Anda di halaman 1dari 1

Teori kognitivisme

Teori pembelajaran kognitivisme menerangkan pembelajaran sebagai perubahan


dalam pengetahuan yang disimpan dalam memori. Teori ini dipelopori oleh Piaget
(1954). Menurut ahli psikologi tersebut, seseorang mula belajar melalui memberi
perhatian ke atas sesuatu rangsangan. Misalnya, tiupan angin yang menyebabkan
dahan pokok bergoyang secara mental seseorang akan memandingkannya dengan
gambaran yang sama diketahuinya dan sedar bagaimana ia padan dengan stuktur
kognitifnya yang lampau (memori). Dengan cara ini seseorang itu akan membentuk
satu konsep baru berkenaan gambaran baru dan menyimpannya dalam ingatan
mengikut bagaimana konsep itu padan dengan konsep yang lampau.
Perubahan dalam pengetahuan yang disimpan dalam memori akan membawa
pelajar melakukan penemuan dan kefahaman tentang perkara yang dipelajari.
Pengajar memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar sendiri dengan dipandu
oleh pengajar. Oleh itu, susunan yang baik dan sistematik akan membawa kesan
kepada proses pembelajaran yang baik kepada pelajar (Schuman,1996). Ahli
psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan
tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkah laku
dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan
seperti pengetahuan, perasaan, harapan dan pemikiran.
Kognitif juga berkaitan dengan mental, dan ianya berkait rapat dengan
ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui teori
Pemprosesan Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar
memproses maklumat oleh pelajar. Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan
jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.
kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan jangka
panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan
dengan tugas-tugas yang kompleks.

Anda mungkin juga menyukai