RUANG
Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama,
warna dan ruang membentuk keindahan estetik
dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama
denyutan jantung anda, warna pakaian yang
mempamerkan personaliti anda, pergerakan
melakukan aktiviti harian dapat memberi harmoni
kepada kehidupan anda.
Apa sahaja dalam kehidupan kita boleh dikaitkan
dengan irama. Contohnya irama denyutan jantung,
irama pernafasan dan irama semasa berjalan.
Ketika anda mendengar muzik, adakah anda sedar
bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang
khusus? Dalam seni visual, anda boleh melihat
irama melalui pergerakan corak, warna dan rupa.
Anda juga boleh bergerak dan menari secara
berirama di sekitar ruang.
Pernafasan anda
Keretapi bergerak
Hujan
Kicauan burung
Denyutan jantung anda
Anda akan melihat, mendengar, merasa dan
menyentuh banyak perkara berulang kali dalam
kehidupan seharian. Contohnya : melihat corak
berulang pada sehelai kain, mendengar irama
muzik, pergerakan aktiviti harian seperti berjalan,
berlari, makan dan sebagainya yang juga
merupakan suatu corak irama.
Dalam irama terdapat elemen-elemen seperti detik, meter, corak
irama, tempo dan rentak
Sebelum memahami elemen-elemen ini, nama not dan nilainya
haruslah diketahui terlebih dahulu.
Aktiviti Corak Berulang
- Pilih satu rupa. Contoh rupa jantung.
- Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan
anda
- Ulang rupa yang sama tetapi berlainan
arah
- Pilih rupa yang lain dan hasilkan corak
mengikut kreativiti
Aktiviti ‘Music of Sound’
- Bahagikan kepada 4 kumpulan
- Setiap kumpulan sama ada mengeluarkan
bunyi / membuat pergerakan / membuat
pergerakan sambil mengeluarkan bunyi
dengan corak irama yang sama secara
berulang dan berterusan ( pilih bunyi dari
aktiviti kehidupan seharian dan juga bunyi
alam)