Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM PEWARIS 2010

Pendahuluan

Sejak kebelakangan keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat kita semakin menjadi-jadi. Sebagai
institusi pendidikan yang berteraskan agama, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit
Motivasi PIBG SRAI Sungai Chinchin merancang satu program yang berfungsi sebagai perisai diri dari
terjebak dengan gejala maksiat dan sebagai agen perubahan kepada masyarakat yang semakin tenat ini.

Objektif

 Melahirkan generasi yang kuat dan tahan daripada anasir-anasir negatif


 Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan terbaik dalam hidup.
 Sebagai persiapan memasuki alam remaja
 Menjadi agen perubahan dalam masyarakat sekeliling.
 Sentiasa berkasih sayang kepada semua kerana Allah.

Sasaran

 Murid-murid tahun 6

Pengisian

 Ceramah beserta tayangan

“tajuk : Melangkah ke Alam Remaja”

 Permainan Perisai Diri

Memberi penekanan pentingnya seorang pemimpin mempunyai perisai diri yang kuat untuk
melangkah ke Alam remaja

 Tugasan Maruah Diri

Peserta akan di beri tugasan menjaga dan memekirkan cara yang paling selamat menjaga telur
yang akan menjadi bahan membuat sebuah kasut. Falsafdah tugasan ialah perlunya kita
menjaga diri dan maruah daripada tercemar dengan berpegang dengan tali Islam.

Anda mungkin juga menyukai