Anda di halaman 1dari 2

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang

seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi
perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Terdapat
lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi. Iaitu :
1) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan dalam latihan dari segi
aspek peningkatan taraf profesionalisme;
2) Meluaskan program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf
profesionalisme guru ;
3) meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global ;
4) meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting ;
5) Perluaskan pengetahuan guru secara global
Bincangkan kesan dan akibat perkembangan yang diperolehi menerusi kesan
globalisasi ini kepada bidang Pendidikan.
(25 markah)

Skema jawapan :
1) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam
latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf
profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan
pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan
mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
2) Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf
kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di
negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara
kita dengan lebih maju dan berjaya. Cth: OUM, PJJ, Ijazah Sarjana Muda,
Ijazah Sarjana
3) Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi
global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik
darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa
terbatas. Contohnya, frog,
4) Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu
profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah
dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang
akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.
5) Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru
secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan

nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam


menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di
Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana
selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi
sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai