Anda di halaman 1dari 50

PEMIKIRAN DAN GAYA

PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:
www.pendidik2u.my
PEMI ●


Konsep Pemikiran
Jenis-jenis Pemikiran
Cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid-

KIRAN

murid

GAYA ●
Pengertian Gaya pembelajaran

PEMBEL Jenis-jenis Gaya Pembelajaran



Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas
Proses PNP
AJARAN
KONSEP PEMIKIRAN
• Pemikiran adalah satu proses mental bagi
memperoleh pengetahuan dan pemahaman
dengan tujuan menyelesaikan masalah.
• Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman
rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan
konsep, pentafsiran, dan penghasilan gerak
balas yang sesuai.
Samb.
• Pemikiran juga merupakan satu proses
bagaimana otak kanan manusia berfikir secara
kreatif dan bahagian otak kiri berfikir secara
kritis.
• Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha
oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan
mencapai keputusan yang paling wajar.
Proses Pemikiran

ME OU
INP MP
ROS
TP
UT
ES UT
Apakah perkara Jawapan-
Bagaimana kita
yang kita jawapan yang
memprosesnya.
fikirkan. diperoleh.
(Operasi)
(Kandungan) (Hasil)
Konver Rekaci
gen pta
Diverg Celik
en Akal

Jenis-
Kreatif jenis
Pemikiran

Kritis
Meneg Menda
ak tar
PEMIKIRAN MENDATAR
• Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk
menjana idea-idea bercapah daripada pelbagai
penyelesaian bagi sesuatu masalah
• Oleh itu, dalam pemikiran ini seseorang guru
harus menggalakkan murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dengan mencari
jalan penyelesaian berdasarkan perspektif yang
berlainan.
Samb.
• Pemikiran ini melibatkan proses pemikiran ‘luar
kotak’ (out of a box) di mana penyelesaian
kepada masalah diperoleh daripada sumber-
sumber yang tidak sama dan tidak berkaitan.
Samb.
• De Bono mengatakan bahawa terdapat 4
langkah penting dalam pemikiran lateral, iaitu:
▫ Mengenal pasti idea-idea dominan utama
dalam masalah yang dihadapi.
▫ Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut
yang berlainan.
▫ Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.
▫ Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh
orang lain.
PEMIKIRAN MENEGAK
• Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan
menjana satu idea/penyelesaian kepada suatu masalah
serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih
mendalam dan terperinci.
• Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik
kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah
yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan
sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran
menegak melalui satu set soalan seperti berikut:
▫ Apakah masalah yang dihadapi?
▫ Apakah alternatif-alternatif yang terdapat?
▫ Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif
tersebut?
▫ Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya?
▫ Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau
tidak?
PEMIKIRAN MENEGAK PEMIKIRAN MENDATAR

Mencari pendekatan yang betul Mencari pendekatan sebanyak yang


mungkin

Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan

Dilanjutkan jika terdapat arah Menjana arah baru

Mengikut kronologi Fleksibel

Setiap langkah mesti betul Tidak perlu betul pada setiap langkah

Meninjau alternatif-alternatif yang mungkin Meninjau alternatif-alternatif yang tidak


dijangka

Menolak semua yang tidak releven Menerima sebarang pendapat

Membuat analisis terhadap sesuatu idea Tidak banyak penerokaan


PEMIKIRAN KRITIS
• Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan
yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena,
persoalan/masalah untuk menghasilkan rumusan yang
merangkumi semua maklumat yang ada.
• Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat
bahawa pemikiran kritis adalah penggunaan kemahiran
intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan
sesuatu situasi.
Selain itu, pemikiran kritis merangkumi perkara
perkara berikut:

 Kefahaman untuk menghujah


 Usaha mengumpul maklumat
 Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan
 Usaha mengetepikan makna yang kabur dan
kesimpulan yang tidak munasabah
• Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk
membina dalam diri murid supaya berfikiran
kritis:
▫ Menyusun sesuatu mengikut keutamaan
▫ Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca
oleh mereka
▫ Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak
dinyatakan)
▫ Menentukan kesan
▫ Membuat kesimpulan
▫ Membuat perbandingan
▫ Membuat rumusan dan penilaian
▫ Menggalakkan perbincangan
PEMIKIRAN KREATIF
• Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif
untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu
baru dan asli yang belum difikirkan oleh orang lain
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
balas tanpa halangan.
menyediakan gerak
KELANCARAN-
FLEKSIBEL- tidak

keupayaan
terbatas kepada
satu kaedah
sahaja.

CIRI-CIRI
PEMIKIRAN
KREATIF

menerang secara

HURAIAN -
keupayaan
terperinci.
unik/luar biasa.
personal,
KEASLIAN-
PEMIKIRAN DIVERGEN
• Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai
keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang
berbeza terhadap masalah yang terbuka.

• Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman


dan idea-idea baru digunakan serentak untuk
menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai
jawapan yang mungkin.
PEMIKIRAN DIVERGEN

Idea
Idea Idea

RANGSA
Idea NGAN

Idea
Idea
Ciri-ciri Pemikiran Divergen
Kelancaran Penjelasan idea-idea bernas dan terang.
(Fluidity)

Kelenturan Menjana pelbagai idea dan cara bagi


(Flexibility) menyelesaikan masalah

Keaslian Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas


(Originality) dan unik

Terperinci Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang


(Detail) lebar dan terperinci
PEMIKIRAN KONVERGEN
• Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan
memfokus ke satu arah untuk mencari satu jawapan.

• Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada


hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan
hanya mempunyai jawapan yang tepat.

• Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu


mengaplikasi pengetahuannya dan peraturan-peraturan
serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari
satu jawapan yang paling sesuai.
Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:
▫ berupaya menyelesaikan masalah yang
memerlukan satu penyelesaian yang betul.
▫ tidak suka meneka dan tidak akan mencuba
menjawab sesuatu yang tidak pasti.
Pemikiran Konvergen
PEMIKIRAN REKACIPTA
• Pemikiran ‘artistik’
• Individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat.
• Kemahiran yang tinggi dalam berinteraksi dengan orang
lain.
• Boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa
yang pendek.
PEMIKIRAN CELIK AKAL
• Di definisikan sebagai pemikiran yang melibatkan
gerak hati dan kebijaksanaan.
• Ia juga merujuk kepada kebolehan mental individu
untuk menggunakan celik akal yang abstrak untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada.
• Guru-guru patut menggunakan rangsangan yang
sesuai untuk menggalak pemikiran celik akal murid-
murid.
CARA-CARA MEMUPUK DAYA BERFIKIR MURID-MURID

• Mengemukakan banyak soalan divergen dalam


proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
• Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif) dalam langkah-langkah P&P
guru.
• Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-
murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara-cara
yang berikut:
• Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang
guru memberikan kepada murid-murid
mengandungi arahan-arahan kemahiran berfikir
seperti berikut:

membezak
Membandi
Mencirika
Mengump
Menilai
an
ng
ul
n
GAYA PEMBELAJARAN
PENGERTIAN
JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN KE ATAS
PROSES PNP
PENGERTIAN GAYA PEMBELAJARAN
• Gaya bermaksud cara
• Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk
kepada cara pembelajarannya
• Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya
pembelajaran ialah pendekatan pengajaran
yang paling digemari oleh seseorang murid.
• Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang
mempunyai cara yang unik untuk menguasai
sesuatu bahan pembelajaran yang sukar
JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
MURID-MURID GLOBAL
MURID-MURID AUDITORI
MURID-MURID TAKTIL
MURID-MURID VISUAL
MURID-MURID GAYA KONVERGEN
MURID-MURID GAYA DIVERGEN
MURID-MURID KONKRIT
PEMERHATI ABSTRAK
PROSESOR AKTIF
PROSESOR REFLEKTIF
Murid-murid global
• Mencari perincian dari pelbagai
sumber=menyelesaikan masalah
Murid-murid auditori
• Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid
audio. Murid-murid seperti ini suka mendengar
dengan cara membaca, menyebut, mendengar
kuliah dan perbincangan.
Murid-murid taktil
• Terdapat juga gaya pembelajaran murid
taktil/kinestetik di mana murid-murid belajar
melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa
dan meraba secara aktif persekitarannya.
Murid_murid visual
• Murid yang menggunakan gaya pembelajaran
visual (pandang) belajar dengan cepat dan
berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat
badan, imej-imej dan gambar rajah serta gemar
membaca pada diri sendiri.
Murid-murid gaya konvergen
• Murid yang suka belajar dengan cara
konvergen dapat memberikan penyelesaian
kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan
tepat.
Murid-murid divergen
• Murid yang suka belajar dengan cara divergen
pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau
alternatif kepada satu soalan terbuka.
Murid-murid teori
• Pelajar teoris menganalisis dan mencari bukti-
bukti supaya dapat membuat generalisasi
hukum atau teori.
Murid-murid pragmatik
• Pelajar pragmatis membina semula
pengalaman dan mengambil bahagian yang aktif
dalam menyelesaikan masalah.
Prosesor aktif
• Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif
dalam proses pembelajaran dan menganggap
pengetahuan baru sebagai milik peribadinya.

• Gabung pengalaman lepas+maklumat


baru=menyelesaikan masalah
Murid-murid reflektif
• Reflektor berfikir dan mengkaji semula
maklumat atau pengetahuan supaya dapat
disesuaikan dengan skema-skema mental yang
wujud.
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN
• Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) 
berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi
kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18
elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4
kategori, iaitu
1. Persekitaran
2. Emosional
3. Sosiologikal
4. Fizikal.
• Persekitaran – Elemen persekitaran terdiri
daripada lampu, bunyi, suhu dan tempat duduk.
Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada
murid yang memerlukan bilik berhawa dingin
untuk belajar dan ada murid pula yang perlu
mendengar muzik apabila mereka belajar
• Emosi – Elemen emosi terdiri daripada
motivasi, tanggungjawab, daya ketahanan, dan
struktur.

• Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada


murid yang mempunyai daya ketahanan,
motivasi dan tanggungjawab yang tinggi tetapi
ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang
rendah
• Sosiologi – Elemen ini merujuk bagaimana
murid-murid belajar dalam konteks sosial. Guru
harus meneliti murid-muridnya dan melihat
corak pembelajaran mereka yakni adakah
mereka suka belajar secara bersendirian, atau
suka belajar dengan orang dewasa atau rakan
sebaya.
• Fisiologi – Elemen yang terdiri daripada gaya
pembelajaran ini ialah persepsi (audiotori,
visual, dan kinestetik). Ada murid yang lebih
gemar belajar pada waktu malam dan ada yang
suka belajar pada waktu pagi. Ada murid yang
lain lebih suka rangsangan audio.
Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
1)Gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan
mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan.

2)Lelaki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran


yang berlainan.

• Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih


auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu
persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga
mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada
lelaki.
Kesimpulan
• Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid
yang berlainan adalah penting supaya guru lebih
sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang
wujud antara murid.

Anda mungkin juga menyukai