Anda di halaman 1dari 19

KO N S EP K EN DIRI

APA ITU KONSEP KENDIRI?

o Persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan,


kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri
iaitu gambaran tentang rupa, kesihatan dan tingkah laku
seseorang individu.

o Ianya dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang


lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar.
TEORI KONSEP KENDIRI
Carl Rogers (1950)
-Konsep kendiri terjadi apabila individu itu sendiri berikan diri
kepada dirinya sendiri secara sedar apabila menggunakan
perkataan saya atau aku.

Vemon (1980)
-Personaliti ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri
serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada
orang lain.
Stewat dan Friedman (1987)
-Konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya
yang berbeza dengan individu lain sejak peringkat bayi.

Amir Awang (1991)


-Konsep kendiri sebagai integrasi penilaian diri sendiri, penilaian
orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap
dirinya.
JENIS-JENIS KONSEP
KENDIRI

KONSEP KENDIRI POSITIF

KONSEP KENDIRI NEGATIF


KONSEP KENDIRI POSITIF
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih
sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu
sensitif.
Individu akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan
berbanding dengan kegagalan.
Individu menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada
daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun
orang yang berada di persekitarannya.
Menghadapi cabaran dengan penuh semangat serta percaya
kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa dan mudah
mengalah.
Pandai menyembunyikan masalah dan menganggap masalah
tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi.
KONSEP KENDIRI NEGATIF
Merupakan individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan
sama ada dalam apa bidang sekali pun.

Individu jenis ini sentiasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat
merajuk, serta perasaan mudah tersinggung.

Kurang menerima perhatian dan kasih sayang sama ada dari ibu
bapa, guru serta rakan-rakan.

Individu ini mudah putus asa apabila menemui kegagalan.


Individu ini sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk atau tidak
baik pada diri mereka.

Contohnya: Sekiranya gagal selesaikan masalah, individu ini


cenderung membuat penilaian negatif pada diri sendiri.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF
1) Faktor Dari Sifat Semulajadi - baka Dan Penglibatan Diri Sendiri.
2) Faktor Role Model Iaitu Peranan Ibu Bapa, Guru, Dan Rakan
Sebaya.
3) Faktor Persekitaran - Sebaran Am, Budaya Serta Persepsi Dari
Orang Lain.
4) Faktor Kepercayaan - Agama, Keselamatan, Kasih Sayang Dan
Kehormatan Diri
1) FAKTOR DARI SIFAT SEMULAJADI-BAKA DAN
PENGLIBATAN DIRI SENDIRI.
Baka - memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri
yang positif.
-Jika mempunyai masalah kecacatan yang diwarisi
semasa lahir seperti kerosakan mental, akan
melahirkan kesan kepada perkembangan konsep
kendiri yang negatif.
Penglibatan diri - bergantung pada individu terhadap
penglibatan dengan aktiviti yang dilakukan.
-Contoh: pengalaman alam persekolahan, media massa,
budaya dan lain-lain.
2) FAKTOR ROLE MODEL IAITU PERANAN IBU BAPA,
GURU, DAN RAKAN SEBAYA.
Ibu bapa- perlu adanya penerapan nilai-nilai murni serta
menunjukkan peribadi yang baik kepada anak-anak.
-Jika sebaliknya, anak-anak akan mengalami
perkembangan konsep kendiri yang negatif.
Guru- bertanggungjawab untuk mendidik dan membantu
membina konsep kendiri positif
Rakan sebaya- individu yang mudah terpengaruh adalah individu
yang tidak mempunyai jati diri atau konsep kendiri positif yang
kukuh.
3) FAKTOR PERSEKITARAN-SEBARAN AM, BUDAYA
SERTA PERSEPSI DARI ORANG LAIN.
Pengaruh sebaran am - maklumat bersumberkan ilmu
pengetahuan
contoh: rancangan televisyen dan sumber internet
Budaya- penekanan terhadap satu-satu nilai dalam sesebuah
kebudayaan akan mempengaruhi perkembangan kendiri pada
setiap individu
contoh: hormat menghormati, toleransi, tolong menolong.
4) FAKTOR KEPERCAYAAN-AGAMA, KESELAMATAN,
KASIH SAYANG DAN KEHORMATAN DIRI
Agama- setiap individu yang berpegang teguh pada agama akan
menunjukkan kendiri yang positif.
Keselamatan- individu akan jalani hidup secara sihat tanpa rasa
terancam
Kasih sayang - individu akan rasa sentiasa gembira dan selamat
bagi membina konsep kendiri yang positif.
Kehormatan diri - sifat malu melakukan perkara yang tidak
bermoral adalah konsep kendiri yang positif yang harus ada
dalam diri individu.
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
A. Proses kaji diri (introspection)
- Kajian yang dilakukan terhadap pemikiran, perasaan, idea dan motif diri.
-Kajian yang biasa dilakukan pada diri sendiri.

Contoh:
1) Siapa saya?
2) Apa tujuan aku dijadikan?
3) Adakah aku ini terlalu sensitif.
B. Persepsi diri (self perception)
-Pandangan atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya.
-Melihat pada perlakuan diri sendiri dan daripada pengalaman
dirinya
Contoh:
i) Aku seorang yang baik kerana melakukan perkara yang
baik.
ii ) Aku boleh jadi pelawak sebab aku suka buat lawak.
C. Reaksi orang lain (other peoples reaction).
- Kita tahu mengenali diri kita daripada melihat reaksi orang lain
terhadap kita.

Contoh:
i) Orang ketawa dengar lawak aku, aku ni mesti kelakar
orangnya.
ii) Ramai orang nak belajar dengan aku, aku mesti orang
yang pandai.
RUMUSAN
KONSEP KENDIRI - merujuk pada tanggapan seseorang mengenai dirinya.

KONSEP KENDIRI TERBAHAGI PADA DUA:


I) Konsep Kendiri Positif
II) Konsep Kendiri Negatif.

FAKTOR MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI


-Baka -Kebudayaan
-Struktur Fizikal - Sekolah
-Emosi -Status Sosial
-Keluarga

Anda mungkin juga menyukai