Anda di halaman 1dari 32

Hubungan antara sektor pertanian dan

sektor perindustrian
• Transformasi pertanian menyebabkan sektor
pertanian dapat berubah daripada pertanian
sara diri kepada sektor pertanian komersial
yang khusus dalam pengeluaran tanaman
untuk pasaran export.

• Perkembangan ini memberi kesan kepada


sektor industri sebagai pergantungan.
• Pekembangan sektor pertanian menyediakan
pasaran bagi output industri dan berlakunya
pindahan sumber-sumber termasuk modal dan
buruh.

• Perkembangan sektor industri telah


meningkatkan permintaan untuk output
pertanian dan menyerap lebihan buruh dalam
sektor pertanian.
1.Pertumbuhan Sektor Pertanian
Kadar Syarat
Perdagangan

gA

Pertumbuhan
• Semakin tinggi harga barangan pertanian,
semakin besar kuasa beli pertanian.
• Harga makanan tinggi baik untuk permintaan
industri.
• Kadar pertumbuhan pertanian bergantung
kepada kadar syarat perdagangan industry
(SPI)
• Perlukan SPI yang lebih rendah supaya
pertumbuhan sektor pertanian meningkat.
• Hubungan adalah negatif dengan syarat
perdagangan industry.
2. Pertumbuhan Sektor Perindustrian
Kadar syarat
Perdagangan

gI

min

max Pertumbuhan
• Harga makanan rendah baik untuk penawaran
industri
• Perlukan harga makanan yang murah supaya
dapat lebihan pendapatan yang dapat ditabung
untuk pembetukan modal bagi menampung
perkembangan sektor industry yang rendah.
• Pada tahap SPI minimum, pertumbuhan
perindustrian adalah kosong.
• Pertumbuhan perindustrian tidak boleh melebihi
tahap maksimum supaya harga barangan
perindutrian tidak terlalu tinggi berbanding harga
makanan.
3. Penetuan Tingkat Keseimbangan

Kadar Syarat
Perdagangan

gI

P1

P*
P2

gA

g1 g2 g* Pertumbuhan
• Pada peringkat pertumbuhan yang minimum,
sector perindustrian tidak mampu beli
makanan sektor pertanian.
• Pada tahap pertumbuhan yang maksimum,
upah sektor pertanian tidak mampu beli output
industri.
• Mengandaikan keanjalan pendapatan daripada
permintaan untuk barangan pertanian dan
perindustrian adalah sama.
• Kadar pertumbuhan output pertanian mewakili
kadar pertumbuhan permintaan untuk
barangan perindustrian.
• Kadar pertumbuhan output perindustrian
mewakili kadar pertumbuhan permintaan
kepada output pertanian.
• Pada P1(harga makanan rendah) kadar
pertumbuhan DD untuk barangan perindustrian
adalah g1.
• Pada P2 (harga makanan tinggi) kadar
pertumbuhan SS untuk barang perindustrian
adalah g2.
• Tingkat keseimbangan dicapai apabila gA
bersilang dengan gI, harga keseimbangan pada
P* dan pertumbuhan maksimun pada g*.
• Titik persilangan gA dan gI, pada tingkat P*
dan G* merupakan tingkat keseimbangan yang
boleh dicapai oleh kedua-dua sektor tanpa
menjejaskan pertumbuhan mana-mana sektor.
• Pada P1, gA kurang daripada gI menyebabkan
berlaku lebihan SS output industri.
• Pada P2, gA lebih daripada gI, menyebabkan
sektor industri tidak dapat berkembang kerana
output pertanian sangat mahal.
Kajian Kes

• Kes 1: industri – India


• Negara India memberi perhatian kepada
perkembangan sektor perindustrian dan ia beri
dua kesan.
1. Tukaran asingnya merosot kerana terpaksa
import lebih banyak makanan. 60% daripada
bijirin terpaksa diimport, jentera yang banyak
tidak dapat dibeli untuk modenkan sektor
pertanian.
2. Sektor pertanian tidak dapat jadi dorongan
yang kuat bagi perkembangan sektor
perindustrian menyebabkan pasaran domestik
untuk keluaran industri tidak dapat
berkembang.

3. Maka kerajaan india terpaksa membangunkan


semula sektor pertanian.
Kes 2: Pertanian – Sri Lanka

• Sri Lanka lebih fokus kepada pengeluaran padi


di bawah dasar penggantian import.
• Kerajaannya banyak menjalankan usaha
dalam sistem pengairan, harga minimum padi
dan peruntukan baja.
• Kesannya, pengeluaran pertanian meningkat
dan pendapatan penduduk luar bandar
meningkat.
• Import barang-barang pembuatan juga
meningkat dangan banyak menyebabkan
simpanan rizab asing telah menurun.

• Bagi mengatasi masalah ini, kerajaannya


menjalankan dasar penggantian import
terhadap barang-barang pengguna.
Kes 3:Pembangunan seimbang antara s
indusrti dan pertanian – Malaysia
• Negara kita lebih menekankan strategi
pertumbuhan seimbang di semua sektor.

• Perkembangan dalam sektor pertanian


diasaskan daripada jenis tanam dan ternakan
yang ada pasaran di luar Negara.

• Kesannya, pendapatan luar Bandar meningkat.


• Sektor industri dapat dibangunkan dengan
berasaskan input daripada sektor pertanian.

• Contohnya kilang-kilang mengetin buah-


buahan, sayur-sayuran untuk pasaran tempatan
dan dieksport.

• Kesimpulannya, Pertumbuhan sektor pertanian


berjalan seiring dengan sektor industri.
1. Berupaya ubah sikap petani
2. Berupaya sumbang kepada pertumbuhan
ekonomi keseluruhan
3. Berupaya meningkatkan daya pengeluaran
4. Tingkat kebajikan penduduk mesti dapat
ditingkatkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

 DEB (1970) pula telah dilaksanakan untuk tujuan menyusun semula kegiatan
ekonomi antara kaum dan kemajuan sektor pertanian.

 Matlamat –matlamat berikut terdapat dalam kerangka DEB :


a) Menambahkan peluang pekerjaan –menambahkan penggunaan sumber
pengeluaran.
b) Menambahkan pendapatan petani – berinsentifkan alat pertanian moden
dan membesarkan saiz pengusahaan.
c) Memperbanyakkan saiz , jenis, kuantiti keluaran serta memperbaiki
mutu keluaran pertanian.
d) Memperkukuhkan institusi –institusi seperti persatuan peladang-
penduduk diberi peluang mengambil bahagian dalam kehidupan ekonomi dan
soial negara.
e) Membasmi kemiskinan dan pengenalan ekonomi mengikut kaum.
1. MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN SEKTOR PERTANIAN
Melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan
berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan
ekonomi dapat dipertingkatkan semula.

2. MEMAKSIMUMKAN PENDAPATAN PENGUSAHA/PEKEBUN


KECIL
Melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat
dikurangkan dan kualiti hidup keluarga dapat diperbaiki.

3. MEMAJU DAN MENINGKATKAN HASIL SERTA MUTU KOMODITI


Komoditi pertanian yang mempunyai potensi besar akan dieksport atau
digunakan sebagai bahan gantian serta komoditi yang terpilih akan
dijadikan sebagai bahan makanan dan perindustrian.
 Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan
pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada tanaman
komoditi seperti kelapa sawit dan koko.

 Melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam


pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan
pembukaan tanah-tanah baru.

 Objektif DPN1 : memaksimumkan pendapatan petani melalui


penggunaan sumber-sumber negara secara cekap.

 Usaha ini dilakukan menerusi :


o penyusunan semula pekebun kecil dan
o pembukaan tanah baru,
o penyerapan teknologi,
o sekuriti makanan,
o pembekalan subsidi, insentif harga
o pengembangan industri asas tani.
 Perluasan konsep penswastaan dijalankan dengan mengalakkan
penyertaan aktif daripada sektor swasta dalam pembangunan
pertanian dengan menekankan projek yang lebih besar dan ekonomi.

 Kegiatan perladangan secara berkelompok dengan menggunakan


sistem pengurusan moden dan jentera secara intensif digalakkan.

 Galakan-galakan fiskal tertentu dan pengecualian duti, tarif dan


perlindungan telah diberikan juga oleh kerajaan.

 Masalah dihadapi :
-kelambatan sektor swasta bertindak balas terhadap galakan ini
menyebabkan kerajaan terus memikul beban utama ini.
-sektor pertanian juga mengalami penurunan dari segi
sumbangan kepada KDNK, guna tenaga dan mengalami
penurunan nilai ditambah.

 Maka, DPN2 pun diwujudkan sebagai penerusan dan


penambahbaikan daripada DPN1.
• Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi
penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan.
• Strategi baru diberikan kepada penglibatan sektor swasta , reformasi pemasaran
dan pembangunan sumber manusia.

• DPN2 juga telah membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani.
Tujuan :
o untuk menambah peluang-peluang pekerjaan,
o menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti
o menambah hasil pertukaran asing negara.

• Masalah dihadapi :
kekurangan tenaga buruh, kadar upah yang meningkat berbanding produktivti
pekerja dan sumber tanah dan air yang semakin terhad disebabkan persaingan
kegunaannya oleh sektor perindustrian, perumahan dan perbandaran.

• Berdasarkan kepada pertimbangan di atas, pada tahun 1999, Kerajaan telah


melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang
menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara.
Objektif:
1. meningkatkan sekuriti makanan
2. Mengukuhkan pertalian sektor pertanian dengan
sektor-sektor lain bagi mewujudkan kesinambungan
3. Meningkatkan produktiviti dan daya saing
4. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli
secara mapan
5. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru
• Dua pendekatan utama telah diberi tumpuan dalam DPN 3 iaitu pendekatan
perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk.

Pertanian dan perhutanan harus berjalan seiring dan menjadi pelengkap antara satu sama
lain. Ini bermakna aktiviti perhutanan dan pertanian harus diintegrasikan melalui
pembangunan usahasama (joint development) bagi memaksimumkan pulangan
pelaburan. Tujuan seperti :

(a) menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburan
perhutanan tani.

(b) membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama;
ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.

© menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis


perhutanan bersama tanaman industri (sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan
pulangan pelaburan tanah.

(d) menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini
akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.
Pendekatan ini mengambil kira kehendak sesebuah pasaran dan pengguna.
Sebelum pengeluaran, produk dan pasaran dikenal pasti terlebih dahulu
yang berdasarkan kehendak pasaran, cita rasa dan potensi. Tujuannya
seperti :
(a) dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia
berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa
pengguna.
(b) menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung
meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian.
© menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan
pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.
(d) meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan
mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan.
(e) menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan,
pembungkusan, pemprosesan diperingkat ladang, yang secara tak langsung
dapat meninggikan pendapatan ladang.
Dasar pembangunan luar bandar
Beberapa dasar yang dilaksanakan seperti :
1) Program pembangunan komuniti
-Program industri kecil dan latihan /kemahiran (MARA)
- insentif kepada golongan petani
-penawaran biasiswa khusus untuk pelajar
-Peruntukan untuk program penyelidikan
-Program kesedaran

2) Program pembukaan tanah


- Melibatkan juga inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan,
penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA .
-Agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan
tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi
kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
-menggemblengkan semula sektor pertanian dengan memajukan tanah pertanian
terbiar.
-Tanah dibebaskan dan diagihkan semula kepada petani yang berminat.
3) Program pendekatan pembangunan bersepadu
• Seperti dalam RMK-3 dan RM-4, penekanan telah diberikan dalam projek
pembangunan pertanian bersepadu (IADP). Program ini menekankan
penyerangan serentak dan bersepadu kepada masalah seperti kemiskinan,
daya pengeluaran yang rendah dan sosioekonomi.
• Penyediaan infrastruktur yang lengkap (pengairan, jalan raya dan bekalan
kemudahan asas).
• Teknologi dan input moden disediakan melalui subsidi dan institusi
sokongan.
• Penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia
(BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)
(1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
(1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi
kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan
kepada kumpulan sasar.
• Contoh projek berjaya : Muda, Kemubu, Barat Laut Selangor.
• Dasar pertanian negara merupakan sebahagian daripada wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

• Dasar yang diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan sektor pertanian yang maju,
matang, berdaya tahan dan berdaya saing.

• Penekanan keluaran pertanian dilihat dari sudut peningkatan produktiviti dengan


kualiti yang tinggi dari penggunaan teknologi moden dan hasil daripada R& D
yang mantap.

• Maka, bolehlah kita merumuskan bahawa masa depan sektor pertanian adalah
cerah. Semua negara di dunia bergantung kepada sektor pertanian kerana peranan
utamanya menyediakan makanan, sama ada mengeluarkan sendiri atau
mengimport.

• Walaupun sektor pembuatan dan perkilangan adalah penyumbang terbesar ekonomi


negara . Tetapi sektor pertanian tetap berperanan penting kerana membekalkan
input pertanian bagi membolehkan kilang dan jentera terus beroperasi.

Anda mungkin juga menyukai