Anda di halaman 1dari 11

BAHASA BERSIFAT ARBITRARI

ENCIK HAMDAN BIN AHMAD


Arbitrari
 • Dalam sistem perhubungan manusia,pertalian sesuatu
bentuk bahasa dengan maknanya didapati hanya arbitrari.
 • Misalnya bunyi perkataan rumah itu merupakan bentuk
suatu unsur dalam Bahasa Melayu.
 • Bentuk itu boleh diberi lambang bertulis dan maknanya
ialah “rumah”
 • Pertalian bentuk dengan makna itu hanyalah secara
kebetulan sahaja iaitu ditentukan oleh kebudayaan.
 • Kalau anggota dalam masyarakat itu bersetuju semuanya
untuk menukar bentuk itu dengan sesuatu bentuk lain, itu
terpulanglah kepada anggota masyarakat itu sendiri.
 • Jadi bentuk (bunyi)perkataan itu akan berubah tapi orang atau
maksudnya masih sama.
 • Ini menunjukkan bahawa hubungan di antara bentuk dan makna itu
hanya arbitrari,ditentukan menurut persetujuan anggota masyarakat itu.
 • Dalam sistem perhubungan binatang,pertalian ini tidak arbitrari.
Panggilan rusa jantan dalam musim bunga memang bermaksud untuk
mencari pasangan betina.Ini adalah tetap dan tidak akan berubah.
 • Ketetapan wujud sejak binatang itu mula lahir dan ia tetap serupa
bagi semua binatang jenis itu.
 • Bentuk panggilan itu tidak mungkin akan berubah
SIFAT
 Tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi
bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang
dimaksudkan.
 Hal ini bermaksud manusia yang berbeza budaya
menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu
simbol yang sama.
 Contoh ; “kuda”
-Bahasa Inggeris: horse
-Sepanyol : cavallo
-Perancis : cheval
- Jerman : pferd
MAKNA
 Sama bunyi lambang,tetapi konsep yang
didokongnya mempunyai makna yang berlainan.
 Hal ini bermaksud bunyi mempunyai makna yang
ditentukan oleh pengguna itu sendiri dan setiap
pengguna mentafsirkan makna-makna yang berbeza.
 Contoh
› Bunyi ring…ring…ring..merujuk kepada pelbagai jenis
bunyi loceng . Ia membawa tujuan tertentu seperti
menarik perhatian pembeli, mengejutkan orang dari tidur
dan telefon berbunyi.
SIMBOL
 Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang
dilihat oleh kita, tetapi kita tidak dapat
mentafsirkan makna sesuatu objek itu dengan
hanya melihat kepada simbol tersebut.
 Hal ini kerana, setiap simbol mempunyai
pelbagai tafsiran dan setiapnya membawa
maksud yang berbeza-beza.
 Kita tidak tahu sebab dan tujuan sebenar sesuatu
bunyi yang dirangsangkan kepada kita dengan
hanya mendengar bunyi tersebut tanpa
mentafsirkan maknanya. Oleh sebab itu, makna
juga bersifat arbitrari kerana makna merupakan
sesuatu yang abstrak.
 Contoh ;
Bunyi loceng. Kita tidak tahu tujuan loceng itu
dibunyikan sama ada untuk menandakan loceng
kecemasan, atau tibanya waktu rehat , ataupun
kita disuruh berkumpul di sesuatu tempat.
KONKLUSI
 Menurut Bloch & Trager dalam Outline of
Linguistic Analysis (1942:2) 'Bahasa' ialah suatu
sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan
sosial bekerjasama. Definisi ini menanamkan
ciri-ciri arbitrari dan dengan jelas ia menghadkan
bahasa kepada bahasa percakapan sahaja.
 Dalam Essay on Language (1978:158), Hall
menegaskan bahawa bahasa ialah ‘institusi untuk
manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui
simbol-simbol lisan pendengaran yang arbitrari
mengikut tabiat'.
 Hall menganggap bahasa sebagai 'simbol' isyarat
bersuara yang sebenarnya dihantar oleh
penghantar kepada penerima dalam proses
komunikasi dan interaksi.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai