Anda di halaman 1dari 8

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

Antara Ciri-ciri Keistimewaan Islam @Tassawur Islam


Rabbani Thabat wa al-Murunah Waqiyyah Tawazzun dan Wasatiyyah Syumul

Alamiyyah

RABBANI
Islam sebagai agama Allah mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia.Rabbani bermaksud ketuhanan iaitu dari segi penciptaan dan pengabdian kepadaTuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Islam itu datang dari Zat yang Maha Tinggi. la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialahWahyu Allah swt. Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran dan keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-Sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta atau dilhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah. Ciri Islam juga berasaskan ketuhanan kerana segala sesuatu diciptakan oleh Allah S.W.T yang maha sempurna dan tidak sesuatu yang dapat menandinginya. Semua makhluk ciptaanNya akan kembali menemuinya di akhirat nanti sebagaimana yang telah dijanjikan.

SYUMUL DAN LENGKAP


Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia merangkumi hubungan manusia dengan Pencipta, sesama manusia dan juga hubungan dengan makhluk lain. Cara hidup Islam juga memenuhi segala kepentingan manusia samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga tahsiniyyat. Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan memisahkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi untuk mencapai ketamadunan dan kegemilangan dalam kehidupan.

SEIMBANG & SEDERHANA (Tawazzun & Wasatiyyah)


Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar seimbang dan sederhana. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Kehidupan manusia tidak lengkap sekiranya mementingkan pembangunan fizikal semata-mata. Hakikat kejadian manusia daripada unsur fizikal dan rohani memerlukan pembangunan yang seimbang dari segi rohani dan fizikal. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.

Keseimbangan dan kesederhanaan dapat dilihat dalam tuntutan aqidah, ibadah dan juga akhlak yang dituntut oleh Islam. Sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum hakam bahkan juga dalam semua ciptaan Allah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan matahari. Tuntutan membayar zakat , bersedekah & haramnya riba mengajar manusia supaya hidup bersederhana dan memikirkan tentang mereka yang kurang mampu di dalam masyarakat.

THABAT WAL-MURUNAH(TETAP & ANJAL)


Tetap dan anjal(fleksibel) bermaksud tuntutan dan peraturan Islam adalah tetap kepada sesiapa pun dan sehingga hari akhirat. Islam menentukan kewajipan yang sama walau di mana manusia berada dan ketetapan itu boleh menjadi fleksibel dalam keadaan-keadaan yang tertentu dengan tujuan tidak menyusahkan penganutnya. Contohnya sembahyang 5 waktu wajib ditunaikan tetapi fleksibel dilakukan samada di rumah, padang, hutan dll. Dalam keadaan sakit juga sembahyang diberikan cara yang fleksibel iaitu dengan cara duduk/baring/niat dalam hati.

PRAKTIKAL (Waqiyyah)
Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dan peraturan yang mengatur hidup mereka supaya bahagia selama-lamanya. Dalam kontek ini seluruh sistem Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statik tetapi sebaliknya praktis. Cara hidup Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan tempat dan tidak ada sesuatu yang dituntut dalam Islam melanggar fitrah manusia. Secara praktikalnya manusia memerlukan pegangan(aqidah), manusia juga boleh melakukan ibadah dalam bermacam keadaan dan secara praktikalnya masyarakat dan negara perlu mengamalkan akhlak Islam untuk mencapai keharmonian dan kedamaian.

UNIVERSAL (Alamiyyah)
Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputisemua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada diplanet Marikh sekalipun. Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekalian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua". {AlAraf: 158 }

Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjamin kebahagiaan manusia tidak kira warna kulit dan keturunan serta segala keperluan mereka sepanjang zaman dan tempat.

Anda mungkin juga menyukai