Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

“Knowledge is a tree and its fruits are words; Thought is the sea and its pearls are
wisdom”.

Abd Al Hamid

Manusia dicipta oleh penciptanya, Allah S.W.T sebagai makhluk yang mempunyai

pelbagai kelebihan dan keistimewaan kerana dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Menurut

Hadis Nabi, ‘Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sepanjang malam’. Manakala,

di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang merujuk kepada kata aqal disebut sebanyak 40

kali. Oleh itu, pentingnya kepada manusia untuk berfikir dan terus berfikir bagi menyelesaikan

sesuatu masalah yang dihadapi secara kreatif dan kreatis.

Kemahiran berfikir bergantung kepada gaya pemikiran yang diamalkan oleh seseorang

sama ada mahu menutup dirinya dari dunia luar atau membuka mindanya untuk menawan

dunia. Pakar psikologi, Robert Sternberg, gaya berfikir adalah cara yang paling digemari

apabila hendak menggunakan kepintaran dan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah

ataupun membuat sesuatu tugasan. Terdapat pelbagai gaya berfikir yang akan dibincangkan di

dalam esei ini seperti positif, negatif, objektif, proaktif dan sebagainya. Di samping itu, gaya

berfikir digunakan untuk membuat keputusan dengan lebih baik, melihat sesuatu perkara dari

pelbagai sudut perspektif dan untuk membuat sesuatu perkara dengan lebih sistematik.

1
2.1 PEMIKIRAN NILAI

Gaya pemikiran nilai merupakan nilai yang paling penting semasa membuat keputusan.

Hal ini menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara sama ada

baik atau buruk hasil daripada tindakan yang diambil. Setiap orang daripada kita mempunyai

nilai yang dijadikan pegangan atau panduan hidup seperti nilai agama dan nilai moral. Sebagai

contoh, sesuatu nilai hanya akan diterima jika ia selaras dengan nilai yang dipegang oleh bakal

penggunanya.

Sebelum sesuatu idea dinilai, Edward de Bono mencadangkan pemikir perlu

mengumpul idea dan maklumat serta memperbaiki idea tersebut dengan melihat kelemahan-

kelemahan atau keburukan idea itu kemudian memikirkan cara-cara bagi mengatasi kelemahan

atau keburukan yang telah dikenalpasti. Seterusnya, barulah idea itu dinilai dari setiap sudut

untuk dipertimbangkan.

Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan, gaya pemikiran nilai

boleh digunakan pada dua peringkat. Pertama, berdasarkan nilai yang dipegang atau diingini.

Contohnya, nilai moral berkaitan dengan hubungan remaja lelaki dan perempuan kerana hal

ini menunjukkan nilai agama atau moral sesuatu kaum. Pada peringkat kedua pula ialah

peringkat membuat keputusan iaitu setelah idea-idea kreatif dijana untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Pada peringkat inilah gaya pemikiran nilai dilaksanakan Oleh itu,

pemikiran nilai memainkan peranan yang besar kerana ia berupaya mencorakkan pemikiran

dan tingkah laku individu serta masyarakat.

2
2.2 PEMIKIRAN OBJEKTIF

Pemikiran objektif ialah sejenis gaya pemikiran yang memberi penekanan terhadap

maklumat dan fakta. Menurut pendapat Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, matlamat gaya

pemikiran ini ialah untuk mendapatkan maklumat yang sedia ada, maklumat yang belum

dikumpulkan, maklumat lanjut, dan cara untuk mendapatkan maklumat.

Antara kebaikan menggunakan kemahiran jenis ini ialah ia membolehkan kita melihat

sesuatu masalah dengan terperinci kerana kita memahami masalah yang dihadapi dengan lebih

jelas dan terperinci. Selain itu, pemikiran objektif tidak menggunakan emosi, sikap prejudis

mahupun menilai. Hal ini demikian kerana ia tidak melibatkan penilaian atau membuat

cadangan. Proses gaya pemikiran ini melibatkan alat-alat berfikir seperti CAF

( Consider All Factors) dan FIP ( First Important Priorities). Proses ini dapat membantu kita

lebih fokus dan keputusan yang diambil akan menjadi lebih praktikal serta tepat.

Sebagai analogi, kita menghadapi masalah untuk membuat keputusan iaitu bagaimana

cara untuk menghadapi kereta yang sedang rosak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Gaya pemikiran objektif menggalakkan supaya kita berfikir iaitu mengenal pasti punca

kerosakan dan cuba untuk mengenal pasti jalan penyelesaian seperti menghubungi mekanik

dan sebagainya.

2.3 PEMIKIRAN POSITIF DAN NEGATIF

Pemikiran positif merupakan sebahagian daripada pemikiran konstruktif. Menurut

Ainon dan Abdullah, lazimnya, pemikiran positif bertmatlamat untuk melihat kebaikan,

kegunaan, peluang, dan faedah pada sesuatu situasi tertentu. Sebagai contoh, dalam situasi

3
seperti seorang anak yang secara tidak sengaja telah menumpahkan air di dalam cawan. Bagi

pemikiran positif, ibu tidak akan memarahi anaknya sebaliknya akan menasihati dan menegur.

Hal ini merupakan kaedah-kaedah yang berunsur positif.

Selain itu, kegunaan utama pemikiran positif ialah untuk memberi alasan-alasan kepada

kebaikan sesuatu idea, memberi cadangan penambahbaikan idea yang kurang baik serta

memberi faedah yang bakal diperoleh jika sesuatu idea telah dilaksanakan. Peranan ini telah

dimainkan oleh topi kuning yang terdapat di dalam teknik Enam Topi Berfikir (De Bono,

1995). Teknik ini juga dikenali sebagai pemikiran yang membina.

Pemikiran negatif pula bermatlamat untuk melihat keburukan, bahaya, kekurangan,

kesusahan, kerugian, kecacatan, risiko dan masalah (Ainon dan Abdullah, 1995). Hal ini

bermaksud, ia akan mendorong kita supaya meneliti dan membuat penilaian terhadap sesuatu

keputusan yang dibuat.

Pemikiran negatif boleh digunakan untuk meneliti sesuatu perancangan, mencari

kebenaran serta mencari kelemahan sesuatu idea. Bagaimapun, kegunaan pemikiran ini secara

berlebihan akan memudaratkan penggunanya seperti sikap yang terlalu berhati-hati dan takut

untuk mengambil risiko akan membantutkan keputusan yang bakal dibuat. Begitu juga dengan

pemikiran positif,jika mengamalkannya secara berlebihan akan menyebabkan pengguna gagal

untuk meramalkan kemungkinan negatif yang terdapat pada sesuatu idea.

Tambahan pula, pemikiran negatif dapat kita lihat pada contoh seperti masyarakat

Melayu lazimnya banyak menggunakan kaedah-kaedah negatif seperti mengugut, mamarahi,

melarang dan memerintah untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Ironinya, kita perlu lebih

cenderung untuk melihat isu atau peristiwa yang berlaku dari kedua-dua sudut dan ini dapat

meluaskan persepsi serta tindak balas kita.

2.4 PEMIKIRAN PRAGMATIK

4
Perkataan pragmatik berasal daripada perkataan Inggeris (pragamatic) dan telah

diperkenalkan pada 1875 oleh seorang ahli pemikir logik dari Amerika, C.S. Peirce.

Menurutnya, kejayaan sesuatu idea itu hanya dapat dibuktikan sebagai sesuatu yang berkesan

sekiranya ia berjaya direalisasikan secara praktikal. Ironinya, sesuatu idea itu berjaya apabila

ia boleh dibuat atau dilaksanakan.

Pemikiran pragmatik akan menjadikan kita lebih bersikap praktikal, realistik, wajar,

mementingkan kegunaan serta mempunyai pelan pelapis atau back-up plan. Oleh itu, gaya

pemikiran ini merupakan golongan yang tidak akan bertindak atau melakukan sesuatu

sekiranya ia telah terbukti keberkesanannya.

Sebagai analoginya, mereka yang mengamalkan gaya pemikiran ini akan memilih idea

yang boleh dilaksanakan secara serta-merta walaupun idea tersebut dianggap kurang baik

kerana bagi mereka pelaksanaan lebih penting berbanding idea yang lebih baik.

2.5 PEMIKIRAN PROAKTIF

Seseorang yang menggunakan gaya berfikir jenis ini merupakan seorang yang

berfikiran jauh dan boleh menjangkakan kemungkinan yang bakal berlaku. Individu ini akan

jauh berfikir tentang sesuatu perkara terlebih dahulu berbanding orang lain. Malah, pengguna

ini akan cepat bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan bersedia dengan rancangan

masa depan atau strategi untuk halangan yang bakal dihadapi.

5
Selain itu, gaya berfikir proaktif akan melihatkan pengguna tersebut untuk berimaginasi

tinggi dan perlu berfikiran logik kerana tujuannya ialah penting untuk persaingan antara satu

sama lain bagi mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya secara positif.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang bosan untuk belajar kerana masalah keluarga atau

faktor lain didekati oleh rakan yang prihatin, memberikannya galakan dan nasihat telah

meyakinkan pelajar itu semula tentang pentingnya ilmu pendidikan. Tindakan inilah yang

boleh dikatakan sebagai gaya pemikiran proaktif kerana rakannya mengambil tindakan awal

untuk menasihati pelajar bermasalah tersebut.

2.6 PEMIKIRAN REAKTIF

Gaya pemikiran ini melibatkan pengguna berfikir hanya apabila terdapat sesuatu

peristiwa atau kejadian yang memerlukannya untuk berfikir. Hal ini bermaksud seseorang itu

tidak akan berfikir selagi tidak ada perkara yang berlaku. Fokus pemikirannya juga ditentukan

oleh perkara tersebut.

Pegguna gaya fikiran ini akan sentiasa ketinggalan untuk menjana idea dan ketinggalan

daripada perkara yang telah dilakukan oleh orang lain. Oleh itu, individu ini tidak akan bersaing

dan tidak merebut peluang kerana tidak proaktif sama sekali.

Sebagai analoginya, antara ayat yang sering dituturkan oleh pengguna reaktif ialah

seperti :

a) Saya tidak boleh

b) Dia menyebabkan saya geram

c) Tiada apa yang boleh saya buat.

Sebagai kesimpulannya, sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka

membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

6
2.7 PEMIKIRAN PROJEKTIF

Menurut pendapat Ainon dan Abdullah, kemahiran gaya ini penting bagi kita untuk

mengelakkan pelbagai keputusan dan tindakan yang disangka betul pada waktu sekarang tetapi

kemudian terbukti salah.

Gaya pemikiran ini akan cuba untuk menjangka dan meramal terhadap sesuatu perkara

yang belum berlaku seperti meramal kesan, faedah, dan sebagainya sebelum membuat

keputusan. Pengguna ini akan berfikiran jauh dan mempunyai wawasan yang tersendiri. Hal

ini penting kerana untuk mengelakkan sebarang kesilapan ketika membuat keputusan.

Pemikir gaya projektif perlu menggunakan gaya pemikiran proaktif ketika membuat

perancangan, ramalan, hipotesis, dan andaian tentang segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Gaya pemikiran proaktif dapat membantu gaya pemikiran projektif untuk membuat andaian

yang tepat dan berkesan.

Sebagai contoh, sejak kita kecil lagi, kita telah didedahkan oleh ibu bapa untuk bercita-cita

tinggi. Jelaslah ini merupakan salah satu contoh untuk mempunyai wawasan dan berfikiran

jauh. Kita boleh berjaya dalam kehidupan sekiranya kita berfikiran projektif serta optimistik.

Jadi, pemikiran projektif begitu penting kepada kita sekiranya kita ingin berjaya dan hal ini

terdapat di dalam Surah Al Imran ayat ke-159 yang bermaksud

“Apabila engkau telah bercita-cita yang tetap dengan keazaman yang kuat, maka

bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal ‘’.

2.8 PEMIKIRAN SISTEMATIK

7
Kekeliruan adalah masalah utama yang sering dialami ketika berfikir. Bagi mengatasi

masalah ini, kita perlulah menggunakan pemikiran sistematik. Gaya berfikir ini digunakan bagi

mengawal proses berfikir supaya ia tidak bercelaru dan tidak bercampur aduk. Selain itu, ia

akan membolehkan anda merancang pemikiran anda supaya perkara yang difikirkan teratur,

terarah, dan berfokus.

Pemikiran sistematik boleh menggunakan beberapa teknik berfikir seperti alat-alat

berfikir CoRT 1, Enam Topi Berfikir serta Pemetaan Minda. Alat-alat berfikir seperti yang

telah dinyatakan tadi telah diperkenalkan oleh Edward De Bono. Sebagai analoginya, alat-alat

berfikir CoRT 1 boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk mengawal proses berfikir

secara sistematik dengan menentukan arah tujuan pemikiran. Kita boleh membezakan sesuatu

perkara dengan sama ada baik mahupun buruk.

Kemahiran berfikir sistematik amat berguna bagi individu yang terlibat di dalam bidang

profesional seperti pengerusi, penyelia, penyelaras dan sebagainya. Antara individu terkemuka

yang menggunakan kemahiran berfikir ini ialah Plato dan Thatcher yang dianggap lebih

cenderung terhadap pemikiran sistematik.

Ironinya, gaya pemikiran ini melambangkan kemahiran seseorang berfikir kerana

lazimnya mereka dapat mengenal pasti masalah dengan lebih jelas bagi menyelesaikan atau

mengambil langkah yang efektif semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang yang

mengaplikasikan gaya berfikir sistematik boleh mengikuti proses berikut :

PROSES MENGAPLIKASIKAN GAYA BERFIKIR SISTEMATIK:

8
Matlamat/ Tujuan/ Objektif

Mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan

Perkara-perkara yang utama

Punca-punca kepada masalah

Cadangan penyelesaian

Cadangan-cadangan lain

Penilaian positif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukan

Penilaian negatif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukan

Kesan positif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukan

Kesan negatif terhadap cadangan-cadangan yang dikemukan

Pendapat orang lain mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan

Keputusan

3.0 KESIMPULAN

9
Kesimpulannya, pemikiran merupakan proses yang menggunakan minda untuk

mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan, kerunsingan dan masalah yang

timbul dengan menggunakan pelbagai teknik dan gaya berfikir untuk membuat pertimbangan

dan keputusan secara logik, efektif, serta pragmatik terhadap masalah atau perkara yang

dihadapi. Jelasnya, setiap manusia mempunyai cara berfikir yang berbeza antara satu sama lain

untuk mengaplikasikannya mengikut situasi dan keadaan tertentu. Hal ini turut diperakui oleh

Edward De Bono bahawa kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai

perpesktif untuk menyelesaikan masalah secara sistematik dalam situasi tertentu.

RUJUKAN

10
John Arul Phillips. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir Teori dan Amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2003). Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Nashuha Bin Jamidin. (1992 ). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Mohd Nasrudin Basar, Siti Halimah Md. Yassin. (2012). Kemahiran Berfikir Kritis, Kreatif
dan Inovatif. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Munir Shuib, Azman Azwan Azmawati, Azlena Zainal. (2007). Menyelesaikan Masalah
Secara Sistematik dan Efektif. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Munir Shuib, Azman Azwan Azmawati. (2001). Pemikiran Kreatif. Selangor: Pearson
Education Sdn. Bhd.

Sidek Baba. (2012). Cara berfikir Reaktif, Rasional, dan Proaktif. Diakses daripada
http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2012/04/cara-berfikir-reaktif-rasional-dan.html

11

Anda mungkin juga menyukai