Anda di halaman 1dari 35

MINGGU 1

PENGENALAN
Falsafah
PECAHAN ILMU FALSAFAH DI
BAWAH KERANGKA FALSAFAH

FALSAFAH

ONTOLOGI AKSIOLOGY EPISTEMOLOGI


(FALSAFAH KEWUJUDAN) (FALSAFAH NILAI) (FALSAFAH KEBENARAN)

ESTETIKA
ETIKA
(FALSAFAH KESENIAN)
(FALSAFAH BUDIPEKERTI)

ETIKA BUKAN ISLAM ETIKA ISLAM (AKHLAK)


Definisi Falsafah

• Yunani ; Philo ( cinta ) & sophos ( hikmat,


kebijaksanaan )

Cinta kepada kebijaksanaan,


pengetahuan, kebenaran & keutamaan
Makna Falsafah

• Falsafah adalah pengetahuan tentang segala yang ada


( Plato 427 – 347 SM )
• Falsafah adalah menyelidiki sebab dan asas segala benda
( Aristotle 384 – 322 SM)
• Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang
maujud & bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar (
Al-Farabi 950 M – meninggal dunia )
• Falsafah adalah pemikiran teoritis tentang susunan
kenyataan sebagai keseluruhan.
Makna Falsafah

• Cinta kebijaksanaan dan kebenaran.


• Pandangan hidup
• Ilmu pengetahuan yang menyelidiki hakikat segala
sesuatu untuk memperolehi kebenaran dan kenyataan.
• Hasil fikiran yang kritis dan dikemukakan dengan cara
yang sistematis.
• Kritis, analitis, evaluatif dan abstraktif.
SIMPULAN MAKNA FALSAFAH
 Cinta kepada kebijaksanaan
 Satu kerangka besar
 Pemikiran secara umum
 Pemikiran yang kritis dan tersusun
Ciri berfikir secara falsafah adalah :

• Secara radikal – secara mendalam hingga ke akar


umbinya atau asal-usulnya atau hakikatnya
• Secara universal – menurut pengalaman manusia
umumnya ; bukannya secara khusus atau terbatas seperti
dalam disiplin ilmu tertentu.
• Secara integral – berpadu secara lengkap pada masing-
masing bahagian yang ada.
# Mementingkan konsep ; bukan fakta
Fungsi Falsafah
1. Menyajikan pertanyaan yang tidak diajukan
dalam ilmu empirik.
2. Mengadakan revolusi di dalam persepsi.
3. Mencegah pemikiran rutin dan
mengembalikannya kepada pemikiran
refleksif
4. Mencegah pemikiran mekanistik dan
mengembalikannya ke pemikiran aktif dan
kreatif
Fungsi Falsafah

5. Memahami budaya asing, kepelbagaian


aliran pemikiran dan kehidupan seperti
liberalisme, kapitalisme, sosialisme,
individualisme, sekularisme, saintisme,
pragmatisme dll.
Tujuan Falsafah
1. Berusaha mencari pandangan yang komprehensif
mengenai manusia & alam sejagat. Kesemuanya dilihat
sebagai satu keseluruhan yang berpadu & dalam
perhubungan yang tertib serta sempurna
•Sains fizik mengasingkan alam jagat satu demi satu &
elemen demi elemen
2. Menghasilkan pemikiran yang jelas, tekal & objektif
melalui pemikiran secara kritis berkaitan masalah abstrak,
bertanyakan soalan-soalan mantap & merumuskan jawapan
yang rasional.
Tujuan Falsafah

3. Memberi panduan dan prinsip untuk memilih


matlamat, kaedah dan tujuan di samping mencari
kebenaran ; bukan memberi jawapan yang tepat dan
tidak boleh dipersoalkan lagi.
4. Bertujuan memberi arah contohnya dalam hal
etika dan pendidikan
Perkembangan Falsafah

1. Bermula dengan Tamadun Yunani. Abad


ke 6 SM.
2. Boleh dibahagikan kepada 4 peringkat
utama ; peringkat awal, zaman
pertengahan, zaman moden dan zaman
kontemporari.
3. Peringkat Awal
Pythogoras (580 – 500 SM )
Socrates (469 – 399 SM)
Plato (427 – 347 SM )
Aristotle ( 384 – 322 )
Perkembangan Falsafah

Zaman Pertengahan
- Abad 4 – 14 M
- Kemuncak pertemuan antara falsafah
Yunani dan agama ( Islam, Yahudi & Kristian )
Zaman Paderi ( Abad 4 - 9 ) ; St. Agustine
Zaman Skolastik ( Abad 10 - 13 ) ; Al-Farabi
Zaman Kebangkitab Pemikiran Averoisme
Zaman Renaissance
Zaman Falsafah Kemanusiaan ( 1400 - 1500 )
Zaman Falsafah Tentang Alam ( 1500 1600 )
Perkembangan Falsafah

Zaman Moden
- Falsafah Abad 17 M ( Falsafah Rasionalisme )
Rene Descartes & Spinoza
- Falsafah Abad 18 M ( Falsafah Empirisme )
John Locke / David Hume
- Falsafah Abad 19 M ( Falsafah Romantisme )
Jean Jacques Rousseau
Falsafah Abad 20 M (Falsafah Pragmatisme ) -
John Dewey / Kiekegaard
Komponen Utama Falsafah
Secara prinsipnya, persoalan
persoalan pokok dalam falsafah
terbahagi kepada 3 komponen utama

1. Metafizik ( Teori Hakikat )


2. Epistemologi I Teori Ilmu )
3. Aksiologi ( Teori Nilai )
Komponen Utama Falsafah
Metafizik

- Ilmu tentang kewujudan sesuatu yang bersifat sejagat


- Mengkaji benda wujud

Ontologi ( Teori Hakikat )


- Hakikat Tuhan ( teologi / metafizik )
- Hakikat alam semesta ( kosmologi )
- Hakikat manusia ( psikologi )
Aliran Falsafah
1. Aspek Metafizik
i – Kualitatif
` a) Aliran naturalisme
` b) Aliran supernaturalisme
` c) Aliran materialisme
` d) Aliran spritualisme
` i – Kuantitatif
` a) Aliran dualisme
` b) Aliran pluralisme
` c) Aliran pantheisme
` d) Aliran monisme
Komponen Utama Falsafah
2. Epistemologi ( Teori Ilmu )

- Definisi ilmu
- Sumber ilmu
- Klasifikasi ilmu
Aliran Falsafah
2. Aspek Epistemologi

` a) Aliran Rasionalisme
` b) Aliran Empirisme
` c) Aliran Positivisme
` d) Aliran Realisme`
e) Aliran Idealisme
Komponen Utama Falsafah

3. Aksiologi ( Teori Nilai )


- Etika
- Estetika
Aliran Falsafah
3. Aspek Aksiologi
`
a) Aliran Naturalisme
` b) Aliran Hidonisme
` c) Aliran Utilitarianisme
` d) Aliran Idealisme
e) Aliran Vitalisme
f) Aliran Teleologikal
Falsafah Khusus .7
a) Falsafah Agama – Apakah keagamaan itu?
b) Falsafah Ilmu / Sains – Apakah ilmu itu?
c) Falsafah Hukum …
d) Falsafah Pendidikan …
e) Falsafah Sejarah …
f) Falsafah Politik …
g) Falsafah Matematik …
Falsafah Umum

4 Falsafah Umum

i - Idealisme Falsafah Tradisional


ii- Realisme - Matlamat tetap
- Pembentukan di luar dari
individu
iii- Pragmatisme Falsafah Moden
Iv- Eksistensialisme - Cara & matlamat adalah
pada dimensi yang sama
Idealisme
 Plato, Rene, Descartes, Spriroza, Immanual Kant, Hazel, Tylor.
 “Jiwa & kerohanian manusia adalah yang terpenting dalam
kehidupan. Alam jagat pada hakikatnya bukanlah kebendaan”
 Aksiologi ( Apakah nilai ? )
- Nilai & etika adalah tetap, hakiki dan multak.
- Bukan ciptaan manusia tetapi sebahagian daripada tabii alam
jagat ciptaan Tuhan
- Dasar & kaedah persekolahan mestilah menggambarkan &
mengembangkan nilai-nilai tradisi yang dianggap oleh
masyarakat & orang ternama sebagai berguna & berharga
Realisme
 Aristotle, Francis Bacon, Whitehead, St. Thomas, Aquinos,
Bertrand Russell
 Alam kebendaan adalah realiti
 Aksiologi ( Apakah nilai ? )
- Asas nilai pada dasarnya adalah tetap.
- Sebahagian mempercayai bahawa nilai ditentukan oleh tabii
dan sebahagian oleh Tuhan
- Percaya adanya hukum moral sejagat yang kekal & universal
- Percaya kepada perlunya disiplin yang tegas
Pragmatisme
 William James, Pierce, John Dewey.
 Realiti adalah interaksi di antara manusia dengan alam
sekelilingnya. Dan perubahan adalah saripati realiti.
 Aksiologi ( Apakah nilai ? )
- Nilai adalah relatif, berubah & tidak universal
- Nilai adalah berkemumgkinan dan tidak mutlak
- Nilai timbul daripada kehendak sosial & individu
- Nilai memberi implikasi awam
( kesan kepada masyarakat )
Eksistensialisme
 Kierkegaard, Jean-Paul Sartre, Martin Heideigger
 “Manusia bertanggungjawb terhadap dirinya sendiri untuk
menetapkan matlamat & mebuat keputusan yang bebas
daripada norma-norma kumpulan”.
 Aksiologi ( Apakah nilai ? )
- Kewujudan seseorang merupakan nilai asas bagi dirinya.
- Manusia sendiri bertanggungjawab terhadap sistem nilai sendiri
- Tidak perlu mengikuti norma nilai sesuatu masyarakat
- Nilai adalah perkara yang peribadi & hak individu
JADUAL

IDEALISME - Menuruti yang maha kuasa

REALISME - Hukum tabii

PRAGMATISME - Nilai-nilai umum

EKSISTENSIALISME - Berlandaskan kepada


kebebasan individu
Etika Sebagai Cabang Falsafah
1. Hidup kita seolah-olah dibungkus dengan suatu
jaringan norma dan nilai yang berupa ketentuan,
kewajiban, larangan dan sebagainya. Ia seolah-
olah membelenggu kita dan menghalang kita
melakukan apa yang kita suka. Timbul beberapa
pertanyaan :
a) Apa hak orang ramai yang mengharapkan kita
tunduk kepada norma / nilai itu ?
b) Apakah nilai itu benar-benar baik untuk kita ?
c) Bagaimana kita dapat menilai norma / nilai itu ?
Etika Sebagai Cabang Falsafah
2. Tugas etika adalah mencari jawapan kepada
pertanyaan tersebut. Oleh itu, etika adalah
penyelidikan falsafah tentang bidang moral ( apa
yang baik atau buruk )
3. Sifat dasar etika adalah kritis. Etika bertugas
untuk mempersoalkan norma yang berlaku,
dasarnya, hak setiap lembaga ( orang tua,
sekolah, negara, agama ) untuk memberi
perintah atau larangan yang harus ditaati. Norma
yang tidak dapat mempertahankan diri dari
pertanyaan kritis akan kehilangan haknya.
Etika Sebagai Cabang Falsafah
4. Namun etika bukanlah menolak adanya norma
atau nilai-nilai tertentu atau menyangkal hak
pelbagai lembaga dalam masyarakat untuk
menuntut ketaatan, tetapi lebih jauh menuntut
pertanggungjawaban.
5. Etika mengajak manusia untuk bersikap kritis dan
rasional, membentuk pendapat sendiri secara
autonomi ( kebebasan untuk mengakui norma
yang diyakininya sendiri sebagai kewajibannya)
dan bertindak sesuai dengan apa yang dapat
dipertanggungjawabkan sendiri.
Etika Sebagai Cabang Falsafah
6. Dengan ini etika menjadi alat pemikiran rasional
dan bertanggungjawab bagi pendidik dan
sesiapa sahaja yang tidak rela hanyut
terombang-ambing dalam arus kegoncangan
norma / nilai-nilai masyarakat sekarang.
Seterusnya mengambil sikap yang teguh dan
turut terlibat dalam menentukan hala tuju
perkembangan masyarakat.
Renungan
1. Maklumat atau pengetahuan merujuk kepada
hal-hal yang biasa, yang dimiliki oleh setiap
orang dalam kehidupan seharian.
2. Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah
dan sistem tertentu akan menjadi ilmu atau
sains.
3. Ilmu & sains hanya berusaha menjawab
masalah-masalah segera dan bukannya masalah
asasi tentang hakikat atau tujuan sesuatu.
Justeru memerlukan peranan falsafah dan
kebijaksanaan untuk menyelesaikannya.
Renungan
4. Falsafah hanya mampu memberikan jawapan
yang bersifat tidak pasti dan spekulatif. Maka
timbullah peranan agama untul memberi jawapan
atau keputusan tentang masalah-masalah asasi
tadi.
Rumusan
1. Ia adalah “ilmu istimewa” yang cuba menjawab
masalah yang tidak dapat dijawab oleh ilmu
pengetahuan biasa
2. Ia adalah hasil daya upaya manusia dengan akal
budinya untuk memahami ( mendalami & menyelami )
secara radikal, integral dan sistematik hakikat berikut :
a) Hakikat Tuhan
b) Hakiat alam semesta
c) Hakikat manusia
3. Sesuatu yang terletak di antara sains & teologi.

Anda mungkin juga menyukai