Anda di halaman 1dari 6

Refleksi (a)

Chuah Sing Bee

Dengan amat bersyukurnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan projek


perkembangan kanak-kanak dengan lancarnya. Jadi, pertama sekali sudah
tentulah saya menggunakan aplikasi ini dengan baik melalui bimbingan En
Jamalludin.

Perkembangan kanak-kanak merupakan sebuah topik yang mengkaji tentang


proses pertumbuhan kanak-kanak. Sebagai seorang guru, guru perlu
mengetahui dan mendalami topik ini agar lebih jelas dengan psikologi
perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa implikasi topik ini kepada
saya sebagai seorang bakal guru.

Semasa pembentangan kumpulan

Teori Erikson ini,

manusia berpotensi

mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi


kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Murid-murid
yang sentiasa berasa kurang yakin terhadap dirinya sendiri adalah perkara
yang serius kerana akan mempengaruhi akademik mereka. Guru amat perlu
untuk memainkan peranan yang penting dalam mengubah seseorang murid
daripada kurang yakin kepada yakin dalam kehidupan mereka. Apabila saya
telah mengetahui akan hal ini, saya akan cuba memberikan bimbingan
kepada murid-murid. Bimbingan yang betul akan membantu murid-murid
menjadi lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Ini akan membantu ke arah pembentukan personaliti yang positif.

Melalui topik perkembangan kanak-kanak ini juga, saya dapat mengetahui


perbezaan individu bagi setiap kanak-kanak. Aspek-aspek perbezaan bagi
setiap individu kanak-kanak adalah berbeza dari aspek kognitif, emosi, sosial,
kecerdasan dan fizikal. Implikasi hal ini ialah saya sebagai seorang guru
adalah perlu mempunyai ciri-ciri seperti bersifat bertolak ansur dan sentiasa
bersabar untuk memahami perasaan dan emosi murid-muridnya. Saya akan
memainkan peranan dalam mengenal pasti murid agar tidak melabelkan
murid yang lemah sebagai murid yang bodoh dan tiada masa depan. Setiap
manusia yang dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing.

Dalam kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pintar dan

lemah, saya tidak akan mempercepatkan proses menghabiskan sukatan


pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya akan melihat situasi bagi setiap
murid-murid yang diajar. Bagi murid-murid yang mempunyai tahap kognitif
yang tinggi, saya akan cuba memberikan latihan yang lebih kepada muridmurid ini. Manakala bagi murid yang mempunyai tahap kongnitif yang lemah,
saya akan lebih banyak membimbing mereka untuk memahami sukatan
pelajaran di dalam kelas. Justeru, dengan saya mengetahui aspek individu ini
akan memudahkan saya memahami psikologi setiap murid-murid

Motivasi merupakan salah satu perkara untuk meningkatkan keyakinan


kanak-kanak. Ada di antara murid yang berasa kecewa kerana sering dikritik
oleh gurunya dan mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Sebagai

seorang guru, saya akan lebih memberikan motivasi kepada murid-murid agar
tidak kecenderung dalam masalah yang dihadapi. Saya akan lebih peka
terhadap masalah yang dihadapi dan sering membantu murid-murid di saat

mereka memerlukan perhatian dan dorongan daripada guru. Saya juga akan
menggunakan percakapan yang sesuai supaya tidak menyakitkan hati
mereka. Dengan motivasi

yang

berterusan,

murid-murid

akan lebih

bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.

Murid-murid yang sentiasa beranggapan bahawa kawan-kawannya tidak


melayani dengan baik akan berhidup dengan tidak gembira dan bersendirian.
Dengan mengetahui

sifat murid-murid seperti

ini, saya

akan

cuba

mempelbagaikan suasana pengajaran dan pembelajaran. Saya akan


membantu kanak-kanak itu menyedari emosi dengan menulis diari untuk
luahan emosi. Dengan cara ini dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh murid-murid di samping menolong mereka menyelesaikan masalah.
Selain itu, saya juga akan mengelolakan banyak aktivitii kumpulan supaya
memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain
seperti permainan, lakonan ataupun pertandingan di samping dapat
memperapatkan hubungan mereka.

Sebagai rumusannya, topik perkembangan kanak-kanak perlu difahami dan


dihayati oleh setiap guru. Penguasaan topik ini akan memberi banyak
implikasi yang mendalam bagi setiap guru. Dengan pengetahuan yang
lengkap terhadap perkembangan kanak-kanak, guru mampu untuk memberi
khidmat yang terbaik kepada murid-murid agar menjadi insan yang berjaya
bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Refleksi (b)

Teori perkembangan kanak-kanak mempunyai beberapa jenis teori antaranya


ialah teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori psikososial Erikson, teori
perkembangan moral Lawrence Kohlberg dan sebagainya. Saya akan
menghuraikan teori dengan menggunakan teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg dan teori psikososial Erikson dalam amalan pengajaran
dan pembelajaran.

Berdasarkan

Teori

Perkembangan

Erik

Erikson,

manusia

berpotensi

mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi


kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan
peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap
peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa
masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Peringkat keempat ialah fasa lndustri lawan rendah diri yang wujud pada
kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun. Setiap kanak-kanak akan
menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapi risiko
perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap
sesuatu perkara. Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran, saya akan
memberi pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif untuk
mencuba menjawab soalan yang ditanya atau menghantar tugasan dengan
masa yang tepat.

Selain itu, saya akan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan


kebolehan kanak-kanak supaya mereka mampu melakukannya dengan jaya.
Saya tidak akan memberi aktiviti yang di luar kemampuan kanak-kanak
supaya mereka tidak akan terasa rendah diri dan tidak percaya kepada
kebolehan diri. Dengan ini dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Teori perkembangan Lawrence Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat


perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan
bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan

dan

perkembangan moral masing-masing. Teori Kohlberg mempunyai 3 tahap


utama yang mengandungi 2 peringkat penaakulan moral.

Berdasarkan Kohlberg, tahap 1 adalah pra- konvensional yang dinilai


berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan
tersebut. Dalam tahap ini terdapat 2 peringkat iaitu peringkat 1 adalah
orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat 2 iaitu orientasi ganjaran
peribadi.

Pada peringkat pertama ini, kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan


kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar
peraturan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari
segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka
tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan
masyarakat. Dalam hal ini, untuk proses pengajaran dan pembelajaran, saya

akan membantu murid membuat hubungkait antara nilai yang dinyatakan


dengan tingkahlaku yang dibuat. Saya akan membincangkan sebab salahlaku
dan akibat yang akan mereka hadapi sekiranya melanggar etika sekolah atau
rumah dan bukannya terus member hukuman. Cara ini dapat memberi
peluang bagi mereka berfikir sendiri dan mengenal pasti mana yang betul
perlu diteruskan.

Peringkat kedua ialah orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih


menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu
dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas
mereka.

Ini

bermakna

apa

yang

dapat

memuaskan

hati

atau

menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip


keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara itu berlaku kepada kedua-dua
belah pihak. Untuk proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan banyak
menerapkan nilai-nilai murni dalam strategi dan isi kandungan pengajaran
dan pembelajaran mereka tanpa mengambil kira mana-mana subjek yang
diajar. Dengan ini, dapat mengelakkan murid melakukan sesuatu demi
mendapatkan sesuatu balasan. Cara ini juga dapat melahirkan mereka
menjadi orang yang bermoral tinggi.

Sebagai kesimpulannya, teori perkembangan kanak-kanak amat berguna


untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Justeru, Hal ini akan memudahkan guru untuk memahami setiap kanak-kanak
yang diajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai