Anda di halaman 1dari 57

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN

SIGMUND FREUD

TEORI PSIKOSEKSUAL
SIGMUND FREUD
6 Mei 1856 - 23 September 1939.

Dilahirkan di Freiberg, Moravia (Czechoslovakia)

Anak sulung daripada 8 orang adik beradik (5


orang perempuan dan 3 orang lelaki).

Sangat suka mengkaji mengenai tingkah laku


manusia disebabkan suasana keluarganya yang
luar biasa.
Percaya bahawa dalam diri manusia ada alam
sedar, prasedar dan tidak sedar.

Percaya bahawa pembentukan personaliti


manusia adalah berdasarkan tiga sistem yang
berbeza namun saling berkaitan iaitu id, ego dan
superego.
5 PERINGKAT PERKEMBANGAN
PSIKOSEKSUAL

ORAL

ANAL

FALIK/PHALLIC

LATENSI/LATENCY

GENITAL
ORAL
Lahir-18 bulan.

Bayi mendapat kepuasan melalui


aktiviti oral seperti menghisap dan
memasukkan sesuatu dalam mulut
(aktiviti berkaitan mulut, bibir dan
lidah).

Ini akan mengurangkan tekanan


pada diri bayi.
ANAL
18 bulan-3 tahun

Bayi mula mampu mengawal


otot-otot perkumuhan.

Mendapat kepuasan melalui


aktiviti perkumuhan, buang air
besar dan air kecil.

Waktu yang sesuai untuk


dilatih ke tandas (toilet training)
FALIK/PHALLIC

3-6 tahun.

Kanak-kanak mula tertarik


dengan ibu bapa yang berlainan
jantina.

Fenomena ini dikenali sebagai


Oedipus Complex dan Electra
Complex.
LATENSI/LATENCY

6-baligh

Perkembangan seksual tidak


ketara, tetapi perkembangan
sosial lebih menonjol.

Mula berkawan dan berkongsi


kemahiran sosial.
GENITAL

Baligh dan ke atas.

Perkembangan seksual
kembali.

Mula berminat dengan


individu yang berlawanan
jantina di luar dari lingkungan
keluarga.
ERIK ERIKSON

TEORI PSIKOSOSIAL
ERIK ERIKSON

1902-1994

Membentuk teori berdasarkan kepada


pengalaman kehidupan beliau dan apa
yang dipelajari melalui Sigmund Freud.

Percaya bahawa perkembangan manusia


dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu faktor
kendiri, emosi dan faktor sosial.

Percaya perkembangan manusia


bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan-keperluan asas.
8 PERINGKAT PERKEMBANGAN
PSIKOSOSIAL

Percaya lawan tidak percaya


Autonomi lawan rasa malu

Inisiatif lawan rasa bersalah

Industri lawan rasa rendah diri

Identiti lawan kekeliruan peranan

Intimasi lawan pengasingan diri

Generativiti lawan pemusatan kendiri

Kesepaduan lawan rasa putus asa


PERCAYA LAWAN TIDAK PERCAYA

Trust vs mistrust
0-1 tahun.

Membina rasa mempercayai.

Jika kehendak bayi dipenuhi secukupnya, ia


akan memperolehi harapan untuk terus hidup.
AUTONOMI LAWAN RASA MALU

Autonomy vs shame of doubt


1-3 tahun.

Berdikari atau melakukan setiap perkara


sendiri.
Mahu melakukan segalanya secara sendiri dan
mahu membuktikan yang dia berkuasa
membuat sesuatu.
INISIATIF LAWAN RASA BERSALAH

Initiative vs guilt
3-6 tahun.

Mencipta aktiviti baru dan tanggungjawab


moral.
Suka bertanya dan cara masyarakat bereaksi
terhadap mereka akan menentukan kendiri
mereka apabila dewasa.
INDUSTRI LAWAN RASA RENDAH DIRI

Industry vs inferiority
6-baligh.

Membina kemahiran sosial dan penghargaan


kendiri.
Menunjukkan kemahuan dan kecenderungan
untuk mengetahui bagaimana sesuatu itu
berlaku dan apakah proses-prosesnya.
IDENTITI LAWAN KEKELIRUAN PERANAN

Identity vs identity confusion


10-20 tahun.

Mencari identiti, imej dan nilai diri.

Siapa saya? Apakah tujuan hidup saya?

Pemilihan kerjaya dan kecenderungan stail


hidup yang akan diikuti pada zaman dewasa
sering ditentukan pada tahap ini.
INTIMASI LAWAN PENGASINGAN DIRI

Intimacy vs isolation
20an 30an.

Membina hubungan intim dan memilih kerjaya.

Mula mencari pasangan hidup dan memulakan


satu perhubungan peribadi yang bermakna.
GENERATIVITI LAWAN PEMUSATAN KENDIRI

Generativity vs stagnation
40an-50an.

Membina keluarga dan menjadi lebih produktif.

Menjadi aktif dalam menolong orang lain serta


memikirkan tentang hal-hal yang boleh
memberi manfaat kepada generasi akan
datang.
KESEPADUAN LAWAN RASA PUTUS ASA

Integrity vs despair
60 tahun ke atas.

Menerima kehidupan yang dimiliki.

Berlaku perubahan-perubahan fizikal dan


mental yang tidak dapat diperbaiki.
JEAN PIAGET

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF


JEAN PIAGET

Ogos 1896-16 September 1980.

Dilahirkan di Neuchatel (Switzerland).

Anaksulung kepada pasangan Arthur Piaget dan


Rebecca Johnson.

Merupakan ahli psikologi kanak-kanak yang


terkenal.

Teori beliau berdasarkan pemerhatian terhadap


tiga orang anaknya.

Menjalankan kajian tentang bagaimana individu


memproses maklumat dan mengemukakan
pendapat tentang perkembangan kognitif manusia
dalam bentuk tahap demi tahap.
PROSES PEMBINAAN PEMAHAMAN
1. Penyusunan/Organization

2. Penyesuaian/Adaptation
Asimilasi - berlaku apabila individu
memasukkan maklumat baru ke dalam
pengetahuan sedia ada.
Akomodasi - berlaku apabila individu
melakukan penyesuaian dengan mengubah
maklumat.
4 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Deria motor/Sensorimotor
Praoperasi/Preoperational

Operasi konkrit/Concrete operational

Operasi formal/Formal operational


DERIA MOTOR/SENSORIMOTOR

Dari lahir-2 tahun.


Memahami kewujudan sesuatu dengan melihat
dan memegangnya sebagai satu objek.
Muncul kefahaman tentang pengekalan objek
(objek tetap wujud walaupun ia tidak dapat
dilihat, didengar atau disentuh).
PRAOPERASI/PREOPERATIONAL

2-7 tahun.
Kepetahan kanak-kanak bergantung kepada
respon individu yang berada disekelilingnya.
Sering menggambarkan sesuatu yang ingin
difahami dalam bentuk imej, gambaran dan
bayangan.
Animisme, egocentric, centration.
OPERASI KONKRIT/CONCRETE OPERATIONAL

7-11 tahun
Mula mampu memahami sesuatu daripada
pandangan orang lain.
Belajar unsur-unsur pemikiran logik.

Belum memahami perkara-perkara yang


abstrak.
OPERASI FORMAL/FORMAL OPERATIONAL

11 tahun dan berterusan sehingga dewasa.


Berupaya memahami logik, sebab akibat dan
konsep-konsep abstrak.
Berkebolehan menghipotesis, meramal,
membuat kesimpulan serta berfikir tentang
kebarangkalian sesuatu perkara boleh berlaku.
LAWRENCE KOHLBERG

TEORI PERKEMBANGAN MORAL


LAWRENCE KOHLBERG

1927

Professor
di Universiti Havard dan
mula popular pada tahun 1970-an.

Teoribeliau banyak bergantung pada


pemikiran ahli psikologi Swiss, Jean
Piaget dan ahli falsafah John Dewey.

Menekankan kepada perkembangan


manusia dalam bentuk moral.
3 TAHAP DAN 6 PERINGKAT PERKEMBANGAN
MORAL
TAHAP 1: PRAKOVENSIONAL
Orientasi Hukuman dan Kepatuhan.
Orientasi Ganjaran Individu.

TAHAP 2: KONVENSIONAL
Orientasi Kanak-kanak baik Good Boy-Nice Girl.
Orientasi Mengekal Susunan Sosial.

TAHAP 3: POSKONVENSIONAL
Orientasi Perjanjian Sosial.
Orientasi Prinsip Etika Universal.
TAHAP 1: PRAKOVENSIONAL
ORIENTASI HUKUMAN DAN KEPATUHAN

Mematuhi arahan yang diterima.


Takut dihukum jika melakukan kesalahan.

Peraturan dipatuhi untuk elakkan hukuman

Perbuatan baik atau buruk ditentukan oleh


akibat fizikal.
ORIENTASI GANJARAN INDIVIDU

Keperluan individu menentukan salah atau


betul.
Membuat sesuatu untuk mendapatkan
ganjaran atau pujian.
Pertolongan adalah atas dasar mengharapkan
balasan.
TAHAP 2: KONVENSIONAL
ORIENTASI KANAK-KANAK BAIK GOOD BOY-NICE GIRL

Mengikut pandangan orang lain.


Mengikut cakap orang, yang mana baik dia
akan buat.
ORIENTASI MENGEKAL SUSUNAN SOSIAL

Undang-undang adalah mutlak.


Pihak berkuasa mesti dihormati dan susunan
sosial dikekalkan.
Lebih memberi perhatian kepada individu yang
mempunyai autoriti.
TAHAP 3: POSKONVENSIONAL
ORIENTASI PERJANJIAN SOSIAL

Kebaikan dinilai dari standard hak individu


yang ditentukan secara sosial.
Dapat menilai sesuatu yang baik dan yang
salah dan mula memahami hak manusia serta
membuat perjanjian.
ORIENTASI PRINSIP ETIKA UNIVERSAL

Lebih matang dari segi emosi dan nilai yang


dipegang.
Kebaikan dan betul adalah perkara-perkara
yang melibatkan hati nurani.
Seseorang individu melibatkan konsep abstrak.

Membuat keputusan berdasarkan prinsip


sendiri dan mengikut undang-undang atau
hukum-hakam dalam menyelesaikan masalah.
FOWLER

TEORI SPIRITUAL
FOWLER

12October 1940 - 16 October 2015

Professor perkembangan manusia dan


teologi di Universiti Emory.

Mengkaji mengenai perkembangan


kepercayaan (faith) dan moral.

Teori yang dihasilkan adalah hasil


penelitian teori perkembangan kogniitf
Jean Piaget dan teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg.
PRATAHAP DAN 6 TAHAP PERKEMBANGAN
SPIRITUAL

Pratahap/Prestage

Intuitiveprojective faith
Mythical-literal faith

Synthetic-conventional faith

Individuative-reflective faith

Conjunctive faith

Universalizing faith
PRATAHAP/PRESTAGE

Bayi

Rasa percaya, harapan dan kasih sayang


bersaing dengan ancaman pengabaian dalam
persekitaran.
INTUITIVE PROJECTIVE FAITH

Kanak-kanak (Toddler and preschooler).

Belum faham tentang konsep-konsep spiritual.

Meniru tingkahlaku dan sikap individu dewasa


yang berkaitan dengan aktiviti keagamaan dan
kerohanian.
MYTHICAL-LITERAL FAITH
Kanak-kanak(School-age child).

Menerima kewujudan kuasa Yang Maha Besar.

Kepercayaan terhadap agama dan moral


digambarkan melalui cerita.

Faham konsep reciprocal fairness.


SYNTHETIC-CONVENTIONAL FAITH

Remaja.

Mempersoalkan tentang nilai dan kepercayaan


agama dalam mencari identiti diri.
INDIVIDUATIVE-REFLECTIVE FAITH

Akhir remaja dan awal dewasa.

Memahami tentang rasa tanggungjawab


terhadap kepercayaan dan sikap sendiri.
CONJUNCTIVE FAITH

Dewasa.

Mengintegrasikan pandangan-pandangan lain


berkaitan kepercayaan ke dalam pemahaman
sendiri tentang kebenaran.
UNIVERSALIZING FAITH

Dewasa.

Menjadikan konsep tentang keadilan dan kasih


sayang sebagai suatu yang tangible.
PANDANGAN ISLAM

TEORI PERKEMBANGAN ROHANI


4 PERINGKAT PERKEMBANGAN ROHANI

Awal Kanak-kanak
Akhir Kanak-kanak

Awal Remaja

Akhir Remaja
AWAL KANAK-KANAK

2-6 tahun.
Peroleh perasaan suka didampingi.

Mula memahami konsep ketuhanan melalui


gambaran berbentuk benda atau lukisan
sahaja.
Boleh memahami dan menghayati konsep yang
mudah tentang kebesaran Tuhan, nilai-nilai
dan adap sopan.
AKHIR KANAK-KANAK

7-12 tahun
Kesediaan rohani mula mantap.

Amalan rukun Islam boleh diamalkan dengan


tepat.
Rukun Iman mula difahami dan dihayati.

Islam mula memberatkan tentang ajaran solat.


AWAL REMAJA

12- 15 tahun
Nilai ketuhanan, konsep dosa pahala telah
difahami secara konseptual atau dengan
maksud yang jelas.
Mudah dipengaruhi oleh persekitarannya.

Memerlukan kepuasan kerohanian untuk


menghadapi dugaan hidup.
AKHIR REMAJA
15-20 tahun
Mula mempunyai pegangan yang kukuh kepada
agama.
Percaya kewujudan Tuhan, dosa, pahala dan
hari pembalasan.
Mula mempersoalkan aspek kerohanian secara
logik.
Mula memikirkan Tuhan dan sifat ketuhanan
secara abstrak.
Kadang-kadang timbul perasaan ragu-ragu,
gelisah dan curiga

Anda mungkin juga menyukai