti, 5.0 peratus tidak setuju
dan 0.2 peratus sangat tidak setuju.
Penyataan nilai min yang paling rendah adalah item 27 Guru perlu mengajar kemahiran
sehingga pelajar mahir walaupun tidak dapat menghabiskan sukatan pada tahun itu dengan
nilai
min 3.54 . Sebanyak 9.0 peratus responden menyatakan sangat setuju, 56.7 peratus setuju, 15.2
peratus tidak pasti, 17.9 peratus tidak setuju dan 1.2 peratus sangat tidak setuju.
Kajian mendapati bahawa skor min keseluruhan bagi kemahiran guru membimbing
pelajar dalam pengurusan aktiviti kokurikulum ialah 3.75. Ini menunjukkan bahawa kemahiran
membimbing pelajar dalam pengurusan aktiviti kokurikulum juga berada di tahap tinggi.
Tahap Kemahiran Guru Melaksana Aktiviti Kokurikulum
Jadual 5 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan dan min bagi kemahiran
melaksanakan pengurusan aktiviti kokurikulum.
Jadual 5 Analisis Tahap Guru Melaksanakan Kokurikulum
Bil Item STS TS TP S SS Min
31 Pelajar perlu mempunyai kebenaran ibu
bapa untuk menyertai aktiviti
kokurikulum di luar kawasan sekolah
0.5 0.2 2.2 28.9 68.2 4.63
32 Saya member amaran dan hukuman jika
pelajar saya ponteng aktiviti kokurikulum
0.7 8.2 7.2 63.2 20.6 3.94
33 Aktiviti kokurikulum mestilah
menyeronokkan pada pelajar
0 0.5 1.2 48.8 49.5 4.47
34 Pelajar diberi peluang untuk membuat
rak buku mengikut keupayaan mereka
0.7 5.5 13.7 63.9 16.2 3.89
35 Saya mementingkan ketepatan masa 0 0.2 5.0 57.2 37.6 4.32
36 Saya berkongsi pengalaman saya
tentang aktiviti kokurikulum yang saya
ceburi dengan palajar
0.5 2.0 4.7 57.7 35.1 4.24
37 Saya merekod kehadiran pelajar setiap
kali perjumpaan
0 0 3.7 53.0 43.3 4.39
38 Saya biarkan pelajar-pelajar saya buat 0 2.5 6.0 71.6 19.94 4.08
8

kerja sendiri semasa aktiviti kokurikulum
39 Saya pastikan pelajar saya tahu
undangundang
permainan
0 0.5 4.0 67.9 27.4 4.22
KESELURUHAN MIN 4.24
Analisis data mendapati item nombor 33 " Pelajar perlu mempunyai kebenaran ibubapa
untuk menyertai aktiviti kokurikulum di luar kawasan sekolah" mencatat nilai min yang
tertinggi
iaitu 4.63 dengan 68.2 peratus sangat setuju, 28.9 peratus setuju, 2.2 peratus tidak pasti, 0.2
peratus tidak setuju 0.5 peratus sangat tidak setuju.
Min kedua tertinggi ialah penyataan item 33 "Aktiviti kokurikulum mestilah
menyeronokkan pada pelajar" dengan nilai min 4.47. Seramai 49.5 peratus responden
menyatakan sangat setuju, 48.8 peratus setuju, 1.2 peratus tidak pasti dan 0.5 peratus tidak
setuju.
Tiada responden menyatakan sangat tidak setuju.
Penyataan nilai min yang paling rendah adalah item 34 Pelajar diberi peluang untuk
membuat rak buku mengikut keupayaan mereka dengan nilai min 3.89. Sebanyak 16.2 peratus
responden menyatakan sangat setuju, 63.9 peratus setuju, 13.7 peratus tidak pasti , 5.5 peratus
tidak setuju dan 0.7 peratus sangat tidak setuju.
Kesimpulannya didapati skor min keseluruhan bagi kemahiran guru melaksana dalam
pengurusan aktiviti kokurikulum ialah 4.24. Ini menunjukkan bahawa kemahiran melaksana
dalam pengurusan aktiviti kokurikulum juga berada di tahap tinggi
Tahap Kemahiran Guru Membuat Penilaian Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Jadual 6 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan dan min bagi kemahiran
membuat penilaian terhadap pelajar dalam pengurusan aktiviti kokurikulum
Bil Item STS TS TP S SS Min
40 Laporan bertulis mesti dibuat pada
setiap perjumpaan aktiviti kokurikulum
0 2.2 4.0 62.9 30.8 4.22
41 Saya akan sentiasa merekod pencapaian
pelajar
0 1.2 15.4 67.9 15,4 3.97
42 Pelajar-pelajar saya berjaya membuat
folio dalam aktiviti kokurikulum
0.2 4.5 24.6 61.9 8.7 3.74
43 Pelajar-pelajar saya suka dan berpuas
hati dengan aktiviti kokurikulum yang
saya rancang
0 0,5 16.2 70.4 12.9 3.95
44 Pelajar yang hadir 100% dalam aktiviti
kokurikulum sepanjang tahun akan
diberi sijil penghargaan dan hadiah
1.0 3.2 10.4 50.7 34.6 4.14
9

45 Saya merekodkan pencapaian pelajar
dalam buku kokurikulum
0.2 1.2 9.7 65.4 23.4 4.10
Keseluruhan Min 4.02


Analisis data mendapati item nombor 40 "Laporan bertulis mesti dibuat pada setiap
perjumpaan aktiviti kokurikulum" mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 4.22 dengan 30.8
peratus sangat setuju, 62.9 peratus setuju, 4.0 peratus tidak pasti dan 2.2 peratus tidak setuju .
Min kedua tertinggi ialah penyataan item 44 "Pelajar yang hadir 100% dalam aktiviti
kokurikulum sepanjang tahun akan diberi sijil penghargaan dan hadiah" dengan nilai min 4.14.
Seramai 34.6 peratus responden menyatakan sangat setuju, 50.7 peratus setuju, 10.4 peratus
tidak pasti 3.2 peratus tidak setuju dan 1.0 peratus sangat tidak setuju.
Penyataan nilai min yang paling rendah adalah item 42 Pelajar-pelajar saya berjaya
membuat folio dalam aktiviti kokurikulum dengan nilai min 3.74. Sebanyak 8.7 peratus
responden menyatakan sangat setuju, 61.9 peratus setuju, 24.6 peratus tidak pasti, 4.5 peratus
tidak setuju dan 0.2 peratus sangat tidak setuju.
Kesimpulannya didapati skor min keseluruhan bagi kemahiran guru membuat penilaian
dalam pengurusan kokurikulum ialah 4.02. Ini menunjukkan bahawa kemahiran membimbing
pelajar dalam pengurusan aktiviti kokurikulum juga berada di tahap tinggi.















10

Kesimpulan
Dalam kajian ini responden yang terlibat adalah terdiri daripada 402 orang guru dari
sekolah kebangsaan di negeri Johor yang merangkumi responden lelaki seramai 136 orang (33.8
peratus) dan responden perempuan 266 orang (66.2 peratus). Responden yang paling ramai
adalah dari SK Sri Amar,Johor Bahru iaitu 10 orang guru lelaki (7.4 peratus) dan 30 orang guru
perempuan (11.3 peratus). Majoriti terdiri daripada bangsa melayu iaitu seramai 381 (94.78
peratus) , diikuti dengan responden bangsa Cina dan India masing-masing seramai 9 orang (2.24
peratus) dan responden lain-lain bangsa seramai 3 orang (0.74 peratus).
Seramai 269 orang responden (66.91 peratus) adalah berkelulusan Sijil perguruan atau
Diploma perguruan ,131 orang (32.59 peratus) berkelulusan ijazah dan 2 orang ( 0.5 peratus )
memiliki kelulusan Sarjana.
Dapatan kajian mendapati nilai korelasi r, bagi faktor kemahiran membimbing,
melaksana dan membuat penilaian dengan komitmen guru adalah 0.269* untuk membimbing,
diikuti 0.367* untuk melaksana dan 0.387* untuk membuat penilaian terhadap pelajar.
Ini menunjukkan terdapat perkaitan antara kemahiran membimbing, melaksana dan
membuat penilaian dan komitmen guru tetapi kekuatan perkaitan antara kedua ini berada
ditahap yang lemah.
Merujuk hasil perbincangan dalam data mengenalpasti tahap kemahiran, min pada
kemahiran merancang adalah 3.82, membimbing 3.75 dan membuat penilaian 4.02 berada pada
tahap tinggi. Ini bermakna secara keseluruhannya, kebanyakan responden mempunyai tahap
merancang, membimbing dan membuat penilaian pelajar yang tinggi. Namun daripada data
korelasi menunjukkan terdapat kaitan antara kemahiran-kemahiran ini dengan komitmen tetapi
kekuatannya adalah di tahap yang lemah.
. Para pelajar amat memerlukan guru yang baik dan cekap sebagai pembimbing yang dapat
meningkatkan kualiti serta membawa kepadGuru-guru penasihat kokuriukulum perlu
berperanan sebagai pembimbing pelajar dimana
guru-guru harus membimbing pelajar-pelajar mereka ke arah kejayaan secara berterusan. Para
pelajar amat memerlukan guru yang baik dan cekap sebagai pembimbing yang dapat
meningkatkan kualiti serta membawa kepada kejayaan mereka. Untuk menjadi pembimbing
yang baik guru perlu memiliki sifatsifat seperti kesabaran, kesungguhan serta semangat
membantu untuk memajukan pelajar-pelajar tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Guru
yang baik dapat memberi inspirasi, motivasi dan membimbing pelajar kearah kejayaan
(Abd.Rahim, 1999). Komitmen guru-guru seperti ini amat diperlukan jika Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang mahukan individu dikembangkan secara bersepadu dalam melahirkan
11

insan yang seimbang dan harmonis supaya mereka berilmu, berpengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
di realisasikan.
Begitu juga guru perlu melaksana aktiviti-aktiviti kokurikulum yang telah dirancang.
Mekanisma koordinasi dan menstukturkan organisasi dengan membina method atau kaedah
serta membuat prosedur agar aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur. Jika
guruguru penasihat kokurikulum dapat melaksanakan program kokurikulum dengan baik, tahap
keyakinan diri dan komitmen mereka juga akan berada ditahap tinggi.a kejayaan mereka. Untuk
menjadi pembimbing yang baik guru perlu memiliki sifatsifat seperti kesabaran, kesungguhan
serta semangat membantu untuk memajukan pelajar-pelajar tanpa mengharapkan balasan atau
ganjaran.






















12

SOALAN 2

Tulis satu esei bertajuk :

Murid sekolah rendah sungguh minat dengan aktiviti kokurikulum : Bincangkan secara
kritis.

Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekali gus menjadi teras bagi
meningkatkan keupayaan dan kebolehan pelajar mencapai kecemerlangan. Bidang kokurikulum
kini menjadi pelengkap kepada proses pembelajaran di sekolah. Kokurikulum boleh ditakrifkan
sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang.

Terdapat tiga komponen utama aktiviti kokurikulum di sekolah, iaitu badan beruniform,
persatuan atau kelab, dan sukan serta permainan. Aktiviti badan beruniform menekankan aspek
pembentukan disiplin diri pelajar. Pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi
pemimpin, sentiasa bersedia dan cergas, serta sentiasa bersemangat juang yang tinggi. Selain
itu, pelajar juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti
berkawad dan merentas halangan. Semangat bekerjasama dan berdikari turut disemai dalam
aktiviti badan beruniform. Latihan-latihan ini akan menguatkan lagi daya ketahanan mental
pelajarwalaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Penglibatan dalam persatuan atau kelab pula membawa penekanan implikasi yang berlainan.
Dalam aktiviti berpersatuan, pelajar akan mendapat pelbagai pengetahuan, khususnya dalam
hal-hal pengurusan dan pentadbiran. Sebagai contoh, pelajar diasuh dengan kemahiran
pengurusan mesyuarat, membuat surat rasmi, kertas kerja dan laporan, mencatat minit,
berkomunikasi dengan baik, memberikan idea yang bernas dan latihan berhujah. Apabila
berpersatuan, pelbagai pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli. Pengalaman
dalam menguruskan mesyuarat juga merupakan satu proses kematangan diri. Latihan-latihan ini
dapat memberikan satu pengalaman baharu yang berbeza daripada bidang akademik.
Kegiatan Kokurikulum merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Kementerian
Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum ( Seksyen 18
Akta Pendidikan 1996)- Akta 550. Keenggan melaksanakannya boleh dikenakan penalty (
Seksyen 135, Akta Pendidikan 1996). Sehubungan dengan itu, semua guru hendaklah terlibat
bagi memastikan keberkesanan pelaksaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Hal ini
13

termaktub dalam Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985. Oleh itu, penyertaan
murid dalam kokurikulum di sekolah adalah WAJIB ({ Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
1/1985 KP(BS) 8591/Jld II(29)} Penyertaan murid kegiatan kokurikulum akan direkod dan
diberi penilaian. Dalam melaksanakan tugasan yang diberikan, saya telah memilih untuk
menjawab lima orang responden beberapa soalan yang dikemukakan. Kaedah yang saya
jalankan ialah, temubual dan menjawab soalan secara bertulis. Kriteria murid yang saya pilih
adalah murid yang aktif dalam bidang Sukan dan Permainan, Unit Beruniform, dan Persatuan .
Kelimalima responden ini pernah mewakili sekolah dan juga sehingga peringkat zon. Bagi
menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam bahagian B, saya telah memilih Kelab Bola Jaring
di sekolah saya. Kelab Bola Jaring sekolah saya, merupakan salah satu Kelab yang aktif dan
beberapa orang pemainnya kerap dipilih untuk mewakili peringkat zon. Selain itu, Kelab Bola
Jaring mempunyai jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang ini serta seringkali menjadi
jurulatih di peringkat Zon dan Negeri. 3

Murid sekolah rendah sungguh berminat dengan aktiviti kokurikulum sebagai contoh:

Murid A merupakan ahli kelab permainan bola sepak, persatuan Bahasa Inggeris dan
pengakap. Beliau amat meminati aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah pada setiap
hari Sabtu. Menurut Murid A, melalui aktiviti permainan bola sepak beliau dapat meningkatkan
kemahirannya sekaligus melayakkan beliau mewakili sekolah sehingga ke peringkat daerah.
Beliau menambah bahawa kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah telah mencukupi dan
lengkap untuk memastikan aktiviti permainan bola sepak dapat dilaksanakan dengan lancar
seperti padang, bola, tiang gol, jersi dan guru penasihat yang berkaliber. Selain itu, Murid A
juga merupakan ahli persatuan Bahasa Inggeris. Menurut Murid A, beliau memperoleh banyak
faedah melalui aktiviti persatuan Bahasa Inggeris. Antara aktiviti yang disertai olehnya ialah
Letter Building, Spelling Bee, Crossword Puzzle, Public Speaking dan banyak lagi. Manakala
faedah yang diperoleh ialah beliau dapat menambah kosa kata, lebih yakin berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris, menulis esei dengan baik dan lain-lain. Selain daripada aktiviti individu,
terdapat juga aktiviti kumpulan seperti melukis mural dan projek. Murid A seorang merupakan
individu yang aktif dan lasak. Oleh itu, beliau memilih pengakap sebagai unit badan beruniform.
Beliau amat meminati pengakap kerana terdapat pelbagai aktiviti yang mencabar seperti
merentas desa, pertolongan cemas, ikhtiar hidup dan banyak lagi. Bertepatan dengan slogan
pengakap Buat Habis Baik dan Tolong Orang Setiap Masa melatih murid A menjadi
individu yang baik dan sentiasa menolong orang. Murid A menyatakan bahawa kemudahan
14

seperti khemah dan tali amat menyumbang kepada aktiviti pengakap sama ada pada hari Sabtu
mahupun semasa aktiviti tahunan seperti perkhemahan tahunan. Walaupun jarak rumah Murid
A dengan sekolah lebih kurang 5 km namun beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk
menghadiri ko-kurikulum di sekolah. Ibu bapa beliau amat menyokong penglibatannya dalam
aktiviti ko-kurikulum dengan menghantarnya ke sekolah setiap hari Sabtu. 4

Murid B Murid B telah memilih permainan badminton, persatuan seni dan kebudayaan
dan pandu puteri sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Menurutnya, beliau tidak pandai
bermain badminton namun minat untuk mempelajarinya. Oleh itu, beliau telah memilih
badminton sebagai aktiviti permainan di sekolah. Walaupun beliau tidak dapat memiliki raket
sendiri namun kemudahan raket dan bulu tangkis yang disediakan oleh pihak sekolah
mencukupi untuk kegunaan semua ahli kelab badminton. Walaupun belum setahun mengikuti
permainan badminton di sekolah beliau telah dapat menguasai kemahiran asas seperti servis dan
mengangkat bulu tangkis. Murid B amat meminati bidang seni dan kebudayaan terutamanya
tarian. Menurut beliau lagi, aktiviti tarian dapat meningkatkan kesedaran tentang warisan negara
dan membentuk disiplin diri. Beliau juga menyatakan bahawa guru penasihat persatuan seni dan
kebudayaan merupakan seorang guru yang berkebolehan dalam bidang kesenian. Oleh itu,
banyak ilmu yang dapat diperoleh semasa aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan. Namun,
kemudahan seperti pentas dan kelengkapan tarian seperti pakaian, perhiasan dan alat muzik
adalah kurang memuaskan. Ini kerana pihak sekolah tidak menitikberatkan kelengkapan seni
dan kebudayaan kerana jarang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut di luar
sekolah. Antara aktiviti kesenian yang difokuskan ialah dikir barat dan koir. Selain itu, sebagai
seorang murid perempuan Murid B amat menggemari pandu puteri. Beliau berpendapat unit
badan beruniform pandu puteri amat sesuai dan bertepatan dengan dirinya. Aktiviti yang
dilaksanakan tidak terlalu lasak dan banyak mendidik diri supaya berdisiplin. Murid B pernah
mengikuti perkhemahan unit badan beruniform di sekolah dan menyatakan bahawa kemudahan
yang disediakan adalah memuaskan seperti khemah, peralatan memasak, tali untuk aktiviti
ikatan dan pelbagai lagi. Murid B berpendapat aktiviti ko-kurikulum kurang dijalankan kerana
sekolah sering mengadakan program lain pada hari Sabtu. Walaupun demikian, ibu bapa Murid
B memberi galakan dan membenarkannya untuk mengikuti ko-kurikulum pada hari Sabtu.
Memandangkan jarak rumah Murid B ke sekolah hanyalah 300 m maka beliau berbasikal ke
sekolah. Beliau berharap aktiviti ko-kurikulum dapat dijalankan dengan lebih kerap supaya
pelbagai aktiviti dalam kelab dan persatuan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 5

15

Murid C Murid C telah memilih permainan hoki, persatuan Sains dan Matematik dan
unit badan beruniform Persatuan Bulan sabit Malaysia (PBSM) untuk aktiviti ko-kurikulum di
sekolah. Beliau amat meminati permainan hoki. Menurut beliau, guru penasihat akan
membahagikan aktiviti kepada dua sesi iaitu sesi teori dan sesi praktikal. Semasa sesi praktikal
setiap murid akan diberikan kayu hoki untuk mempelajari cara membuat pukulan yang betul.
Murid C mendapati kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah melalui unit ko-kurikulum
amat memuaskan dan mencukupi bagi menampung bilangan ahli permainan hoki. Ia turut
mendidik setiap ahli agar sentiasa berdisiplin dan bermain dalam satu pasukan. Murid C amat
lemah dalam subjek Matematik. Oleh itu, beliau telah memilih persatuan Sains dan Matematik
bagi membantu meningkatkan kefahamannya dalam subjek Matematik. Murid C amat meminati
dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dilakasanakan oleh guru penasihat seperti
kuiz, teka silang nombor, seni dan kreatif dalam Sains, poster, jualan penanda buku dan lukisan
mural. Ternyata Murid C amat menggemari aktiviti-aktiviti yang berbentuk praktikal dan
permainan dalam kumpulan. Murid C telah memilih PBSM sebagai unit badan beruniform
walaupun beliau tidak memiliki pakaian seragam yang lengkap. Murid C amat meminati bidang
perubatan dan berazam menolong orang yang dalam kesusahan. Menurut Murid C, kelengkapan
dalam PBSM di sekolah adalah tidak lengkap seperti peralatan bantuan kecemasan. Ini
menyukarkan setiap ahli menjalankan latihan praktikal seperti CPR atau balutan luka. Selain itu,
Murid C juga mengatakan bahawa kekurangan ubat-ubatan menyebabkan pihak sekolah tidak
mempunyai peti kecemasan yang lengkap. Ini menyukarkan ahli PBSM memberi bantuan
kepada murid lain seperti semasa hari sukan kerana kekurangan latihan dan ubatubatan. Ibu
bapa Murid C amat menggalakkan penglibatan anaknya dalam aktiviti kokurikulum dan
menghantar Murid C sendiri ke sekolah pada hari Sabtu. Murid C tidak menghadapi masalah
dari segi kewangan mahupun masa dan tidak pernah ponteng menghadiri aktiviti ko-kurikulum.

. Murid D Murid D pula memilih permainan bola baling, persatuan Bahasa Melayu dan
unit badan beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS). Murid D merupakan seorang murid yang
lasak dan aktif. Beliau meminati permainan bola baling dan pernah mewakili rumah sukan
dalam karnival sukan dan permainan peringkat sekolah. Menurut Murid D, kelengkapan bola
baling amat memuaskan dan membenarkan setiap ahli menjalani latihan praktikal dengan baik
semasa aktiviti ko-kurikulum. Selain itu, Murid D juga amat meminati subjek Bahasa Melayu
dan sering memasuki pertandingan seperti pidato dan menulis esei. Menurut Murid D, melalui
aktiviti yang dijalankan oleh guru penasihat persatuan Bahasa Melayu ia banyak membantu
Murid D dalam penulisan esei. Contohnya, aktiviti seperti kaya bahasa, permainan bahasa dan
16

celik kosa kata dapat memperkayakan perbendaharaan kata Murid D. Murid D amat meminati
aktiviti yang mencabar dan seiring dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam KRS ia
dapat meningkatkan tahapm ketahanan Murid D dari aspek mental dan fizikal. Walaupun Murid
D masih belum memiliki baju seragam yang lengkap namun beliau amat menyukai aktiviti yang
diatur oleh guru penasihatnya. Tambahan lagi, Murid D dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dan semangat setia kawan sesama ahli kumpulan. Menurut Murid D lagi,
kelengkapan untuk melaksanakan aktiviti KRS amat memuaskan. Ibu bapa Murid D amat
menggalakkan penyertaan anaknya dalam aktiviti kokurikulum seperti memberi sumber
kewangan untuk membeli t-shirt KRS. 7

. Murid E Murid E amat meminati aktiviti ko-kurikulum di sekolah kerana beliau
merupakan seorang murid yang aktif dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola
jaring. Menurut beliau, melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab bola jaring timbul minat
untuk mendalami pelbagai kemahiran seperti kemahiran menghantar dan menerima bola,
menjaring, mengawal dan gerak kaki. Walaupun ada segelintir murid yang mengatakan bahawa
permainan bola jaring amat sukar kerana mempunyai pelbagai peraturan yang ketat namun tidak
bagi beliau. Selain minat yang sedia ada, beliau turut mengatakan bahawa guruguru penasihat
kelab bola jaring amat berkebolehan dan berpengalaman dalam teknik-teknik permainan bola
jaring. Secara tidak langsung guru-guru berpengalaman ini dapat membimbing murid
terutamanya dalam kelab bola jaring dengan baik. Semasa mengikuti aktiviti ko-kurikulum pada
setiap hari Sabtu, beliau menyatakan bahawa sesi aktiviti dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
sesi teori dan sesi praktikal. Semua peralatan untuk permainan bola jaring adalah lengkap
seperti gelanggang, bola, tiang gol dan bip. Oleh yang demikian, beliau dan rakan-rakan dapat
menjalani aktiviti ko-kurikulum dengan lancar. Selain aktiviti permainan, beliau turut
merupakan ahli persatuan Didik Bistari. Melalui didik bistari beliau diajar tentang konsep
perniagaan. Antara aktiviti yang menarik minat beliau ialah terlibat dalam aktiviti jualan di
sekolah seperti jualan sempena hari sukan, jualan setiap hari Rabu dan lain-lain lagi. Murid E
berpendapat penglibatannya dalam persatuan didik bistari telah membina keyakinan diri serta
sikap tidak berputus asa. Beliau dan rakan-rakan mendapat tunjuk ajar daripada guru penasihat
tentang selok-belok dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Persatuan Didik Bistari merupakan
salah satu persatuan yang aktif di sekolah Murid E. Murid E telah memilih Persatuan Puteri
Islam sebagai unit badan beruniform dalam ko-kurikulum. Beliau berpendapat persatuan
tersebut dapat menjadikan beliau seorang insan yang berilmu, beramal dan berguna kepada ibu
bapa, sekolah dan negara. Menurut Murid E lagi, penglibatannya dalam persatuan puteri Islam
17

banyak mendidik beliau agar menjadi individu yang khamil. Antara aktiviti persatuan yang
menarik minat beliau ialah nasyid, memasak, menjahit, seni kreatif, gotong-royong dan banyak
lagi. Tambahan lagi, kemudahan yang lengkap telah memudahkan ahli persatuan melaksanakan
aktiviti yang dirancang dengan lancar. 8

. Murid E tidak menghadapi apa-apa masalah untuk mengikuti aktiviti ko-kurikulum di
sekolah kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa yang sedia menghantar beliau setiap kali
aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu. Namun, Murid E sedikit kecewa kerana aktiviti ko-
kurikulum tidak dapat dilaksanakan pada setiap hari Sabtu sekiranya pihak sekolah mempunyai
program yang lain. Murid E menyatakan antara faedah yang diperoleh ialah dapat mengisi masa
lapang, bertemu dengan rakan, menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran
bersosial dan berkomunikasi.

Di samping itu antara factor-faktor yang mendorong murid sekolah rendah sungguh berminat
dengan aktivititi kokurikulum adalah :

Guru penasihat aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dalam mengatur,
melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik serta menyemai
minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi sokongan moral dan
material dikalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan.
Pentadbir sekolah dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti
kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan
ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Para pentadbir atau pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah, yang merupakan pegawai yang menjalankan tugas untuk menyelia pelaksana
iaitu guru bagi memastikan semua program berjalan dengan lancar.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anakanak
mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya
ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian / sawah
yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

Para pentadbir dalam aktiviti kokurikulum dan sukan selain daripada sekolah
18

seperti Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang menjadi pemangkin terhadap aspirasikerajaan
untuk melahirkan belia atau pelajar yang berwawasan.


SOALAN 3

Anda dikehendaki memilih SATU AKTIVITI KOKURIKULUM daripada senarai berikut
pasukan pakaian seragam, persatuan akademik, kelab hobi & rekreasi dan kelab sukan
& permainan.

Tulis satu LAPORAN yang menerangkan bagaimana anda melakukan aktiviti berkenaan
di sekolah anda.

1. Pengenalan
PENGENALAN
Perkhemahan SKAP merupakan salah satu aktiviti yang dimasukkan dalam kelendar sekolah ia
bertujuan memupuk semangat jati diri dan ketahanan mental dan fizikal murid-murid kearah
melahirkan murid cergas minda.

MATLAMAT

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan tinggi serta aktif dari segi mental,
fizikal dan emosi bagi pengisian kecemerlangan individu dan semua.

2. Memupuk semangat bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain bagi
meningkatkan semangat juang yang tinggi antara satu sama lain dikalangan pelajar.

3. Memberi kesedaran kepada murid bahawa semangat kecerdasan minda dan fizikal
amat penting untuk menghadapi pelajaran dan pengajaran.

4. Memupuk semangat kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa dalam
kehidupan serta ketepatan masa dalam semua aktiviti.


19

RASIONAL

1. Memberi peluang menambahkan pengalaman dalam hidup, menimba ilmu dan
memperkayakan pengetahuan.

2. Memupuk amalan menghargai alam semulajadi dan memupuk rasa syukur
terhadap Tuhan atas segala nikmat.

3. Memberi pendedahan baru kepada murid-murid betapa pentingnya ilmu semasa
menghadapi kesukaran didalam mengharungi hidup dalam hutan.
2. Pengurusan



JAWATANKUASA PENGELOLA PERKHEMAHAN
PENASIHAT : Pn Rohani bt Ismail
(Guru Besar)

PENGERUSI : En Mohd Nasir b Jusoh
(PKKO)

NAIB PENGERUSI : Pn. Zakiyah Bt. Othman
(PK 1 )
Mdm Tan Kim Geok
(PK HEM)

SETIAUSAHA : Pn. Yus Marina Bt. Ab.Rahim
PEN . SETIAUSAHA : Pn Rosila bt Awang Kechik

AJK : Pn Rozana bt Daud (Penyelaras Unit Uniform)
: Pn Hjh Wan Khairiah ( Kem Komandan)
: En Nik Husni b. Hj Ali ( Kem Komandan)
: Pn Rozana bt Daud (Pengakap)
: En Mohmad Mazlan ( PBSM / Alatan Eletrik)
20

: Pn Norhayati Mamat ( Puteri Islam)
: En Ahmad Zaki b. Mohd Salleh( TKRS / Pertandingan)
: En Azman b Hasan (Peralatan)
: Pn Hjh Che Asmat bt Salleh (Persegaran)
: En Mohd Hilmi (Jururakam)
: Pn Siti Aminah bt Ibrahim (Hadiah/cenderahati)
: En Nik Husni b. Hj Ali (Senam Aerobik )
: En Ahmad Zaki b. Mohd Salleh (Kuliah / Tazkirah )
: Pn Hjh Norma bt Ab Aziz ( Malam Kebudayaan)


JAWATANKUASA PENGELOLA PERKHEMAHAN .

BI L J AWATANKUASA TUGASAN TI NDAKAN
01. Penyelaras / Urusetia - Menetapkan acara
pertandingan
- Menyediakan jadual bertugas
- Menyediakan surat kebenaran
ibubapa,surat pinjaman alatan
dll.

- PKKO
- En Mohd Zainal
- Pn Rosila

02. Kem Komandan - Memastikan segala
perkhemahan berjalan dengan
lancar.

- Pn Hjh W.Khairiah
- En Mohd Zainal
- En Nik Husni

03. Peralatan - Membuat semakan alatan
perkhemahan.
- Menyediakan alatan untuk
pertandingan
- Membeli / meminjam alatan yg
tiada di sekolah.

- En Mohd Zainal
-Tn Hj Mohd Ghani
- Pn Saira
- Pekerja sekolah
04. Hadiah / Cenderamata - Menetapkan hadiah mengikut -Pn Siti Aminah
21

acara
- Membalut hadiah
- Mengurus hadiah semasa
penyampaian hadiah
- Menyediakan
- cenderamata kepada
penyampai hadiah

-Pn Hazlini
-Pn Norhayati
-Pn Nordiana

05. Persegaran Guru dan
murid

- Mengurus makanan murid /
guru semasa perkhemahan
- Menyedikan alatan memasak
sepanjang perkhemahan
berjalan.


- Menyediakan makanan untuk
malam BBQ.

-Pn Hjh Che Asmat
-Pn Kamarizan
-Pn Saira
-Pn Siti Hatizah
-Pn W. Anita
-Pn Norasyiqin

-Pn Hjh Norma
06. Siaraya - Menyediakan peralatan siaraya
.
-En Azman
- En Mohd Hilmi
- Semua pekerja
07. Juruacara -En Azman
-Pn Norhaliza
08. Program / Jemputan - Mengumpul maklumat untuk
buku program
- Surat jemputan ibubapa , AJK
PIBG dan Perasmian (PPD)
-En Nik Husni
-Pn Rosila
- En Mohd Zainal
09 Ceramah Dadah - Mencari Penceramah untuk
slot AntiDadah


-Pn Rosila
10. Kawalan Keselamatan - Mengawal murid semasa - Jaga sekolah
22

sepanjang perkhemahan
berjalan.


-Semua guru
11. Tajaan /Sponsorship - Mencari penaja - En Mohd Nasir
12. Jururakam - Merakam gambar semasa
perkhemahan.
- Mohd Hilmi
13. Penyelengaraan Eletrik - Dipasang disekitar tempat
perkhemahan

- En Azman
14. Kawad Kaki - Menyelaras pertandingan
kawad kaki

-En Mohmad Mazlan
15. Memasak - Menyelaras pertandingan
memasak
-Pn Saira
16. Kraftangan - Menyelaras pertandingan
Kraftangan
-Pn Kamarizan
17. Malam Kebudayaan - Menyelaras pertandingan MK - Pn Hjh Norma
18. Motivasi Keagamaan - Ceramah / Motivasi agama
mengikut jadual
-En Ahmad Zaki
19. Persediaan Tapak - Menyediakan tapak kawasan
perkhemahan
- En Mohd Zainal
- En Nik Husni
20. Jungle tracking - Menyelaras aktiviti jungle
tracking
- En Azman











23


ANGGARAN PERBELANJ AAN

BIL DUIT MASUK DUIT KELUAR

1. Sumbangan duit KO :

RM 1500.00

2. Pendaftaran murid
RM 10.00 X 170 orang
= RM 1,700.00

3. Lain-lain Sumbangan :
= RM 970.00
1. Persegaran murid RM 3.50 X 6 X 170 =
RM 3,570.00

2. Hadiah & Cenderahati
= RM 300.00

3. Peralatan Perkhemahan
= RM 200 .00

4. Barangan Eletrik
= RM 100.00


JUMLAH : RM 4,170.00 RM 4,170.00














24




PENUTUP

Adalah menjadi harapan sekolah melalui perkhemahan ini akan dapat meningkatkan
lagi semangat kerjasama di kalangan murid-murid, guru, staf sokongan dan penduduk setempat.
Mudah-mudahan semangat kerjasama ini berkekalan dalam diri warga SKAP dan menjadi
semangat untuk membangungkan dan memajukan Negara.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini amatlah diharapkan oleh pihak
sekolah. Akhir kata marilah kita sama-sama memohon ke hadrat Ilahi mudah-mudahan usaha ini
akan memperolehi hasil yang terbaik untuk semua, Insyaallah.




Disediakan oleh : Disahkan oleh:


(YUS MARINA BT. AB.RAHIM) (ROHANI BT ISMAIL)
SETIAUSAHA GURU BESAR











25


3.Nilai dan kemahiran yang ingin diperkembangkan


1. Membantu murid dan guru dengan memenuhi aktiviti kokurikulum yang bermanafaat .
2. Menggalakan murid dan guru meningkatkan amalan gaya hidup sihat.
3. Menyemai perasaan semangat kerjasama
4. Memupuk semangat ukhuwah antara murid dan guru
5. Menghidupkan budaya kerja berpasukan.
6. Mencungkil bakat dan minat murid
























26


4.Laporan kegiatan

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
SK ALOR PASIR

Program : Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam
Tarikh : 4 Mac2014 sehingga 6 Mac 2014
Masa : 2.00 petang (4 Mac 2013)sehingga jam 12.00 tengahari
(6 Mac2013)
Lokasi : Padang SKAP, Sek Keb Alor Pasir,Tanah Merah, Kelantan

OBJEKTIF :
1. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan tinggi serta aktif dari segi
mental,fizikal dan emosi bagi pengisian kecemerlangan individu dan semua.
2. Memupuk semangat bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain bagi
meningkatkan semangat juang yang tinggi antara satu sama lain dikalangan pelajar
27

3. Memberi kesedaran kepada murid bahawa semangat kecerdasan minda dan
fizikal amat penting untuk menghadapi pelajaran dan pengajaran.
4. Memupuk semangat kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa dalam
kehidupan serta ketepatan masa dalam semua aktiviti.
5. Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta.

KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 4,5& 6 Sek. Keb Alor Pasir

BILANGAN PESERTA : 147 Orang
Pengakap : 43 orang
TKRS : 43 orang
PBSM : 42 orang
P.Islam : 19 orang
Program Perkhemahan Pakaian Seragam yang telah dilaksanakan ini
dapat mengeratkan hubungan guru, murid dan kakitangan sekolah sekaligus dapat
melatih diri murid-murid agar berdisiplin dan menepati masa yang ditetapkan.

Perkhemahan ini juga memfokuskan pelajar-pelajar tahap dua iaitu pelajar tahun
4 hingga tahun 6 . Aktiviti ini melibatkan pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
Tanah Merah . Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang khemah dan gajet,
pertandingan memasak,pertandingan kraftangan, pertandingan kawad kaki dan juga
persembahan malam kebudayaan.
. Perkhemahan ini dapat memberi peluang murid-murid menambahkan
pengalaman dalam hidup, menimba ilmu dan memperkayakan pengetahuan serta
memupuk amalan menghargai alam semulajadi dan rasa syukur di atas nikmat kurniaan
Allah S.W.T.
Murid-murid juga dapat merasai pengalaman baru dalam menghadapi
kesukaran didalam mengharungi hidup dalam hutan semasa aktiviti jungle tracking
bekerjasama sesama ahli kumpulan dan saling bantu membantu semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan.
Acara penutupan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam Sk Alor Pasir 2014
dan majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh En Mohd Zambry bin
Mamat, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kokurikulum, PPD Tanah Merah,
28

Kelantan dengan disaksikan oleh peserta-peserta perkhemahan dan Ahli Jawatankuasa
Perkhemahan P SKAP 2014.
KEKUATAN
1. Mempunyai tempat dan lokasi yang strategik.
2. Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui
aktiviti yang dijalankan.
3. Peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini.
4. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru
yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia
menghadapi cabaran pada masa depan.

KELEMAHAN
Terdapat segelintir guru yang masih tidak memakai pakaian seragam unit
beruniform semasa upacara perasmian perkhemahan berlangsung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada
masa hadapan. Program ini patut diteruskan pada masa akan datang.

PENUTUP:
Adalah menjadi harapan kerajaan dan sekolah melalui program perkhemahan P
ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan murid-murid, guru, staf sokongan dan
penduduk setempat. Serta semoga segala maklumat yang berkaitan dapat disalurkan
dengan lebih terperinci . Mudah-mudahan semangat kerjasama ini berkekalan dalam
diri warga SKAP dan menjadi semangat untuk membangungkan dan memajukan
Negara.
Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen positif setelah berakhirnya
program perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama
yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung.
Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk
melahirkan murid SK Alor Pasir yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani,
intelek dan sahsiah.
29

Akhir kata marilah kita sama-sama memohon kehadrat Ilahi mudah-mudahan
usaha ini akan memperolehi hasil yang terbaik untuk semua, Alhamdulillah, program
yang dirancang ini boleh dianggap cukup berjaya berdasarkan respon dan kerjasama
semua warga Sk Alor Pasir.




Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.........................................
(YUS MARINA BT AB.RAHIM) (ROHANI BT ISMAIL)
SETIAUSAHA GURU BESAR
SEK. KEB. ALOR PASIR


















30

LAMPIRAN :






























31



























Antara aktiviti semasa perkhemahan 2014
ialah ceramah
32





















Hasil kerja murid melalui pertandingan kolaj

33


























Aktiviti jungle tracking sepanjang perkhemahan 2014















34



















Majlis perasmian penutup perkhemahan Pasukan Pakaian
Seragam














35

5.Penilaian murid

PENDAHULUAN
Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian
seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan
merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan
aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah
kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak 13 jenis pasukan
pakaian seragam, 100 jenis kelab/persatuan serta 30 jenis kelab
sukan dan permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai
sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis/komponen aktiviti
tersebut.
Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian
Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan
kokurikulum yang diceburi oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang
dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza. Perbezaan ini wujud kerana
penilaian yang dibuat semata-mata hanya berdasarkan persepsi dan
keperluan sesebuah sekolah.
Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil Bahagian
pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah
dapat dinilai secara standard agar aspek ini dapat diambil kira dlam
proses pemgambilan pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan.

RASIONAL
Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah
berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya
unsur-unsur ketidak samarataan dalam pemberian markah kepada
pelajar. Kemungkinan ada pelajar memperolehi markah yang berbeza
walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui
36

penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur ketidakadilan
dalam pemberian markah boleh dihindari.
Sehingga kini belum ada garis panduan dan format borang tertentu dalam
membuat penilaian aktiviti kokurikulum. Pengiktirafan dalam kegiatan
kokurikulum hanya dibuat dalam bentuk sijil dan surat akuan yang
dikeluarkan oleh sekolah dan badan tertentu. Dalam hal ini amatlah
wajar jika penilaian yang dibuat tidak hanya berlandaskan pencapaian
dalam kegiatan semata-mata kerana aspek-aspek lain seperti kehadiran
dalam aktiviti, tanggungjawab yang disandang dan penglibatan pelajar
dalam sesuatu kegiatan kokurikulum perlu diambilkira.
Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar-pelajar untuk
bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar
mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana
penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita
melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang
cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk
mencapai citi-citi mereka.


OBJEKTIF
Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh
diterima pakai oleh semua sekolah.
Membantu Bahagian Sekolah (Sekolah Berasrama Penuh) dan Bahagian
Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke
asrama penuh dan institusi-institusi pengajian tinggi

Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum.






37

PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

Pengenalan
Contoh Borang Pemantauan

MAKLUMAT KOKURIKULUM SEKOLAH
(Senarai Semak dan Pelaksanaan)
1. Nama Sekolah
_____________________________________________________
2. Alamat
_____________________________________________________
_____________________________________________________
3. No.Telefon __________________ 4. No.Email _________________
5. Nama Pengetua/
_____________________________________________________
Guru Besar
6. Nama GPK 1 _____________________________________________________
7. Nama GPK HEM
_____________________________________________________
8. Nama GPK KOKO
_____________________________________________________
9. Kursus KokurikulumSudah / Belum Tarikh: _________________
10. Bilangan Guru Melayu ____________ Lelaki ____________
Perempuan
Cina ____________ Lelaki ____________ Perempuan
India ____________ Lelaki ____________ Perempuan
Lain-lain ____________ Lelaki ____________ Perempuan
11. Bilangan Pelajar Melayu ____________ Lelaki ____________
Perempuan
Cina ____________ Lelaki ____________ Perempuan
India ____________ Lelaki ____________ Perempuan
Lain-lain ____________ Lelaki ____________ Perempuan


38

6.Refleksi
KEKUATAN
1. Mempunyai tempat dan lokasi yang strategik.
2. Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui
aktiviti yang dijalankan.
3. Peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini.
4. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru
yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia
menghadapi cabaran pada masa depan.

KELEMAHAN
Terdapat segelintir guru yang masih tidak memakai pakaian seragam unit
beruniform semasa upacara perasmian perkhemahan berlangsung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada
masa hadapan. Program ini patut diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai