Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Bahasa Melayu dituturkan oleh orang-orang Melayu dari satu generasi ke generasi
lain sejak zaman-berzaman. Pewarisan bahasa daripada satu generasi ke generasi
lain menyebabkan bahasa mengalami perubahan dari segi bunyi bahasa, bentuk
kata, makna atau struktur ayat. Penyebaran bahasa berlaku disebabkan oleh
beberapa faktor penarik dan penolak. Catatan awal menunjukkan bahasa Sanskrit
ialah bahasa pertama yang hadir ke alam Melayu. Bahasa sanskrit merupakan salah
satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih diketahui dan merupakan
bahasa budaya tinggi orang-orang India sebelum abad Masihi. Bahasa ini datang ke
alam Melayu bersama-sama orang-orang India yang merupakan kaum Brahmin
yang mengembangkan agama Hindu sejak abad Masihi. Bahasa ini kemudiannya
diikuti pula oleh mubaligh agama Buddha. Mereka ini datang secara sukarela
bertujuan untuk berdagang, iaitu membeli rempah ratus di Kepulauan Melayu, di
samping mengembangkan agama mereka.

Selepas kumpulan mubaligh Hindu dan Buddha ini, kumpulan Arab pula
menyusul yang menjadi pedagang dan pengembang agama. Mereka bersimilasi dan
bergaul mesra dengan penduduk tempatan, malahan tidak kurang juga berkahwin
dengan wanita-wanita tempatan. Oleh sebab orang-orang Arab ini beragama Islam,
maka orang-orang Melayu yang hendak memeluk agama Islam secara tidak
langsung mempelajari bahasa Arab tersebut. Demikianlah bahasa Arab meluaskan
wilayah penuturnya.

Orang-orang Cina pula datang ke Semenanjung Tanah Melayu bersama-


sama dengan bahasa mereka disebabkan keadaan yang tidak stabil di negara
mereka. Penyebaran bahasa Cina di Semenanjung Tanah Melayu agak berbeza.
Penduduk tempatan kurang memainkan peranan, sebaliknya orang Cina sendiri
yang menuturkannya dalam kalangan mereka tanpa menampakkan penglibatan
penduduk setempat. Hal ini terbukti melalui kata-kata dalam bahasa Cina yang
sedikit sahaja terserap dalam bahasa Melayu dan jika ada pun hanya perkataan
yang berkaitan yang berkaitan dengan makanan yang asalnya ialah jenis makanan
orang Cina.

Penyebaran bahasa Tamil dan bahasa-bahasa India Selatan ke semenanjung


tanah Melayu yang memperlihatkan sifat yang sama dengan bahasa Cina, iaitu

1
penduduk tempatan tidak memainkan peranan yang begitu besar. Orang-orang India
Selatan datang didorong oleh East India Company kepunyaan Inggeris yang
berpusat di Calcutta. Syarikat ini menggunakan buruh-buruh India yang murah untuk
mengerjakan ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Penyebaran bahasa Tamil dan
subdialek Tamil yang lain dibatasi oleh sempadan kumpulan mereka masing-masing
dan tidak menyerap dalam kumpulan masyarakat dalam kumpulan masyarakat
tempatan.

2
1.1. Sejarah Bahasa Melayu

1.2. Konsep Bahasa

1.2.1. Takrif Bahasa

Bahasa diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang
yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat atrikulasi yang ada
pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan mempunyai makna-makna tertentu
berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Bahasa memainkan
pelbagai peranan dan fungsi untuk memenuhi pelbagai matlamat dan tujuan tertentu
dalam kegiatan manusia. Antara fungsi bahasa yang amat ketara ialah peranannya
sebagai alat komunikasi, iaitu untuk membantu manusia menyampaikan
percakapan, buah fikiran dan maklumat kepada orang lain.

Konsep dan takrif bahasa daripada beberapa buah kamus :

The American Herritage Science Dictionary

Bahasa ialah satu sistem objek atau simbol seperti bunyisesuatu huruf yang
berurutan dan boleh bergabung dengan pelbagai cara dengan mematuhi
peraturan tertentu

The American Heritage Dictionary

Bahasa merupakan satu alat komunkasi bagi menyampaikan pemikiran dan


perasaan melalui sistem tanda yang arbitrari. Bahasa merupakan satu sistem
yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang menggabungkan komponen
seperti perkataan.Bahasa digunakan oleh masyarakat atau komuniti untuk
berinteraksi.

3
Oxford University Press ( Language Software )

Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia


kepada suku kaum dan etnik tertentu.Cara ini pernah digunakan pada zaman
dahulu untuk menentukan suku kaum, dan etnik untuk pengelompokan kaum-
kaum tertentu.

Definisi bahasa menurut ahli linguistik:

R. A. Hall (1964)

Bahasa merupakan sebuah institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan


berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan menggunakan
lambang-lambang arbitrari lisan-pendengaran.

Michael Halliday (1973)

Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian
dengan individu sebagai manusia yang bersosialisasi.

Edward Sapir (1921)

Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan
untuk menyampaikan idea, perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa
yang dituturkan.

Noam Chomsky (1957)

Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau tidak terbatas dan setiap ayat yang
terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.

4
G. Trager (1949)

Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang
digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka
bersosialisasi.

Dari segi pragmatik:

Bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama
ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Orang yang medengar bunyi yang
disampaikan oleh manusia yang mempunyai makna akan cuba memberikan makna
kepada ujaran yang dilafazkan oleh penutur.

1.2. Ciri-Ciri Bahasa

1.2.1. Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa mempunyai kaedah untuk diujarkan atau dituliskan dan sistem


bahasa mempunyai peraturan.Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu sama
ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur
sintaksis. Terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu susunan yang
sama struktur dalam bahasa namun tidak semua percantuman unit dan unsur yang
dicantumkan dapat dilakukan dan memberi makna melainkan mematuhi peraturan
yang ada dalam bahasa. Bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan
perkataan yang lain dalam ayat haruslah teratur agar dapat memberikan makna
kepada sesuatu bahasa kerana sistem setiap bahasa mempunyai beberapa bentuk
dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Oleh itu,
apabila seseorang bertutur, susunan struktur haruslah betul dalam bahasa yang
digunakan supaya pendengar boleh memahami mesej yang ingin disampaikan.

5
1.2.2. Bahasa Sebagai Satu Simbol

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu untuk
menerangkan sesuatu. Kemudian, manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai
simbol. Bunyi disusun secara sistematik dan berurutan untuk menghasilkan
perkataan yang seterusnya diguna sebagai simbol untuk perkara yang dilakukan dan
difikirkan oleh manusia. Walau apa pun nama nama diberikan kepada sesuatu
simbol, tentunya mempunyai makna dan fungsi tertentu mengikut menurut
persetujuan bersama pengguna bahasa tersebut. Bahasa juga merupakan simbol
isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses
interaksi. Simbol digunakan untuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-
ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Hasrat penutur untuk menyampaikan
maklumat atau perkara tergambar apabila proses komunikasi berlaku. Dalam hal ini,
semua isyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang betul.

1.2.3. Bahasa Bersifat Arbitrari

Arbitrari membawa maksud tidak semestinya terdapat hubungan antara


bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh
kerana kearbitrarian bahasa inilah kita dapat mengetahui perbezaan perkataan yang
merujuk kepada benda yang sama. Tiada perkaitan antara bunyi dengan simbol
secara tetap bagi bahasa-bahasa di dunia kerana manusia yang berbeza budaya
menggunakan bunyi bahasa yang berbeza untuk simbol-simbol tertentu yang sama.
Selain itu, makna bahasa juga bersifat arbitrari. Contohnya ialah bunyi loceng.
Apabila loceng berbunyi, sudah tentu kita mengetahui itu bunyi loceng dan loceng itu
dibunyikan untuk tujuan tertentu. Tujuan loceng dibunyikan adalah ditentukan oleh
orang yang mendengar bunyi loceng tersebut. Hal ini bermaksud bunyi itu ditentukan
oleh pengguna bahasa itu sendiri. Hal ini juga menunjukkan simbol bahasa
mempunyai bentuk yang dapat dilihat, tetapi sukar untuk menentukan makna hanya
dengan hanya melihat kepada simbol tersebut kerana makna merupakan sesuatu
yang abstrak.

6
1.2.4. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Bahasa amat penting dalam proses komunikasi. Tanpa bahasa, komunikasi


sesama manusia tidak akan berlaku kerana melalui komunikasi manusia dapat
menyampaikan maklumat, perkara, perasaan, dan idea. Melalui komunikasi juga
manusia mewarisi dan mempelajari semua yang pernah diperoleh oleh individu yang
terdahulu daripada mereka. Apabila manusia berkomunikasi , hubungan kerjasama
penutur akan terjalin dengan penutur daripada bahasa yang lain. Mereka yang
berkomunikasi perlu menguasai ciri khas dalam satu sesi komunikasi iaitu
bagaimana untuk menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri
perbincangan, mencelah perbualan, mendapatkan penjelasan lanjut,
memperbetulkan kesilapan dan mempengaruha orang lain untuk melakukan
sesuatu.

Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan
atau tulisan :

Komunikasi Lisan

Penutur menuturkan bunyi-bunyi bahasa untuk didengari dan difahami oleh


pendengar.

Komunikasi Tulisan

Komunikasi tulisan bermaksud penulis mencatatkan dan menggunakan tanda-tanda


yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang
terkandung dalam fikiran mereka kepada pembaca.

Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi perlu dititikberatkan ciri-ciri konteks


komunikasi yang terdiri daripada penutur, pendengar, latar belakang komunikasi
atau perbualan, topik perbicaraan dan tujuan komunikasi.

7
Perkara ini dapat dijelaskan seperti yang berikut :

- Penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan


mesej penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar.
Cotoh : “Ada kes baru hari ini”
( Ujaran yang memberi pelbagai makna bergantung kepada
penuturnya )
Jika penuturnya :
Doktor :
Penutur
 Maknanya kes berkenaan dengan pesakit.

Anggota Polis :
 Membawa maksud kes jenayah.

Guru :
 Kes berkenaan pelajar.

- Sama kepentingannya dengan kepentingan mengenal pasti


penutur. Pendengar yang berbeza seperti rakan sebaya,
suami isteri, orang yang sudah berumur atau mempunyai
gelaran.
Pendengar Contoh : “Nakalnya budak-budak kita”
Jika pendengarnya suami isteri :
 Bermaksud anak-anak mereka nakal.
Jika pendengarnya guru :
 Memberikan maksud bahawa murid-murid
mereka nakal bagi rakan sejawat di sekolah.

8
Latar belakang komunikasi :
a) Masa
b) Tempat
c) Situasi
Latar d) Hubungan antara penutur dengan pendengar
belakang Pengetahuan latar belakang membolehkan makna ujaran dapat
komunikasi difahami dengan tepat.
/ Contoh : a) “Kalau kita tengok tv tu macam-macam yang
perbualan berlaku”
Jika kita tahu hubungan penutur dengan pendengar, iaitu bapa
pelajar dengan guru, sudah tentu kita dapat meneka bahawa
perbualan itu ada kaitannya dengan sekolah dalam situasi yang
ada kaitan dengan masalah disiplin pelajar yang kian meruncing.

Dengan mengetahui topik yang dibicarakan, mudahlah kita


memahami dan mengetahui maksud penutur. Pendengar dan
Topik penutur akan mencapai matlamat komunikasi apabila sama-sama
perbicaraan berada dalam pengetahuan dan pengalaman yang sama.
Manakala jika topik perbicaraan hanya diketahui oleh penutur dan
pendengar tidak memahaminya, maka matlamat komunikasi tidak
tercapai sepenuhnya.

Komunikasi ada pelbagai tujuan. Tujuan komunikasi


mengandungi gambaran keseluruhan tentang sesuatu perkara
Tujuan komunikasi dan secara tidak langsung memberi maklumat
komunikasi tentang konteks komunikasi itu sendiri. Namun, berdasarkan
nada suara, mimik muka, dan gerak badan, pendengar dapat
memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh
penutur.

9
1.2.5. Bahasa Bersifat Unik

Maksudnya ialah setiap jenis bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti
binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti
kata nama dan kata kerja. Walaupun semua bahasa mempunyai bentuk dan
struktur tetapi mempunyai huraian tersendiri dari segi tatabahasa. Bahasa bersifat
unik juga dapat dikaitkan dengan cara-cara memperoleh bahasa itu sendiri. Sebagai
contoh, seorang anak berbangsa cina yang sejak kecil lagi dipelihara oleh keluarga
Melayu akan memperolehi bahasa Melayu juga. Oleh itu, bahasa merupakan
sesuatu yang perlu dipelajari kerana bahasa tidak diwarisi sebagaimana kita
mewarisi sifat fizikal keluarga kita. Bahasa yang digunakan oleh manusia
mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat dan perlakuan. Selain itu,
bahasa terdiri daripada banyak bunyi dan manusia boleh menghasilkan ujaran yang
tidak terhad jumlahnya.

1.2.6. Bahasa Bersifat Sejagat

Bahasa itu bersifat sejagat ataupun dalam erti kata lain, universal. Bahasa boleh
dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini kerana tiada undang-undang yang
melarang individu untuk mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia
ini. Bukan terdapat satu bentuk bahasa sahaja yang dituturkan oleh semua orang
kerana bahasa berpotensi untuk berbeza dan beraneka.

Keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia dapat dijelaskan seperti yang
berikut :

a) Bunyi Bahasa
I. Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat atrikulasi manusia.
II. Bunyi-bunyi bahasa disusun secara sistematik untuk menghasilkan mesej
yang bermakna.
III. Bunyi-bunyi bahasa berbeza antara satu bahasa dengan satu bahasa
yang lain.

10
b) Makna
I. Bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan
makna.
II. Maksud yang ingin disampaikan adalah sama, tetapi bunyi ujaran adalah
berbeza.
Contoh : Bahasa Melayu - pintu
Bahasa inggeris – door
III. Maksud yang ingin disampaikan adalah sama tetapi cara sebutan dan bunyi
adalah berbeza.

1.2.7. Bahasa Bersifat Dinamis

Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk


berkembang dan diperbaharui sesuai dengan peredaran masa, faktor
geografi dan keperluan semasa. Sebagai contoh, bunyi bahasa Iban adalah
berbeza mengikut daerah-daerah atau kawasan-kawasan tertentu. Bagi kaum
iban yang tinggal di kawasan pedalaman, bahasa yang digunakan adalah
berbeza bunyi kerana wujudnya sifat dinamis. Ini dapat membuktikan bahawa
bahasa berpotensi untuk berubahg mengikut keperluan, faktor geografi dan
peredaran masa.

1.2.8. Bahasa Bersifat Bervariasi

Bahasa bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu


bahasa itu. Bervariasi juga bermaksud sesuatu bahasa itu mempunyai
pelbagai dialek yang diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan laras
bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu. Bahasa Melayu secara
umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek
kawasan atau loghat, dan dialek sosial.

Idolek

Idolek bermaksud perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain.
Idolek juga merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami

11
oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada
pembahagian geografi .

Dialek kawasan / loghat

Dialek bermaksud kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata
dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam
perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.

Dialek daerah :

I. perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau perbezaan bahasa


pengguna berdasarkan faktor geografi
II. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
III. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
IV. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau
tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Loghat daerah

I. Dialek Utara – Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara


II. Dialek Perak – Perak Tengah
III. Dialek Kelantan – Kelantan dan kawasan sempadan Pahang dan
Terengganu
IV. Dialek Terengganu – di negeri Terengganu
V. Pahang – di negeri Pahang
VI. Dialek Selatan – Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor
VII. Dialek Negeri Sembilan – di negeri Sembilan
VIII. Dialek Sabah – tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort
IX. Dialek Sarawak – Bahagian Pertama, khususnya di Kuching dan Pantai
Utara serta kawasan Miri, Bintulu dan Sibu

12
Dialek sosial

Dialek sosial bermaksud bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan.

Contohnya adalah seperti bahasa baku, bahasa formal, bahasa tidak formal,
bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa
slanga.

Perbezaan antara bahasa baku dengan dialek :

Baku Dialek
• Tujuan rasmi • Tujuan tidak rasmi
• Tiada penutur asli • Ada penutur asli
• Patuhi peraturan tatabahasa • Tidak patuh peraturan tatabahasa
• Formal • Tidak mementingkan tatabahasa
• Pelbagai aras • Banyak guna istilah daerah
• Fonemik • Sebutan tidak tepat atau tidak ikut
• Alami perancangan ejaan
• Perkataan lengkap, tepat • Guna unsur kependekan kata
• Tiada singkatan • Dalam lisan
• Bahasa tersusun • Sistem sapaan berbeza
• Penekanan tentang
ketepatan
• Kejelasan makna

Bahasa formal
Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi.

Ciri-ciri: teratur, lengkap, patuhi peraturan sebutan, tatabahasa,


imbuhan, binaan serta susunan ayat dan perkataan, tidak

13
mengandung kesalahan bahasa dan disampaikan dengan tepat,
jelas dan berkesan, sama ada menerusi tulisan mahupun lisan.

14
Bahasa Tidak Formal

Bahasa tidak formal ialah bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan
bahasa, selain terdapat percampuran kod.

Contoh: you pergi mana semalam? I tak Nampak you di office pun semalam.

Bahasa Halus
Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun
serta menggunakan segala strategi untuk melunak dan memaniskan percakapan.
Penutur amat menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap
bagi mewujudkan kemesraan dalam perhubungan.

Bahasa Kasar / bahasa kesat


Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan dan tidak manis untuk digunakan
dalam pertuturan.

Bahasa Istana
I. bahasa dalam .
II. bahasa halus .
III. bahasa diraja yang digunakan khusus dalam perhubungan
kebahasaan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan
mereka .
IV. digunakan secara bersopan santun dan penuh beradab, sama ada
dalam situasi formal ataupun tidak formal.

15
Perbendaharaan kata leksis :

Bahasa
Bahasa Biasa
Istana

Santap makan

Bersiram mandi

Bersemayam Tempat tinggal

Titah arahan

Murka marah

Mangkat Meninggal dunia

Bahasa Slanga
Bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja
Ciri-ciri : tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah
beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa
standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami
golongan tertentu.

Contoh: awek, cun, poyo, tangkap relaks dan bro

Bahasa Pasar :
Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkait dengan bahasa
pijin, iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi

16

Anda mungkin juga menyukai