Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

( 20 MARKAH )

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.

1. Ayah dan ibu pergi ke Jepun dengan menaiki ___________________ .

A. kapal terbang

B. bas

C. motosikal

2. Dia membeli sepasang __________________ jenama Adidas .

A. pen

B. kasut

C. buku

3. Azmi budak nakal. _________________ selalu dimarahi oleh gurunya.

A. Kami

B. Mereka

C. Dia

4. Tun Dr.Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia . _________________ seorang

yang rajin dan berdedikasi.

A. Dia

B. Baginda

C. Beliau

1
5. Cikgu Lim ____________________ saya mata pelajaran Matematik.

A. mengajar

B. melihat

C. memberi

Soalan 6 dan 7 berdasarkan gambar di bawah.

6. Tangan anak _____________________ oleh ibu semasa melintas jalan raya.

A. dipimpin

B. dipilih

C. dibawa

7. Buah betik yang berbentuk ________________ sangat berkhasiat.

A. bujur

B. bulat

C. hijau

8. Murid-murid Tahun 2 Bestari ______________akan arahan yang diberikan oleh

guru.

A. hormat

B. patuh

C. rajin

2
9. Encik Razak membersihkan sarang _______________ di biliknya.

A. labah-labah

B. agar-agar

C. bola –bola

10. Amira memetik lima _______________ bunga yang cantik di taman bunga itu.

A. pasang

B. bilah

C. kuntum

11. Anuar menyimpan duit sakunya setiap hari di _________________ tabungnya.

A. luar

B. dalam

C. atas

12. Laila suka minum air teh panas ____________ adiknya suka minum air teh sejuk.

A. tetapi

B. dan

C. sambil

13. Puan Nirmala memasak _______________ berbual-bual dengan suaminya di


dapur.

A. dan

B. sambil

3
C. atau

14. “________________kah harga sebiji buah oren ini ?” tanya Rizal kepada
penjual

buah-buahan itu.

A. Siapa

B. Di mana

C. Berapa

15. _____________ buang sampah di merata-rata tempat.

A. Tolong

B. Jangan

C. Minta

16. Kuhan membawa ___________________ketika menziarahi neneknya di


kampung.

A. buah tangan

B. murah hati

C. suka hati

4
Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Bulatkan pada jawaban sama ada A, B atau C.

Amira ialah murid tahun dua. Dia telah berjaya menjadi juara dalam kejohanan
badminton di Amerika Syarikat baru-baru ini. Dia sangat gembira kerana dapat
mengharumkan nama sekolah dan negara ke peringkat dunia.

Dia mendapat tunjuk ajar daripada jurulatihnya Encik Sham. Setiap hari
dari jam 4.00 hingga 6.30 petang, Amira akan menjalani latihan di gelanggang
badminton sekolahnya. Walaupun sibuk dengan latihan , Amira tidak pernah
lupakan pelajarannya.

Amira bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan tetapi juga menjadi
murid cemerlang di sekolahnya.

17. Apakah kejayaan Amira ?

A. Menjadi murid kesayangan Encik Sham.

B. Menjadi juara dalam kejohonan bola jaring.

C. Menjadi juara dalam kejohonan badminton.

18.Di manakah kejohonan itu berlangsung ?

A. Gelanggang sekolah

B. Malaysia

C. Amerika Syarikat

19.Berapakah umur Amira ?

A. Lapan tahun

5
B. Sepuluh tahun

C. Dua tahun

20. Pada pukul berapakah Amira tamat latihan badminton ?

A. 6.30 petang

B. 4.30 petang

C. 5.30 petang

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]

Soalan 21
Isi tempat kosong dengan kata ganda separa yang paling sesuai untuk
melengkapkan ayat di bawah.

jejentik bebola sesiku


lelaki dedaun

1. Nenek Rasid menyapu _____________ kering yang bertaburan di halaman

rumah.

2.Anak nyamuk yang hidup di dalam air dikenali sebagai __________________ .

3.Tukang kayu itu menggunakan _______________ itu untuk mengukur sudut tepat.

4.Adik suka makan ____________ ikan yang digoreng oleh ibu.

5. _____________________ yang memakai baju merah itu bukan kawan bapa saya.

( 5 markah)

6
Soalan 22
a. Tulis respon yang sesuai bagi dialog yang diberikan.

cikgu

Rani

( 2 markah)

b. Bulatkan penjodoh bilangan yang betul .

sebilah sebiji sebuah

sebatang sekeping sehelai

7
sekuntum sepasang seutas
( 3 markah )

Soalan 23

Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

Kumar melintas jalan dengan rajin


__________________.

Wati ______________________ menolong berhati-hati


ibunya di dapur.

Kancil haiwan yang _____________________.


bersih

Suzi memakai baju yang __________________. cerdik

( 4 markah )

Soalan 24

a. Tandakan ( √ ) bagi ayat penyata.

i) Wah , cantiknya beg sekolah kamu !

ii) Pemandangan kampung itu sungguh indah .

iii) Bagaimanakah kamu pergi ke sekolah ?

iv) Rani meletakkan buku-buku itu di atas meja guru.

v) Kishoor seorang budak yang baik .

( 3 markah)
8
b. Gabungkan dua ayat di bawah menjadi ayat majmuk.

Sui Ling memasukkan botol plastik ke dalam tong kitar semula.


dan
Wadina memasukkan botol plastik ke dalam tong kitar semula.

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Bapa membaca senaskhah surat khabar di bawah sebatang pokok.


sambil
Bapa mendengar lagu di bawah sebatang pokok.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Azman seorang murid yang rajin . tetapi


Adik Azman seorang yang malas .

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

( 6 markah)

Soalan 25

Baca petikan dan jawab soalan yang diberi di bawah.

Rozi dan Tina sedang bermain. Mereka bermain di ruang tamu. Dia
mengeluarkan alat permainan dari bakul. Dia mengambil kereta mainan dengan
berhati-hati . Rozi bermain dengan cermat.

Tina bermain alat permainan masak-masak. Dia mengeluarkan alat


permainan dari laci. Tina menyusun alat permainannya dengan cermat. Mereka
bermain dengan gembira.

Selepas bermain, mereka menyimpan alat permainan dengan kemas


supaya tidak bersepah. Jika mereka membiarkan alat permainan bersepah,
mungkin ada yang tercedera.
9
1. Siapakah yang bermain di ruang tamu ?

_____________________________________ yang bermain di ruang tamu.


( 1 markah )

2. Di manakah Rozi menyimpan alat permainannya ?

Rozi menyimpan alat permainannya di ____________________________.


(1 markah )

3. Maksud perkataan gembira adalah __________________________ (1 markah )

3.Mengapakah Tina menyimpan alat permainannya di dalam laci ?

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

(2 markah )

4. Apakah sifat baik yang ada pada mereka ?

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

( 2 markah )

10

Anda mungkin juga menyukai