Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 DEFINISI FALSAFAH 3

3.0 CABANG ILMU FALSAFAH 4

4.0 CIRI-CIRI FALSAFAH 6

5.0 KESIMPULAN 8

6.0 RUJUKAN 10

0
1.0 PENDAHULUAN

Falsafah merupakan induk atau asas kepada segala ilmu. Para ahli falsafah turut
membahagikan falsafah kepada beberapa cabang ilmu utama iaitu epistemologi juga
metafizika yang merangkumi ilmu ontologi, kosmologi, teologi metafizik dan antropologi.
Selain itu, logika, etika, estetika dan falsafah tentang pelbagai disiplin ilmu juga adalah
cabang falsafah yang ditonjolkan oleh para ahli falsafah. Dalam mencari hubungan antara
falsafah dengan ilmu sains. Terlebih dahulu dapat disimpulkan bahawa ilmu sains merupakan
salah satu bidang yang muncul berlandaskan kepada falsafah kerana falsafah adalah bersifat
menyeluruh dalam kajiannya.

Falsafah adalah apabila anda mempunyai soalan di kepala anda dan anda ingin
mengetahui lebih banyak dan kemudian anda sedar anda tidak dapat mengetahui di dunia
supaya anda perlu masuk ke dalam fikiran anda. Pembelajaran falsafah merupakan satu
displin ilmiah yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir
manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah
mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Falsafah juga adalah cara
berfikir tentang subjek tertentu seperti etika, pemikiran, kewujudan, masa, makna dan nilai. Ia
adalah 'cara berfikir' yang melibatkan empat elemen iaitu responsif, refleksi, sebab dan
penilaian semula.

Matlamat falsafah adalah untuk mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi
arah tujuan atau panduan untuk perkara-perkara yang utama dalam kehidupan. Setiap
perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh seseorang
dalam akalnya, di mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan. Oleh itu,
seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang
mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang
dicerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya. Malah, matlamatnya adalah untuk
memperdalam pemahaman, diikuti harapananya ialah dengan mengunakan falsafah kita
belajar berfikir dengan lebih baik, bertindak dengan lebih bijak, dan dengan itu membantu
meningkatkan kualiti kehidupan kita.

1
2.0 DEFINISI FALSAFAH

Pengertian falsafah dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk pengertiannya dari
sudut bahasa dan istilah. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada perkataan arab. Menurut
Al-Farabi yang merupakan ahli falsafah besar pada zaman Tamadun Islam perkataan arab
tersebut berasal daripada perkataan Yunani yang apabila ditranskripsikan menjadi philosophia
hasil gabungan frasa ‘philo’ dan ‘sophia’. Philosophia bermakna hasil kecitaan kepada
kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada kebijaksanaan, atau ilmu kecitaan kepada
kebenaran, atau ilmu kecitaan kepada hikmah.

Dari sudut istilahnya pula, mengikut pendapat Russell (1946), falsafah adalah sebagai
sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains, Hal ini adalah kerana, seperti
teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan.
Manakala melalui pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik
untuk membuktikan fahamannya.

E. D. Miller(1984), dalam bukunya Question That Matter mendefinisikan falsafah


sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.
Ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Plato telah mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu
pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni malahan juga mengatakan
bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebab-sebab dan asas-asas yang paling akhir
daripada segala sesuatu yang ada.

Pada zaman Tamadun Islam, Al-Farabi (870-950) menegaskan falsafah sebagai ilmu
mengenai kewujudan, yang tidak bercangggah dengan agama bahkan sama-sama memuja
kepada kebenaran, yang bertujuan untuk mengetahui Yang Maha Esa. Ibnu Rusyd (1126-
1198) mendefinisikan falsafah sebagai penyelidikan tentang alam wujud dan memandangnya
sebagai jalan untuk menemui Maha pencipta segala ciptaan.

2
3.0 CABANG - CABANG ILMU FALSAFAH

The World University Encyclopedia membahagikan falsafah kepada beberapa cabang-cabang


ilmu seperti sejarah falsafah, metafizika, epistemologi, logika, etika dan estetika. Selain itu,
falsafah juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu falsafah sistematik dan sejarah
falsafah.

Falsafah sistematik adalah bertujuan untuk membentuk dan memberikan landasan


kepada pemikiran. Dalam bahagian ini meliputi gagasan ilmu berbentuk logik, metodologi,
epistemologi, falsafah ilmu, etika, estetika, metafizika, teologi iaitu falsafah ketuhanan,
falsafah manusia dan kelompok falsafah khusus seperti falsafah sejarah, hokum, komunikasi
dan sebagainya.

Manakala sejarah falsafah adalah merupakan bahagian yang berusaha meninjau


pemikiran falsafah sepanjang masa. Sejak dari zaman kuno sehingga zaman moden, bahagian
ini meliputi sejarah falsafah Yunani atau Barat, India, Cina dan juga sejarah falsafah Islam.
Pada zaman Tamadun Islam, ahli falsafah Islam seperti Al-Kindi dan Al-Farabi masing-
masing mempunyai pendapat berbeza dalam pembahagian cabang falsafah.

Al-Kindi (796-873) telah membahagikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik
yang merupakan peringkat terendah, sains matematik yang berkedudukan peringkat
pertengahan dan yang terakhir sains ketuhanan yang merupakan peringkat tertinggi. Manakala
Al-Farabi (870-950) membahagikan falsafah kepada dua cabang iaitu teori dan amali. Teori
meliputi matematik, fizik dan metafizik manakala amali merangkumi ilmu akhlak atau etik.

Disamping itu, jika diperhatikan kebanyakan ahli falsafah dan tampak di dalam
penulisan-penulisan mengenai falsafah sering kali membahagikan falsafah kepada lima
cabang utama iaitu logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik. Pembahagian yang
dibuat jelas tampakkan cabang falsafah dari pelbagai sudut.

3
Logik, adalah cabang falsafah yang menyelidik tentang pemikiran manusia. Logik adalah
merupakan asa-asas yang menentukan pemikiran yang lurus, tepat dan sihat. Dengan
mempelajari kaedah-kaedah logik diharapkan dapat menerapkan asas sehingga dapat
membuat kesimpulan dengan tepat. Dalam pengertian yang sempit, logik ialah kajian terhadap
prinsip-prinsip deduksi, kaedah-kaedah pembuktian dan juga kaedah demonstrasi.

Epistemologi, adalah bahagian falsafah yang membicarakan tentang terjadinya


pengetahuan, sumber pengetahuan, bermulanya pengetahuan, batasan, sifat, metod dan
kesahihan terhadap pengetahuan. Dalam membuat penyelesaian terhadap masalah berkenaan
ilmu sains, epistemologi mengemukakan beberapa teori iaitu teori fenomena, fiksyen,
skeptisme dan realism.

Metafizik, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang yang wujud atau
membicarakan sesuatu di sebaliknya. Persoalan metafizik dibezakan menjadi tiga iaitu
ontologi, kosmologi dan antropologi. Dalam bidang ilmu sains, metafizik menggunakan
bahasa untuk menerangkan gambaran tentang struktur bahan yang dikaji. Teori ini penting
dalam menerangkan ujikaji sains.

Etika, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku atau perbuatan
manusia dalam hubungannya yang baik atau buruk manakala estetika pula adalah cabang
falsafah yang membicarakan tentang keindahan.

Walaupun banyak perbezaan pendapat mengenai pembahagian cabang ilmu falsafah.


Namun begitu, kebanyakan ahli falsafah dan di dalam penulisan-penulisan mengenai ilmu
falsafah, kebanyakannya membahagikan cabang falsafah kepada logik, epistemologi, etika,
estetika dan metafizik. Jika diperhatikan, Cabang-cabang ilmu falsafah ini banyak membantu
kepada penyelesaian masalah sains.

4
4.0 CIRI - CIRI FALSAFAH

Falsafah adalah satu bidang ilmu yang menekankan konsep (idea) dan boleh diperkatakan
dengan tepat dan padat. Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti konseptual iaitu lebih utama
daripada bersifat faktual. Fakta terdapat dalam pelbagai bentuk seperti fakta sejarah, fakta
harian, dan fakta sains. Fakta terdedah kepada keadaan yang mungkin betul atau tepat pada
hari ini dan mungkin tidak hari esok. Sebaliknya konsep difahami sebagai idea yang
melibatkan pemahaman.

Selain itu falsafah juga bercirikan sinoptik iaitu menyeluruh atau komprehensif.
Persoalan atau idea yang dikemukakan haruslah secara umum dan tidak khusus. Ia juga
memerlukan persoalan dan jawapan yang menyeluruh. Ciri-ciri yang seterusnya ialah bersifat
analitikal. Analitikal bermaksud meneliti, memahami konsep dan idea yang tersirat daripada
sesuatu hujah atau fakta. Ciri analitikal ini juga boleh membantu merumuskan sesuatu
persoalan atau mengemukakan rasional sesuatu hujah atau fakta.

Ilmu merupakan hasil proses berfikir dengan menggunakan akal, atau hasil berfikir
secara rasional. Falsafah Ilmu adalah segenap pemikiran reflektif terhadap persoalan-
persoalan mengenai segala hal yang berkaitan landasan ilmu maupun hubungan ilmu dengan
segala sudut kehidupan manusia. Berfalsafah ertinya berfikir reflektif, iaitu berfikir secara
berulang kali dari pelbagai sudut pandangan dan bersifat memantul kembali pada pemikiran
itu sendiri sehingga memperolehi pengetahuan yang kritis, radikal dan menyeluruh (Rene
Descartes). Falsafah sebagai usaha untuk mengetahui, mempelajari asas-asas tertinggi dalam
segala sesuatu. Falsafah adalah suatu cara berfikir radikal yang meyeluruh, suatu cara berfikir
yang mengupas segala sesuatu sedalam-dalamnya (Depdikbud, 1984).

Falsafah preskriptif adalah cara falsafah yang cuba menetapkan standard bagi
mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. Dengan itu, perlu bagi mereka
mencari dan mengesorkan prinsip-prinsip untuk menentukan tindakan dan kualiti dianggap
baik dan berfaedah. Nilai etika dan nilai estetika diberikan garis panduan dengan menentukan
nilai itu wujud secara semulajadi atau projeksi fikiran kita semata-mata. Ia juga mengkaji apa
yang dikatakan baik dan buruk, betul dan salah, cantik dan hodoh, dan sebagainya
(Mustafa et. all). Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan oleh sumber yang
berautoriti, iaitu Tuhan. Sebarang penentangan dianggap tindakan moral yang negatif. Dalam

5
ilmu pengetahuan, status preskriptif bermaksud sesuatu hokum menjadi prinsip yang utuh dan
memastikan bahawa benda terjadi seperti yang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan.
Selain itu, falsafah ini turut bertanyakan sama ada kualiti tersebut terdapat pada perkara itu
sendiri atau hanya muncul daripada pemikiran kita sahaja. Misalnya, kepada ahli psikologi,
pelbagai bentuk tingkahlaku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik buruknya, namun
kepada ahli falsafah preskriptif, ia sentiasa berusaha untuk mencari dan mengesorkan prinsip
untuk menentukan apakah tindakan dan kualiti yang berfaedah, dan kenapa ianya harus
begitu.

Falsafah spekulatif adalah ciri-ciri yang merupakan satu cara pemikiran yang
sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Ia juga satu proses mencari
susunan dan keseluruhan yang tidak hanya tertumpu kepada satu item atau pengalaman tetapi
kepada semua pengetahuan dan pengalaman. Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu
yang wujud, iaitu berdasarkan hakikat bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginan
untuk melihat sesuatu secara keseluruhan yang bermakna. Misalnya apabila kita melihat
permandangan yang indah, fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada keindahan itu semata-
mata, tetapi akan menjelajah ke perkara lain yang lebih khusus yang mewujudkan keindahan
itu. Cara ahli falsafah spekulatif ini dapat dilihat melalui perbuatan kita sehari-hari. Falsafah
spekulatif berusaha untuk mencari satu persepaduan dan pertalian bagi semua pemikiran dan
pengalaman. Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari satu kesepaduan
bagi semua pemikiran dan pengalaman. Tujuannya adalah untuk memahami semua perkara
yang berbeza yang ditemui bersama dan membentuk satu keseluruhan yang bermakna.

6
5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, falsafah merupakan suatu punca ilmu yang mana dengannya
akan melahirkan pemikiran- pemikiran baru yang tidak lari dari tujuan atau makna asal
kehidupan insan. Ianya berlaku melalui cara berfikir dan merangkumi logik akal yang
menyeluruh dan tiada sempadan tetapi lengkap dari segenap bahagian. Falsafah boleh
terbentuk dan dibentuk dari pemikiran yang berteraskan pengetahuan, praktikal dan
pengalaman. Dalam bab definisi juga menerangkan pelbagai maksud ditakrif oleh tokoh-tokoh
seperti Aristotle, Wolff (1989), B. Russel (1946) dan Al-Farabi mengikut pendapat masing-
masing yang tersendiri .Pendapat dari tokoh-tokoh itu boleh dikatakan falsafah merupakan
suatu usaha berfikir yang tiada akhirnya dengan tujuan mencari kebenaran.

Adakah falsafah itu dikatakan tidak relevan atau kaitan dengan kehidupan manusia
sehari-hari? Kita juga mengambil mudah dengan ilmu falsafah sebagai ilmu yang dikatakan
ketinggalan zaman disaat ilmu sains dan teknologi menunjukkan kekuasaanya diabad
sekarang ini. Namun begitu manusia akan terus berfalsafah apabila mengemukakan persoalan-
persoalan secara spontan seperti "Apakah itu Keadilan? Kebenaran? Kebaikan? Kejahatan?
Cinta? dan seumpamanya. Semua persoalan tersebut sebenarnya telah cuba dijawab dan
diperjelaskan oleh ahli falsafah sejak wujudnya ilmu tersebut dalam tajuk-tajuk utama falsafah
seperti epistemologi, metafizik, logik, etika dan estetik. Tajuk utama falsafah ini juga
merupakan cabang-cabang ilmu falsafah yang diwujudkan .Justeru apabila kita
mengemukakan persoalan terhadap perkara yang tidak pasti dan menyiasatnya kita telah
memasuki ke alam berfalsafah secara tidak disedari.

Falsafah adalah berfikir. Bila manusia berfikir mengenai dirinya dan semangat
zamannya atau dikenali sebagai Zeitgeist, maka kita menyedari kita berfikir mengenai
bagaimana kita berfikir. Ianya pelik ,tetapi itulah hakikat sebenarnya. Selain itu, falsafah
boleh berfungsi dalam kehidupan manusia kerana falsafah akan memberi makna
kepada kehidupan jika ianya dibentuk dengan sistematik dan percaya kepada sesuatu
kewujudan. Jika ini menjadi perkara asas dalam falsafah maka pegangan seseorang tentang
aspek ketuhanan tidak boleh dipertikaikan.

7
Melalui falsafah manusia akan faham tentang aspek nilai dan membolehkan mereka
berfikir tentang kesan sesuatu tindakan. Ia juga akan membantu manusia untuk berfikir
berteraskan logik agar sesuatu penilaian yang dibuat tidak akan mendatangkan kesan yang
tidak diingini selain melatih manusia untuk berfikir tentang kebenaran.

Oleh itu dengan falsafah, kehidupan manusia akan menjadi lebih


baik, berstruktur, berfokus dan bermatlamat. Falsafah ini penting dan perlu dipelajari, hal ini
kerana sifat ingin tahu yang sememangnya wujud dalam diri manusia. Dalam kehidupan ini,
manusia sering mencari jawapan kepada soalan yang nampaknya mudah tetapi sukar dijawab
dengan penuh yakin. Contohnya, adakah kita benar-benar tahu apa yang kita tahu? Bagaimana
cara yang terbaik harus kita menjalani kehidupan kita di dunia ini? banyak lagi persoalan
demi persoalan yang masih belum terjawab dalam benak pemikiran manusia. Jadi semua
persoalan tersebut mampu kita fahami dengan jelas dan tepat setelah mempelajari
falsafah.Secara akademiknya, mempelajari falsafah boleh menghasilkan hasil pembelajaran
berupa kemahiran yang boleh-pindah dan membentuk keperibadian, bukan sahaja untuk
kegunaan akademik tetapi juga untuk kehidupan secara umumnya.

Akhir sekali, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua
manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana, ia memerlukan satu
persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu
bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia meliputi segala
ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini.

8
6.0 RUJUKAN

1. Abdul Rahman Hj. Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu : Analisis Konsep-konsep
Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

2. Abdul Fatah Hasan (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan.Pahang: PTS


Publications & Distributor Sdn. Bhd.

3. Azizi Jaafar (2009). Aliran-Aliran Falsafah Pendidikan, diakses pada


15 Disember, 2017, daripada http://abuakhyar1.blogspot.com/.

4. Drs. Sidi Gazalba (1974). Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat, Teori
Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.

5. Ed Miller (1984). Questions That Matter (Sixth Edition). New York : Mcgraw Hill
Publishing Company.

6. Mohammed Yusoff Hussain (2002), Pengenalan Sejarah Falsafah Barat Moden,


Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

7. Mok Soon Sang (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi Ketiga).
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

8. Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Zaini Abdullah (2011). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia.


Tanjung Malim : UPSI Publications.

Anda mungkin juga menyukai