Anda di halaman 1dari 20

BAB 5

Akhlak Dalam Pembentukan Jati Diri Muslim


(Norhasidah A. Bakar)
5.0 Pendahuluan

Akhlak merupakan asas Islam di samping akidah dan syariah. Kepentingannya dalam
Islam memang sudah diketahui umum. Pengaruhnya amat besar dalam membentuk
perbuatan manusia. Apa sahaja yang lahir dari manusia sesuai dengan pembawaan
dan sifat yang ada dalam jiwanya. Terlalu banyak nas-nas al-Quran dan hadith
Rasulullah s.a.w. yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti dan kesopanan serta
melarang akhlak yang buruk. Antara contohnya:

Firman Allah SWT;


۟ ُ‫ال ْٱليَتِ ِيم إِاَّل بٱلَّتِى ِهى أَحْ َسنُ َحتَّ ٰى يَ ْبلُغ أَ ُش َّد ۥهُ ۚ َوأَوْ ف‬
ۖ ‫وا بِ ْٱل َع ْه ِد‬ ۟ ‫َواَل تَ ْق َرب‬
َ ‫ُوا َم‬
َ ِ
‫واًۭل‬1ُُٔ‫إِ َّن ْٱل َع ْه َد َكانَ َم ْسٔـ‬
“ dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan
dengan cara Yang baik (untuk mengawal dan
mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak
mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah
perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), Sesungguhnya
perjanjian itu akan ditanya.”
(Al-Isra(17) : 34)

ِ ْ‫ش فِى ٱأْل َر‬


‫ َّل‬1‫ض َم َرحًا ۖ إِ َّن ٱهَّلل َ اَل ي ُِحبُّ ُك‬ ِ َّ‫ك لِلن‬
ِ ‫اس َواَل تَ ْم‬ َ ‫صعِّرْ خَ َّد‬ َ ُ‫َواَل ت‬
َ
‫ك ۚ إِ َّن أن َكر‬
1َ ِ‫وْ ت‬1‫ص‬َ ‫ضْ ِمن‬1‫ض‬ َ ِ‫ي‬1‫ ْد فِى َم ْش‬1‫ص‬
ُ ‫ك َوٱ ْغ‬ ْ
ِ ‫ور۞ َوٱق‬1 ٍ ۢ 1‫ا ۢ ٍل فَ ُخ‬11َ‫ُم ْخت‬
۞‫ير‬ ْ ُ ْ‫صو‬
ِ ‫ت ٱل َح ِم‬ ِ ‫َٱأْل َصْ ٰ َو‬
َ َ‫ت ل‬
18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana
memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau
berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga
rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman(31): 18-19)

Berdasarkan firman Allah S.W.T. di atas, jelas bahawa Islam amat menekankan
kehidupan berakhlak ke atas setiap manusia agar dengan itu kehidupan mereka
sentiasa sejahtera dan memperoleh rahmat dariNya.

5.1 Definisi Akhlak, Etika dan Moral

5.1.1 Akhlak

Akhlak diambil dari perkataan Arab iaitu kata jamak dari perkataan khulq yang
bermaksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.
Maksud ini terkandung dalam kata-kata saidatina Aisyah R.A. tentang akhlak
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Akhlaknya ( iaitu Rasulullah s.a.w. ) adalah al-Quran.”

1
Akhlak dari segi istilah bermaksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat
kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang. Imam al-Ghazali dalam
kitabnya Ihya Ulumiddin menakrifkan akhlak sebagai sifat jiwa yang tertanam di dalam
jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran hati sanubari
dalamannya. Dengan perkataan lain, akhlak adalah perbuatan atau tingkah laku
manusia sama ada baik atau buruk yang berlaku secara spontan tanpa perlu berfikir
natijah dari sifat yang ada dalam jiwa dan sanubarinya.

Menurut Kamus Dewan, akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak,
pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya
samada baik atau jahat.

5.1.2 Etika

Etika berasal daripada perkataan Inggeris ‘ethic’. Perkataan ini dikatakan berasal
daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud nilai-nilai, atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ianya
terbahagi kepada dua; normatic dan mataethic. Normatic ialah panduan dan
peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. Mataethic pula
terbahagi kepada dua iaitu analitik dan kritikal. Analitik berfungsi menganalisis semua
peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat manakala kritikal
berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisiis. Tujuannya adalah
untuk memperkukuhkan lagi etika.

5.1.3 Moral

Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat.
Justeru moral terbahagi kepada dua iaitu; baik dan jahat. Moral yang baik ialah
tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Sebaliknya moral yang jahat
ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai jahat.

5.2 Kategori dan skop akhlak

5.2.1 Kategori akhlak

Akhlak dikategorikan kepada dua iaitu:

a) Akhlak mahmudah merujuk segala tingkah laku manusia samada zahir atau batin
yang baik lagi terpuji termasuklah sifat-sifat yang menggambarkan kebaikan. Contoh
akhlak ini ialah beriman kepada Allah dan tidak sekali-kali mensyirikkanNya dengan
sesuatu yang lain, berkata benar, menolong orang dalam kesusahan, taat kepada
kedua ibubapa, berlaku adil, beramal soleh dan sebagainya.

b) Akhlak mazmumah adalah tingkah laku perbuatan manusia yang dikeji dan dicela
oleh syarak. Antara contohnya ialah syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa,
belot kepada negara, sombong, fitnah, zina dan sebagainya.

5.2.2 Skop akhlak

Skop akhlak adalah luas merangkumi hubungan manusia dengan Allah ( hablun min
al-Allah ), hubungan manusia dengan manusia ( hablun min al-nas ) dan juga
hubungan manusia dengan makhluk-makhluk lain ( hablun min al-akhar ) selain
manusia malahan berkaitan dengan kehidupan di dunia dan juga akhirat. Aspek-
aspek tersebut boleh dilihat sepertimana berikut:

2
5.2.2.1 Akhlak manusia terhadap Allah.

Akhlak manusia terhadap Allah S.W.T. berlaku secara menegak iaitu dari seorang
hamba dengan segala sifat-sifat kerendahannya kepada penciptaNya yang bersifat
Maha Tinggi dan Agung. Akhlak manusia terhadap Allah S.W.T. adalah dengan cara
meletakkan ketaatan, kepatuhan serta tunduk kepada segala perintahNya, melakukan
apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang, ikhlas dalam beribadat, tidak
syirik, riya, takbur dan sebagainya. Secara ringkasnya, segala ibadah manusia
muslim adalah manifestasi hubungannya dengan Allah samada ibadah fardu seperti
solat, puasa, zakat, haji, doa, zikir, amalan sunat mahu pun ibadah umum seperti
makan, minum, memakai pakaian, bekerja dan sebagainya yang dilakukan dengan
ikhlas serta niat kerana Allah S.W.T.

5.2.2.2 Akhlak manusia sesama manusia

Akhlak manusia terhadap manusia lain berlaku dalam bentuk hubungan yang bersifat
mendatar. Hubungan ini berlaku dalam institusi kekeluargaan, masyarakat dan
negara.Contoh di dalam institusi kekeluargaan, wujudnya hubungan suami isteri,
hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan sebaliknya, hubungan dengan sanak
taulan yang mana memerlukan mereka bergaul secara baik. Begitu juga dalam
institusi kemasyarakatan yang boleh di lihat melalui kehidupan berjiran tetangga,
sesama Islam dan dengan bukan Islam di mana Islam menganjurkan sifat berbaik
sangka, tegur menegur dan bekerjasama di antara mereka. Bagi pemimpin negara
pula, sifat adil, jujur, amanah dan berperikemanusiaan dalam pemerintahan amat
ditekankan supaya tidak berlakunya kezaliman yang bakal mengundang kemurkaan
Allah S.W.T

5.2.2.3 Akhlak manusia terhadap makhluk-makhluk lain

Ajaran Islam juga mengajar manusia agar berakhlak terhadap makhluk-makhluk lain.
Ia merangkumi hubungan manusia dengan alam ghaib iaitu malaikat dan jin juga
dengan alam fauna dan floranya. Sebagai contoh Islam telah menggariskan panduan
akhlak manusia dengan binatang sembelihan agar tidak berlaku zalim kepada
binatang tersebut iaitu hendaklah dimulakan dengan Basmallah, mengadap ke arah
kiblat, menggunakan pisau yang tajam dan dilaksanakan pada tahap yang terbaik.
Begitu juga manusia di larang sama sekali merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat
diperhatikan melalui pelaksanaan ibadah haji di mana seseorang yang sedang
berihram ditegah memburu dan mencabut pokok di kawasan Tanah Haram
sehinggalah dia bertahallul.

5.3 Sumber-sumber akhlak Islam

Sumber akhlak Islam adalah datangnya dari Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah
S.A.W. Kelemahan dan kekerdilan akal dan falsafah manusia dalam pembentukan
akhlak dilindungi oleh Allah S.W.T. dengan penurunan al-Quran. Al-Quran sahaja
yang mesti dijadikan kompas dalam pandu arah, neraca dalam pertimbangan dan
kayu ukur dalam menentukan akhlak yang sebenar-benarnya. Manakala diutuskan
Rasulullah S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia melalui kata-kata,
perbuatan dan ikrar baginda sendiri supaya dicontohi oleh manusia. Ke dua-dua
sumber ini menjadi panduan dan aturan bagi manusia agar kehidupan mereka
diredhai Allah S.W.T.

3
5.4 Perbandingan akhlak dengan moral

Akhlak Moral
1. Sumber
Akhlak Islam adalah bersumberkan al- Moral berpaksikan kepada akal atau
Quran dan al-Sunnah. Al-Quran pemikiran manusia. Kekuataan akal dan
merupakan mukjizat yang diturunkan falsafah hanya sekadar membuat telahan
kepada rasul terakhir mengandungi dan andaian yang belum pasti
petunjuk, pembimbing dan pembeza kebenarannya. Oleh itu, akal manusia
antara yang hak dan batil dalam tiga yang cetek dan terbatas sudah tentu tidak
bidang utama iaitu akidah, syariah dan dapat membantu manusia menyelesaikan
pembentukan akhlak. masalah berkaitan tingkah laku mereka.

2. Skop
Skop akhlak adalah luas. Islam telah Skop moral adalah sempit. Ia hanya
menggariskan akhlak manusia dalam terbatas kepada hubungan manusia
konteks hubungan mereka dengan Allah, dengan manusia sahaja. Justeru kita
dengan sesama manusia dan dengan dapati akhlak manusia Barat dengan
makhluk-makhluk lain di alam ini. tuhan mereka dan begitu juga dengan
alam sering diabaikan.

3. Nilai
Nilai akhlak adalah bersifat tetap dan Nilai moral adalah tidak tetap di sebabkan
ketetapan nilai ini datangnya dari Allah oleh penentuan kepada sesuatu nilai itu
S.W.T.. Melalui syariah, nilai kehidupan sama ada baik atau buruk bersumberkan
manusia ditentukan ke arah yang diredhai pemikiran manusia yang terbatas.
oleh Allah S.W.T.. Nilai-nilai ini ada yang Justeru, kita dapati masyarakat moden
datang dalam bentuk hukum hakam, hari ini yang menolak sumber wahyu,
undang-undang dan ada ketikanya dalam kehidupan mereka menjadi terumbang
bentuk perintah “amar makruf nahi ambing dan kacau bilau. Sesuatu perkara
munkar”, sebagaimana yang terkandung itu dikatakan baik apabila ia di anggap
di dalam al-Quran dan sunnah Nabi baik oleh pemikiran mereka. Hakikatnya,
SAW. Akhlak Islam tidak mengiktiraf cara berfikir setiap manusia adalah tidak
mana-mana perlakuan jahat dilakukan sama. Akhirnya berlakulah keadaan
semata-mata untuk mencapai matlamat seperti “legally right, morally wrong” atau
yang baik seperti contoh yang dipaparkan “legally wrong, morally right”.
melalui cerita legenda Barat iaitu Robin
Hood.

5.5 Contoh-contoh akhlak dari al-Quran

5.5.1 Memenuhi janji


Allah SWT telah berfirman:
1۟ ُ‫ال ْٱليَتِ ِيم إِاَّل بِٱلَّتِى ِه َى أَحْ َسنُ َحتَّ ٰى يَ ْبلُ َغ أَ ُش َّد ۥهُ ۚ َوأَوْ ف‬
‫وا بِ ْٱل َع ْه ِد ۖ إِ َّن ْٱل َع ْه َد‬ ۟ ‫َواَل تَ ْق َرب‬
َ ‫ُوا َم‬
‫واًۭل‬1ُُٔ‫َكانَ َم ْسٔـ‬
“Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan Dengan
cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia
baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan
sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”
( al-Isra : 34 )

4
5.5.2 Larangan berlaku sombong dan takbur

Allah SWT telah berfirman:


َ َ‫ض َولَن تَ ْبلُ َغ ْٱل ِجب‬
‫ال طُواًۭل‬ َ ْ‫ق ٱأْل َر‬ ِ ْ‫ش فِى ٱأْل َر‬
َ ‫ض َم َرحًا ۖ إِنَّكَ لَن ت َْخ ِر‬ ِ ‫َواَل تَ ْم‬
“dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,
kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan
engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.”
( al-Isra: 37)

5.5.3 Larangan berlaku boros dan kedekut

Firman Allah SWT:


‫ْط فَتَ ْق ُع َد َملُو ًۭما‬ ْ ‫ك َواَل تَ ْبس‬
ِ ‫ُطهَا ُك َّل ْٱلبَس‬ َ ِ‫َواَل تَجْ َعلْ يَدَكَ َم ْغلُولَةً إِلَ ٰى ُعنُق‬
1‫َّمحْ سُو ًرا‬
“ dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta
orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah
engkau membelanjakan hartamu dengan boros Yang
melampau.” (al-Isra: 29)

‫يل َواَل تُبَ ِّذرْ تَ ْب ِذيرًا ۞ إِ َّن‬ ِ ِ‫ت َذا ْٱلقُرْ بَ ٰى َحقَّ ۥهُ َو ْٱل ِم ْس ِكينَ َوٱ ْبنَ ٱل َّسب‬ ِ ‫َو َءا‬
ٰ ۟
۞‫ْٱل ُمبَ ِّذ ِرينَ َكانُ ٓوا إِ ْخ ٰ َونَ ٱل َّش ٰيَ ِطي ِن ۖ َو َكانَ ٱل َّش ْيطَنُ لِ َربِِّۦه َكفُو ۭ ًرا‬
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-
saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk Yang
sangat kufur kepada Tuhannya.”
(al-Isra : 26-27)

5.5.4 Perintah berlaku adil dalam semua keadaan, baik terhadap manusia
bahkan kepada orang-orang kafir

Firman Allah SWT:

۟ ُ‫ال ْٱليَتِ ِيم إِاَّل بٱلَّتِى ِهى أَحْ َسنُ َحتَّ ٰى يَ ْبلُ َغ أَ ُش َّد ۥهُ ۖ َوأَوْ ف‬
‫وا ْٱل َكي َْل‬ َ ‫ُوا َم‬ ۟ ‫َواَل تَ ْق َرب‬
َ ِ
‫وا َولَوْ َكانَ َذا‬ ۟ ُ‫َو ْٱل ِمي َزانَ ب ْٱلقِ ْس ِط ۖ اَل نُ َكلِّفُ نَ ْفسًا إِاَّل ُو ْس َعهَا ۖ َوإِ َذا قُ ْلتُ ْم فَٱ ْع ِدل‬
ِ
َّ َ َ ُ َّ َ ُ ٰ
َ‫وا ۚ ذلِك ْم َوصَّىكم بِ ِهۦ ل َعلك ْم تذكرُون‬ ُ َ ٰ ۟ ُ َ ‫هَّلل‬
1 ‫ى ۖ َوبِ َعه ِد ٱ ِ أوْ ف‬1ٰ َ‫قُ ب‬
ْ ْ‫ر‬
"dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan
dengan cara yang baik (untuk mengawal dan
mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak
mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah
segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak
memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar
kesanggupannya. Dan apabila kamu mengatakan sesuatu
(semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu
berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan
kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu
sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan
kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".
(al-An’aam: 152)

5
5.5.5 Bertolong-tolongan dalam kebaikan dan bertakwa dan jangan
bertolong-tolongan dalam dosa dan aniaya

Firman Allah SWT:


۟ ُ‫وا َعلَى ٱإْل ْث ِم َو ْٱل ُع ْد ٰ َون ۚ َوٱتَّق‬
ۖ َ ‫وا ٱهَّلل‬ 1۟ ُ‫اون‬ 1۟ ُ‫اون‬
َ ‫ى ۖ َواَل تَ َع‬1ٰ ‫وا َعلَى ْٱلبِ ِّر َوٱلتَّ ْق َو‬ َ ‫ۘ َوتَ َع‬
ِ ِ
ِ ‫إِ َّن ٱهَّلل َ َش ِدي ُد ْٱل ِعقَا‬
‫ب‬
“ …dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-
tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah
maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).”
(al-Maidah: 2)

5.6 Contoh-contoh akhlak dari Rasulullah SAW

5.6.1 Bersifat malu

“ Malu adalah sebahagian daripada iman”


(Muttafaq ‘alaihi)

5.6.2 Berbuat baik kepada isteri

“ Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi


pekertinya. Dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadap
isterinya.”
(al-Tirmizi)

5.6.3 Larangan menyakiti jiran tetangga

“ Demi Allah, dia tidak beriman! Demi Allah, dia tidak beriman! Seorang
sahabat bertanya: Siapa dia ya Rasulullah? Jawab Nabi S.A.W: Orang
yang tetangganya tidak aman dari keburukannya.
(Bukhari)

5.6.4 Syukur dan sabar

“ Ajaib urusan seseorang muslim, sesungguhnya segala urusannya


adalah baik. Apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan
apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadilah baik
baginya.”
(Bukhari)

5.6.5 Berlaku ihsan

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesuatu.


Apabila kamu membunuh, maka elokkanlah pembunuhan, dan apabila
kamu menyembelih, maka elokkanlah penyembelihan. Dan hendaklah
salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya, dan hendaklah ia
melapangkan binatang sembelihannya.”
(Muslim)

6
5.7 Kepentingan dan kedudukan akhlak

Kepentingan akhlak dalam Islam memang tidak dinafikan lagi malahan banyak
ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menyentuh tentangnya.
Akhlak juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam.

Kepentingannya dapat dilihat dari segi:

5.7.1 Tujuan risalah Islam adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan


akhlak yang mulia.

Sebagaimana sabda Rasululllah SAW yang bermaksud:

“ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang


mulia.”
(Riwayat Malik)

5.7.2 Pengertian Islam itu sendiri dikaitkan dengan akhlak yang baik.

Dalam sebuah hadis diceritakan seorang lelaki pernah bertanya


kepada Rasulullah SAW: “ Wahai Rasululah, apakah agama (al-din)
itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.”

5.7.3 Akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan kebaikan seseorang


pada hari akhirat.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang
bermaksud:

“ Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di


hari kiamat daripada husnul khuluq. Dan Allah membenci pada orang
yang keji mulut atau kelakuan.”

(Riwayat Tirmizi)

5.7.4 Akhlak mulia merupakan ciri bagi orang beriman.

“Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi


pekertinya.Dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya”
(Riwayat Tirmizi)
5.7.5 Berakhlak mulia dapat menghindarkan diri seseorang dari neraka dan
membawa mereka ke syurga.

Rasulullah S.A.W. ditanya tentang kelakuan apakah yang biasa


memasukkan orang ke dalam syurga? Maka jawabnya: Taqwa kepada
Allah dan baik budi. Dan ketika ditanya: Apakah yang sering
memasukkan orang ke dalam neraka? Jawabnya: Mulut dan
kemaluan.
(Riwayat Tirmizi)

5.7.6 Kedudukan orang yang berakhlak mulia di hari akhirat kelak paling
dekat dengan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

7
“Kamu yang paling kasih kepadaku dan yang paling dekat kepadaku
pada hari kiamat adalah orang-orang yang baik akhlaknya.”
(Riwayat Tirmizi)

5.7.7 Rasulullah sendiri selalu berdoa agar Allah membaikkan akhlaknya.


Dalam doanya Rasulullah SAW berkata:

“ Ya Allah perbaikilah akhlakku seperti engkau memperbaiki


bentukku…Ya Allah tunjukkanlah aku kepada akhlak yang baik, tidak
ada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecuali
engkau. Hindarkkan aku dan tidak ada yang dapat menghindarkan aku
dari kejahatan kecuali engkau.”

5.8 Kaitan akhlak dengan keimanan

Akhlak dalam Islam mempunyai hubungan yang erat dengan keimanan dan
takwa kepada Allah. Hakikat ini dijelaskan oleh beberapa tokoh pemikir Islam
di dalam tulisan-tulisan mereka. Antaranya ialah Syaikh Muhammad al-
Ghazali dalam kitabnya Khuluq al-Muslim menerangkan bahawa:
“Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui
dari perilaku akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan
akhlak yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah
mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terkeliru
pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang
lain”

Hakikat ini dapat diperhatikan melalui firman Allah S.W.T.:

َ‫ا إِلَ ْي ِه ْم َع ْه َدهُ ْم إِلَ ٰى ُم َّدتِ ِه ْم ۚ إِ َّن ٱهَّلل َ يُ ِحبُّ ْٱل ُمتَّقِين‬1۟‫فَأَتِ ُّم ٓو‬
“Maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka
sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertaqwa.”
(at- Taubah: 4)

Menunaikan janji adalah termasuk ketakwaan dan keimanan kepada Allah dan
merupakan perbuatan yang disenangi oleh Allah SWT. Rasulullah S.A.W juga
menjelaskan kaitan iman dan akhlak melalui salah satu hadis baginda yang
bermaksud:

“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah
menyakiti tetangganya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhir, hendaklah berbicara yang baik (kalau tidak dapat) hendaklah diam
sahaja.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain Rasululullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“ Demi Allah, dia tidak beriman! Demi Allah, dia tidak beriman! Seorang
sahabat bertanya: Siapa wahai Rasulullah? Jawab nabi S.A.W.: Orang yang
tetangganya tidak aman dari keburukannya.”
(Riwayat Bukhari)

8
Jelas dari maksud hadis di atas bahawa akhlak yang buruk bertentangan
dengan keimanan dan tidak akan dapat bertemu antara keimanan dengan
akhlak yang keji.

5.9 Kaitan akhlak dengan ibadah

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak sedar bahawa ibadah
juga tidak terpisah daripada akhlak. Kebanyakan umat Islam menyangka
bahawa solat, zakat, puasa dan haji adalah upacara (ritual ) perhambaan
kepada Allah yang tidak bersangkut paut dengan pembentukan akhlak.
Pengajaran tentang ibadah juga seringkali kurang memberi perhatian kepada
aspek akhlak di dalamnya sedangkan penghayatan ibadah merupakan suatu
cara pembentukan akhlak mulia.

Dengan perkataan lain, seseorang yang mempunyai keteguhan akidah serta


tekun beribadah seharusnya mempunyai budi pekerti yang mulia dan
bersopan santun dalam pergaulannya sesama manusia. Sebagaimana yang
terkandung dalam firman Allah S.W.T. :

‫صلَ ٰوةَ تَ ْنهَ ٰى ع َِن‬ َّ ‫م ٱل‬1ِِ‫ب َوأَق‬


َّ ‫صلَ ٰوةَ ۖ إِ َّن ٱل‬ ِ َ‫ك ِمنَ ْٱل ِك ٰت‬ ِ ُ‫ٱ ْت ُل َمٓا أ‬
َ ‫وح َى إِلَ ْي‬
َ‫ر ۗ َولَ ِذ ْك ُر ٱهَّلل ِ أَ ْكبَ ُر ۗ َوٱهَّلل ُ يَ ْعلَ ُم َما تَصْ نَعُون‬1ِ ‫ْٱلفَحْ َشٓا ِء َو ْٱل ُمن َك‬
45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah
sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan
Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui
akan apa Yang kamu kerjakan.
(al-‘Ankabut: 45)

5.10 Ciri-ciri akhlak Islam

Akhlak Islam memiliki ciri-ciri yang menjadikannya cukup unik dan istimewa
sekali sepertimana berikut:

 Menyeluruh iaitu mencakup kegiatan ekonomi, politik, pentadbiran dan


pemerintahan.
 Keseimbangan antara tuntutan jasmani dan rohani, antara kemaslahatan
dunia dan akhirat.
 Kesederhanaan yang terletak antara dua pola yang tidak baik iaitu berlebihan
dan berkurangan.
 Realistik dalam erti kata tidak bertujuan menghapuskan keperluan material
dan jasmani.
 Kemudahan dalam erti kata tidak bertujuan memberatkan seseorang di luar
kemampuannya.
 Mengaitkan teori dengan amal.

5.11 Pembinaan dan pemantapan akhlak

Akhlak merupakan manifestasi yang dirangkaikan bersama antara hati dan


budi yang bersifat rohani, kemudian dapat dipamerkan melalui gaya dan
tindakan ( umpama senyuman, tunduk hormat dan seumpamanya). Lantaran
itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat, ia

9
haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. Dalam hal
ini, Dr. Ahmad Amin menyatakan:

“Akhlak adalah sesuatu kehendak ( yang lahir dari hati) yang dibiasakan,
sehingga ia menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan”.

“Kebiasaan” baik itulah di panggil budi pekerti atau akhlak yang perlu dilatih
dan dibiasakan supaya ia menjadi amalan harian seseorang. Walaupun
begitu, tidak semestinya setiap kewujudan budi pekerti yang baik itu didorong
oleh ajaran agama, tetapi ia juga didorong oleh falsafah hidup dan pemikiran
seseorang. Sebab itulah orang-orang yang tidak beragama pun boleh berbudi
pekerti yang baik.

“Melalui pembentukan rohani” ini juga bermaksud, pembentukan pada diri


seseorang muslim itu dilakukan melalui kaedah pendidikan, galakan, asuhan,
bimbingan, nasihat dan seumpamanya, sebagaimana yang terkandung di
dalam firman Allah S.W.T.:

1۟ ‫إِ َّن ٱهَّلل َ اَل يُ َغيِّ ُر َما بِقَوْ ٍم َحتَّ ٰى يُ َغيِّر‬


ۗ ‫ُوا َما بِأَنفُ ِس ِه ْم‬
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri”.

(Ar Ra'd: 11)

Dengan penerangan di atas jelaslah bahawa manusia memang


berkemampuan mengubah tingkah laku mereka kepada akhlak yang mulia
melalui daya usaha mereka sendiri. Memilih antara jalan baik dan buruk
adalah tanggungjawab manusia dan segala usaha peningkatan ke arah itu
terletak ditangan mereka. Allah menganugerahkan manusia dengan
kesempurnaan akal, lantaran itu terserahlah ke atas kebijaksanaan manusia
untuk merencana dan merebut peluang menghias diri, anak-anak, generasi,
bangsa dan masyarakat mereka dengan akhlak yang baik atau
membiarkannya terus terdedah dan terjerumus dalam keruntuhan akhlak.

Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia.

Antaranya adalah melalui:

5.11.1 Pendidikan iman

Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorakkan manusia ke arah


membentuk watak menjadi seorang yang beriman. Manakala tidak akan
sempurna iman seseorang jika tidak disertai dengan akhlak yang baik.
Misalnya Allah mewajibkan solat, pada hakikatnya adalah bertujuan untuk
menjauhkan diri muslim daripada perbuatan keji, membersihkan diri dari
kekotoran rohani dan jasmani. Sebagaimana yang terkandung dalam
firmanNya:

‫صلَ ٰوةَ تَ ْنهَ ٰى َع ِن ْٱلفَحْ َشٓا ِء‬ َّ ‫ب َوأَقِ ِم ٱل‬


َّ ‫صلَ ٰوةَ ۖ إِ َّن ٱل‬ ِ َ‫ك ِمنَ ْٱل ِك ٰت‬ َ ‫ٱ ْت ُل َمٓا أُو ِح َى إِلَ ْي‬
َ‫ر ٱهَّلل ِ أَ ْكبَ ُر ۗ َوٱهَّلل ُ يَ ْعلَ ُم َما تَصْ نَعُون‬1ُ ‫َو ْٱل ُمن َك ِر ۗ َولَ ِذ ْك‬

10
“bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa Yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang
(dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(al -'Ankabut:45)

Begitu juga dalam ibadah zakat. Ia bukan semata-mata untuk melepaskan


tanggungjawab membayar cukai harta dan seumpamanya, akan tetapi perkara
yang lebih penting adalah untuk membersihkan diri manusia dari sifat-sifat
mazmumah malah menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat mahmudah
seperti firman Allah SWT:

‫صلَ ٰوتَكَ َس َك ۭ ٌن‬


َ ‫ص ِّل َعلَ ْي ِه ْم ۖ إِ َّن‬ َ ‫م‬1ْ ‫ُخ ْذ ِم ْن أَ ْم ٰ َولِ ِه‬
َ ‫ بِهَا َو‬1‫م َوتُ َز ِّكي ِهم‬1ُْ‫ص َدقَ ۭةً تُطَهِّ ُره‬
‫لَّهُ ْم ۗ َوٱهَّلل ُ َس ِمي ٌع َعلِي ٌم‬
“ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari
dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

(al-Taubah:103)

Berdasarkan maksud ayat di atas nyata bahawa tujuan zakat adalah untuk
membersihkan diri manusia dari dosa dan mengangkat nilai individu serta
masyarakat ke tingkat yang tinggi lagi mulia. Begitu juga melalui ibadah puasa
yang berjaya mendidik rohani manusia dalam mengawal nafsu dan syahwat
supaya tidak bermaharajalela sehingga melampaui batas-batas hukum
agama. Firman Allah S.W.T.:

‫ص َجنَفًا أَوْ إِ ْث ًۭما فَأَصْ لَ َح بَ ْينَهُ ْم فَٓاَل إِ ْث َم َعلَ ْي ِه ۚ إِ َّن ٱهَّلل َ َغفُو ۭ ٌر‬
ٍ ۢ ‫َﻓ َم ْن َخافَ ِمن ُّمو‬
‫َّر ِحي ۭ ٌم‬
“ tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang Yang berwasiat
itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia
mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan
membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah
ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”

(al-Baqarah:182)

Begitu juga dengan ibadah-ibadah lain termasuk perkara yang berkaitan


dengan rukun iman mempunyai tujuan dan matlamat mendidik manusia ke
arah akhlak mulia. Pendidikan akhlak dipandang sebagai satu perkara yang
sangat penting dalam kehidupan Islam terutamanya dalam usaha untuk
mencapai kesempurnaan iman dan ibadah. Malah ia juga menjadi intipati
ajaran Islam itu sendiri sehingga Islam kelihatan begitu indah pada pandangan
manusia. Perkara ini dapat diperhatikan melalui beberapa hadis Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud:

11
“Malu dan iman adalah dua sifat (sebagai teman) seiring jalan.
Jika dipisahkan (dicabut atau ditarik) salah satu darinya
nescaya yang satu lagi akan turut sama ( rosak atau
musnah)”.

“Sifat yang paling banyak boleh memasukkan manusia ke


dalam syurga adalah taqwa dan berakhlak mulia”.

Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Sekiranya berlaku
kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman
dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh
seseorang. Semakin banyak perkara fasik dilakukan semakin kuranglah nilai
akhlak yang dimiliki dan begitu juga sebaliknya jika seseorang itu kurang
melakukan perkara fasik dan mungkar, maka semakin baiklah akhlaknya.
Seseorang yang lemah iman, biasanya lebih mudah dipengaruhi oleh unsur-
unsur yang tidak sihat dan bergantung kepada faktor-faktor berikut:

i. Individu itu sendiri


ii. Keluarga ( bila berlaku pengabaian terhadap tanggungjawab
keibubapaan)
iii. Pergaulan
iv. Pengaruh persekitaran dan sosial
v. Pengaruh rakan sebaya
vi. Media massa
vii. Faham sekular
viii. Ledakan ICT
ix. Lemah iman
x. Kurang ilmu dan didikan agama

Oleh itu, pendidikan iman dapat disimpulkan sebagai suatu pendekatan


memantapkan aspek rohani insan agar mampu mempertahankan diri mereka
daripada segala keburukan dan kerendahan serta mampu mendorong ke arah
kemuliaan dan ketinggian akhlak.

5.11.2 Latihan dan bimbingan pendidik yang berkualiti

Akhlak seseorang boleh dibentuk melalui bimbingan seorang pendidik yag


berkualiti. Pendidikan pada tahap awal yang dilalui oleh seseorang adalah
bermula dari rumah. Manakala pendidikan secara formal adalah di sekolah
sehingga ke peringkat pusat pengajian tinggi.

Sejak manusia lahir, pendidikan awal mereka terletak di bawah


tanggungjawab ke dua ibubapa. Ibu bapa memang mampu mendidik dan
membentuk akhlak anak-anak dengan sempurna memandangkan mereka
adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu bapa sentiasa
menjadi contoh ikutan anak-anak, malahan kebiasaan tingkah laku mereka di
luar rumah sering dikaitkan dengan peribadi serta akhlak ke dua ibu bapa
mereka. Justeru, ibu bapa mesti memiliki akhlak yang baik agar tingkah laku
anak-anak juga dihiasi dengan akhlak yang baik. Maka jadilah mereka sebagai
ibu bapa sekaligus sebagai pendidik yang berkualiti apabila kehidupan yang
dipraktikkan mengikut landasan Islam.

Adalah menjadi falsafah dan tujuan pendidikan Islam untuk melahirkan


warganegara soleh yang mahir dan separuh mahir dalam setiap bidang

12
kehidupan yang mana matlamat akhirnya untuk mendapat keredhaan Allah
SWT. Al-Abrasyi menyatakan bahawa pendidikan mempunyai dua tujuan iaitu:

(a) Tujuan keagamaan iaitu beramal untuk akhirat sehingga kembali


kepada Allah dalam keadaan berjaya menyempurnakan hak-hak dan
tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya, dan

(b) Tujuan ilmiah yang bersifat keduniaan iaitu untuk manfaat dan
persediaan hidup di dunia yang matlamatnya untuk alam akhirat.

Manakala bentuk dan skop pendidikan hendaklah bedasarkan Islam yang


mempunyai matlamat seperti berikut:

(a) Bermatlamat ke arah mendidik akhlak;


(b) Untuk kepentingan agama dan akidah;
(c) Mementingkan kemanfaatan manusia;
(d) Mempelajari ilmu kerana kepentingan ilmu dan
(e) Keterampilan teknologi, kesenian dan sebagainya dalam kehidupan
manusia yang bertamadun

Kegagalan pendidikan masa kini dapat dilihat melalui budaya hidup yang
diamalkan oleh mereka yang sentiasa dibayangi oleh corak budaya liberalis,
sekularis dan materialis. Natijahnya, muncul kesan negatif kepada para pelajar
seperti:

(a) Keliru tentang “ maratib al-ilm” (hirarki ilmu) sehingga tidak memaham
ilmu manakah yang perlu diutamakan dan dikemudiankan ( fardu ‘ain
atau fardu kifayah);
(b) Kehilangan akhlak dan adab sopan; dan
(c) Lahirnya nilai-nilai insan yang bercanggah dengan fitrah insaniyyah.

5.11.3 Mengambil Rasulullah sebagai contoh

Pembentukan akhlak juga mestilah mengambil kira bahawa Rasulullah SAW


adalah sebagai contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua
peringkat kehidupan. Baginda diutuskan kepada umat manusia untuk
menyempurnakan akhlak mulia di kalangan mereka agar dapat menjalani
kehidupan dengan aman dan damai. Islam tidak mengiktiraf sesebuah
tamadun manusia seandai masyarakatnya masih jahil tentang akidah dan
akhlak, meskipun mereka memiliki teknologi canggih dan ilmu pengetahuan
yang tinggi.

Tuntutan supaya manusia mencontohi akhlak Rasulullah SAW adalah sebagai


manifestasi keimanan mereka kepada Rasul di samping meletakkkan
kedudukan baginda SAW sebagai ikutan yang terbaik. Sebagaimana firman
Allah S.W.T.:

۟ ‫ُول ٱهَّلل ِ أُ ْس َوةٌ َح َسنَ ۭةٌ لِّمن َكانَ يَرْ ج‬


‫م‬1َ ْ‫ُوا ٱهَّلل َ َو ْٱليَو‬ ِ ‫لَّقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِى َرس‬
َ
‫ٱلْ َءا ِخ َر َو َذ َك َر ٱهَّلل َ َكثِي ۭ ًرا‬
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari

13
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Al Ahzab: 21)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku ini dibangkitkan ( diutus) untuk menyempurnakan akhlak


yang mulia”

“Mereka yang duduk sebaris denganku di akhirat nanti terdiri dari mereka yang
berakhlak mulia”

Jelas berdasarkan ayat dan hadis-hadis tersebut, sebagai umat Islam kita
dituntut untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan cara mengambil
Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan.

5.11.4 Melalui penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang dilihat mampu membina dan memantapkan


akhlak masyarakat. Walaupun pada peringkat permulaan ia merupakan satu
kewajipan masyarakat untuk mematuhi undang-undang atau peraturan
tersebut, tapi lama kelamaan ia akan membentuk satu sifat kebiasaan yang
akhirnya menjadi sebahagian dari budaya masyarakat. Contoh peraturan
syaksiah rupa diri pelajar universiti yang menetapkan cara berpakaian bagi
para pelajarnya mestilah sopan dan kemas. Sekiranya penguatkuasaan
terhadap peraturan itu dilaksanakan nescaya tiada seorang pun pelajar yang
akan berpakaian tidak sesuai untuk ke kuliah atau berada di sekitar kampus.

5.11.5 Melalui tradisi dan budaya masyarakat

Kebanyakan masyarakat yang bertamadun memiliki peraturan-peraturan


sosial yang tersendiri dalam membentuk jatidiri bangsa. Bagi masyarakat
Timur sememangnya sudah terkenal dengan sifat lemah lembut, bersopan
santun dan menghormati orang lain. Lihatlah betapa masyarakat Melayu
secara tradisinya amat menekankan pendidikan akhlak sejak dari kecil seperti
menghormati orang tua, memberi salam, menjaga batas pergaulan antara
lelaki dan perempuan serta beberapa pantang larang yang kesemuanya
adalah untuk menjaga nilai-nilai murni bangsa Melayu.

5.12 Cabaran-cabaran dalam pembinaan akhlak dan penyelesaiannya.

Seakan menjadi lumrah apabila sesuatu perkara yang baik yang ingin
dilakukan oleh manusia, pastinya akan sering berhadapan dengan cabaran.
Tidak terkecuali dalam konteks pembinaan akhlak mulia, banyak sekali
halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh manusia.

Antara faktor-faktor penghalang yang utama adalah:

5.12.1 Nafsu manusia

Nafsu adalah merupakan salah satu unsur rohani manusia. Unsur nafsu inilah
yang sentiasa mendorong manusia dalam memenuhi kehendak-kehendak
mereka yang tidak pernah puas dengan dibantu oleh agen pelaksanaannya
iaitu anggota tubuh badan. Ketuanya hati dan perisiknya ialah mata dan

14
telinga manusia. Merupakan musuh paling besar bagi manusia kerana antara
sedar atau tidak ia sering mengundang musuh dari luar samada berbentuk
nyata (budaya kafir dan ideologi sesat) atau tidak nyata ( orang munafik,
politik bermuka-muka, orientalis dan sebagainya).

Ramai manusia mentaati nafsunya untuk melakukan kejahatan dan dalam


masa yang sama memusuhi orang lain yang berbuat baik dan ikhlas
menasihatinya. Justeru Allah amat menegah kita dari mengikut hawa nafsu
kerana ia akan membawa kita ke jalan yang salah iaitu neraka. Firman Allah
SWT:
۟ ُ‫ى أَن تَ ْع ِدل‬
ۚ ‫وا‬ ۟ ‫فَاَل تَتَّبع‬
ٓ ٰ ‫ُوا ْٱلهَ َو‬ ِ
“janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak
menyeleweng dari keadilan.”
(An Nisaa' : 135)

5.12.2 Godaan syaitan

Syaitan adalah makhluk rohani yang secara nyata berfungsi sebagai musuh
kepada manusia. Syaitan sentiasa mendampingi manusia dengan
memperalatkan nafsu ke arah kejahatan. Usaha syaitan ini bermula seawal
manusia pertama diciptakan iaitu Adam a.s dan isterinya Hawa yang dijanjikan
menjadi khalifah menyebabkan iblis derhaka kerana keengganannya sujud
kepada Adam. Lantaran itu iblis bersumpah untuk menggoda dan memukau
ke dua-duanya sehingga mereka melanggar larangan Allah ketika di dalam
syurga. Godaan itu diteruskan kepada generasi Adam (manusia) supaya
mereka dapat bersama syaitan di neraka pada hari akhirat kelak. Ini dapat
diperhatikan melalui firman Allah S.W.T.:

‫ض َوأَل ُ ْغ ِويَنَّهُ ْم أَجْ َم ِعينَ ۞ إِاَّل‬ ُ


ِ ْ‫ أَل َزيِّن ََّن لَهُ ْم فِى ٱأْل َر‬1‫قَا َل َربِّ بِ َمٓا أَ ْغ َو ْيتَنِى‬
َ‫صين‬ِ َ‫ك ِم ْنهُ ُم ْٱل ُم ْخل‬
َ ‫ِعبَا َد‬
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! kerana engkau telah
menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan
memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka
semuanya.Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-
hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(al-Hijr:39-40)

Fungsi syaitan sebagai agen perosak akhlak manusia terus kekal menjadi
dendam kesumat berterusan yang tiada titik noktahnya kecuali kiamat.
Sebagaimana Allah S.W.T. telah berfirman:
۟ ‫إِ َّن ٱل َّش ْي ٰطَنَ لَ ُك ْم َع ُد ٌّو فَٱتَّ ِخ ُذوهُ َع ُد ًّوا ۚ إِنَّما يَ ْدع‬
1۟ ُ‫ُوا ِح ْزبَهۥُ لِيَ ُكون‬
‫وا ِم ْن‬ َ ۭ
‫ير‬
ِ ‫َّع‬
ِ ‫س‬ ‫ٱل‬ ‫ب‬ِ ‫ح‬َ ٰ ْ‫ص‬َ ‫أ‬
“ Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka
jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);
sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya
menjadi dari penduduk neraka.”
(Faathir: 6)

Kesimpulannya, setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan


rintangan termasuk dalam usaha melatih diri menjadi manusia berakhlak.
Manusia juga harus berwaspada dan bersedia dalam apa juga keadaan untuk
melawan nafsu yang datangnya dari diri manusia itu sendiri dengan didorong

15
oleh bisikan syaitan yang inginkan manusia terus hanyut dalam kesesatan.
Seperti yang dinyatakan dalam firman Allah:
ِ ‫ ِّمن قُ َّو ۢ ٍة َو ِمن رِّ بَا ِط ْٱلخَ ي ِْل تُرْ ِهبُونَ بِ ِهۦ َع ُد َّو ٱهَّلل‬1‫وا لَهُم َّما ٱ ْستَطَ ْعتُم‬ ۟ ‫َوأَ ِع ُّد‬
‫وا ِمن‬ ۟ ُ‫م ٱهَّلل ُ يَ ْعلَ ُمهُ ْم ۚ َوما تُنفِق‬1ُ ُ‫َو َع ُد َّو ُك ْم َو َءاخَرينَ ِمن دُونِ ِه ْم اَل تَ ْعلَ ُمونَه‬
َ ِ
ْ ُ‫ف إِلَ ْي ُك ْم َوأَنتُ ْم اَل ت‬
َ‫ظلَ ُمون‬ َّ ‫يل ٱهَّلل ِ ي َُو‬
ِ ِ ‫ب‬‫س‬َ ‫ى‬ِ ‫ف‬ ‫َش ْى ۢ ٍء‬
“ dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu
sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh
Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah
mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada
jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,
dan kamu tidak akan dianiaya.”

(al-Anfaal:60)

5.12.3 Persekitaran

Keadaan persekitaran yang dialami dalam kehidupan memang banyak


mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Persekitaran terbahagi
kepada dua iaitu dalam lingkungan kehidupan keluarga ( ibu bapa dan ahli
keluarga ) dan di luar lingkungan kehidupan keluarga ( jiran tetangga, rakan
sebaya dan masyarakat sekeliling).

Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu berada dalam persekitaran


lingkungan kehidupan keluarga yang tidak mementingkan akhlak mulia maka
jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang
tidak baik. Keadaan ini diburukkan lagi melalui sikap ketua keluarga yang tidak
mementingkan disiplin, iman dan ibadah biasanya akan diikuti oleh
penghuninya (anak-anak dan isterinya), sehingga wujudlah dalam keluarga
tersebut permasalahan akhlak. Masalah ini akhirnya keluar dari lingkungan
keluarga menjadi permasalahan masyarakat. Jiwa anak-anak yang tinggal
dalam sebuah keluarga yang sering berlakunya pergaduhan akan sentiasa
memberontak dan seterusnya mencari jalan keluar mereka sendiri seperti lari
dari rumah dan terlibat dengan kumpulan yang rosak akhlaknya. Lantaran itu
terbukalah ruang maksiat kepada mereka sehingga terlibat dengan pergaulan
bebas, zina, dadah, pelacuran dan seumpamanya.

Manakala cabaran dari persekitaran di luar lingkungan keluarga dipengaruhi


oleh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling yang turut mempengaruhi
pembentukan akhlak seseorang. Walaupun seseorang itu mungkin dididik oleh
ibubapanya dengan akhlak mulia, namun hasil pergaulan dengan rakan
sebaya dan masyarakat setempat yang dialaminya saban hari, biasanya dapat
mengubah perangai individu tersebut menjadi seperti mereka, dengan
harapan agar individu tersebut dapat diterima sebagai rakan sekumpulan
mereka. Akhirnya kumpulan dan masyarakat ini turut terjebak dalam sindrom
tidak beretika yang mana ianya turut disokong oleh oleh budaya masyarakat
kini yang bertunjangkan kepada faham hedonisme, consumerisme dan
liberalisme yang melahirkan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.

16
5.13 Cara-cara penyelesaian bagi permasalahan di atas adalah melalui:

5.13.1 Jihad yang berterusan melawan nafsu dan syaitan

Jihad merupakan satu usaha yang menuntut kerahan segala daya dan
kebolehan manusia untuk menghalang dan menjauhi setiap perkara
yang tidak diredhai Allah. Usaha membangun akhlak ummah dan
mengatasi keruntuhan akhlak adalah merupakan kerja-kerja yang tidak
terpisah dari amal jihad. Justeru manusia mestilah sentiasa berjihad
menentang nafsu yang sentiasa ingin memenuhi kehendak syahwat
yang didorong oleh syaitan dalam berbagai bentuk seperti tamakkan
harta benda, kedudukan, pangkat, wanita dan lain-lain lagi. Hanya
mereka yang berjaya melepasi dugaan melawan nafsu serakah ini
sahajalah yang mendapat keuntungan di akhirat kelak

5.13.2 Bergaul dengan orang-orang yang soleh

Pergaulan seseorang individu dengan orang lain sentiasa akan


mempengaruhi akhlak dan keperibadiannya. Justeru antara cara
memantapkan akhlak dan keperibadian yang mulia dan tinggi ialah
dengan cara bergaul dengan orang-orang soleh dan baik kelakuan dan
akhlak mereka. Adalah menjadi kewajipan ke atas individu muslim
mencari dan bergaul dengan orang-orang yang soleh agar mereka
memperolehi keberkatan dalam hidup memandangkan ciri-ciri orang-
orang yang soleh ialah mereka akan sentiasa memelihara ketinggian
akhlak serta memastikan diri mereka tidak melakukan perkara-perkara
yang mendatangkan kemurkaan Allah. Ciri ini dijelaskan oleh hadith
Rasulullah SAW apabila baginda di tanya oleh sahabat mengenai orang
mukmin yang bagaimanakah yang paling sempurna imannya? Maka
Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:

“Mereka yang berkelakuan baik atau baik akhlaknya”

5.13.3 Memastikan diri sentiasa mencari dan berada dalam suasana yang
baik.

Pembentukan akhlak yang mulia memerlukan seseorang berada dalam


persekitaran yang baik. Persekitaran yang tidak baik adalah tidak sesuai
untuk pembentukan dan pendidikan rohani insan, malahan bagi manusia
yang lemah iman sudah tentu persekitaran sebegini akan menggamit
mereka ke arah kemaksiatan. Adalah menjadi tanggungjawab manusia
berikhtiar dan berusaha mencari persekitaran yang baik dan sekiranya
memerlukannya berhijrah maka ia hendaklah berhijrah ke suatu tempat
yang persekitarannya adalah baik terutamanya dalam konteks
melaksanakan tugas dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah yang
antara lainnya memastikan akhlak manusia terpelihara.

5.13.4 Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah

Manusia walaupun diberikan akal, namun ia tetap lemah. Dalam apa jua
usaha dan ikhtiar yang dilakukan, manusia mesti meminta bantuan dan
perlindungan daripada Allah. Allah S.W.T sendiri memerintahkan agar
hamba-hambaNya berdoa kepadaNya. Malah Allah memurkai hamba-
hambaNya yang tidak memohon bantuan daripadaNya. Dalam soal
menghadapi kegawatan keruntuhan akhlak kini, setiap individu mesti

17
memohon dan berdoa agar dilindungi oleh Allah daripada perkara-
perkara yang tidak diingini atau mendapat kurniaan dan keredhaanNya.
Sedarlah bahawa hanya Allah sahajalah yang memiliki kuasa mutlak
menyelamatkan manusia dari kejahatan dan keburukan. Walaupun
manusia diberi kuasa oleh Allah untuk menghindarinya, namun kuasa itu
amat terbatas. Firman Allah SWT:

1۟ ‫صلَ ٰوةَ َو َءاتَ ُو ۟ا ٱل َّز َك ٰوةَ َوأَ َمر‬


‫ُوا‬ َّ ‫وا ٱل‬ ۟ ‫ٱلَّ ِذينَ إِن َّم َّك ٰنَّهُ ْم فِى ٱأْل َرْ ض أَقَا ُم‬
ِ
1ِ ‫ا َع ِن ْٱل ُمن َك ِر ۗ َوهَّلِل ِ ٰ َعقِبَةُ ٱأْل ُ ُم‬1ْ۟‫ُوف َونَهَو‬
‫ور‬ ِ ‫بِ ْٱل َم ْعر‬
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh
berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan
dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan.”
(Al Hajj : 41)

5.13.5 Bebaskan ciri-ciri sekular dalam kehidupan mukmin

Sekular bermaksud pemisahan, penyisihan atau pemencilan urusan


agama dari kehidupan dunia. Dalam konteks fahaman ini agama dilihat
sebagai satu perkara yang tidak penting dan remeh dalam kehidupan.
Sebaliknya kehidupan mestilah berasaskan kepada kekuatan kebendaan
yang bersesuaian dengan bentuk kecenderungan naluri dan nafsu
manusia. Fahaman inilah yang menjadi tunjang sistem kehidupan
masyarakat Barat sehingga merosakkan akhlak mereka dan ianya turut
mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam. Kadang-kadang kehebatan
dan kekaguman masyarakat Islam terhadap Barat tidak kena pada
tempatnya terutama apabila mereka hanya meniru perkara-perkara
buruk dalam budaya dan sosial Barat, tetapi amat sedikit meniru
kebaikannya. Budaya songsang seperti hedonisme iaitu budaya sukakan
hiburan dijadikan budaya dalam kehidupan golongan dewasa dan remaja
Islam hari ini. Program-program hiburan membuka ruang kepada
pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang akhirnya membawa
kepada gejala keruntuhan akhlak seperti zina, khalwat, minum arak, judi,
penagihan dadah dan sebagainya. Oleh itu masyarakat Islam hari ini
mestilah kuatkan azam untuk menghapuskan pengaruh sekularisme dari
kehidupan dengan kembali kepada Islam sebagai sistem hidup yang
lengkap dan sempurna.

Manakala langkah-langkah alternatif yang lain bagi mengatasi budaya lepak,


jenayah dan keruntuhan maruah generasi muda hari ini adalah dengan
melibatkan remaja mengikuti program-program yang dianjurkan oleh kerajaan
untuk membantu menjayakan gaya hidup generasi berwawasan, asalkan
program-program tersebut tidak bertentangan dengan syarak dan cara hidup
Islam. Misalnya:

a. Gaya hidup generasi berilmu (akademik, Teknologi dan


kemahiran)
b. Belia budiman (sukarelawan, kebajikan, amal jariah dan
berpersatuan)
c. Rakan reka cipta ( Teknologi, seni, adaptasi, dan penemuan
baru)

18
d. Kepimpinan ( bina semangat, khidmat nasihat, bimbingan
dalam kumpulan, PLKN, rakan masjid dan lain-lain)
e. Bersukan dan rakan bela diri ( dengan syarat tidak
bertentangan dengan syariat)

5.14 Kesimpulan

Demi kesejahteraan bangsa dan masa depan negara yang memerlukan


barisan pemimpin dan profesional yang berakhlak mulia untuk membersihkan
ekonomi, pentadbiran dan politik negara daripada amalan-amalan rasuah,
tamak haloba dan manipulasi jahat, maka kedudukan dan peranan akhlak
harus diperkuat pada semua peringkat institusi masyarakat. Terlalu banyak
unsur-unsur budaya, ekonomi, politik, seni, hiburan, ilmu pengetahuan,
ideologi dan kepentingan golongan yang tidak ingin melihat penghayatan
akhlak Islam secara menyeluruh dalam negara. Sekiranya tidak wujud satu
kemahuan yang kuat dan jujur sehingga terjelma dalam bentuk dasar yang
tegas dari kalangan pemimpin masyarakat, selama itulah usaha-usaha kecil-
kecilan dan bersendirian dari kalangan ibubapa, guru-guru dan pertubuhan-
pertubuhan tidak akan berdaya untuk mengawal pengaruh-pengaruh negatif
yang boleh merosakkan dan meruntuhkan akhlak.

19
Rujukan

Sheikh Abdullah Basmeih, (terj.), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada


Pengertian Al-Quran (30 juz), Kuala Lumpur, Darulfikir.

Che Kamarudin Md. Daud (et.al), Asas-asas Islam II, Shah Alam, Pusat
Pendidikan Islam, 2000.

Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, Kuala Lumpur, Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd., 1991.

Abdul Karim Zaidan (Dr.), (terj.) Dasar-dasar Ilmu Dakwah, Media Da’wah,
1979.

Mohd. Kamal Hassan, Pendidikan dan Pembangunan : Satu Perspektif


Bersepadu, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise, 1988.

Lukman Thaib, Iman Dan Keperibadian Muslim, Shah Alam, Marwilis


Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1989.

20

Anda mungkin juga menyukai