Anda di halaman 1dari 3

Teori Erik Erikson Teori perkembangan sosia-emosional Diperkenalkan oleh Erik Erikson

( 1902 1994 ) yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual
Freud. Teori perkembangan psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori teori
yang paling terkenal dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa
personaliti yang terbentuk dalam satu siri peringkat. Berbeza dengan teori Freud peringkat
psikoseksual, teori Erikson menerangkan kesan pengalaman merentasi seluruh jangka
hayat, dari lahir hingga kematian. Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson
ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui
interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah ubah disebabkan oleh
pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan orang
lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga mendorong
tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan merasai perasaan
yang tidak mencukupi. Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah
berdasarkan lima prinsip iaitu: i. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama ii.
Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas
iii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu iv. Setiap tahap mempunyai
konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
berikutnya .v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikut Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan
gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada
lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau
menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul
yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Berikut adalah jadual
konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua :
Peringkat konflikCiri-ciri perkembangan emosi Contoh / huraian 0 - 1 tahun(bayi) -
Kepercayaan lawan ketidakpercayaan Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama
membina rasa kepercayaan secara peringkat membina rasa ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dapat dipenuhi ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif
Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh
atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak
diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar,
ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan
ketakutan dan berprasangka 1 -3 tahun (awal kanak-kanak) - Autonomi Lawan Malu/Ragu
Keinginan memiliki kuasa keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri merasa
malu jika tidak diberi kuasa merasa malu didepan orang merasa takut melakukan kesalahan.
Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran
fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika
berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap
keupayaan diri 3-6 tahun ( awal kanak kanak tadika )- Inisiatif lawan serba salah belajar
cepat bergerak cepat peka kepada yang betul dan salah merasa serba salah jika ketawa
membina sikap negatif jika merasa serba salah Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba
berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka
meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka juga suka
bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul
apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran 6-11
tahun ( kanak-kanak) - kerajinan lawan rasa rendah diri. keinginan menguasai sesuatu
keinginan berjaya menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial memerlukan peneguhan
positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya merasa komplek rendah diri
jika dikritik. Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya
menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang
diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan
merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi
juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka 12-20 tahun (remaja) -
Identiti lawan keliruan identiti Cuba memahami diri menghadapi krisis identiti sensitif kepada
perubahan badan dan imej diri membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif
perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat peringkat dahulu. Remaja mesti
berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan
sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang
lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat,
ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya 21-25 tahun
(Awal Dewasa) - Kemesraan lawan keterasingan berusaha terus mencari identity berusaha
membentuk ikatan kemesraan sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman
kecewaan, terus keterasingan Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam
perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan
merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan
melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri 26-60 tahun
Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan
aktiviti produktiviti individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang
bermakna. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau
sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan
kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan
rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain 61 ke atas tahun
Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga orang tua yang kurang
puas hati dengan kehidupannya akan takut mati. Merupakan kemuncak perkembangan iaitu
berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan
dalam diri. Perkara sebaliknya jika gagal akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan
di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya

Anda mungkin juga menyukai