Anda di halaman 1dari 20

PSIKOSOSIAL

Hidup kita sehari-hari dipengaruhi dan mempengaruhi persekitaran ( sosial dan fizikal). Sebagai insan bermasyarakat kita tidak hidup di dalam hampagas (vakum) sebaliknya dikelilingi oleh pelbagai anasir yang mempengaruhi diri kita. Sehubungan itu terdapat satu sains yang cuba menerangkan hakikat ini. Sains itu dinamakan sebagai psikososial. Ahli-ahli psikososial mengkaji bagaimana manusia mempengaruhi antara satu dengan lain juga tentang tingkah laku, perasaan dan fikiran kita yang sering dipengaruhi oleh tindakan orang lain.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON,1956


Diperkenalkan oleh Eric Homburger Erikson yang dilahirkan pada tahun 1902 di Jerman. Dibesarkan oleh bapa tirinya Dr.Theodore Homburger yang berbangsa Yahudi. Tahun 1939 berpindah ke California, pernah menjadi pensyarah di Universiti California dan professor dalam bidang psikiatri di Harvard. Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah Young Man Luther, Ghandi s Truth dan Life Cycle Completed. Sehingga kematiannya pada 12 Mei 1994, beliau merupakan seorang yang aktif dalam membantu masyarakat terutamanya golongan tua & kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Teori Perkembangan Psikososial Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip utama; i. ii. Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. iii. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini perlu diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. v. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Erikson berpendapat kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari satu tahap ke satu tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan (konflik sosial ) pada setiap tahap tersebut. Konflik ini akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Erikson percaya manusia juga berpotensi untuk perkembangan psikososial yang sihat dan mereka berupaya mengatasi kesulitan-kesulitan yang timbul dari semasa ke semasa pada tahap-tahap perkembangan yang tertentu. Hasil kajiannya,Erikson menyatakan manusia merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia juga mempunyai identiti tersendiri.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

8 tahap perkembangan konsep kendiri psikososial Erikson;


1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Peringkat Oral-sensori (0-1 tahun) Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan Peringkat Maskular-anal (1 3 tahun) Autonomi lawan Perasaan malu/Keraguan Peringkat Lokomotor-genital (3-6 tahun) Inisiatif lawan Keraguan Peringkat Latency (6-12 tahun) Ketekunan lawan Rasa rendah diri Peringkat Remaja (12-19 tahun) Identiti lawan Kekeliruan Identiti Peringkat Awal Dewasa (18 35 tahun) Keintiman lawan Keasingan Peringkat Pertengahan Alam Dewasa (35 - 60 tahun) Generativiti lawan Pemusatan kendiri/ kekakuan Peringkat Tua (60 tahun akhir hayat) Intergiti lawan Putus asa/ kekecewaan

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

1. Peringkat Oral-sensori (0-1 tahun) Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan


Peringkat perkembangan yang amat penting, apa yang berlaku pada peringkat ini akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman-pengalamannya. Bayi perlukan keperluan asas, hubungan yang erat,kasih sayang dan kepercayaan daripada pengasuhnya. Sekiranya gagal diperoleh, ketidakpercayaan akan timbul.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

2. Peringkat Maskular-anal (1 3 tahun) Autonomi lawan Perasaan malu/Keraguan


Konsep kendiri seseorang mula nyata. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang dia cakap serta buat itu merupakan satu tindakannya dan bukanlah orang lain. Keinginan untuk bertindak secara bebas juga meningkat. Kanak-kanak gemar membuat sesuatu secara sendiri dan bukannya bergantung kepada orang lain. Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak mungkin berkepercayaan yang dia adalah cekap dan berkebolehan. Sebaliknya jika dia berasa dirinya kurang cekap, dia akan berasa malu dan mula meragui kebolehan dirinya.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

sambungan

Tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa dipuji dan diterima akan menyebabkan dia berasa lebih berkeyakinan. Sebaliknya, tingkah laku yang menyebabkan dia didenda atau dimarahi menyebabkan kanak-kanak itu berasa malu atau ragu-ragu. Menurut Erikson, tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal dan tingkah laku yang diingini dipuji. Dengan ini kanak-kanak akan mengenal tingkah laku yang digalakkan dan yang hendak dielak. Kecenderungan kanak-kanak hendak berfungsi secara bebas hendaklah diterima dan didorong. Perasaan autonomi dan kawalan kendiri akan terbentuk jika ibu bapa memberi bimbingan. Dengan ini, anak-anak akan memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa bangga.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

3. Peringkat Lokomotor-genital (3-6 tahun) Inisiatif lawan Keraguan


Perasaan autonominya (jika digalakkan) sudahpun mencapai aras perkembangan yang tinggi. Ada keinginan untuk mencuba, meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu (Inisiatif). Inisiatif merupakan trait yang akan membantu kita sepanjang hayat. Sekiranya trait inisiatif ini hendak dipupuk, kanakkanak harus sentiasa didorong untuk mencuba sesuatu yang baharu. Melalui galakan yang diberikan, mereka akan menyedari kebolehan dan potensi mereka.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

sambungan

Mereka akan mula mengetahui yang mereka boleh mengarah diri mereka untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Kanak-kanak yang dalam keadaan tersebut akan membesar menjadi seorang yang berinisiatif. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak dibenarkan untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang baharu akan membesar menjadi individu yang kurang berinisiatif dan rendah keyakinan diri. Kanak-kanak ini sering rasa bersalah. Justeru perkembangan konsep kendiri kanak-kanak sebegini dilihat membentuk konsep kendiri yang negatif.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

4. Peringkat Latency (6-12 tahun) Ketekunan lawan Rasa rendah diri


Ketika mencapai usia 6 tahun,kanak-kanak amat bertenaga. Kebolehan berbahasa telah meningkat. Mula mencapai peringkat operasi konkrit, iaitu berupaya menggambarkan transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan. Boleh menyusun idea mengikut turutan. Juga boleh memahami sesuatu idea dari beberapa segi. Ini bermakna mereka sudah bersedia untuk menerima pandanganpandangan orang lain. Konsep kejujuran dan taat setia masih lagi sukar difahami.

.sambungan

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Kanak-kanak tidak lagi mudah menerima kekalahan. Pertengkaran juga sering berlaku dalam permainan di mana unsur persaingan adalah kuat. Menurut Erikson, kanak-kanak pada peringkat ini perlu menyalurkan tenaga mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila tenaga kanak-kanak ini ditujukan kepada tugasan yang bertujuan,maka ketekunan individu akan dipupuk. Ketekunan ini akan meningkatkan keterampilan, iaitu keupayaan untuk melakukan/ membuat sesuatu. Peringkat ini merupakan kunci bagi perkembangan sikap rajin, iaitu keinginan melakukan sesuatu yang berfaedah. Sikap ini harus sentiasa digalakkan. Sekiranya keinginan ini dihalang, maka wujud perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

5. Peringkat Remaja (12-19 tahun) Identiti lawan Kekeliruan Identiti Peringkat remaja amat penting dalam menentukan nilai-nilai yang akan membentuk identiti seseorang. Remaja agak keliru tentang tujuan, aspirasi serta harapan orang lain. Akibat keraguan ini, remaja akan mudah meniru pelbagai tingkah laku orang lain terutama yang menjadi idola mereka. Pelbagai amalan, sikap serta nilai yang ditunjukkan oleh seseorang remaja biasanya menimbulkan konflik dengan orang dewasa terutama ibu bapa. Justeru ibu bapa hendaklah memahami keperluankeperluan remaja agar identiti diri yang sihat akan terbentuk.

sambungan

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Remaja merupakan satu peringkat di mana berlakunya krisis identiti kekeliruan peranan mengenai siapa diri mereka yang sebenar dan bagaimanakah hidup mereka pada masa akan datang. Saat yang paling terganggu adalah apabila remaja tidak dapat membuat keputusan mengenai identiti pekerjaan. Tingkah laku bagi kebanyakan remaja bersifat totalisme komitmen yang tidak matang kepada sesuatu idealogi yang mudah dan mengikutnya tanpa banyak soal untuk mengurangkan perasaan kekeliruan. Erikson mempunyai pandangan positif terhadap remaja. Menurutnya, kebanyakan kegagalan dan keraguan remaja bukanlah salah mereka tetapi faktor pilitik, budaya dan teknologi yang membuatkan mereka keliru.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

6. Peringkat Awal Dewasa (18 35 tahun) Keintiman lawan Keasingan


Selepas terbinanya identiti diri yang stabil, golongan muda ini mula menjalinkan hubungan akrab dan mesra dengan orang lain. Mula mencari pasangan hidup dan sanggup berkorban untuk mempertahankan perhubungan itu. Bagi mereka yang tidak dapat menjalinkan hubungan ini dan tidak mempunyai kepuasan dalam pekerjaan, mereka akan rasa terasing dan kesunyian.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

7. Peringkat Pertengahan Alam Dewasa (35 - 60 tahun) Generativiti lawan Pemusatan kendiri/ kekakuan
Golongan dewasa yang sihat adalah mereka yang mempunyai identiti ego yang kuat dan hubungan yang matang dengan orang lain. Generaliti melibatkan proses meningkatkan karier yang produktif dan mengambil berat akan kebajikan generasi yang akan datang. Seseorang akan berasa puas hati jika dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara.

sambungan

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Individu berkenaan juga ingin membantu orang lain yang berada dalam kesusahan serta menjalankan kerja-kerja amal. Kekakuan berlaku apabila terdapat kekurangan dalam produktiviti, rasa bosan, dan kurang terlibat dalam hubungn interpersonal serta berasa tidak puas hati dan kecewa dengan hidupnya. Kegagalan membina kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik juga akan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri. Erikson percaya seseorang boleh menjadi generatif dengan memberi sumbangan ke arah kemajuan masyarakat melalui kerja-kerja yang produktif dan bermanfaat kepada masyarakat.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

8. Peringkat Tua (60 tahun akhir hayat) Intergiti lawan Putus asa/ kekecewaan
Peringkat masa seseorang melakukan refleksi kendiri di mana seseorang akan mengenang kembali apa yang pernah dilaluinya sepanjang hayat. Jika mereka berpuashati (mempunyai kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik), integriti (kesepaduan diri) akan timbul. Sebaliknya jika mereka sentiasa menyesal tentang peluang-peluang yang terlepas pada masa lalu, mereka akan berasa putus asa, sedih dan kecewa.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Anda mungkin juga menyukai