Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

SJK TAMIL DATO’K.PATHMANABAN,73500 ROMPIN NSDK

1.0 PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama pada masa kini memandangkan gejala
sosial berleluasa khususnya dalam kalangan generasi muda. Muzik dapat memberikan
penekanan ke arah pembentukan kualiti dan jati diri serta sahsiah murid merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika.

Dalam pada itu, muzik juga berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda
untuk berfikir secara lebih aktif ke arah perkembangan kendiri serta penglibatan dalam
aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Selain itu, minat dan
bakat murid dapat dicungkil serta diketengahkan melalui muzik sekali gus dapat membina
dan menerapkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.

2.0 LATAR BELAKANG

Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak
pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan . Kini nyanyian telah
dikemaskini menjadi sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih menarik.

3.0 MATLAMAT

3.1 Membentuk disiplin pelajar dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke
arah pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
3.2 Menampilkan bakat dan minat pelajar dalam seni nyanyian.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.


4.2 Memperkembangkan bakat pelajar.
4.3 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar dengan perkara berfaedah.

5.0 JENIS PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan Nyanyian Solo

6.0 PENGANJUR

6.1 Panitia Kesenian bersama Panitia Pendidikan Moral

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

7.1 22 November 2017

8.0 TEMPAT

8.1 Dewan Terbuka Sekolah


9.0 PENYERTAAN

9.1 Pertandingan ini terbuka kepada kepada murid-murid (Tahun 1 – Tahun 6)


9.2 Setiap Kelas hanya dibenarkan menghantar 5 peserta sahaja.
9.3 Setiap peserta perlu menyanyi sebuah lagu pilihan masing-masing sahaja.

10.0 MASA PERSEMBAHAN

10.1 Setiap persembahan nyanyian tidak boleh melebihi 5 minit.

11.0 PEMARKAHAN

11.1 Pic (ketepatan suara) – 30 markah.


11.2 Ton (mutu suara) – 30 markah.
11.3 Dinamik (ansur kuat / perlahan) – 10 markah.
11.4 Tempo (ketepatan mengikut rentak) – 10 markah.
11.5 Attack / Release (mula dan akhir rangkai lagu) – 10 markah.
11.6 Sebutan (suara dan senikata jelas) – 5 markah.
11.7 Keterampilan (keyakinan dan penguasaan pentas) – 5 markah.

12.0 PEMENANG

12.1 Setiap peserta akan mendapat hadiah&Sijil Penyertaan Peringkat Sekolah.


12.2 Johan,Naib Johan,Ketiga dan 2 orang murid akan dapat saguhati.

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

13.1 Hadiah ;

Tempat seunit Jumlah


Johan 6 orang x RM 10 RM 60
Naib Johan 6 orang x RM 8 RM 48
Ketiga 6 orang x RM 5 RM 30
Keempat 6 orang x RM 3 RM 15
kelima 6 orang x RM 1 RM 6
PERBELANJAAN LAIN
Sijil 30 x RM 1 RM 30
Pembalut 10 x RM 3 RM 30
Lain-lain - RM 10
Jumlah Anggaran Perbelanjaan RM 232

14.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK&KERJA

Pengerusi : En.MP.Bharathidasan
Naib Pengerusi 1 : En.Manimaran
Naib Pengerusi 2 : Pn.Thilagavathy
Naib Pengerusi 3 : Pn.Sarguna Devi
Setiausaha : En.B.Jayaganes
AJK :
Buku Program : Pn.Dhuriswary
Hadiah : Pn.R.Shalini
Persiapan Dewan : En.Krishnan Nair
PA System : En.Rajeswaran
Pengacara Majlis : Pn.Mariammah
Keselamatan : Semua Guru
15.0 ATURCARA PERTANDINGAN

Masa Aktiviti
07.40 pagi Pendaftaran peserta
08.00 pagi Pertandingan bermula

08.00 am – 08.10 am PPKI - terbuka


08.10 am - 08.15 am Tahun 1 – 5 orang murid
08.15 am – 08.30 am Tahun 2 – 5 orang Murid
08.30 am – 08.55.am Tahun 3 – 5 orang Murid
08.55 am – 09.20 am Tahun 4 – 5 orang Murid
09.20 am – 09.45 am Tahun 5 – 5 orang Murid
09.45 am – 10.00 am Tahun 6 – 5 orang Murid

10.00 am – 10.10 am - Ucapan Guru Besar


- Majlis Pemberian Hadiah

10.10 am Majlis Bersurai

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………………... …………………………..
( EN.B.JAYAGANES )
Setiausaha
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

SJK TAMIL DATO’K.PATHMANABAN,


73500 ROMPIN NSDK

Anjuran ,

Panitia kesenian
bersama
Panitia Pendidikan Moral

Anda mungkin juga menyukai