Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Agama Islam adalah agama fitrah. Di antara fitrah manusia itu adalah keinginan berkahwin.
Tiada makhluk di muka bumi ini menidakkan kenyataan ini. Haiwan yang membuas di hutan
belantara dan yang hidup melata di muka bumi ini pun berkahwin apatah lagi manusia yang
dibekalkan oleh Allah SWT nafsu dan perasaan. Begitulah juga dengan manusia, manusia
juga ingin mempunyai pasangan. Bukan sebelum berkahwin sahaja manusia hendak
mempunyai pasangan, malahan selepas berkahwin juga mereka ingin mempunyai
pasangan lebih daripada satu di atas sebab-sebab yang tertentu. Oleh sebab itu,
perkahwinan lebih daripada satu isteri ini dipanggil poligami.

Sebelum kedatangan Islam, konsep poligami telah lama wujud sejak pada zaman
sebelum kelahiran Rasullah S.A.W lagi. Konsep poligami pada ketika itu adalah terlalu
bebas dan senang bagi seorang lelaki untuk memiliki seberapa wanita yang mereka
perlukan. Hampir setiap agama di muka bumi ini mempunyai konsep poligami yang
tersendiri. Pada zaman anbiya’, poligami telah diamalkan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Daud,
Nabi Musa dan seterusnya. Maka dapat dilihat, pengamalan poligami dalam sistem
kekeluargaan adalah begitu mulia disisi Allah S.W.T. Namun begitu, pada zaman sekarang
masyarakat akan memandang negatif kepada individu yang berpoligami. Mereka akan
menyifatkan poligami ini sebagai satu amalan yang sangat dibenci oleh sebahagian
masyarakat. Oleh sebab itu, kita kan dapati individu yang berpoligami akan tidak dihiraukan
sama sekali oleh keluarganya malah difitnah dengan bermacam-macam fitnah.

Oleh sebab itulah Islam menyuruh kita menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu
adalah wajib bagi setiap muslim. Hal ini kerana Ilmu adalah penyuluh kepada kegelapan.
Tanpa ilmu, kita tidak akan dapat mengetahui kesahihan sesuatu perkara. Disebabkan
perkara inilah terjadinya fitnah, tuduhan, anggapan negatif dan sebagainya terhadap
sesuatu. Begitulah dengan isu poligami, di mana kurangnya pendedahan masyarakat
tentang ilmu poligami, masyarakat akan menganggapnya sebagai suatu amalan yang
dipandang hina walaupun ia adalah suatu amalan yang mulia di sisi Allah S.W.T. Jadi mahu
tidak mahu, perlulah kita kepada ilmu walaupun secebis kain yang mana pada pandangan
kita amatlah sedikit. Oleh itu, pada bab seterusnya, saya akan menerangkan serba sedikit
tentang definisi poligami, konsep, hukum poligami berserta contoh dan kesan-kesan
menghalang poligami.

1
2.0 DEFINISI POLIGAMI

Kata poligami berasal dari bahasa Yunani dari kata "poly" atau "polus" yang membawa
maksud "banyak" (Mustari, 2014). Dalam ilmu Bahasa arab pula, poligami disebut sebagai

Ta’addad al Zawjat (‫الزوجات‬ ‫)تعدد‬ . Asal perkataan (‫ )تعدد‬bermaksud bilangan manakala

perkataan al Zawjaat (‫ )زوجات‬diambil dari perkataan al-zawjah (‫ )زوجة‬yang bererti isteri.


Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa maksud isteri yang banyak atau
berbilang-bilang.

Mengikut kamus dewan edisi keempat, poligami bermaksud amalan beristeri lebih
daripada seorang pada masa yang sama. Menurut Zaini Nasohah (2000), poligami boleh
ditakrifkan sebagai berkahwin lebih daripada seorang iaitu lawan kepada monogami yang
membawa erti berkahwin dengan seorang wanita sahaja. ia juga berlawanan dengan
perkataan poliandri iaitu amalan bersuami lebih dari seorang dalam satu masa. Menurut (Hj.
Muhammad, 1997) di dalam jurnalnya “Poligami Di Kalangan Orang-Orang Islam Di
Malaysia”, poligami diertikan sebagai seorang laki-laki berkahwin dengan lebih dari seorang
perempuan tetapi tidak melebihi dari empat.

Berdasarkan kepada beberapa takrifan di atas, dapat kita simpulkan bahawa


poligami merupakan seorang lelaki beristeri lebih daripada seorang isteri dengan sebab-
sebab yang tertentu. Dalam masyarakat Melayu, poligami diistilahkan sebagai “madu”
kerana madu itu manis. Kemanisan sebeginilah yang disukai oleh pihak suami dan dibenci
oleh sebahagian pihak isteri. Tambahan pula, sesetengah pihak,mengatakan bahawa
poligami merupakan satu amalan yang “menguntungkan” pihak suami, tetapi ia bukanlah
suatu yang mudah kerana tidak semua suami boleh berlaku adil. Berlaku adil dalam
berpoligami merupakan suatu yang amat sukar kerana diri kita sentiasa didorong oleh nafsu.
Keadilan yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab walaupun sebesar biji sahwi.

2
3.0 KONSEP POLIGAMI

Berdasarkan definisi di atas, kita sudah maklum tentang pengertian poligami umumnya. Jika
kita menyingkap kembali sirah nabi-nabi terdahulu seperti nabi Muhammad S.A.W yang
mempunyai 13 orang isteri dan isteri nabi Sulaiman seramai 99 orang, dasar poligami nabi-
nabi terdahulu adalah berdasarkan wahyu, bukanlah nafsu semata-mata. Hal ini adalah
bertentangan dengan masyarakat jahiliah dahulu di mana poligami merupakan satu amalan
tradisi mereka. Amalan pada zaman tersebut didasari oleh nafsu semata-mata. Oleh sebab
itulah, Islam datang membawa aturan berpoligami dengan memberikan batasan serta
menjadikan keadilan sebagai persyaratan bagi seseorang yang ingin melangsungkan
poligami (Fathonah, 2015), seperti firman Allah dalam surah An-nisaa’ ayat 3:

Maksudnya : “dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-
wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu takut
tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak
yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
(QS. An Nisaa : 3)

Berdasarkan ayat di atas, dapat kita fahami bahawa konsep poligami ialah berlaku
adil terhadap isteri-isteri. Ayat tersebut menerangkan bahawa si suami boleh berkahwin
dengan dua, tiga atau empat isteri dengan syarat berlaku adil terhadap isteri kerana
ketidakadilan dalam rumah tangga akan menganaiyai isteri. Jika si suami tidak mampu
berlaku adil, cukup hanya sekadar seorang isteri sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa si
suami boleh melakukan poligami apabila dapat memenuhi dua syarat iaitu tidak lebih empat
orang isteri dalam satu masa dan boleh berlaku adil (Rahmat, 2013). Firman Allah dalam
surah yang sama ayat 129:

3
Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-
isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu
terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain
seperti benda yang tergantung (di awan-awan). dan jika kamu memperbaiki dan
memelihara diri (dari kecurangan), Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nisaa: 129)

Dari ayat ini, al-Zamakhsyari di dalam (Marzuki, 2011) mengatakan bahawa tuntutan
kemampuan berlaku adil terhadap isteri sesuai dengan kemampuan diri sendiri kerana jika
memaksakan diri dalam melakukan sesuatu di atas kemampuannya termasuk dalam
perbuatan zalim. Kita sebagai manusia walaupun berusaha untuk berbuat adil, kita tidak
akan mampu kerana kita juga tidak dapat membahagikan kasih sayang yang sama rata
terhadap anak-anak. Oleh sebab itu, Allah melarang untuk condong kepada salah seorang
isteri sahaja kerana akan mengakibatkan yang lain terabai.

Pengertian adil dalam konteks berpoligami merujuk kepada kemampuan suami


dalam memberi layanan sewajarnya secara adil kepada isteri-isterinya (Engku Ahmad Zaki
Engku Ali, 2010). Bersikap adil sebagai syarat utama dalam poligami tidak mudah kerana
dalam perkahwinan poligami terdapat hak dan kewajipan yang harus dipenuhi oleh suami
kepada isteri-isterinya. Si suami perlu memberikan kepada isteri-isterinya hak yang sama.
Menurut Khoir (2010), antara hak-hak isteri yang dipoligami ialah memiliki rumah sendiri
dan menyamakan para isteri dari segi giliran. Hal ini menujukkan bahawa bukan mudah
hendak berlaku adil dalam berpoligami. Walaupun begitu, keharusan berpoligami
mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Perkara ini akan dibincangkan dalam bab yang
seterusnya iaitu di bawah tajuk hukum berpoligami.

4
4.0 HUKUM POLIGAMI

Sebagaimana yang kita tahu, hukum asal poligami adalah harus. Keharusan berpoligami
disandarkan kepada firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa’ 4:3 seperti yang diterangkan
sebelum ini. Berdasarkan maksud ayat tersebut:

Dan jika takut tidak akan berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan daripada kalangan perempuan-perempuan (yang lain) dua, tiga atau
empat orang.

Islam tidak mengharamkan poligami dan tidak menggalakkan atau menyuruh


umatnya melaksanakannya. Ia hanya satu peruntukan yang menunjukkan Allah SWT
membenarkan amalan tersebut. Walau bagaimanapun, selain daripada harus hukum
poligami ini boleh menjadi sunat, makruh dan haram berdasarkan suasana dan keadaan
individu yang ingin berpoligami. Hukum-hukum tersebut boleh dilihat di bawah dan
disertakan dengan contoh.

a) Sunat

Hukum sunat berpoligami akan berlaku apabila seseorang lelaki itu memerlukan
isteri yang lain dan juga berlaku disebabkan hal-hal yang lain. Contohnya, isteri tidak
dapat melahirkan keturunan sedangkan dia amat menginginkan anak dari zuriatnya
sendiri dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, atau menderita
penyakit yang tidak dapat sembuh, atau mendapat cacat badan yang mengakibatkan
tidak dapat menjalankan kewajipannya sebagai isteri. Menurut Abduh ( 2008), sebab
tabiat kemanusiaan suami, iaitu nafsu keinginan melakukan hidup berkelamin yang
kuat sehingga memerlukan isteri lebih dari seseorang merupakan antara sebab
disunatkan berpoligami. Selain itu, hukum sunat juga berlaku disebabkan si suami
hendak menyantuni janda-janda (Ana Faiza & Zuliza Mohd Kusrin, 2006). Namun,
semua itu hanya dapat dilakukan sepanjang mereka mempunyai kemampuan
berlaku adil dalam berpoligami.

b) Makruh

Abdullah (2012) mengatakan apabila seseorang tidak mempunyai keperluan bagi


melakukan poligami, sebaliknya dilakukannya semata-mata bagi menunjukkan hidup

5
dan berseronok sahaja. pada masa yang sama, dia meragui kemampuannya sendiri
untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Mengamalkan poligami dalam konteks ini
adalah makruh kerana tidak ada keperluan berbuat demikian. Ia mungkin
memudaratkan isteri-isteri kerana suami tidak mampu berlaku adil kepada mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w :

‫دع ما يريبك إىل ما ال يريبك‬


Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak
meragukan kamu

c) Haram
Apabila seseorang meyakini jika berkahwin lebih daripada seorang isteri, dia tidak
dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya disebabkan kelemahannya atau pun rasa
tidak percaya kepada kemampuan dirinya. Mungkin dia cenderung kepada salah
seorang isterinya sahaja dan mengabaikan isteri-isteri yang lain seperti maksud
firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara
isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu
janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga
kamu biarkan yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan). dan
jika kamu memperbaiki dan memelihara diri (dari kecurangan), Maka
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An
Nisaa: 129)

Poligami dalam situasi ini adalah haram kerana memudaratkan orang lain.
Walau bagaimanapun satu perkara yang perlu diingati bahawa pengharaman
melakukan poligami dalam situasi ini tidak menyebabkan hukumnya tidak sah.
Hukum pernikahan tetap sah. Cuma yang terlibat itu akan berdosa kerana
melakukan poligami dengan tidak memenuhi syarat berpoligami.

6
Antara syarat berpoligami ialah berlaku adil kepada isteri-isteri. Dalam buku Wahbah
al-Zuhayliy. (2002) Fiqh Perundangan Islam, menyatakan bahawa suami perlulah adil dalam
menyediakan kediaman, adil dalam giliran bermalam, adil dalam musafir. Sebagaimana
pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal ister ibaik dalam keadaan
monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah
diasingkan sebagai satu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan
cemburu menular dalam kalangan isteri.

Dari konteks giliran bermalan, suami wajib menentukan giliran bermalam yang adil di
antara ister-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, tua dan sebagainya.
Suami berdosa jika memberikan giliran yang lebih banyak kepada seorang isteri berbanding
isterinya yang lain. Dari konteks adil dalam bermusafir pula, munurut pendapat Imam Syafie,
suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah
seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Oleh itu, suami tidak wajib menggantikan
giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada amasa musafirnya.
Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami
wajib mengqada’ giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperoleh haknya pada masa
musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi mafhum
hadis riwayat al-Bukhari :

Mafhumnya : “ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan


undian di antara isteri-isterinya ”.

( Hadis Riwayat al-Bukhari )

7
5.0 KESAN MENGHALANG POLIGAMI YANG TELAH DIHARUSKAN
Poligami merupakan isu klasik yang selalu menarik perhatian golongan suami dan isteri.
Sebahagian besar golongan isteri sangat anti dan pantang terhadap amalan poligami ini. Hal
ini kerana pada umumnya wanita tidak suka diduakan. Oleh yang demikian, dalam bab ini
akan diterangkan kesan-kesan menghalang poligami yang telah diharuskan kepada individu
dan masyarakat.

a) Individu
Seseorang isteri yang menghalang amalan poligami dalam kehidupan akan
menyebabkan dirinya mengalami konflik emosi. Ini terjadi kerana si isteri sentiasa
memikirkan apakah tindakan suaminya selepas ini sama ada suaminya berkahwin
dengan senyap atau sebaliknya seperti suami menyimpan perempuan simpanan. Di
samping itu, si isteri akan menghabiskan usianya dalam kepahitan kerana tidak
dapat merasa kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu. Hal ini akan meningkatkan
bilangan janda dan ibu tunggal. Selain itu, kaum wanita akan bebas melacur. Mereka
akan menjadi umpan dan permainan kaum lelaki yang rosak. Disebabkan itu,
rosaklah kaum wanita di muka bumi ini. Tambahan pula, individu yang menghalang
poligami akan merasakan hidupnya tidak tenteram kerana wujud konflik antara suami
dan isteri.

b) Masyarakat
Masyarakat yang menghalang poligami akan mewujudkan pelbagai gejala sosial
seperti pergaulan bebas. Akibat daripada pergaulan bebas akan mengakibatkan
banyak anak-anak haram sehingga menjadi beban social bagi masyarakat.
Tambahan pula, pergaulan bebas seperti hubungan seks akan mewujudkan pelbagai
penyakit. Antara penyakit yang terkait dengan hubungan seks ialah HIV, Aids dan
sebagainya. Penyakit-penyakit sebegini akan merosakkan suatu masyarakat atau
kaum itu.

8
6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan lebih daripada


satu isteri. Keharusan berpoligami adalah berdasarkan surah An-Nisaa’ 4:3. Namun
demikian, hukum berpoligami boleh berubah menjadi sunat, makruh ataupun haram
berdasarkan suasana dan keadaan semasa. Poligami yang diistilahkan sebagai “madu”
bukanlah satu penindasan terhadap wanita bahkan bukan mengurangkan hak dan
kehormatan wanita, tetapi menjunjung kepentingan wanita. Pernikahan suaminya dgn
wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian. Sudah cukup banyak bukti
tentang kejayaan berpoligami ini di kalangan umat Islam, baik dilihat dari faktor individu
mahupun sosial yang ada pada setiap zaman dan tempat. Bahkan adakalanya seorang isteri
yang berusaha mencari sendiri isteri lain bagi suaminya agar hidup bersamanya,
berdampingan dengan suaminya dan sama-sama mengarungi bahtera kehidupan. Perkara
yang paling penting bagi suami ialah sikap adil terhadap para isteri. Keadilan dalam
berpoligami akan mewujudkan kehidupan yang harmoni dan tenteram.

Poligami telah menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan
manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang
pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan
digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang
melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan
batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu, haram
berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut. Syarat yang ketat
ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan
poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari
penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya
fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam.

9
7.0 RUJUKAN

Abduh, R. (2008). Poligami Dalam Hukum Islam, 2(3), 21–59. Retrieved from
http://digilib.uinsby.ac.id/18787/5/Bab 2.pdf

Abdullah, H. F. (2012). Pelajaran Berkenaan Poligami. 202 Pelajaran Berkenaan Poligami,


2, 35–51.

Ana Faiza & Zuliza Mohd Kusrin. (2006). Amalan Permohonan Kebenaran Poligami di
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, (179–183).

Engku Ahmad Zaki bin Engku Ali. (2010). Aku Nikah Akan Dikau. Kuala Lumpur: Mustread
Sdn Bhd.

Fathonah. (2015). Telaah Poligini: Perspektif Ulama Populer Dunia, 5(1).

Hj. Muhammad, A. K. (1997). Poligami di Kalangan Orang-Orang Islam di Malaysia, (April).


Retrieved from http://eprints.um.edu.my/13692/1/poligami.pdf

Khoir, A. (2010). ( Analisis Perspektif Hukum Islam Dan Undang-Undang No . 1 Tahun


1974 ) Konsep Adil Dalam Poligami ( Analisis Perspektif Hukum Islam Dan Undang-
Undang No . 1 Tahun 1974 ), (1). Retrieved from
http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/4182/1/ABDUL KHOIR-
FSH.pdf

Marzuki. (2011). Memahami Ketentuan Poligami dalam Hukum Islam, 1(2), 1–6. Retrieved
from http://staffnew.uny.ac.id/upload/132001803/lainlain/Dr.+Marzuki,+M.Ag_.
+Memahami+Ketentuan+Poligami+dalam+Hukum+Islam.pdf

Mustari, A. (2014). Poligami dalam reinterpretasi, 1, 251–264. Retrieved from


https://media.neliti.com/media/publications/221508-poligami-dalam-reinterpretasi.pdf

Rahmat. (2013). Konsep Poligami Menurut Udang-Undang dan Kompilasi Hukum Islam,
10(2004), 18–52. Retrieved from http://digilib.uinsby.ac.id/12373/7/Bab 2.pdf

10
Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Wahbah al-Zuhayliy. (2002). Fiqh Perundangan Islam (terj.). Jil. 7. Kuala Lumpur :
DewanBahasa dan Pustaka

11

Anda mungkin juga menyukai