Anda di halaman 1dari 2

Reformasi dan Transformasi Pertanian

Definisi Reformasi pertanian berlaku melalui pengubahsuaian struktur, strategi dan program peralihan dasar. Reformasi ini berlaku selaras dengan penggubalan dan perlaksanaan strategi perindustrian serta pempelbagaian ekonomi.

Tujuan

Menjadikan sektor ini lebih kompetitif dan mempunyai faedah berbanding serta faedah persaingan di pasaran tempatan mahupun di arena antarabangsa.

Strategi

(a) Meningkatkan nilai ditambah keluaran pertanian (b) Meningkatkan penggunaan hasil sampingan pertanian (c) Meningkatkan pendapatan daripada aktiviti bukan pertanian untuk menambah pendapatan isi rumah (d) Meningkatkan penjimatan tukaran asing

Masalah 1. Isu penurunan relatif sumbangan sektor pertanian kerana cara pengeluaran negara dikira. Perakaunan pengeluaran negara mengira sumbangan sektor pertanian pada peringkat pengeluaran pertama. Oleh itu, sumbangan relatif sektor pertanian tidak akan bertambah malahan menurun sedikit mengikut masa.

2. Transformasi dan pembangunan di negara maju atau industri telah sampai ke tahap sekarang melalui pembiayaan atau proses pemerahan sektor pertanian. Proses transformasi dan pembangunan cenderung untuk meminggirkan sektor dan penduduk pertanian.

3. Pelaburan semula sektor industri dan swasta kepada sektor pertanian masih rendah walaupun terdapat kapasiti dan peluang yang luas bagi membangun sektor tersebut.

Faktor Utama

1. Saiz pemilikan tanah yang kecil 2. Persaingan hebat dari dalam dan luar negara 3. Turun naik harga 4. Kekurangan tanah Cadangan (a) Penggunaan tanah secara optimum melalui penyatuan tanah dan perladangan yang tersusun dan berorganisasi. (b) Menggunakan teknologi secara efektif dalam kegiatan pertanian. (c) Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan pertanian. (d) Memperkembangkan industri asas-tani dan memproses makanan. (e) Meningkatkan akuakultur dan tanaman kontan.

Anda mungkin juga menyukai