Anda di halaman 1dari 44

SK MOHD SHAH SEKOLAH PEMIKIRAN

2015

"Thinking Class..."
Pembelajaran bukan seperti menonton wayang gambar atau menonton TV. Pelajar tidak
belajar jika hanya setakat duduk mendengar guru bercakap, menghafal dan menulis kembali
jawapan di dalam ujian atau peperiksaan. Pelajar perlu bercakap apa yang telah dipelajari,
membuat penulisan reflektif tentang apa yang telah dipelajari, membuat hubung kait dengan
pengalaman-pengalaman sebelumnya serta dapat mengaplikasi pengalaman pembelajaran
tersebut dalam kehidupan seharian. Pengajaran abad ke-21 perlu berfokuskan kepada
pelajar di mana pelajar perlu digalakkan untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam proses
pembelajaran dengan menyoal, berbahas, mengalami sendiri proses pembelajaran tersebut,
membuat pencarian, berdaya tahan dan tekun serta tabah dalam melakukan sesuatu.
Amalan di dalam kelas harus dapat melibatkan pelajar dengan kandungan pembelajaran
bukannya guru sahaja menyampaikan kandungan pengajaran. Biasanya pelajar lebih
tertarik dengan kandungan pembelajaran sekiranya maklumat dipersembahkan secara
visual dan mereka lebih suka belajar bersama rakan sebaya. Untuk merealisasikan
pembelajaran seperti ini, pelajar harus sentiasa berfikir. Proses berfikir akan menjadi budaya
sekiranya pelajar dan guru sentiasa mengamalkannya semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Definisi Pemikiran
" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

Konsep Pemikiran

Kemahiran berfikir aras tinggi


(KBAT/HOTS)
Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (Higher-Order
Thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi
cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu
perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat
yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi
baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan
maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli.
Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi
kepada Pemikiran Aras Tinggi.

Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan
diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks. Guru mengadakan satu
perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka
dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan.
Pelaksanaan program HOTS menggabungkan aktiviti yang membolehkan pelajar menguji
secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah
pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara
berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea
mereka secara berkesan.

Pemikiran Sistematik

Pemikiran sistematik ditandai oleh daya usaha bagi mengawal proses berfikir yang
seseorang itu gunakan supaya fikirannya tidak kacau atau bercelaru. Cara mengawal proses
berfikir ialah dengan mengingat perkara-perkara berikut sewaktu kita sedang berfikir, seperti
apa objektif kita berfikir sekarang? Apa perkara yang penting di dalam masalah ini? Apa
perkara yang kita patut beri keutamaan? Apa perkara yang seharusnya kita beri tumpuan?
Apa perkara yang mesti dibuat dahulu? Apa perkara yang dapat dikemudiankan? Kemahiran
berfikir secara sistematik adalah kemahiran yang penting. Mengetahui apa yang utama, apa
yang penting, apa yang menjadi matlamat seseorang berfikir adalah amat mustahak. Jikalau
tidak, seseorang mudah menjadi keliru dan fikirannya berbelit-belit. Enam Topi Berfikir

ciptaan Edward de Bono ialah alat yang dapat membantu seseorang itu berfikir dengan
sistematik.

CARTA ORGANISASI
SK MOHD SHAH SEKOLAH
PEMIKIRAN

AZMAR BIN YAHAYA ( GURU BESAR )

ZAHARAH BT RAMLI
( PK PENTADBIRAN )

HAYATI BT AHMAD
NORHANA SHUBHI
( PK KOKURIKULUM ) ( KOORDINATOR )

WAN AZLI WAN TEH


( KAUNSELOR )

ZURAIDAH ZAKARIAH ZUHAIDA MD ISMAIL MOHD NAZRI BIN ALI ZAHARAH MD RODZEE

Enam Topi Berfikir ( Six Thinking Hats )

Pengenalan
Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka
barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat
sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang terbaik.
Menurut Edward De Bono menyatakan bahawa pemikiran adalah perkara yang utama
boleh dilakukan oleh mana-mana sistem pendidikan adalah untuk mengajar pemikiran
konstruktif. Beliau juga berkata yang pemikiran tradisional adalah terlalu perlahan dalam
menghasilkan idea-idea baru. Guru-guru perlu menanam kemahiran berfikir secara operasi
yang mengajar murid-murid cara-cara untuk bertindak dan bukan sahaja memperolehi
pengetahuan.
Mengikut Bono, murid yang mempunyai kemahiran berfikir operasi adalah mereka yang
dapat menyumbang kepada masyarakat. Penyelasaian masalah, perancangan,
pengintegrasian maklumat dan penganalisisan merupakan cabang-cabang pemikiran
yang utama.
Pemikiran adalah satu proses untuk memahami bagaimana otak kanan berfikir secara
kreatif dan otak kiri berfikir secara kritikal.
Oleh itu, pemikiran adalah satu konsep yang sangat penting kerana membolehkan individu
boleh mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang sikap dan perhubungan manusia
dalam persekitaran sosial. Ia juga dapat memudahkan proses pengesanan penyakit mental
dan menyediakan penyelesaiannya. Oleh yang demikian, berfikir secara bijak merupakan
konsep yang penting dan merupakan satu alat pembelajaran yang berguna untuk muridmurid dan guru-guru.

Bagaimana Enam Topi Berfungsi


Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan
kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau
dan biru.

Hijau: Pemikiran kreatif


Hijau otak yang subur dengan idea- gunakan topi apabila berfikir. Sewaktu pakai topi ini
jangan peduli sama ada idea itu betul atau salah. Lebih banyak lebih bagus. Idea gila-gila
pun tak apa. Pakai topi ini waktu mula-mula berfikir. Situasi sesuai apabila hendak
menyelesaikan masalah.
Topi hijau mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu
perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam
kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak kehadapan dengan
menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan
untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.

Merah : Intuisi/Emosi
Topi Merah lambang Pemikiran Emotif dan Nilai. Warna merah lambang ghairah dan nafsu.
Topi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir. Situasi yang sesuai
memakai selepas mengambil semua fakta yang ada. Menggunakan topi merah kita akan
melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara
positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk
mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami
macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.

Putih : Objektif / Fakta


Lambang pemikiran objektif. Tujuan untuk mencari maklumat semata-mata. Berapa? Siapa?
Di mana? Bila? Bagaimana? Tidak emosi. Tidak prejudis. Tidak timbul soal suka atau tidak
suka. Gunakan topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana-mana alternatif. Topi ini
akan memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betul.
Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan
dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi
sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.
Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat
yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan
dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan
terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk
menyokong keputusan berkenaan.
Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar
belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan
bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar
kepada maklumat yang telah dikumpulkan.

Kuning : Pemikiran Positif & Optimistik


Lambang pemikiran konstruktif atau membina. Kuning lambang hari cerah. Digunakan untuk
mencari faedah dan manfaat daripada apa-apa idea yang diterbitkan oleh topi hijau. Bagi
topi kuning semua idea boleh diperbaiki. Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka.
Idea yang comot sekalipun boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai topi ini
ialah apabila mendengar idea-idea yang banyak kelemahan.

Hitam : Pemikiran Negatif


Lambang pemikiran yang kritikal dan negatif. Hitam lambang malam yang gelap. Segalanya
tiada harapan. Apabila memakai topi ini cari semua yang salah, yang gagal, yang silap, yang
sukar, yang berisiko dan berbahaya. Topi ini sesuai digunakan untuk menghasilkan pelan
kecemasan. Situasi ini sesuai dengan pemakaian topi ini. Sebelum membuat sebaraang
tindakan , fikirkan apa yang buruk dan yang baik.
Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara
logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati
sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat
sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau
melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan
sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir,
mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.
Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh
dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin
berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

Biru : Proses & Kawalan


Topi Biru Lambang Langit. Topi diatas sekali. Mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi biru
mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih
mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya, ia
digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh digunakan pada
awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan
sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam
perbincangan tersebut.
Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung
untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan pengunaan topi lain adalah
mengikut peraturan.

BIL

NAMA PERSONEL

AZMAR BIN YAHAYA


( GURU BESAR )

TANGGUNGJAWAB PERSONEL TOPI


PEMIKIRAN

Pengurusan Utama (Top Management)


2
ZAHARAH BT RAMLI
( PK PENTADBIRAN )

Perancang Utama Corak Pemikiran.


Mengawal , Mengawasi & Memantau
topi-topi lain bekerja.
Pengerusi Mesyuarat atau Ketua
Perbincangan.

3
SUFIAH BT MD MUSTAFA
( PK HAL EHWAL MURID )

Proses & Kawalan Berfikir Secara


Keseluruhannya.
SWOT : Teraju Utama Perancangan
Strategik Sekolah

4
HAYATI BT AHMAD
( PK KOKURIKULUM )
# Kata Kunci Bagi Menggunakan Topi :

Memakai & Membuang topi


(Metaphorically) membolehkan
seseorang pemikir menukar peranannya.

BIL

NAMA PERSONEL

WAN AZLI BIN WAN TEH

MOHD RIZAL BIN OTHAMAN

DAHLIA BT ALIAS

Topi-topi tersebut tidak bermaksud untuk


memecahkan seseorang mengikut
kategori.

TANGGUNGJAWAB PERSONEL TOPI


PEMIKIRAN

Pemikiran kreatif & Fikir Luar Kotak

Dipakai waktu mula-mula berfikir


(brainstorming)

NORSIAH BT MAJID

Melambangkan tenaga pemikiran yang


melihat sesuatu perkara dari perspektif
yang baru dan juga mengeluarkan ideaidea yang kreatif.
Mendorong untuk mengembangkan daya
fikir imaginatif, lateral dan think out of the
box sehingga dapat dihasilkan solusisolusi yang kreatif dan benar-benar
berbeza atau ada kelainan.

ZAKIAH BT SAID

Membantu untuk bergerak kehadapan

dengan menjanakan idea-idea alternatif


yang lebih baik berbanding idea asal &
selesai atau baiki masalah yang dilihat
melalui topi hitam.
SWOT : Mencari Isu Strategik
6

MOHD REDZUAN BIN AHMAD

PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN


KOMPETEN

Pada akhir-akhir ini, masyarakat yang kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat
modal insan dapat dicapai untuk pembangunan negara. Dalam usaha menyediakan tenaga
kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, mantan
Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah membangkitkan Konsep
Modal Insan. Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang
berkualiti dan berkompeten dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai
terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Masyarakat yang kreatif bermaksud
masyarakat yang mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali.
Masyarakat yang inovatif pula bermaksud masyarakat yang memiliki kemampuan untuk
menciptakan sesuatu yang baharu. Sebagai institusi pelajaran, sekolah memainkan peranan
penting dalam melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Menurut mantan
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang
terbaik dalam kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan
dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan

progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan. Pemikiran kreatif dan
inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada
pelajar-pelajar.
Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu
proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks ( Dr. Edward de
Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral
yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir
untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
pemikiran kreatif dan inovatif yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah
pemikiran secara kritis dan kreatif.
Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran keatif amat penting untuk membentuk
warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi
pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk
individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsurunsur humanistik dan artistik yang tinggi.
Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang
diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka
pembelajaran yang optimum akan berlaku. Kompeten bermaksud pengetahuan, kemahiran
dan sikap yang dimiliki oleh seseorang pelajar untuk meningkatkan kualiti pencapaian
pendidikan. Kompeten merupakan satu keperluan yang standard bagi seseorang pelajar
mencapai hasil persekolahannya seperti dapat bersaing secara positif dengan rakan-rakan
pelajar dan mereka hendaklah bernilai marketable dan employable apabila mereka
meninggalkan bangku sekolah. (Ainon Muhammad, 1996)
Untuk merangsang daya kreativiti murid, sistem pendidikan di negara kita perlu menekankan
aspek percambahan idea dalam kalangan murid. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu
menjadi medan di mana murid-murid dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan
seterusnya berkongsi idea ini dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu
yang bermanfaat. Percambahan idea ini boleh dirangsang mealui pendekatan pembelajaran
berasaskan penyelesaian masalah atau problem-based learning. Sebagai contoh, seorang
guru yang kreatif boleh meminta murid untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil untuk
menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah.
Sekolah saya sering menghadapi masalah pembuangan sampah yang menjejaskan
persekitaran dan suasana pembelajaran di sekolah. Perkara pertama yang perlu saya buat
ialah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut. Setelah
menemui puncanya, saya boleh menggalakkan pelajar mengemukakan pelbagai idea untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka boleh berbincang mengenai perkara ini,
membuat persembahan kepada kelas mengenai saranan penyelesaian masalah, dan
seterusnya memilih saranan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Mungkin
mereka akan mengemukakan kaedah baharu seperti pengurusan pembersihan sekolah,
pemberian insentif kepada murid atau kelas yang paling bersih, atau mencipta alat baharu
yang boleh mengatasi masalah pembuangan sampah di sekolah. Aktiviti ini melibatkan

beberapa proses pembelajaran penting seperti pencarian fakta (fact finding), pencarian
punca masalah (problem finding), pencarian idea (idea-finding) dan akhirnya penemuan
penyelesaian (solution finding) yang kesemuanya merangsang daya kreativiti murid.
Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi hendaklah memberikan peluang kepada pelajar
untuk mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea, pelajar yang berfikiran
kreatif, kompeten dan inovatif dapat dilahirkan.

Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasioperasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem
kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran
lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,
malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.

BIL

NAMA PERSONEL

NORHANA BT SHUBHI

ASMAH BT YAHAYA

TANGGUNGJAWAB PERSONEL TOPI


PEMIKIRAN

Pemikiran Konstruktif / Positif & Optimistik

ZAHARAH BT MD RODZEE

Mencari faedah & manfaat daripada apaapa idea yang diterbitkan oleh Topi Hijau.
4

ZURAIDAH BT ZAKARIAH

Berfikir Positif & Optimis dan melihat

seluruh manfaat dan nilai yang dihasilkan


dari suatu keputusan atau idea yang
diterima.
Mendengar idea-idea yang banyak
kelemahan. Semua idea boleh diperbaiki.
5

JULIA HARYANIE BT CHE EMBI

Penjana Idea.
SWOT : Mencari O ( Peluang )

ZUHAIDA BT ISMAIL

Pemikiran Konstruktif

Pemikiran konstruktif, ataupun membina, ditandai oleh daya


usaha bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat pada sesuatu idea. Stail ini
digunakan selepas seseorang itu berfikir secara kritikal dan negatif. Stail negatif
membolehkan minda melihat perkara-perkara buruk, kerugian, bahaya, risiko dan masalah.
Stail kritikal membolehkan minda melihat kelemahan, kekurangan, kesilapan, kesalahan dan
seumpamanya.
Berfikir secara membina ditandai oleh daya usaha bagi melakukan perkara-perkara seperti
mengemukakan cadangan-cadangan konkrit bagi memperbaiki lagi sesuatu idea, mencari
cara yang lebih baik bagi melakukan sesuatu, mencari cara-cara yang dapat memastikan
sesuatu idea itu dapat dijalankan, mengemukakan bukti-bukti tambahan bagi menyokong

idea yang ideal, dan mencari cara-cara yang membolehkan sesuatu idea dijalankan dan
berjaya. Semua idea dan semua reka cipta tentu mempunyai kelemahan dan sentiasa dapat
diperbaiki. Reka cipta yang ada sekarang dan sedang digunakan pun tetap dapat diperbaiki
lagi. Pemikiran konstruktif ialah pemikiran yang sangat berguna. Dunia ini maju setiap saat
kerana adanya individu-individu yang sentiasa berusaha memperbaiki lagi apa yang sudah
baik. Ciptaan-ciptaan baru terbit daripada rasa tidak puas hati terhadap apa yang ada.
Pemikiran konstruktif sentiasa mencari-cari cara-cara lain yang lebih baik lagi bagi menggantikan idea-idea yang sudah cukup baik.

BIL

NAMA PERSONEL

MOHD NAZRI BIN ALI

ABD LATIF BIN MOHD SHARIFF

MOHD FAIZELIE BIN YAHYA

TANGGUNGJAWAB PERSONEL TOPI


PEMIKIRAN

Pemikiran Objektif , Fakta, Informasi & Data

Mengumpul & mencari secara objektif


segala maklumat , data & fakta yang
betul dan relevan.

NOORIMI BT ABD RAHMAN

Memfokuskan pada data yang tersedia


dan data yang diperlukan.

DATA DRIVEN MANAGEMENT TEAM


Cth: Data dr SPS / EMIS / SAPS / e-Operasi
Data Ibubapa & Pendapatan,
Analisis Peperiksaan, Headcount, Linus,
Post Mortem, Data & Opsyen Guru dll.
5

NORMALINA BT MUHAMMAD

SYAHIRAN BIN ISMAIL

Melalui Data dan Informasi tersebut


dapat dianalisa corak (trend) data sedia
ada, mempelajari & mengaplikasikannya
mengikut situasi dan kondisi semasa atau
semasa timbulnya sesuatu isu yang
berbangkit.
SWOT : Mencari S ( Kekuatan )

Pemikiran Objektif
Tujuan berfikir secara objektif ialah mendapatkan maklumat dan fakta semata-mata. Tidak
dinafikan maklumat dan analisis adalah alat yang dapat memainkan peranan penting dalam
pengurusan, tetapi analisis tidak menjamin akan timbul jawapan YA ataupun TIDAK, oleh itu
apabila para pengurus hendak membuat keputusan, mereka sering mendapati analisis tidak
dapat meyakinkan hati mereka keputusan yang diambil itu keputusan yang tepat. Proses
mengumpul maklumat ialah proses yang amat lambat, manakala dunia perniagaan berubah
dengan begitu cepatnya. Maklumat yang dikumpulkan segera menjadi ketinggalan waktu
dan tidak sah lagi. Bagaimana pula dengan maklumat yang tidak disangka perlu dikutip dan
dianalisis? Begitu pula dengan maklumat yang tidak berdaya didapat untuk dianalisis?
Tanpa kedua-dua jenis maklumat itu, dapatkah analisis ke atas maklumat-maklumat yang
terhad dijadikan asas keputusan?

Seseorang itu perlu memastikan idea yang sedang dinilai adalah berdasarkan maklumat
dan fakta yang betul. Berfikir secara objektif bererti seseorang itu tidak menggunakan unsurunsur emosi, cita rasa, prasangka mahupun nilai. Maklumat penting bagi memastikan
sesuatu idea itu adalah berdasarkan fakta yang betul. Maklumat penting bagi membuat
keputusan yang bermutu. Anggapan bahawa lebih banyak maklumat dapat menghasilkan
lebih banyak idea adalah tidak benar. Malah maklumat yang terlalu banyak boleh
menyebabkan pemikir tidak berupaya mencipta idea.Apabila berfikir secara objektif,
seseorang itu tidak mengemukakan sebarang cadangan, idea, pandangan, kritikan ataupun
penilaian. Seseorang itu hanya mencari maklumat semata-mata. Berfikir secara objektif
ialah suatu kegiatan berfikir secara logikal. Ia adalah berdasarkan maklumat dan fakta. Reka
cipta yang bermutu tinggi adalah berdasarkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang
betul. Anggapan bahawa dengan memiliki lebih banyak maklumat maka keputusan yang
dibuat lebih tepat adalah juga tidak semestinya benar kerana pemikir mungkin terkeliru
berkenaan maklumat mana yang penting, yang berkaitan dan sebagainya. Oleh sebab itu,
keputusan mungkin dibuat berdasarkan maklumat yang salah, yang tidak penting ataupun
yang tidak relevan.
Maklumat adalah penting. Ia sangat berguna. Tetapi maklumat tidak dapat menggantikan
kemahiran berfikir. Oleh kerana maklumat adalah perkara yang baik, kita sangka lebih
banyak maklumat tentulah lebih baik. Ramai orang percaya lebih banyak maklumat dapat
membantu seseorang itu mem-buat keputusan yang lebih tepat. Tetapi ini tidak semestinya
benar. Maklumat yang banyak dapat menyebabkan sistem menjadi sarat dengan maklumat
yang berkecamuk antara yang relevan dengan yang tidak relevan. Keadaan ini dapat
menyebabkan keputusan menjadi lambat, malah ada kalanya salah. Ia juga dapat
menyebabkan sistem menjadi ketat dan tidak fleksibel. Kalau seseorang itu mesti
mendapatkan segala-gala maklumat terperinci berkenaan setiap makanan yang dimakan,
lama-lama dia lapar dan mungkin tidak berani makan. Semua jenis makanan mengandungi
jenis-jenis bahan yang dapat mendatangkan penyakit merbahaya.
Ada kepercayaan yang mengatakan maklumat dapat membantu seseorang itu menemui
kebenaran. Lebih banyak maklumat yang kita temui, lebih dekat dia kepada kebenaran.

Selepas menjumpai kebenaran dia dapat membuat keputusan yang betul. Ada juga
kepercayaan yang yakin bahawa maklumat adalah kuasa. Makin banyak maklumat yang
dikumpulkan dan miliki semakin seseorang itu berkuasa. Pada hari ini pun ramai orang yakin
aktiviti menganalisis maklumat dengan sendirinya menghasilkan idea-idea baru. Tetapi
minda seseorang itu hanya dapat melihat apa yang hendak dilihatnya. Memang betul
dengan menganalisis maklumat seseorang itu dapat menerbitkan idea, tetapi idea itu mirip
idea lama sahaja, bukan idea-idea baru. Bagi menerbitkan idea baru seseorang itu perlu
memandang ke depan dengan menggunakan proses imaginasi dan spekulasi. Menganalisis
maklumat ialah aktiviti yang memandang ke belakang, kepada apa yang berlaku pada masa
lalu kerana maklumat muncul selepas sesuatu berlaku, tidak sebelumnya. Dengan demikian
jikalau analisis menghasilkan idea, idea itu mempunyai kaitan rapat dengan maklumat yang
dianalisis, oleh itu idea tersebut tidak bersifat idea baru, tetapi pembaikan idea lama yang
sedia ada sahaja.

BIL

NAMA PERSONEL

KHAIRUL RIZAM BIN ABU SEMAN

CHE KHUZAIMAH BT MD TAIB

TANGGUNGJAWAB PERSONEL TOPI


PEMIKIRAN

Pemikiran Kritikal , Negatif & Pesimistik

FUZIAH BT MERAN

MOHD ASWADI BIN RAMLI

Mencari semua yang salah, yang gagal,


yang silap, yang sukar, yang berisiko dan
berbahaya (keselamatan). Melihat dari
sudut negatif dan risiko dari keputusan
yang akan diambil.
Menganalisis idea atau meneliti sesuatu
cadangan secara logikal dari aspek
undang-undang & keselamatan.
Membantu menjadikan perancangan
yang dibuat itu lebih kukuh & fleksibel
dalam menjangkakan risiko-risiko yang
mungkin berlaku sebelum membuat
sebarang keputusan.

MARIAH BT AWANG

Digunakan untuk menghasilkan pelan


kecemasan.
Topi yang paling berguna dan warna
hitam melambangkan Jubah Hakim yang
melambangkan ketelitian di dalam
membuat sebarang keputusan.

SAKILA BT ISHAK

SWOT : Mencari W ( Kelemahan )

Pemikiran Kritis / Kritikal


Pemikiran kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat
keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya. Ia
adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa kemahiran
seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Selain itu, pemikiran
kritis juga melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu idea, data atau maklumat bagi

tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah terhadap sesuatu perkara ataupun idea. Ia
juga boleh dirujuk sebagai satu bentuk pemikiran reflektif.
Pemikiran kritis membenarkan murid-murid mengenalpasti isu-isu yang tidaj selari
dengan struktur skema ( cara melihat dunia mengikut pengalaman yang lepas) dan mencari
cara- cara untuk mengubahsuai skema untuk memasukkan maklumat baru atau menolak
sesuatu maklumat melalui proses penaakulan. Ciri-ciri murid yang berfikir secara kritis
adalah membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai
maklumat menyelesaikan masalah, menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui
cabaran aktif dan penglibatan dalam kurikulum, boleh menganalisa hujah,menjana tafsiran,
mengenal dan menilai tanggapan dan pandangan mereka sendiri dan orang lain.
Guru-guru boleh menerap kemahiran pemikiran kritis di kalangan murid seperti
menggunakan strategi berpusatkan murid, mengurus fakta secara sistematik dan tersusun,
memberi soalan- soalan yang lebih sukar kepada murid yang bijak, menggalakkan
perbincangan dan aktiviti menyelsaikan masalah, mengarah murid-murid membanding isiisi yang kuat dan lemah dan mengarah murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta
mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.
Pemikiran kritis juga memerlukan individu berfikir secara sempurna. Apa yang dimaksudkan
sempurna adalah melihat idea ataupun isu itu secara meneyeluruh yang memerlukan
penelitian menyeluruh pada idea atau perkara supaya dapat memperolehi kesimpulan atau
hujah yang bernas .

BIL

NAMA PERSONEL

SAADIAH BT KAMAR @ KHALID

TANGGUNGJAWAB PERSONEL TOPI


PEMIKIRAN

LATIFAH BT MOHD BUKHARI


Pemikiran Emotif / Sensitiviti / Naluri & Intuisi

SALINI BT ABU

Membenarkan kita mengambil kira emosi


semasa berfikir / ambil kira perasaan
orang.

MARYAM BT AHMAD

Memandang masalah dengan


menggunakan intuisi, naluri dan emosi.
Melihat reaksi & respons emosi orang
terhadap keputusan yang diambil.

AMBIGAI A/P RAMACHANDRAN

Mengambil kira soal perasaan & gerak


hati atau naluri kerana tidak berguna jika
ramai yang tidak suka / tidak mahu
menerimanya.
Memastikan atau menasihati & meneliti
sama ada sesuatu idea atau perkara itu
dapat diterima setelah ambil kira pelbagai
aspek.
SWOT : Mencari T ( Ancaman )

WAN MUHAMMAD ASRI WAN


ABDULLAH

Pemikiran Emotif

Pemikiran Emotif ditandai oleh penggunaan pelbagai emosi, ataupun perasaan, sebagai
asas membuat pendapat dan keputusan. Apabila berfikir dengan menggunakan pemikiran
emotif, seseorang itu menggunakan bermacam-macam jenis emosi, baik emosi positif,
mahupun emosi negatif. Berfikir secara emotif juga menggunakan unsur-unsur seperti cita
rasa, rasa tawakal, gerak hati dan seumpamanya. Setiap keputusan yang dibuat melibatkan
faktor emosi. Tidak ada keputusan yang tidak dipengaruhi emosi. Selepas keputusan dibuat
barulah ia dikemukakan seolah-olah ia dibuat tanpa pengaruh emosi. Setiap idea dan setiap
reka cipta akhirnya dinilai secara emotif. Ada aspek-aspek yang disukai ataupun ada aspekaspek yang tidak disukai oleh bakal pengguna. Emosi ialah unsur normal dalam proses
berfikir. Yang penting ialah memiliki kemahiran mengimbangkan antara faktor emosi dan
faktor-faktor lain apabila membuat penilaian dan keputusan. Kita perlu memilih dengan betul
emosi yang digunakan dalam proses berfikir. Kita perlu mengetahui apa yang kita lakukan
menimbulkan emosi pada orang lain.
Berfikir dengan cara ini menggunakan jenis-jenis emosi yang mendalam seperti kecintaan,
ketakutan, kebencian, kemarahan, syak wasangka dan keimanan. Seluruh hasil pemikiran
menunjukkan pengaruh emosi tersebut. Seseorang itu memberikan sokongan, alasan dan
bukti bagi menggambarkan mengapa kita mencintai, menakuti, membenci, marah ataupun
meyakini sesuatu. Seseorang itu memberi nilai emosi pada butiran yang difikirkan.
Maksudnya, alasan yang digunakan adalah berdasarkan emosi seseorang itu. Ia tidak
mengutamakan logik dan keselarasan antara fikiran dan keputusan disebabkan emosi
mempunyai logiknya sendiri yang tidak perlu mengikut logik akal yang waras. Pemikiran
emotif biasanya tidak berkesan bagi meyakinkan orang yang berpendidikan tinggi kerana
mereka menggunakan logik akal. Golongan pendidikan rendah dapat dipengaruhi dengan
menggunakan pemikiran emotif kerana perasaan memainkan peranan besar dalam proses
pemikiran golongan itu.

Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir


1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih
berstruktur dan sistematik
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza
dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti
kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Dalam pemikiran lateral Dr. Edward de Bono telah memperkenalkan teori Lima prinsip
Revolusi Positif yang beliau sifatkan bahawa pemikiran lateral itu amat positif sifatnya. Oleh
itu untuk mengatasi sifat-sifat negatif maka beliau telah memberi lima prinsip penting
berdasarkan lima jari tangan manusia iaitu:
1. Ibu jari yang melambangkan keberkesanan (Effectiveness).
2. Jari telunjuk yang melambangkan sikap membina. (Constructive).
3. Jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect).
4. Jari manis yang melambangkan pembaikan diri. (self-Improvement).
5. Jari kelingking yang melambangkan sumbangan (contribution)

Pemikiran Mendatar/ Lateral


Pemikiran lateral juga dikenali sebagai pemikiran analiitkal. Ia telah diperkenalkan oleh
Dr Edward De Bono. Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat
daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De
Bono mengatakan bahawa terdapat empat faktor penting dalam pemikiran mendatar iaitu
mengenalpasti idea- idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi, melihat sesuatu
masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, melonggarkan cara- cara pemikira yang
terkawal dan menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.
Tujuan menggunakan teknik pemikiran lateral ialah untuk merangsang pemikiran kreatif
khasnya dalam aktiviti sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu
berhubung dengan satu sama lain.
Terdapat 5 jenis teknik pemikiran lateral. Antaranya iaitu perkaitan bebas, konsep reversal,
kaedah objek fokal, kaedah cabaran dan menganalisa masalah.
Bagi teknik perkaitan bebas, ia berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapat
banyak idea- idea bebas untuk murid-murid mmebentuk kaitan dengan konsep-konsep
yang dikaji.
Kaedah reversal adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Muridmurid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan
menggalakkan mereka untuk melihat cara- cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.
Kaedah objek fokal di mana murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan
mengaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji.
Murid-murid mencabar cara-cara atau perkara-perkara yang dilakukan dengan keadaan
sedia ada dinamakan kaedah cabaran. Ia menggalakkan konsep pemikiran di luar kotak.
Proses memecahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
dinamakan teknik menganalisa masalah. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang
berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternatif-alternatif berbeza kepada
sesuatu masalah.
Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan
menjana alternetif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah. Melalui proses pemikiran
mendatar ini guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu
masalah melalui pelbagai perspektif dengan menggunakan prosedur seperti untuk
memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil dan meletakkannya
semula untuk melihat penyelesaian yang unik dan berbeza serta untuk melihat alternatifalternatif yang berbeza berbanding dengan cara-cara tradisional dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.

Pemikiran Intuitif

Intuisi ialah semacam `suara hati kecil kita yang memberitahu sesuatu
akan berlaku. Pemikiran intuitif ditandai oleh cara membuat sesuatu keputusan tanpa
menggunakan fakta ataupun maklumat lengkap. Stail ini digunakan di dalam empat
keadaan:
(a) Apabila seseorang itu perlu membuat keputusan meskipun dia tidak mempunyai
maklumat sama sekali bagi dijadikan asas keputusan yang diambil.

(b) Apabila seseorang itu mempunyai banyak maklumat, tetapi maklumat itu tidak relevan
dengan keputusan yang dibuat.

(c) Apabila seseorang itu boleh meng-ambil lebih daripada satu keputusan dan tiap-tiap
keputusan itu sama-sama baik ataupun sama-sama buruk.

(d) Apabila seseorang itu terdesak dan tidak ada waktu bagi mencari mak-lumat. Berfikir
secara intuitif banyak digunakan oleh golongan usahawan dan peniaga.

Sebagai contoh, seorang peniaga makanan di pasar malam menggunakan intuisi bagi
menentukan jumlah lauk-pauk yang hendak dimasak dan dijual pada malam itu. Beliau tidak
tahu dengan pasti sama ada malam itu hari akan hujan ataupun sebaliknya. Beliau hanya
`mengagak berdasarkan intuisi. Kalau hari hujan, banyak makanannya tidak laku. Tidak
semua orang mempunyai daya intuisi yang kuat, oleh itu kebanyakan orang tidak dapat
membuat ramalan-ramalan yang tepat berdasarkan gerak hati mereka semata-mata.
Sejauh mana intuisi berjaya membuat ramalan adalah sangat dipengaruhi oleh sebanyak
mana seseorang mempunyai maklumat berkenaan perkara yang diramalkan. Semakin
banyak maklumat yang dimiliki, semakin tinggi keupayaan intuisinya membuat keputusan
yang tepat. Idea-idea baru dan reka cipta baru tidak dapat diketahui dengan pasti sama ada
ia berjaya ataupun gagal. Berfikir secara intuitif digunakan bagi membuat keputusan.
Biasanya orang membuat keputusan menggunakan gabungan antara intuisi, emosi, nilai
dan logik.

Pemikiran Proaktif
Pemikiran proaktif ditandai oleh daya usaha berfikir sebelum sesuatu perkara itu berlaku.
Berfikir secara proaktif meng-gunakan keupayaan minda membuat pelbagai ramalan untuk
menjangka perkara-perkara yang kini belum berlaku. Selepas itu kita menggunakan caracara berfikir yang lain-lain bagi membuat persiapan-persiapan bagi menghadapi sebarang
kemungkinan yang berlaku. Apabila berfikir secara proaktif seseorang tidak menanti sesuatu
terjadi lebih dahulu bagi me-rangsang otaknya berfikir.

Seseorang itu dapat berfikir walaupun tidak ada apa-apa yang terjadi. Ertinya, dia dengan
sendiri memilih untuk memikirkan sesuatu sebelum apa-apa terjadi. Kemahiran berfikir
secara proaktif sangat penting, sama pentingnya dengan kemahiran berfikir secara projektif
dan kemahiran berfikir secara perseptif Pada masa ini para pelajar lemah dalam kemahiran
berfikir secara proaktif. Mereka lebih mahir dalam kemahiran-kemahiran berfikir secara
reaktif. Pemikiran logikal, analitikal dan kritikal adalah kemahiran-kemahiran reaktif.
Kemahiran berfikir secara proaktif me-merlukan daya imaginasi yang tajam di samping logik
yang betul dan maklumat yang tepat. Kemahiran berfikir secara proaktif membolehkan
seseorang itu merancang tindakan-tindakan proaktif. Ini sangat penting dalam proses
persaingan. Kemahiran ini memerlukan daya ramal yang jauh dan tajam. Di dalam dunia
persaingan, siapa yang nampak dahulu, dan siapa yang bertindak lebih dulu, dia akan
mendapat dahulu.

Pemikiran Projektif
Pemikiran projektif ditandai oleh keupayaan meramal perkara-perkara yang pada masa ini
belum hadir ataupun belum berlaku.
Kemahiran berfikir secara projektif penting bagi mengelakkan pelbagai keputusan dan
tindakan yang disangka betul pada waktu sekarang tetapi kemudian terbukti salah. Bagi
menerangkan apa itu pemikiran projektif, katakanlah, pada satu masa nanti jari kelingking
manusia berubah bentuk menjadi ibu jari kedua, akibatnya, tiap-tiap tangan mempunyai dua

ibu jari. Secara projektif dapat difikirkan perkara-perkara yang bakal terjadi akibat perubahan
ini. Antaranya sarung tangan yang ada sekarang tidak dapat digunakan lagi dan kad
pengenalan sekarang barangkali perlu ditukar dengan yang baru, dan banyak lagi.

Pemikiran Konvergen
Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan menumpukan pemikiran ke satu arah
untuk mencari satu jawapan yang betul berdasarkan data sedia ada. Proses ini
mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah
yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tetap.

Pemikiran Divergen
Pemikiran divergen merupakan keupayaan untuk melihat sesuatu masalah dari berbagai
sudut, mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan membolehkan seseorang menerima
lebih daripada satu jawapan yang dianggap betul. Dalam pemikiran divergen, pengetahuan
atau pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah
dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Maka, jenis pemikiran seperti ini
menuju ke arah daya cipta, keaslian, inovatif dan kreatif. De Bono (1970) menyifatkan jenis
pemikiran sedemikian sebagai pemikiran lateral, meliputi proses-proses berfikir di luar kotak
dan menerokai sudut-sudut baru. Pemikiran lateral melatih minda ke arah pemikiran kreatif
apabila idea baru dijanakan.

Konvergen

Divergen

Pemikiran yang berfokus/ menumpu

Kebolehan menghasilkan
pelbagai jenis idea atau
generative

Perlukan jawapan tepat atau betul sahaja.


(Sering diuji dalam kebanyakan ujian
kecerdasan dan pencapaian).

Pentingkan idea asli, menarik dan


unik

Gunakan kemahiran analitikal, logikal,


sekuen, sistematik, dan sebagainya.

Gunakan imaginasi, intuisi, dan


kreativiti.

Jadual : Perbandingan Ciri-ciri Pemikiran Konvergen dan Divergen

Pemikiran Reflektif
Schon (1983) menjelaskan pemikiran reflektif sebagai proses minda membentuk kerangka
pemikiran, membentuk semula kerangka tersebut, kemudiannya merancang tindakan yang
baharu untuk meningkatkan tindakan penyelesaian masalah. Schon (1983) membezakan
proses pemikiran dua:

Refleksi semasa tindakan (reflection-in-action) di mana seseorang berfikir


secara sedar semasa menghadapi permasalahan

Refleksi ke atas tindakan (reflection-on-action) di mana seseorang merenung


kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang
tindakan susulan.

Pemikiran reflektif melibatkan proses menyoal, penyoalan kendiri, penilaian kendiri,


pertimbangan terhadap pengalaman, pertimbangan terhadap tindakan-tindakan alternatif
dan merancang agenda untuk tindakan dan peristiwa yang dijangkakan. Amalan refleksi
amat penting untuk guru mengimbas kembali tindakannya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, menilai kesan tindakannya dan seterusnya merancang semula untuk
memperbaiki tindakan tersebut. Proses refleksi boleh dikembangkan dengan penggunaan
grid refleksi, penulisan jurnal, diari dan buku log.

Pemikiran Menegak
Pemikiran ini juga diasaskan oleh Dr Edward De Bono di mana pemikiran ini
menggunakan proses-proses akal yang trdisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia
juga dikenali sebagai vertical thinking. Ciri-ciri pemikiran menegak adalah murid-murid
mesti betul dan tepat dalam setaip langkah, klasifikasi dan label adaah tetap, seseorang itu
mesti betul setiap masa, ia mengikut urutan yang spesifik dan menunpukan kepada apa
yang relevan.
Seseorang individu akan menggunakan pemikiran lateral apabila bergerak dari
sesuatu idea tetap kepada proses mencipta idea- idea baru. Guru harus menggalakkan para
murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui
satu set soalan seperti apakah masalah yang dihadapi, apakah alternatif-alternatif yang
terdapat, apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut, apakah pilihan-pilihan
jalan penyelesaiannya dan adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tidak.

Berfikir di luar kotak


Berfikir di luar kotak (think out of the box) adalah berfikir di luar kebiasaan dan mencabar
tradisi dengan membangkitkan rasa tidak puas hati dan mengeluarkan diri dari zon selesa.
Ia menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang
berlainan, serta berbeza dari status quo. Kebolehan untuk berfikir di luar kotak minda adalah
sesuatu yang sukar untuk diajar, namun, sekiranya seseorang itu dapat menguasai
kebolehan tersebut, ia akan dapat membantu memajukan diri individu tersebut dan
organisasi. Berfikir di luar kotak minda adalah bertujuan untuk membolehkan
pekerja menggunakan kreativiti atau pendekatan yang unik bagi menyelesaikan sebarang
masalah atau isu dalam organisasi.
Bagaimana Untuk Berfikir Di Luar Kotak Minda

Membangunkan pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah. Jangan terikat


kepada idea konvensional, sebaliknya cuba keluar dari kebiasaan dan mencari
alternatif baru.
Mengkaji semua pilihan, iaitu jangan cepat membuat keputusan, sebaliknya meneliti
dan melihat dari semua aspek atau sudut.
Menjadi pendengar yang baik dengan memberi perhatian sepenuhnya terhadap
pandangan-pandangan seseorang yang mungkin boleh membantu menyelesaikan
masalah.
Memutuskan tidak akan mengekalkan status quo, sebaliknya mencari cara baru yang
unik dan bukan konvensional.
Mengamalkan berfikir secara lateral dan bertentangan dengan tradisi atau semula
jadi bagi melatih semula minda dan membentuk pemikiran.
Membaca perkara-perkara lain daripada kebiasaan dan menulis mengenainya
untuk merangsang minda berfikir di luar kotak.
Menukar cara minda berfikir supaya lebih kreatif dan berfikir secara abstrak.

Ciri-ciri Berfikir Di Luar Kotak


Berfikir di luar kotak memerlukan empat (4) ciri atau sikap berikut:

Mengambil perspektif baru dalam melaksanakan tugas-tugas harian.


Mempunyai pemikiran terbuka dan sanggup melaksanakan sesuatu secara berlainan
Memberi tumpuan kepada mencari idea-idea baru dan bertindak ke atas ideaidea tersebut.
Berusaha mencipta nilai melalui kaedah-kaedah baru.

Kaitan Teori Otak dan Kemahiran


Berfikir
Teori empat jenis gelombang otak
Kajian neurosains mendapati otak menghantar maklumat semasa pembelajaran melalui
jarak

gelombang

(frekuensi)

yang

boleh

diukur

pada

alat

yang

dikenali

sebagai Electroencephalograph (EEG). Terdapat empat jenis gelombang otak yang dikenal
pasti iaitu dari jenis yang paling banyak beraktiviti kepada yang kurang beraktiviti. Namun
begitu, otak manusia adalah aktif pada setiap masa. Gelombang-gelombang tersebut ialah
alfa, beta, delta dan teta.

Rajah 1 menunjukkan gelombang dan fungsi setiap gelombang yang berlaku dalam otak
bagi setiap individu sama ada dalam keadaan sedar, separa sedar atau tidur.
a.
b.

Delta gelombang otak ini berlaku semasa tidur nyenyak.


Alfa gelombang otak ini berlaku semasa otak dalam keadaan rehat, tenang dan jaga.
c.

Beta gelombang otak ini berlaku semasa otak sedang sibuk berfikir, menelaah

pelajaran,

menumpu perhatian dan terlibat dalam


sesuatu tugasan.

d.

Teta gelombang otak ini berlaku semasa otak dalam keadaan separuh sedar, dikala
hampir tertidur.
Kajian gelombang otak menunjukkan gelombang alfa merupakan keadaan yang paling
sesuai untuk menggalakkan proses pembelajaran berlaku. Dalam keadaan ini otak lebih

bersedia untuk menerima pembelajaran. Manakala dalam keadaan beta, otak terlalu sibuk
menumpukan perhatian dan tiada ruang untuk imbasan intuisi. Tahap kesedaran yang
selesa dapat membina pemahaman dan ingatan yang lebih mantap. Justeru, guru harus
memprogramkan otak pelajar supaya sentiasa berada dalam keadaan gelombang alfa iaitu
gelombang ketenangan sehingga munculnya inspirasi.

Jadual 1: Fungsi otak kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA).

Otak kiri/Hemisfera

Otak kanan/Hemisfera

kiri (HOKI)

kanan (HOKA)

Logik dan analitik

Rawak

Urutan

Tidak teratur

Linear

Intuitif

Rasional

Holistik

Lambat

Pantas

Teliti

Visual

Pembelajaran

Kreatif

Hafalan

Dirangsang

Bahasa

Muzik

Menurut De Porter dan Hernacki (1992), otak kiri mengawal proses pembelajaran bahasa,
matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan. Manakala otak kanan mengawal
aktiviti kreatif, irama, rima, muzik, visual, warna, gambar serta pemikiran metaforikal yang
boleh menggambarkan analogi dan metafora, corak serta pola. Ringkasnya otak kanan
adalah untuk pembelajaran holistik, subjektif, estetik, kreatif dan berbentuk naluri. Otak kiri
pula melakukan pembelajaran objektif dan akademik.
Ramai ahli penyelidik bersetuju bahawa otak kiri lebih mengkhusus dalam memproses
maklumat secara menganalisis satu demi satu. Otak kanan pula lebih mengkhusus dalam
memproses maklumat secara keseluruhan atau selari. Untuk menyelesaikan masalah
matematik, seseorang itu akan membuat pengiraan mengikut langkah yang tertentu. Ini
dikatakan proses urutan. Sebaliknya untuk mengenal wajah muka, seseorang itu tidak
pernah menganalisis wajah itu dari mulut, hidung dan seterusnya kepada bahagian lain.
Seseorang itu melihat wajah secara keseluruhan. Ini dikatakan proses keseluruhan atau
selari.
Menurut Dr. Rajendran (2008), kebanyakan individu mempunyai kelebihan dalam salah satu
pemikiran sama ada otak kiri atau otak kanan. Namun ada juga sebahagian individu yang
memiliki kedua-dua pemikiran otak kanan dan otak kiri secara seimbang. Dalam konteks
pembelajaran di sekolah, umumnya pelajar lebih banyak menumpukan usaha kepada
aktiviti otak kiri sahaja, aktiviti otak kanan hampir dilupakan. Menurut Mak Soon Sang
(2002), sistem pendidikan hanya menekankan perkembangan otak kiri iaitu membaca,
menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi jarang memberi perhatian terhadap
perkembangan otak kanan seperti latihan dalam bidang muzik, mencongak, seni lukis atau
kraftangan.
Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak
kanan, otak kirinya akan berfungsi dengan lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan
bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua-dua otak kiri dan otak kanan berfungsi
sama dalam keadaan yang harmoni.
Jika pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, mungkin kedua-dua otak tidak
diintegrasikan secara menyeluruh ataupun sebahagian otak sahaja berfungsi lebih banyak
daripada yang sebahagian lagi.
Kesimpulannya, jika seseorang pelajar mengintegrasikan kedua-dua fungsi otak dengan
cara yang harmoni, proses pembelajaran akan jadi seronok, daya pemusatan akan
bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan
bertambah baik untuk menyelesaikan masalah dan pemikiran akan menjadi lebih kreatif.
Justeru sebagai pendidik, perkara ini perlu diberi perhatian agar kedua-dua hemisfera otak
kiri dan kanan dapat dimanipulasikan sepenuhnya. Pengintegrasian otak kiri dan otak kanan
sangat penting untuk menghasilkan pembelajaran yang optimum.

Perbezaan Antara Otak Dan Minda


Otak ialah organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem
tertentu.
Minda ialah kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan.
Contoh:

Otak ---> pisau , Minda ---> ketajaman mata pisau

pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan.


Hemisfera Otak Kiri (HOKI) ---> Kritis
Hemisfera Otak Kanan (HOKA) ---> Kreatif
Kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam
PdP.

Pemikiran Inovatif
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Di dalam melaksanakan program i-THINK, Thinking School digambarkan berdasarkan


kepada enam fokus berikut:
Penyoalan reflektif
Kemahiran berfikir
Pemetaan visual
Rangkaian kolaboratif
Membangunkan kecenderungan peribadi
Membentuk persekitaran

Titik Permulaan i-THINK

Penyoalan Reflektif
Penyoalan merupakan satu alat yang dapat membantu menggalakkan murid berfikir.
Penyoalan dapat mencungkil pemikiran pelajar tentang apa yang mereka tahu,bagaimana
mereka tahu (refleksi kritikal), dan berfikir tentang apa yang mereka fikir (metacognition). Di
samping itu, melalui penyoalan guru dapat
mencungkil kecenderungan pelajar dalam pemikiran dan bagaimana pelajar
berkolaborasi dengan pelajar lain semasa proses pembelajaran.

Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan perlakuan proses pemikiran asas untuk menjana dan
menyusun maklumat, membina kemahiran menganalisa dan mensintesis, memproses
maklumat secara kreatif serta melakukan penilaian. Guru perlu menyemai dan membentuk
suatu ruang julat dalam pemikiran pelajar melalui:
- Kemahiran berfikir aras rendah
- Kemahiran berfikir aras tinggi

Pemetaan Visual
Teknik untuk menggambarkan maklumat secara visual melalui brainstorming
webs, penyusunan grafik dan pemetaan secara bersistem.

Rangkaian Kolaboratif
Merupakan kerjasama dalam kumpulan, kelas atau sekolah bagi berkongsi pengetahuan
atau kemahiran untuk memantapkan pembelajaran. Rangkaian ini boleh dihubungkan
melalui teknologi baru untuk menggalakkan murid mempelajari sesuatu secara lebih meluas.

Rangkaian kolaboratif boleh dilaksanakan di dalam pengajaran menggunakan pendekatan


pembelajaran secara kooperatif.
Menurut Slavin (1990), semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar
bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada
pembelajaran mereka sendiri.Selain daripada idea bekerjasama, kaedah pembelajaran
pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan
pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang
diperlukan.

Membangunkan Kecenderungan Peribadi


Kecenderungan peribadi adalah berkaitan dengan penggunaan pelbagai kemahiran berfikir
yang boleh membawa kepada ketekalan, minda yang terbuka dan metakognitif di samping
penggunaan pelbagai kecerdasan emosi dan membentuk empati dalam perhubungan.
Kesimpulannya, dalam merealisasikan thinking classroom, guru perlu menjadi thinker untuk
merancang pengajaran yang dapat membimbing pelajar untuk berfikir dengan mengambil
kira enam fokus di atas. Suasana pembelajaran yang kondusif adalah apabila pelajar dapat
melibatkan diri secara aktif di dalam proses mendapatkan pengetahuan atau kemahiran
melalui perbincangan untuk memahami maklumat, mengaplikasi pengetahuan dalam situasi
baharu dan membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK


Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum.

PASUKAN e-FASILITATOR KUMPULAN iThink


Kum
p
1

e-Fasilitator
Pn. Hayati

Nama Guru - Guru


Pn. Fuziah

Pn. Julia

Pn.
Normalina

Pn. Dahlia

Pn. Zaharah (PKP)

3
4
5
6

Pn. Norhana
Pn. Zaharah
En. Md. Nazri
En. Md Rizal

En. Md
Faizelie
En. Syahiran

Pn. Norsiah

Pn. Asmah
Abd. Latif
Pn. Sufiah (HEM)
Pn. Ambigai

En. Khairul
Rizam
Pn. Latifah
Pn. Mariah
Pn. Maryam
En. Md Aswadi

Pn. Che khuzaimah

Pn. Noorimi

En. Wan Azli

Pn. Fazidah

Pn. Zakiah

Pn. Zuraidah

Pn. Saadiah
Pn. Sakila
Pn. Salini
Pn Zuhaida

En. Redzuan
En. Wan
Md Asri

MODUL KEPAKARAN e-FASILITATOR


SEKOLAH
KUM
P

E-FASILITATOR
SEKOLAH

KEPAKARAN
PETA PEMIKIRAN

1
2
3
4
5
6
7
8

Pn. Hayati
Pn. Dahlia
Pn. Norhana
Pn. Zaharah Rodzee
En. Md. Nazri
En. Md Rizal
En. Md Faizelie
En. Syahiran

Peta Bulatan
Peta Pokok
Peta Buih Berganda
Peta Pelbagai Alir
Peta Titi
Peta Buih
Peta Dakap
Peta Alir

CARTA ORGANISASI i-THINK

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA


PASUKAN PEMANDU INISIATIF KBAT
PENGERUSI
EN. AZMAR B. YAHAYA
N
NAIB PENGERUSI
PN. HJH ZAHARAH BT RAMLI
PENYELARAS KBAT SEKOLAH
PN. HAYATI BT AHMAD
SETIAUSAHA KBAT/ I-THINK
PN. ZAHARAH MD RODZEE

PN. NORHANA BT SHUBHI


KOORDINATOR I-THINK SEKOLAH

EN. MOHD NAZRI ALI

PN. DAHLIA ALIAS

EN. MOHD RIZAL OTHAMAN

EN. MOHD FAIZELIE YAHYA

EN. SYAHIRAN ISMAIL

BILIK SEKRETARIAT PEMIKIRAN I-THINK 1 STOP CENTRE

Kertas Konsep
Banner Induk i-Think
8 Peta Pemikiran
Fail Induk i-Think
Fail Showcase
Brosur / Pamflet
Slogan : 1 Sekolah 1 Impian 1 Pemikiran
Jadual Pembelajaran Luar Bilik Darjah ( PLBD )

STESEN INFO PEMIKIRAN

Bahan hand-out 8 Peta Pemikiran untuk kegunaan guru & kelas untuk PLBD
Buku Log Penggunaan Stesen Pemikiran
Peraturan Setiap Stesen
Banner
Buku Pelawat
Brosur / Pamflet

STESEN-STESEN PETA PEMIKIRAN


1. Stesen Pemikiran 1 : Peta Pokok & Peta Titi
2. Stesen Pemikiran 2 : Peta Alir & Peta Pelbagai Alir
3. Stesen Pemikiran 3 ; Peta Bulatan & Peta Dakap

4. Stesen Pemikiran 4 ; Peta Buih & Peta Pelbagai Buih

PdP PEMIKIRAN
Semua PdP di bilik darjah akan menggunakan sekurang-kurangnya satu peta
pemikiran di dalam semua subjek yang di ajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

POKOK PEMIKIRAN

Kata-kata Motivasi / Nasihat


Mutiara kata
Teka-Teki
Semua bahan ini digantung atau dilekatkan pada dahan pokok pemikiran.

BALAI ILMU PEMIKIRAN


Pusat /Tempat Pembelajaran Luar Bilik Darjah ( PLBD ) i-think untuk kegunaan
semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi pelaksanaan penggunaan peta-peta
pemikiran dan lain-lain PdP PLBD.
Berfungsi juga sebagai tempat Pameran Pemikiran.

MAKMAL PEMIKIRAN
Adalah nama yang akan diguna pakai menggantikan nama untuk LDP / PLC atau
Perkembangan Professional Staf Sekolah mulai 1 Jan 2015.

BILIK GERAKAN PEMIKIRAN


Adalah nama yang akan menggantikan nama Bilik Mesyuarat Sekolah mulai
1 Jan 2015.

PUSAT MINDA PEMIKIRAN AS-SIDDIQ


Adalah nama yang akan menggantikan nama Pusat Sumber Sekolah mulai
1 Jan 2015.
BILIK TEKNOLOGI & INOVASI PEMIKIRAN
Adalah nama yang akan menggantikan nama Bilik Komputer & Pusat Akses Sekolah
mulai 1 Jan 2015.
BILIK RITMA PEMIKIRAN
Adalah nama yang akan menggantikan nama Bilik Muzik Sekolah mulai

1 Jan 2015.
Lagu dan Lirik i-Think sekolah
Pusat Pergerakan Tangan 8 Peta Pemikiran

DINDING PEMIKIRAN SEKOLAH


Mural Selamat Datang ke Sekolah Pemikiran
Lukisan Bentuk 8 Peta Pemikiran

BULAN / MINGGU PEMIKIRAN


Menjadi sebahagian agenda atau aktiviti utama di dalam Takwim Pengoperasian
Sekolah pada Tahun 2015.

SLOGAN PEMIKIRAN
1 SEKOLAH 1 IMPIAN 1 PEMIKIRAN
1 SEKOLAH: Menggambarkan seluruh warga sekolah, bersatu hati, 1 hala tuju
untuk mencapai kecemerlangan pemikiran dan menggapai keunggulan.
1 IMPIAN: Memaparkan 1 hasrat yang ingin dicapai oleh semua warga sekolah,
PIBG, komuniti dan ibubapa bagi merealitikan dan merealisasikan Sekolah
Kebangsaan Mohd Shah sebagai sebuah Sekolah Pemikiran mulai
1 Januari 2015 di Seberang Perai Utara.
1 PEMIKIRAN: Menghasratkan seluruh warga guru di SK Mohd Shah memiliki 1
pemikiran Kelas Pertama , memiliki 1 pemikiran yang Profesional, mempunyai 1
pemikiran yang jitu, kreatif dan inovatif, dan memiliki 1 pemikiran yang konsensus,
kolaborasi, muafakat dan sepakat dalam usaha memastikan pencapaian matlamat
dan kegemilangan sekolah.

SIJIL PEMIKIRAN
Dianugerahkan kepada murid-murid yang layak menerimanya selepas membuat dan
menghasilkan peta-peta pemikiran yang kreatif , inovatif, kemas dan tepat di dalam
modul Peta Pemikiran setelah melalui proses verifikasi oleh ahli panel atau Fasilitator
Pemikiran Sekolah.
LENCANA PEMIKIRAN
Diberikan kepada murid-murid yang dilantik sebagai Jurulatih (JU) dan kepada yang
berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti pemikiran semasa Minggu atau Bulan
Pemikiran Peringkat sekolah yang akan dimasukkan ke dalam Takwim Sekolah pada
tahun 2015.
PAPAN PEMIKIRAN STRATEGIK ( SCHOOL STRATEGIC BOARD )

Papan penjana pemikiran strategik sekolah mengaplikasikan 6 Thinking Hats


Dr. Edward De Bono untuk SWOT analisis.
MODUL PEMIKIRAN
Modul ini disediakan khas untuk murid-murid Kelas Bestari sahaja
(Kelas Pertama) bermula dari Tahun 3 hingga Tahun 6.
Tujuan untuk memantapkan penggunaan Peta Pemikiran, memantapkan
pemahaman dan pengetahuan murid dan menjadikan PdP murid-murid lebih
mencabar, kreatif, inovatif dan menarik.

i-THINK SECARA OFFLINE : SMART i-THINK


Pakej pembelajaran, pengenalan dan latihan i-think yang lengkap secara offline
menggunakan peralatan komputer & ICT.
Kolaborasi dengan VLE.

Bilik darjah adalah sumber tenaga - nukleus perubahan getaran positif, riak kecil penambahbaikan
dalam bilik darjah akan mencipta satu gelombang besar kepada transformasi.
(The classroom is the source of energy the nucleus of change positive vibrations, slight ripple of
improvement in the classroom will create a strong wave of transformation.)
Datuk Dr Khair Mohamad Yusof , Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


TERATAK i-THINK
Play House : Teratak Bahan Manipulatif Penjana Kreativiti Pencetus Inovasi
Manipulatif Games

Peraturan Teratak i-Think


Stesen Peta Pokok
Slogan
Banner Membudayakan i-Think
Pasu penunjuk arah stesen peta pemikiran

If you are, you breathe. If you breathe, you TALK. If you talk, you ASK. If you ask, youTHINK. If
you think, you SEARCH. If you search, you EXPERIENCE. If you experience, you LEARN. If you
learn, you GROW. If you grow, you wish. If you wish, you FIND. If you find, you DOUBT. If you doubt,
you QUESTION. If you question, you UNDERSTAND. If you understand, you KNOW. If you know, you want to
know more. And if you want to know more, YOU ARE ALIVE.

National Geographic

Anda mungkin juga menyukai