Anda di halaman 1dari 3

Mingguan 7:kemahiran berfikir secara kreatif

Pengenalan: Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu. (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin:1993, Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian) Definisi : Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna danpemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atauciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan danmenyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitifterhadap proses yang dialami Budaya Berfikir dapat dipupuk jika: KBKK diajar secara eksplisit; diaplikasikan oleh murid KBKK disepadukan dan disebatikan dalam aktiviti P & P KBKK diajar bersama isi pelajaran KKKK digunakan untuk memikirkan tentang apa yang dipelajari Berfikir Secara Kreatif: Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaanmenggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidakterhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah,dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka. Pemikiran Kreatif: Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasiinovasi dan kreativiti untuk mendapatkanideayangbanyak,pelbagai dan baru. Contoh Berfikir Secara Kreatif: a)menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar ) b) mencipta analogi c) mencipta metafora d) membuat definisi e) membuat hipotesis f)membuat peta konsep Aspek-aspek tentang kreativiti: perlu daya uasaha dan perancangan sentiasa berusaha dan mengambil risiko supaya mencapai kearah yang lebih baik. membuat penilaian secara luaran.

membentuk semula idea-idea - mengguna model, analogi, dll. boleh ditingkakan sekiranya seseorang itu berhenti memikirkan secara inensif tentang sesuatu supaya pemikiranyang tidak terganggu boleh berlaku Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif 1. Sengaja menghasikan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea yang dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya idea itu seolah-olah 'gila-gila' dan mencabar fikiran logik kita. 2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik. 3. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini. Maksudnya, tujuan utama pemikiran ini ialah untuk membawa perubahan, bukan untuk meneruskan idea sekarang. 4. Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang. Maksudnya, pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada hari ini dan menggantikannya dengan yang baru. 5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang. 6. Pemikiran ini sengaja menghasikna idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa. 7. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya, Ia gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya orang menyapu garam pada ikan sebelum digorengkan. Logik songsang mengatakan goreng ikan dahulu, baru sapu garam. 8. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang, maksudnya, pemikiran ini gemar membayangkan apa yang akan terjadi akibat adanya idea yang 'gila-gila' itu. Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.

Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Berikut pula penerangan ringkas tiga proses yang terlibat dalam kemahiran berfikir secara kreatif. a) Menjana idea Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara. b) Membuat inferens Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan. c) Meramal Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai