Anda di halaman 1dari 2

Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri
yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik
sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri.

Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi)


bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-
masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu
serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan


memerhati.

Tujuan dan objektif


Kajian tindakan (KT) bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran,
memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran,
dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan.

Trending sekarang
Veteran MyWIRA: Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera
Tujuan pengenalannya adalah untuk memastikan budaya penyelidikan
dapat dipupuk dalam kalangan guru-guru.

KT juga didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan


secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Sekiranya guru-guru mampu untuk menyelesaikan masalah berdasarkan


KT maka guru-guru mampu untuk membuat pelbagai perubahan.

KT juga didapati sebagai satu medan perkongsian dalam kalangan guru-


guru untuk berkongsi idea-idea yang telah diketengahkan melalui KT.

> Dapatkan buku Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan (Untuk Guru
Sekolah Menengah Dan Rendah)

Sejarah pengenalan di Malaysia


Kajian tindakan di Malaysia mula diperkenalkan secara formal kepada 41
orang
pensyarah maktab perguruan serta pegawai dari Bahagian Pendidikan
Guru (BPG)
pada Disember 1988 melalui satu kursus jangka pendek (BPPDP, 2005).

Kursus ini dikendalikan oleh Prof. Stephen Kemmis dari School of


Education, Deakin University, Australia pada 11 hingga 20 Disember 1988.

Dalam tahun 1990an, idea “guru sebagai penyelidik” telah menjadi


sebahagian daripada kandungan kursus program praperkhidmatan dan
dalam perkhidmatan di Institut Pengajian Guru Malaysia (IPGM) sehingga
kini.

Buku Manual Kajian Tindakan


Sekiranya anda masih baru dengan konsep Kajian Tindakan, sila rujuk
Buku Manual Kajian Tindakan di bawah yang telah dihasilkan oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia pada Disember 2008.

Anda mungkin juga menyukai