Anda di halaman 1dari 31

Dasar Pertanian Negara

Disediakan oleh Unit Pengajian Am 1 / 2012

Kabinet lulus Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 03/10/2011 9:56pm KUALA LUMPUR 3 Okt. Dasar Agro Makanan Negara bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 diluluskan Kabinet Rabu lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, antara lain dasar itu yang menggantikan Dasar Pertanian Negara, akan menumpukan kepada bekalan makanan negara yang bukan saja mencukupi tetapi juga selamat dimakan. Dasar ini juga bertujuan meningkatkan pendapatan golongan petani dan usahawan tani selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020, katanya, kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini. Noh berkata, dasar itu juga akan dijadikan panduan oleh sektor swasta dalam menjadikan industri agro makanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan. Katanya, industri agro makanan diunjur berkembang pada kadar 4.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 dengan nilai ditambah meningkat kepada RM29.8 bilion. "Nilai ditambah untuk industri asas tani dijangka meningkat daripada RM12.7 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.8 bilion pada tahun 2020. "Eksport industri agro makanan dan asas tani pula diunjur meningkat daripada RM27 bilion pada 2010 kepada RM36.5 bilion pada tahun 2020, katanya. Bernama
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25. htm

Penekanan kepada dasar expansionary yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko.

Dengan kedudukan tanah dan tenaga buruh pertanian yang baik, melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.

a). Memaksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber-sumber negara secara cekap.

b). Menjadi asas kepada pembangunan pertanian.

a). Kegiatan pertanian dibangunkan secara komersial. b). Tidak menggalakkan perdagangan dan pertanian secara tradisional. c). Menggalakkan perladangan berkelompok dengan menggunakan sistem pengurusan moden dan jentera secara intensif. d). Menggalakkan penyertaan yang lebih aktif daripada sektor swasta dalam pembangunan pertanian.

Memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha - usaha meluaskan kawasan penanamannya pembangunan industri asas tani Penumpuan kepada usaha pembangunan pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani bertujuan mengeksploitasi faedah berbanding Menambah peluang pekerjaan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi menerusi pasaran niche.

a). Membentuk sektor pertanian yang dinamik dan cergas. b). Pemodenan dan komersialisasi sektor pertanian.

a). Penggunaan sumber dengan optimum dan sepenuhnya. b). Pencepatan penggunaan projek bersepadu asas tani. c). Mengintensifkan penyelidikan dan pembangunan (R & D) d). Peranan utama sektor swasta. e). Reformasi sistem pemasaran. f). Pengembangan output bahan makanan untuk penggunaan domestik dan eksport.

Untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa. Menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara menerusi program tranformasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melalui Plan Tindakan BOT (Balance Of Trade). Memajukan sektor pertanian sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdayasaing.

Memaksimumkan pendapatan melalui : a). penggunaan sumber secara optimum b). meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK iaitu di paras 8 %. c). menambah pendapatan pengeluar - negara pengeluar makanan utama di dunia - pengedar makanan halal (Halal Food Hub)

Memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima

a). Meningkatkan sekuriti makanan (food security) b). Meningkatkan produktiviti dan dayasaing sektor pertanian perkembangan yang berterusan melalui bioteknologi. c). Mengukuhkan pertalian dengan sektor sektor lain. d). Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian akuakultur dan hidroponik e). Memulihara dan menggunakan sumber sumber asli secara mapan.

i.

Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach)

Pendekatan ini akan menghasilkan: a. menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburan perhutanan tani. b. membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.

Samb:
c. menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis perhutanan bersama tanaman industri sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah. menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

d.

ii.

Pendekatan Berasaskan Produk (Product - Based Approach)


dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna.

Pendekatan ini menghasilkan: a.

b.

menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian. menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.

c.

Samb.
d. meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan. menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan di peringkat ladang, yang secara tak langsung dapat meninggikan pendapatan ladang.

e.

Yang manakah langkah yang dapat menjadikan sektor pertanian sebagai tonggak ketiga ekonomi negara ? I. Menganjurkan pameran pertanian, hortikultur dan pertanian berasaskan pelancongan. II. Menukar tanaman daripada jualan kepada tanama makanan. III. Membangunkan industri pengeluaran makanan halal. IV. Menghadkan bilangan kemasukan pekerja asing.

A. I dan II B. I dan III

C. II dan IV D. III dan IV

Antara yang berikut, yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara ? I. Menstabilkan dan memantapkan harga keluaran pertanian. II. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian. III. Mengukuhkan ekonomi negara. IV. Meningkatkan mutu komoditi eksport pertanian.

A. I dan II B. I dan IV

C. II dan III D. II dan IV

Membuka rancangan tanah baru seperti FELDA dan JENGKA Menubuhkan koperasi peladang Menswastakan projek-projek pertanian Strategi di atas dilaksanakan melalui A. Dasar Ekonomi Baru B. Dasar Penswastaan C. Dasar Pertanian Negara D. Dasar Urbanisasi Negara

Anda mungkin juga menyukai