Anda di halaman 1dari 18

PROGRAM

kemahiran berfikir aras tinggi

Teknik penyoalan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1 1

1 Cont..
MEMBINA SOALAN
"Jika kita mengharapkan murid untuk
melibatkan diri dalam proses pemikiran
yang lebih kreatif dan merangsang, kita
sebagai guru mesti menggalakkan
mereka bertanya soalan aras tinggi."
Karron G. Lewis
~ Centre for Teaching Effectiveness,
University of Texas

2
• Benjamin Bloom membangunkan taksonominya pada
tahun 1950-an
• Ia adalah suatu hierarki enam peringkat perkembangan
pemikiran yang menjadi semakin kompleks dan
mencabar.
• Tahap pemikiran boleh digunakan untuk membina
soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan
dan dalam semua bidang pembelajaran.
• Pada 1990-an Lorin Anderson telah membuat adaptasi
pada taksonomi asal.

3
Mencipta
Penilaian

Menilai
Sintesis

Memekarkan Pemikiran
Menganalisis
Analisis

Mengaplikasi
Aplikasi
Memahami
Kefahaman

Mengingat
Pengetahuan

Bloom Anderson
4
Soalan-soalan Yang Membangunkan Tahap Pemikiran Bloom
Aras pemikiran dan
Penerangan Bahasa Pemikiran Soalan Pemula
penyoalan
Gabungkan maklumat Mereka bentuk, mencipta, Bagaimanakah kita boleh mereka
Mencipta untuk mencipta sesuatu menambah baik bentuk ...? Bolehkah kita
yang baharu merancang, membina, menambah ...? Apa yang akan
menggubah berlaku jika ...?
Soalan Kompleks

Membuat pertimbangan Mengapa anda berfikir


Menentukan kedudukan, tentang ...?
Menilai dan penilaian untuk
menyimpul, menilai ,
membuat kesimpulan Mengapa anda suka ini ...?
mentaksir, menentukan Apakah yang terbaik ...?
Pecahkan kepada bahagian Membanding beza, Bagaimana mereka sama /
yang lebih kecil -meneliti mengelas,menyusun, berbeza?
Menganalisis secara lebih mendalam & meneliti, menganalisa Bagaimana ia berfungsi ...?
memahami perhubungannya Apakah bukti ...?

Mengaplikasikan Menunjukkan, Apakah contoh-contoh lain


pengetahuan kepada situasi menggunakan, yang ada tentang ini?
Mengaplikasi mengaplikasi, membina,
atau pengalaman baharu
menggambarkan
Mengungkap semula dan Menyatakan semula , Apakah maknanya?
Soalan Mudah

Memahami mentafsir untuk menerangkan, mentafsir, Apakah kegunaannya?


menunjukkan pemahaman menterjemah, merumus Bolehkah anda terangkan ...?
Jawapan berfakta, Mengulangi, menamakan, Siapakah...? Apakah ...?
mengingat semula dan mengingat semula, Di manakah ...? Apabila ...?
Mengingat mengenal menyatakan, Yang manakah ...?
menyenaraikan

5
Mengaplikasikan Bloom
Berdasarkan video ‘Si Tanggang’, bina
soalan untuk setiap peringkat Taksonomi
Bloom.
Mengingat
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta

6
Mengaplikasikan Bloom
Berdasarkan cerita ‘Si Tanggang’
Mengingat - Apakah yang dibawa balik oleh Si Tanggang ke rumahnya?
Memahami - Apakah yang menyebabkan Si Tanggang menghalau
perempuan tua yang mengaku dirinya ibu Si Tanggang?

Mengaplikasi – Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda ialah


ibu Si Tanggang?

Menganalisis – Apakah titik perubahan dalam cerita ini?


Menilai - Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang
terhadap ibunya?

Mencipta – Apakah perubahan yang boleh anda lakukan dalam cerita


tersebut untuk menyesuaikannya dengan masa kini?

7
diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar
Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki tua. Beliau
adalah sangat tua. Sesetengah orang mengatakan
bahawa umurnya adalah seribu tahun. Beliau juga sangat
bijak dan tahu banyak perkara. Ramai orang datang
untuk melawat beliau di dalam gua berhampiran laut.
Mereka sentiasa meminta bantuan daripadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda datang berjumpa


dengan orang tua yang bijaksana ini. "Wahai ayah yang
bijaksana," kata lelaki muda itu, "Saya mahu menjadi
seorang yang berguna kepada manusia. Saya mahu
berkhidmat kepada mereka sepanjang hidup saya.
Bagaimana saya boleh melakukan ini?”

Samb…

8
…Samb
"Itu sangat baik," kata lelaki tua itu. “Ini adalah sebuah
kotak ajaib. Jangan buka kotak ini sehingga anda
sampai ke rumah. Jika anda membukanya sekarang,
sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.”

"Terima kasih, wahai ayah yang bijaksana,” kata lelaki


muda itu. Kemudiannya, pemuda tersebut mengambil
kotak dan pulang. Apabila beliau keluar dari gua, dia
berhenti. "Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam
kotak ini?" katanya kepada dirinya sendiri. "Saya akan
melihatnya.“

Dia membuka kotak dan sekali gus dia bertukar menjadi


pokok kelapa yang tinggi. Itu adalah hukuman
kepadanya kerana mengingkari orang tua itu, tetapi dia
masih mencapai hasratnya kerana pokok kelapa adalah
sangat berguna kepada manusia.

9
Mengaplikasikan Bloom
Gunakan cerita Pokok Kelapa tadi, bina
soalan untuk setiap peringkat Taksonomi
Bloom.
Mengingat
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta

10
MENGAPLIKASIKAN BLOOM
Berdasarkan cerita Pokok Kelapa
Mengingat – Apakah yang diberikan oleh lelaki tua itu kepada pemuda
tersebut?
Memahami - Apakah yang disampaikan oleh cerita ini tentang pokok
kelapa? Atau tentang manusia?
Mengaplikasi – Apakah yang anda dapat apabila anda mempraktikkan
kesabaran?
Menganalisis - Apakah titik perubahan dalam cerita ini?
Menilai - Apakah pandangan anda terhadap hukuman yang diterima oleh
pemuda tersebut?
Mencipta – Apakah yang akan berlaku sekiranya pemuda tersebut tidak
membuka kotak ajaib?

11
EDARAN

12
MENGINGAT
Contoh Soalan

Apakah yang berlaku?

Berapa banyak...?

Siapakah yang...?

Mengapa.?

Bagaimana?

Watak utama, watak sampingan?

Apakah perasaan?

13
MEMAHAMI
CONTOH SOALAN

Beri gambaran tentang suasana..

Apakah yang berlaku ?

Apakah perkara utama yang dibincangkan ...?

Apakah perbezaan antara..?

Beri contoh untuk menyokong jawapan anda dari


petikan…

Apakah nilai/pengajaran?

14
MENGAPLIKASI
CONTOH SOALAN

Tahukah anda peristiwa lain di mana..?

Bolehkah perkara ini berlaku jika ...?

Apakah faktor yang anda ubah jika..?

Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan


pengalaman sendiri?

Bagaimana anda menggunakan maklumat ini untuk


memajukan diri anda?

15
MENGANALISIS
CONTOH SOALAN

Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku?


Apakah persamaan/perbezaan .. dengan ..?
Apakah hasil lain yang mungkin...?
Himpunkan mengikut perwatakan
Apakah faktor yang anda ubah jika..?
Kenapa perubahan ini berlaku?
Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang
disampaikan.
Terangkan apa yang sepatutnya berlaku apabila..
Apakah masalah yang mungkin timbul?
Apakah motif..?
Apakah titik perubahan ...?

16
MENILAI
CONTOH SOALAN

Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk


Nilaikan ...
Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda
tentang ...?
Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang
buruk?
Bagaimana anda akan mengendalikan ...?
Apakah yang mengubah ...
Adakah anda akan mengesyorkan?
Adakah anda percaya?
Adakah anda seorang ...?
Apakah perasaan anda jika ...?
Adakah berkesan ...?
Apakah pendapat anda tentang ...?

17
MENCIPTA
CONTOH SOALAN

Adakah anda boleh mencipta sebuah cerita…?

Dapatkah anda melihat penyelesaian jika...?

Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?

Apakah yang berlaku jika…?

Berapa banyak carakah anda boleh cipta ...yang baru


dan luar biasa untuk...?

Bolehkan anda tulis resepi baru untuk hidangan yang


sedap?

Bolehkan anda bina kertas kerja untuk...

18

Anda mungkin juga menyukai