Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN....................................................................................................................1

2.a. PENCEMARAN AIR........................................................................................................1

RAJAH 1...................................................................................................................... 3

RAJAH 2.......................................................................................................................5

2.b. VIDEO GCED DAN VIDEO PENCEMARAN AIR.....................................................6

RAJAH 3.......................................................................................................................6

VIDEO 1........................................................................................................................6

RAJAH 4.......................................................................................................................7

VIDEO 2........................................................................................................................7

2.c.i 3 Dimensi Konsep Utama GCED Dapat Memberi Faedah Kepada Masyarakat
Menyelesaikan Isu Pencemaran Air……………………………………………………….8

2.c.ii Cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar……………………………………9

RAJAH 5…………………………...………………………………………………..10

RAJAH 6…………………………………………………………………………….11

3. KESIMPULAN…………………………………………………………………………...12

REFLESKSI………………………………………………………………………………...13

APENDIKS.............................................................................................................................14
1. PENGENALAN

 
Menurut Yayasan Kewarganegaraan Global, Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global
Citizenship Education [CGED]) dapat didefinisikan sebagai usaha transformasi, usaha
sepanjang hayat yang melibatkan pembelajaran kurikulum dan pengalaman praktikal atau
amali untuk membentuk pemikiran  untuk menjaga kemanusiaan dan planet ini.  (Foundation,
2021). Manakala Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) bertujuan untuk memberi
peluang dan kompetensi kepada pelajar dari seluruh peringkat umur untuk mengambil
peranan aktif dan tanggungjawab, baik di dalam atau di luar negara dalam membangun
masyarakat yang lebih aman, toleransi, kelestarian dan selamat yang berdasarkan tiga kaedah
pembelajaran kognitif, tingkah laku dan sosio-emosi.  (Keat)
 
Malaysia telah merdeka lebih 60 tahun dan kita dapat melihat pembangunan yang pesat dan
kejayaan ini telah mendapat iktiraf di mata masyarakat dunia. Walaupun negara sedang pesat
membangun ke arah dunia lebih moden tetapi negara juga tidak ketinggalan menghadapi
masalah pencemaran alam sekitar yang semakin meruncingkan dan memberi impak masalah
kepada masyarakat dan negara. Dua objektif utama yang ingin dicapai dalam tugasan ini
adalah menerangkan apakah yang dimaksudkan Pendidikan Kewarganegaraan Global
(GCED) dan untuk bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) dapat memberi
manfaat kepada masyarakat sekeliling dalam menyelesaikan isu alam sekitar.

2.a. PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber yang amat penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada
sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti
pertanian, perikanan, ternakan, perindustrian, pengangkutan, memasak, minum dan
sebagainya. Namun, air semakin hari semakin tercemar lantaran sikap tidak
bertanggungjawab oleh sesetengah pihak. Oleh itu saya memilih tajuk pencemaran air
sebagai tugasan saya.

Planet bumi kita terdiri daripada air yang meliputi lebih tujuh puluh peratus (70%) dimuka
bumi. Semua kehidupan di muka bumi seperti yang kita ketahui daripada mikroorganisma
sehingga hidupan paling besar di muka bumi bergantung kepada air untuk meneruskan
kehidupan.  (Place N. S., 2016)

1
Oleh itu adalah saya amat memandang penting isu pencemaran air amat serius dari hari ke
hari, ini kerana ia mengganggu sumber air tawar di Malaysia. Walaupun bumi diliputi lebih
70% oleh air, tetapi hanya 3.5% sahaja air tawar di muka bumi. Dari jumlah air tawar di
bumi, 68% adalah dalam bentuk ais atau glaser dan 32% adalah sumber air tawar yang
menjadi sumber kepada manusia, haiwan dan sumber hidupan tumbuhan. (Place N. S., 2016)
Sumber air tawar adalah terhad yang perlu dikongsi bersama dengan seramai lebih dari 7.8
billion manusia pada masa kini.

Pencemaran air berlaku apabila terdapat bahan tercemar yang dimasukkan ke dalam air sama
ada secara sengaja atau tidak seperti bahan kimia dan unsur-unsur lain yang mengubah
struktur semula jadi air sehingga berlaku perubahan pada warna, rasa dan mengeluarkan bau
yang tidak menyenangkan. Antara beberapa faktor berlakunya pencemaran air adalah
pembuangan sisa toksid dan sisa pepejal ke dalam sungai. Sikap tidak bertanggungjawab dan
mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia
terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang seumpamanya, berusaha menjimatkan kos pelupusan
dengan mengambil jalan mudah, iaitu membuang sisa kilang yang bertoksik tanpa dirawat
dahulu ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya walaupun menyedari kesannya
terhadap persekitaran setempat. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan air loji rawatan
air yang menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk setempat mengalami gangguan.
Hal ini bagaikan tiada kesudahan kerana hampir setiap tahun berlaku gangguan air bersih di
negara kita. (Roslan, 2020)

Sikap sesetengah individu mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesannya kepada alam
sekitar menyebabkan situasi ini berlaku. Pembuangan sampah sarap mengakibatkan kualiti
air sungai merosot dan tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik. Hal ini boleh
mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai
seperti perniagaan penternakan ikan toman dalam sangkar di kawasan sungai dan kedai
makan yang berhampiran kawasan sungai. Tambahan pula, pembuangan sampah sarap akan
menyebabkan sungai berbau busuk. Hal ini menguatkan dengan masih kewujudan kawasan
perumahan setinggan di atas air. Ia adalah antara faktor menyumbang kepada pencemaran air
sungai secara langsung. Sesetengah penghuni rumah atas air mengambil jalan mudah dengan
membuang sampah terus ke sungai. Kesannya menyebabkan pencemaran sungai, persekitaran
sungai, perumahan dan setinggan penuh dengan sampah sarap membuatkan tidak elok di
pandangan masyarakat dan pelancong. (Daineh, 2016).

2
Penerokaan kawasan hutan untuk pembangunan kawasan penempatan, pembinaan
infrastruktur fizikal, kawasan perindustrian, pertanian dan pembalakan yang bagaikan tidak
ada titik noktah yang secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini
kerana aktiviti-aktiviti tersebut akan menyebabkan kawasan hutan menjadi gondol yang
menyebabkan tanah tersebut akan terdedah kepada air yang deras apabila hujan lebat berlaku
kerana tanah tiada cengkaman daripada akar-akar pokok yang akan menyebabkan berlakunya
hakisan tanah yang seterusnya boleh berlaku kejadian tanah runtuh

Tanah yang mengalir ke sungai akibat dibawa arus air hujan atau kejadian tanah runtuh akan
menyebabkan air sungai menjadi keruh kerana mengandungi sisa-sisa kotoran seperti bahan
asing, lumpur, dan sebagainya. Mendapan tanah di dasar sungai akan menyebabkan sungai
menjadi cetek dan seterusnya akan menyumbang bencana banjir di kawasan penempatan
manusia, khasnya kawasan penempatan yang rendah mudah dan sering ditenggelami air jika
berlaku hujan lebat. Selain berlakunya banjir, sisa-sisa dari penerokaan hutan akan
menyebabkan air tawar di sungai kawasan tadahan air yang menjadi sumber air pada manusia
terjejas.

Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai, malah lautan juga tidak terkecuali. Sering
kita dengar atau melihat sendiri di kaca televisyen berlakunya tumpahan minyak dari kapal
laut atau pelantar minyak di kawasan lautan. Tumpahan minyak ini boleh mengakibatkan
ekosistem hidupan laut terganggu dan terancam khasnya terumbu karang. Ini kerana terumbu
karang dilautan merupakan kawasan pembiakan, kawasan perlindungan, bekalan oksigen
pada hidupan laut dan tempat mencari makanan pada hidupan laut. (Brandl Simon, 2019).

Rajah 1 menunjukkan ikan lumba-lumba ditemui mati terdampar di pantai Mauritius, dipercayai ada
kaitan dengan insiden tumpahan minyak dari sebuah kapal kargo milik Jepun

3
Sumber (https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/09/01/tumpahan-minyak-jadi-punca-40-ekor-
ikan-lumba-lumba-3-ikan-paus-mati)

Hal ini boleh menyebabkan ekosistem hidupan terancam sehingga boleh menjejaskan
tangkapan ikan oleh nelayan, seteruskan menyebabkan bekalan makanan kepada manusia
semakin berkurangan sehingga menyebabkan harga makanan laut semakin meningkat di
pasaran tempatan. Disebabkan tangkapan ikan negara tidak mencukupi jika dibandingkan
dengan permintaan semasa, maka dengan cara mengimport bekalan dari negara jiran. Negara
sumber import utama produk perikanan adalah dari negara Thailand iaitu mencatatkan jumlah
RM 544.9 juta bersamaan 39.7 peratus daripada nilai import Malaysia pada tahun 2004
hingga 2005. Manakala bagi tahun 2007, Thailand sekali lagi mencatatkan penyumbang
tertinggi sumber import iaitu berjumlah RM 813.238 juta (34.16 peratus). Peningkatan
jumlah import ini dijangkakan berpunca daripada masalah pencemaran akibat dari aktiviti
pesat yang dijalankan dari kawasan daratan dan juga lautan, seterusnya menyumbang lebih
77 peratus daripada pencemaran marin. (SOHOR, 2009)

Lautan juga tidak terkecuali dari pembuangan sampah sarap oleh manusia yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini juga menyebabkan hidupan marin menjadi rosak dan mengancam
hidupan laut. Khasnya sampah sarap yang melibatkan plastik. Plastik merupakan ancaman
besar pada hidupan laut, ini kerana plastik terdiri daripada polimer sintetik yang memerlukan
masa lebih dari 500 tahun untuk terurai. (Karuniastuti, 2019)

Antara plastik yang sering dijumpai di lautan adalah, jaring menangkap haiwan, penyedut
minuman dan sebagainya. Terdapat beberapa kejadian yang menyayatkan hati pada hidupan
laut, ada yang cedera dan ada yang mati disebabkan terperangkap. Antaranya penyedut
minuman tersangkut dalam hidung seekor penyu, kisah ini telah dirakam oleh Christine
Figgener (PHD) seorang ahli biologi pemuliharaan laut pada ogos 2015 dan dipamerkan di
siaran Youtube beliau yang mendapat tontonan sebanyak 42,055,762 sehingga kini.
(Figgener, n.d.)

4
Rajah 2 menunjukkan video yang dirakam oleh Christine Figgener sedang menarik keluar
penyedut minuman daripada hidung seekor penyu.
Sumber ( https://www.youtube.com/watch?v=4wH878t78bw&t=98s )

Bukan sahaja penyu mengalami kecelakaan ini, malah terdapat banyak hidupan laut yang
menerima musibah atas perbuatan tangan manusia sendiri.

5
2.b. VIDEO GCED DAN VIDEO PENCEMARAN AIR

Video 1 - GCED

Rajah 3. menunjukkan video tentang tiga konsep utama Penddikan Kerwarganegaraan


Global (GCED)
Sumber ( https://youtu.be/uP_DRUn0CS4 )

Video satu (1) https://youtu.be/uP_DRUn0CS4 (link video) adalah hasil karya dari Cik
Fatimah Rasari Binti Ismail, video ini berdurasi selama tiga minit dan tiga puluh saat dan
telah dimuat naik pada tiga disember tahun 2020 dan telah ditonton sekitar lima ribu lapan
ratus lebih yang dimuat naik dalam bahasa melayu. Video ini menunjukkan tentang konsep
utama Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) mempunyai tiga bahagian iaitu kognitif,
sosio-emosi dan tingkah laku.

Definisi kognotif merujuk kepada aktiviti melibatkan mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Definisi bagi
sosio-emosi terbahagi kepada tiga, sosial ialah hal yang berkaitan dengan masyarakat dan
kemasyarakatan, emosi pula melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas dan akhir sekali
sosio – emosi adalah keupayaan dan berinteraksi serta memberi tindak balas teradap sesuatu
situasi atau keadaan. Definisi bagi tingkah laku adalah tindakan manusia yang boleh
diperhatikan, setiap tindakah itu diukur dan dinilai, perbuatan yang secara terus atau tidak,
tindakan yang sedar atau separa sedar dan aktiviti, aksi, perbuatan, bergerak balas dan reaksi.

Konsep tiga dimensi ini dapat dilihat menerusi kognitif, iaitu memperoleh pengetahuan ,
pemahaman dan pemikiran, yang kritis tentang isu global serantau, kebangsaan dan tempatan
serta kesaling hubungan dan kesaling bergantung antara pelbagai negara dan penduduk.
Sebagai contoh, kita sering mendapat maklumat dari berita dan jabatan alam sekitar

6
mengenai masalah pencemaran alam sekitar, dari situ mula timbul kesedaran dan rasa
ancaman pada masyarakat kini dan generasi akan datang. Maka timbulah rasa ingin
memgumpulkan maklumat bersama dan berfikirkan cara atau kaedah untuk mengurangkan
atau menamat isu pencemaran alam.

Pada sosio – emosi pula memiliki rasa keupayaan semasa manusia, berkongsi nilai dan
tanggungajawab, empati, solidiriti, dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian. Ini dapat
kita lihat penyatuan masyarakat kepada sesetenagh isu semasa berbangkit. Sebagai contoh
terdapat beberapa non-governmental organization (NGO) atau organisasi bukan kerajaan
telah ditubuhkan untuk menyuarakan padangan, nasihat, luahan perasaan dan cubaan
menyedarkan kepada kerajaan atau syarikat swasta tentang masalah pencemaran alam sekitar
yang tiada penghujungnya dan setiap tahun pasti berlakunya pencemaran alam tidak kisah
sama ada pencemaran udara, air dan di darat yang boleh memudaratkan masyarakat dunia.

Bagi tingkah laku pula bertindak secara berkesan dan bertanggungjawab pada peringkat
tempatan, kebangsaan dan global demi mencapai yang aman dan lestari. Kita sering melihat
banyak non-governmental organization (NGO) atau organisasi bukan kerajaan dan kerajaan
sesebuah negara telah bekerjasama dalam isu pencemaran alam sekitar.

Video 2 – Pencemaran air

Rajah 4 menunjukkan tentang pencemaran air di Sungai Selangor, Logi SSP 1,2 dan 3
dihentikan tugas

Sumber( https://youtu.be/CDYxAmx_qMA )

Video dua (2) https://youtu.be/CDYxAmx_qMA (link video) menunjukkan sesi temuramah


antara wartawan dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar iaitu Dato’ Sri Ir Zaini
Ujang mengenai pencemaran air sungai di Kuala Selangor sehingga menyebabkan loji-loji
rawatan air (LRA) utama iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa
7
3 (SSP3) serta LRA Rantau Panjang, Selangor terpaksa dihenti tugas, rata-rata berikutan isu
pencemaran sungai sehingga mengeluarkan bau yang busuk. Hal ini menyebabkan 1.1 juta
pengguna akaun air mengalami gangguan air oleh pengguna domestik dan industri. Ini
mengganggu perjalanan kehidupan keluarga, peniaga dan sekor perkilangan yang
menyebabkan operasi terganggu dan menyebabkan kerugian. Dari laporan dinyatakan oleh
Ketua Setiausaha dan pihak berwajib telah menjumpai lokasi punca penceramaran sungai
yang berlaku, ia berpunca dari paip yang mengalirkan sisa ke longkang saliran yang mengalir
ke LRA dan masih menyelidiki dari mana datangnya ketiga-tiga paip tersebut.

Pelbagai jabatan kerajaan yang terlibat dalam proses tersebut antaranya Jabatan Alam Sekitar,
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa
agensi kerajaan mengambil langkah awal menutup paip-paip yang mengalir bahan tercemar
untuk memastikan loji-loji air dapat dirawat dahulu sebelum melepaskan air bersih ke lebih 1
juta akaun bil air atau pengguna di kawasan Kuala Selangor. Penggunaan dron juga
digunakan untuk membantu mencari lokasi punca paip yang mengalir bahan tercemar untuk
mengambil tindakan undang-undang kepada pihak bertanggungjawab.

2.c.i 3 Dimensi Konsep Utama GCED Dapat Memberi Faedah Kepada Masyarakat
Meneyelesaikan Isu Pencemaran Air

Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) dapat dilihat sebagai salah satu cara terbaik
bagi membentuk pelajar atau masyarakat berfikir, berkongsi, serta bertindak dalam
menghadapi cabaran global di dalam dan luar negara pada semua peringkat umur. GCED
juga bertujuan untuk memperkasakan pelajar atau masyarakat supaya mereka boleh terlibat
dan mengambil peranan yang aktif di peringkat tempatan dan global untuk berhadapan dan
menyelesaikan cabaran global dan akhirnya, menjadi penyumbang yang proaktif demi
mencapai dunia yang lebih adil, aman bertoleransi, terangkum, selamat dan lestari (Keat)

Melalui GCED terdapat tiga konseptual iaitu Kongnitif dimana masyarakat dapat
memperolehi pengetahuan, pemahaman dan pemikiran yang kritis tentang isu-isu global,
serantau, kebangsaan dan tempatan serta kesaling hubungan dan kesaling bergantungan
antara pelbagai negara dan penduduk. (Keat) Sebagai contoh Piagam Persatuan Negarta Asia
tenggara dan Malaysia pada masa itu diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah
bin Ahmad Badawi pada ketika itu merupakan ahli Negara Anggota Persatuan Negara Asia
Tenggara (ASEAN) menyatakan salah satu tujuan penubuhan piagam ini adalah untuk
8
menggalakkan pembangunan yang lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau ini
dilindungi, kelestarian sumber aslinya, dilestarikan warisan budaya dan kualiti hidup
penduduknya yang tinggi dipelihara. ((ASEAN))

Sosio-emosi pula mewujudkan rasa nilai dan tanggungjawab kepada masyarakat untuk
mengambil bahagian dalam usahasama bagi membendung dan menyelesaikan masalah alam
sekitar dan seterusnya berkongsi empati, solidariti, dan menghormati perbezaan dan
kepelbagaian. (Keat). GCED juga membantu dan memberikan ruang kepada masyarakat
untuk berfikir dengan mempelajari tentang isu pencemaran air dan penyelasaian yang boleh
dilakukan, seterusnya masyarakat mampu menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain
tentang isu pencemaran air yang semakin serius, sehingga masyarakat dari semua peringkat
umur mampu bertindak dan membuang sikap pentingkan diri sendiri, demi memastikan alam
sekitar lebih lestari dan untuk generasi akan datang tidak mengalami krisis masalah
pencemaran air seperti masa kini.

Dan akhir sekali konsep yang ke tiga adalah tingkah laku, konsep ini berkaitan dangan
tindakan yang diambil dalam menyelesaikan isu pencemaran air secara releven,
bertanggungjawab dan berkesan diperingkat tempatan, kebangsaan dan peringkat global agar
dapat mencapai dunia lebih bersih, aman dan lestari. Sebagai contoh masyarakat negara
Jepun telah dididik sejak dari kecil tetang disiplin dan tanggungjawab kebersihan diri dan
sekeliling. Tangungajawab mendidik ini bukan sahaja pada guru, malah ibu bapa juga
memainkan peranan penting dalam didikan. Hasil didikan dari kecil, tiada istilah pencemaran
air dari orang tidak bertanggungjawab ataupun dari sektor industry kecil atau besar. Oleh itu
pada sesiapa pernah ke negara Jepun, kita dapat melihat keadaan disana sangat bersih
walaupun dikawasan bandaraya mahupun diluar bandar. Malah budaya disiplin dan
tanggungjawab mereka bawa ke luar negara juga.

2.c.ii Cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah alam sekitar, terutama sekali isu
pencemaran air sama ada disungai mahupun dilautan. Yang pertama dengan mengamalkan
konsep 3R, iaitu kurangkan (Reduse), g una semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle).
Setiap pembelian atau pemilikkan sesuatu benda perlu dinilai semula, ini kerana banyak
barangan yang kita tidak perlukan. Sebagai contoh, setiap kali keluar membeli belah
dipasaraya, kita boleh boleh mengurangkan penggunaan beg plastik sebagai bungkusan,
Cuma kita gantikan dengan beg kain. Ini kerana beg kain dapat digunakan beberapa kali

9
selama berbulan-bulan.. Kerajaan juga perlu mewujudkan lebih banyak pusat kitar semula, ini
kerana dapat memudahkan masyarakat dari sektor domestik dan industri kecil dapat menjual
barangan seperti plastik, kaca, besi dan kertas yang dikumpul untuk dijual kepada pusat kitar
semula. Ini menguatkan lagi dengan artikel https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/konsep-pusat-kitar-semula-malaysia-42954 (link artikel)

Rajah 5: 3Rs Kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) kitar semula (Recycle)

Sumber ( https://www.dailykos.com/stories/2020/1/7/1909997/-Top-Comments-Reduce-
Reuse-Recycle-Edition )

Kerajaan juga boleh mewujudkan program pendidikan tentang isu alam sekitar kepada setiap
sektor kerajaan dan sektor swasta dari semua peringkat umur. Ini bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada semua lapis masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna
agar mereka sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat sekeliling. Setiap
aktiviti yang dilakukan oleh individu dapat memberi kesan menyeluruh pada diri sendiri dan
masyarakat sekelilingnya dengan menerapkan ilmu yang dipelajari semasa program untuk
dilaksanakan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, setiap pelajar sekolah rendah atau
menengah perlu menjalani kursus penjagaan alam sekitar bagi tahun akhir persekolahan,
untuk pelajar peringkat institut pengajian tinggi bagi semester akhir perlu mengikuti kursus
tentang penjagaan alam sekitar. Bagi sektor pekerjaan, setiap pembaharuan lesen syarikat,
permit bekerja, lesen pernigaan, mereka atau wakil mereka wajib menghadiri kursus
penjagaan alam sekitar.

Mengikut zaman abad ke 21, kerajaan juga boleh menambahkan penggunaan teknologi dron
untuk memantau kawasan atau zon dari sistem saliran yang menghubungkan loji rawatan air.
Ini dapat memastikan masyarakat tidak sewenang-wenangnya membuat pencemaran sama
ada kawasan daratan mahupun dilautan. Dengan penggunaan teknologi dron, jabatan kerajaan
10
dapat mendapat informasi lebih cepat, tepat dan efisien. Penggunaan teknologi dron haruslah
diperluaskan seluruh negara. Cadangan saya diperkuatkan dengan artikel ini
https://enviro2.doe.gov.my/emuseum/Kursuscollection/penggunaan-dron-tingkat-
pemantauan-dan-pemeriksaan (link artikel)

Rajah 6: Dron bantu JAS Penang kesan pencemaran tumpahan minyak di Padang Kota

Sumber ( https://www.facebook.com/doe.gov.my/posts/drone-bantu-jas-penang-kesan-
pencemaran-tumpahan-minyak-di-padang-kota-11-jun-20/1512966545532151/ )

Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang adalah penting bagi menghadapi isu alam
sekitar ini. Kerajaan perlu membuat polisi berkatian kesalahan yang mengakibatkan
pencemaran, seperti pembuangan sisa minyak dan toksid agar dikenakan tindakan yang lebih
tegas, Sebagai Sekiranya berlaku kematian pada manusia akibat pencemaran yang
disengajakan, hendakalah dihukum mati mandatori. Sekiranya pengguatkuasaan undang-
undang dilakukan dengan menaikkan kadar bayaran kompaun dan hukuman lebih tegas, besar
kemungkinan kes pencemaran alan semesta dapat menurun.

11
3. KESIMPULAN

Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) memperkasakan masyarakat untuk berfikir,


berkongsi dan bertindak demi dunia yang adil, aman, terangkum dan lestari. Sehubung
dengan itu masyarakat perlukah memahami dan menghayati 3 dimensi konseptual GCED
agar masyarakat bersedia untuk berhadapan dengan isu-isu global. GCED mampu
memberikan peluang kepada masyarakat untuk terus memahami dunia pada masa kini dan
masa depan.

Masalah alam sekitar bukanlah perkara baru, pelbagai cara perlu dilakukan untuk mengekang
masalah pencemaran ini, tindakan tersebut perlulah dahulu dimulakan pada diri sendiri
dengan mengambil bahagian dan memperlajari GCED. Ini membolehkan kita lebih
bertanggungjawab dan berpengetahuan tentang betapa pentingnya kita memelihara alam
sekitar disekeliling kita.

Masalah alam sekitar ini disebabkan sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dengan
mengutamakan keuntungan yang sementara yang tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku.
Masyarakat perlu menghayati dan menjadi warganegara global yang mempunyai
pengatahuan dan mampu memberikan perubahan terhadap alam sekitar. Semua pihak perlu
bekerjasama bagi mencari dan bertindak untuk mencari jalan penyelesaian untuk
mewujudkan dunia yang lebih baik khasnya untuk generasi anak-anak dan cucu-cucu kita.

APENDIKS

12
RUJUKAN / REFERENS

(ASEAN), A. o. (kein Datum). Von PIAGAM PERSATUAN NEGARA ASIA


TENGGARA: https://www.asean.org/storage/images/archive/AC-Malaysia.pdf
abgerufen
Awani, A. (29. August 2020). Astro Awani. Von Tumpahan minyak: Sekurang-kurangnya 40
lumba-lumba mati di Mauritius: https://www.astroawani.com/berita-dunia/tumpahan-
minyak-sekurangkurangnya-40-lumbalumba-mati-di-mauritius-257264 abgerufen
Brandl Simon, R. D. (2019, October 1). Frontiers in Ecology & the Environment Vol. 17
Issue 8. Ecosystem functioning on coral reefs: a process-based approach, p. 447.
Daineh, N. (5. December 2016). Von Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/12/186851/90-tak-reti-buang-sampah
abgerufen
Figgener, C. (kein Datum). Von seaturtlebiologist.com: https://www.seaturtlebiologist.com
abgerufen
Foundation, G. C. (2021). Von Global Citizenship Foundation:
https://www.globalcitizenshipfoundation.org/ abgerufen
Karuniastuti, N. (2019). BAHAYA PLASTIK TERHADAP KESEHATAN DAN
LINGKUNGAN. FORUM TEKNOLOGI Vol. 03 No. 1, 10.
Keat, O. C. (kein Datum). Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED). Keat, Oo Cheng,
200.
Place, N. S. (2016, ogos 23). Retrieved from Youtube.com: https://youtu.be/wZK2xTNzgq8
Place, N. S. (23. august 2016). NASA Space Place. Von Youtube:
https://youtu.be/wZK2xTNzgq8 abgerufen
Roslan, A. (19. October 2020). Von Astro awani: https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/lagi-kes-pencemaran-sungai-selangor-1292-kawasan-alami-gangguan-
bekalan-air-264176 abgerufen
SOHOR, A. A. (2009). ANALISIS FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HASIL
TANGKAPAN IKAN: KAJIAN KES DI PERAIRAN SABAK BERNAM,
SELANGOR. PROSIDING PERKEM IV, JILID 1, 289.

Disediakan oleh

Mohd Afdhal Bin Mohd Majid


Pelajar Semesta 1
OUM

13
Mei 2021

14

Anda mungkin juga menyukai