Anda di halaman 1dari 13

CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

DR MOHD MAHZAN AWANG


PROF MADYA DATO DR ABDUL RAZAQ AHMAD
CIRI-CIRI KAJIAN
TINDAKAN
• Dilakukan oleh guru dalam konteks tugas seharian atau mata pelajaran yang diajar oleh mereka.
• Dilakukan secara berkumpulan/kolaboratif dengan membentuk kumpulan guru yang bersifat kritis
kendiri (self-critical) dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka, menyelesaikan
masalah dan mengembangkan pengetahuan.
• Pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan
kefahaman terhadap amalan tersebut.
• Banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri.
• Dilakukan secara sistematik dan ‘rigorous’.
• Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitaran refleksi iaitu tinjauan, perancangan,
pelaksanaan dan renungan atau refleksi.
MODEL KAJIAN TINDAKAN
1. Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan
gelungan (cycle) seperti berikut:
i. Mereflek (Reflect);
ii. Merancang (Plan);
iii. Bertindak (Action),
iv. Memerhati (Observe).
Gelungan 1 (Cycle 1)-
Masalah/isu berjaya
diselesaikan.
Jika tidak berjaya
diselesaikan, guru
perlulah memulakan
semula proses Gelungan
1 sehingga Gelungan 2
(cycle 2) sehingga
masalah/isu selesai.
PROSEDUR MENJALANKAN
KAJIAN TINDAKAN
• Guru menjalankan refleksi terhadap isu
atau masalah yang perlu ditangani.
• Guru menyediakan satu rancangan yang
sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
• Guru melaksanakan rancangan yang
dihasilkan dan memerhatikan kemajuan
tindakan semasa proses pelaksanaan
dijalankan.
TUJUAN REFLEKSI
DILAKUKAN
• Memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran.
• Memahami sebab masalah tersebut wujud.
• Memahami bentuk masalah yang timbul.
• Mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelengu pengajaran dan
pembelajaran tersebut.
• Memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
permasalahan itu.
PERKEMBANGAN KAJIAN
TINDAKAN DI MALAYSIA
KAJIAN TINDAKAN DI MALAYSIA
• Diperkenalkan pada Disember 1988 melalui satu kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh
Prof. Stephen Kemmis dari School of Education, Deakin University, Australia dan didedahkan
secara formal kepada 41 orang pensyarah maktab perguruan.
• Kajian tindakan ini berkembang pada tahun 1990-an dan idea “guru sebagai penyelidik” telah
menjadi sebahagian daripada kandungan kursus program pra-perkhidmatan dan perkhidmatan
di Institut Pengajian Guru Malaysia (IPGM) sehingga kini.
• Kajian ini terus mendapat perhatian daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari tahun
1993 hingga 1996 apabila Projek PIER (Programme for Innovation, Excellence and Research)
dilaksanakan dengan peruntukan Pinjaman Bank Dunia Sektor Pendidikan Rendah dan
Menengah Ketiga.
• Program PIER mengandungi empat sub-program, iaitu inovasi dalam Sains dan Matematik,
sekolah kecil dan terpencil, pendidikan jarak jauh dan penyelidikan pendidikan.
• Terdapat 4 orang pakar perunding yang dilantik dari universiti di Australia dan 5 orang Pakar
Perunding dari universiti tempatan dengan tujuan untuk memberi khidmat perundingan dari
semasa ke semasa.
• Kolaborasi antara Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan BPPDP telah berjaya
menghantar satu kumpulan guru dan pegawai ke United Kingdom untuk belajar
mengenai perkaedahan kajian tindakan dengan lebih lanjut untuk membolehkan
mereka menjadi fasilitator kursus kajian tindakan.
• Terdapat juga kumpulan lain yang dihantar di Australia pada tahun 1995 untuk tujuan
yang sama
• Ahirnya satu Modul Kajian Tindakan dihasilkan pada tahun 1995 yang digunakan oleh
kumpulan guru di bawah projek kajian tindakan.
• Seorang pakar runding dari The International Development Program of Australian Universities
and Colleges (IDP) telah dilantik pada 21 Januari 1995 untuk menambahkan
keberkesanan program ini.
• Professor Nerida Ellerton dilantik sebagai pakar runding luar negeri, manakala Dr.
Kim Paik Lah dari Universiti Sains Malaysia sebagai pakar runding dalam negeri.
• Melalui khidmat pakar runding ini, beberapa siri kursus dan bengkel telah diadakan di
seluruh negara yang melibatkan golongan pendidik dan pegawai pendidikan.
• Pengetahuan dan maklumat yang diperoleh daripada kursus Kajian Tindakan telah disebar
luas kepada golongan guru di sekolah melalui modul, kursus dan bengkel untuk mendapat
kesan berganda (multiplier effect) bagi membudayakan penyelidikan di sekolah.
• Projek-projek Kajian Tindakan dengan mendapat peruntukan daripada peruntukan PIER di
bawah Sub-Program IV (Penyelidikan Pendidikan).
• Dapatan kajian tindakan telah disebarkan menerusi seminar-seminar penyelidikan yang
diadakan setiap tahun sejak tahun 1994 sehingga kini.
• Bahan-bahan sokongan seperti Modul Kajian Tindakan juga dihasilkan bagi membantu
pelaksanaan kajian tindakan.
• Program PIER diteruskan dengan pengagihan peruntukan daripada Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1998 dan 2000 yang melibatkan beberapa kursus
bagi guru Sains dan Matematik telah dijalankan.
RUJUKAN UTAMA

• DR AMIR BIN SALLEH @ MOHD SALEH. 2008.


BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN EDISI
KETIGA. KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA.

Anda mungkin juga menyukai