Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN MODUL ENAM (6) TOPI BERFIKIR

Pengenalan
Edward de Bono mengutarakan pemikiran Parallel Thinking dan Critical Thinking melalui
bukunya 6 Thinking Hats (De Bono, 1985) Buku ini adalah lanjutan daripada perkembangan
proses pemikiran Lateral Thinking yang diasaskannya pada tahun (1967). Edward De Bono
telah mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap oleh kebanyakan pakar dalaam
bidang kemahiran berfikir sebagai kaedah berfikir yang bersifat holistik dan kritis. Kaedah yang
dicadangkan oleh De Bono ini dianggap sebagai antara kaedah berfikir yang terbaik (Kamal,
2005). Holistik bermaksud sesuatu topik atau fenomena akan dinilai daripada pelbagai sudut
atau aspek, dan kritis bermaksud melihat pelbagai kemungkinan dalam memilih pelbagai
pilihan yang ada. Untuk membolehkan kita melaksanakan proses pemikiran kritikal, iaitu
berfikir secara menyeluruh, kritis dan mendalam, De Bono (1992) telah mencadangkan enam
tatacara untuk melihat sesuatu persoalan atau permasalahan. Enam cara ini dilabel atau
dikenali sebagai kaedah 'Six Thinking Hats'. Dalam kaedah 'Six Thinking Hats', seseorang
penganalisis atau pemikir disarankan agar berfikir menggunakan enam skema.
Enam skema ini dibezakan dan direpresentasikan menggunakan enam topi dengan warna
yang berbeza, iaitu topi putih, merah, kuning, hitam, hijau dan biru. Seseorang yang berfikir
menggunakan skema topi putih akan berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak yang
mungkin tentang sesuatu situasi yang sedang dihadapi. Dalam skema berfikir topi putih ini,
seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia akan mengumpul
maklumat sebanyak yang mungkin sebelum membuat atau menentukan sebarang keputusan.
Berfikir berasaskan skema topi merah pula ialah bentuk pemikiran yang cuba menyelami aspek
emosi bagi sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Segala aspek yang berkaitan dengan
emosi akan dinilai dan dipertimbangkan.
Skema topi kuning ialah bentuk pemikiran yang memfokus atau memberi tumpuan
sepenuhnya kepada aspek positif sesuatu perkara yang sedang dihadapi, manakala skema topi
hitam pula ialah bentuk pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif
atau yang buruk tentang sesuatu perkara sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau
membuat sesuatu keputusan.
Skema topi hijau pula ialah bentuk pemikiran yang memfokus kepada mendapatkan idea atau
pemikiran baru tentang sesuatu hal. Skema topi biru ialah pemikiran yang menghala kepada
pembuatan keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau
permasalahan yang sedang dihadapi.
Jadual 1: Model Kaedah Berfikir Six Thingking Hat Edward De Bono (1992)

Warna Topi Sifat/Ciri Lakuan Kesan Kepada Manfaat


Berfikir Individu/
Khalayak
Mengumpulkan Semua aspek Keputusan tidak
sebanyak mungkin diberikan perhatian dibuat secara
maklumat sebelum dan diambil kira. terburu-buru, iaitu
mengambil ia dibuat
keputusan atau berasaskan
membuat maklumat yang
penentuan. lengkap.
Mengambil kira atau Aspek emosi diambil Aspek emosi telah
menyelami aspek- kira dalam diberikan
aspek emosi pembuatan perhatian.
sebelum mengambil keputusan.
keputusan atau
membuat
penentuan.
Lakuan berfikir yang Berkemungkinan Dapat membuat
memfokus kepada besar akan jangkaan tentang
aspek-aspek yang mendapat manfaat kesan positif yang
positif bagi sesuatu atau kesan positif bakal terhasil.
perkara. daripada sesuatu
keputusan yang
dibuat.
Lakuan berfikir yang Berkemungkinan Dapat membuat
memfokus kepada besar akan terhindar jangkaan tentang
aspek-aspek yang daripada kesan kesan negatif yang
negatif bagi sesuatu negatif daripada bakal terhasil.
perkara. sesuatu keputusan
yang dibuat.
Lakuan berfikir yang Akan mendapat Mendapat manfaat
memfokus kepada manfaat daripada daripada pelbagai
idea-idea baru atau idea, pemikiran, idea, pemikiran,
mutakhir. dapatan atau ilmu ilmu atau
baru atau terkini. maklumat
baru/terkini.

Lakuan berfikir yang Boleh memberi Jelas dengan apa


mengarah kepada perintah atau arahan yang sepatutnya
pembuatan yang sepatutnya. dilakukan, iaitu
keputusan, dapat menerapkan
menentukan arah sikap kepimpinan
atau hala tuju. dalam mengambil
sesuatu tindakan.
Berasaskan pandangan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran yang krtitikal ialah
bentuk pemikiran yang jauh lebih berkesan daripada bentuk pemikiran yang tidak krtikal.
Kaedah ini menumpukan kepada bentuk pemikiran yang menyeluruh, kritis dan mendalam.
Model pemikiran kritikal yang dicadangkan oleh Edward de Bono adalah berteraskan konsep
berfikir secara menyeluruh dan sejajar (holistic and parallel) (Dudgeon, 2001).
Seseorang pemikir dan pembuat keputusan yang baik merupakan mereka yang mengambil kira
pelbagai aspek daripada pelbagai sudut dalam menilai sesuatu fenomena, keadaan, perkara
atau agenda.

Matlamat
Matlamat modul ini dibina untuk memberi pendedahan tentang pemikiran kritis dan holistik yang
diutarakan oleh Dr. Edward de Bono dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan
kepada kejayaan yang telah dibuktikan oleh mereka yang mengaplikasikan pemikiran ini,
adalah baik dan relevan untuk memperkenalkan Konsep 6 Topi Berfikir ini kepada warga IPG
kampus dan warga guru di sekolah suoaya dapat disebar luaskan melalui pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah ke arah melahirkan modal insan yang berfikir secara kritis,
kreatif, inovatif dan holistik.

Objektif
Setelah mengikuti kursus ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan pemikiran parallel thinking oleh Edword de Bono melalui 6 topi berfikir.
2. Menghuraikan skema pemikiran berdasarkan 6 warna topi berfikir
3. Mengaplikasikan penggunaan 6 topi berfikir dalam menyelesaikan masalah
4. Membanding beza pemikiran adveserial dengan pemikiran parallel
5. Mengaplikasikan penyelesaian masalah berdasarkan isu yang diberi menggunakan
6 topi berfikir
6. Menunjuk cara bagaimana menggunakan 6 topi berfikir dalam PdP
7. Merumus dan memberi maklum balas tentang faedah penggunaan 6 topi berfikir

Penggunaan Modul 6 Topi Berfikir


Modul ini digubal menggunakan model kajian tindakan yang dikemukakan oleh John
Heron & Peter Reason(1997) sebagai kerangka modul 6 topi berfikir. Model ini dikenali
sebagai Model Cooperative Inquiry. Dalam model ini sesuatu penyelidikan tindakan akan
melalui empat fasa, iaitu:
i) Fasa satu ialah peringkat pengetahuan proposisi (propositional knowing as in
contemporary science).
ii) Fasa dua ialah pengetahuan praktikal (practical knowing - the knowledge that comes
with actually doing what you propose).
iii) Fasa ketiga ialah pengetahuan pengalaman (experiential knowing - the feedback we
get in real time about our interaction with the larger world).
iv) Fasa empat ialah pengetahuan penjelasan (presentational knowing - the artistic
rehearsal process through which we craft new practices).
Oleh itu modul ini dirangka dalam 4 fasa iaitu sesi 1: peringkat pengetahuan asas, sesi 2:
peringkat pengetahuan praktikal, sesi 3: peringkat pengetahuan pengalaman dan sesi 4:
peringkat pengetahuan penjelasan.
Keseluruhan 4 sesi dalam modul ini dicadangkan menggunakan peruntukan masa yang
mencukupi bagi memberikan pendedahan yang maksimum kepada peserta yang mengikuti
modul ini. Masa yang dicadangkan ialah 200 minit.

Rumusan

Maximize productive collaboration and minimize counterproductive interaction/behavior

Consider issues, problems, decisions, and opportunities systematically

Use Parallel Thinking as a group or team to generate more, better ideas and solutions

Make meetings much shorter and more productive

Reduce conflict among team members or meeting participants

Stimulate innovation by generating more and better ideas quickly

Create dynamic, results oriented meetings that make people want to participate

Go beyond the obvious to discover effective alternate solutions

Spot opportunities where others see only problems

Think clearly and objectively

View problems from new and unusual angles

Make thorough evaluations


See all sides of a situation

Keep egos and "turf protection" in check

Achieve significant and meaningful results in a less time


Info Grafik / Sinopsis

1967 1985 1985 1999

2008 2016
Rujukan
De Bono, E. 1992. Six Thinking Hat For Schools. Melbourne: Hawker Brownlow Pty Ltd.
Dudgeon, P. 2001. Breaking out of the box: The biography of Edward de Bono. London:Headline.
Kamal, S. 2005. No idea? Evaluating the effectiveness of creativity training. Journal of European
Industrial Training, Vol. 29 no. 2: 102-111.
De Bono, E. 2016. Lateral Thinking. Great Britain: Clays Ltd, St. Ives Plc. Penguin Life.
De Bono, E. 2016. Six Thinking Hats. (Revised and updated edition) Great Britain: Clays Ltd, St. Ives
Plc. Penguin Life.
Reason, P. & Heron, J. 1997. A participatory inquiry paradigm. Qualitative Inquiry, 3: 3.