Anda di halaman 1dari 16

ASAL USUL BAHASA MELAYU

1. Pendahuluan
- Asal usul Bahasa Melayu masih kabur hingga kini.
- Pengkajian tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan.
- Bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui.
- Untuk mengetahui asal usul BM, maka penutur asli BM perlu diselidik kerana
merekalah yang melahirkan dan menggunakan BM.

2. Konsep Melayu
- Dari segi akademik, konsep ‘Melayu’ merupakan konsep yang meliputi ruang yang
luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan dan
bilangan penutur bahasa ini yang ramai.
- Peringkat awal istilah ‘Melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan dan bukannya bangsa.
Contohnya : Istilah ‘Melayu’ pada peringkat awal dapat dikesan sekitar tahun 100-
150M. Ptolemy , menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang
berjudul Geographike Sintaxis. Gerini mengganggap istilah ini berasal daripada kata
sanskrit iaitu melayakolam atau malaikurram, yang merujuk sebuah tempat yang
dikenali dengan nama Tanjung Kuantan atau Tanjung Penyabung oleh Brasell.
- Dalam kitab Hindu Purba, iaitu purama yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha
sehingga 500M, ditemui ialah Malaya Dvipa yang bermaksud tanah yang dikelilingi air.
Dalam konteks ini,para penyelidik berpendapat Malaya Dvipa ialah Pulau Sumatera.

- Istilah ‘ Melayu’ juga ditemui dalam catatan perjalanan pengembara Cina pada zaman
Dinasti Tang. Dalam buku itu dicatat istilah Mo-lo-yeu dihantar ke China untuk
mempersembahkan hasil bumi mereka. Catatan itu ditulis sekitar tahun 644-645M.
Para pengkaji berpendapat bahawa Mo-Lo-Yeu yang dimaksudkan itu ialah kerajaan
yang terletak di Jambi, Palembang, Sumatera. Di daerah ini juga terdapat sebuah
sungai yang dipanggil Sungai ‘Melayu’. Dari nama sungai ini dipercayai kata Mo-lo-yeu
diterbitkan.

- Berdasarkan bangsa pula, nenek moyang orang Melayu dikatakan berasal dari Asia
Tenggara sebelum berpindah ke selatan kira-kira 2500SM. Perpindahan mereka berlaku
dalam dua kumpulan iaitu Melayu Proto (2500M) dan Melayu Deutro (1500M dari Daerah
Yunan).

Melayu Proto dikenali sebagai orang asli seperti Jakun, Senoi, Negrito dan
sebagainya. Bahasa Melayu Proto berkembang dan melahirkan dialek-dialek dan bahasa
yang berlainan seperti Jawa, Iban, Tagalog, Minagkabau dan sebagainya. Bahasa awal ini
dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Proto dan asalnya daripada
Bahasa Astronesia.

Golongan Melayu Deutro pula pandai dalam ilmu pelayaran dan mereka belayar dan
tiba di pelbagai pulau di kepulauan Melayu dan membuka tempat kediaman baru. Faktor
geografi memisahkan sesama mereka hingga menyebabkan mereka membentuk kawasan
sendiri.
3. Salasilah Bahasa Melayu

- Orang Melayu dikatakan berasal daripada Induk Austronesia. Induk Austronesia


menuturkan bahasa Austronesia.

- Bahasa Austronesia merupakan induk kepada Bahasa Melayu.

- Bahasa rumpun Austronesia tersebar luas dari Farmosa di utara hingga ke New
Zealand di selatan, Madagascar di barat hingga kepulauan Easter di timur.

- Bahasa Austronesia menjadi induk kepada Bahasa Melayu dan melahirkan


bahasa-bahasa terkemudian yang diperturunkan daripada satu generasi kepada
satu generasi.

- Dalam salasilah bahasa, Faktor Usia merupakan faktor utama yang digunakan
oleh para pengkaji untuk menentukan perkembangan bahasa.

- Berdasarkan faktor usia, konsep usia pemeringkatan bahasa dibahagikan kepada


FILUM, RUMPUN dan KELUARGA bahasa.

- Filum bermaksud kelompok bahasa induk paling tua usianya iaitu 5000 tahun ke
atas, Rumpun berusia 2500-5000 tahun dan Keluarga berusia kurang 2500 tahun
FILUM
(5000 TAHUN KE ATAS)

RUMPUN RUMPUN
2500-5000 TAHUN 2500-5000 TAHUN

Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga


1 2 1 2

Sub Sub Sub Sub Sub Sub Sub Sub


Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga Keluarga
1 2 1 2 1 2 1 2

RAJAH 1 : SALASIAH BAHASA


- Selanjutnya, menurut catatan I’tsing ( seorang rahib Buddha)
dari China yang sedang dalam perjalanan ke India, belkiau telah
singgah di Bhoga. Kemudian, beliau telah dihantar oleh
Raja Bhoga ke negeri Mo-Lo-Yu yang pada masa itu juga
disebut Sribhoga. Setelah itu, beliau telah bertolak dari Bhoga ke
India menggunakan kapal Raja Bhoga. Berdasarkan catatan ini, I’tsing
telah mengubah nama Mo-Lo-Yu kepada Bhoga dan Sribhoga.
Dipercayai Sribhoga ialah Palembang iaitu ibu negeri Sriwijaya dan
Bhoga ialah tanah jajahan Sriwijaya.
- Catatan I’tsing juga menyebut bahawa bahasa yang dituturkan di
Sriwijaya ialah bahasa Kun-Lun iaitu bahasa yang dituturkan
oleh orang tempatan dan orang-orang asing semasa mereka
berkomunikasi. Bahasa Kun-Lun dipercayai Bahasa Melayu Kuno.
Bahkan istilah Kun- Lun juga merujuk kepada hamba abdi
yang digunakan di negeri Cina. Hamba-hamba itu d ikatakan berasal
dari Pulau Kundur, iaitu sebuah pulau di selatan Cina. Penduduk-
Penduduk di sini menggunakan bahasa Kun-Lun.
- Istilah ‘Melayu’ merujuk kepada bangsa dan bahasa juga dapat dilihat berdasarkan contoh-
contoh berikut :

- Kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara


orang-orang yang tinggal di Kepeluaan Melayu dan para pedagang dari Eropah dan
Asia Barat serta para pengembara dari India dan China.

- Berdasarkan teks-teks yang ada hubungan dengan kerajaan Melayu Melaka istilah ‘
Melayu’ merujuk kerajaan, berbangsa dan berasal sahaja. Ini bereti istilah ‘Melayu’
hanya merujuk keturunan raja-raja Melayu dari Sumatera.

- Pada kururn ke-17 istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin meluas. Pada
masa ini istilah ‘ Melayu’ merujuk kepada suku bangsa serumpun di nusantara.

- Seterusnya, seorang pengkaji bernama Colin, mengusulkan bahawa suku bangsa


Tagalog berasal dari bangsa Melayu kerana mempunyai persamaan dari segi kesamaan
bahasa, warna kulit, bentuk badan, pakaian, adat resam dan sebagainya.

- Pada tahun 1972, UNESCO memberi pengertian konsep ‘Melayu’ sebagai


suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Madagaskar.

- Di Malaysia, satu ciri khusus yang ditambah untuk menerangkan konsep ‘Melayu’ iaitu
Agama Islam. Istilah ‘Melayu’ menurut perlembangaan Malaysia ialah manusia yang
menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan mengamalkan cara hidup Melayu.
FILUM BAHASA
FILUM BAHASA
AUSTRIK // AUSTRIS
AUSTRIK AUSTRIS

RUMPUAN
RUMPUAN RUMPUN
RUMPUN RUMPUN
RUMPUN
AUSTROSASIA
AUSTROSASIA AUSTRONESIA
AUSTRONESIA CHINA-TIBET
CHINA-TIBET

RUMPUN
RUMPUN RUMPUN
RUMPUN
AUSTRONESIA
AUSTRONESIA AUSTRONESIA
AUSTRONESIA
BARAT
BARAT TIMUR
TIMUR

NUSANTARA
NUSANTARA MIKRONESIA
MIKRONESIA

200-300BAHASA
200-300 BAHASA
INDONESIA,MELAYU
INDONESIA,MELAYU
FILIPINA,BERUNEI
BERUNEI POLINESIA
POLINESIA
FILIPINA,
SELATAN THAILAND
SELATAN THAILAND

MELANESIA
MELANESIA

RAJAH 2 : SALASILAH BAHASA AUSTRONESIA


 Berdasarkan rajah di atas, bahasa Austronesia sebenarnya berasal dari
filum bahasa Austrik / Austris
 Filum Austrik / Austrik turut melahirkan bahasa Austronesia an rumpun
bahasa China-Tibet.
 Rumpun bahasa Austronesia pula dibahagikan kepada dua : Rumpun
Bahasa Austronesia Barat dan Rumpun Bahasa Austronesia Timur.
 Rumpun Bahasa Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa
Indonesia dan nusantara manakala rumpun Austronesia Timur
melahirkan tiga keluarga bahasa iaitu Melanesia, Mikronesia dan
Polinesia.
 Bahasa Melayu termasuk dalam keluarga nusantara, termasuk bahasa
di Sabah dan Sarawak, bahasa Kalimantan dan Kepulauan Indonesia
yang lain.
 Keluarga yang menganggotai rumpun Austronesia dikesan mempunyai
persamaan dan kelainan termasuk dalam sistem bunyi, pembentukan
kata, pembentukan ayat yang terdapat dalam keluarga tersebut.
 Bahasa Austronesia tesebar luas dan Bahasa Melayu merupakan salah
satu bahasa subkeluarga daripada keluarga Indonesia.
Antara bahasa-bahasa tersebut, bahasa Melayulah yang paling pesat
berkembang kerana :
• menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, Singapura, Indonesia,
Brunei.
• menjadi bahasa pengantar pendidikan hingga ke peringkat tinggi.
• menjadi satu daripada 200 bahasa dalam keluarga Indonesia.
• bilangan penuturnya meliputi Malaysia, Kepulauan Riau dan
Sumatera.
• bahasa Melayu menjadi bahasa perantara di Kepulauan Melayu
lebih awal dari abad ke-13.
• bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa Lingua Franca (bahasa
perantara) di Kepulauan Melayu disebabkan bahasa Melayu mudah
dipelajari oleh para pedagang dan bahasa itu sendiri bersifat
sederhana, tidak mementingkan status dan kelas dalam masyarakat.
 Kewujudan Bahasa Melayu yang digunakan pada
masa kini adalah melalui empat peringkat iaitu BM
Purba, BM Kuno, BM Klasik dan BM Moden.

 Ahli-ahli bahasa berpendapat, selepas bahasa


Melayu purba wujud, lahirlah pula bahasa Melayu
Kuno yang seiring dengan bahasa Melayu Induk.
Bahasa Melayu Induk mempunyai perbezaan
yang ketara jika dibandingkan dengan bahasa
Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik.
BAHASA MELAYU
PURBA

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU


KUNO INDUK

BAHASA MELAYU
KLASIK DIALEK 1 DIALEK 2 DIALEK 3

DIALEK JOHOR
RIAU

DIALEK MELAYU
MODEN Rajah 3 : Cabang Perkembangan
Bahasa Melayu
 Berdasarkan rajah di atas, bahasa Melayu purba merupakan bahasa
Melayu terawal yang digunakan oleh manusia di kawasan nusantara.
Dipercayai penuturnya ialah kumpulan Melayu-Deutro meskipun tiada
bukti yang menyokongnya.

 Berikutnya, penggunaan aksara (huruf) dalam tulisan merupakan


perkembangan dalam bahasa Melayu purba, hasilnya : bahasa
Melayu ini tidak lagi dipanggil bahasa Melayu purba tetapi bahasa
Melayu kuno. Oleh itu, bahasa Melayu purba hanyalah merujuk
kepada bahasa Melayu yang tidak mempunyai bukti sejarah.

 Bukti penggunaan Bahasa Melayu Kuno terdapat pada batu bersurat


yang menggunakan perkataan Sanskrit yang ditulis dengan
menggunakan Huruf Palava iaitu huruf Kawi dan Nagari yang berasal
daripada bahasa Dravida di India Selatan. Contohnya, Batu Bersurat
di Talang Tuwo bertarikh 684M, Batu Bersurat Gandasuli di Jawa
Tengah pada 832M dan Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka
bertarikh 686M.
HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

• Kawasan Asia Tengah


- Orang Melayu dikatakan berasal dari selatan China. Pelbagai
nama digunakan antaranya Indo-China, Pantai Timur China Selatan
iaitu Champa, Kampuchea dan sebagainya.
- Para pengijrah dari selatan China ke Nusantara telah melahirkan
kelompok Melayu Proto yang menduduki nusantara sejak tahun
2000SM. Teori ini dikemukakan oleh P. Sarasin dan T.Sarasin pada
tahun 1892. Hipotesis ini diperkukuhkan lagi oleh Geldren 1932.
Kajian oleh Geldren mendapati beliung bersegi panjang yang
ditemui di Sungai Hwang Ho, Sungai Yang Tze, Sungai Mekong,
Sungai Galween, Sungai Irrawaddy dan Sungai Brahmaputra mempunyai
persamaan bentuk dan jenis dengan beliung yang ditemui di beberapa
kawasan Nusantara. Beliau membuat kesimpulan bahawa beliung
tersebut telah dibawa oleh orang Asia ke Kepulauan Melayu.
- Berikutnya pada tahun 1500SM, kelompok Melayu kedua tiba ke
Nusantara . Mereka ini dikenali sebagai Melayu Deutro.
 Hipotesis tadi kemudian dikatakan agak meragukan kerana :

1. Tarikh kedua-dua penghijrahan kelompok manusia di atas


adalah bercanggah dengan bukti arkeologi yang menunjukkan
bahawa manusia moden sudah mendiami alam Melayu sejak 35,000
tahun dahulu.

2. Jika benar kelompok Melayu berasal dari Selatan China, sudah


pasti kelompok induknya di Selatan China ini mempunyai persamaan
dari segi bahasa, pertuturan atau kebudayaan asas dengan
penduduk-penduduk di Nusantara, terbukti tiada satu pun mempunyai
persamaan.

3. Para sarjana berpendapat kelompok Melayu bukan berasal dari


Asia Tengah tetapi dari kawasan Nusantara sendiri.
 2. Kawasan Nusantara

- Berdasarkan hipotesis ini, orang Melayu adalah dipercayai


menjadi penduduk asal kawasan ini.

- Crawford yang merujuk bukti kebudayaan menyatakan bahawa


tanah asal orang Melayu ialah Jawa dan Sumatera. Kawasan ini
dikatakan memiliki kebudayaan yang sangat menonjol berbanding
dengan kawasan-kawasan lain di Nusantara.

- Melalui bukti bahasa pula, Marsden berpendapat bahawa


bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Polinesia,
Melanesia dan Mikronesia. Induk kepada bahasa-bahasa ini
ialah Austronesia keranan terdapat kekerabatan antara
bahasa-bahasa tersebut. Bahasa Austronesia tersebar ke
bahagian Pesisir Pantai Timur (Lautan Pasifik), Pantai
Barat (Lautan Hindi) dan Selatan Asia (Kawasan
Nusantara) sahaja dan tidak termasuk Asia Tengah.
- Ditinjau dari sudut geografi pula, Nusantara sejak dari zaman Pilosen
(sekitar 5-16 juta tahun lalu) sehingga zaman Pleistosen (18,000 tahun lalu)
merupakan sebuah dataran yang luas. Di dalamnya terdapat Tanah Melayu,
Palawan, Jawa, Borneo dan Pulau-Pulau Kecil Riau-Lingga. Daratan yang
luas ini juga dipanggil Pentas Sunda. Selain Pentas Sunda, terdapat juga
Pentas Sahul yang menghubungkan Australia dan New Guinea.

- Pencairan glassier menyebabkan kedua-dua pentas ini ditenggelami air,


hasilnya wujudlah sebuah pulau dan wilayah yang terpisah. Penduduk
terpaksa berpindah randah ke bahagian yang tidak ditenggelami air.

- Selain daripada bukti-bukti kebudayaan, kebahasan, perkembangan


manusia dan situasi geografi masa lalu, pendokong hipotesis Nusantara juga
percaya penemuan rangka manusia awal, iaitu manusia Homo Erectus atau
Phitecanthropus Erectus di Jawa yang berusia sekitar dua juta tahun ini di
Sambungmacan dan diberi nama manusia Jawa (kini 41 fosil manusia
Erectus ini ditemui). Penemuan fosil ini membawa maksud bahawa manusia
moden (Homo Sapiens) merupakan keturunan daripada manusia yang awal
ini. Homo Sapiens ini ialah induk manusia Austronesia.

Anda mungkin juga menyukai