Anda di halaman 1dari 2

PENGGUNAAN TEKNIK TERAPI BERCERITA BAGI MURID HYPERAKTIF

(ADHD)

Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli
terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk
meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu
kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.

Terapi bercerita juga merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan
konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama,
ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina
rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra
lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi
maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan
perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih
memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.

Oleh itu, terapi bercerita boleh disimpulkan sebagai satu rawatan sesuatu
penyakit secara proses pemulihan dengan menggunakan kaedah bercerita.

BERCERITA SEBAGAI SATU PENDEKATAN TERAPI

Guru boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi
kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid
bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk
meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru mereka.

Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang
sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.
Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang
sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid
mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan
perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid
masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah
menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan
pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh
guru.

Anda mungkin juga menyukai