Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PROJEK / AKTIVITI REFLEKSI KENAMA PROGRAM TARIKH TEMPAT AKTIVITI : : : : : NUR ATIKAH BINTI YAHYA PISMP AMBILAN

JANUARI 2011 15 JULAI 2013 SK ULU YAM BHARU LAPOR DIRI DI SEKOLAH

Hari ini merupakan hari pertama kami berpraktikum untuk fasa yang kedua. Saya dan rakan-rakan telah memilih SK Ulu Yam Bharu sebagai tempat untuk kami menjalani praktikum fasa kedua ini. Kami tiba awal ke sekolah kerana berasa semangat untuk menjalani praktikum kali ini. Kedatangan kami disambut baik oleh pihak sekolah. Kami diberi taklimat oleh guru besar SK Ulu Yam Bharu tentang persekitaran sekolah dan apa tugas kami di sekolah ini. Pihak sekolah mengharapkan sumbangan dari segi tenaga dan masa kami untuk mencantikkan kawasan sekolah. Kami berasa gembira kerana diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang berat ini. Kami berharap kedatangan kami di sekolah ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid dan seluruh warga sekolah SK Ulu Yam Bharu. Harapan kami semua warga sekolah ini dapat menerima baik kedatangan kami di sini.

Anda mungkin juga menyukai