Anda di halaman 1dari 2

FALSAFAH PENDIDIKAN PENGENALAN KEPADA FALSAFAH 1.

KONSEP DAN FUNGSI FALSAFAH


Perkataan falsafah itu berasal dari perkataan Yunani tua yang berbunyi Philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan atau hikmah. Perkataan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Philos yang bererti cinta, suka atau menghargai dan Sophia bererti kebijaksanaan, kebenaran atau hikmah. Oleh itu Falsafah dapat dilihat sebagai perkara yang melibatkan pernyataan iaitu sukakan kebijaksanaan, menghargai kebijaksanaan, keinginan untuk memperolehi kepandaian sebagai orang berilmu dan mengkaji kebenaran. Kesimpulannya, falsafah ialah satu usaha mencari sesuatu kebenaran atau keyakinan yang berhubung dengan sesuatu perkara dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Seseorang yang menggunakan akal fikiran secara baik serta bijaksana dan membawanya kearah kebenaran dalam kehidupan, bermakna seseorang itu sudah berfalsafah dalam hidupnya. Beberapa Makna Falsafah Wolff (1989) Philosophy, literally means, love of wisdom. Philosophy is the systematic, critical examination of the way in which we judge valuate and act: with the aim of making ourselves wiser, more self-reflective and therefore better men and women. (Falsafah secara hafriayah bermakna cintakan kebijaksananaan. Falsafah adalah pemeriksa sistematik dan kritis keatas cara kita menimbang, menilaikan dan bertindak dengan tujuan menjadikan diri kita lebih bijaksana, lebih bermunasabah sekaligus menjadi manusia yang lebih baik.) English Dictionary The search for knowledge and truth especially about the nature of man and his behavior and beliefs. (Mencari-gali pengetahuan dan kebenaran terutamanya tentang diri manusia, tingkah laku dan kepercayaannya)

Fungsi Falsafah Secara Umum a. Membentuk satu pandangan yang sistematik terhadap sesuatu yang wujud di dalam alam ini. b. Memberikan suatu pandangan hidup sistem nilai untuk membolehkan manusia berfikir tentang buruk baiknya sesuatu. c. Membantu manusia berfikir dengan cara kritikal dan logik supaya mendapat pengetahuan sebenar sesuatu keadaan. d. Membantu manusia membuat penyelidikan terhadap sifat dasar pengetahuan dan membuat pra-anggapan terhadap kemungkinan pengetahuan seperti ini berguna dalam kehidupan manusia. e. Membantu manusia berfikir dengan jujur dan teliti tentang makna hidup bagi seseorang. Iaitu menentukan manusia kearah kehidupan yang tinggi dan mulia. f. Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat, kaedah dan tujuan disamping mencari kebenaran, bukan member jawapan yang tetap dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Pandangan Beberapa Ahli Sarjana Terhadap Falsafah B. Russel (1946) Falsafah sebagai sesuatu di antara teologi dan sains mengandungi spekulasi tentang perkaraperkara yang belum tepat atau nyata lagi. S.E. Frost (1955) Tiap individu adalah ahli falsafah dalam ertikata sebenarnya. W.W. Howick Falsafah berusaha mencari pandangan yang komprehensif mengenai manusia dan alam jagat. G.W. Kneller Falsafah dibahagikan kepada tiga iaitu falsafah spekulasi, falsafah preskriptif dan falsafah analitik. Spekulatif Pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud. Preskriptif Menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. Analitik Tumpuan kepada perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut.

Pandangan ahli-ahli sarjana tersebut jelas bahawa pencarian kebenaran itu berlaku dalam keadaan tertentu. Ia mengikuti apa yang dirasakan perlu dan diperlukan oleh manusia.

Anda mungkin juga menyukai