Anda di halaman 1dari 80

KULIAH 1

TAKRIF, FUNGSI DAN BIDANG-BIDANG


KOMUNIKASI
Kandungan
• Pengenalan
• Takrif / Definisi
• Fungsi
• Bidang-bidang Komunikasi
PENGENALAN
• Komunikasi penting dalam kehidupan manusia.
• Kita tidak boleh hidup tanpa komunikasi.
• Untuk berjaya, kita perlu memahami proses komunikasi.
• Dengan ilmu, kita mampu merancang dan menyelesaikan masalah
dalam pelbagai situasi.
TAKRIF/ DEFINISI KOMUNIKASI
(i) Takrifan oleh Wood (2001)
• Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi
komunikasi sebagai proses yang sistemik yang melibatkan seseorang
berinteraksi menggunakan simbol tertentu untuk membentuk dan
menginterpretasi makna. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1 di bawah.
(ii) Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002)
• Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna
dalam perbualan tidak formal, interaksi kumpulan atau perucapan
awam. Proses komunikasi itu melibatkan komunikator, konteks,
mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklum balas.

(iii) Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002)


• Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama
ada secara sengaja atau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman
dengan perlakuan yang diperhatikan dan tanggapan terhadap
perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu
diinterpretasikan sebagai mesej atau ia memberi kesan kepada
perlakuan seseorang yang lain, bermakna komunikasi telah berlaku.
(iv) Takrifan oleh Hybels & Weaver ( 2001)
• Komunikasi merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan
perasaan yang melibatkan penuturan, penulisan, perlakuan,
pergerakan badan dan gaya. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang
memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi.

(v) Takrifan oleh Trenholm (2001)


• Pengertian komunikasi dintinjau dari tiga perspektif iaitu dari sudut
psikologi, konteks sosial dan pragmatik. Beliau mendefinisikan
komunikasi sebagai gabungan konsep untuk melihat bagaimana
manusia menggunakan simbol (berbentuk perkataan) untuk
membentuk kesamaan maksud yang akan dikongsi dengan orang lain.
• Dari pengertian yang dikemukakan, nyatalah apabila berkomunikasi
atau berhubungan antara satu sama lain, apa yang ingin diwujudkan
ialah satu “kesamaan” dengan orang lain. Dengan kata lain, apabila
berkomunikasi, kita akan cuba berkongsi pemikiran, kepercayaan,
nilai-nilai sosial dengan orang lain dengan tujuan mencari
“kesamaan”. Mencapai satu “kesamaan” dalam interaksi amat
penting kerana tanpa kesamaan, maka akan berlakunya salah faham
“communication breakdown” dalam hubungan yang cuba dibentuk.
Rajah 1.1: Komunikasi yang bertujuan
mencari “kesamaan” dalam
hubungan antara insan
FUNGSI KOMUNIKASI
• Fungsi komunikasi bergantung kepada tujuan ia dilakukan. Ia dilihat
dari perspektif yang berbeza-beza. Jika diperhatikan dari perspektif
sumber (penghantar mesej), komunikasi mempunyai fungsi untuk
memberitahu, menghibur, belajar, memahami atau membuat
keputusan sama ada menerima atau menolak mesej yang diterima.

• Dari perspektif individu, komunikasi bertujuan memberikan


gambaran sebenar tentang realiti, memperoleh kemahiran dan
pengetahuan serta membuat keputusan.
• Jika diperhatikan pula dari perspektif sosial, komunikasi memainkan
peranan-peranan berikut :

1. menyumbang ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama / mendidik


2. mengukuhkan proses sosialisasi ahli dalam sesebuah kumpulan
3. menghibur
4. melahirkan kesepakatan untuk mendapatkan pengaruh, dan
5. memujuk
1. Fungsi Memberitahu
• Pada hari ini sumber maklumat dengan mudah dapat diperoleh
menerusi Internet yang juga bertujuan memberitahu. Berita yang
disiarkan di akhbar, radio dan televisyen bertujuan memberitahu
khalayak tentang perkembangan semasa.
• Fungsi ini boleh dikatakan antara fungsi komunikasi yang sering
digunakan dalam kehidupan manusia. Fungsi ini bertujuan
memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh
penyampai perlu diketahui oleh orang lain.
• Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatian kepada penyampai
atau sumber maklumat. Penyampaian mesej bertujuan memberitahu.
Sesungguhnya, maklumat adalah sesuatu yang amat penting dalam
memperolehi ilmu dalam kehidupan kita. Setiap orang memerlukan
maklumat dalam menguruskan kehidupan sehari-hari. Maklumat
penting kerana ia akan membuatkan seseorang itu berfikir. Ini
kemudiannya akan mendorong seseorang membuat keputusan
tentang sesuatu isu dan akan memungkinkan tindakan diambil. Tanpa
maklumat maka sukarlah untuk seseorang membuat keputusan.
2. Fungsi Mendidik
• Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
menyampaikan bahan pelajaran. Pendidikan/pembelajaran berlaku dari
tahap kanak-kanak sehinggalah seseorang itu dewasa. Pendidik menjadi
aktor utama menyumbangkan ilmu yang diberikan. Interaksi antara guru
dan pelajar merupakan proses komunikasi.
• Dalam kehidupan manusia, kita bukan sahaja belajar daripada pengalaman
peribadi sahaja, tetapi kita juga belajar daripada pengalaman orang lain.
Misalnya, seorang pelajar yang rajin membuat rujukan lazimnya mendapat
keputusan peperiksaan yang baik. Pelajar pula mestilah memberikan
kepercayaan kepada pengajar serta rela dan sanggup menerima ilmu.
Dalam konteks ini tujuan komunikasi adalah memindahkan ilmu kepada
penerima walaupun keberkesanannya masih boleh dipersoalkan. Fungsi
mendidik ini memperlihatkan kepentingan sumber dan penerima
maklumat untuk memastikan fungsi tersebut berjaya dilaksanakan.
3. Fungsi Memujuk
• Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam
proses pembujukan. Fungsi ini berbeza dengan dua fungsi komunikasi
yang telah kita bincangkan tadi. Fungsi membujuk bertujuan
mengubah sikap dan tingkah laku seseorang sepertimana yang
dikehendaki. Namun, pembujukan bukanlah bermakna bahawa
dengan menggunakan komunikasi kita dapat dengan mudah
memujuk orang lain ataupun orang ramai.
• Selain daripada memberitahu, komunikasi juga digunakan untuk
menawan hati dan fikiran orang ramai. Kebanyakan contoh
pembujukan ini dapat kita lihat melalui iklan-iklan dan klip-klip video
yang disebarkan di media.
4. Fungsi Menghibur
• Fungsi komunikasi yang menghibur merupakan perkara yang paling
mudah dilihat dalam kehidupan seharian. Wayang gambar, rancangan
hiburan, lawak jenaka, drama, sketsa, komik, kartun merupakan
contoh-contoh bagaimana komunikasi digunakan untuk menghibur.
Oleh kerana hiburan merupakan fungsi komunikasi yang paling
popular dan diperlukan oleh orang ramai, maka rancangan-rancangan
berbentuk hiburan amat diminati ramai. Majalah-majalah hiburan
ramai pembacanya. Drama komedi tempatan dan juga dari luar
negara berjaya menawan hati penonton televisyen. Radio pula
menyiarkan lagu-lagu kegemaran menghiburkan pendengarnya.
Berbual-bual dengan rakan-rakan juga merupakan satu hiburan.
• Masyarakat sebelum wujud televisyen dan radio berhibur dengan
mendengar cerita-cerita penglipurlara atau pun dengan menonton wayang
kulit.
• Pada umumnya keberkesanan fungsi ini boleh diketahui melalui reaksi
seseorang apabila berkomunikasi. Seseorang akan berasa terhibur apabila
saling bercerita tentang zaman kanak-kanak, zaman persekolahan atau
mengenang semula kenangan manis pada zaman remaja. Pendek kata,
apabila seseorang itu dapat menghilangkan perasaan duka bolehlah
dikatakan bahawa fungsi menghibur itu telah tercapai.
• Oleh kerana fungsi hiburan itu amat digemari oleh orang ramai, maka
terdapat usaha untuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan, dan
pembujukan melalui hiburan.
• Oleh yang demikian, timbul beberapa konsep baru dalam fungsi
komunikasi seperti edutainment (gabungan education dan
entertainment) dan infotainment (gabungan information dan
entertainment)
• Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang menggabungkan
peranan menghibur dengan membujuk. Misalnya, melalui drama
diselitkan unsur-unsur perpaduan antara kaum dan semangat
patriotik dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia
dan Malaysia Tanah Airku. Rancangan kanak-kanak pula banyak
menyelitkan kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.
5. Mensosialisasikan Masyarakat
• Fungsi ini melibatkan kebolehan membimbing ahli masyarakat dalam
menggunakan kaedah ataupun tingkahlaku yang bersesuaian dalam
kehidupan bermasyarakat. Di sini kita akan lihat pertindihan antara
fungsi pembelajaran atau pendidikan yang telah kita bicarakan
sebelum ini.
• Dalam proses sosialisasi ahli-ahli masyarakat saling belajar dan
mengamalkan aspek-aspek seperti kemahiran, kepercayaan dan
norma-norma masyarakat. Contohnya, ibu bapa akan mengajar anak-
anak bagaimana cara menghormati golongan tua. Proses ini bertujuan
membentuk tingkah laku yang sesuai sebagai salah seorang ahli
masyarakat. Menerusi komunikasi, individu membentuk hubungan
dengan sahabat, kumpulan kecil, anggota keluarga, rakan sekerja dan
juga komuniti tertentu.
• Fungsi mensosialisasikan masyarakat melibatkan kemampuan individu
mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimana
seseorang itu menyesuaikan diri dengan rakan, teman sepejabat,
kumpulan sosial, komuniti tertentu melibatkan komunikasi. Kesemua
bentuk hubungan ini mempengaruhi tindakan komunikasi antara
insan.
• RUMUSAN
• Di dalam bab ini, kita telah membincangkan takrifan komunikasi dari
pelbagai perspektif. Setiap satu pengertian melambangkan perspektif
komunikasi yang berbeza antara satu sama lain. Apa yang jelas, kita
tidak mampu mencari satu takrifan komunikasi yang mempunyai ciri-
ciri sepunya atau satu takrifan yang dianggap tepat dan terbaik. Oleh
yang demikian, penggunaan sesuatu takrifan itu perlulah dilihat dari
perspektif dan konteks komunikasi. Tiada satu definisi yang paling
tepat untuk memberikan maksud yang khusus atau menyeluruh
kepada makna komunikasi yang sebenarnya.
• Komunikasi yang terbentuk melibatkan idea, pengetahuan, perasaan
dan makna yang ingin dikongsi. Proses perkongsian makna itu pula
tidak berlaku sehala. Dalam kebanyakan situasi komunikasi
berlakunya perkongsian yang bertimbal balik sama ada secara terang-
terangan atau tersirat menerusi simbol-simbol yang membawa
pelbagai interpretasi. Dalam masa yang sama, wujud elemen-elemen
gangguan yang memberi impak kepada keberkesanan komunikasi.
Jika bijak mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi akan
membentuk iklim komunikasi yang harmonis dan berkesan.
• Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa
fungsi komunikasi yang saling digabungkan untuk menghasilkan kesan
komunikasi yang lebih besar.
• Justeru itu, komunikasi yang baik haruslah berupaya dan bersedia
untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi yang mana
satukah yang akan membawa kejayaan dalam perancangan strategi
komunikasi yang akan dilaksanakan.
BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI

INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
(DIRI) (ANTARA INDIVIDU)

KUMPULAN KECIL AWAM

KOMUNIKASI MASSA
KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
DEFINISI
 Komunikasi intrapribadi atau komunikasi
intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau
fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator
sendiri.
 Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari
individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan-
pesan.
 Seorang individu menjadi pengirim sekaligus
penerima pesan, memberikan umpan balik bagi
dirinya sendiri dalam proses internal yang
berkelanjutan.
 Berlaku di dalam diri seseorang.
 Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu
perkara sebenarnya ia sedang dalam proses
berkomunikasi dengan dirinya.
 Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan,
keputusan, memberikan sebab dan akibat.
 Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu
bentuk komunikasi yang lainnya.
 Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui
proses-proses psikologis seperti persepsi dan
kesedaran terjadi saat berlangsungnya
komunikasi intrapribadi oleh komunikator.
 Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan
diri sendiri).
 Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi
intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain
bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri
sendiri.
 Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang
diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian
mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia.
 Mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi
behavioristik (pemerhati tingkah laku).
 Muhasabah Diri
*menilai tentang segala perkara yang telah
dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk
dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri
untuk menjadi insan yang lebih baik.

 Berdoa
*memohon sesuatu perkara yangdiminta
daripada Allah Taala.

 Bersyukur
*berterima kasih di atas segala apa yang
diperolehi melalui pemberian Allah.
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
DEFINISI KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
 R. Wayne Pace mengatakan bahawa komunikasi
interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung
antara dua orang atau lebih secara tatap muka.
 Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai
proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman
dengan individu-individu lain.
 Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang
yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang
membalas secara terusantara satu sama lain.
 Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang.
 Biasanya berbentuk :
- dialog
- bercirikan tolak ansur lisan (verbal) – orang biasanya
mencelah antara satu sama lain.
 Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil
apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama
lain sebagai individu.
Antara Dua
Individu

Melebihi Dua Secara Formal


Individu

Secara Tidak
Formal
Komunikasi Antara Dua Individu

 Merupakan satu bentuk dialog


 Berlaku apabila seseorang berkomunikasi
secara personal terus sebagai seorang
individu
 Contoh :
Hani dan Yazed berbincang mengenai masa
depan rumah tangga mereka.
Komunikasi Melibatkan Lebih Dua Individu

 Secara am terbahagi kepada dua :


I. Secara formal
II. Secara tidak formal
Secara Formal
Berlaku apabila seseorang mengemukakan idea,
perasaan dan maklumat ‘tanpa gangguan’ kepada
satu kumpulan orang.
 Tidak banyak berlaku komunikasi dua hala.
Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain
menjadi pendengar.
Contoh :
Harith menyampaikan tazkirah di hadapan kelas
sebelum kelas dimulakan pada pagitadi.
Secara Tidak Formal
Berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakanidea,
perasaan dan maklumat.
Dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan ‘dengan
gangguan’ iaitu mungkin akan berlaku pro dan kontra
ataupun seseorang mungkin mencelah.
Contoh :
Melur mengatakan kepada kelasnya bahawa wajahnya
saling tidak tumpah seperti Siti Nurhaliza tetapi
Ridzwan mencelah dengan mengatakan bahawa wajah
Melur seperti pembantu rumah Siti Nurhaliza.
KEMAHIRAN
KOMUNIKASI
INTERPERSONAL
1. Membina hubungan

 Hubungan baik dilihat dalam situasi berikut :


- kemesraan perhubungan dalam pertemuan
- penyampaian masalahnya tanpa keraguan
- tanda kepercayaan lahir akibat
penerimaan sepenuhnya tanpasyarat
 Hubungan baik seperti ini hanya dapat dicapaiapabila
perasaan empati kedua-dua dapatdirasai.
 Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik
antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan
dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu.
2. Kemahiran memberi perhatian
 Di dalam proses komunikasi, memberi perhatian
merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupunia
juga diperlukan dalam komunikasilisan.
 Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa
komponen, iaitu gaya badan(posture), gerak isyarat,
air muka, kontak mata, dan juga nada suara.
3. Kemahiran mendengar

 Rogers (1951) merumuskan: “Tanpa perhatian, mendengar


sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi
tidak akan wujud.”
 Model latihan mendengar membahagikan tingkah laku
mendengar kepada tiga komponen, iaitu memberi
perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks,
dan respon yang pula membawa maksud mendengar.
 Mendengar dengan telinga ketiga (Reik, 1948) melibatkan
kemahiran memikir dan membayangkan bagaimana orang
lain berasa, dan dengan ini, ia merupakan langkah
pertama ke arah empati
 Apabila anda sedang bercakap melalui telefon
dengan seorang kawan baik tentang
pengalaman anda berada di perantauan.

 Apabila anda berbincang tentang tugasan


projek anda secara individu dengan
pensyarah anda.
KUMPULAN KECIL
 Kumpulan adalah himpunan individu yang
berkongsi matlamat dan berinteraksi antara
satu sama lain secara langsung atau tidak
 Devito (1997): kumpulan adalah himpuan
individu yang berstruktur dan berinteraksi
bagi mencapai matlamat yang sama
ELEMEN-ELEMEN DALAM
KUMPULAN
1. Tujuan atau matlamat kumpulan
2. Komunikasi
3. Struktur
4. Saiz kumpulan
Prinsip Saiz Kumpulan

 Prinsip Saiz Terkecil: siaz kumpulan


bergantung kepada 1) bentuk tugasan dan 2)
matlamat kumpulan
 Saiz ideal kumpulan kecil adalah 5-7 orang
(Napier & Gershenfeld, 1993)
 Penambahan dan pengurangan saiz
mempengaruhi pencapaian matlamat
kumpulan
Komunikasi Kumpulan Kecil

 Komunikasi: satu proses mewujudkan


kesamaan dengan cara berkongsi
maklumat secara lisan dan bukan lisan.
Prinsip kesamaan dalam komunikasi:

i. Kesamaan makna
ii. Kesamaan kepercayaan/keyakinan
Komunikasi Kumpulan Kecil
 Takrif 1:proses interaksi bersemuka dalam kalangan
individu yang berkongsi matlamat dan merasakan diri
sebagai ahli kumpulan yang saling bergantung dan
mempengaruhi antara satu sama lain (Beebe & Masterson,
1994)

 Takrif 2: proses anggota kumpulan bertukar dan


berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan untuk
mempengaruhi antara satu sama lain sama ada secara
bersemuka atau tidak (on-line) (Tubbs,1998)
Perkara Asas dalam Proses Komunikasi

 Persepsi: Tanggapan terhadap rangsangan yang


diterima oleh deria, dipengaruhi oleh kebiasaan dan
pengalaman
 Perhatian: memberi tumpuan terhadap
penyampaian dan penerimaan mesej
 Keyakinan terhadap mesej
 Kejelasan dan ketepatan mesej
Keunikan Komunikasi
Kumpulan Kecil
 Kesan pemerhati: pengaruh kandungan dan cara
berkomunikasi
 Interaksi: semakin kompleks interaksi apabila
saiz kumpulan semakin besar
 Pengaruh majoriti dan minoriti: pengaruh
penentu penyelesaian masalah dan pembuatan
keputusan oleh anggota kumpulan
KOMUNIKASI MASSA
DEFINISI
Definisi komunikasi massa
 Maklumat disampaikan melalui perantaraan media kepada
khalayak yang terdiri daripada sekumpulan individu tanpa
bersemuka.
 Perantaraan media yang digunakan ialah media massa seperti radio,
televisyen, akhbar, majalah atau buku. Dengan adanya perantaraan ini
maka penyampai dan penerima tidak lagi perlu berdekatan.

Definisi Media Massa


 ‘Medium’ @ ‘Media’ ialah saluran yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat.
 ‘Media vehicle’ ialah komponen-komponen atau alat dalam saluran
yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.
MODEL KOMUNIKASI MASSA

X1

X2 A C B
X3
X4

X5
MODEL WESTLEY-MACLEAN
 A : Komunikator ( sumber) yang menyebarkan
utusan untuk tujuan-tujuan tertentu.
 B : Penerima atau Khalayak.
 C : Perantaraan (saluran ) di antara X dan B.
 X1, X2, X3.. X00 : Objek, peristiwa atau isu yang
mungkin ada kaitan dengan permasalahan B.
CIRI-CIRI MEDIA TRADISIONAL
 Media tradisional ialah bentuk penggunaan saluran
yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu
maklumat secara komunikasi sehala kepada khalayak
massa yang ramai.
 Khalayak kepada media tradisional dianggap
homogeneous iaitu memproses maklumat mengikut
persamaan minat dan karaktor.
 Di antara media tradisional yang digunakan seperti
suratkhabar, majalah, radio, televisyen dan wayang
gambar.
CIRI-CIRI MEDIA MODEN @ BARU
 Media moden atau ‘Media Baru’ ialah penggunaan media interaktif atau
multimedia yang tidak menghadapi apa juga sekatan ke atas transmisi yang
melampaui jarak dan waktu.
 Khalayak kepada media baru terdiri daripada khalayak yang aktif berbanding
media tradisional.
 Lazimnya, apa sahaja penyebaran maklumat atau perkhidmatan komunikasi yang
melibatkan penggunaan secara digital dikenali sebagai media baru.
 Contoh; komputer dan Internet, Media digital seperti CDs, DVDs and MP3,
laman sosial seperti facebook, MySpace, Video interaktif dan Youtube.

Ciri-ciri media baru;


 Simbiosis (Symbiosis)
Media saling berhubungkait di antara satu sama lain untuk mencapai
manfaat yang sama.
 Percantuman ( Convergence)
Khalayak boleh mendapat informasi melalui media cetak dan juga atas talian,
informasi yang sama juga boleh ditonton di televisyen. Kadangkala informasi
tersebut turut disalurkan melalui dokumentari atau program tertentu.
PERANAN KOMUNIKASI MASSA
Dominick (2009) umpamanya melihat fungsi media massa dari
perspektif berikut.

 Analisis MAKRO
 Fungsi media massa kepada masyarakat
keseluruhannya.
 Masyarakat berkongsi menggunakan media yang sama.

 Analisis MIKRO
 Individu sebagai penerima/khalayak.
FUNGSI KOMUNIKASI MASSA
TERHADAP MASYARAKAT

 Mengawasi
 Menginterpretasi
 Menghubung
 Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai
 Menghibur
 Mengawasi

(a) Memberi Amaran


 Untuk mengingatkan khalayak ( masyarakat)
 terhadap sesuatu kejadian yang dijangkakan akan berlaku.
 Contoh; amaran tsunami, gempa bumi.

(b) Pengawasan Instrumental


 Membantu masyarakat. memperoleh maklumat tertentu
yang mereka perlukan.
 Contoh; harga di bursa saham, produk baru, idea
fesyen, resepi dan sebagainya
SAMBUNG…
Menginterpretasi
 Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data
tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat,
maksud dan kesignifikan sesuatu peristiwa.
 Pengampang media akan menentukan mana berita yang
penting yang akan disebarkan menurut kepentingan dan
keutamaannya.
 Selain dari menyiarkan berita, media juga menyediakan
ruang untuk komentar pembacanya.
 Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman
editorial surat khabar.
SAMBUNG…
Menghubung (Linkage)
 Media massa berkebolehan menggabungkan elemen
yang berbeza di dalam masyarakat.
 Fungsi menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan
peranan yang dilakukan oleh media.
 Komuniti yang terpisah tetapi berkongsi kepentingan bersama
juga dapat disatukan oleh media.
 Membentuk komuniti maya - untuk berkongsi pendapat dan
pengalaman hidup dengan orang lain.
 Mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan sosial
yang dulunya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai
minat yang serupa.
SAMBUNG..

Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai


 Fungsi mensosialisasi merujuk cara individu menerima perlakuan
dan nilai sesebuah kumpulan.
 Media massa memaparkan tentang pelbagai nilai masyarakat dan amalan
mereka yang berbeza-beza.
 Menerusi pemerhatian, pendengaran dan pembacaan, seseorang itu
dapat mempelajari bagaimana sesebuah masyarakat bertindak dan
apakah nilai yang dibawa oleh mereka.
 Kadang kala media sengaja memupuk nilai di dalam diri khalayak.
SAMBUNG..

Menghibur (Entertainment)
 Bertujuan untuk melapangkan fikiran.
 Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan
kepada khalayak.
 Khalayak menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang,
mendengar muzik, menyewa video, melihat rancangan komedi di
televisyen dan melayar internet.
MENGGUNAKAN KOMUNIKASI MASSA
 Memenuhi Keinginan untuk Mengetahui.
 Manusia mempunyai sifat ingin tahu. Tujuannya adalah untuk memuaskan
diri dengan memperolehi apa yang ingin diketahuinya atau menambah ilmu
pengetahuan.

 Menjauhi Realiti
 Meringankan ketegangan, membangkitkan semangat atau merehatkan diri
atau mengurangkan tekanan emosi.

 Mengelak dan Mengasingkan Diri


 Dalam keadaan tertentu, seseorang itu menggunakan media untuk
mengasingkan diri atau mengelak dari terpaksa berkomunikasi dengan
sesorang yang lain atau dari melakukan sesuatu.

 Untuk Bersosial
 Seseorang dapat berinteraksi dan memberi idea tentang sesuatu yang
berlaku.
PERKEMBANGAN KOMUNIKASI MASSA

Wayang gambar/fotografi
Telefon/
Telegraf
Radio/Tv
Penulisan Media Media
Bahasa Digital Mudah
/ Simbol Percetakan
Alih

Media Elektronik
 Bahasa Media Awal
 Penulisan / Tradisional
 Suratkhabar
 Buku Revolusi
 Majalah Percetakan
 Faks dan Telefon
 fotografi dan Wayang Gambar
Media
 Radio dan Televisyen Elektronik
 Media Digital
 Media Mudah Alih
 Laman Sosial Revolusi
Media Baru
MEDIA BARU
 Digital information – eg; online newspapers, e-
books, e-commerce. Etc.
 Mobile Media – portable, interconnected,
wayarless.
 Social Media – website, share information with
others. Eg; friendster, mySpace, facebook.
Komunikasi Awam
• Komunikasi awam melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan
sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai
khalayak.

• Bentuk-bentuk Pengucapan Awam:

(i) Pengucapan awam yang bersifat informatif


• Dalam komunikasi bentuk ini, khalayak terdedah dengan pengetahuan
serta maklumat semasa atau kemahiran-kemahiran baharu yang
membolehkan individu meningkatkan daya penjanaan wang sampingan
misalnya. Khalayak dapat menikmati pengucapan awam begini di kampus
universiti, ceramah agama di masjid, kempen keselamatan, bengkel
kemahiran dan sebagainya.
(ii) Pengucapan awam yang bersifat persuasif
•Pengucapan jenis persuasif bermatlamat untuk mempengaruhi dan
mengubah sikap khalayak.
•Oleh yang demikian kita sering dapat mendengar pengucapan awam seperti
ini dalam ceramah parti politik atau kempen syarikat semasa mempromosi
barangan baharu keluaran mereka.

Jenis-jenis pengucapan awam

(i) Ucapan spontan


•Ucapan spontan disampaikan tanpa sebarang persediaan. Oleh itu, ucapan
jenis ini merupakan suatu mudah bagi pemidato yang berpengalaman namun
amat sukar bagi yang baru berjinak-jinak dengan pengucapan awam.
(ii) Ucapan ekstemporanus
•Ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi
sebenarnya pengucap telah bersedia terlebih \ awal dengan
kandungan ucapan dan sebagainya. Pengucap biasanya
mempunyai nota ringkas sebagai rujukan pantas namun ada juga
antara mereka ini yang mampu merangka menggunakan daya
mengingat yang kuat apabila menyampaikan isi kandungan
ucapan.
(iii) Ucapan manuskrip
• Dalam ucapan jenis ini penyampai membaca manuskrip ucapan yang
telah tersedia. Biasanya teks yang tersedia dapat mengelak
manipulasi pihak tertentu terhadap ucapan tersebut sehingga boleh
memberikan kesan buruk kepada si pengucap. Kaedah jenis ini sering
digunakan oleh orang kenamaan seperti Perdana Menteri, Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.

(iv) Ucapan Hafalan


• Ucapan begini lazimnya ringkas dan bertujuan untuk melayan
khalayak. Ucapan jenis ini lebih bersifat pengacaraan dan sering kita
dengar dalam majlis hari jadi, perpisahan dan sebagainya.
Tutorial 1b :

i. Bincangkan komunikasi antara manusia (interpersonal) dalam


perspektif Islam.
ii. Kebebasan media komunikasi dalam perspektif Islam.
RUJUKAN

 Intrapersonal & Interpersonal untuk remaja


Shahizan bin Hasan, Tsai Chen Chien & Saw Hooi Chin , PTS , 2006 Kuala
Lumpur

 Kemahiran Interpersonal untuk Guru


Abdullah Hassan & Ainon Mohd , PTS , 2006 , Selangor

 EQ : Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi


Mohd Azhar Abdul Hamid , PTS , 2007 , Kuala Lumpur

 Teori-teori Komunikasi
Saodah Wok , Narimah Ismail , Mohd Yusof Hussain , PTS , 2006 , Kuala
Lumpur

Anda mungkin juga menyukai