Anda di halaman 1dari 29

PEMBENTANGAN KUMPULAN

SISTEM JINAYAH.

- HUKUM HUDUD
- HUKUM QISAS
- HUKUM TAKZIR
NAMA AHLI: 1. NORAZAM HASHIMUDIN
2. ZARUL SYAIRAZI
3. SYAHIRA ATHIRAH
HUKUM
HUDUD
DEFINISI
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan PARA CENDIKIAWAN ISLAM mengenai hudud
ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-
Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas
pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang
digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh
al-Quran iaitu:

Zina.
Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
Minum Arak.
Mencuri.
Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
Murtad.
Baghy (Bughah Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai
Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan
oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana
melakukan perkara-perkara yang ditegah dan
meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana
tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu
yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-
mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-
Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira
sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu
tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh
individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-
Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).
PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau


mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah
ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib
dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan
kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai
iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri,
murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya
adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang
atau ditambah.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka


mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)
a. Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan
perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah
berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah
berkahwin.
b. Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang
baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.
c. Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan
kewarasan akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.
d. Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi.
Hukumannya adalah potong tangan.
e. Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan,
paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:
1.Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
2.Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong
tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan
dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan
kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
3.Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam
dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
.f. Murtad
.Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau
perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh
untuk bertaubat )
Hukum Qisas
PENGENALAN
Qisas mengikut pengertian bahasa ialah persamaan
atau mengikut. Oleh itu, qisas menurut pengertian
bahasa tersebut ialah seseorang yang melakukan
jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas
sama seperti yang telah dilakukan terhadap
mangsanya. Mengikut kitab Fiqh Perundangan Islam,
qisas dari segi bahasa bermaksud perturutan kes.
Mengikut syarak ianya adalah membalas penjenayah
sama seperti perbuatannya.
SYARAT WAJIB QISAS

Untuk menjatuhkan hukuman qisas terhadap


pembunuhan sengaja mestilah memenuhi syarat-syarat
tertentu. Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi,
penjenayah hanya dikenakan hukuman diyat atau ganti
rugi sahaja kepada mangsa. Oleh itu,syarat wajib qisas
terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. Syarat terhadap pembunuhan.
2. Syarat terhadap mangsa.
SYARAT TERHADAP PEMBUNUHAN
Syarat terhadap pembunuhan pula dapat dibahagikan
kepada beberapa syarat. Diantaranya ialah :
Membunuh dengan niat sengaja.
Pembunuhan orang yang waras.
Pembunuhan orang yang baligh.
Membunuh dengan kerelaan sendiri.
Pembunuhan dilakukan secara langsung.
Penjenayah atau pembunuh bukan bapa kepada mangsa.
Penjenayah atau pembunuh adalah lebih rendah martabatnya daripada
mangsa.
SYARAT TERHADAP MANGSA

Terhadap mangsa juga mempunyai beberapa syarat


tertentu. Diantaranya ialah :

Mangsa bukan dari kalangan orang yang ada hak terhadap pembunuh.
Mangsa bukan milik pembunuh.
Mangsa adalah terpelihara darahnya.
BAHAGIAN-BAHAGIAN QISAS

Bahagian Qisas dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

Qisas fi nafs (qisas pembunuhan).


Qisas ghairu nafs (qisas selain pembunuhan).
QISAS PEMBUNUHAN

Qisas pembunuhan yang dimaksudkan disini ialah


menghilangkan nyawa seseorang dengan syart
pelaksanaan hukuman qisas tersebut ialah si
pembunuh memenuhi syarat untuk dilaksanakan
hukuman qisas.
QISAS SELAIN PEMBUNUHAN

Qisas selain pembunuhan dapat dibahagikan kepada dua bahagian


iaitu :

Qisas pada anggota tubuh seperti mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki.
Qisas pada luka dengan pelbagainya.
JENIS JENAYAH QISAS

Antara jenis jenayah qisas ialah :

Membunuh.
Mencederakan dan memotong anggota manusia dengan
sengaja.
MEMBUNUH

Membunuh secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis


iaitu :

Membunuh dengan sengaja.


Membunuh dengan separuh sengaja.
Membunuh dengan tidak sengaja
MEMBUNUH DENGAN SENGAJA

Membunuh dengan sengaja mengikut pengertian umum membawa


maksud segala perbuatan jahat dengan niat yang mana ekoran
tindakannya itu menyebabkan kematian, sama ada ia bertujuan untuk
membunuh atau tidak asalkan dengan syarat pembunuhannya itu
boleh menyebabkan kematian. Ianya diertikan juga sebagai perbuatan
menghilangkan nyawa manusia dengan sengaja atau kematian
seseorang disebabkan pembunuhan yang dilakukan tanpa hak. Iaitu
pembunuhan dengan niat dan benar-benar bertujuan membunuh serta
alat yang digunakan itu benar-benar boleh membunuh.
HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
Membunuh dengen sengaja adalah satu dosa besar dan jenayah. Lebih-lebih
lagi terhadap orang Islam. Sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Nisa
ayat 93 yang berbunyi :

Maksudnya: Dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja,


maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka
kepadaNya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa Yang
besar.
Lantaran jenayah membunuh adalah dosa besar, syariat Islam
telah menetapkan sesiapa yang membunuh dengan sengaja
mestilah didakwa dan setelah sabit jenayah itu, ia dikenakan
hukuman qisas dengan bunuh balas.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra ayat 33 yang


berbunyi :
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang
diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang
benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka
Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa
menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam
menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah
mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Bagi pembunuhan sengaja iaitu dengan niat dan tujuan


yang benar-benar membunuh serta dengan
menggunakan alat biasanya boleh membunuh dan
mematikan manusia, hukumannya mestilah dengan
bunuh balas balik kecuali jika mendapat kemaafan
daripada ahli waris mangsa.
MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA

Membunuh dengan separuh sengaja atau syubhul amdi iaitu


perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan sengaja
namun sebenar niat hati kecilnya bukanlah dengan tujuan
membunuh. Contohnya seseorang memukul orang lain dengan
alat yang kebiasaannya tidak dapat membunuh tetapi sebaliknya
dengan sebab pukulannya itu telah menyebabkan kematian.
Setiap kesalahan yang dilakukan dengan menggagap kelakuan
tersebut tidak membawa kepada mencederakan tetapi yang
berlaku adalah sebaliknya dinamakan pembunuhan separuh
sengaja.
HUKUMAN MEMBUNUH SEPARUH SENGAJA

Sesiapa yang membunuh separuh sengaja yang sabit


kesalahannya tidak wajib qisas namun diwajibkan terhadap
keluarga si pembunuh membayar diyat yang berat dan secara
beransur-ansur kepada waris yang terbunuh selama tiga tahun.
Bayaran diyatnya adalah 100 ekor unta dan dibayar mengikut
ketetapan seperti berikut :

30 ekor unta betina selama 3 tahun.


30 unta betina selama 4 tahun.
40 unta bunting.
MEMBUNUH DENGAN TIDAK SENGAJA

Ulama dan fuqaha membahagikan pembunuhan tidak sengaja


kepada beberapa bahagian tertentu yang lebih terperinci iaitu :

Perbuatan sengaja namun bukan tujuan kepada mangsa.


Perbuatan sengaja terhadap mangsa namun tersalah anggapan.
Sebagai membunuh dengan tidak sengaja atau akibat kecuaian
menyebabkan mangsa terbunuh.
Tindakan menyebabkan mangsa terbunuh.
HUKUMAN MEMBUNUH TIDAK SENGAJA
Jumhur ulama berpendapat semua bentuk pembunuhan tidak sengaja tersebut tidak wajib qisas
tetapi dikenakan diyat. Iaitu diyat yang dikenakan adalah lebih ringan daripada pembunuhan
separuh sengaja. Diyat mesti dibayar oleh ahli waris pembunuh dengan cara beransur-ansur
selama tiga tahun. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 92 yang berbunyi:

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin Yang lain,
kecuali Dengan tidak sengaja. dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan tidak
sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) Dengan memerdekakan seorang hamba Yang
beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) Yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga
si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). tetapi jika ia (yang terbunuh Dengan
tidak sengaja) dari kaum (kafir) Yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah
si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba Yang beriman.
dan jika ia (orang Yang terbunuh Dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) Yang ada ikatan
perjanjian setia di antara kamu Dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti
nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba Yang beriman. Dalam pada itu,
sesiapa Yang tidak dapat (mencari hamba Yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia
berpuasa dua bulan berturut-turut; (Hukum Yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima
taubat (membersihkan diri kamu). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
MENCEDERAKAN ATAU MEMOTONG TANGAN
Jenayah mencederakan orang lain ialah setiap perbuatan jahat dengan niat yang dilakukan
dengan cara memukul atau memotong yang tidak menyebabkan kematian namun ia
berdasarkan natijah atau hasil perbuatan itu. Sebagaimana qisas terhadap pembunuhan yang
dilakukan dengan sengaja dalam kes jenayah mencederakan dan memotong dengan dikenakan
qisas juga.
Iaitu dengan dihukum qisas jenis yang sama contohnya tangan kiri dengan tangan kiri dan kaki
kiri dengan kaki kiri juga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 45 yang
berbunyi :

dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas
Dengan jiwa, dan mata dibalas Dengan mata, dan hidung dibalas Dengan hidung, dan
telinga dibalas Dengan telinga, dan gigi dibalas Dengan gigi, dan luka-luka hendaklah
dibalas (seimbang). tetapi sesiapa Yang melepaskan hak membalasnya, maka
menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa
Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
JENIS JENAYAH MENCEDERAKAN DAN MEMOTONG

Fuqaha telah membahagikan jenis jenayah mencederakan orang


lain kepada 5 bentuk yang lebih khusus iaitu :
Memotong mana-mana anggota.
Menghilangkan mana-mana anggota.
Melukakan bahagian muka dan kepala.
Melukakan bahagian tubuh badan selain kepala dan muka.
Melakukan kecederaan yang tidak disebut di atas.
SYARAT QISAS MENCEDERA DAN MEMOTONG
Kesalahan jenayah bentuk ini juga mestilah dengan
mempunyai syarat tertentu iaitu :
Anggota yang dipotong tidak kurang dengan anggota yang
hendak diqisas.
Kecederaan dan luka yang dilakukan oleh penjenayah terhadap
mangsa dapat dinilai dengan senang.
SYARAT-SYARAT QISAS
Mukallaf iaitu baligh dan berakal.
Pembunuhan dilakukan dengan sengaja.
Pembunuhan yang dilakukan secara sengaja tidak ada
kesamaran.
Pembunuh ada kebebasan bertindak.
PENGGUGURAN QISAS
Kematian penjenayah.
Pengampuanan.
Perdamaian.
Perwarisan qisas.

PELAKSANAAN HUKUMAN QISAS


Wali dari orang yang terbunuh baligh dan berakal.
Wali korban sepakat untuk melakukan qisas.
Qisas hanya berlaku pada si pelaku.

Anda mungkin juga menyukai