Anda di halaman 1dari 72

TEORI FREUD DAN

PERKEMBANGAN MORAL
PENGENALAN

Teori Psikoanalisis merupakan satu sistem


psikologi yang dipelopori oleh Sigmund
Freud.
Dilahirkan di Morovia (Slovakia) pada 6 Mei
1856 dan meninggal di London pada 23
September 1939.Teori Psikoanalisis melihat
bagaimana proses psikologi memberi kesan
dan mempengaruhi tingkahlaku dan emosi
individu.
Teori Psikoanalisis dikembangkan berdasarkan
pengalamannya sebagai seorang doktor
perubatan:
Menumpukan penyelidikannya kepada
kecelaruan saraf.Menggunakan hipnosis sebagai
kaedah bagi menyelesaikan penyakit mental.
Dipengaruhi oleh teknik menumpukan kepada
perbualan tentang simtom-simtom
sehinggaFreud menerbitkan bukunya yang
pertama The Interpretation of Dreams (1900).
Freud dikenal bukan hanya sebagai pencetus
psikoanalisis, tapi juga telah meletakkan teknik
baru untuk memahami perlakuan manusia
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Freud percaya bahawa manusia dilahirkan


dengan desakan naluri semulajadi manusia.
Tingkahlaku manusia didorong oleh keinginan
sendiri yang tidak rasional, tidak sosial dan
penuh dengan desakan yang merosakkan
dirinya.
Tingkahlaku manusia lebih kepada naluri
kehaiwanan dan desakan biologikal untuk
dapatkan kepuasan diri.Manusia perlu belajar
daripada pengalaman-pengalaman yang pernah
berlaku.
Freud membahagikan akal fikiran manusia
kepada 3 lapisan yang berbeza:
1.Alam Sedar

2.Alam Pra-Sedar

3.Alam Bawah Sedar / Tidak Sedar


1. ALAM SEDAR

Individu menyedari dan dapat mengetahui


apa yang telah berlaku dan sedang berlaku
kepadanya dan persekitarannya.
Contoh:Rasa sunyi, sakit, kecewa, marah.
2. ALAM PRA-SEDAR
Individu sebenarnya tidak menyedari dan
tidak tahu yang sesuatu itu sedang
berlaku,melainkan jika ia secara sedar
memberi perhatian kepada apa yang sedang
berlaku.
Contoh:Rasa panas dan serabut dapat
difikirkan dan dirasakan tahap kekuatannya
bagi diri individu tersebut berdasarkan
pengalamannya.
Sebenarnya dia sedang mengalami perasaan
marah atau tertekan.
ALAM BAWAH SEDAR / TIDAK SEDAR
Individu tidak menyedari langsung apa yang sedang
berlaku.Merupakan pemikiran perasaan yang tidak dapat
dikeluarkan kerana disekat dari kenyataan.
Berlaku disebabkan individu itu tidak dapat menerima keadaan itu
ataupun individu itu mempunyai pandangan bahawa masyarakat
juga tidak dapat menerimanya.
Contoh:Individu hanya dapat merasai sebahagian daripada kepiluan
apabila orang yang dikasihi meninggal dunia,sedangkan sebenarnya
emosi yang sangat hebat tersimpan di bawah sedar sehingga
individu itu tidak merasai sama sekali.
Perasaansebenar disekat oleh mekanisma beladiri ataupun norma
masyarakat yang tidak membenarkan kematian diratapi oleh yang
masih hidup.
Rumusan Tahap Kesedaran
Manusia
Sedar
Sedar tentang apa yang sedang berlaku pada masa
kini dan di sekeliling
Separa sedar
Memori yang terselindung dan pengalaman yang
telah dilupai tetapi boleh diingati semula jika diberi
petunjuk yang sesuai.
Tidak sedar
Aspek personaliti yang paling berkuasa tetapi paling
sukar difahami; kata hati atau naluri
Pandangan Perkembangan Moral

Perkembangan moral
Fokus kepada perasaan moral
What is moral is what you feel good after and what is
immoral is what you feel bad after.
Perkembangan personaliti dan hubungannya
dengan tingkah laku manusia
Perubahan dan pertukaran tenaga (dinamik psikologi)
yang berlaku dalam personaliti mendorong kelakuan
individu.
Dinamik psikologi ini adalah diluar kesedaran individu
(unconscious)
2 pendorong utama manusia
Sex
drive to live, prosper, and produce offspring
Aggression
need to stay alive and stave off threats to our
existence, our power, and our prosperity
Teknik dan pendekatan Freud:Freud focused his
techniques on:
Tahap kesedaran Consciousness (topographic)
Pembentukan Personality (structural)
Id, Ego, Superego
Perkembangan psychosexual (genetic)
Defense Mechanisms
Struktur personaliti

Perhubungan antara ketiga aspek ini


melahirkan personaliti:
Id
Tahap tidak sedar
Wujud sejak lahir
Tidak dapat membezakan salah dan betul, tidak
rasional.
Pleasure principle
Melakukan dan meneruskan apa sahaja yang
diingini dan mengelakkan kesakitan melalui kaedah
berikut:
1. Tindakan reflek
Cth: batuk untuk mengurangkan rasa yang tidak
seronok
2. Wish fulfillment fantasi
Membentuk imej mental tentang sesuatu objek atau
situasi bagi mengurangkan perasaan tidak puas hati.
Cth: bermimpi atau berangan
Kaedah di atas:
Bersifat sementara
Tidak efektif dalam memenuhi kehendak atau
keinginan naluri.
Perlu berhubung dengan realiti -Ego
Apa itu Id?

Dianggap sebagai komponen biologi dan


tidak perlu dipelajari.Satu bentuk naluri
semulajadi manusia dan diwarisi.Wujud sejak
individu dilahirkan.Merupakan personaliti di
bawah sedar.Tingkahlaku yang bertindak
secara membabi buta,tidak teratur, tidak
rasional, tidak matang dan tidak bermoral.
Id - dipandu oleh prinsip keseronokan dan
kepuasan nafsu/naluri semata-mata dengan
mendesak dan tidak sabar.Tindakan id
bersifat tidak sedar dan tidak dapat
mengurangkan ketegangan selama-lamanya.
Contoh:-Individu hanya ingin memuaskan
perasaan marahnya dengan membuat
serangan secara membabi buta untuk
mendapat kepuasan hati segera tetapi
kepuasan tidak kekal lama.
Ego
Mengawal aktiviti pemikiran dan penaakulan
Tiga tahap:
Tidak sedar, separa sedar dan sedar
Berhubung dengan dunia luar melalui deria
Memenuhi kehendak id di dunia luar melalui prinsip
berikut:
Reality principle
Memenuhi keinginan dan matlamat id dengan
menggunakan akal fikiran
Dipenuhi dalam keadaan yang selamat dan berjaya.
Struktur personaliti id dan ego
Lebih mementingkan diri sendiri
Tiada aspek moraliti
Apa itu Ego?

Dianggap sebagai komponen psikologi dan dipelajari


serta berkembang berdasarkan pengalaman-
pengalaman sosial.
Merupakan personaliti tahap sedar.Penuh dengan
persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan
fungsi dengan keadaan.
Mengawal jenis-jenis tindakan yang hendak
dilakukan,menentukan naluri mana yang akan dipuaskan
dan cara naluri-naluri dipuaskan.
Dipandu oleh prinsip realiti dimana tingkah laku
dilakukan setelah menimbang dengan baik segala
perkara yang wujud.
Ego wujud bagi memuaskan kehendak-
kehendak id dan bukan untuk
menghampakan id.Dua cara ego bertindak:
i.Ego bertindak terhadap tingkah laku
penyelesaian masalah menggunakan asas
pengalaman dan pemikiran.
ii.Ego bertindak terhadap tingkah laku
penyelesaian masalah menggunakan helah
beladiri dengan memesongkan keadaan
sebenar.
Contoh: Perasaan marah
i.Berfikir buruk dan baik sesuatu tindakan
sebelum melepaskan marah.

ii.Menggunakan helah beladiri untuk


memesongkan pandangan masyarakat
terhadap tingkahlakunya.
Superego
Cabang moral bagi minda seseorang individu
Melakukan perkara yang ideal/sesuai sahaja
Berbeza dengan id
Individu berfungsi:
Mengikut prinsip moral yang telah ditetapkan
wujud daripada ajaran moral oleh ibu bapa dan masyarakat
Peranan:
Sebagai conscience (perasaan hati yang membezakan
baik dan buruk)
Mengawal ego
Apa itu superego?

Dianggap sebagai komponen nilai-nilai sosial / moral


yang dipelajari daripada ibu bapa / masyarakat.
Mengawal id dan ego - menentukan samada sesuatu
tingkahlaku itu baik / buruk.
Dipandu oleh prinsip norma masyarakat.Memujuk ego
untuk menggantikan matlamat realistik id kepada
matlamat moral.Berusaha ke arah mencapai
kesempurnaan.
Contoh:- Mendengar penjelasan sebelum marah.(norma
yang dipelajari dari masyarakat.)
Id, ego dan superego
Bekerjasama
Ego memenuhi kehendak dan keinginan id melalui
kaedah yang sesuai dan bermoral seperti yang
dipersetujui oleh superego.
Id tanpa superego
Naluri akan berkuasa sepenuhnya
Individu melakukan perkara yang merosakkan diri
dan masyarakat
Jika Superego berkuasa dominan
Kelakuan terlalu dikawal
Penilaian ke atas diri terlalu buruk
Tidak ada kebebasan dan keseronokan
Rational, Information
planful, in your
mediating Conscious immediate
dimension Ego awareness
of personality

Superego Preconscious
Information
which can
easily be
Moralistic, made
judgmental, Unconscious conscious
perfectionist
dimension of
personality Id
Thoughts,
feelings,
urges, and other
information
Irrational, that is difficult
illogical,
impulsive to bring to
dimension of conscious
personality awareness
Perkembangan personaliti
Bagaimana personaliti terbentuk?
Dikenali sebagai Psychosexual Stages
Tertumpu kepada naluri seksual
Personaliti terbentuk bagi memenuhi kehendak
naluri seksual (drive to live, prosper, and produce
offspring).
Jika naluri seksual ini tidak dapat/terlalu lebih
dipenuhi pada tahap-tahap tertentu; akan
berlaku masalah yang dipanggil fixation.
Masalah tidak matang
Tahap-tahap perkembangan
personaliti
Tahap tahap perkembangan
Oral Stage (0-18 bulan): Kepuasan dicapai melalui
aktiviti oral (sucking and swallowing, chewing and
bitting).
Berlebihan: terlalu optimistik dan dependant (orang yang
terlalu bergantung pada orang lain).
Terlalu kurang: pessimistik dan hostile (sikap suka
bermusuhan)
Anal stage (18 bulan-31/2 tahun): berubah
daripada mulut-anus (dubur). Kepuasan
dicapai melalui aktiviti kontraksi dan relaksasi
otot ketika membuang air besar atau kecil.
Ketika ini kanak-kanak mula diajar
menggunakan tandas.
Berlebihan: Comot, tidak teratur, selekeh.
Kurang: keras hati, degil, kedekut dan sangat
teratur.
Phallic stage (3 tahun-5 tahun): Kanak-kanak
mula mengetahui tentang bahagian
kemaluan.
Menunkjukkan tanda-tanda rapat dengan ibu
bapa yang berlainan jantina
Boy-mother
Girl-father
Cemburu dengan ibu dan bapa yang sama jantina.
Fenomena dikenali sebagai:
Oedipus Complex:Kanak-kanak lelaki akan bersaing
dengan bapa untuk dapatkan kasih sayang ibu, rasa
cemburu serta bermusuhan terhadap bapa. Untuk
kawal tingkah laku ini kanak-kanak lelaki belajar
identifikasi dirinya dengan bapa.
Electra Complex:Bapa objek kasih sayang kanak-
kanak perempuan, salahkan ibu dan dan cuba ambil
tempat ibu. Merasakan kedudukan mereka rendah
dan lahir sifat cemburu.
Berlebihan: megah diri, sombong, angkuh dan
ego
Lelaki: menghina wanita
Perempuan: Suka menggoda dan suka melakukan
hubungan jenis secara rambang
Kurang: rendah diri, malu, rasa diri tidak berharga.

Latency (5,6 tahun, -12-13 tahun): tidak lagi


berminat dengan seksual.
Lelaki berkawan dengan lelaki
Perempuan berkawan dengan perempuan
Genital Stage (setelah akil baligh): kembali
kepada keinginan seksual. Kepuasan dicapai
dengan menjalinkan hubungan dengan
individu yang berlainan jantina.
Perasaan Moral
Perasaan bimbang (anxiety) dan bersalah
(guilt)merupakan aspek utama mengapa
moral seseorang individu berkembang.
Perasaan bimbang dan bersalah terhadap ibu
bapa.
Punca: Tidak mahu kehilangan kasih sayang
ibu dan bapa, menerima standard kemoralan
yang ditetapkan ibu bapa dan terbentuklah
superego.
Fenomena Oedipus dan electra complex.
Isu-isu moral berdasarkan 5
Tahap Psikoseksual Freud
1. Tahap Oral

Perokok
Individu yang terlibat dengan gejala merokok
kebanyakannya berpunca daripada lekatan
pada tahap ini. Di mana individu ini tidak
dipuaskan keinginannya seperti lambat diberi
makanan.
2. Tahap Anal

Tingkah laku Agresif/ Kes Jenayah


Kes-kes jenayah yang berlaku pada individu adalah
berpunca daripada faktor dalaman daripada pembawaan
pada zaman
kanak-kanak sehinggalah ke tahap dewasa.
Kebanyakkan permasalahan yang wujud di dalam diri
individu itu berpunca daripada ibu bapa mereka yang
kurang memberi perhatian terhadap cara pembuangan
najis kepada anak-anak mereka.
Ini akan mengembangkan sikap panas baran, agresif dan
suka melepaskan perasaan sehinggalah usia dewasa
dengan melakukan pelbagai jenayah.
3. Tahap Kubul

Sumbang Mahram
Pada tahap inilah terjadinya Kompleks
Oedipus dan Elektra, pada zaman kanak-
kanak mereka pada mulanya hanya
mempunyai perasaan berahi kepada ibu atau
bapa namun mereka terpaksa beridentifikasi
dengan ibu atau bapanya.
Perasaan ini dipendamkan dan di bawa ke
tahap dewasa akan mengakibatkan
berlakunya hubungan abnormal ini.
4. Tahap Pendaman

Hubungan Sosial
Pada peringkat awal semasa zaman kanak-
kanak tingkah laku untuk bersosial sudah
mula berkembang sedikit demi sedikit
bermula dari alam persekolahan lagi.
Dan apabila meningkat usia remaja mereka
sudah pandai berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling, melalui interaksi sosial
ini boleh memberi impak yang negatif atau
positif pada individu tersebut.
5. Tahap Genital
Pembinaan Kerjaya yang Mantap dan
Pembinaan Institusi Kekeluargaan.
Dimana apabila mengecapi tahap
kematangan, maka individu akan mengejar
matlamat hidup mereka bagi memperolehi
kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya
serta stabil.
Dimana mereka akan membina suatu
pekerjaan yang tetap dan mencari pasangan
hidup bagi membentuk keluarga.
MEKANISME HELAH BELA DIRI

Proses psikologi yang wujud untuk


mengurangkan penderitaan ego yang tidak
dapat mengawal id.Membantu ego untuk
mempertahankan dirinya daripada desakan
dan dorongan id.
Digunakan untuk mempertahankan diri dari
cemuhan dan kutukan superego.
Digunakan secara tidak sedar untuk
menyangkal /memutarbelitkan kenyataan /
realiti
REPRESI
Individu sengaja melupakan peristiwa pahit
dengan menolaknya ke alam bawah sedar.
Represi menghalang pemikiran yang
membimbangkan daripada memasuki
pemikiran sedar.Represi tidak dapat
menghapuskan peristiwa pahit itu, sebaliknya
ia akan menjurus kepada masalah psikologi.
Contoh:-Mangsa rogol akan melupakan
semua peristiwa pahitnya, tetapi apabila
seorang lelaki cubamendekatinya, ia akan
mengalami tekanan yang hebat.
PENAFIAN

Individu menafikan realiti yang tidak ingin


dipercayainya bagi membolehkan ia
menempuh detik-detik yang sukar dalam
hidupnya.
Contoh:-Seorang ibu tidak mahu menerima
hakikat kematian anaknya dengan
menganggap bahawa anaknya berada di
suatu tempat dan akan kembali suatu hari
nanti.
PROJEKSI
Individu membalikkan desakan dan
keinginan-keinginan yang tidak dapat
diterima oleh dirinya sendiri kepada orang
lain bertujuan melindungi harga dirinya.
Contoh:-Seorang pelajar bercadang untuk
menipu didalam peperiksaan tetapi hatinya
mengetahui perkara itu salah, tetapi
dilakukan juga dengan beranggapan bahawa
pelajar-pelajar lain juga menipu di dalam
peperiksaan.
PEMBENTUKAN REAKSI

Individu mempertahankan diri dari sesuatu


ancaman dengan memperlihatkan reaksi
yang bertentangan dengan bentuk ancaman
itu.
Contoh:-Seorang individu dirundung malang
dan pilu yang amat sangat, tetapi ia
memperlihatkan hilai ketawa yang
keterlaluan.
PENYALURAN

Individu mengawal kerisauan dengan


melepaskan desakan-desakan itu kepada
sasaran lain yang lebih selamat.
Contoh:-Seorang individu merasa marah
terhadap ketuanya tetapi disalurkan marah
itu kepada anak dan isterinya kerana ia tidak
berani memarahi ketuanya.
RASIONALISASI

Individu memberikan alasan-alasan atau


sebab apabila ia melakukan kesilapan sebagai
usaha untuk mempertahankan egonya.
Contoh:-Seorang murid yang gagal di dalam
peperiksaan akan memberi alasan-alasan
munasabah untukmenjelaskan kegagalannya
bagi mengelak daripada mengakui bahawa ia
tidak cerdik dan cerdas.
SUBLIMASI

Individu menyalurkan tenaga ke jalan yang


boleh diterima masyarakat.Menyalurkan
kekurangan atau kekosongan yang dialami
kepada aktiviti yang sihat.
Contoh:-Seorang yang bersikap kasar akan
menjadi seorang askar untuk memuaskan
kehendak dalamannya yang kasar supaya
kelihatan diterima oleh masyarakat.
INTROJEKSI

Individu menyerapkan nilai-nilai orang lain


yang disukainya untuk dijadikan nilai-nilai di
dalam dirinya.
Contoh:-Seorang individu menyatakan
bahawa dirinya adalah anak saudara kepada
seorang menteri dengan harapan mendapat
keistimewaan.
PAMPASAN

Satu bentuk penggantian apabila kelemahan


seseorang diatasi dengan berusaha
bersungguh-sungguh dalam bidang yang
berlainan tetapi hampir sama dengan
kehendak asalnya.
Contoh:-Seorang individu gagal menjadi
doktor akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjadi ahli farmasi.
Kritikan Teori Freud
1. Pendorong atau naluri seksual : Peraturan dan
adat masyarakat mengkehendaki supaya ia tidak
ditonjolkan.
Cth: Oedipus dan electra complex-
Dianggap sebagai sumbang mahram bagi masyarakat.
2. Sering dijadikan alasan untuk melakukan
jenayah
Cth: Perogol mengatakan bahawa mereka melakukan
perkara sedemikian kerana naluri yang wujud dalam
keadaan tidak sedar menyuruh mereka melakukan
jenayah.
3. Membuat kesimpulan hanya berdasarkan
beberapa individu.
Kes pesakit mental

4. Kritikan dari bidang behaviorism


Kelakuan bukan disebabkan oleh naluri dalaman atau
naluri yang berada bawah kesedaran tetapi faktor luaran.
Teori Psikososial Erik Erikson
BIODATA TOKOH

Erik Erikson dilahirkan pada 15 June, 1902


di Frankfurt, German. Bapanya
berketurunan Denmark, meninggalkan
keluarga sebelum beliau dilahirkan. Ibunya
seorang yang masih muda berketurunan
Yahudi kemudiannya berkhawin dengan
seorang seorang doktor bernama Dr.Theodor
Homberger.
Pandangan Erikson Terhadap
manusia.

Menurut Erikson, Bayi dilahirkan dengan


beberapa kebolehan asas dan tabiat yang
jelas.
Mereka melalui perubahan dramatik menuju
kedewasaan dan semasa meningkat tua.
Setiap manusia melalui lapan peringkat
perkembangan yang beliau namakan
peringkat psikososial.
8 PERINGKAT PSIKOSOSIAL
1.Mempercayai lawan tidak mempercayai
2. Kebebasan lawan keraguan
3. Inisiatif lawan rasa bersalah
4. Kerajinan lawan rasa rendah diri
5. Identiti lawan kekeliruan peranan.
6. Kemesraan lawan pengasingan
7. Kebolehan menghasilkan sesuatu lawan
Terhenti
8. Kesempurnaan Hidup lawan Putus Harapan
1.Mempercayai lawan tidak mempercayai

Peringkat pertama yang diutarakan oleh Erikson adalah


selari dengan peringkat oral yang di utarakan oleh Freud.
Ia bermula daripada lahir hingga berumur
satu tahun (0-12 bulan ).
Erikson menumpukan pada keperluan penjagaan
berterusan,perhatian dan perlindungan kepada bayi bagi
mencapai ketenteraman, kepuasan dan
perlindungan bagi memenuhi keperluan asas
bayi itu.
Disinilah timbulnya krisis antara naluri kepercayaan asas
dengan naluri ketidakpercayaan asas.
Naluri kepercayaan asas ialah keupayaan
meramal keperluan asas individu akan
dipenuhi.
Naluri ketidakpercayaan asas adalah
ketakutan apabila meramalkan individu tidak
boleh bergantung pada orang lain bagi
mendapatkan penjagaan dan kasih sayang.
2. Kebebasan lawan keraguan

Peringkat ini bermula daripada umur satu


tahun hingga dua tahun.(1 2 tahun).
Erikson melihat diperingkat ini bayi
mengalami pergelutan antara hendak
mencapai naluri autonomi ataupun
mengakhiri perasaan malu dan prasangka
diri mereka.
Bayi yang boleh menangani latihan ke
tandas akan mengalami naluri kuasa
kematangan autonomi dan estim diri (self
esteem).

Mereka belajar supaya berupaya


melakukan sesuatu pada diri mereka sendiri.
3. Inisiatif lawan perasaan bersalah

Bermula dari umur dua hingga enam


tahun.( 2 6 tahun).
Ia memaparkan krisis yang timbul apabila
kanak-kanak bertembung dengan
perkembangan dunia kebolehan
kematangan dan agen-agen sosial.
Pada peringkat ini kanak-kanak bergelut supaya
tidak bergantung pada ibubapa dan seterusnya
memperolehi kecekapan transaksi sosial.
Kemahiran interpersonal dan kemahiran fizikal
mula terbentuk ke arah yang betul seperti yang
ditentukan oleh kecekapan yang diperlukan bagi
melaksanakan tugasan tertentu dengan
kebolehan pengertian kendiri.
Mengekalkan inisiatif kanak-kanak ini penting
pada peringkat ini kerana ia dapat
memotivasikan mereka supaya mengambil
bahagian secara aktif dalam dunia sosial di
sekeliling mereka
4. Kerajinan lawan rasa rendah diri

Bermula pada umur enam hingga 12 tahun.(6


12 tahun).
Pada peringkat ini kanak-kanak belajar
mengejar aktiviti sosial dan intelektual yang
diminati oleh masyarakat.
Mengukuhkan kumpulan sebaya,menghadiri
persekolahan dan mengamalkan semangat
berdikari dalam permainan dan belajar.

Krisis yang dialami oleh kanak-kanak pada


peringkat ini memerlukan kanak-kanak itu
belajar bekerjasama.
5. Identiti lawan kekeliruan
peranan
Peringkat Krisis Identiti keremajaan adalah
krisis yang paling penting.
Bermula daripada umur 12 hingga 18 tahun.
6. Kemesraan lawan pengasingan

Bermula daripada umur 19 hingga 40 tahun


Merupakan masa perubahan dan transisi yang
memberi peningkatan peluang-peluang baru
bagi hubungan interpersonal yang rapat.
Individu dewasa yang mempunyai naluri
identiti personal akan bertembung dengan
tugasan baru, membentuk kasih
sayang,kepuasan seksual serta memberi dan
menerima individu yang berlainan jantina.
Erikson melihat hubungan ideal sebagai
kepuasan perkahwinan.
Beliau mengakui, hubungan intim boleh
dibentuk diluar perkhawinan.
Hubungan intim memerlukan seseorang
memberi komitmen yang bermakna,
menerap kepercayaan, perasaan dan nilai-
nilai dalam penerimaan yang boleh
dipercayai.
7.Kebolehan menghasilkan sesutau lawan
terhenti
Berumur dalam lingkungan 40 hingga 65
tahun.
Krisis psikososial adalah antara keperluan
hendak menjadi lebih produktif dalam dunia
pekerjaan dan keluarga dengan gaya hidup
dan pencapaian kendiri.
Pada peringkat ini umumnya individu
mencari pekerjaan yang produktif,
melibatkan diri dalam penjagaan anak,
menerima cabaran,halangan serta matlamat-
matlamat baru.
8. Kesempurnaan Hidup lawan Putus
Harapan
Berumur dalam lingkungan 65 tahun
hingga meninggal dunia.
Pada peringkat ini wujud kesedaran
spiritual.
Resolusi terbaik kepada krisis ini memerlukan
penyelesaian konflik sepanjang hidup
terdahulu seperti kesedaran, kepuasan dan
ketenteraman hidup.
Rumusan
Tahap Keadaan Sosial Ekoran
Psikososial
1.Lahir hingga 1 Sokongan, pemberian keperluan Mempercayai vs.
tahun asas, ada Tidak
kesinambungan hidup. mempercayai
----------------------------------------
Kekurangan sokongan,
penafian, tidak konsisten
2. 2 hingga 3 tahun Mengendalikan sendiri dan Kebebasan vs.
sokongan. Keraguan
----------------------------------------
Perlindungan yang berlebihan,
kekurangan
sokongan dan keyakinan
3. 4 hingga 5 Galakan, peluang sendiri, Inisiatif vs.
tahun bertanya. Perasaan
---------------------------------------- bersalah
Tiada peluang, perasaan negatif
4. 6 hingga 11 Kemahiran diri, pendidikan yang Kerajinan vs.
tahun cukup dan Rendah diri
produktif, menjadi model yang
baik.
----------------------------------------
Kurang latihan, arah dan
sokongan
Tahap Keadaan Sosial Ekoran
Psikososial
5. 12 hingga 19 Kestabilan dalaman yang Identiti vs.
tahun berterusan, kefahaman Kekeliruan
mendalam mengenai model peranan
seks, mendapatkan
maklum balas positif.
--------------------------------------
Kekeliruan tujuan, maklum balas
yang kurang
jelas, kurang memahami
ekspektasi.
6. Awal 20 Meluaskan kemesraan, Kemesraan vs.
hingga 35 tahun persefahaman, Pengasingan
mempercayai.
----------------------------------------
Kesunyian
7. 36 hingga 55 Tujuan hidup, produktiviti. Kebolehan
tahun ---------------------------------------- menghasilkan
Kekurangan perkembangan diri Sesuatu vs.
Terhenti
8. 55 tahun ke Perasaan mesra, perpaduan, Kesempurnaan
atas berarah Hidup vs.
---------------------------------------- Putus harapan
Kurang kesempurnaan,
ketidakpuashatian.
Kelemahan Teori Erikson

Teori Erikson tidak dapat diterapkan secara


universal, apatah lagi kepada perempuan. Mereka
melihat bahawa lapan tahap perkembangan manusia
(eight stages of man) memang hanya untuk kaum
lelaki. Mereka melandaskan kritikan tersebut atas dua
perkara.

Pertama, tahap perkembangan identiti, yang dianggap


Erikson sebagai tahap perkembangan terpenting, hanya
berdasarkan pada analisisnya terhadap tiga subjek, yang
mana ketiga tiganya adalah lelaki.
Kedua, walaupun Erikson membuat pemerhatian
terhadap, baik lelaki mahupun perempuan pada suku
kaum Sioux danYurok, namun tulisannya dalam
buku Childhood and Society hanya mengagung-
agungkan kepada lelaki.

Ketiga,pandangan Erikson dalam bukunya berjudul The


Inner & the Outer Space : Reflections on Womanhood pada
tahun 1964, mendapat kritikan hebat dari kaum
perempuan. Menurut mereka, Erikson membatasi
pilihan perempuan untuk berdiam diri di rumah,
menjadi isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi, Erikson
juga dianggap sama seperti Sigmund Freud yang
menentukan takdir perempuan hanya berdasarkan
anatominya sahaja
Rumusan Teori Erikson
Setelah mengetahui dengan lebih menyeluruh tentang
konsep Erikson yang sebenarnya, ia bukan bermakna
konsep ini tidak dapat digunakan untuk menjelaskan
perkembangan manusia. Memahami perkembangan
lelaki dengan menggunakan kerangka teori Erikson
bukanlah merupakan satu kesalahan. Namun
mengadaptasikan pandangannya tentang perempuan,
mungkin membataskan pilihan perempuan dalam
menzahirkan potensi dirinya.

Anda mungkin juga menyukai