Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih tuan/puan pengerusi majlis barisan panel hakim yang


arif lagi menegakkan keadilan, guru-guru, rakan-rakan seterusnya
sidang hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.
Assalamualaikum wrt. wbt

Berdirinya saya dihadapan pentas yang serba indah ini adalah untuk

menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Guru Pembina Bangsa.

Sidang hadirin sekalian,

Guru ibarat pelita, guru ibarat lilin yang membakar diri, guru ibarat

matahari yang menyinari alam. Inilah antara perumpamaan yang

sering kita dengar sejak dahulu lagi. Ini menggambarkan tingginya

pengorbanan yang ditunjukkan oleh guru kepada kita semua. Tetapi

apakah pula pengorbanan kita sebagai seorang murid kepada guru

kita? Oleh itu pada hari ini saya akan mengupas peri pentingnya kita

menghormati guru.

Sidang hadirin sekalian,


Menuntut ilmu itu wajib atas setiap umat Islam. Setiap kita wajib

menuntut ilmu, apatah lagi ilmu agama. Dengan siapa kita perlu

menuntut ilmu kalau bukan dengan guru. Memang kita boleh dapat

ilmu hanya dengan membaca buku sahaja. Tetapi harus diingat

orang yang menuntut ilmu melalui buku semata-mata tanpa guru

ibarat berguru dengan syaitan. Maka jelaslah di sini pentingnya kita

perlu menuntut ilmu dengan berguru.

Sidang hadirin sekalian,

Dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Orang-

orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling

baik akhlaknya. (Hadith riwayat al-Tarmidhi) dapat kita lihat saling

kaitan yang erat antara iman dan akhlak. Rasulullah S.A.W

menyatakan bahawa orang yang mempunyai kesempurnaan akidah

dan iman ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Rasulullah

sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga

mampu menjadi contoh tauladan dan qudwah hasanah kepada

seluruh umat manusia. Malah baginda diutuskan bukan sahaja untuk

menyeru manusia ke arah mengesakan Allah tetapi jua untuk

menyempurnakan akhlak manusia. Sabda baginda: Sesungguhnya


aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat

Bukhari, Hakim dan Baihaqi). Oleh yang demikian segala ajaran yang

disampaikan oleh Rasulullah saw hendaklah kita pelajari melalui

guru. Barulah kita akan dapat peroleh ilmu, iman dan taqwa

seterusnya memiliki akhlak yang mulia.

Sidang hadirin sekalian,

Satu kisah yang ingin saya kongsi berkaitan dengan kepentingan

menghormati guru. Pada zaman dahulu ada seorang murid yang

sangat lemah pelajarannya. Tetapi dia sangat menghormati gurunya.

Setiap hari dia akan menunggu gurunya di pintu masjid. Bila gurunya

sampai dia akan sambut dan diambil kasut gurunya itu lantas

dibersihkan dan diletakkan ditempat yang tinggi. Waktu belajar dia

selalu dimarah kerana lambat dapat. Tetapi dia tetap sabar dan tidak

pernah jemu menuntut ilmu dan menghormati gurunya itu. Pada satu

malam di bulan Ramadhan sewaktu mereka semua tidur di dalam

masjid murid tadi terbangun dan Allah rezekikannya bertemu dengan

lailatul qadar. Keesokannya seperti biasa selepas solat subuh

gurunya akan mengajar muridnya. Tetapi pagi itu si guru meminta

muridnya yang lemah tadi menggantikannya. Semua terkejut kerana


murid tadi mengajar lebih hebat dari gurunya. Itulah keberkatan dan

rezeki yang Allah kurniakan kepada murid yang asalnya lemah telah

menjadi seorang murid yang hebat.

Sidang hadirin sekalian,

Daripada kisah tadi marilah kita jadikan pengajaran bahawa kita

sebagai murid hendaklah sentiasa menghormati guru, mendoakan

mereka, dan sentiasa membantu guru kita. Semoga kita semua akan

menjadi murid yang cemerlang dan memperoleh keberkatan daripada

guru kita.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai