Anda di halaman 1dari 11

1.

Pendahuluan
Sebagaimana yang kita ketahui, kejayaan atau kegagalan mencapai sesuatu

matlamat dan menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa kesan kepada


personaliti diri seseorang sama ada positif mahupun negatif. Dalam erti kata lainnya, semua
manusia akan melalui peringkat perkembangan sosioemosi dengan cara tersediri yang
dipengaruhi oleh beberapa faktor (Mok Soon Sang, 2009). Sebagai contoh, ibu bapa dan
guru memainkan peranan penting dalam membantu murid dalam perkembangan sosioemosi
mereka.
Erik Erikson dalam buku Rohani Abdullah (2000) telah mencadangkan setiap individu
perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam setiap peringkat di mana setiap
peringkat perkembangan mempunyai matlamat untuk dicapai. Umum mengetahui kesan
kepada imej kendiri seseorang individu akan terjadi bergantung kepada kejayaan atau
kegagalan dalam mencapai matlamat perkembangan berdasarkan 8 peringkat. Dalam
bahasa mudah, jika seseorang itu berjaya mencapai tujuan hidupnya maka elemen positif
akan mempengaruhi kehidupannya begitu juga sebaliknya.
Sebelum kita pergi lebih jauh, perkembangan sosioemosi yang akan banyak
dibicarakan dalam penulisan ini merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi
serta memberikan tindak balas terhadap sesuatu. Dalam penulisan ini, saya akan
membincangkan tentang implikasi setiap peringkat dalam Teori Perkembangan Psikososial
terhadap proses pegajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta analisis secara
terperinci tentang personaliti yang dihasilkan daripada peringkat-peringkat kanak-kanak
tersebut.
2.0

Implikasi Setiap Peringkat dalam Teori Perkembangan Psikososial


Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial antara kanak-kanak dengan

individu-individu yang berada di persekitaran mereka. Oleh itu kita akan meninjau
bagaimana hubungan yang terjalin antara kanak-kanak dengan persekitaran akan memberi
implikasi mengikut 8 peringkat baik dari segi positif mahupun negatif. Antara matlamat
penulisan ini ialah memberi fokus kepada perkembangan yang akan dilalui setiap peringkat.
Tambahan, setiap peringkat dalam teori ini mempunyai konflik tersendiri dan harus diatasi
supaya individu dapat berfungsi dengan baik serta memberikan implikasi yang positif dalam
tahap berikutnya.
2.1

Peringkat 1 : Percaya lawan tidak percaya


Menurut Erikson dalam buku Rohani Abdullah (2000), kepercayaan akan

memudahkan seseorang individu untuk berhadapan dan mengatasi masalah dalam

hidupnya. Peringkat ini amat penting kerana akan memberikan kesan yang
mendalam terhadap perasaan bayi yang mungkin akan mempengaruhiya sehingga
berlanjutan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Implikasi
yang baik serta positif akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang
baik serta kasih sayang yang cukup daripada penjaganya terutama ibunya.
Oleh sebab bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain, maka
pembentukan rasa percaya adalah berasaskan kepercayaan dan kualiti penjagaan
oleh penjaga (Lamb, 2004). Implikasi yang negatif misalnya unsur tidak percaya dan
emosi tidak terkawal akan membayangi bayi tersebut jika menerima penjagaan yang
tidak stabil. Kegagalan membentuk rasa percaya dalam diri bayi akan melahirkan
rasa takut dan percaya bahawa dunia ini tidak dapat diramal dan dipercayai. Jelaslah
unsur percaya atau tidak percaya penting dan memberikan implikasi terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran kelak.
2.2

Peringkat 2 : Autonomi lawan malu/sangsi


Menurut Erikson, kecenderungan kanak-kanak untuk berfungsi secara bebas

haruslah digalakkan untuk menimbulkan rasa yakin dalam diri kanak-kanak (Rohani
Abdullah, 2000). Pembentukan keyakinan jelas memberikan implikasi terhadap
kanak-kanak kerana usia kanak-kanak pada peringkat ini tertumpu untuk
berkeinginan bertindak secara bebas. Jika kita memerhati persekitaran kita dapati
bahawa tingkah laku yang sentiasa mendapat pujian akan menimbulkan keyakinan
diri manakala kanak-kanak yang sentiasa didenda dan dimarahi akan menimbulkan
rasa malu dan ragu-ragu.
Implikasi yang positif berjaya dibentuk sebagai contoh galakkan yang
diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak untuk berdikari memberikan kesan
implikasi menimbulkan rasa yakin dalam diri kanak-kanak. Keyakinan dalam diri
kanak-kanak ini sangat berguna pada waktu pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah suatu hari nanti. Oleh itu, ia akan menyebabkan proses dalam bilik darjah
nanti bergerak secara lancar. Sebaliknya jika penjaga terlalu mengawal anak-anak
akan melahirkan kanak-kanak yang sentiasa malu, ragu-ragu dan kurang yakin akan
kebolehan dan kemampuan diri (Grantham-McGregor, 2007).
2.3

Peringkat 3 : Inisiatif lawan bersalah


Penerokaan sesuatu yang baharu dan mencabar yang tertanam dalam diri

kanak-kanak jelas memberikan implikasi terhadap diri mereka. Menurut Mat Radzi
(2014), naluri ingin tahu yang tinggi akan memberikan kesan positif sebagai contoh

mereka lebih berinisiatif untuk melakukan sesuatu baharu bagi mencapai matlamat
mereka. Keinginan untuk berinisiatif ini perlu dipupuk dalam diri kanak-kanak supaya
mereka menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.
Sebagai orang dewasa, kita perlu memberikan dorongan kepada mereka
untuk mempunyai inisiatif yang tinggi supaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kelak berjalan lancar.

Jika penjaga mengkritik dan mendenda

terhadap tingkah laku berinisiatif mereka, ini akan menimbulkan rasa bersalah dalam
diri sekaligus menghalang mereka untuk meneroka dan mencuba sesuati yang
baharu.
2.4

Peringkat 4 : Kecekapan lawan rasa rendah diri


Implikasi yang positif kepada murid pada peringkat ini ialah murid mampu

menguasai kemahiran fizikal, sosial dan bahasa yang banyak mempengaruhi mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat umur beginilah kanakkanak banyak menghabiskan masa di dalam kelas yang banyak memberi kesan
terhadap sosioemosi pelajar.
Sebagai tambahan, kegagalan murid mempelajari kemahiran baharu akan
memupuk rasa rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. Hal ini kerana
sepatutnya peringkat ini murid dapat mempelajari dan membentuk kemahiran
tertentu supaya dapat diaplikasikan dalam bilik darjah mahupun ketika berada di
persekitaran luar.
Implikasi yang amat positif akan digapai oleh kanak-kanak pada peringkat
umur ini jika pujian diberikan atas sikap ketekunan aktiviti berfaedah yang dilakukan
oleh mereka. Kesan yang panjang akan memberikan pelajar ini terus berusaha
dengan tekun dalam mencapai sesuatu matlamat. Sebaliknya rasa rendah diri dan
tidak yakin sukar diatasi sekiranya murid tidak dapat mempelajari kemahiran baharu
yang sepatutnya diperoleh pada usia itu.
2.5

Peringkat 5 : Identiti lawan kekeliruan peranan


Menurut Duncan, G. J., & BrooksGunn, J. (2000), pencarian jati diri terjadi

pada peringkat ini yang memberikan pelbagai bentuk implikasi kedalam diri remaja.
Remaja pada peringkat ini yang jelas amat terpengaruh oleh sosioemosi dalam diri
mereka disebabkan oleh persekitaran mereka semenjak peringkat 1 lagi. Persoalan
siapakah aku ? selalu bermain difikiran mereka kerana mengalami perubahan
biologi dan hormon dalam diri yang memberikan implikasi kesan baik mahupun
sebaliknya.

Pokoknya disini, remaja perlu menyelesaikan krisis identiti dengan menguji


pelbagai peranan, nilai dan perhubungan. Setiap cabaran dalam diri mereka harus
diselesaikan dengan baik agar mereka memperoleh kesedaran bahawa mereka ialah
individu yang unik. Sekiranya mereka menemui jati diri mereka yang sebenar maka
kehidupan mereka akan bertambah positif dan bermakna buat semua pihak.
Tambahan, sekiranya remaja bergaul dalam lingkungan yang baik-baik, maka
identiti yang baik akan terbentuk dan begitu juga sebaliknya. Dapat kita simpulkan
bahawa jika remaja berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapi maka mereka akan
membina identiti yang kuat dan bersedia merancang masa depan. Sekiranya gagal,
mereka akan mengalami kekeliruan dan tidak berupaya membuat pilihan yang
memberikan kesan negatif dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah
sehinggalah gagal bidang pekerjaan.
3.0

Implikasi Teori Perkembangan Psikososial Terhadap proses Pengajaran dan


Pembelajaran dalam Bilik Darjah
Kita telah membincangkan implikasi setiap peringkat Teori Perkembangan

Psikososial dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, kini kita beralih kepada
implikasi Teori Perkembangan Psikososial terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah yang lebih tertumpu kepada peranan guru itu sendiri.
Ciri-ciri dan peringkat-peringkat perkembangan sosioemosi murid yang telah kita
bincangkan sebelum ini harus dikuasai oleh guru agar dapat memainkan peranan yang
efektif dalam memastikan emosi dan interaksi kanak-kanak dapat disalurkan dengan betul.
3.1

Murid Harus Diberikan Penghargaan


Pengajaran yang dapat diambil daripada implikasi setiap peringkat Teori

Perkembangan Psikosiosal ialah seseorang guru perlu memberikan murid pujian dan
penghargaan ke atas setiap usaha dan kejayaan yang dicapai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah itu berlansung (Mat Radzi, 2014).
Walaupun usaha dan kejayaan itu kecil, penghargaan daripada pelbagai bentuk
harus diberikan untuk memberikan pelajar motivasi dan galakan untuk terus
berusaha dalam mengecapi rasa kejayaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Sebagai contoh, guru boleh mempamerkan hasil kerja murid yang bagus
kepada murid lain untuk dijadikan sebagai rujukan. Pelbagai kaedah boleh dilakukan
oleh guru itu sendiri tidak semestinya melalui pujian secara terus. Implikasi kepada
murid ialah dapat meningkatkan motivasi murid berkenaan untuk mencapai sesuatu

matlamat misalnya menghasilkan hasil kerja yang lebih baik sekaligus menggalakkan
murid lain untuk berusaha memberi hasil yang baik.
3.2

Perancangan Aktiviti Pembelajaran yang Bersesuai


Apabila kita sudah mengetahui tahap kebolehan murid yang berbeza apabila

mengkaji Teori Perkembangan Psikosiosal maka mudah untuk para guru untuk
merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi
bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Menurut Mat Radzi (2014), pengkajian
implikasi setiap peringkat dalam teori ini membolehkan guru mengelak daripada
memberikan aktiviti pembelajaran yang terlalu sukar dan diluar kemampuan mereka.
Hal ini kerana akan menyebabkan kesan buruk seperti murid berasa rendah diri
kerana gagal melakasanakan aktiviti dengan baik.
3.3

Suasana Bilik Darjah yang Kondusif


Sosioemosi amat berkait rapat dengan persekitaran. Oleh itu, faktor-faktor

yang memberikan implikasi sama ada baik atau buruk seseorang amat dipengaruhi
oleh sekeliling sama ada benda hidup seperti manusia mahupun persekitaran tanpa
sedar misalnya suasana bilik darjah. Guru berperanan mewujudkan suasana bilik
darjah yang kondusif dengan menjalinkan hubungan yang mesra dengan murid
supaya murid berasa selesa dan yakin berinteraksi.
3.4

Elakkan Perbandingan antara Murid


Kita sudah meninjau peringkat-peringkat Teori Perkembangan Psikososial

sebelum ini dan mendapati bahawa amat penting untuk menjana implikasi yang
positif dalam diri murid dengan tidak membuat perbandingan umum antara murid.
Sebagai guru kita perlu menggalakkan murid untuk bersaing dengan diri sendiri dan
bukannya dengan orang lain. Murid harus diterapkan dengan bijak mengenal pasti
kelebihan yang ada dalam diri mereka dan tidak hanya mengfokuskan pada
kelemahan diri. Hal ini penting kerana bagi menjamin implikasi membentuk konsep
kendiri yang positif.
3.5

Menetapkan Matlamat Pembelajaran


Kesan daripada kefahaman guru akan Teori Perkembangan Psikosiosal akan

membantu murid untuk menetapkan matlamat pembelajaran yang boleh dicapai dan
realistik. Perkara sebegini penting bagi menjamin murid mampu mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dan mengurangkan kegagalan agar sosioemosi murid berada
atas landasan yang betul mengikut 8 peringkat tersebut.

3.6

Belajar daripada Kesilapan


Dalam proses perkembangan sosioemosi, murid pasti akan melakukan

beberapa kesilapan atau mungkin gagal mencapai matlamat yang seharusnya


dicapai. Oleh itu, guru harus bersikap terbuka apabila murid melakukan kesilapan.
Implikasi daripada pemahaman Teori Perkembangan Psikosiosal akan membolehkan
murid dibimbing untuk belajar daripada kesilapan dan membuat penambahbaikan
dari semasa ke semasa.
3.7

Bersikap Adil
Peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid harus diberikan

tanpa mengira bangsa atau tahap kebolehan mereka. Implikasi yang baik akan
diperoleh oleh semua murid jika diberikan peluang untuk mengambil dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Peluang sebegitu amat penting
supaya murid dapat membina keyakinan diri dan boleh menggalakkan interaksi
sosial yang sihat dalam kalangan murid.

Analisis Terperinci Personaliti yang Dihasilkan Daripada Peringkat-Peringkat


Perkembangan Kanak-Kanak Tersebut

Apabila kanak-kanak mempercayai


persekitarannya, maka wujudlah
personaliti seperti optimis, berani, bersifat
terbuka, jujur, gemar menolong dan lainlain personaliti yang positif kelak.

Apabila perasaaan tidak percaya wujud


menyebabkan personaliti mereka tidak
stabil, hilang kepercayaan terhadap
persekitaran, emosinya terganggu dan
melahirkan personaliti takut untuk
berhadapan dunia luar

Peringkat 1 :
Percaya lawan tidak
percaya
Personaliti yang baik untuk
perkembangan kanak-kanak ini wujud
kerana menurut Erikson, kepercayaan
memudahkan seseorang berhadapan
dan mengatasi masalah dalam
hidupnya (Mok Soon Sang, 2009).

Kegagalan mereka membentuk rasa


percaya pada peringkat ini melahirkan
rasa takut dan mempercayai dunia ini
tidak dapat diramal dan dipercayai yang
menyumbang kepada personaliti negatif.

4.0

Ibu bapa yang sentiasa mengkritik setiap


tindak tanduk inisiatif anak-anak akan
menimbulkan rasa bersalah dalam diri
mereka dan melemahkan semangat
mereka sekaligus menghalang mereka
untuk cuba benda baharu.

Sebagai ibu bapa, dorongan dan


galakan kepada kanak-kanak penting
untuk meningkatkan daya inisiaitf yang
tinggi dalam melakukan segala hal
(Rozumah Baharudin & Rahimah
Ibrahim, 2008)

Peringkat 3 : Inisiatif
lawan bersalah
Contohnya, mereka berasa yakin dalam
diri dan optimis dengan keputusan yang
dibuat ketika menghadapi sesuatu
situasi.

Contohnya, kanak-kanak ini sejak kecil


terlalu dikawal oleh ibu bapa
menyebabkan daya kreativiti kurang
disamping sifat malu dan sangsi tidak
dapat sisihkan.

Kanak-kanak yang berinisiatif melakukan


perkara baharu sejajar dengan sifat ingin
tahu mereka melahirkan personaliti
seperti berani, aktif, bersifat terbuka,
tekun serta sabar dalam melakukan
sesuatu.

Kanak-kanak yang tidak mampu untuk


mencari jalan berinisaitif biasanya
mempunyai personaliti seperti pendiam,
kurang berdaya saing dan mudah
menyerah kalah.

Peringkat 2 : Autonomi
lawan malu/sangsi
Menurut Azwandi (2008), kanak-kanak
pada peringkat ini yang masih
bergantung kepada orang lain untuk
melakukan sesuatu tindakan akan
menimbulkan personaliti seperti malu,
ragu-ragu dan mempersoalkan
kebolehan diri.

Kanak-kanak yang mula berdikari dan


membuat sesuatu keputusan tanpa
bergantung kepada orang lain
menyebabkan timbul personaliti diri
seperti rasa yakin dalam diri dan kuat
menghadapi dugaan hidup kelak.

Sebaliknya jika pelajar gagal untuk


mempelajari kemahiran baharu maka
terhasillah personaliti seperti rendah diri
dan tidak yakin dengan diri sendiri.

Pada peringkat ini, kanak-kanak mampu


menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu, sosial dan bahasa. Personaliti
yang dibentuk dalam diri mereka ialah
tekun, rajin bekerja, sangat aktif dan
yakin untuk berjaya walaupun cara
berbeza. (Walker, S. P., 2007)

Peringkat 4 :
Kecekapan lawan rasa
rendah diri
Mereka yang mampu untuk mempelajari
kemahiran baharu akan memupuk nilai
personaliti yang baik misalnya
meningkatkan daya keyakinan dalam
diri.

Aktiviti-aktiviti pelajar yang berfaedah


kadang-kala tidak diberikan pujian boleh
mengakibatkan sikap ketekunan mereka
makin luntur kerana kekurangan
perhatiannya disitu.

Pada peringkat ini, remaja yang berjaya


menyelesaikan krisis identiti akan
memperoleh kesedaran akan matlamat
hidup. Perkara sebegini menanamkan
personaliti positif seperti jati diri yang kuat
dan kuat menghadapi dugaan hidup.

Sekiranya remaja tetap bercelaru


dengan peranan dan matlamat
kehidupan, mereka akan mengalami
kekeliruan dan tidak berupaya membuat
pilihan terutamanya dalam persoalan
yang memerlukan jawapan segera.

Peringkat 5 : Identiti
lawan kekeliruan
peranan
Personaliti seperti suka menyendiri,
mudah menyerah dan pendirian yang
tidak teguh menyebabkan matlamat
perjuangan remaja tersasar.

Remaja yang berjaya menemui identiti


diri sebenar menyebabkan mereka kuat
dan bersedia untuk merancang masa
depan yang mencabar. Personaliti
positif ini yang akan membantu remaja
membentuk kekuatan dalaman yang
diperlukan.

Tetapi sebaliknya akan berlaku


sekiranya seseorang itu tidak
mengalami pengalaman hubungan
kasih sayang. Personaliti mereka akan
sentiasa muram sedih kerana sunyi
mengalami pengasingan.

Pada peringkat ini, seorang dewasa yang


berjaya dalam hubungan berpasangan
akan merasai dirinya disayangi dan tidak
sia-sia hidup di atas muka bumi.
Pembentukan hubungan kasih sayang
menyebabkan seseorang itu sentiasa
dalam keadaan personaliti positif.

Peringkat 6 : Intim
lawan pengasingan
Oleh itu, personaliti bagi seseorang
dewasa itu dia mampu mendepani
cabaran dengan lebih kuat kerana
percaya ada seseorang yang memberi
sokongan daripada belakang. Pasangan
individu tersebut boleh dikatakan
sebagai pembakar semangat dalam
melakukan sesuatu matlamat.

Personaliti seperti suka menyendiri,


mudah menyerah dan kecewa dengan
diri sendiri juga boleh berlaku. Sikap ini
boleh terjadi kerana mereka merasakan
yang mereka kekurangan kasih sayang
dan tiada tempat mengadu.

Personaliti yang dihasilkan ialah individu


yang kreatif dan produktif iaitu mereka
berjaya membina kerjaya yang mantap di
samping keluarga yang bahagia.

Tetapi individu yang mempunyai


personaliti mementingkan diri sendiri
dan tidak pernah memberikan apa-apa
sumbangan kepada orang lain akan
merasa kecewa dan kurang berpuas
hati dengan kehidupan.

Peringkat 7 :
Generativiti lawan
stagnasi
Personaliti seperti tamak, mementingkan
diri sendiri dan tidak peka akan sekeliling
membayangi golongan ini. Lanjutan
daripada ini merek kecewa akan diri
sendiri sehinggakan ada yang
sanggu[ bunuh diri.

Selain itu, individu yang banyak


memberi sumbangan dan kerja amal ini
akan sentiasa dalam keadaan puas hati
dan bersyukur dengan kehidupan
mereka.

Sebaliknya individu akan berasa gagal


dalam hidup, berputus asa dan
menyesali kehidupan mereka sekiranya
mereka melepaskan banyak peluang
untuk berjaya dalam hidup di dunia dan
di akhirat.

Individu yang berpuas hati dengan


pencapaian yang telah dikecapi dan
mampu hadapi masalah-masalah
sepanjang kehidupan silam telah berjaya
capai tahap kesepaduan .

Peringkat 8 :
Kesepaduan lawan
putus asa
Personaliti bagi kumpulan ini ialah
mereka merasa puas, gembira dan
bangga dengan diri sendiri kerana telah
berjaya menyumbang pelbagai
pengorbanan buat pihak pihak tertentu.
Selain itu, golongan ini kadang
personaliti seperti resah dan sedih
kerana memikirkan nasib selepas
kematian.

Personaliti bagi kumpulan ini mereka


banyak senyap, kurang berbicara dan
pasif bergerak kerana masa banyak
dihabiskan dengan merenung nasib dan
menyesal akan perbuatan sia-sia lampau.

5.0

Penutup
Umum mengetahui, semua manusia akan melalui peringkat perkembangan

sosioemosi dengan cara yang tersendiri. Pelbagai faktor disekitar kita yang telah
memainkan peranan penting dalam membantu murid dalam perkembangan sosioemosi
mereka. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam suasana yang penuh kasih saying, menerima
bimbingan dan dorongan yang berteraskan agama, maka perkembangan sosioemosi pada
semua peringkat akan menjadi mudah. Sebaliknya, jika kanak-kanak datang daripada
keluarga yang tidak prihatin serta tidak memberi asuhan dan bimbingan terhadap mereka,
maka hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi gangguan emosi.

Anda mungkin juga menyukai