Anda di halaman 1dari 6

Merujuk kepada Teori Perkembangan Sosio-Emosi Erik Erikson (1902-1994), pilih dan

analisis satu peringkat perkembangan yang paling berpengaruh dalam tempoh


persekolahan seseorang murid dan jelaskan peranan guru dalam membantu murid
menyelesaikan krisis pada peringkat tersebut.

1.0 Pengenalan

Nama sebenar Erikson ialah Erik Homburger Erikson (Lampiran 1). Pada 15 Jun
1902, beliau dilahirkan di Frankfurt, Germany dan meninggal dunia pada 12 Mei 1994.
Beliau membentuk teori mengikut pengalaman kehidupannya. Teori beliau digelar
psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yakini faktor kendiri, faktor emosi, dan
faktor sosial yang mempengaruhi perkembangan individu. Mempunyai lapan peringkat
perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh beliau (Lampiran 1). Berdasarkan Teori
Perkembangan Erik Erison, peringkat perkembangan sosio-emosi yang paling
mempengaruhi perkembangan sosio-emosi dalam tempoh alam persekolahan seseorang
murid adalah pada peringkat kelima iaitu identiti lawan kekeliruan peranan (Azlina Abu
Bakar, 2002). Peringkat perkembangan ini mula berlaku kepada individu yang berumur 12
tahun dan berakhir pada umur 18 tahun. Pada peringkat ini, murid dikenali sebagai remaja
atau adolescence.Adolescence bermaksud membesar menjadi matang. Remaja bermaksud
bahawa seseorang individu yang mencapai akhil baligh dan mempunyai kematangan.

2.0 Analisis peringkat perkembangan identiti lawan kekeliruan peranan yang


paling berpengaruh dalam tempoh persekolahan seseorang murid.

Pada peringkat ini, remaja akan mencari tentang peranan mereka dalam
kehidupan serta identitinya. Mereka akan menanyakan soalan ‘siapakah aku?’, ‘apakah
peranan saya’?, dan ‘apakah yang akan dibuat oleh saya pada masa hadapan’?. Dengan
itu, para remaja akan berfikir tentang dirinya daripada pandangan orang lain dan
menyedari bahawa diri mereka adalah berbeza daripada individu yang lain. Oleh itu, mereka
akan mengkritik sifat-sifat peribadinya, dan membandingkan diri mereka dengan individu
lain. Mereka akan mencuba untuk mengubah diri sendiri supaya menjadi seperti orang yang
mereka ingin untuk menjadi atau mengikut sifat rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini
menjelaskan bahawa setiap identiti dalam seseorang individu adalah rumit, unik dan
tersendiri kerana ia melibatkan pelbagai kualiti dan dimensi penilaian. Di samping itu,
maksud identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif yang mereka mengalami dan
bagaimana cara mereka mengadaptasi setiap perkara yang berlaku dalam diri sendirinya.
Dalam membentuk identiti tersendiri, para remaja akan menguji pelbagai peranan dalam

1
kehidupan mereka sehingga mereka dapat memahami serta mengetahui siapakah diri
mereka sebenarnya. Oleh itu, kita dapat melihat secara ringkas bahawa identiti bererti satu
set yang mengandungi ciri dan personaliti seseorang yang sendiri.

Pada tahap ini, remaja akan mengalami perubahan fizikal yang cepat seperti
bertambahnya tinggi dan berat badan, serta perubahan kematangan seks dan perubahan
hormone (Lampiran 2). Ini menunjukkan kematangan seseorang individu.Seseorang individu
remaja akan menjadi lebih bertanggungjawab, bijak dalam membuat pilihan, dan
memanfaatkan kesempatan yang ada dengan sebaiknya bagi menjadi dewasa yang
bertamadun. Remaja pada peringkat itu mengalami perubahan fizikal, intelek serta
emosi dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik di dalam dirinya dan juga
masyarakat (Zainal Madon & Mohd. Sharani Ahmad, 2005). Dari aspek perkembangan
fizikal, bentuk tubuh badan para remaja lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan
seiring dengan transisi emosi mereka. Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam
badan. Kadar pembesaran dan perubahan dalam setiap individu remaja adalah berbeza di
antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar tumbesaran turut berbeza antara
seorang individu dengan individu yang lain.

Lebih-lebih lagi, proses perkembangan pada peringkat ini melibatkan empat


fasa yakini perbezaan, amalan dan eksperimen, memperbaharui perhubungan dan
konsolidasi (Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani, 2016). Jika remaja
berjaya menyelesaikan konflik tersebut, mereka akan membina identiti yang kuat dan
bersedia merancang masa depan. Sekiranya gagal, mereka akan terus mengalami
kekeliruan dan tidak dapat membuat pilihan terutamanya dalam bidang pekerjaan. Dengan
itu, setiap remaja akan mencari jalan penyelesaian dalam melawan kekeliruan identiti dan
peranan yang mereka hadapi. Pada tahap ini, perkembangan dan perubahan fundamental
dalam aspek kognitif, emosi, sosial dan pencapaian dalam diri remaja akan berlaku secara
pantas. Sekiranya pencapaian psikologi dewasa akan menjadi lambat, remaja tidak mampu
mengatasi krisis identiti ini dan akan berasa keliru.

Bagi fasa pertama iaitu perbezaan yang berlaku pada awal remaja, mereka akan
berasa bahawa wujud perbezaan identiti antara mereka dengan ibu bapa dari segi psikologi.
Pada peringkat ini, remaja tidak akan menerima nasihat daripada ibu bapa. Remaja akan
memberontak sekiranya mendapat halangan daripada ibu bapanya semasa mereka ingin
membuat sesuatu perkara. Sekiranya mereka tidak mendapat persetujuan daripada ibu
bapa

mereka untuk membuat sesuatu perkara, mereka akan melakukannya secara


terselindung.Ini adalah kerana sikap ingin mencuba dalam kalangan remaja yang tinggi.

2
Seterusnya, dalam fasa kedua iaitu amalan dan eksperimen remaja akan berasa bahawa
mereka mengetahui semua perkara dan tidak melakukan kesilapan. Pada peringkat ini,
remaja akan lebih mempercayai rakan-rakan sebaya. Remaja akan membuat sesuatu demi
rakannya walaupun perkara itu salah. Sebagai contoh, mereka akan melakukan sesuatu
perkara secara melulu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya seperti ponteng sekolah, dan
gengsterisme. Dua fasa tersebut adalah fasa terpenting dalam pembentukan identiti
seseorang individu dan pengakhiran kepada semua konflik dalaman sebelum melangkah ke
alam dewasa. Para remaja akan menilai kesan dan akibat setiap perbuatan mereka.

Semua manusia akan melalui peringkat perkembangan sosio-emosi dengan cara


yang tersendiri. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membantu murid
dalam perkembangan sosio-emosi mereka. Kanak-kanak yang membesar dalam suasana
yang penuh kasih sayang, menerima bimbingan dan dorongan yang berteraskan agama,
maka perkembangan sosio-emosi pada semua peringkat akan menjadi mudah. Sebaliknya,
jika kanak-kanak datang daripada situasi yang tidak prihatin serta tidak memberi asuhan dan
bimbingan terhadap mereka, maka hal ini akan menyebabkan kanak-kanak menghadapi
gangguan emosi serta krisis. Bagi menyelesaikan krisis tersebut guru memain peranan
penting.

3.0 Peranan guru dalam membantu murid menyelesaikan krisis pada peringkat
tersebut.
Guru perlu menerapkan aspek nilai-nilai murni dalam kalangan murid melalui
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas (Lampiran 2). Kandungan
kurikulum dalam subjek agama, sivik dan moral akan mendidik nilai-nilai murni dalam
kalangan murid. Para guru dapat mengawal tindakan murid yang negatif dengan mendidik
nilai-nilai murni (Kharrenyanyan, 2017). Sebagai contoh, jika seseorang murid tidak
mempunyai nilai-nilai moral maka mereka akan melibatkan diri dalam perkara negatif seperti
merokok, merempit dan penyalahgunaan dadah tetapi dengan mendidik nilai-nilai moral
murid akan mengelakkan diri daripada perkara negatif. Pada masa yang sama, hubungan
yang erat antara guru dan murid akan menjadikan pelajar berasa selesa untuk hadir
ke sekolah (Lampiran 3). Murid-murid juga akan berkongsi masalahnya bersama guru.
Dengan ini, guru boleh membantu murid bagi menyelesaikan masalahnya. Guru boleh
membincang masalah pelajar dengan ibu bapa pelajar bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh seseorang murid atau guru kaunseling boleh memberi kaunseling kepada
pelajar dan ibu bapa.
Selain itu, para guru sentiasa mewujudkan suasana yang tenang dan harmoni
kepada murid. Guru hendaklah mewujudkan suasana yang aman supaya murid dapat

3
belajar dalam suasana yang gembira dan disayangi. Guru perlu menggelakkan suasana
yang marah terhadap murid atau suasana yang cemburu antara murid (Syed Ismail Syed
Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Hal ini kerana, ini akan menjejaskan
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari segi emosi. Guru perlu mempunyai
kemahiran mengurus dan mengawal emosi murid-murid. Contohnya, apabila guru
berkomunikasi dengan dua orang murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza
seperti seorang anak murid yang kaya dan seorang anak murid yang miskin haruslah diberi
layanan yang sama rata. Dengan ini, guru dapat mengawal emosi kedua-dua murid tersebut
dalam perkembangan mereka.

Seterusnya, para guru perlu mengelakkan perbandingan antara murid. Guru


perlu menggalakan murid untuk bersaing dengan diri mereka sendiri dan bukannya dengan
orang lain (Noriati, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Guru perlu mendidik murid
untuk mengenal pasti kelebihan diri yang ada dalam diri mereka dan tidak berfokus kepada
kelemahan diri mereka sahaja. Hal ini amat penting untuk membantu murid membentuk
konsep kendiri yang positif. Guru tidak boleh banding seorang dengan murid lain kerana ini
akan menimbulkan rasa benci dalam kalangan pelajar serta pelajara tidak akan fokus dalam
pembelajaran. Pada masa yang sama, guru perlu membenarkan murid untuk melakukan
kesilapan dalam matapelajaran. Guru hendaklah bersikap terbuka apabila murid
melakukan kesilapan. Guru perlu membimbing murid untuk belajar daripada kesilapan dan
membuat penambahbaikan serta memberitahu murid bahawa kesilapan itu adalah
sebahagian daripada proses pengajaran.

Di samping itu, guru patut menjalankan pembelajaran di hadapan kelas untuk


memberi peluang kepada murid menampilkan diri bagi menambah keyakinan diri
(Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif, 2006). Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar dapat menunjuk
bakat mereka. Dengan bakat pelajar, pelajar dapat membentuk identiti sendiri. Pada masa
yang sama, murid akan bersemangat untuk belajar dan memberi perhatian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi, dalam peringkat ini remaja akan mengalami
kesulitan dan kesukaran dalam membentuk identiti diri kerana mereka berasa keliru bahawa
ingin memuaskan keinginan diri sendiri atau mengikut kehendak ibu bapa. Ini akan
mewujudkan tekanan dalam kalangan murid. Bagi menangani masalah ini, guru perlu
meluang perasaan kasih sayang terhadap murid. Guru harus peka dalam mendengar
masalah peribadi yang dihadapi oleh seseorang murid. Sikap prihatian dan mengambil berat
dalam diri para guru akan memberi peluang dan keselesaan kepada murid untuk berkongsi
tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.

4.0 Kesimpulan

4
Kesimpulannya, dengan remaja membebaskan dirinya daripada kemelut identiti dan
permasalahan diri sendiri, mereka berasa lebih yakin untuk berhidup. Mereka dapat hidup
dengan lebih selesa kerana mereka akan berasa terlepas daripada degala kekurangan,
kelemahan dan ketidak konsisten dalam kehidupan. Remaja juga dapat membentuk identiti
sendiri dan mereka dapat menjalankan peranannya dengan lebih lancer tanpa apa-apa
halangan dan rintangan.

(1405 patah perkataan)

RUJUKAN

5
Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2006). Membentuk identiti remaja. Dimuat turun
pada 23 Ogos 2018 daripada https://books.google.com.my/books?id=Qxm6x
Gy0DekC&pg=PA183&lpg=PA183&dq=guru+perlu+mengelakkan+perbandingan+ant
ara+murid&source=bl&ots=qYG8G8PrFU&sig=yQt2KhUhKYve7RqgdxPHOvIpNy0&h
l=en&sa=X&ved=2ahUKEwjfrt6RuordAhUDQ48KHerMAZkQ6AEwA3oECAcQAQ#v=
onepage&q=guru%20perlu%20mengelakkan%20perbandingan%20antara
%20murid&f=false.

Azlina Abu Bakar. (2002). Psokologi Personaliti Individu. Selangor: Karisma


Publications Sdn. Bhd.

Kharrenyanyan. (2017). Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar
menerusi penerapan nilai murni: satu sorotan. Dimuat turun pada 23 Ogos 2018
daripada https://www.slideshare.net/Kharrenyanyan1605/peranan-sekolah-dan-guru-
dalam-pembangunan-nilai-pelajar-menerusi-penerapan-nilai-murni-satu-sorotan.

Noriati, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru.Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan
Kanak-Kanak Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainal Madon & Mohd. Sharani Ahmad. (2005). Panduan Mengurus Remaja Moden.
Dimuat turun pada 23 Ogos 2018 daripada https://books.google.com.my/books?
id=nqSv4RFJJqYC&pg=PA180&dq=identiti+remaja&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjc9
_SSv4rdAhWLo48KHS-eB5QQ6AEIXjAI#v=onepage&q=identiti%20remaja&f=false

Anda mungkin juga menyukai