Anda di halaman 1dari 9

Pengertian Hukum Qisas

Qisas dari segi bahasa bermaksud mengikut sesuatu yang terdahulu. Dari segi syarak Qisas adalah istilah dalam hukum islam yang bererti pembalasan yang melibatkan kecederaan tubuh badan dan nyawa manusia, mirip dengan istilah "hutang

nyawa dibayar nyawa". Dalam kes pembunuhan hukum qisas memberikan hak kepada
keluarga korban untuk meminta hukuman mati kepada pembunuh.Hukuman qisas boleh di jalankan kepada penjenayah yang sempurna akal, yang melakukan jenayah dengan sengaja dan berniat jahat.

Jenis-Jenis Kesalahan Dan Hukuman Dalam Jenayah Qisas


Membunuh dengan sengaja
. Untuk

setiap kesalahan, terdapat hukumannya yang tersendiri yang telah

ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Pembunuhan adalah termasuk di bawah kategori jinayat. Pembunuhan di dalam Islam terdiri dari empat bentuk iaitu pembunuhan sengaja, seumpama sengaja, tidak sengaja dan tersalah. Hukuman bagi pembunuhan yang disengajakan adalah bunuh balas (qisas) iaitu membunuh si pembunuh, jika wali orang yang dibunuh tidak menuntut diyat atau memaafkan si pembunuh. Mencederakan anggota badan Penjenayah akan menerima balasan sebagai mana dia mencederakan mangsa. Sebagai contoh jika penjenayah mematahkan tangan mangsa maka penjenayah akan terima balasan yang sama.

Kepentingan Hukum Qisas


Melindungi jiwa orang tidak berdosa daripada di zalimi. Dengan melaksanakan hukuman qisas dapat mencegah dan menghalang orang yang bercadang untuk melakukan jenayah daripada meneruskan niat buruknya. Untuk memberi keadilan kepada umat manusia, kerana qisas adalah satu hukuman yang paling adil dan saksama. Ini kerana hukuman qisas menyamai dengan jenayah yang telah dilakukan, umpamanya seorang yang membunuh dengan sengaja akan dikenakan hukuman bunuh. Undang-undang qisas dapat meredakan kemarahan dan dendam waris-waris mangsa jenayah bunuh. Menjamin ke amanan dan ketenteraman hidup manusia supaya mencapai kebahagiaan hidup.

Tanggapan-tanggapan Negatif Terhadap Qisas


Pandangan-pandangan yang serong terhadap undang-undang jenayah Islam umumnya dan undang-undang qisas khususnya: adalah disebabkan sama ada mereka memang tidak memahaminya ataupun sengaja tidak mahu memahami, dengan tujuan untuk menyesatkan orang lain. Lebih-lebih lagi jika golongan yang tidak mahu faham ini terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. Qisas adalah satu hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Orangorang yang menganggap qisas sebegitu rupa kerana lebih mengambil berat tentang nasib penjenayah itu daripada memikirkan nasib orang ang menjadi mangsa penjenayah itu sendiri. Qisas dianggap kononnya satu undang-undang yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat di sini. Sebenarnya jika seseorang itu mempercayaiqisas ini undang-undang Allah yang terkandung dalam Al-Quran, maka tidak timbul anggapan seperti itu. Maka sudah tentulah syariat Allah sesuai pada bila-bila masa dan di mana juga. Sedangkan pada umumnya umat Islam mempercayai ajaran Islam untuk sepanjang zaman hingga qiamat, yakni sama kedudukannya dengan hukum-hukum mengenai solat, zakat, haji dan perkahwinan Islam yang tidak dianggap ketinggalan zaman atau tidak sesuai dengan budaya bangsa Malaysia.

Qisas kononnya sebagai hukum suku-suku bangsa atau dengan lain perkataan
dianggap sebagai undang-undang Arab Jahiliah. Anggapan seperti ini adalah amat berat kerana ianya menyamakan qisas dengan undang-undang Arab Jahiliah dan sekaligus menafikan qisas sebagai syariat Allah S.W.T. Jika sesuatu hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran tidak dipercayai, maka sikap yang seperti ini boleh merosakkan aqidah seseorang apatah lagi jika dikaitkan undangundang qisas itu dengan amalan Arab Jahiliah.

Qisas kononnya dianggap sebagai tindakan balas dendam. Orang yang mempunyai anggapan sebegini sebenarnya tidak memahami undang-undang qisas, walaupun kedua-dua sistem itu ada persamaan dari segi hukuman balas seperti bunuh dibalas bunuh dan mencederakan anggota badan akan dicederakan balik. Pada hakikatnya antara balas dendam dan qisas jauh bezanya.

Pengertian Tazir

Dan segi bahasa tazir bererti mencegah atau menghalang. Dan dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Kesalahan-Kesalahan Yang Termasuk Di Bawah Kategori Tazir


Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Hukuman Bagi Kesalahan Tazir.


Nasihat atau Teguran

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan dating.

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

Ancaman atau Pemulauan Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman. Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

Perisytiharan Umum Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

Denda Dan Merampas Harta Iaitu hukuman ta zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah. Mengenakan denda seperti membayar wang.

Penjara

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.

Mengelakan perbuatan jenayah dilakukan secara berterusan.

Sebat Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut realiti semasa. Menakutkan orang lain supaya tidak melakukan jenyah yang di lakukan.

Bunuh Hukuman bunuh bagi kesalahan tazir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

Buang Daerah Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Kepentingan Hukum Tazir


Memberikan pengajaran dan ingatan kepada masyarakat supaya memlihara keamanan dan kesejahteraan hidup. Menyedarkan pesalah terhadap kesalahan yang telah di lakukan. Melahirkan manusia yang bertakwa dan patuh kepada perintah Allah.

Peranan Undang-Undang Jenayah Islam Mewujudkan Keamanan Dan Kesejahteraan Dalam Masyarakat
Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Rujukan

https://sites.google.com/site/hukumjenayah/hukum-qisas

http://handzolah.blogspot.com/2007/11/hukum-jenayah-dalam-islam.html http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Anda mungkin juga menyukai