Anda di halaman 1dari 244

1 1 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH, PENDIDIKAN, FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KURIKULUM

PENGENALAN Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai
perkaitan yang sangat erat. Kehidupan menusia membentuk falsafah yang tersendiri. Perkembangan
manusia yang berkait dengan pendidikan membawa kepada pertembungan falsafah dalam
pendidikan. Pendidikan pula memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya bagi membolehkan
manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya untuk survival dalam
kehidupannya dan generasi yang seterusnya. FALSAFAH FALSAFAH PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Kurikulum Formal PENDIDIKAN FORMAL Kurikulum Tersembunyi Kurikulum Tidak Formal
PENDIDIKAN INFORMAL PENDIDIKAN NONFORMAL Rajah 1.1: Hubungkait antara falsafah,
pendidikan, falsafah pendidikan dan kurikulum

2 ISTILAH DAN PENGERTIAN FALSAFAH

Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu philosophy
yang berakar umbi dari perkataan Yunani iaitu philosophia. Falsafah Philosophy = Philosophy
(Bahasa Inggeris) = Philosophia (Yunani) = Philos + Sophia = The love of wisdom (Cinta)
(kebijaksanaan) = (Mencintai kebijaksanaan) Bijaksana adalah sama dengan maksud arif yakni ingin
mengetahui secara mendalam. Orang yang mencintai ilmu merupakan orang yang bijak. Orang yang
bijak sentiasa menghimpun pengetahuan. Dengan pengetahuan, orang yang bijak dapat menyingkap
kebenaran. Oleh itu mencari mencari ilmu adalah orang cinta kepada kebenaran. Herakleitos
merupakan tokoh awal yang menggunakan perkataan falsafah yang bermakna mencintai
kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai hubungan langsung dengan kebenaran.selepas itu ramai
lagi tokoh lain yang memberi pengertian kepada falsafah, namun dari segi intipatinya masih sama
dengan mencintai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Socrates ( sm) menyatakan falsafah sebagai suatu
usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk mencapai kebijaksanaan. Usaha
ini dilaksanakan menerusi soal jawab (dialog Socrates). Manakala Plato ( sm) pula mendefinisikan
falsafah sebagai usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya
untuk mencapai hakikat kebenaran. Usaha ini dilakukan menerusi proses dialektik dan hal
mengetahui jiwa manusia. Aristotle ( sm) pula menegaskan bahawa falsafah ialah disiplin yang
menyelidiki asas dan sebab segala benda. Beliau menetapkan falsafah sebagai ilmu tentang
kebenaran yang diperoleh menerusi ilmu metafizik, retorik, logik, etika, estetika, ekonomi dan
politik. Tokoh-tokoh falsafah selepas itu seperti Dewey ( ) menyatakan falsafah sebagai alat
perjuangan manusia melakukan penyesuaian dalam sesuatu kebudayaan dan persekitaran.
Manakalala Russell ( ) menegaskan bahawa falsafah sebagai kritikan terhadap pengetahuan dengan
cara mengkritik asas-asas yang dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan seharian serta mencari
sesuatu ketidakselarasan yang terkandung di dalam kedua-duanya. Berdasarkan kepada definisi oleh
lima orang tokoh falsafah barat, Socrates, Plato dan Aristotle bersependapat bahawa kebijaksanaan
boleh diperoleh menerusi pelbagai pendekatan/kaedah. Manakala Dewey dan Russell pula melihat
kebijaksanaan juga boleh diperoleh dari sudut yang lain seperti menerusi analisis dan kritikan.
Falsafah dalam pengertian barat hanya berfokus tentang manusia dan kehidupannya semata-mata.
Dalam Islam, falsafah lebih dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah menyentuh tentang
kebijaksanaan manusia dan Ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberikan pengertian
hikmah sebagai kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Hikmah juga membawa maksud
kelebihan atau tujuan sebenar sesuatu perkara. Oleh kerana perkataan falsafah terbit dalam bahasa
Yunani, maka tiada istilah falsafah dalam al-quran dan agama Islam. Apa yang ada hanyalah
pembahagian/ pengkategorian falsafah. Contohnya Al-Khindi ( -873) membahagikan falsafah kepada
tiga iaitu Ilmu Fizika (ilmut-thibiiyyat), Ilmu Metametika (al-ilm-ur-riyadhi) dan Ilmu Ketuhanan (ilm-
ur-rububiyyah). i. Ilmu Fizika (ilmut-thibiiyyat), peringkat ilmu yang paling rendah: alam nyata yang
terdiri dari bendabenda konkrit yang dapat ditangkap oleh pancaindera. 2

3 ii. Ilmu Metametika (al-ilm-ur-riyadhi), peringkat ilmu pertengahan: berhubung dengan benda
tetapi mempunyai kewujudan tersendiri yang dapat dipastikan dengan angka-angka (contohnya
matematik, astronomi, muzik dan teknologi) iii. Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-rububiyyah), peringkat ilmu
tertinggi: berhubung dengan pencipta, keesaan, kepercayaan dan kepatuhan. Al-Farabi ( ) pula pula
membahagikan falsafah kepada dua iaitu Falsafah teori (an-nadhariyyah) dan Falsafah praktik (al-
amaliyyah) i. Falsafah teori (an-nadhariyyah): mengetahui sesuatu yang ada, tanpa tuntutan untuk
mewujudkannya dalam amal. Ia meliputi ilmu matematik, ilmu fizik. ii. Falsafah praktik (al-
amaliyyah): mengetahui sesuatu yang seharusnya berlaku dalam amalan. Amalan ini ada yang
berkenaan dengan individu (ilmu akhlak), masyarakat (ilmu kemasyarakatan) dan kewarganegaraan
(ilmu politik). Dengan itu beliau menyatakan falsafah mestilah dimuliakan sebagaimana tujuan
agama. Kedua-duanya (falsafah dan agama) merupakan ilmu yang bertujuan untuk mengetahui
tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya. Ibnu Sina ( ) juga
membahagikan falsafah dalam konteks teori dan praktik yang dihubungkan dengan agama. Dasarnya
terdapat dalam syariat agama dan penjelasan dan kelengkapannya diperoleh menerusi akal
manusia. Tujuan falsafah praktik ialah mengetahui apa yang seharusnya dilakukan oleh setiap
manusia sehingga mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Ini dikenali sebagai ilmu akhlak.
Falsafah juga mencakupi undang-undang, iaitu apa yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang
dalam hubungannya dengan keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada beberapa
pengertian falsafah yang dikemukakan dapat dirumuskan bahawa falsafah sangat berkait rapat
dengan kehidupan manusia sendiri. Kehidupan yang bagaimanakah yang dikehendaki oleh manusia
untuk ditempohinya? Apakah yang membentuk persekitaran hidup manusia? Bagaimanakah
manusia menanggap tentang dirinya? Apakah erti bagi suatu kehidupan? CIRI-CIRI BERFIKIR
FALSAFAH KE ARAH KEBENARAN Sidi Gazalba (1974) menyatakan dalam bentuk falsafah bahawa
makhluk berfikir ialah manusia. Manusia berfikir ialah ahli falsafah. Ahli falsafah ialah manusia.
Tetapi manusia bukan ahli falsafah. Berfalsafah adalah berfikir. Tetapi berfikir bukan berfalsafah.
Berfikir yang dikatakan berfalsafah apabila usaha berfikir yang mengandungi tiga ciri iaitu berfikir
radikal, berfikir sistematik dan berfikir universal. i. Berfikir Radikal: Radikal berasal dari perkataan
radix (bahasa Yunani) yang bererti akar. Berfikir radikal ialah berfikir sehingga ke akar umbi atau
sehingga ke peringkat paling akhir/dasar. Berfikir sebegini bukanlah hanya dengan imbasan sahaja
atau seperti hangat-hangat tahi ayam sematamata. Tiada yang tahu, tiada yang suci, tiada yang
terlarang bagi berfikir secara radikal ini. ii. Berfikir Sistematik: Berfikir sistematik ialah berfikir logik
dan tersusun yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan urutan yang
bertanggungjawab dan saling hubungan yang teratur. iii. Berfikir Universal: Berfikir universal ialah
berfikir secara umum dan mencakupi keseluruhan perspektif atau worldview. Berfikir sebegini tidak
khusus atau terbatas pada bahagian-bahagian tertentu. 3
4 FALSAFAH: CABANG, PERSOALAN DAN PENYELESAIAN Memahami falsafah samalah seperti melihat
sebuah rumah. Rumah ialah binaan yang mempunyai pelbagai ruangan dengan fungsi-fungsi yang
berbeza. Sebagai contoh ruang tamu adalah untuk menerima kunjungan tetamu yang datang ke
rumah. Manakala ruang makan adalah untuk tempat keluarga berkumpul dan menjamu selera.
Ruang dapur sudah pasti menjadi tempat untuk menyediakan makanan dan bilik tidur pula menjadi
tempat untuk berehat. Walaupun berbeza fungsi namun kesemua ruangan itu sama pentingnya dan
saling diperlukan untuk menjadikannya sebuah rumah. Cuba anda bayangkan jika sebuah rumah itu
tidak mempunyai ruang dapur. Tidakkah timbul kerumitan atau masalah yang menyebabkan rumah
itu tidak sempurna. Begitu juga halnya dengan falsafah. Falsafah adalah bidang ilmu yang
mempunyai empat cabang metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap cabang falsafah
berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza. Metafizik: membincangkan persoalan
realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Cabang ini
memerlukan ketajaman fikiran untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang
berada di sebalik fizik yang ada. Cakupan ilmu meliputi ruangan sejagat (kosmologi), ketuhanan
(theologi) dan hakikat manusia dan alam (ontologi) Epistemologi: membincangkan persoalan ilmu
dari segi perolehan, jenis, sumber dan kesahan. Cabang ini menghuraikan tentang manusia sebagai
makhluk berakal yang menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mentadbir kehidupannya di
bumi ini. Pengetahuan ini dilihat dari pelbagai sudut sama ada agama, sains, seni, ekonomi, budaya
atau politik. Aksiologi: membincangkan persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk
keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Manusia dianugerahi dengan pancaindera
untuk menyalurkan maklumat kepada otak bagi menghasilkan suatu penanggapan terhadap apa
yang diterima. Etika ialah tatalaku manusia dalam kehidupannya. Ada perlakuan yang dikatakan baik
dan ada juga perlakuan yang dikatakan tidak baik. Ada etika yang didokumenkan yang membentuk
peraturan dan undang-undang contoh, etika berpakaian dan etika kerja. Terdapat juga bentuk etika
yang tidak didokumenkan. Ia berupa taboo atau pantang larang ke atas ahli sesuatu masyarakat.
Contohnya, makan menggunakan tangan kiri dan berpakaian yang mendedahkan susuk tubuh
dianggap tidak sopan. Begitu juga memanggil ibu bapa dengan nama mereka juga dianggap suatu
kesalahan. Tetapi ia terhad kepada sesuatu masyarakat dan bukannya keseluruhan masyarakat
sejagat. Logik: membincangkan persoalan membuat keputusan yang perlu diambil secara tepat dan
berkesan yang membabitkan logik induktif dan logik deduktif. Persoalan Falsafah pula
membincangkan fungsi setiap cabang falsafah bagi menyelesaikan persoalan berkaitan untuk
memahami dan mengungkap hakikat kebenaran. Contohnya persoalan Metafizik adalah seperti
apakah alam semesta? Apakah kehidupan? Apakah kebebasan?. Manakala persoalan Epistemologi
adalah seperti apakah yang boleh diketahui? Bagaimanakah manusia mengetahui? Apakah sumber
pengetahuan? Sejauhmanakah pengetahuan boleh dipercayai? Aksiologi pula membincangkan
persoalan apakah rasa yang enak? Apakah hakikat kebagusan? Apakah yang patut disukai? Apakah
yang patut diutamakan? Apakah yang patut menjadi cantik? Akhirnya ialah Logik yang menjurus
kepada pembuatan keputusan atau kesimpulan. (i) Logik induktif: suatu rumusan yang diangkat dari
pernyataan yang bermula dengan yang khusus dan berakhir dengan yang umum. Contoh: Tikus lebih
kecil dari kucing. Kucing lebih kecil dari harimau. Maka kucing lebih besar dari tikus tetapi lebih kecil
dari harimau. Manakala (ii) Logik deduktif: suatu rumusan yang diangkat dari pernyataan yang
bermula dengan yang umum dan 4

5 berakhir dengan yang khusus. Contohnya; Semua hidupan akan mati. Ali adalah benda hidup.
Maka Ali akan mati. Penyelesaian kepada persoalan falsafah boleh diselesaikan dengan
membahaskannya mengikut perspektif agama dan pemikiran. Perspektif agama meliputi Islam,
Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha. Manakala perspektif pemikiran berlandaskan pemikiran barat,
timur dan Nusantara dan Melayu. Hubungkait di antara cabang falsafah, persoalan falsafah dan
penyelesaiannya dapat dilihat menerusi Rajah 1.2. Rajah 1.2: Cabang falsafah, persoalan falsafah dan
penyelesaiannya. Rajah 1.2: Cabang falsafah, persoalan falsafah dan penyelesaiannya CABANG
FALSAFAH DAN PERKARA BERKAITAN PENDIDIKAN Dalam semua disiplin ilmu, cabang falsafah
memainkan peranan penting bagi membangkitkan keghairahan untuk membuka hijab di sebalik
persoalan-persoalan berbangkit. Sebagai contoh, Jadual 1.1 berikut menunjukkan hubungkait antara
cabang falsafah dan persoalan tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan. 5

6 Jadual 1.1: Cabang, unsur dan persoalan falsafah dalam pendidikan CABANG FALSAFAH UNSUR
PERKARA BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN Metafizik Ontologi Realiti Apakah yang merupakan
pengetahuan? Adakah para pelajar pada dasarnya insan yang berupaya atau insan yang tidak
berkeupayaan? Bagaimanakah pandangan kita terhadap pengetahuan yang mempengaruhi apa yang
sepatutnya kita ajar? Kosmologi Kesejagatan Bagaimanakah guru harus menyusunaturkan bilik
darjahnya? Patutkah kurikulum distrukturkan atau ditentukan oleh pelajar? Adakah guru perlu
mengajar menggunakan teori evolusi atau creationism? Apakah teks yang patut guru gunakan
sebagai orang yang berautoriti? Theologi Ketuhanan Adakah berkemungkinan untuk memotivasikan
semua pelajar untuk berkenginan belajar? Adakah kebolehan seseorang pelajar untuk belajar itu
lahir secara semulajadi atau dipelajari? Patutkahkah semua manusia mendapat kemudahan yang
sama terhadap pendidikan? Epistemologi Pengetahuan Patutkah guru memberi kuliah, menyoal,
memberikan pengalaman, atau menggalakkan aktiviti-aktiviti untuk membolehkan pelajar-pelajar
belajar? Bagaimanakah para saintis mengaplikasikan sains? Aksiologi Nilai Etika Estetika Adakah para
pelajar pada dasarnya baik atau jahat? Bagaimanakah sepatutnya guru melayan para pelajar?
Bagaimanakah sepatutnya para pelajar melayani rakan dan guru? Patutkah guru melaksanakan
sistem pengurusan tingkahlaku secara dendaan atau ganjaran? Apakah perbezaan kefahaman
tentang kecantikan yang ada dibilik darjah? Apakah nilai-nilai yang patut diajar di dalam membina
perwatakan para pelajar? Apakah kepentingan pendidikan seni dan pendidikan muzik di sekolah?
Logik Penaakulan Patutkah guru mengguna pentaakulan deduktif atau induktif dalam
pengajarannya? Bagaimana guru boleh memahami apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah
merupakan pentaakulan? FALSAFAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENGETAHUAN Ilmuan Islam
seperti Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Ghazali, Imam Syafie, Hamka, Sidi Gazalba dan lainnya bersependapat
dalam mengkategorikan ilmu kepada ilmu naqli (ilmu yang diwahyukan) atau ilmu fardu ain dan ilmu
aqli (ilmu perolehan dari akal) atau ilmu fardu kifayah. Manakala tokoh barat seperti Kneller (1971) 6

7 mengkategorikan jenis pengetahuan kepada beberapa kategori mengikut hirarki akal. Ilmu
dibahagikan kepada wahyu, empirikal, rasional, intuisi dan autoritatif. Sebenarnya ilmu yang
dikategorikan oleh barat adalah perincian dari apa yang dikemukakan oleh tokoh Islam. Hubungan
antara kategori ilmu menurut Islam dan barat dapat dirungkaikan menerusi Rajah 1.3. Rajah 1.3:
Kategori ilmu dan pengetahuan Ilmu Wahyu (Naqli): Kategori ilmu yang diturunkan oleh Tuna
Pencipta yang maha kuasa untuk panduan kehidupan manusia yang menjadi umatnya menerusi
orang perantaraan yang terpilih menerusi kitab-kitab dan risalahnya. Ilmu wahyu ini untuk mengenal
Tuhan dan beribadah kepadanya dan mencipta keharmonian dalam menguruskan dunia. Contoh:
Kitab al-quran, Kitab Injil, Kitab Zabur dan Kitab Taurat. Ilmu Akal (Aqli): Kategori ilmu perolehan
manusia menerusi keupayaan akal/ intelek berlandaskan ilmu wahyu untuk faedah kehidupan yang
lebih sempurna dan bersesuaian dengan zamannya. Diciptakan manusia dengan kelebihan darjatnya
kerana mampu berfikir. Ilmu Aqli ini terbahagi kepada beberapa jenis: Pengetahuan empirikal :
Pengetahuan yang diperoleh menerusi pengalaman indera yang menghasilkan satu penemuan baru
(bahan, idea dan kaedah). Contohnya pengetahuan yang terdapat dalam Sains, Matematik, Geografi,
Astronomi, Sejarah dan sebagainya lagi. Pengetahuan rasional : Pengetahuan yang diperoleh
menerusi proses taakulan yang berpandukan logik untuk menyelesaikan masalah atau membuat
rumusan. Logik induktif atau logik deduktif sentiasa digunakan berdasarkan cerapan yang dilakukan.
Pengetahuan autoritatif : Pengetahuan yang ada pada orang tertentu yang diiktiraf sebagai pakar.
Pendapat pakar ini sentiasa menjadi rujukan dan diiktiraf sebagai sah dan boleh dipercayai. Contoh
hanya doktor yang tahu tentang sesuatu penyakit dan kaedah rawatan dan penyembuhannya.
Pengetahuan intuisi : Pengetahuan yang setiap orang miliki tetapi bergantung kepada kepekaan dan
sensitiviti terhadap persekitaran. Pengetahuan ini berkaitan dengan celik akal atau ilham. Contoh
penggubah lagu, penulis dan pelukis hanya berkarya setelah mendapat ilham. Kedudukan Falsafah &
Pengetahuan Russell (1946), mengatakan falsafah merupakan ilmu yang kedudukannya berada di
antara agama (theologi) dan sains. Walau bagaimanapun ketiga-tiga ilmu itu berusaha untuk
mendapatkan kebenaran. 7

8 Ilmu Sains : Membuktikan kebenaran menerusi penaakulan. Ilmu Agama : Percaya akan kebenaran
berasaskan spekulatif. Ilmu Falsafah : Membawa kepada kebenaran berteraskan penaakulan dan
spekulatif. Rajah 1.4 menunjukkan hubungan di antara tiga jenis ilmu iaitu Sains, Agama dan Falsafah
ke arah kebenaran. Ilmu Wahyu K E B E N A R A N Pengetahuan Emperikal Pengetahuan Rasional
Pengetahuan Autokratik Pengetahuan Intuisi Rajah 1.4: Hubungan ilmu falsafah, agama dan sains ke
arah kebenaran. KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN Istilah Dan Pengertian Pendidikan
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi IV (2005) istilah pendidikan membawa maksud ilmu, perihal
mendidik (didikan, latihan, ajaran.) Dari segi asal perkataan pendidikan itu merujuk kepada
perkataan dari bahasa Inggeris iaitu education. Education diambil dari perkataan Latin. Pendidikan =
Education Education = Latin: e ex + ducereduc (keluar) (memimpin) Pendidikan = Didikan & latihan
(educere) (educare) 8

9 Dari perkataan Latin tersebut, pendidikan bererti memimpin keluar ke arah menjadi lebih tahu/
berilmu/ berpengetahuan. Dengan bimbingan yang berkesan, pendidikan dapat meninggalkan
kebodohan, kejahilan dan kemungkaran. Konteks pendidikan dilihat mempunyai perbezaan dan
persamaan dari segi didikan dan latihan dengan maksud yang hampir sama dari segi bahasa Latin
iaitu educere dan educare. Perbandingan Konsep Pendidikan: Didik, Ajar Dan Latih. KONSEP Gelaran
tokoh Jadual 1.2: Perbandingan konsep didik, latih dan ajar dalam pendidikan ISTILAH DALAM
PENDIDIKAN DIDIK AJAR LATIH Pengajar: memindah pengetahuan dan keterampilan untuk manfaat
diri pelajar. ajar. Pendidik: menyampaikan maklumat & memberi ilmu, berkongsi pengalaman.
Jurulatih: membina kemahiran melalui tunjuk Penerima Anak didik: menerima asuhan Pelajar:
menerima tunjuk ajar. Pelatih: patuh arahan dan pembentukan. Kesan Terdidik: Intelek, rohani,
emosi Berpelajaran: intelek. Terlatih: Jasmani dan jasmani Penerapan Pengetahuan, kemahiran &
Pengetahuan & kemahiran. Kemahiran nilai. Masa Berterusan. Ada had/ tempoh. Ada had/ tempoh
Matlamat Kebijaksanaan, keadaban, kerohanian, kejiwaan dan kecekapan. Kepandaian dan
kecekapan. Kemahiran Keperluan Belajar untuk belajar. Belajar untuk kemahiran & survival. Proses
Memimpin: memindah, Mengajar: memindahkan membina & berkongsi pengetahuan & kemahiran.
pengetahuan, kemahiran, nilai. Kedudukan guru Ciri-ciri guru Belajar untuk ketrampilan Melatih &
membina kepakaran Di samping: bimbingan. Di hadapan: arahan & tunjuk ajar Bersama: tunjuk ajar
Role model: berilmu, berakhlak, beragama, berketerampilan & bersahsiah. Arahan mandatori: Ikut
apa yang disuruh, jangan ikut apa yang dilarang. Ikut apa yang disuruh dan buat sehingga mahir. Jika
dibandingkan antara pendidikan dan pengajaran, bolehkan anda memberikan persamaan dan
perbezaannya? Syed Muhammad Naquib al-attas (dalam Sidek Baba, 2006) cuba memberikan
perbandingan antara konsep didik dan ajar dengan menghubungkan konsep good citizen (warga
baik) dan konsep good man (manusia baik) dalam memberikan kefahaman yang mudah tentang
didik dan ajar. Warga yang baik adalah warga yang berpengetahuan dan berketerampilan, tahu
menulis, ada kelulusan, tahu cara berurusan dan faham tentang tanggungjawab kewarganegaraan.
Manusia baik bukan sahaja mempunyai ciri-ciri kualiti seperti warga baik malah kualiti itu ditambah
dengan nilai-nilai yang menjadikan manusia bersifat jujur, ikhlas, amanah, adil, bertolakansur,
bijaksana, cemerlang dan nilai-nilai lain yang berguna bagi membina asas tamadun dan peradaban.
Abdul Malik Karim Amrullan atau lebih dikenali sebagai Hamka memberi 9

10 peringatan yang tegas, bangsa yang hanya mementingkan pengajaran sahaja, tiada
mementingkan pendidikan bagi melatih budi pekerti, meskipun kelak tercapai kemajuannya, namun
kepintaran dan kepandaian itu akan menjadi racun, bukannya menjadi ubat. Hal ini bermakna,
pengajaran hanya berfokus kepada potensi akal dan jasad semata tetapi pendidikan adalah proses
yang membangunkan keseluruhan potensi yang ada pada diri insan itu yang mencakupi akal, roh,
jiwa dan jasad yang pada akhirnya menjelmakan insan yang syumul. Sekolah yang menekankan
aspek pengajaran sahaja akan melahirkan pelajar yang banyak ilmunya tetapi budinya kurang.
Hasilnya ialah anak muda yang tidak tahu tujuan hidup serta tidak dapat memberi khidmat untuk
tanah air. KONSEP & DEFINISI PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Dalam Islam, pendidikan
mempunyai beberapa istilah seperti tarbiah, ta dib dan ta lim. i. Tarbiah berasal dari kata dasar
rabba yang bermaksud mengasuh, memelihara atau memimpin. Ia diseertikan dengan makna
memiliki, menguasai selain mendidik. Oleh itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas kerana
realitinya pengertian tersebut meliputi manusia dan semua makhluk Allah s.w.t. ii. Ta dib berasal
dari kata dasar addaba yang bermaksud mendidik adab atau membentuk akhlak. Dari segi
terminologinya ta dib bermakna dalam proses mendidik atau membentuk, individu yang terdidik itu
mempunyai kemampuan untuk mengembangkan potensinya untuk membentuk peribadi, sikap dan
sahsiah yang selaras dengan acuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu iii. perkataan ta dib
hanya difokuskan kepada manusia sahaja. Ta lim berasal dari kata dasar allama yang bermaksud
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan proses penterjemahan ilmu dalam
bentuk teori dan praktik dari pendidik kepada pelajar. Hubungan konsep tarbiah, ta dib dan ta lim
dalam proses pembinaan insan yang syumul dapat digambarkan seperti Rajah 1.5. Tarbiah
(Mengasuh/ Memelihara/ membaiki) MAKHLUK Ta dib (Mendidik/ membentuk adab & akhlak Ta lim
(Pengajaran) Rajah 1.5: Konsep pendidikan dalam Islam Dalam pendidikan Islam, makna pendidik
berkait rapat dengan dengan istilah murabbi, mualim dan muaddib. Murabbi menghubungkan
proses didikan itu dengan Allah s.w.t. sebagai sumber rujukan. Muallim membawa kaitan di antara
proses didikan dengan ilmu yang berhubungkait dengan al-quran dan 10

11 Sunnah. Muaddib pula menghubungkan pendidikan sebagai satu proses peradaban atau
menjadikan manusia berakhlak. Pengertian Pendidikan Dari Perspektif Islam AKAL (Kognitif) al-quran
(Wahyu) as-sunnah ILMU (Hadis) IMAN AMAL HATI/ROHANI (Afektif) Ijtihad (Ulama) JASAD
(Psikomotor) Rajah 1.6: Dasar dan sumber ilmu dalam Islam Pendidikan dalam Islam meletakkan tiga
dasar ilmu yang berlandaskan kepada akal, hati dan jasad. AKAL : Ilmu wahyu + ilmu Akal =
kebesaran dan kebenaran Tuhan. HATI : Kesedaran dan penghayatan secara fitrah, roh, jiwa &
perasaan. JASAD : Amalan & kebiasaan yang menurut sunnah. Ketiga-tiga dasar tersebut berasaskan
sumber ilmu utama al-quran, as-sunah dan Ijtihad. Dasar ilmu dan sumber ilmu tersebut telah
menjadi rujukan para tokoh dan ilmuan Islam dalam memberikan pengertian terhadap pendidikan. i.
Muhammad Rasullullah (s.a.w): pendidikan itu ialah kesempurnaan diri sebagai makhluk Allah.
Sabda baginda Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak mungkin kamu akan sesat
selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al-quran dan sunnahku. ii. Khalifah Abu
Bakar al-siddiq: Pendidikan merupakan usaha mengembangkan ilmu ke arah kesempurnaan iman.
Hal ini terlihat dalam tindakan beliau menggalakkan mempelajari dan menghayati al-quran dan al-
sunnah. Beliau bertanggungjawab mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al- Quran dalam
sebuah mashaf. 11

12 iii. Khalifah Umar a-khattab: Pendidikan merupakan proses mensepadukan ilmu iaitu ilmu fardu
ain dan ilmu fardu kifayah dalam konteks intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini terpancar dari
katakatanya Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda, memanah dan riwayat-riwayat
yang baik serta syair-syair yang indah. iv. Imam al-syafie: Pendidikan bermatlamat membentuk
akidah dan penguasaan ilmu untuk melengkapkan diri menghadapi dunia dan akhirat. v. Al-Ghazali:
Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai kerohanian sebagai persediaan
menghadapi rintangan hidup. vi. Ibnu Khaldun: Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi
membina masyarakat dan negara. vii. Hasan Langgulung: Pendidikan ialah merubah dan
memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada individu melalui berbagai proses dan cara bagi
melahirkan manusia yang bertanggungjawab & berbakti kepada Allah. Rumusannya, dari perspektif
Islam pendidikan itu adalah suatu ibadat yang tertakluk kepada niat dan amalan yang bersifat fardu
(kifayah/ ain) yang dituntut oleh agama kerana setiap manusia itu adalah pemimpin dan sebagai
pemimpin ia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Hubungkaitan bentuk dan matlamat
pendidikan dari perspektif Islam dapat digambarkan seperti yang terdapat pada Rajah 1.7 Allah
(Khaliq) IMAN Manusia (Makhluk: Khlalifah) Hubungan Vertikal Hubungan Horizontal Alam
(Makhluk: Takluk) : Makhluk Allah : Manusia Alam Rajah 1.7: Bentuk dan matlamat pendidikan dari
perspektif Islam Dari perspektif Islam, pendidikan ialah ibadah yang merupakan ikatan kerohanian
antara makhluk dengan Allah. Menggunakan akal, manusia tercabar untuk mengenali tanda-tanda
kebesarannya dan menggunakan jasmani untuk tunduk dan patuh kepada suruhannya. Hal ini
bermakna fokus dalam pendidikan Islam menekankan: ROHANI AKAL JASMANI 12

13 DEFINISI PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT Barat melihat manusia itu tidak lebih dari haiwan
berfikir. Pemikiran dan tindakan dibentuk melalui interaksi dengan persekitaran. Dunia dilihat
seumpama pentas persaingan. Hanya yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental sahaja yang
dapat menyelamatkan diri. Bedasarkan fakta sejarah yang berkaitan dengan pendidikan barat boleh
dirujuk kepada perancangan dan amalan pendidikan Greek ke atas dua kerajaan yang hebat iaitu
Sparta dan Athens. Kedua-dua kerajaan itu mempunyai dasar-dasar pendidikan yang berbeza. a)
Sparta : Pendidikan dirancang sebagai satu usaha untuk membentuk rakyat yang berani, berdisiplin,
sihat dan cergas, taat pemimpin dan cintakan tanah air. Dasar pendidikannya ialah hanya yang kuat
akan terus hidup. b) Athens: Pendidikan dirancang sebagai satu usaha untuk membina kebijaksanaan
dan keseimbangan jiwa & jasmani bagi mengukuhkan demokrasi dan membentuk warganegara yang
cintakan negara. Dasar pendidikannya ialah hanya yang bijak dapat memimpin dunia. Lahir tokoh
pemikir seperti Pythagoras, Plato, Socrates dan Aristotle. Dari idea tentang pendidikan oleh oleh
Sparta dan Athens tersebut, maka tokoh dan sarjana barat telah mengambilnya sebagai acuan dalam
membuat tafsiran dan definisi tentang pendidikan. i. Plato (427 S.M 347 S.M.): Pendidikan sebagai
latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan kesempurnaan pekerti. ii. Socrates (470 S.M.
399 S.M.): Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran. iii. Aristotle
(384 S.M. 322 S.M.): Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian
dan emosi. iv. John Dewey (1933): Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang
berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga
suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan
lebih selamat. Perspektif barat melihat pendidikan sebagai satu reaksi manusia terhadap
persekitaran. Reaksi tersebut berlaku hasil dari rasa ingin tahu yang berbentuk fizikal dan
dihubungkaitkan dengan peranan otak yang menghasilkan jawapan dan seterusnya mencipta
kebijaksanaan intelektual. Pendidikan adalah asas kepada penemuan dan penciptaan bukannya
untuk mengenal pencipta. Akal adalah Tuhan. Agama menjadi penghalang kepada kemajuan.
Ketuhanan adalah satu ilmu dan bukannya satu kepercayaan. Akhlak tidak perlu pendidikan kerana
ia menyekat permodenan. Pendidikan merupakan pembebasan akal seluas-luasnya. Dari perspektif
barat keutamaan pendidikan ialah: JASMANI AKAL ROHANI APAKAH HAKIKAT PENDIDIKAN?
Berdasarkan pengertian pendidikan yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan
merupakan suatu bentuk proses dan usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menjadikan
manusia lebih sempurna. Berikut ialah hakikat pendidikan secara umum. 13

14 i. Pendidikan merupakan proses yang berterusan. ii. Pendidikan ialah usaha menerapkan ilmu dan
nilai bagi pembinaan warganegara yang cemerlang. iii. Pendidikan melibatkan proses interaksi dua
pihak di antara pendidik dan orang yang dididik secara seimbang. iv. Pendidikan berkaitan proses
dan usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. v.
Pendidikan merupakan usaha melengkapkan pengetahuan, pemikiran dan kemahiran orang yang
dididik untuk menghadapi cabaran perubahan persekitaran DIMENSI PENDIDIKAN Berdasarkan
pelbagai perspektif tentang pendidikan sama ada perspekti Islam mahupun perspektif barat dapat
dikatakan bahawa terdapat persamaan dimensi yang ketara. Dimensi pendidikan tersebut boleh
dikategorikan kepada dimensi instriksik dan dimensi ekstrinksik. i. Dimensi Intrinsik Pendidikan
merupakan satu kehidupan bukannya untuk hidup. Pendidikan menjadikan manusia itu berfungsi
sebagai manusia yang dapat menggunakan perkembangan akal untuk berfikir dengan waras, jasmani
untuk bertindak dengan wajar, emosi dengan perasaan yang tenang dan rohani untuk muhasabah
diri. Pendidikan menjadikan manusia makhluk terdidik. Apakah bezanya manusia dengan haiwan?
Manusia dan haiwan mempunyai persamaan kerana kedua-duanya mempunyai nafsu (syahwat).
Tetapi manusia berbeza dengan haiwan dari segi penggunaan otak untuk berfikir dan menghasilkan
akal bagi mengawal nafsu. Bagaimanaka akal dapat dihasilkan dan berfungsi dengan baik?
Pendidikan mempunyai matlamat implisit. Apakah yang manusia inginkan dalam hidupnya?
Bagaimana manusia hendak mencapai apa yang diinginkan? ii. Dimensi Ekstrinsik (Instrumental)
Pendidikan merupakan wasilah untuk mencapai matlamat. Pendidikan bukanlah matlamat tetapi
suatu alat yang sempurna untuk mencapai matlamat. Pendidikan untuk mencapai sesuatu
keperluan. Jika pada zaman Hercules dan Hang Tuah, kekuatan manusia terletak pada kekuatan
fizikalnya. Tetapi era moden kekuatan manusia terletak pada keintelektualannya. Pendidikan terbaik
dengan pencapaian terbaik akan menghasilkan peluang yang terbaik. Pendidikan untuk sesuatu
fungsi dan untuk manusia berfungsi. Bagaimanakah negara maju dikelaskan? Bagaimanakah rakyat
di negara maju berfungsi untuk mengisi kemajuan tersebut? Pendidikan dan pembangunan
merupakan dua pembolehubah yang berada pada dua hujung garis lurus. Adakah setiap satu
pembolehubah tersebut memberi pengaruh atau memberi kesan terhadap pembolehubah yang satu
lagi. Pendidikan mesti bersesuaian dengan kehidupan manusia di dalam masyarakat. Bolehkah
semua jenis anjing dipelihara untuk melaksanakan tugas yang sama? Bolehkan Chi Hua Hua
ditugaskan untuk memburu? Pendidikan adalah untuk meneruskan kelangsungan suatu warisan dari
satu generasi kepada satu generasi dalam sesuatu masyarakat. 14

15 JENIS-JENIS PENDIDIKAN Secara umumnya terdapat tiga jenis pendidikan iaitu pendidikan formal,
pendidikan informal dan pendidikan nonformal. Jenis-jenis pendidikan tersebut berlaku dalam
lingkungan persekitaran yang mempengaruhi perkembangannya. Lingkungan persekitaran tersebut
meliputi persekitaran lokal (sejarah, budaya, sosial, falsafah, ekonomi dan politik) dan persekitaran
global (teknologi, hubungan antarabangsa, perdagangan dan kebergantungan). Pendidikan secara
formal, informal dan nonformal memainkan peranan penting sebagai modal sosial kepada individu,
keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Persekitaran Global Pendidikan Formal Persekitaran
Lokal Persekitaran Global Pendidikan Informal Pendidikan Nonformal Persekitaran Global Rajah 1.8:
Jenis-jenis pendidikan dalam lingkungan persekitaran Perbandingan Pendidikan Formal, Informal dan
Nonformal Jenis Pendidikan Ciri-Ciri Reka bentuk Pengajaran Pembelajaran Institusi Kurikulum
Jadual 1.3: Perbandingan jenis-jenis pendidikan Pendidikan Pendidikan Formal Informal Bina
kemahiran untuk kehidupan, jangka masa berterusan. Perkembangan ilmu & kemahiran, jangka
masa yang lama. Guru terlatih, pedagogi, kelas. Seragam, berjadual, teks, kelas. Rasmi: Pra sekolah,
sek. rendah & menengah, IPT (bangunan & kelas). Rasmi, kebangsaan, berstruktur, tersurat.
Keluarga & masyarakat. Teguran, larangan, panduan, pencontohan, ibarat tamsil. Tidak rasmi:
rumah, masyarakat. Tidak rasmi, tersirat. Pendidikan Nonformal Perkembangan kemahiran, jangka
masa pendek. Ahli yang pakar. Berjadual. Rasmi & tidak rasmi: agensi kerajaan & swasta. Tidak
rasmi. Penilaian Rasmi & kebangsaan. Pandangan masyarakat. Kehadiran, pencapaian. 15

16 Pengiktirafan Perjawatan: sijil, Diploma, Masyarakat, budaya. Sijil penyertaan/ Ijazah. kecekapan.
Organisasi Kerajaan/ swasta. Keluarga, masyarakat. Kerajaan, swasta, NGO. KONSEP DAN
PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN Pengertian Falsafah Pendidikan Falsafah Pendidikan Rajah 1.9:
Asas ilmu dalam pendidikan Bidang pendidikan dipengaruhi oleh ilmu-ilmu pokok yang lain seperti
falsafah, psikologi, sosiologi, sejarah dan budaya. Menurut Ornstein dan Hunkins (1998),
perbincangan pendidikan yang berkaitan dengan persoalan-persoalan berikut sangat dipengaruhi
ilmu falsafah. Oleh kerana ilmu tersebut berkaitan langsung dengan pendidikan maka persoalan-
persoalan tersebut menjurus kepada persoalan falsafah pendidikan. Apakah yang menjadi arah/ hala
tuju pendidikan? Mengapakah ada matlamat yang dianggap bermakna? Sejauhmanakah wujud
perbezaan didikan dan latihan? Adakah perlu wujud bentuk pengetahuan yang berbeza? Adakah
kurikulum yang berbeza diperlukan untuk pelajar yang berbeza? Bagaimanakah kandungan dibentuk
di dalam kurikulum yang digunkan? Bagaimanakah bentuk kurikulum yang spesifik boleh
dijustifikasikan dengan baik? Sejauhmanakah realiti yang baru perlu dimasukkan di dalam sesebuah
kurikulum? 16
17 Falsafah Pendidikan Islam Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi
rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak
dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan
bantu membantu antara satu sama lain. (Persidangan negara-negara Islam di Makkah, 1974) ilmu
Akhlak Amal Takwa Rajah 1.10: Komponen dalam falsafah pendidikan Islam Implikasi Falsafah
Terhadap Pendidikan i. Meningkatkan kefahaman dan kebolehan membuat Intepretasi dengan tepat
dalam melontarkan ideaidea perbahasan. ii. Meningkatkan kebolehan menaakul secara analitikal
dalam memahami dan menilai sesuatu yang kompleks, berdebat dan menangani isu-isu. iii.
Meningkatkan keupayaan menaakul secara synthetical bagi mengembangkan kemahiran dalam
mengolah idea-idea mereka secara bersepadu dan sistematik. iv. Membina keupayaan pemikiran
kritis untuk meningkatkan tanggungjawab bagi memahami dan menilai semua idea dengan hati-hati.
v. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan tentang moral dan estetika dan meningkatkan vi.
kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi dalam membuat penilaian. Meningkatkan
keupayaan pentaakulan etika dalam membuat keputusan yang rasional ke atas isu-isu tentang
kebenaran dan kesalahan moral dalam membina karekter. 17

18 vii. Meningkatkan keterbukaan minda terhadap penerimaan & pengubahsuaian idea-idea baru
menerusi refleksi terhadap pandangan diri dan kelebihan pihak lain. viii. Meningkatkan kemahiran
dalam penulisan dan pembentangan lisan secara bernas, jelas and tepat tanpa prajudis. ix.
Meningkatkan kemahaman kendiri tentang isu-isu falsafah bidang ilmu asas terhadap disiplin ilmu
lain. x. Meningkatkan penghargaan diri terhadap kepelbagaian latar sejarah intelektual menerusi
refleksi dan perbahasan. xi. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang tradisi
falsafah. KONSEP & DEFINISI KURIKULUM Bagaimana Manusia Beroleh Pengetahuan? Manusia
merupakan makhluk berfikir yang paling sempurna. Menerusi proses berfikir manusia beroleh
pengetahuan. Manusia mempunyai indera yang lengkap dengan fungsi yang berbeza tetapi memberi
maklumat yang sama kepada otak. Menerusi indera manusia menjadi aktif untuk meneroka,
menjelajah, menemu dan menyelidik seterusnya menambahkan pengalaman. Pengalaman
merupakan guru terbaik bagi menambahkan pengetahuan. Pengetahuan juga sudah sedia ada
sebelum manusia lahir lagi. Otak manusia telah sempurna terbentuk ketika janin berusia empat
bulan di dalam kandungan ibunya. Di dalam kandungan, janin bergerak aktif dan boleh bertindak
balas dengan bunyi, haba dan sentuhan. Di barat, ibuibu mengandung digalakkan untuk memasang
lagu-lagu klasik dan bercerita. Manakala dalam Islam menbaca al-quran adalah sangat digalakkan.
Malah kelahiran bayi disunatkan untuk disambut dengan azan dan qamat di kedua-dua telinganya.
Pengetahuan yang dipelajari dan dibina perlu disusun secara sistematik agar mudah diterima,
difahami dan seterusnya diamalkan. Oleh kerana pengetahuan tersebut dipelajari dan dibina maka
dua persoalan berikut muncul: i. Apakah yang menjadi kandungan kepada pengetahuan? ii.
Bagaimana kandungan pengetahuan tersebut dipelajari? Dengan ini kurikulum menampakkan
peranannya untuk menyelesaikan masalah tersebut. PENGETAHUAN DIPELAJARI MEMBINA SEDIA
ADA Rajah 1.11: Perolehan pengetahuan oleh manusia 18

19 Istilah dan Pengertian Kurikulum Dari segi istilah: Kurikulum = Curriculum (B. Malaysia) (B.
Inggeris) Curriculum = Currere / Curir (B. Inggeris) (B. Latin) Currere (Latin) bermaksud lapangan
perlumbaan (race course) atau laluan/ jejak/ jurusan. Curriculum (Inggeris) bermaksud jelmaan. Oleh
itu istilah kurikulum mengikut Kamus Dewan ialah skop atau isi kandungan mata pelajaran atau
kursus/jurusan pengajian yang diikuti. Dari segi pengertian pula terdapat banyak pengertian yang
dikemukakan oleh beberapa tokoh di antaranya ialah: i. Curriculum is "that series of things which
children and youth must do and experience by way of developing abilities to do the things well that
make up the affairs of adult life; and to be in all respects what adults should be" (Bobbit, 1918). ii.
Curriculum can be defined as "a plan for learning" (Taba, 1962). iii. iv. Curriculum is a structured
series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes (or at least anticipates) the results of
instruction. It does not prescribe the means to be used in achieving the results" (Johnson, 1967).
Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following elements: (1)
program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and (4) the hidden
curriculum (Oliver, 1977). v. The curriculum of a school is the formal and informal content and
process by which learners gain knowledge and understanding, develop skills, and alter attitudes,
appreciation's, and values under the auspices of that school (Doll, 1978). vi. Curriculum is "that
reconstruction of knowledge and experience systematically developed under the auspices of the
school (or university), to enable the learner to increase his or her control of knowledge and
experience" (Tanner & Tanner, 1980). Berdasarkan kepada pengertian kurikulum di atas, dapatlah
dirumuskan bahawa kurikulum mempunyai pelbagai tafsiran.tafsiran yang dilakukan tertakluk
kepada latar dan persekitaran tokoh yang memberikan pengertian tersebut. Hal ini bermakna
kepelbagaian tafsiran kurikulum adalah dengan sedar mengikut 19

20 keilmuan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tersebut. Walau bagaimanapun dengan merujuk kepada
pegangan falsafah, kurikulum dapat ditafsirkan seperti berikut: Kurikulum ialah suatu set objektif.
KHUSUS Kurikulum ialah suatu set bahan. Kurikulum ialah suatu set subjek. Kurikulum ialah
kandungan subjek. Kurikulum ialah suatu urutan kursus. Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah.
Kurikulum ialah program pengajian yang dilalui. Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian yang diikuti.
Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh sekolah. Kurikulum ialah setiap perkara yang
berlaku di persekitaran sekolah. Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di
sekolah. UMUM Kurikulum ialah apa yang dialami setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan.
Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah. Analogi
Kurikulum i. Perbezaan: Kurikulum bagaikan orang buta mengenali seekor gajah, masing-masing
mempunyai interpretasi sendiri. ii. Keseluruhan: Kurikulum bagaikan hamper yang membungkus
segala bentuk pengetahuan, kemahiran, nilai dan warisan yang dipakejkan untuk diberikan kepada
generasi seterusnya. iii. Kesempurnaan: Kurikulum seumpama permainan jigsaw puzzle yang saling
melengkapi untuk membentuk kesempurnaan sebagaimana yang dihasratkan. Elemen-Elemen
Dalam Kurikulum Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, suatu siri turutan
tentang kurikulum telah dapat dikenalpasti. Kurikulum yang lengkap mengandungi elemen-elemen
berikut: Rancangan pendidikan yang tersusun. Matlamat dan objektif yang jelas. Kandungan dan
pengalaman pembelajaran Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian pencapaian.
APAKAH KURIKULUM YANG MUNCUL DAN DIAMALKAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA?
Kurikulum Formal i. Kurikulum yang tersurat (manifested curriculum) ii. Boleh dilihat, tersedia,
terancang dan berurutan iii. Seperti yang terkandung dalam silibus. Kurikulum formal berfokus
kepada: Matlamat (goal) 20
21 Objektif Bahan yang menjadi kandungan Struktur/susunan pengajaran Kurikulum Tidak Formal i.
Melibatkan pembolehubah manusia (human variables) yang tidak dapat dikawal/dirancang terlebih
dahulu. ii. Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dan guru, yang melibatkan
perasaan, sikap dan tingkah laku iii. Jenis-jenis kurikulum tidak formal: a) Ko-Kurikulum Aktiviti untuk
menyokong kurikulum yang lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti kokurikulum bertujuan
membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-kurikulum adalah seperti pasukan
beruniform, berbagai-bagai jenis sukan, persatuan dan sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum
adalah diwajibkan kepada setiap pelajar. Contohnya menerusi dasar 1Murid 1 Sukan. b) Kurikulum
Tersembunyi Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak
dinyatakan secara bertulis. Apakah Jenis kuriklum yang dilaksanakan oleh negara-negara di dunia? i.
Kurikulum kebangsaan (senteralisasi): Contoh Malaysia ii. Kurikulum sekolah (disentralisasi): Contoh
US iii. Kurikulum wilayah (provensi): Contoh Jepun Bolehkan anda membezakan ciri-ciri bagi ketiga-
tiga jenis kurikulum tersebut? Sumber-Sumber Kurikulum i. Keperluan dan minat pelajar (Fokus
kepada individu: pilihan bahan berasaskan keperluan, minat dan kebolehan individu pelajar) ii. Nilai-
nilai dan masalah masyarakat (Fokus terhadap interaksi sesama manusia untuk menghadapi masa
depan) iii. Isi kandungan atau penyusunan ilmu (Percaya pada dasarnya terdapat pengetahuan asas
yang perlu dikuasai oleh semua pelajar) Keseimbangan antara ketiga-tiga sumber adalah penting.
Prinsip-Prinsip Umum Formasi Kurikulum Kualiti (Quality): Ke arah meningkatkan pembangunan
intelektual, psikologikal, fizikal dan sosial pelajar. Kesaksamaan (Equality): kualiti pengalaman
kepada semua pelajar. Penumpuan kepada individu(personalization): Program-program khusus
untuk individu yag mempunyai kepelbagaian kebolehan tertentu. Kesesuaian (Relevancy): Mengikut
keperluan pelajar, masyarakat dan sekolah. 21

22 RUMUSAN Dalam perkembangan pendidikan, falsafah dan kurikulum bagaikan irama dan lagu
yang tidak boleh dipisahkan. Kesemuanya membentuk komponen-komponen yang penting dalam
satu sistem pendidikan. Seumpama manusia itu sendiri, walaupun nampak satu tetapi mengandungi
berbagai komponen yang berinteraksi dalam satu sistem yang kompleks. Pendidikan tidak boleh
tegak dengan sendirinya tetapi berteraskan hasrat dan matlamat (individu, keluarga, masyarakat dan
negara). Dari perspektif falsafah, pendidikan mestilah ada tujuan/matlamat/objektif. Mencapai
tahap kebijaksanaan dalam diri manusia adalah perkara utama dalam matlamat pendidikan yang
diteraskan kepada metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Bagi mencapai kebijaksanaan
tersebut, apa yang menjadi pengisian, kaedah penyampaian, bahan yang digunakan dan kaedah
penilaian merupakan penentu kepada tercapainya matlamat yang dihasratkan. Nyatalah bahawa
kurikulum itu merupakan wasilah/jalan untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam falsafah
pendidikan. 22

23 2 ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN PENGENALAN Pendidikan tidak berdiri dengan sendirinya. Pendidikan merupakan
interaksi di antara beberapa komponen dalam satu sistem untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Suatu bangsa yang bercita-cita besar dan luhur merupakan bangsa yang mulia dan
bermaruah. Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak mungkin dapat dicapai tanpa
perjuangan dan idealisme. Idealisme pula tidak mungkin akan terpancar tanpa falsafah. Falsafah
yang didokong oleh sesuatu bangsa merakamkan cita rasa, visi dan pandangan hidup yang ingin
dicapai dan dijayakan. Falsafah hidup dan kehidupan cemerlang yang diidamkan tidak mungkin
terserlah dan terlaksana tanpa pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berkualiti dapat
menjamin pembentukan individu yang unggul. Dari individu yang unggul pastinya terbina keluarga,
masyarakat dan negara yang gemilang. Demikianlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
dibentuk pada tahun 1988 yang mengungkapkan cita-cita rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
FPK menjadi menjadi amanah yang diletakkan di atas pundak para pendidik untuk melunasinya. FPK
dibina pada asas falsafah yang kukuh menerusi gabungan falsafah pendidikan barat (FPB) dan
falsafah pendidikan Islam (FPI). PENGGUBALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Dari
sudut sejarah, FPK lahir daripada proses yang panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan
negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Selepas merdeka (31 Ogos 1957), transformasi pendidikan
perlu dilakukan secara total dan holistik kerana pendidikan warisan penjajah sudah tidak sesuai lagi
untuk diamalkan dalam negara berdaulat dan majmuk ini. Hala tuju pendidikan perlu melihat ke
hadapan kerana pendidikan itu sendiri adalah masa depan negara. Dengan syor-syor dari beberapa
laporan dan penyata (Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1961 dan Jawatankuasa Kabinet
1979) dan dasar-dasar kerajaan semasa (seperti Akta Pelajaran 1961, Rukun Negara dan Dasar
Ekonomi Baru) maka satu bentuk falsafah pendidikan diformulasikan dan didokumentasikan pada
tahun 1988 yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 23

24 FPN tersebut kemudiannya disebut sebagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Akta
Pendidikan 1996 berbunyi: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada FPN
dan FPK yang dinyatakan, dapatkah anda menganalisis perbezaannya? FPK ini mengambil inspirasi
daripada proses pembangunan bangsa dan negara. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga
berkait rapat dengan perkembangan dunia dan pembangunan negara Malaysia yang berpaksikan
kepada agama Islam. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan
Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April
1977 tidak jauh berbeza. Mohd Kamal Hassan (1988) menyatakan bahawa pengisytiharan Makkah
mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan
peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sejarah
pendidikan di Malaysia berperanan penting dalam membentuk FPK. Penyata Razak 1956,
menyediakan asas dan kerangka yang kukuh bagi menjadi dasar dalam pendidikan negara dengan
halatuju yang jelas iaitu menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budakbudak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini bukan sertamerta melainkan hendaklah
diperbuat dengan beransur-ansur. Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman
Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang merupakan acuan kepada pembentukan Dasar Pelajaran
Kebangsaan ini boleh diibaratkan sebagai milestone kepada zaman pengukuhan dan kemaskini
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali dan
dimurnikan bagi menyesuaikan pendidikan dengan perkembangan negara Malaysia. Laporan Kabinet
1979 adalah permulaan kepada pembentukan FPN yang lebih jelas. Laporan Kabinet 1979 memberi
penegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), pendidikan kerohanian
dan kurikulum berorientasi tempatan yakni negara Malaysia. Buat pertama kalinya Malaysia
mempunyai falsafah pendidikan yang disuratkan dalam bentuk dokumen pada tahun 1988 dan
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara. FPN menjadi teras kepada sistem pendidikan negara.
Perubahan masa ke era globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi sistem pendidikan negara.
Semakan terhadap Akta 1961 dan lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu sahutan bagi
menangani cabaran berkenaan. Pendidikan bertaraf dunia atau Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan dijadikan objektif sistem pendidikan masa kini sebagaimana maksud beberapa akta
pendidikan yang lain. Falsafah Pendidikan Negara mengalami pemurnian dari segi pengistilahan dan
kandungan dan kemudiannya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan tidak lagi
24

25 berfokus kepada penyelesaian masalah perpaduan tetapi bagi menghadapi isu yang lebih global
seperti keperluan guna tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai mengikut zaman. Apatah lagi,
zaman ini dikenali sebagai permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan. Dalam ertikata yang
lain, Malaysia mahukan rakyat dan modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat (e-workers
& k-workers) ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN: FALSAFAH BARAT FPK
tidak dibina secara tersendiri tetapi mempunyai acuannya. Acuan yang digunakan mengambil
unsurunsur yang terbaik dari aliran falsafah pendidikan barat iaitu perenialisme, progresivisme,
esendialisme dan rekonstruksionisme yang mana setiap satunya berteraskan falsafah umum atau
mazhab falsafah dari idealism, realism, pragmatism dan eksistensilisme. Mazhab Falsafah Barat
Perkembangan ilmu akal di dunia ini dipengaruhi oleh empat mazhab dalam falsafah barat iaitu
mazhab idealisme, mazhab realisme, mazhab pragmatisme dan mazhab eksistensialisme. Mazhab-
mazhab falsafah ini terbentuk hasil dari pemikiran dan paradigma pelopor dan pendokongnya.
Mazhab ini telah mempengaruhi semua disiplin ilmu di dunia termasuklah pendidikan. Secara
ringkas perbandingan keempat-empat mazhab falsafah barat tersebut adalah seperti di Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Perbandingan ciri-ciri mazhab falsafah umum barat. Idealisme Realisme Pragmatisme
Eksistensialisme TRADISIONAL Ciri Terawal & tradisional Tradisional Awal abad 20 di Amerika
Syarikat/ moden Fokus Tokoh Kebenaran akal, jiwa, kerohanian Dimensi kebenaran, keadilan dan
keindahan menerusi proses penaakulan Plato, Descartes, Kant, Hagel dll Kebenaran sifat nyata/
maujud fizikalnya Kewujudan di alam fikiran selaras dengan alam nyata. Aristotle, Russel, Bacon,
Lock dll Kebenaran dari pengalaman Persekitaran bersifat dinamik. Pengalaman individu berbeza
Dewey, Darwin, James dll MODEN Pertengahan abad 20 - Eropah/ moden Kebenaran dari
pengalaman bebas Pengalaman bentuk idea & pengetahuan Individu berhak mempuat pilihan &
bertanggung jawab Kierkegard, Jaspers dll Idealisme merupakan mazhab terawal yang memberi
tumpuan kepada pembangunan akal, jiwa dan kerohanian. Menurut pandangan ahli mazhab
idealisme ini kebenaran adalah bersandarkan keupayaan minda membuat penaakulan dan bukan
melalui kebendaan (kewujudan fizikal). Dari sudut metafizik, sesuatu realiti dapat ditransformasikan
ke dalam bentuk fikiran. Dari sudut epistemologi, sesuatu kebenaran adalah sebagai idea yang
berada dalam pemikiran. Hal ini melibatkan keupayaan berfikir, memahami dan menaakul kerana
mazhab idealisme berpendapat pengetahuan boleh diperoleh tanpa melibatkan deria atau
pengalaman; sebaliknya boleh melalui celik akal atau secara intuitif. Dari sudut aksiologi pula,
sesuatu nilai adalah bersifat mutlak iaitu sesuatu nilai adalah tetap dan tidak berubah sama 25
26 ada dari satu generasi ke generasi yang lain atau antara satu masyarakat dengan masyarakat yang
lain. Kemunculan mazhab idealisme tersebut dipelopori oleh Plato. Mazhab realisme pula
menyangkal hujah yang dikemukakan oleh para pendokong mazhab idealism. Mazhab ini
mementingkan kewujudan/keberadaan di dunia nyata untuk membuktikan kebenaran, bukannya di
alam fikiran (sebagaimana yang dipercayai di dalam mazhab idealisme). Dari segi metafizik, fokusnya
ialah kepada objek dan jirim. Dari sudut epistemologi, mazhab ini berpendapat seseorang manusia
lahir dengan fikiran, kefahaman dan ingatan yang kosong (tabularasa). Oleh itu, pengetahuan adalah
hasil interaksi manusia dengan alam sosialnya dan alam fizikal di sekelilingnya. Semakin banyak
seseorang itu berinteraksi, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh. Dari sudut aksiologi,
penerimaan sesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai itu dirujuk kepada
sejauhmanakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan masyarakat. Oleh itu, nilai yang diterima
boleh jadi berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Mazhab realisme ini
dipelopori oleh anak murid kepada Plato iaitu Aristotle. Bagi mazhab pragmatisme, pendokongnya
berpendapat alam semesta tidak statik; sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami
perubahan. Manusia yang menjadi salah satu komponen alam ini merupakan mahkluk yang
mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi sosial, mental, fizikal, mobiliti dan tindakan.
Pada setiap masa manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yang dilaluinya.
Dengan itu, pendokong mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam
pemikiran tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan & dibuktikan. Sebagai contoh,
kehidupan selepas mati merupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran manusia.
Mampukah sesorang menerangkan pengalaman kematian dan kehidupan selepas mati? Oleh itu,
dapatkah anda rumuskan pandangan mazhab pragmatisme terhadap konsep metafizik? Dari sudut
epistemologi, pengetahuan adalah hasil dari pengalaman yang diperoleh oleh manusia melalui
perhubungannya dengan persekitaran. Oleh kerana pengetahuan manusia sentiasa berubah setiap
hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka kebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula,
ia sangat bergantung kepada situasi iaitu dari aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan
diaplikasikan. Pelopor mazhab pragmatism ini ialah anak murid kepada Aristotle sendiri iaitu
Socrates. Mazhab falsafah yang seterusnya ialah eksistensialisme yang muncul pada era moden.
Mazhab ini dipelopori oleh tokoh pemikir Eropah moden seperti Kierkegard, Jaspers dan Nietzsche.
Mazhab eksistensialisme juga menekankan kepada pengalaman seseorang dalam menentukan
kebenaran. Fokusnya ialah terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala
tuju bagi mencapai kesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang
bersifat individu. Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas
menentukan persekitaran bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu
pengetahuan seseorang adalah berpunca dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana
individu bebas menentukan persekitaran sosial dan fizikalnya, maka semakin banyak interaksi
seseorang itu dengan persekitarannya, maka semakin banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari
sudut aksiologi pula, mazhab eksistensialisme berpendapat persoalan nilai adalah bersifat relatif
kepada individu. Hal ini bermakna, seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau
sebaliknya; tidak bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya. Falsafah Pendidikan
Barat Mazhab falsafah barat iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme telah
mempengaruhi perkembangan semua disiplin ilmu termasuklah pendidikan. Dalam pendidikan,
mazhab falsafah ini telah 26
27 mempengaruhi aliran pemikiran dalam pendidikan barat seperti perenialisme, progresivisme,
esensialisme dan rekonstruksionisme. Aliran falsafah pendidikan barat secara umumnya boleh
dikategorikan kepada dua kumpulan mengikut ciri-ciri persamaannya iaitu aliran falsafah pendidikan
tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan aliran falsafah pendidikan moden (progresivisme
dan rekonstruksionisme). Falsafah pendidikan perenialisme adalah berasaskan pemikiran Plato.
Aliran falsafah ini berpendapat bahawa kebenaran adalah tulen yang bersifat sejagat dan tidak
berubah dari dimensi ruang, masa dan budaya dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban dan tamadun
manusia. Dengan itu, ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas
dalam pendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke
arah kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat, maka kurikulum adalah sama untuk semua
pelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan fokus terhadap
pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi mata pelajaran Kesusasteraan, Kemanusiaan,
Bahasa, Sejarah dan Matematik. Guru merupakan orang yang berautoriti dalam bidangnya. Peranan
guru ialah menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana guru merupakan orang yang pakar dan
ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru
tanpa soal. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi muda agar mereka berupaya untuk hidup
harmoni dalam masyarakat kelak. Fahaman aliran falsafah pendidikan perenialisme tidak disetujui
oleh sebahagian tokoh pendidik seperti Charles Pierce, William James dan John Dewey. Mereka
meletakkan kepercayaan bahawa kanakkanak membesar dengan keupayaan untuk bertindak
sebagai peneroka, penjelajah dan mengadaptasi terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya. Individu
yang dilahirkan di dunia ini mempunyai potensi, minat dan bakat yang berbeza. Oleh itu pendidikan
berperanan memberi kesempatan kepada murid-murid untuk mencorakkan minat dan bakat
mengikut persekitaran dan masyarakatnya. Kurikulum mestilah member fokus kepada mata
pelajaran Sains Sosial dan merentas disiplin. Aliran falsafah pendidikan progresivisme meletakkan
pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat sendiri. Oleh itu peranan
guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau
dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Aliran falsafah pendidikan
progresivisme telah menimbulkan keraguan kepada perkembangan pendidikan kerana matlamat
pendidikan itu adalah individu pelajar bukannya masyarakat dan negara. Beberapa tokoh seperti
William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed berpendapat pendidikan perlu kembali kepada
saranan sebagaimana yang terdapat di dalam falsafah pendidikan perenialisme. Golongan ini
kemudiannya membentuk aliran falsafah esensialisme. Menurut aliran falsafah ini pendidikan adalah
bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat
sekian lama. Aliran ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting
untuk disampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di
peringkat sekolah rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Di peringkat sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran,
matematik, sains, bahasa, kesusateraan dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting.
Guru adalah sebagai pakar yang menguasai bidangnya dan sebagai role- model. Oleh itu guru perlu
dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar
memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli
masyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan kepada pelajar warisan budaya
dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada. Pertengahan abad ke-20, telah muncul satu lagi
aliran falsafah pendidikan yang dikenali sebagi aliran falsafah pendidikan rekonstuksionisme. Aliran
ini dipelopori oleh George Counts dan Harold Rugg. Falsafah pendidikan rekonstruksionisme ini
memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat 27
28 iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan
pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu, proses
pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadap masalah
yang berlaku dalam masyarakat semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-
masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang.
Kurikulum yang disediakan mengandungi masalahmasalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku
dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu membimbing pelajar agar sedar
dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnya pelajar dibimbing
serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi
masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama dalam pembinaan
semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik sesuai dengan
masyarakat akan datang. Hubungkitan antara mazhab falsafah barat dan aliran falsafah pendidikan
barat yang dijelaskan di atas dapat dilihat menerusi Rajah 2.1. MAZHAB FALSAFAH BARAT ALIRAN
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Idealisme Perenialisme Realisme Progresivisme Pragmatisme
Esensialisme Eksistensialisme Rekonstruksionism e Rajah 2.1: Pengaruh mazhab falsafah terhadap
falsafah pendidikan barat Sebagai perbandingan di antara falsafah pendidikan barat tradisional
(perenialisme dan esensialisme) dan falsafah pendidikan barat moden (progresivisme dan
rekonstruksionisme) Rajah 2.2 dan Jadual 2.2 dapat memberikan penjelasan dari aspek
perbandingan dengan jelas. T R A D I S I O N A L PERENIALISME Kriteria: Masyarakat & Pendidikan
Pengetahuan & Pembelajaran Pengajaran Guru Tujuan & Program ESENSIALISME PROGRESIVISME
REKONSTRUKSIONISME Rajah 2.2: Perbandingan ciri-ciri falsafah pendidikan tradisional dengan
falsafah pendidikan moden. M O D E N 28

29 Jadual 2.2: Perbandingan kriteria-kriteria yang terdapat dalam falsafah pendidikan barat.
KRITERIA Masyarakat & Pendidikan Pengetahuan & Pembelajaran Pengajaran Guru Tujuan &
Program ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Tradisional Moden (Perenialisme & Essensialisme)
(Progresivisme & Rekonstruksionisme) Sekolah ialah institusi pendidikan formal Rumah ialah institusi
pendidikan formal Sekolah agen kebudayaan Pendidikan matlamat masyarakat Pengetahuan
sediakan pelajar untuk demokrasi Pendidikan kembangkan kognitif (akademik) Nilai bersifat objektif
& tetap (berasaskan persetujuan) Tumpuan terhadap pengetahuan dan maklumat Fokus kepada
mata pelajaran (akademik) Kandungan subjek: Pilihan guru Penyusunan berurutan Orientasi
terhadap perkara lampau Kandungan subjek dibahagi kepada beberapa unit secara terasing
Rancangan pengajaran disusun mengikut topik oleh guru. Orientasi teks & bilik darjah Berkumpulan
secara keseluruhan Jadual yang tetap & masa seragam Pelajar kumpulan yang homogeneous &
program khas Pengajaran berorientasi guru & pelajar pasif Keseragaman dalam membina
pengalaman bilik darjah dan situasi pengajaran Fokus kepada sastera & sains Pengkhususan
Kurikulum ditentukan oleh guru, sekolah dan pusat. Standard yang tinggi & cemerlang: Tumpuan
khas kepada mereka yang cemerlang Sekolah memajukan masyarakat Pendidikan kembangkan
potensi Pengalaman demokrasi di sekolah menyediakan pengetahuan untuk demokrasi sebenar.
Pendidikan bersepadu (kognitif, moral dan sosial) Nilai bersifat subjektif (pandangan individu)
Tumpuan terhadap penyelesaian masalah & peranan individu Fokus terhadap pelajar Kandungan
subjek: Pilihan guru & pelajar Susunan ikut kefahaman Orientasi kepada semasa & hadapan
Kandungan subjek secara bersepadu Rancangan pengajaran disusun mengikut minat & masalah
murid. Orientasi pelbagai bahan & masyarakat. Keseluruhan, kumpuan kecil & individu Jadual yang
anjal & masa fleksibel Pelajar kumpulan yang heterogeneous & program berbeza Pengajaran
berorientasi pelajar & pelajar aktif Kepelbagaian dalam membina pengalaman bilik darjah dan situasi
pengajaran Sepadu (satera, subjek praktikal & vokasional) Umum Kurikulum berasaskan keperluan
dan minat pelajar Standard yang setara & fleksibel: Tumpuan khas kepada mereka yang
pencapaiannya rendah 29

30 Ciri-Ciri Falsafah Pendidikan Barat Dualisme Segmentasi Pengkhususan Fleksibel Dinamik = Sistem
pendidikan agama melawan sistem pendidikan sekular. = Ilmu sains menentang agama. = Fokus
kepada satu aliran sama ada sains atau agama. = Fokus kepada perkembangan sama ada kognitif,
afektif ataupun psikomotor. = Sentiasa menekankan penemuan baru & dunia baru berasaskan
penerokaan, inovasi dan kreatif. ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN:
FALSAFAH ISLAM Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu dan sempurna. Islam
tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah untuk beragama. Dalam Islam tiada falsafah
tetapi mempunyai hikmah. Islam meletakkan kepercayaan di hadapan pemikiran. Kepercayaan
bukan pemikiran. Sebagai contoh, dari segi segi pemikiran, orang yang pandai berenang dan boleh
menahan nafas di dalam air selama 30 minit sudah pasti tidak menghadapi masalah ketika berada di
dalam air. Walau bagaimanapun bolehkah orang tersebut menyelamatkan diri apabila ombak
bergelora atau tsunami melanda? Ketika itu kepercayaan mengambil tempat apabila orang yang
menghadapi musibah itu berkata Ya Allah atau Oh my God. Hal ini bermakna, fitrah manusia
sebenarnya adalah beragama. Kehidupan dengan pengaruh persekitaran manusia itu sendiri yang
menghasilkan pemikiran untuk menolak hidup beragama. Dari aspek cabang falsafah yang meliputi
metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik, Islam memberi penekanan kepada kepercayaan dan
ketuhanan yang mengawal pemikiran dan tindakan. Metafizik: Mengenal kebenaran terhadap
keesaan Allah sebagai pencipta. Banyak tanda-tanda kebenaran yang dibuktikan menerusi diri
manusia itu sendiri, alam dan makhluk dan tanda-tanda kehebatan dan kebesarannya. Epistemologi:
Ilmu yang benar bersumberkan al-quran, Sunnah dan ilmu-ilmu akal yang lain berasaskan
kebijaksanaan berfikir untuk penyelesaian masalah dan menjadikan kehidupan manusia bertambah
sempurna, baik dan maju. Aksiologi: Nilai kecantikan yang membentuk watak dan akhlak dalam diri
manusia untuk mentadbir alam yang serba indah ini dengan sempurna. Logik: Berfikir secara
bijaksana untuk mencari kebenaran yang hakiki bagi menambahkan kecintaan terhadap kehidupan
beragama. Sebagai analogi, mengerjakan solat. i. Mengapa perlu wuduk (mengambil air
sembahyang) walaupun selepas mandi? ii. Mengapa perlu niat sebelum mengerjakan solat? iii.
Mengapa perlu mengadakan beberapa gerakan dalam solat seperti berdiri tegak, takbiratulihram,
kiam, ruku, sujud, duduk antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir? 30

31 Indahnya solat dari segi metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik kerana ia mengandungi rahsia
yang besar hikmahnya yang kini telah dibuktikan secara saintifik untuk kesejahteraan diri,
masyarakat dan, ummah. Di dalam solat Itulah terdapatnya contoh falsafah Islam.
Pendokumentasian Falsafah Pendidikan Islam Pada peringkat awalnya, tidak terdapat sebarang
bentuk falsafah pendidikan yang seragam untuk digunakan di semua negara-negara Islam. Semua
negara menggunakan dan mengamalkan mengikut apa yang telah ditentukan oleh pemimpin negara
masing-masing. Oleh kerana itu ada yang membentuk ideologi yang ekstrim (contohnya Iran dan
Afganistan), falsafah yang diambil dari barat (contohnyaturki) dan falsafah yang diadaptasikan dari
negara-negara lain (Malaysia). Sehinggalah pada tahun 1977 apabila negara-negara Islam Sedunia
(OIC) mengadakan satu persidangan khusus untuk membincangkan hala tuju, bentuk, proses dan
hasil tentang pendidikan. Maka Falsafah Pendidikan Islam didokumentasikan untuk dijadikan rujukan
dalam membina Falsafah Pendidikan di negara-negara yang mengiktiraf negaranya sebagai negara
Islam. Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan
fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal
soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain. Berdasarkan falsafah pendidikan Islam tersebut, terdapat beberapa komponen yang perlu
diberi perhatian iaitu bentuk pendidikan, proses pendidikan dan hasil pendidikan sebagaimana yang
ditunjukkan di dalam Rajah 2.3. Bentuk Pendidikan Berterusan Menyeluruh Bersepadu Seimbang
Harmoni Proses Pendidikan Hasil Pendidikan Diusahakan berterusan Orientasi pelajar Bersepadu &
menyeluruh (Rohani, intelek, emosi, jasmani) Gabungjalin & penerapan Keseimbangan Rajah 2.3:
Hubungan komponen bentuk, proses dan hasil dalam falsafah pendidikan Islam Intrinsik: Individu
yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh. Ekstrinksik: Individu yang dapat
memberi sumbangan kepada pembinaan masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu
membantu antara satu sama lain 31

32 HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Rajah 2.4: Hubungkaitan antara falsafah
pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan Rajah 2.4
menunjukkan asas falsafah yang mendasari pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
FPK mempunyai kandungan yang sempurna dan lengkap dengan mengambil pertimbangan tentang
pembangunan insan untuk menjadi cemerlang menerusi pendidikan. Manusia merupakan makhluk
sempurna yang mempunyai empat komponen iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intelek
adalah berkaitan dengan organ otak. Manakala rohani melibatkan kepercayaan dan pegangan. Emosi
berkaitan dengan hati dan perasan dan jasmani adalah tubuh luaran diri manusia. Kesemua
komponen tersebut perlu dididik secara menyeluruh dan bersepadu agar lahir nanti insan yang
seimbang dan harmoni pertumbuhannya. Kandungan FPK tersebut selari dengan dengan Falsafah
Pendidikan Islam yang meletakkan manusia terdiri dari tiga komponen iaitu akal (dari otak), roh
(rohani) dan jasad (tubuh secara luaran). Ketiga-tiga komponen tersebut mempengaruhi empat
komponen yang ada dalam FPK. Begitu juga mazhab falsafah barat yang mempengaruhi falsafah
pendidikan barat dan seterusnya mempengaruhi perspektif mereka terhadap perkembangan
manusia dari segi kognitif (otak), afektif (jiwa dan perasaan) dan psikomotor (tubuh luaran manusia).
Jika dihubungkan dengan FPK maka persamaan tersebut berlaku. Oleh itu, FPK adalah falsafah
pendidikan yang mempunyai cirri-ciri gabungan antara falsafah pendidikan barat dan falsafah
pendidikan Islam. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994) menamakan falsafah yang sedemikian
sebagai falsafah eklektif. Rajah 2.5 menggambarkan bagaimana perkaitan yang berlaku di antara
falsafah pendidikan barat tradisional, falsafah pendidikan barat moden dan falsafah pendidikan
Islam bertemu untuk membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bersifat eklektik. 32

33 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERSIFAT EKLEKTIK. (Falsafah eklektik bermaksud

gabungan atau paduan dari pelbagai sistem dan falsafah yang dipilih ataupun falsafah pendidikan
yang tercipta dari pelbagai sumber) Rajah 2.5: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai falsafah eklektik RUMUSAN Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam,
kritis, holistik, sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran.
Falsafah pendidikan pula memberi sumbangan terhadap kejelasan dan ketepatan makna, penetapan
matlamat/ objektif, menggerak pemikiran, pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah serta
pemilihan nilai yang tepat. Falsafah pendidikan barat (perenialisme, progresivisme, esensialisme dan
rekonstruksionisme) berteraskan mazhab falsafah umum barat iaitu idealisme, realisme,
pragmatisme dan eksistensialisme. Falsafah pendidikan Islam menekankan unsur bersepadu,
meyeluruh dan seimbang merangkumi roh, akal dan jasad. Falsafah pendidikan barat dan falsafah
pendidikan Islam digabungkan untuk menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang bersifat eklektik. FPK mengandungi maklumat secara tersurat & tersirat tentang bentuk,
proses dan hasil pendidikan di Malaysia. Kandungan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
did lam FPK menjadi fokus dan matlamat pendidikan negara. Pelaksanaan pendidikan menekankan
elemen menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam usaha mengembangkan lagi potensi individu.
Seterusnya dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan seimbang
dalam usaha mencapai tahap negara maju yang gemilang. 33

34 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENALAN Sputnik merupakan kapal angkasa yang telah mengubah dunia dari segi perlumbaan
ilmu. Amerika Syarikat yang pada mulanya begitu angkuh mengatakan bahawa sistem pendidikannya
adalah yang terbaik di dunia membisu dan tunduk kepada kecanggihan teknologi Rusia yang secara
diam telah melancarkan kapal angkasanya untuk mendarat di bulan. Rusia telah membangunkan
pendidikan melalui pengisian kurikulumnya ke masa depan meninggalkan pendidikan Amerika jauh
ke belakang apatah lagi negara-negara yang lain. Tersentak dengan kejutan itu, Amerika Syarikat
kemudiannya telah rombakan dan menggubal semula dasar pendidikan, sistem pendidikan dan
orientasi kurikulumnya agar dapat menguasai sistem pendidikan terbaik dunia sebagaimana yang
didakwanya. Hal tersebut menjelaskan bahawa pendidikan dan kurikulum adalah suatu yang dinamik
dan sentiasa perlu berubah dengan tuntutan semasa yang disuaipadankan kepada keintelektualan
manusia dan pembangunan negara selaras dengan tuntutan agama, ideologi, ekonomi, sosial dan
alam sekitar. Dalam konteks Malaysia, perkembangan pendidikan yang berlaku adalah dari suatu
kesinambungan warisan yang panjang bermula dengan sistem pendidikan agama, bertukar kepada
sistem pendidikan vernakular semasa era penjajahan, sistem pendidikan kebangsaan mengikut
acuan barat selepas kemerdekaan, sistem pendidikan kebangsaan mengikut acuan Malaysia yang
menggunakan kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, institusi pendidikan lepasan menengah. Dari kurikulum yang bersifat vernakular,
Malaysia telah mengubah kepada bentuk bersepadu dan kini berteraskan standard yang berpaksikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan halatuju pendidikan berdasarkan matlamat
negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988, falsafah
pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan
digambarkan melalui penyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak (1956),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlukah
pendidikan berubah? Fikirkan mengapakah dinosaur yang begitu hebat suatu waktu dahulu hanya
tinggal fosil pada hari ini? 34

35 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA Perkembangan pendidikan serantau menyaksikan

hubungkaitannya dengan sejarah penerokaan, penjelajahan, penjajahan dan globalisasi. Sistem
pendidikan dan pengisian kurikulum di negara-negara yang terbabit adalah mengikut acuan negara-
negara yang dianggap ibu mereka. Berdasarkan Rajah 3.1 jelas dilihat pengaruh perkembangan
pendidikan moden dibeberapa negara. Continental Inggeris Islam Perancis Jerman Inggeris Arab
Rusia Amerika China Filipina, Taiwan, Korea India Indochina, Indonesia Jepun Malaysia, Singapura
Rajah 3.1: Perluasan pengaruh pendidikan dan kurikulum moden dibeberapa negara di dunia
Berdasarkan Rajah 3.1, pendidikan di Malaysia difabrikkan oleh pengaruh luar seperti Pendidikan
Islam dari tanah Arab dan India, Pendidikan Inggeris dari England, Pendidikan Cina dari Tanah Besar
China dan Pendidikan Tamil dari Benua Kecil India. Hal inilah yang kemudiannya memunculkan
sistem pendidikan vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa pengantar yang mengikut bahasa
ibunda) di Tanah Melayu dan kekal sehingga kini di Malaysia (kecuali pendidikan Inggeris) apabila
Akta 1996 menjamin terus kewujudannya. Dalam masyarakat tradisional yang serba ringkas dan
mudah, pendidikan hanyalah satu keperluan hidup sebagai survival dalam masyarakat seperti
memburu, bertani, bertukang dan nelayan. Dalam kelangsungan hidup berkeluarga dan
bermasyarakat, pendidikan bertumpu kepada berbezaan gender dan status sosial dalam masyarakat.
Kemahiran dan ilmu kewanitaan yang berkaitan dengan peranan anak perempuan, isteri dan ibu
diwariskan kepada anak-anak perempuan. Mereka dididik untuk cekap memasak, mengurus
rumahtangga, menjaga maruah dan kesopanan, mengaji al-quran dan serba sedikit bertani &
memelihara ayam itik sebagai keperluan. Manakala anak lelaki merupakan anak emas keluarga yang
akan membawa nama keluarga. Mereka diberi pendidikan dengan ilmu keperwiraan untuk menjadi
pahlawan yang tangkas, cekal dan mempunyai kepimpinan untuk memikul tanggungjawab sebagai
ketua 35

36 keluarga. Mereka juga diajar erti kehidupan yang lasak untuk mencari nafkah keluarga yang
diwarisi dari bapa mereka sama ada bertani, bertukang ataupun nelayan yang lebih mahir. Kedua-
dua anak sama ada lelaki atau perempuan diberi didikan yang sama tentang agama dan adat
sehingga muncul ungkapan Biar mati anak, jangan mati adat dan Agama dijunjung, adat dikelek.
Pendidikan berkaitan dengan status sosial dalam masyakat Melayu tradisional yang terus sebati
sehingga sekarang sebenarnya tercipta dari peristiwa di Bukit Si Guntang apabila termeterinya
perjanjian di antara Seri Teri Buana, raja yang memerintah dengan Demang Lebar Daun yang
mewakili rakyat jelata. Dari penjanjian itu lahirkan konsep daulat kepada raja dan tulah kepada
rakyat. Raja-Raja Melayu mempunyai daulat yang mesti dijunjung oleh semua rakyat di bawah
naungannya. Mana-mana rakyat yang menderhaka kepada rajanya akan menerima tulah, akibat dari
perbuatannya. Kerana itu pantang kepada rakyat menderhaka kepada rajanya. Sehubungan dengan
itu muncullah ungkapan Daulat Tuanku!. Situasi seperti itu mesti dipatuhi dan diwariskan dari satu
generasi kepada generasi yang seterusnya. Putera dan puteri raja diberi pendidikan di dalam istana
mengenai adab-adab yang selayaknya sebagai anak raja. Bagi anak-anak pembesar pula seperti anak
Bendahara, Temenggung, Bentara, Laksamana dan Syah Bandar, Orang Kaya-Kaya, Orang Besar
menerima anugerah dari sultan atau raja untuk hidup dalam bayang-bayang istana. Mereka dari
golongan rakyat biasa yang terpilih kerana kelebihan ilmu, kemahiran dan harta yang dimiliki. Rakyat
jelata pula merupakan golongan hamba yang mesti taat setia, sedia menyumbang bakti kepada raja
tanpa sebarang keraguan dan persoalan. Hal ini banyak dikisahkan dalam buku-buku seperti Sejarah
Melayu, Misa Melayu dan Hikayat Hang Tuah sebagai rujukan, teladan dan iktibar. Perkembangan
Kerajaan Melayu Melaka yang pesat meliputi sebahagian besar Alam Nusantara telah menjadikan
Melaka sebagai pusat perdagangan antara bangsa pada abad ke-14. Melaka telah bertukar menjadi
pusat pendidikan terbuka di rantau sebelah timur. Pelbagai ilmu dipelajari dan dimanfaatkan seperti
ilmu perdagangan dan perniagaan, pengurusan pelabuhan, perundangan, komunikasi antara bangsa,
keagamaan dan sebagainya lagi. Institusi-institusi pendidikan semakin berkembang bermula dengan
istana dan rumah individu dan kini muncul madrasah dan sekolah pondok. Selanjutnya syiar Islam
berkembang meluas ke seluruh Melaka dan tanah jajahan takluknya di rantau nusantara.
Perkembangan pendidikan agama Islam memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya. Apa yang
nyata, kurikulum yang dipentingkan ialah aspek fardu ain dan fardu kifayah yang bersumberkan al-
quran, al-hadis serta kitab-kitab yang dibawa dari tanah arab dan Mesir. Perkara-perkara yang
dipelajari ialah pengajian al-quran, hadis, fiqh, tauhid dan tasawuf. Pengajarnya pula terdiri dari para
saudagar dan pedagang serta pendakwah Islam dari timur tengah. Mereka ini bergelar Sayyid, Sheikh
atau Maulana. Dalam Sejarah Melayu dikisahkan perihal Pendita Maulana Abu Ishak dari Mekah
yang arif dalam ilmu Tasawuf. Beliau kemudiannya telah mengarang sebuah kitab agama iaitu kitab
Duri l-mazlum dan mengajarkannya kepada Maulana Abu Bakar serta meminta agar isi kandungan
kitab tersebut diajarkan kepada rakyat Melaka. Keperihatinan sultan terhadap pendidikan agama
Islam telah menyebabkan para pembesar istana turut mendalami dan mengamalkan ajaran agama
Islam dalam kehidupan mereka. Pendidikan berkembang menerusi kaedah kuliah, syarahan,
perbahasan, penyoalan dan sebagainya lagi. Satu kisah yang menggambarkan keadaan tersebut
diceritakan di dalam Sejarah Melayu. Arakian Sultan Mansur Syah pun menitahkan Tun Bija Wangsa
ke Pasai, bertanyakan satu masalah. Segala isi syurga itu kekalkah ia di dalam syurga; dan segala isi
neraka itu kekalkah ia di dalam neraka?. 36

37 Perkembangan pendidikan Islam di Melaka memberikan impak yang sangat besar kepada sistem
tulisan. Tulisan Arab telah dijadikan asas kepada pembentukan tulisan Jawi sebagai media penulisan
bahasa bersurat dengan mengambil tambahan dari huruf dalam tulisan Parsi dan Barbar. Tulisan
Jawi tersebut telah memainkan peranan besar bagi mengikat perpaduan satu bahasa meliputi
seluruh bangsa Melayu di alam Nusantara. Perkembangan Melaka sebagai pusat tamadun timur
yang pesat dalam aspek ekomoni, sosial dan agama Islam tidak disenangi oleh kuasa-kuasa barat.
Kuasa-kuasa barat ini kemudiannya berazam untuk menjajah kuasa timur ini. Sebenarnya kerajaan
Melayu tidak tewas jika berhadapan dengan kekuatan. Hal ini terbukti dengan kejayaan Melaka
mengekalkan keamanan dari ancaman Majapahit, Siam dan China. Malah dalam beberapa siri
serangan Portugis ke atas Melaka yang diketuai oleh Laksamana Diego Lopez de Sequiera pada
tahun 1509 mereka tewas dalam keadaan yang memalukan dan kembali semula ke Goa. Pada tahun
1511, Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque dengan kekuatan 16 buah kapal perang,
bilangan tentera yang ramai dan senjata yang lebih hebat telah menyerang Melaka. Melaka
sebenarnya tidak tewas kepada kuasa Portugis. Contohnya serangan Portugis pada 25 Julai 1511
dapat dipatahkan. Hanya serangan pada 24 Ogos 1511, barulah Melaka dapat ditawan dan memaksa
Sultan Mahmud meninggalkan Melaka. Sebenarnya Melaka tidak tewas kepada Portugis tetapi
ditewaskan oleh anak bangsa sendiri yang menderhaka, bacul dan tidak patriotik seperti si Kitul yang
bersekongkol dengan kuasa penjajah tersebut. Melaka tewas dan terus dijajah silih berganti selepas
Portugis tewas kepada kuasa Belanda pada tahun 1641 dan kemudiannya diserahkan kepada
Inggeris pada tahun 1824 berikutan dengan Perjanjian Inggeris-Belanda. Melaka bagaikan
perumpamaan gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah. Maruah orang Melaka
hilang kerana negeri hilang daulat dan menjadi barang pertukaran dengan Betawi di Indonesia di
antara Belanda dan Inggeris. Inggeris meluaskan jajahan takluknya menggunakan kepintaran hujah
dan menerusi penjanjian dengan raja-raja Melayu, satu demi satu negeri-negeri di Tanah Melayu
jatuh kepada Inggeris bermula dengan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan berakhir dengan Johor
pada tahun Tanah Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan politik dan wilayah iaitu Negeri-Negeri
Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor). Perang Dunia Kedua menyaksikan tumbangnya kuasa barat dan Tanah
Malayu menjadi jajahan takluk Jepun pada 15 Februari 1942, yakni 10 minggu selepas tentera Jepun
mendarat di Kota Bahru, Inggeris menyerah kalah setelah menjajah selama 156 tahun mulai Asia
untuk Asia, itulah slogan Jepun yang kemudiannya mentadbir Tanah Melayu secara pecah dan
perintah. Jepun mengambil orangorang Melayu dan India untuk bekerja sebagai polis dan kerani
pentadbiran. Manakala kala orang orang Cina mengalami kekejaman kerana disyak menyokong
penentangan Jepun di China dan Tanah Melayu. Pendidikan era Jepun lebih kepada indoktrinasi
ideologi negara Jepun. Tetapi peristiwa ini memberi pengajaran kepada rakyat tempatan bahawa
metos keagungan orang kulit putih dan kuasa barat tidak boleh dikalahkan adalah tidak benar.
Apabila Jepun menyerah kalah pada pertengahan Ogos 1945, maka kuasa Inggeris dijemput untuk
terus mentadbir Tanah Melayu bagi menghadapi ancaman Komunis Malaya yang mengambil alih
kuasa pemerintahan negara selama lebih kurang lima minggu sehinggalah pada akhir September
Ibarat mengantuk disorongkan bantal, British menjajah semula Tanah Melayu atas dasar membantu
mentadbir. Hal ini kerana Tanah Melayu sangat bernilai kepada Britain. Oleh yang demikian, British
mesti mengekalkan kuasa demi kepentingan mereka. Britain sebenarnya telah bankrupt pada akhir
perang dunia kedua dan terpaksa menjual 1.1 bilion dari pelaburan seberang lautnya bagi
menangung hutang asing sebanyak 3.4 bilion. Jelaslah bahawa Tanah Melayu sangat penting bagi
pemulihan ekonomi Britain. Walau bagaimanapun keadaan selepas perang menyebabkan kesedaran
politik dalam 37

38 kalangan rakyat Tanah Melayu telah meningkat dan menuntut kemerdekaan yang tulen dari segi
ekonomi dan politik. Pendidikan telah menggerakkan ke arah literasi dan penyusunan gerakan
tuntutan kemerdekaan secara teratur dan sistematik. Akhirnya tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu
diisytiharkan merdeka. Seterusnya pada September 1963 pembentukan negara Malaysia
dilaksanakan apabila negeri Sabah dan Sarawak menjadi ahli dalam kumpulan negeri-negeri di
Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia pernah dikuasai (dijajah dan dinaungi) oleh kuasa
asing selama 500 tahun. Selama tempoh itulah pelbagai kuasa barat (Portugis, Belanda dan Inggeris)
dan kuasa Jepun telah mencorakkan landskap pendidikan yang ada di Tanah Melayu. Kejatuhan
empayar dan kerajaan Melayu Melaka kepada kuasa penjajah Portugis, Belanda serta Tanah Melayu
kepada Inggeris telah meruntuhkan kegemilangan tamadun Melayu dalam politik, ekonomi, sosial,
budaya, agama dan pendidikan. Dari segi politik hilangnya sebuah negeri berdaulat dengan sistem
kerajaan beraja di Melaka. Dalam ekonomi pula, Melaka hilang peranannya sebagai sebuah
pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa. Hirarki struktur politik dan sosial juga berubah
kerana negara diperintah melalui sistem Residen. Apa yang ada kepada orang melayu ialah adat
Melayu dan agama Islam. Selain daripada politik dan sosial, masyarakat Melayu kehilangan
kebudayaan dan warisan tempatan dan digantikan dengan budaya barat. Sektor ekonomi orang-
orang Melayu juga semakin terpinggir apabila sistem ekonomi berbentuk komersil diperkenalkan
seperti pertanian ladang, perlombongan dan perindustrian. Perkembangan agama Kristian berlaku
pesat apabila mubaligh-mubaligh mendapat dana untuk membangunkan gereja-gereja dan sekolah-
sekolah yang bercirikan agama Kristian. Perkembangan agama Islam terbantut dan terhalang. Jika
sebelum itu Melaka terkenal sebagai pusat pengajian agama Islam di rantau sebelah timur,
penjajahan telah menyebabkan hilangnya peranan itu. Era penjajahan Portugis dan Belanda
menyaksikan perkembangan pendidikan terbantut. Pentadbiran Portugis mengambil sikap tidak
peduli dan tiada inisiatif untuk membangunkan dan mengembangkan pendidikan untuk penduduk.
Nasib lebih malang berlaku terhadap pendidikan agama Islam apabila perkembangannya terhalang.
Penjajahan oleh kuasa Inggeris pula dengan segala muslihat dan kepintarannya telah dapat
mengubah senario struktur politik dan pentadbiran, sosial dan kebudayaan, ekonomi, agama dan
pendidikan di Tanah Melayu. Hal ini kerana penjajahan Inggeris telah menguasai Tanah Melayu
secara keseluruhannya bukannya Melaka semata-mata. Orang Melayu tiada kuasa politik kerana
yang berkuasa pada waktu itu ialah Gabenor dan Residen Inggeris. Pusat pentadbirannya di India
dan rajanya ialah Ratu di England. Panggilan untuk mereka ialah Sir. Maknanya orang Melayu
khadam dan orang Inggeris adalah tuan besar. Untuk mengekalkan status ini maka Inggeris
menanamkan ideologi tersebut menerusi pendidikan. Pendidikan digunakan sebagai alat kawalan
sosial bagi mengukuhkan kuasa Inggeris melalui dasar pecah dan perintah. Bagaimanakah dasar ini
boleh dilaksanakan tanpa penentangan dari penduduk? Inggeris telah memulakan langkah pertama
dengan alasan ekonomi. Dikatakan penduduk Melayu tidak suka bekerja dan malas. Oleh itu mereka
terpaksa membawa masuk buruh asing untuk bekerja dalam semua sektor ekonomi dengan alasan
untuk membantu mengembangkan ekonomi. Hal sedemikian dinyatakan oleh Steinberg; Keadaan
orang-orang Melayu yang berkedudukan berselerak dan penglibatan mereka dalam satu susunan
sosial yang tradisional berdasarkan kekampungan dan pengusahaan tanah bermakna tidak ramai
orang-orang Melayu boleh didapati atau sanggup bekerja sebagai buruh bergaji yang sangat
diperlukan untuk mempercepatkan perkembangan eksport-eksport perdagangan dan kemudahan-
kemudahan tambahan baginya. (Arasaratnam, S. (1970). Indians in Malaysia and Singapore. London:
Oxford University Press. Pg 10-20). 38

39 Betulkah orang-orang Melayu malas dan tidak sanggup bekerja? Inggeris mendapati adanya
penawaran tenaga buruh yang murah dan boleh diperas keringatnya dari beberapa negara seperti
China, India, Sri Langka dan lain-lain lagi. Pada waktu sama, keadaan di negara berkenaan adalah
huru hara, peperangan dan bencana alam yang menyebabkan berlakunya kemelaratan dan
kebuluran dalam kalangan rakyatnya. Inggeris hanya mementingkan ekonomi dan mempastikan
jentera ekonomi bergerak dengan cekap. untuk berkhidmat sebagai askar & polis, orang Sikh dari
Punjab, India dan orang Gurkha dari Nepal dibawa masuk. Manakala untuk bekerja disektor
perlombongan bijih timah, maka orang-orang dari negara China dibawa masuk. Sementara untuk
memajukan sektor perladangan getah dan buruh kasar maka orang-orang dari negara India dibawa
masuk. Manakala untuk perladangan teh, orang-orang dari Sri Langka turut dibawa masuk.
Kemasukan buruh asing telah meningkatkan sumber kewangan Inggeris yang digunakan untuk
memajukan England. Rakyat tempatan dapat apa? Mengikut Roff (dalam Haris Md. Jadi, 1990) Di
antara 1875 hingga 1900, Inggeris telah mengaut harta dari Tanah Melayu (Negeri-Negeri Selat)
secara berlipat ganda dari setengah juta ringgit (Mata wang Negeri-Negeri Selat) kepada 15.5 juta
ringgit. Manakala nilai eksport meningkat dari 3.3 juta ringgit kepada lebih 60 juta ringgit. Selain dari
perubahan ekonomi, pengambilan masuk warganegara dari negara China, India, Nepal, Sri langka
telah mengubah pola demografi di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat menerusi banci penduduk
pada tahun 1911, 1921, 1931 dan Jadual 3.1: Jumlah penduduk Tanah Melayu mengikut pecahan
kaum ( ) Tahun Jumlah Peratus Bilangan Penduduk Penduduk Melayu Cina India Lain-
lain ,672, ,358, ,385, ,846, Sumber: Nordin Selat (1976) dan You Poh Siang (1965) Berdasarkan jadual
tersebut Tun Dr. Mahathir Muhamed semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia pernah berkata
melalui ucapan beliau pada tahun 2002 iaitu; Semasa zaman penjajahan, para penjajah tidak
menghiraukan masalah sosial. Demi untuk membantu mengeksploitasi ke atas kekayaan tanah
jajahan, ramai pekerja asing dari tanah jajahan lain dibawa masuk. Demografi kemudiannya
berubah. Apakah yang boleh anda tafsirkan dari data penduduk dan kenyataan Tun Dr. Mahathir
tersebut? Dasar pecah dan perintah yang dirancang oleh Inggeris berjaya dilaksanakan dengan
jayanya. Hal ini kerana kesemua penduduk yang ada di Tanah Melayu diasingkan mengikut ekonomi
dan pekerjaan. Kaum Melayu dengan sektor pertanian sara diri di kampung-kampung. Manakala
kaum Cina diletakkan di kawasan perlombongan bijih timah seperti di Lembah Kinta & Larut dan
Lembah Kelang di bawah pengawasan Kapitan. Kaum India pula di bawah pengawasan pegawai
Inggeris untuk bekerja di ladingladang getah, buruh binaan dan pengendalian keretapi. Mengapa
orang-orang Melayu dikekalkan di sektor pertanian sara diri, nelayan dan bertukang? Orang-orang
Melayu dileka dan dilenakan supaya tidak 39
40 bersusah payah kerana digula-gulakan dengan ungkapan orang Melayu adalah tuan. Inggeris
telah belajar tentang hal ehwal orang Melayu. Orang-orang Melayu hanya akan marah dan bangkit
menentang kalau berlaku tiga perkara. Pertamanya apabila agamanya (Islam) dicaci cerca. Keduanya
apabila bangsa & adat Melayu dihina. Ketiga ialah apabila perbuatan menderhaka terhadap Raja-
Raja Melayu. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu memunculkan istilah masyarakat
majmuk yang ditakrifkan oleh Furnivall (1948) seperti berikut; Dalam erti kata yang sebenarnya, satu
adukan, kerana mereka bercampur tetapi tidak mesra. Setiap kumpulan berpegang kepada agama
mereka, kebudayaan dan bahasa mereka, idea-idea dan cara mereka. Sebagai orang perseorangan
mereka berjumpa tetapi hanya di pasar, apabila berjual beli. Terdapat sebuah masyarakat majmuk
dengan bahagian masyarakat tinggal sebelah menyebelah tetapi terpisah dalam satu unit politik
yang sama. Hingga dalam bidang ekonomi terdapat pembahagian tenaga buruh mengikut garis-garis
kaum. (Furnivall, J.S. dalam Mohd. Haris, 1990) Pembentukan masyarakat majmuk tersebut telah
memberikan kesan penting dari segi politik, ekonomi dan pendidikan. Kepintaran Inggeris telah
menggunakan pendidikan sebagai helah untuk memperkukuhkan cengkamannya terhadap kuasa
politik tanah Melayu dan menguasai ekonomi negara. Bak Kata pepatah telunjuk lurus, kelingking
berkait dan mulut disuap pisang, buntut dicucuk onak. Menurut Mohd. Taib Osman (2002), falsafah
pendidikan pada era penjajahan Inggeris adalah untuk mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dasar pertama yang menyokong falsafah ini ialah mendirikan
sekolah rendah dan sekolah menengah yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dengan
kurikulumnya terhad kepada keupayaan menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira). Perkara ini dilaksanakan untuk membolehkan para pelajar memahami kesusasteraan
Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai hitungan (Ilmu Hisab, Geometri dan
Algebra). Akhirnya pencapaian pelajar diiktiraf menerusi sijil peperiksaan daripada Universiti
Cambridge. Bagi menunjukkan seolah-olah Inggeris perihatin terhadap masyarakat Melayu, sekolah-
sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu juga diadakan tetapi
setakat darjah lima ditadbir di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran. Di manakah kedudukan
pendidikan peringkat menengah untuk orang-orang Melayu berbanding dengan sekolah menengah
Inggeris? Jadual 3.2: Bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Melayu dan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Inggeris Tahun Menengah Melayu Menengah Inggeris Sumber: Malaysia, Educational
statistics of Malaysia Pentadbiran Inggeris tidak menyekat pertumbuhan sekolah-sekolah
persendirian seperti sekolahsekolah Cina yang dikendalikan oleh komuniti setempat. Sekolah rendah
dan sekolah menengah persendirian Cina berkembang pesat khususnya di kawasan petempatan Cina
iaitu di kawasan perlombongan yang kemudiannya bertukar wajah sebagai pusat pertumbuhan
komersial yakni bandarbandar seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala bagi
kaum India yang tinggal di ladang-ladang, pentadbiran Inggeris turut mengizinkan dan membantu
membangunkan pendidikan pada peringkat rendah. Dengan kepelbagaian fabrik sekolah-sekolah
yang ada maka sistem pendidikan pada 40

41 era penjajahan Inggeris bersifat vernacular (bermaksud bahasa pengantar yang digunakan ialah
bahasa ibunda). Jelasnya, falsafah dan hala tuju pendidikan didasarkan kepada kepentingan Inggeris
sebagai satu kuasa penjajah. Sistem pendidikan pada masa itu tidak bersifat kebangsaan kerana
memang itulah yang menjadi hasrat dan matlamat Inggeris. Pendidikan ketika era penjajahan
Inggeris dibangunkan secara terpisah dan terasing. Dari segi lokasi binaan bangunan sekolah
keterasingan itu disengajakan mengikut kaum. Sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan model
sekolah grammar di England ditubuhkan dan ditabdirkan oleh mubaligh Kristian di bandar-bandar
kerana orang-orang Inggeris berada di bandar-bandar yang menjadi pusat pentadbiran. Sekolah Cina
pula bersifat bebas, di mana Inggeris mengambil sikap tidak peduli. Sekolah Cina berkembang secara
persendirian yang dibangunkan oleh kapitan, tauke dan pedagang di kawasan perlombongan bijih
timah dan bandar-bandar di mana orang-orang Cina bekerja di kawasan perlombongan yang
kemudiannya menjadi pusat perdagangan dan perniagaan. Akhirnya kawasan tersebut berubah
wajah dan demografi yang menyaksikan ia bertukar menjadi bandar. Manakala sekolah-sekolah
Tamil didirikan oleh pemilik ladang sebagai kemudahan anak-anak orang India yang bekerja di
ladang-ladang getah. Di manakah lokasi sekolah-sekolah Melayu? Sekolah Melayu dibangunkan oleh
Inggeris hanya terhad dikampung-kampung dan ditubuhkan oleh pentadbiran Inggeris berpandukan
sekolah grammar dengan pengubahsuaian terhadap bahasa pengantarnya sahaja iaitu bahasa
Melayu. Mengapa di kampung-kampung? Pentadbiran Inggeris menyatakan orang-orang Melayu
senang berada di kampung halamannya, maka sekolah-sekolah mestilah sesuai dengan
persekitarannya. Apa yang tersirat ialah penjajah Inggeris mahukan orang-orang Melayu terus kekal
di kampung-kampung dengan mentaliti kekampungan, mengekalkan tradisi kampung dan memusuhi
orang luar dari kampungnya. Formula: Tiada interaksi + Tiada komunikasi = Sangsi. Jurang dalam
pendidikan semakin dilebarkan oleh Inggeris apabila setiap sekolah yang dibangunkan dalam
lingkungan geografi yang berbeza turut mengambil khidmat guru-guru yang dibawa masuk dari
negara asal kaum tersebut sebagai penutur asli. Guru-guru sekolah-sekolah Inggeris di bawa dari
England, guru-guru sekolah Cina dari negara China dan guru-guru sekolah Tamil dari India. Begitu
juga dengan kurikuklum, buku teks dan peperiksaan turut mengambil model dari negara China.
Falsafah dan Ideologi apakah yang hendak dibentuk? Guru-guru ini membawa falsafah dan ideologi
masing-masing seperti mana yang terdapat di negara asal mereka. Begitu juga dalam hal bahasa
pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah yang ada. Dikatakan hanya bahasa ibunda yang paling
berkesan untuk mendidik anak-anak sesuatu kaum. Maka lahirlah istilah sekolah vernekular (bahasa
pengantar mengikut bahasa ibunda) di mana sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar, Sekolah Melayu dengan bahasa Melayu, Sekoah Cina menggunakan
bahasa Manderin dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Nyatalah Inggeris menggunakan
bahasa sebagai alat pluralisasi kaum. Dan ia sangat berkesan. Era penjajahan Inggeris juga telah
membawa bentuk kurikulum rasmi ke Malaysia. Kurikulum, sukatan pelajaran, bahan pengajaran,
penilaian pendidikan yang diperkenalkan juga berbeza mengikut jenis sekolah kerana perkara
tersebut di bawa masuk dari negara-negara asal seperti England, China dan India. Ringkasnya,
walaupun berada di Tanah Melayu, namun kiblat pendidikan di sekolah-sekolah vernacular
menghala ke negara asal mereka. Falsafah dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh Inggeris
tersebut menunjukkan ada agenda yang tersembunyi terhadap matlamat dan hala tujunya. Mereka
telah membuat perancangan untuk menjadikan pendidikan sebagai wadah bagi mempastikan dasar
pecah dan perintah dicapai dan ideologi penjajahan Inggeris tertanam dalam setiap penduduk Tanah
Melayu. Dengan itu dapatlah penjajah Inggeris memerah ekonomi dan mengukuhkan cengkaman
terhadap politik 41

42 tanah air ketika itu. Pendidikan menjadi satu alat kawalan sosial kepada Inggeris dan mereka
berjaya melaksanakannya dengan cemerlang. Formula: Perbezaan adalah keuntungan. Usaha
Inggeris untuk memecahkan struktur sosial dan perpaduan masyarakat dan kaum telah berjaya
dilaksanakan dengan baik secara sedar atau tidak disedari oleh masyarakat itu sendiri. Maka
ramailah orang Melayu yang berkulit sawo matang, berambut hitam dan hidung agak pesek telah
bersalin kulit menjadi putih dan berambut perang. Orang Melayu menjadi orang putih lebih dari
orang putih sendiri. Nordin Selat (1976) menyatakan perubahan yang berlaku sangat ketara
menerusi cara berpakaian, pertuturan, pemikiran dan tindakan khususnya dalam kalangan golongan
pertengahan masyarakat Melayu. Hal yang sama juga pernah diperkatakan oleh Abdullah Munsyi
apabila menggambarkan tentang golongan pertengahan Melayu ini yang dikatakan mempunyai
hubungan yang akrab dengan Inggeris. Dasar pelajaran Inggeris terhadap orang-orang Melayu
adalah berdasarkan prinsip dualism. Mengapa dualism? Orang-orang Melayu adalah masyarakat
yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Kerana itu dalam pendidikan, selain dari ilmu-
ilmu sekular mestilah mewajibkan pendidikan Islam. Selain itu struktur sosial masyarakat Melayu
terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama ialah raja-raja dan pembesar-pembesar
Melayu yang menguasai puncak struktur hirarki dalam politik. Manakala golongan yang kedua ialah
rakyat jelata yang berperanan sebagai tapak yang menyokong struktur tersebut. Menyedari situasi
tersebut Inggeris menggunakan keadaan tersebut untuk mewujudkan dualism dalam pendidikan.
Sekolah Melayu telah didirikan untuk golongan rakyat bagi membolehkan masyarakat Melayu dari
golongan rakyat biasa merasa sangat berterima kasih kepada pentadbiran British kerana mereka
tidak diabaikan. Apa yang diberikan oleh British mempunyai matlamat yang tersirat. Sekolah Melayu
itu terhad di kampung-kampung. Terhad juga kepada setakat sekolah rendah sahaja. Kurikulum yang
ditawarkan juga terhad. Mengapa begitu? British hanya ada matlamat untuk mengekalkan orang-
orang Melayu dalam lingkungan geografinya dan menjadikan orang-orang Melayu lebih cekap dalam
persekitaran yang sedia ada. Sebagai contoh, laporan negeri Perak pada tahun 1896, dari jumlah 88
buah sekolah Melayu telah berjaya mengeluarkan 118 kerani dan peon, 2,070 petani, 2,177 buruh
atau pekedai dan 1,000 orang dalam pelbagai pekerjaan. J.W.W. Birch dalam laporannya pada tahun
1904, di negeri Perak, hampir semua pelajar lulusan sekolah Melayu telah pulang semula ke
kampong-kampong kecuali 24 orang yang menjadi orang gaji di rumah-rumah dan pejabat-pejabat,
10 orang menjadi guru sekolah Melayu dan seorang mempunyai cita-cita menjadi polis dan seorang
menjadi kerani. Menjelang tahun 1916, satu perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku
apabila R.O. Winstedt bertanggungjawab terhadap pendidikan orang-orang Melayu telah
mengeluarkan laporan dan syor agar pendidikan terhadap orangorang Melayu dibantu dan
dikekalkan dalam keadaan alam persekitarannya sebagaimana katanya; Tidak syak lagi kebanyakan
dari penduduk-penduduk (Melayu) harus bertani atau berpekerjaan sedemikian, maka pejabat
pelajaran mestilah menyediakan mereka untuk menuju ke arah penghidupan seperti itu. Apa-apa
dasar pendidikan yang tidak sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan (bertani) akan
mengakibatkan dislokasi dan kegelisahan sosial. Pendidikan formal ini semakin diterima oleh
masyarakat Melayu dan bilangan sekolah sekolah dan murid-murid Melayu semakin bertambah
Contohnya pada tahun 1924, seramai 40,000 orang murid-murid Melayu sedang mendapatkan
pendidikan. Bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar maka pada tahun 1922 pendidikan untuk
orang-orang Melayu mencapai tahap gemilang apabila Maktab Perguruan Sultan Idris atau SITC
ditubuhkan. Di sinilah guru-guru Melayu dilatih untuk menjadi pendidik di sekolah-sekolah Melayu.
Memetik kata-kata O.T. Dussek, SITC ialah; 42

43 untuk memberi pelajaran kepada orang-orang kampong dengan cara kampung yang sesuai dan
juga menyediakan mereka untuk hidup dengan cara yang berguna dan gembira dalam masyarakat
kampung. Realitinya sebagaimana yang dinyatakan oleh Awang Had Salleh (1980) SITC ialah sebuah
maktab perguruan, sebuah maktab tempat membentuk orang-orang Melayu yang akan pulang ke
kampung, menjadi penduduk kampung yang lebih baik keadaan cara hidup mereka. Inggeris
menggunakan pendidikan sebagai alat kawalan sosial. Inggeris berusaha untuk membekukan
pemikiran dan kehidupan sosial orang-orang Melayu. Inggeris tidak mahu orang-orang Melayu bijak
kerana kebijaksanaan itu nanti akan memusnahkan mereka. Kerana itu, Lord Macaulay pada tahun
1835 menyatakan; Dengan sumber-sumber yang terhad, memang tidak mmenasabah bagi kita untuk
mencuba mendidik kesemua orang. Pada waktu ini kita mesti cuba seberapa boleh untuk
membentuk satu kelas yang boleh menjadi penterjemah di antara kita dengan berjuta-juta yang kita
perintah, satu kelas manusia, darah dan warna kulit mereka sebagai orang India tetapi orang Inggeris
dari segi rasa, pendapat dan inteleknya. Walaupun perkara tersebut merujuk kepada negara India
tetapi dasar yang sama juga berlaku di Tanah Melayu. Haris (1990) menyatakan dalam masyarakat
Melayu yang feudal, British mengamalkan dasar pemerintahan secara tidak langsung. Melalui dasar
ini British memerintah menerusi golongan istana dan bangsawan. Golongan inilah yang perlu dijaga
oleh British. Sehubungan itu pada tahun 1905 sebuah sekolah didirikan oleh pentadbir British khas
untuk anak-anak golongan raja dan bangsawan ini iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar atau MCKK.
Maktab tersebut merupakan sebuah institusi pendidikan British yang bertujuan mencapai satu
matlamat iaitu memberikan bakal-bakal pemimpin Melayu sama ada sultan, ketua-ketua dan
bangsawan Melayu suatu bentuk pendidikan Inggeris yang sesuai dan dapat menyediakan mereka
untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran British. Sekolah yang didirikan sama seperti sekolah-
sekolah persendirian yang terbaik di Britain. Kurikulumnya juga sama dengan apa yang terdapat di
Britain kerana ia diadakan untuk melengkapkan ilmu kepada para pelajarnya menghadapi
peperiksaan yang dikendalikan oleh Universiti Cambridge. Pelajar yang keluar dari MCKK diserap
untuk memenuhi jawatan-jawatan yang terdapat di dalam pentadbiran British. Bandingkan pelajar
yang tamat dari institusi Sekolah Melayu dengan MCKK. Apakah penilaian anda? Secara ringkas
perkembangan pendidikan di Malaysia pada era sebelum merdeka boleh dibahagikan kepada dua
iaitu era masyarakat Melayu Tradisional dan era penjajahan. Kaitan di antara matlamat pendidikan
dan falsafah yang ada pada era tersbut dapat dilihat menerusi Jadual 3.3. Jadual 3.3: Perkembangan
pendidikan mengikut matlamat dan falsafah Perkembangan Pendidikan Era Masyarakat Melayu
Tradisi Matlamat Pendidikan Kestabilan dan keharmonian masyarakat Metafizik Pendidikan Raja
bayangan Tuhan. Raja berdaulat Tuhan pencipta. Kepercayaan & ketaatan Falsafah Pendidikan
Epistemologi Pendidikan Ilmu untuk kehidupan i. Agama ii. Pentadbiran iii. Kesatria iv. Perdagangan
v. Komunikasi vi. Undang-undang Aksiologi Pendidikan Etika (adab, adat, kiasan, tamsil & ibarat) i.
Pertuturan ii. Pergaulan iii. Pakaian iv. Makan 43

44 Informal Lisan & tulisan Bersemuka. v. Pekerjaan vi. Keagamaan Era Penjajah ( ) Mengukuh kuasa
ekonomi, politik, sosial dan agama Hakis kuasa mutlak pribumi (politik, ekonomi dan sosial)
Kewujudan undangundang penjajah untuk kekal kuasa. Mengagung budaya dan warisan penjajah
Fahaman kebendaan Dualisme pendidikan. Liberalisasi pendidikan Indoktrinasi pendidikan
Deskriminasi pendidikan Pluralisasi pendidikan Isolisasi pendidikan Ideologi pendidikan. Institusi
pendidikan formal. Pendidikan vernakular Keagungan tamadun barat. Nilai berbentuk subjektif.
Multiculture. Perbezaan status sosial masyarakat. Perubahan landskap budaya masyarakat
tempatan. Pendidikan Era Pre Kemerdekaan Pembentukan Malayan Union pada 1946 telah
meningkatkan lagi semangat para pejuang kemerdekaan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,
Abdul Razak Hussein dan lain-lain untuk mendapatkan kemerdekaan. Bagi tujuan sebuah negara
yang merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan di
tanah air ini. Langkah perlu diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai
untuk negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari
oleh para pemimpin tempatan dan rakyat tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah
negara yang merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,
Abdul Razak Hussein dan lain-lain ahli politik lain telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah
negara yang merdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang tersendiri adalah antara perkara
yang diberi tumpuan secara serius kerana antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut
kemerdekaan daripada pihak penjajah. Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa
dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem
pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai
oleh Abdul Razak Hussein dan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak
Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran Walaupun ordinan Pelajaran telah
diwartakan pada 1957, namun ordinan ini tidak dapat dilaksana atau dikuatkuasakan kerana Tanah
Melayu sudah hampir untuk mencapai kemerdekaan. Penyata Razak dan Dasar Pelajaran adalah dua
perkara dalam satu tindakan: Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan
dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Para
12) 44

45 Pendidikan Era Selepas Kemerdekaan Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan
satu sistem pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada
Penyata Razak Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa Rahman Talib
sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Penubuhan
jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957
yang diguna pakai dalam sistem pendidikan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.
Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Laporan Rahman Talib pada Akta Pelajaran
1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib Objektif dasar
pendidikan seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961, antaranya adalah seperti berikut:
"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk
menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Soal perpaduan kaum adalah yang
menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu. Melalui penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah; kurikulum dan sistem peperiksaan yang
sama diharap akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu pendidikan adalah untuk
membasmi buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan percuma diberi untuk
semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam kalangan pelajar.
Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari aspek infrastruktur
seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian
dan lainlain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di
Malaysia dipenuhi melalui proses pendidikan. Where at any time the Minister is satisfied that a
national type primary school may suitable be converted into national primary school, he may by
order direct that the school become a national primary school. Education Act 1961: 21(2). Akta
Pelajaran 1961 diguna pakai sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 diwarta dan
dikuatkuasakan pada Dalam tempoh itu pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang telah
dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan. Pada September 1974,
satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji
pelaksanaan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohammed iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu. Tujuan
Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut: Mengkaji semula matlamat dan kesannya
sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang
wujud, dengan tujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi
sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan
bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979) Jawatankuasa telah
mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979 dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ringkasnya dikenal sebagai Laporan Kabinet
atau Laporan Mahathir. Berdasarkan kepada laporan ini beberapa pindaan telah dibuat ke atas dasar
pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepada pelaksanaan sistem pendidikan. 45

46 Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi penegasan kepada keperluan pendidikan asas
3M (membaca, menulis dan mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum beridentiti Malaysia.
Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) oleh Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988, bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Selain daripada itu,
Laporan Jawatankuasa Kabinet juga merupakan permulaan kepada pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara yang tersurat. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA: NILAI DAN CIRI Jadual
3.4: Perkembangan pendidikan di Malaysia mengikut nilai dan ciri Era Nilai Ciri Pendidikan
Pendidikan Era Masyarakat Melayu Tradisional Pendidikan Era Penjajahan ( ) Pendidikan Era
Kemerdekaan ( ) PENDIDIKAN PASCA KEMERDEKAAN 1. Masyarakat berstruktur Raja Pembesar
Rakyat jelata Pendatang 2. Ketuanan, pertuanan, hamba, daulat, tulah 1. Masyarakat berstruktur:
Elit Bangsawan Rakyat pertengahan Rakyat bawahan 2. Masyarakat majmuk 3. Budaya superior
penjajah 4. Amalan pecah & perintah 5. Pembaratan & kristianisasi. 6. Kebangkitan patriotism 1.
Masyarakat majmuk 2. Perpaduan & kesefahaman kaum 3. Kompromi antara kaum:
Kewarganegaraan Kedudukan Raja Melayu Kedudukan agama Islam. Kedudukan Bahasa Melayu.
Berorientasi membasmi buta huruf. Membentuk perpaduan. Bahasa kebangsaan Pendidikan
informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial dan politik. Institusi: istana, masjid, surau,
rumah. Dualisme pendidikan mengikut i. kelas sosial. (bangsawan vs rakyat) ii. gender (lelaki vs
perempuan) Penjajahan Portugis & Belanda: pendidikan statik kerana dasar tidak ambil peduli.
Penjajahan Inggeris: i. Pend. formal: vernacular ii. Sekolah diinstitusikani: sekolah mubaligh, Melayu,
Agama Islam, Cina, Tamil iii. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial iv. Dualisme
pend. mengikut etnik, gender, ekonomi, agama, keturunan. Penjajahan Jepun: i. Pembekuan
pendidikan. ii. Pendidikan alat kawalan ideology Pend. formal: vernacular Institusi: sekolah mubaligh,
Melayu, Agama Islam, Cina, Tamil. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi. Kurikulum
kebangsaan Bahasa pengantar: Melayu & Inggeris Kurikulum akademik & vokasional. Dualisme pend.
mengikut etnik, gender, ekonomi, agama, keturunan. Kemudahan pembelajaran. Membuka sekolah
aneka jurusan (akademik & vokasional) 46

47 Rancangan Malaysia Pertama ( ) Rancangan Malaysia Kedua ( ) Rancangan Malaysia Ketiga ( )

Pendidikan Untuk Membentuk Jati Diri ( ) Pendidikan Untuk Kemajuan ( ) Pendidikan Untuk
Kemajuan Pada Abad Ke- 21: Memperkasakan Pendidikan Peningkatan taraf hidup. Peluang dan
kebebasan. Penyertaan demokrasi. Literasi. Perpaduan. Patriotik. Sumber manusia Masyarakat maju.
Membangun negara. Perpaduan. Tenaga mahir. Pendemokrasian. Masyarakat maju & bermoral.
Pendidikan kemahiran 1983: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1988: Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) didokumenkan
Wawasan 2020 Wawasan Pendidikan digubal dengan 9 cabaran yang perlu ditangani. Akta
Pendidikan Pemurnian FPN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah khas/projek Pendidikan
berterusan. Penswastaan pendidikan Globalisasi/ pengantarabangsaan Sains & Teknologi
Industrialisasi Membina masyarakat Glokal (Global + Local). Pengantarabangsaan pendidikan
bertaraf dunia. Globalisasi & persaingan sejagat. Minda kelas pertama. PIPP ( ) Dasar PPSMI
Patriotisme + Kewargenagaan Sekolah kluster Sekolah berprestasi tinggi Sekolah kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai pengantar. Akta Pelajaran 1961 Perluasan sekolah
rendah. Sekolah menengah bercorak akademik & vokasional. Sekolah kebangsaan. Pengukuhan
bahasa kebangsaan. Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan.
Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan Perluasan sekolah rendah,
menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum
kebangsaan (KBSR & KBSM) Falsafah Pendidikan Negara Kawalan pendidikan Perluasan pra sekolah,
sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan.
Kukuhkan kurikulum kebangsaan Pembestarian sekolah ICT dalam pendidikan Perluasan pendiidkan
awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan.
Pengukuhan bahasa kebangsaan & bahasa kedua Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KSSR)
Pendidikan kelas pertama. Hab pend. dunia. 47

48 LANDASAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Jadual 3.5: Landasan perkembangan

pendidikan di Malaysia. Dokumen Laporan Cheeseman (1938) Laporan Barnes (1951) Laporan Fenn-
Wu (1951) Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran & Jawatankuasa Khas (1951) Ordinan
Pelajaran 1952 Penyata Razak 1956 Perkara Menukar sekolah tukang kepada sekollah teknik rendah.
Menyediakan mata pelajaran amali iaitu Seni Perusahaan kepada murid lelaki dan mata pelajaran
Sains Rumah Tangga kepada murid perempuan. Memasukkan mata pelajaran Sains dalam kurikulum
sekolah Inggeris. Melantik seorang Pengelola Sekolah Vokasional Dan Kerta Tangan. Menggalakkan
kerja tangan tempatan. Asas persekolahan harus memberi keutamaan kepada bahasa Melayu di
samping bahasa Isnggeris. Saranan ke arah nasionaliti ketanahmelayuan. Satu jenis sekolah rendah
yang dibuka kepada semua bangsa. Sekolah rendah merupakan peringkat penting sebagai suatu alat
untuk membina satu rupa bangsa Tanah Melayu. Guru-guru terdiri dari semua bangsa dengan syarat
mempunyai kelulusan yang sesuai dan menjadi rakyat persekutuan. Pendidikan percuma 6 tahun
dengan bahasa perantara bahasa Melayu/ Inggeris. Bahasa Inggeris sahaja pada peringkat sekolah
menengah. Tidak mengiktiraf sekolah vernekular. Bahasa asing diajar sebagai satu mata pelajaran.
Membuat satu tinjauan awal ke atas semua bidang pendidikan Cina. Penubuhan satu corak sekolah
kebangsaan yang mempunyai cirri-ciri semua kaum. Sistem persekolahan majmuk dikekalkan.
Pengiktirafan bahasa Cina selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Menyokong kebanyakan
perakuan yang terdapat dalam Laporan Barnes. Penubuhan sekolah kebangsaan menggantikan
sistem persekolah majmuk sedia ada. Usaha pertama penjajah Inggeris untuk memperundangkan
satu dasar pelajaran yang mempunyai bidang dan ciri-ciri kebangsaan. Tujuan dan matlamat dasar
pelajaran kebangsaan Persekutuan ialah untuk mencapai satu pendidikan yang sihat bagi semua
kanak-kanak di Persekutuan dengan menggunakan bahasa rasmi Persekutuan yang menyatukan
semua bangsa di dalam sebuah sekolah jenis kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu.
Menyediakan kemudahan yang sesuai bagi mempelajari bahasa Cina dan Tamil jika ibu bapa murid-
murid berkehendakkannya. Pendidikan percuma selama 6 tahun. Bahasa Inggeris diajar di sekolah-
sekolah berbahasa pengantar Melayu sebagai mata pelajaran bermula dari darjah satu. Bahasa
Melayu diajar di sekolah di sekolah-sekolah berbahasa pengantar Inggeris sebagai mata pelajaran
mermula dari tahun ketiga persekolahan. Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan
dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan untuk membentuk perpaduan. 48

49 Ordinan Pelajaran 1957 Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961 Persekolahan wajib 6
tahun. Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama Semua sekolah mengadakan peperiksaan
yang sama. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bagi
sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah-
sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru-guru sekolah
rendah dan menengah adalah bekelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Semua guru diletakkan
di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Pembahagian
sekolah rendah kepada 2 jenis. i. Sekolah rendah standard. Sekolah rendah yang menggunakan
bahasa pengantarnya ialah bahasa kebangsaan, manakala bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran
dan bahasan Cina dan Tamil akan diberi jika 15 orang ibubapa kanak-kanak disekolah tersebut
memintanya. ii. Sekolah rendah jenis standard. Sekolah rendah yang bahasa pengantarnya adalah
Cina, Tamil atau Inggeris dan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris jika bukan bahasa pengantar
adalah mata pelajaran yang wajib diajar. Pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat
diterima oleh rakyat keseluruhannya yang akan memuaskan keperluan mereka dan menambahkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik sesebuah negara, dengan tujuan hendak
menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara manakala mengekal dan mempertahankan
pertumbuhan bahasa-bahasa dan kebudayaan rakyat selain daripada orang-orang Melayu yang
tinggal di negara ini. Bertujuan untuk menyemak semula perakuan-perakuan yang terkandung dalam
Laporan Razak (1956): Memperkukuhkan saranan pada Laporan Razak. Penggunaan bahasa Melayu
semakin diperluaskan di semua sekolah. Sekolah rendah Inggeris mula menggunakan bahasa
Melayu. Reformasi struktur: (Persekolahan 9 tahun, Bahasa, Kurikulum kemahiran/ agama & moral)
Akta 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan ialah untuk menubuhkan satu
sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta 1961, yang dibentukkan
selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957, digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
yang cekap. Pada masa yang sarna, pertirnbangan juga diberikan kepada kehendak ibubapa semasa
Akta diimplimentasikan. Peruntukan telah disediakan untuk memastikan bahawa dasar pendidikan
yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan berkesan khususnya dasar menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar. 49

50 Laporan Hussein Onn (1971) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Rang Undangundang
Pendidikan 1995 Akta Pendidikan 1996 Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua
kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih
dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sistem pendidikan
kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa
Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara sebagai bahasa antarabangsa bagi
mempetingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana
kepentingannya. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil
yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Penegasan kepada Kualiti & pengurusan
pendidikan. Kurikulum kebangsaan beridentiti Malaysia. Persekolahan 11 tahun. Pengukuhan bahasa
Melayu. Pendidikan percuma. Pembangunan sekolah teknik & vokasional Dasar Pendidikan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum : KBSR & KBSM. Pendidikan bertaraf dunia Falsafah Pendidikan
Negara telah dijadikan landasan dalam penggubalan Akta Pendidikan Sistem pendidikan kebangsaan
dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke
peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah
bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan
memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di
semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah selaras dengan
kehendak negara. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil
peperiksaan yang seragam. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di
semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran
tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Pendidikan pra sekolah
diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan. Pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan
politeknik untuk membudayakan pendidikan sains dan teknologi, Akta Pendidikan 1996
memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh
mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau 50

51 program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program
bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama
ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di
peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta
dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf
pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang
lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Status quo sekolah rendah
jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta dikekalkan. Di samping itu Unified
Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan
sekolah mission dikekalkan. Memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya
didapati munasabah dan praktik diadakan. DIMENSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perkembangan pendidikan negara yang berlaku sehingga kini dan dirancang bagi menghadapi masa
depan adalah membina pendidikan yang holistic dari aspek pembangunan insan secara khusus dan
pembangunan negara secara umumnya. Perkembangan pendidikan tersebut boleh dibahagikan
kepada dua dimensi iaitu dimensi vertikal dan dimensi horizontal. Dimensi vertikal menjurus kepada
siri kesinambungan dan turutan dalam pendidikan yang diseiringkan dengan perkembangan mental
dan fizikal seseorang. Manakala dimensi vertikal berfokus kepada aspek ruangan dan peluang bagi
setiap warganegara memperoleh pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Rajah 3.2 menunjukkan
perkaitan dimensi dan komponen yang diperkatakan. HOLISTIK Dimensi Vertikal Taraf pendidikan
Tahap persekolahan Peluang pendidikan Pendidikan berterusan Dimensi Horizontal Merapatkan
jurang pendidikan Demokrasi pendidikan Penyebaran pendidikan Pengantarabangsaan pendidikan
Rajah 3.2: Dimensi perkembangan pendidikan di Malaysia 51

52 SISTEM DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan negara dibahagian kepada lima
kategori secara berhirarki: Pendidikan peringkat prasekolah Pendidikan peringkat rendah Pendidikan
peringkat menengah Pendidikan peringkat lepas menengah Pendidikan peringkat pengajian tinggi
Rajah 3.3: Sistem pendidikan di Malaysia Berdasarkan perkembangan dunia, Malaysia juga semakin
menekankan pendidikan peringkat awal kanakkanak (kanak-kanak berusia 3-5 tahun). Untuk itu satu
program yang dikenai sebagai Permata Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk membangunkan
pendidikan peringkat ini. Jika program tersebut menjadi kemestian maka, system pendidikan negara
akan mengalami perubahan. Sehingga kini system pendidikan negara di bawah kendalian
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang tertera pada Rajah 3.3. Pendidikan peringkat
pengajian tinggi (IPTA/IPTS) adalah dibawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi. Walau
bagaimanapun kedua-dua kementerian sentiasa mempastikan pembangunan pendidikan negara
diutamakan. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, perkembangan pendidikan Negara dikendalikan
oleh tiga kategori institusi pendidikan: Institusi pendidikan kerajaan Institusi pendidikan bantuan
kerajaan/ modal Institusi pendidikan swasta 52

53 FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN Matlamat pendidikan

di semua negara pada abad ke-21 adalah berfokus kepada teknologi yang mencakupi teknologi
dalam bidang ekonomi, sosial, politik, keselamatan, kebudayaan, alam sekitar dan agama. Hal ini
dapat difahami dengan menyusuri faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan
pendidikan sebagaimana yang terdapat dalam Rajah 3.4. Faktor Keadaan asal sedia ada Desakan
Struktur pendidikan moden Sosial Masyarakat tradisioal Etnik Permodenan Perbandaran Idea utama
inklusif Pertumbuhan populasi Kemajuan Ideologi Sekolah tradisional & Vernekular, kurikulum
pelbagai yang ditaja. Pemikiran semasa Matlamat yang hendak dicapai Konten: agama, sekular &
teknikal, integrasi Struktur sekolah: progresif & Ekonomi Politik Ekonomi tradisional Pemilikan tanah
luar bandar Sistem percukaian Politik tradisional Darjah pemusatan Kebolehan pemerintah Inklusif
Mewakili ketenteraan Pertumbuhan ekonomi Kelas pertengahan Sistem kerja Treat luaran Treat
dalaman Kesatuan Penentangan bersepadu Hubungan antara sekolah dengan peperiksaan
Hubungan terhadap pasaran buruh; jaminan pekerjaan Kawalan: kerajaan atau swasta Sentralisasi
atau disentralisasi Ketepatan perubahan politik dan pendidikan Darjah peledakannya Rajah 3.4:
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan pendidikan ABAD KE 21 SEBAGAI
ERA MENGANTARABANGSAKAN PENDIDIKAN MALAYSIA Abad ke-21 menyaksikan Malaysia berada
pada garis penamat untuk menjadi sebuah negara maju sebagaimana yang dihasratkan dalam
Wawasan Kerajaan telah merangka beberapa pelan strategi untuk membangunkan modal insan bagi
menjana ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, pengantarabangsaan pendidikan memberi pulangan
yang menguntungkan negara. Oleh kerana itu pendidikan pada peringkat pengajian tinggi perlu
dibuka secara meluas untuk pelajar-pelajar dari luar negara datang belajar di IPTA/IPTS di Malaysia.
Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, 53

54 Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan mencapai bilangan 200,000 pelajar antarabangsa di

Malaysia. Sehingga 2009, pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia adalah seramai 80,750
orang. Jadual 3.6:Jumlah pelajar asing di Malaysia ( ) TAHUN IPTA IPTS JUMLAH ,485 50,679 69, ,456
58,295 80,750 Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Pelunjuran 200,000 pelajar
antarabangsa pada tahun 2020 boleh dicapai berlandaskan beberapa faktor menyakinkan yang sedia
ada seperti; Kualiti pengajian terjamin Prosedur imigresen mudah Banyak pilihan untuk pelajar Yuran
pengajian yang rendah Kestabilan politik dan ekonomi Ijazah asing dengan kos murah Kos kehidupan
yang munasabah Interaksi silang budaya yang baik. Sehingga kini terdapat 10 negara tertinggi yang
menjadi sumber pelajar antarabangsa ke Malaysia. Jadual 3.7: Pelajar antarabangsa di Malaysia dari
negara terpilih NEGARA IPTA IPTS JUMLAH Iran 4,002 6,930 10,932 Indonesia 3,713 6,099 9,812
China 2,099 7,078 9,177 Nigeria 571 5,398 5,969 Yaman 1,549 3,382 4,931 Libya 1,190 2,831 4,021
Sudan 576 1,867 2,443 Arab Saudi 656 1,675 2,331 Bangladesh 436 1,521 1,957 Botswana 1 1,938
1,939 Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 54

55 Jadual 3.8: Perbandingan kos pengajian (Per Tahun Akademik) Bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera
atau Perniagaan bagi pelajar antarabangsa merentasi negara. Negara (awam/swasta) Bayaran
Pengajian (USD) Kos Kehidupan (USD) Jumlah Kos Pengajian (USD) Malaysia (swasta) 4,000 3,000
7,000 Perancis (awam) - 12,700 12,700 Kanada (awam) 7,000 8,500 15,000 Singapura (swasta) 6,000
9,000 15,000 Australia (awam) 8,500 8,500 17,000 New Zealand (awam) 10,000 11,500 21,500
Amerika Syarikat (awam) 13,000 12,000 25,000 United Kingdom (awam) 13,500 12,500 26,000
Amerika Syarikat (swasta) 22,000 13,000 35,000 Nilai tukaran: USD 1 = RM 3.26 RUMUSAN Dalam
tempoh tiga dekad ini, pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk
trandformasi dan pembangunan pendidikan. Perkembangan tidak lagi mengikut organik tetapi
quantum leap. Pendidikan di Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk memacu
kemajuan negara bagi memenuhi Wawasan Malaysia kini berada jauh di hadapan dalam kumpulan
negara-negara membangun malah menjadi rujukan kepada negara-negara tersebut. Pendidikan di
Malaysia kini setanding dengan negara-negara maju yang lain malah dalam beberapa aspek Malaysia
dapat menandinginya sebagai contoh pelajar Malaysia telah menjuarai pentandingan robotik pada
peringkat dunia. Pelajar Malaysia juga menjuarai debat antara pendidikan tinggi dunia. Malaysia juga
tergolong dalam 5 negara paling selamat di dunia. Itu sekadar contoh, realitinya ada banyak lagi
kejuaran dan rekod dunia yang telah dicipta oleh anak Malaysia. Semuanya bermula dari pendidikan,
kita belajar dari penjajah, kita membina selepas merdeka dan kita bersaing pada era kini.
Perkembangan pendidikan di Malaysia bukanlah berlaku dengan sendirinya tetapi melalui proses
yang dirancang dan disusun secara sistematik agar matlamat yang dihasratkan dapat dicapai dengan
penuh gemilang. Untuk itu perkembangan pendidikan dibangunkan secara dimensi horizonal
(mengikut siri masa dan ruangan) dan vertikal (mengikut tahap & kandungan pendidikan). Hal ini
bermakna tiada ruang untuk berlakunya keciciran dan kesilapan dalam membina rakyat Malaysia
berminda kelas pertama sebagaimana kata YAB Dato Seri Mohd Najib rakyat glokal. Rakyat yang
mampu berfikir secara global tetapi bertindak mengikut acuan lokal. 55

56 4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN AMALANNYA PENGENALAN

Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia.
Sehubungan itu, pendidikan di Malaysia mengambil falsafah pendidikan Islam sebagai acuan utama
dan digabungkan dengan falsafah pendidikan barat untuk membentuk falsafah eklektik. Hal ini
bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi elemen dan unsur dari falsafah
pendidikan Islam, aliran falsafah pendidikan barat yang bersifat tradisional (perenialisme dan
esensialisme) dan aliran falsafah pendidikan barat moden (progresivisme dan rekonstruksionisme)
sama ada dari segi pengisian, proses pelaksanaan ataupun matlamat pendidikan. PENDIDIKAN
BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam
pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah
suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai
pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia
falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar,
hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya
bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem
pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain daripada
kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan FPK
juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK juga merupakan gambaran cita-cita
serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan.
Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam
FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya
mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa. PEMBENTUKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN MALAYSIA Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang
diberi perhatian ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai
rakyatnya dari kalangan berbilang kaum yang meliputi etnik pribumi iaitu Melayu, Iban, Kadazan
serta lain-lain etnik pribumi. Selain ini kedatangan imigran dari egara luat ketika penjajahan telah
menyebabkan kemajmukan rakyat Malaysia semakin ketara 56

57 yang meliputi kaum Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui
sistem pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta
Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran
Kebangsaan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan
perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa
langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan
untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan
pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut: Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan
dan Kesusilaan Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji
sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang
dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah
menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet
Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun sehingga peringkat ini
falsafah pendidikan negara secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen, hasrat dan
matlamat pendidikan negara dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960,
Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet Pada peringkat awalnya, falsafah pendidikan
yang dilaksanakan di Malaysia hanyalah dalam bentuk yang tersirat. Matlamat dan hala tuju
pendidikan Negara hanya berpaksikan kepada syor-syor yang terkandung di dalam Penyata Razak
1956, laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan Selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979,
barulah falsafah pendidikan Negara yang tersurat dan tersirat dimaktubkan. Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan diperkenalkan pada tahun
Kandungan FPN adalah seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. (KPM, 1988) Pada tahun 1996 FPN telah disemak dan
dimurnikan dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara." 57

58 RANGKA KONSEPTUAL FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Rajah 4.1: Rangka konseptual

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Bagaimanakah Rangka Konseptual Di Implimentasi?
Pelaksanaannya boleh dilakukan secara: Interaksi semua pihak. Terancang secara teratur dan
sistematik. Langsung menerusi sistem persekolahan. Penerapan menerusi proses pelaksanaan.
Kolaborasi antara semua organisasi dan institusi. Gabungjalin antara pengetahuan, kemahiran, nilai
dan bahasa. Tidak terancang menerusi teladan, amalan dan budaya sekolah. Tidak langsung
menerusi amalan, peraturan dan budaya sekolah. Penyerapan menerusi aktiviti kurikulum,
kokurikulum dan aktiviti sekolah. HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK) FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan
yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu
menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui
pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan
bagi semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini. 58

59 1. Pendidikan Ialah Satu Usaha Berterusan Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku
dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh
sejak lahir hingga ke akhir hayat, pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan
pemindahan secara berterusan melibatkan: Pengetahuan. Kemahiran. Nilai murni. Pendidikan
berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas
Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal yang memberi
penekanan terhadap aspek-aspek berikut: Pertuturan. Bimbingan agama. Asuhan budi pekerti.
Perhubungan fizikal. Penjagaan kesihatan. Di rumah, seseorang kanak-kanak menerima pendidikan
asas yang melibatkan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Sejak lahir, seseorang kanak-kanak dididik
untuk makan, minum, bertutur, mengenali anggota badan, mengenali ahli keluarga, membersihkan
diri, menguruskan diri dan sebagainya. Kanakkanak juga dididik oleh ibu bapa dan ahli keluarganya
dari segi adab sopan dan budi pekerti seperti adab makan, adab bertutur, tingkah laku yang boleh
dan tidak boleh diamalkan dan sebagainya. Pada peringkat awal ini juga, kanak-kanak menerima
pendidikan asas semasa di tadika sebagai kesinambungan pendidikan yang diterima di rumah.
Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli keluarganya untuk bertutur
agar memahami dan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di tadika, kanak-kanak
terus belajar untuk berkomunikasi melaui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal kanak-kanak.
Semasa di tadika juga kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanakkanak lain
semasa belajar atau bermain serta pengasuh atau guru yang bukan dalam kalangan ahli keluarga
mereka. Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan dua
peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini, penekanan
adalah terhadap aspek-aspek berikut: Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Penghayatan agama dan nilai murni. Perkembangan bakat dan potensi. Pembentukan jati diri. Proses
pendidikan berterusan sehingga ke Peringkat Lepas Sekolah. Selepas alam persekolahan, pendidikan
terus berlaku semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, di tempat kerja
mahupun dalam komuniti. Selain daripada itu, pendidikan terus berlaku secara pembelajaran kendiri
sama ada melalui media massa atau melalui internet. Pada Peringkat Lepas Sekolah, penekanan
adalah terhadap: Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penghayatan
agama dan nilai murni. Perkembangan bakat dan potensi. Penyesuaian hidup. 59

60 2. Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Apakah yang dimaksudkan dengan potensi? Potensi
merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu
memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat
dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan
itu, pendidikan berperanan memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu
mencapai ke tahap cemerlang. Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil
dan dipertingkatkan secara berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya
perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Potensi individu dilihat
dari empat aspek iaitu Intelek (IQ), Rohani (SQ), Emosi (EQ) dan Jasmani (PQ). Berikut dihuraikan
empat potensi berkenaan seperti yang ditegaskan dalam FPK. i. Intelek Potensi intelek merupakan
keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Tidak
dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu.
Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh yang berikut:
Mempunyai kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul). Berfikir secara kreatif
dan kritis. Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan
orang lain. Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang
bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar
serta tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang
inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia
sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada
kemudaratan dan kerosakan. ii. Rohani Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang
melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan
individu yang murni akhlak dan insaf kepada Tuhan. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi
membentuk individu seperti berikut: Membentuk akhlak mulia. Memupuk dan membina disiplin
kendiri. Menyedari dan menginsafi tanggung jawab. Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan.
Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan. iii. Emosi Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan
perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik beratkan kerana emso mempengaruhi seseorang
dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang
berikut: Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
Memiliki dan memupuk perasaan kasih saying. Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
60

61 iv. Jasmani Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia
berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi
memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti yang berikut: Melakukan riadah. Menjaga
kesihatan badan. Berusaha meningkatkan daya pengeluaran. Menggunakan tenaga fizikal untuk
berdikari. Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari. Menggunakan tenaga fizikal bagi
kepentingan rakyat. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulative. Sebagai
sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan negara
tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh
badan agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang
diceburi. Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran dan
kepakaran dalam bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan maju
dan membangun. Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020
tentulah memerlukan rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus
membangunkan negara dan bersaing di peringkat global. 3. Perkembangan Potensi Secara
Menyeluruh Dan Bersepadu Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai
diperlukan oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu,
perkembangan keempat-empatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya
adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain
dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini
adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh
bertentangan dengan prinsip ketuhanan. 4. Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Keseimbangan
adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula
aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan
dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan
yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama
sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak
mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang yang
bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu
kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati
orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan
insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia
menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara
yang aman dan damai. 61

62 5. Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip
pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan
segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu. Dalam FPK, pembangunan diri
individu adalah berpaksikan ketuhanan iaitu: Mengakui wujudnya Pencipta. Mengikuti dan
mengamalkan ajaran agama. Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Mengakui manusia
dan alam dijadikan oleh Pencipta. Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.
Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam. Menyedari bahawa manusia
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya. Mengetahui bahawa hukum dan fenomena
alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta
yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar
kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara. Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah
dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh
membawa kepada bencana dan malapetaka yang boleh mengganggu kesejahteraan dan
kemakmuran manusia dan alam. 6. Warganegara Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan Ilmu adalah
kuasa. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha bukan sahaja mendapatkan ilmu
pengetahuan tetapi juga meningkat dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Namun, haruslah diingat
bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh hendaklah digunakan ke arah kebaikan bukan sahaja
kepada diri individu itu sendiri bahkan kepada orang lain di sekelilingnya, masyarakat dan negara.
Ilmu pengetahuan yang disalahguna pasti membawa kepada kemudaratan dan kehancuran. Dalam
FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah bagi memastikan rakyat
yang mempunyai ciri-ciri berikut: Gemar membaca. Berfikiran luas dan terbuka. Mencintai ilmu
pengetahuan. Sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan tidak bersifat statik.
Perkembangan ilmu pengetahuan terus berlaku dengan pesat dari semasa ke semasa. Bagi
membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, konsep pendidikan sepanjang hayat
hendaklah menjadi amalan agar ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang terus dikemaskini
selari dengan perkembangan ilmu yang berlaku. Oleh itu, setiap individu tidak boleh berpuas hati
denga ilmu yang ada padanya pada satu-satu ketika. 7. Warganegara Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Seseorang yang berakhlak mulia merupakan orang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni, bertingkah laku baik, berdisiplin serta bersopan santun. Dalam FPK, rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia yang dimaksudkan merangkumi aspek-aspek berikut: 62

63 Yakin kepada nilai murni. Mengetahui nilai baik dan buruk. Menyedari kesan daripada perbuatan
baik dan buruk. Mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk. Menghayati nilai
kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Rakyat Malaysia dituntut agar berakhlak mulia
sesuai dengan amalan budaya ketimuran. Sifat ini jika dihayati dan diamalkan boleh menjadi
perwatakan rakyat Malaysia yang baik. 8. Warganegara Malaysia Yang Bertangungjawab Pendidikan
berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas. Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkan rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab seperti berikut: Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran.
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah
amanah. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah. Berusaha untuk memajukan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan
sempurna. 9. Warganegara Malaysia Yang Berketerampilan Seseorang yang berketerampilan
merupakan orang yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sehubungan
dengan itu, pendidikan hendaklan dapat melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan seperti yang ditekankan dalam FPK:
Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas. Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas. Dalam usaha menjadi negara maju
menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenaga kerja yang berketerampilan dalam
kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara. 10. Warganegara Malaysia Yang
Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Kesejahteraan penting dalam kehidupan manusia.
Dalam hal ini, kekayaan, kelulusan tinggi serta pangkat tidak menjamin kesejahteraan hidup
seseorang. Seseorang itu bukan sahaja seharusnya mampu memiliki harta, berpendidikan dan
berkelulusan tinggi tetapi juga kehidupan yang sejahtera, aman dan bahagia. Oleh itu, bagi mencapai
kesejahteraan, seseorang itu haruslah: Mewujudkan perhubungan baik dengan orang lain. Fikiran
yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat. Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk
menghadapi cabaran hidup. 63

64 11. Warganegara Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Keluarga. Individu yang terdidik dengan sifat dan perwatakan yang unggul sudah pasti
berkemampuan untuk membawa keluarga/ membina keluarga yang gembira, harmoni dan makmur.
Keluarga seperti ini pastinya sihat dari segi mental, fizikal dan emosional. Secara keseluruhannya
keluarga ini dirahmati oleh Tuhan. Dalam hal ini, pendidikan yang berkesan dapat melahirkan
individu pelajar yang baik. Individu yang baik akan membantu mentransformasi keluarganya menjadi
lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial mahupun mobiliti ekonomi. Jika individu itu membentuk
keluarga, diyakini beliau mampu menjadikan keluarganya harmoni dan makmur. 12. Warganegara
Malaysia Yang Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat.
Pendidikan sebagai suatu proses pemasyarakatan dan pembudayaan dapat membentuk masyarakat
yang harmoni dan makmur. Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan
perasaan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan memupuk amalan hormat
menghormati. 13. Warganegara Malaysia Yang Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Negara. Perpaduan adalah sangat penting bagi sebuah masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Dengan adanya perpaduan dalam kalangan rakyat, dapat hidup dalam keadaan aman
damai, tenteram dan harmoni. Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh
masyarakat yang harmoni dan makmur. Masyarakat yang harmoni dan makmur pula adalah
berasaskan kepada keluarga yang harmoni dan makmur. Keadaan negara yang harmoni dan makmur
dapat menjamin perkembangan ekonomi serta pembangunan negara dalam semua bidang.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang agar
menjadi modal insan yang produktif dan inovatif. Kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan
teknologi juga perlu bagi meningkatkan produktiviti dan seterunya memberi sumbangan terhadap
pembangunan negara. Dalam FPK, hal ini ditegaskan seperti berikut: Mengekalkan kestabilan
negara. Memupuk keharmonian keluarga. Bersemangat patriotik dan cintakan negara. Mematuhi,
mengekal dan mempertahankan perlembagaan. Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukunegara. Memajukan ekonomi bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi.
Memupuk kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati untuk perpaduan. Jelas
bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan individu bermula
dari keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Justeru, rakyat Malaysia hendaklah
berkebolehan dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran serta sentiasa rajin berusaha untuk
meningkatkan kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat Malaysia juga hendaklah mengamalkan sikap
toleransi di antara satu sama lain, saling hormat menghormati dan berkerjasama bagi mencapai
perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara. 64

65 KOMPONEN DAN PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dilihat berdasarkan kepada tiga komponen iaitu bentuk
pendidikan, proses pendidikan yang mesti dilaksanakan dan matlamat pendidikan yang mesti
dicapai. Rajah 4.3 menunjukan aliran dan hubungan komponen tersebut. BENTUK PENDIDIKAN
Pendidikan adalah suatu proses PROSES PENDIDIKAN 1. Mendidik sebagai satu usaha. 2. Mendidik
secara berterusan. 3. Pengajaran ke arah mengembangkan lagi potensi murid. 4. Pengajaran
berfokus individu. 5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani,
Emosi, Jasmani). 6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis. 7. Berpaksi ketuhanan.
KESAN DARI PENDIDIKAN 1. Membentuk insan cemerlang: berilmu, mahir, berakhlak. 2. Melahirkan
warganegara gemilang: berbakti kepada keluarga, masyarakat & negara. 3. Mengangkat martabat
bangsa yang terbilang Dimensi Instrinsik (Diri individu) Percaya & patuh kepada Tuhan Berilmu
Berketerampilan Berakhlak Bertanggungjawab Sejahtera diri Dimensi Ekstrinsik (Sumbangan
individu) Berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan & kemakmuran (i) Keluarga (ii)
Masyarakat (iii) Negara Rajah 4.2: Hubungkait unsur dan elemen kandungan FPK Dalam aspek
bentuk pendidikan, FPK mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza dengan falsafah pendidikan
yang terdahulu. Walau bagaimanapun, FPK turut menerapkan unsur falsafah-falsafah terdahulu 65
66 seperti falsafah Islam, Barat dan Timur. Oleh sebab itu, FPK dikatakan bersifat dinamik dan
fleksibel. Hal ini penting bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa berkembang dan tidak
ketinggalan dalam era globalisasi kini. Oleh itu, sememangnya wajar sekiranya sistem pendidikan
negara sering mengalami perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap tinggi seiring
dengan pembangunan negara. Dalam ciri yang kedua ialah aspek proses pendidikan, iaitu FPK
menekankan konsep menyeluruh dan bersepadu. Hal ini kerana bagi memastikan pembelajaran dan
pengajaran di institusi pendidikan tidak hanya tertumpu kepada aspek akademik semata-mata tetapi
bakat dan potensi yang ada dalam setiap individu perlu dicungkil dibimbing dan diberi didikan secara
yang optimum. Tambahan lagi, ramai individu yang berbakat akan bergiat aktif dalam aktiviti yang
diadakan oleh institusi pendidikan untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka.
Keadaan ini menunjukkan bahawa FPK juga mementingkan ciri individu yang seimbang iaitu dari
aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam aspek matlamat pendidikan pula, FPK melakukan
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi seseorang individu itu secara
menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai
aspek sama ada aspek rohani, intelek, emosi ataupun jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Selain itu juga, bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdisiplin, dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa matlamat
FPK meliputi pelbagai aspek agar semuanya seimbang. BIDANG BIDANG KAJIAN DALAM FPK Dalam
FPK, terdapat empat bidang kajian yang difokuskan iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi, dan
logikal. Dalam bidang metafizik, FPK menekankan aspek intelektual dalam sistem pendidikan. Tujuan
utama penekanan aspek ini ialah untuk melahirkan individu yang mampu berkemahiran untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif serta sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan
ilmu yang ada. Dengan cara ini juga seiring dengan matlamat FPK untuk melahirkan individu yang
mampu menguasai ilmu pengetahuan dalam semua bidang. i. Bidang metafizik: Penekanan terhadap
aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan ke arah globalisasi, kemajuan dan kerohanian. ii. iii. iv.
Bidang epistemologi: merangkumi kebenaran ataupun realiti dalam kehidupan di dunia sebenar. Ini
menunjukkan bahawa FPK juga turut menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan realiti
manusia. Bidang aksiologi: menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam
pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai
estetika. Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam
diri individu yang membolehkan pembangunan individu kea rah yang lebih maju dan baik. Justeru
itu, apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu,
nescaya dapat melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi. Nilai
estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikkan, iaitu individu yang memiliki sahsiah yang
seimbang dari segala aspek. Bidang Logik:, FPK ini dikatakn bersifat rasional kerana matlamat FPK ini
mampu direalisasikan selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalankan
tanggungjawab masing- 66

67 masing dengan baik. Bidang ini juga berkait rapat dengan ketiga-tiga bidang FPK yang lain kerana
bidang-bidang tersebut adalah berlandaskan kepada bidang logikal. Kurikulum Lepasan Menengah
Kurikulum Sekolah Menengah* Kurikulum Sekolah Rendah* Kurikulum Prasekolah * Melibatkan
Kurikulum Pendidikan Khas Rajah 4.3: Cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan HUBUNGAN ANTARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA Rajah 4.4: Hubungan antara Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan sistem pendidikan Malaysia Dalam perkembangan pendidikan Malaysia FPK
merupakan dokumen yang mempunyai agenda besar kepada negara. Apa yang hendak dicapai oleh
negara pada masa depan terpapar secara tersurat dan tersirat di dalam FPK. Pendidikan secara
berterusan berkaitan dengan sistem pendidikan yang dibina. Pelaksanaan pendidikan pula
bergantung 67

68 kepada struktur pendidikan yang disediakan. Pengisian pendidikan pula terkandung di dalam
kurikulum yang dibentuk. Keberkesanan pendidikan berganting kepada pengurusan dan pentadbiran
pendidikan dan kejayaan pelaksanaan pula terletak pada profesionalisme keguruan. Kejayaan
menghadapi cabaran tersebut akan membolehkan pendidikan negara mampu keluar dari
kepompong komuniti setempat kepada komuniti antarabangsa. PERANAN GURU DALAM
PELAKSANAAN FPK Matmalat yang terkandung dalam FPK hanya boleh dicapai menerusi penglibatan
dan komitmen para guru yang menjadi pelaksana. Sebagai guru umumnya terlalu banyak beban
tugas yang terpaksa dilakukan yang di luar bidang keutamaan yang menyebabkan halangan kepada
guru untuk menjadi pendidik yang baik. Hal ini diperkatakan oleh Pullias dan Young (1968) dalam
bukunya A teacher is many thing. Secara Ringkas, peranan guru dalam melaksanakan FPK boleh
dikategorikan kepada lima komponen yang saling berkaitan di antara satu sama lain seperti yang
digambarkan menerusi Rajah 4.5. Rajah 4.5: Peranan guru dalam pelaksanaan FPK i. Komponen
Ketuhanan: Guru perlu memikul amanah bahawa kerjaya sebagai pendidik itu merupakan satu
amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan. Amanah kepada guru ini datangnya dari
sesama manusia (ibu bapa, masyarakat dan kerajaan) dan amanah kepada Tuhan. Guru perlu
menjadikan kerjaya keguruan itu sebagai suatu ibadah yang memberikan sumber rezeki dalam
kehidupan. Guru perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha untuk memberikan didikan
yang terbaik dan sempurna sebagaimana yang diamanahkan. Dalam mendidik, bentuklah akhlak
para pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. ii. Komponen Profesional: Guru
yang profesional adalah guru yang tahu apa yang mesti dilakukan di dalam menjalankan tugas-
tugasnya, dapat menjadikan pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam hidup dan dapat
memberikan ilmu yang terbaik. Dengan itu guru perlu menjadi orang sentiasa lapar kepada ilmu dan
sentiasa berasa bodoh dengan perubahan dan sentiasa tahu mencari penyelesaian. iii. Komponen
Pengajaran: Pengajaran melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan nilai yang saling
bergabung untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru perlu menguasai perkara tersebut dan
berkebolehan untuk menterjemahkan ke dalam amalan yang berkesan. 68

69 Kemahiran mengajar, komunikasi dan pengendalian teknologi adalah perkara yang diutamakan.
Manakala pengetahuan secara mendalam, meluas dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus dan
am, kurikulum, pelajar, konteks dan matlamat pendidikan adalah penting. iv. Komponen
Perundingan: Guru adalah pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk mempastikan tiada pelajar
yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak sebagai perunding yang cekap terhadap murid, ibu
bapa, rakan sejawat dan pihak atasan yang lain. Sebagai perunding, peranan guru ialah mempastikan
tiada masalah atau halangan dalam mempastikan murid berjaya. v. Komponen Penyelidikan: Guru
mesti sentiasa mendahului era dengan sentiasa memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap
profesinalisme. Untuk itu penyelidikan adalah perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam konteks
amalannya dalam bilik darjah. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT NEGARA
Rajah 4.6: Hubungkait antara FPK dan matlamat negara. RUMUSAN Berdasarkan pernyataan FPK,
dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan
seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang
aman damai dan bersatu padu. Semua pihak perlu menggembling tenaga untuk mempastilah apa
yang terkandung di dalam FPK difahami, dihayati dan seterusnya diamalkan dalam konteks
pendidikan sama ada secara formal tidak formal. 69

70 5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI ASAS KEPADA PEMBENTUKAN KURIKULUM

PENDIDIKAN MALAYSIA PENGENALAN Apakah rupa wajah insan yang bakal menjadi warganegara
Malaysia pada masa depan? Bagaimanakah pendidikan dapat menghasilkan insan yang dihasratkan?
Pepatah ada mengatakan Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika pembuatan kuih memerlukan
acuan, apatah lagi pembinaan insan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanyalah pernyataan yang
dituliskan dalam dua ayat dan mengandungi 69 patah perkataan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk sebagaimana Rukun Negara. Ia mati jika tidak ada siapa
yang mahu menghidupkannya. Ia tidak hidup jika sekadar di muatkan di dalam Buku Rekod
Mengajar, mural di dinding sekolah atau sekadar dibingkaikan cantik menghiasi pejabat-pejabat
sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti hidup bersama jiwa pendidikan dan para
pengamalnya. Daripada sekadar dokumen pernyataan, ia mesti diterjemahkan ke bentuk amalan. Ia
mesti ada bersama urat nadi para pendidik ketika berdiri, berjalan, duduk, makan, baring dan tidur.
Selain mengandungi makna yang tersurat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mengandungi
makna yang tersirat yang perlu difahami. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan
bagaimanakah sistem pendidikan perlu dioperasikan dan martabat guru ditingkatkan menerusi ayat
pertama Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

kepada Tuhan. Di dalam ayat kedua pula dinyatakan rupa wajah warganegara Malaysia pada masa
depan, Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Masa depan negara bergantung kepada penterjemahan Falsafah Pendidikan
kebangsaan menerusi pengisian tentang perkara apakah yang rakyat Malaysia perlu miliki untuk
menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dan segala perkara yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibendung dan diterjemahkan menerusi kurikulum
kebangsaan. BAGAIMANAKAH MANUSIA DAN KURIKULUM BERTEMU? Manusia merupakan makhluk
sempurna yang unik, hebat dan cemerlang. Kesempurnaan manusia terletak pada kebolehan
berfikir. Berfikir mengupayakan manusia menghasilkan sesuatu yang baru untuk kegunaan diri dan
kepentingan masyarakat. Dari berfikir terbinalah ilmu hasil adunan pengetahuan, kemahiran, nilai
dan budaya yang diamalkan. Ilmu yang dibina diperoleh dari tiga sumber utama iaitu ilmu yang
dipelajari sama ada dari ahli keluarga terdekat, ataupun menerusi pendidikan yang dipelajari di
sekolah-sekolah. Ilmu juga boleh dibina menerusi penglibatan langsung dalam sesuatu perkara &
aktiviti. 70

71 Penglibatan tersebut memberikan pengalaman baru yang akhirnya membentuk ilmu. Contohnya
catatan pengembaraan/ perjalanan Ibnu Khaldun menyebabkan beliau dikenali sebagai bapa
sosiologi Islam. Pengalaman adalah guru yang paling baik. Sejak lahir, manusia sudah dibekalkan
dengan pengetahuan. Hal ini kerana perkembangan otak manusia sudah sempurna ketika di dalam
kandungan lagi. Janin di dalam kandungan sudah mengenali pelbagai jenis bunyi dan memahami
perubahan suhu. Oleh itu semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya disusun untuk
diwariskan dari satu generasi ke satu generasi bagi membentuk ilmu yang lebih sempurna.
Kandungan ilmu itu membentuk konten dan proses pula penterjemahannya. Hubungkait antara
manusia dan ilmu tersebut dapat dilihat menerusi Rajah 5.1. ILMU PENGETAHUAN KEMAHIRAN
NILAI Dipelajari Dibina Sedia ada Belajar Pengalaman Lahir KONTEN & PROSES Bakat/potensi
KURIKULUM Kembangkan lagi Rajah 5.1: Perolehan ilmu KONSEP DAN PENGERTIAN KURIKULUM
Falsafah menetapkan matlamat, pendidikan merupakan proses dan pengisiannya adalah kurikulum.
Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan
budaya. Sebenarnya usaha mendefinisikan kurikulum telah berlaku sekian lama, bersama-sama
munculnya istilah kurikulum itu sendiri. Pelbagai tokoh dan ilmuan memberikan definisi yang
berbeza-beza dari segi penggunaan istilah, maksud, kategori, skop dan lapangan. Tahukah anda dari
manakah perkataan kurikulum muncul dalam pendidikan? Perkataan kurikulum sebenarnya diambil
dari bahasa Inggeris iaitu curriculum. Manakala perkataan curriculum pula terbit dari perkataan Latin
iaitu curir yang bererti pelari dan curere yang bererti laluan/ tempat berpacu. Hal ini bermakna
kurikulum pada asalnya berkaitan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba yang 71

72 mengawal akan memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Laluan tersebut kemudiannya digunakan dalam konteks pendidikan sebagai: Jurusan/program/aliran
pengajian yang diikuti. Ruang tempat di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam bahasa
Arab, kurikulum disebut minhaj atau manhaj yang terbit dari kata dasar anhaja. Ia bermaksud
jurusan, bidang atau fakulti. Keadaan tersebut memberikan maksud yang lebih tepat dalam konteks
kurikulum. Pada zaman Romawi, istilah kurikulum yang dikaitkan dengan arena perlumbaan sangat
mudah untuk dimengertikan. Hal ini berbeza dalam bidang pendidikan kerana kurikulum
membentuk satu disiplin ilmu yang sukar untuk diperjelaskan maksudnya. Adalah sukar untuk
menetapkan garis sempadan ilmu kurikulum dengan ilmu-ilmu lain. Bagaimanakah kita dapat
memisahkan pengertian kurikulum dengan mata pelajaran, isi kandungan mata pelajaran,
pengajaran dan penilaian? Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam
pembangunan dan perkembangan kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah (dipengerusikan oleh Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan
Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia) memainkan peranan penting dalam merancang dan
melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan pencapaian dalam bidang akademik para pelajar.
Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar berpandukan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan
kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM. Dokumen tersebut perlu ada dalam Buku
Rekod Pengajaran guru-guru yang perlu dikemaskinikan setiap masa. Kepada murid-murid pula,
pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kepada mereka di
sekolah. Apa yang jelas, berlaku kesukaran untuk memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan
kurikulum? Bukan pelajar dan guru sahaja yang berhadapan dengan masalah tersebut tetapi juga
melibatkan masyarakat dan para sarjana yang diakui ketokohannya dalam ilmu masing-masing.
Mereka tidak dapat memberikan satu takrif yang tepat tentang kurikulum. Masing-masing cuba
memberikan pengertian dan tafsiran yang berbeza mengikut keilmuan dan tanggapan masing-
masing. Olivia (1992) menggelar kepelbagaian definisi kurikulum yang ada seumpama sekumpulan
orang buta mengenali gajah, masing-masing mempunyai interpretasi sendiri. Sebagai contoh, berikut
dikemukakan definisi oleh beberapa tokoh dalam tempoh satu abad ( ). Cuba anda buat
perbandingan setiap satunya dan kenalpasti apakah persamaan dan perbezaannya? Jadual 5.1:
Definisi kurikulum terpilih ( ) Nama Tahun Definisi Kurikulum Kategori Bagley, W. C The curriculum is
a storehouse of organized race experience, Experience conserved (until) needed in constructive
solution of new and untried problems. Dewey, J education consists primarily in transmission through
communication.. As societies become more complex in structure and resources, the need of formal
or international teaching and learning increases. Experience 72

73 Bobbit, J.F Curriculum is "that series of things which children and youth must do and experience
by way of developing abilities to do the things well that make up the affairs of adult life; and to be in
all respects what adults should be" Caswell, H.L. & 1935 "Curriculum is all of the experiences
children have under the Campbell, D. guidance of teachers Hutchins, R.M The curriculum should
include grammar, reading, rhetoric and logic, and mathematic, and in addition at the secondary level
introduce the great books of the western world. Harris, P. E real curriculum development is
individual. It is also multiple in the sense that there are teachers and separate children there will be
a curriculum for each child. Morrison, H.C the content of instruction without reference to
instructional ways of mean. Lee, D. & 1940 those experience of the child which the school in the way
Lee, M utilizes or attempts to influence. Hopkins, L.T The curriculum (is a design made) by all those
who are most intimately concerned with the activities of the life of the children while they are in
school a curriculum must be a flexible as life and living. It cannot be made beforehand and given to
pupils and teacher to install. (Also, it) represent those learning each child select, accept, and
incorporates into himself to act with, in, and upon in subsequent experiences. Giles, H.H.,
McCutchen, S.P. & Zechiel, A.N the total experience with which the school deals in educating young
people. Rugg, H stream of guided activities that constitutes the life of young people and their elders.
Tyler, R learning takes place through experiences the learner has.. learning experience is not the
same as the content with which a course deals (The curriculum consists of).. all of the learning of
students which is planned by a directed by the school to attain its educational goal. Experience
Experience Subject matter Experience Content Experience Experience Experience Experience
Educational goal Krug, E.A all learning experience under the direction of the school. Experience
Smith, B.O., Stanley, W.O., Shore, J.H. a sequence of potential experiences.. set up in school for the
purpose of disciplining children and youth in group ways of thinking and acting. Faunce, R.B. &
Bossing, N.L those learning experiences that are fundamental for all learners because they derive
from (1) our common, individual drives and need, and (2) our civic our social needs as participating
members of democratic society. Alberty, H All the activities that are provided for students by the
school Beauchamp, G & 1968 constitutes its curriculum. dibentuk oleh kumpulan social untuk
mendidik pengalaman anak-anak mereka di sekolah. dokumen bertulis yang melakarkan isi mata
pelajaran yang akan diajar. Krug 1957 "Curriculum consists of all the means of instruction used by
the Activities Experience & Content 73

74 school to provide opportunities for student learning experiences leading to desired learning
outcomes" Phenix, P. H The curriculum should consist entirely of knowledge which comes from the
disciplines (while) education should be conceived as guided recapitulation of the processes of inquiry
which gave rise to the fruitful bodies of organized knowledge comprising the established disciplines.
Taba, H A curriculum is a plan for learning: therefore, what is known about the learning process and
the development of the individual has bearing on the shaping of a curriculum. Goodlad, J. I A
curriculum consists of all those learning intended for a student or Broudy, H.S., Othanel, B. &
Burnett, J.R. group of students mode of teaching are not, strictly speaking, a part of the curriculum
(which) consists primarily of certain kind of content organized into categories oh instruction.
Macdonald 1965 Curriculum is "those planning endeavors which take place prior to instruction"
Inlow, G.M. (US) 1966 Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing
murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah Saylor, J.G. & Alexander, W.M Neagley & Evan
(US) 1966 & 1974 ditentukan. (The curriculum is) all learning opportunities provided by school. a
plan for providing sets of learning opportunities to achieve broad educational goals and related
specific objectives for an identifiable population served by single school centre Curriculum is all of
the planned experiences provided by the school to assist the pupils in attaining the designated
learning outcomes to the best of their abilities. The Plowden Report (British) 1967 The curriculum in
the narrow sense, (consisted of) the subjects studied. Wheeler, D.K The planned experiences offered
to the learner under the guidance of the school. Johnson, M. (US) 1967 Curriculum is a structured
series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes (or at least anticipates) the results of
instruction. It does not prescribe the means to be used in achieving the results Harnack 1968
Curriculum embodies "all of the teaching-learning experiences guided and directed by the school.
Brubacher 1969 The ground which pupil and teacher cover to reach the goal or objective of
education Henchey 1969 Curriculum is "the underlying plan of communication" while instruction is
"the substance and form of communication" between teachers and students. Objective Plan for
learning Objective Content Objective Learning opportunities Subject Planned experiences Intended
learning outcomes Teachinglearning experiences Objective of education Plan of communication
Popham, W.J. & Baker, E.L all planned for which the school is responsible. Learning outcome
Robinson, A.S Kurikulum harus mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, Pengalaman proses,
sumber dan cara penilaian semua pengalaman pembelajaran. pembelajaran yang telah dirancangkan
untuk murid-murid di dalam 74

75 dan di luar sekolah. Beauchamp & Beauchamp 1973 Curriculum is "a written document". written
document Hirst, P Satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru-
guru untuk murid-murid di sekolahnya. Program pembelajaran Tanner, D. & Tanner, L the planned
and guided learning experiences and intended learning outcome, formulated through the systematic
reconstruction of knowledge and experiences under the auspices of the school, for the learner s
continuous and willful growth in personal-social competence. Stenhouse, L A curriculum is an
attempt to communicate the essential principles and features of an educational proposal in such a
form that it is open to critical scrutiny and capable of effective translation into practice. Oliver 1977
Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following elements: (1)
program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and (4) the hidden
curriculum. Orlosky, D.E. & Smith, B.O Curriculum is the substance of the school program. It is the
content pupils are expected to learn. Doll, R.C The curriculum of a school is the formal and informal
content and process by which learners gain knowledge and understanding, develop skills, and alter
attitudes, appreciations, and values under the auspices of that school. Eisner, E The curriculum of a
school, or a course, or a classroom can be conceived of as a series of planned events that are
intended to have educational consequences for one or more students. Tanner, D. & Tanner, L
Curriculum is "that reconstruction of knowledge and experience systematically developed under the
auspices of the school (or university), to enable the learner to increase his or her control of
knowledge and experience" Hass "The curriculum is all of the experiences that individual learners
have in a program of education whose purpose is to achieve broad goals and related specific
objectives, which is planned in terms of a framework of theory and research or past and present
professional practice Nicholl & Nicholl 1980 Semua kesempatan pembelajaran yang dirancang oleh
guru-guru untuk murid-muridnya di sekolahnya. Oliva, P.F Curriculum is "a plan or program of all
experiences which the learner encounters under the direction of the school" Learning experiences
and intended learning outcome Attempt to communicate Educational program Content Content and
process Planned events Reconstruction of knowledge and experience Experience Pembelajaran yang
dirancang Plan or program Skilbeck, M The learning experiences of students, in so far as they are
expressed or anticipated in goals and objectives, plans and designs for learning and the
implementation of these plans and designs in school environment. Burtonword 1986 Pilihan
daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai dan aspek khusus sesuatu
budaya yang hendak di sampaikan kepada pelajar. Glatthorn, A The curriculum is the plans made for
guiding learning in schools, usually represented in retrievable documents of several levels of
generality, and actualization of those plans in the classroom, as learning experiences Unsur budaya
Schools plan 75

76 experienced by the learners and a recorded by an observer; those experiences take place in a
learning environment which also influences what is learned. Grundy 1987 A program of activities (by
teachers and pupils) designed so that pupils will attain so far as possible certain educational and
other schooling ends or objectives Wiles,J. & Bondi, J. Finch & Crunkilton Razali Arof (Malaysia)
Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan (Malaysia) Mohd Daud Hamzah (Malaysia) Print, M.
(Australia) Akta Pendidikan 1996 (Malaysia) Posner, G.J. & Rudnitsky, A.N. Northeast Texas Network
Consortium (NTNC) 1987 The curriculum is a goal or set of values, which are activated through a
development process culminating in classroom experiences for students. The degree to which those
experiences are a true representation of the envisioned goal or goals ia a direct function of the
effectiveness of the curriculum development efforts The sum of the learning activities and
experiences a student has under the auspices or directions of the school Semua kegiatan
pembelajaran formal dan terancang yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah Semua
pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam
institusi pendidikan Unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang dikenalpasti dengan harapan untuk
memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu All the planned opportunities offered to learners
by the educational institution and the experiences learners encounter when the curriculum is
implemented. This include those activities that educators have devised for learners which are
invariably represented in the form of written document and the process whereby teachers make
decisions to implement those activities given instruction with context variables such as learners,
resources, teachers and learning environment Kurikulum kebangsaan ialah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan Currculum is not process.. A more precise view of curriculum and the common
understanding of curriculum among lay people is that it is what is through in school or what is
intended to be learned to be learned. It does not refer to what is to be done in school or what is to
happen in the learning process. Curriculum represent a set of intentions, a set of intended learning
outcome A program of courses to be taken in pursuit of a degree or other objective. Activities Goal
or set of values Learning activities and experiences Aktiviti pembelajaran yang dirancang
Pengalaman pembelajaran yang dirancang Unsur budaya Planned opportunities Program pendidikan
Intentions & intended learning outcome 76
77 Wojtczak, A An educational plan that spells out which goals and objectives should be achieved,
which topics should be covered and which methods are to be used for learning, teaching and
evaluation. Coles, C A curriculum is more than a list of topics to be covered by an educational
programme, for which the more commonly accepted word is a syllabus. A curriculum is first of all a
policy statement about a piece of education, and secondly an indication as to the ways in which that
policy is to be realised through a programme of action. In practice, though, a curriculum is more than
even this; it is useful to think of it as being much wider. As a working definition of a curriculum I
would say that it is the sum of all the activities, experiences and learning opportunities for which an
institution (such as the Society) or a teacher (such as a faculty member) takes The EduQnA.com
responsibility either deliberately or by default I advocate the definition of curriculum that supports a
complex network of physical, social and intellectual conditions that shape and reinforce the behavior
of individuals, and takes in consideration the individual's perceptions and interpretations of the
environment in order to reinforce the learning objectives and to facilitate the evaluation procedures.
Kelly, A.V Curriculum means two things: (i) the range of courses from which students choose what
subject matters to study, and (ii) a specific learning program. In the latter case, the curriculum
collectively describes the teaching, learning, and assessment materials available for a given course of
study. Objective Sum of all the activities, experiences and learning opportunities Learning objectives
Range of courses & learning program Read more: Dengan merujuk kepada definisi kurikulum yang
dikemukakan, dapatkah anda membuat rumusan tentangnya? SKOP DAN KATEGORI KURIKULUM
Walaupun kurikulum mempunyai senarai definisi yang berbeza tetapi kita masih mampu untuk
menyusunnya mengikut skop dan kategori. Terdapat ciri-ciri persamaan dan perbezaan bagi setiap
satu definisi yang dikemukakan. 1. Tyler (1949) menjelaskan bahawa sesuatu kurikulum yang
sempurna mestilah dapat menyelesaikan empat persoalan berikut: Apakah tujuan pendidikan yang
hendak dicapai oleh negara/ sekolah? (Matlamat) Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang
sesuai dapat dipilih bagi mencapai tujuan pendidikan? (Kandungan) Bagaimanakah pengalaman
pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran yang berkesan? (Kaedah) Bagaimanakah
keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai? (Penilaian) 77

78 2. Taba, H. (1962) menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori
berikut: Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik. (Objektif) Pemilihan dan penyusunan isi
kandungan. (Kandungan) Pola pengajaran dan pembelajaran. (Kaedah) Penilaian hasil pembelajaran.
(Penilaian) 3. Beauchamp (1968), menyatakan kurikulum mestilah mengandungi empat kategori
berikut: Pernyataan tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai
menerusi sekolah. Objektif dan penyusunan isi kandungan untuk setiap mata pelajaran. Panduan
penggunaan kurikulum untuk guru-guru. Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran serta pencapaian objekif dan matlamatnya. 4. Oliva (1982 & 1997) telah
mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan falsafah kepada tiga belas seperti berikut:
Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah Kurikulum ialah satu set mata pelajaran Kurikulum ialah isi
kandungan mata pelajaran Kurikulum ialah program-program pengajian Kurikulum ialah suatu set
bahan Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif
pencapaian Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku
dalam sekolah, termasuk aktiviti kelas tambahan, bimbingan dan hubungan interpersonal Kurikulum
ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah Kurikulum ialah setiap
perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui
oleh pelajar di sekolah Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil
persekolahan. 5. Mohd Daud Hamzah (1993) mengkategorikan kurikulum kepada tujuh iaitu:
Kurikulum sebagai usaha Kurikulum sebagai objektif Kurikulum sebagai suatu rancangan Kurikulum
sebagai suatu pengalaman Kurikulum sebagai Isi mata pelajaran Kurikulum sebagai pembinaan insan
Kurikulum sebagai unsur kebudayaan 78

79 6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop: i. Kurikulum sebagai
suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh murid-murid di mana-
mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini dirancang oleh pihak sekolah
atau tidak. ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah. iii. Kurikulum
sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh guru-
guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah. 7. Doll (1996) membahagikan
kurikulum kepada empat kategori: Pendidikan formal dan tidak formal Apa yang dipelajari oleh
murid (isi kandungan). Bagaimana mempelajari isi kandungan (proses). Bentuk outcome
(pengetahuan, kefahaman, kemahiran, sikap, penghargaan dan nilai). 8. Yusup Hashim (2000)
membahagikan definisi kurikulum kepada dua skop: i. Skop definisi yang luas/umum: Kurikulum
sebagai sistem Kurikulum sebagai pengalaman Kurikulum sebagai bidang kajian Kurikulum sebagai
mata pelajaran ii. Skop definisi yang kecil/spesifik: Kurikulum sebagai tujuan Kurikulum sebagai
hasilan Kurikulum sebagai strategi Kurikulum sebagai konteks Kurikulum sebagai kandungan
Kurikulum sebagai satu rancangan 9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum
kepada lapan iaitu: Definition 1: Curriculum is such permanent subjects as grammar, reading, logic,
rhetoric, mathematics, and the greatest books of the Western world that best embody essential
knowledge. Definition 2: Curriculum is those subjects that are most useful for living in contemporary
society. Definition 3: Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible.
Definition 4: Curriculum is all the experiences learners have under the guidance of the school.
Definition 5: Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they can
attain general skills and knowledge at a variety of learning sites. 79

80 Definition 6: Curriculum is what the student constructs from working with the computer and its
various networks, such as the Internet. Definition 7: Curriculum is the questioning of authority and
the searching for complex views of human situations. Definition 8: Curriculum is all the experiences
that learners have in the course of living. Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada
mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan
untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap
sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai. Bagi mempastikan
kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati kejayaan. Kurikulum mestilah
dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan
bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam
bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan sebenarnya guru sudah
merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif yang jelas dan
kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak
jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap hala tuju yang
hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah,
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui,
difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai
proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa
yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang
dihasratkan. Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat
dilihat menerusi Rajah 5.2. KANDUNGAN KAEDAH PENILAIAN Rajah 5.2: Kategori dan skop kurikulum
80

81 MENGAPA MALAYSIA MENGGUNAKAN KURIKULUM KEBANGSAAN? Rajah 5.3: Kurikulum

kebangsaan dan pelaksanaannya. STRUKTUR DAN PRINSIP KURIKULUM KEBANGSAAN Rajah 5.4:
Struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan 81

82 Bagaimanakah Kurikulum Kebangsaan Berperanan Menterjemah Falsafah Pendidikan

Kebangsaan? Sumber: Adaptasi dari Musa Daia (1993). Rajah 5.5: Kurikulum sebagai wahana
menterjemah FPK PENTERJEMAHAN FPK MENERUSI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rajah 5.6: Penterjemahan FPK menerusi pengoperasian kurikulum 82

83 Apakah jenis kurikulum kebangsaan yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia? i.
Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan. ii.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) mulai iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ditukar kepada Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2012 iv. Kurikulum Pendidikan Khas. KBSR DAN KSSR KE ARAH
MENTERJEMAH HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Usaha mentranformasi kurikulum
kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif bagi
menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi system
pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh,
bersepadu dan berimbang. Dalam usaha melaksanakan tranformasi ini, beberapa faktor perlu diberi
pertimbangan: Organisasi Kajian literatur Kandungan kurikulum Penilaian prestasi murid Input
daripada stake holder Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum persekolahan sedia ada Resolusi
konvensyen kurikulum 2007 Penandaarasan dengan kurikulum negara maju Bermula tahun 2011,
KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi memastikan sistem pelajaran
Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharapkan berupaya
mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan Negara
menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun Generasi yang bukan sahaja maju
dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya. Serentak dengan
tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga mengalami tranformasi.
Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat sematamata tetapi
merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. Penilaian bukan sahaja melalui
peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia
tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah oleh guru-guru dan beberapa
pihak lain yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini diharapkan dapat
mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar seseorang murid dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ketika dibangku sekolah. Kementerian Pelajaran sentiasa
proaktif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
kebangsaan. Beberapa siri pemantauan dan pemerhatian pelaksanaannya turut dijalankan. Menerusi
pemantauan berterusan sepanjang 6 bulan pertama tahun 2011 dalam kalangan murid-murid Tahun
Satu di seluruh negara, KPM mendapati perjalanan pelaksanaanya telah berjaya memenuhi
keperluan seperti yang dihasratkan. Pemantauan juga bertujuan 83

84 mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibubapa mengenai
keberkesanannya. Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka
bentuk KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum
(Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang memberi
fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran
menaakul perlu diajar selari keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis. Pentadbir dan guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-
elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas
Kurikulum: keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sejajar
untuk mempastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai 2,205 Jurulatih
Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara. Pihak pentadbir
sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru serta
mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Fleksibiliti yang
diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih menarik mengikut kreativiti masing-masing. Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR
berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan
murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan
kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan
menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didikhibur yang digunakan dapat
menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan
semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas. Rumusannya
KPM mengharapkan menerusi pelaksanaan KSSR mampu memperbaharui kurikulum sedia ada serta
memastikan ia relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR juga dapat berfungsi sebagai
agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi
sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KURIKULUM
BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) KE ARAH MENTERJEMAH FPK KBSM telah diperkenalkan
pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun Pembentukan KBSM berasaskan
daripada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979). Perakuan 58, 59, 61 dan 62 menekankan bahawa pembentukan KBSM
berlandaskan perkara-perkara berikut: i. Kesinambungan dari KBSR. ii. Pendidikan umum yang
merangkumi pendidikan vokasional dalam bidang elektif yang terdiri dari bidang akademik dan
jurusan vokasional sahaja. iii. Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran asas untuk meneruskan pendidikan secara berterusan seumur hidup.
84

85 Matlamat KBSM KBSM digubal, dibentuk dan dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif
berikut: i. menyediakan pendidikan umum untuk semua pada peringkat sekolah menengah. ii.
memberi penekanan kepada elemen kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. iii.
membolehkan para pelajar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh dari pelbagai disiplin.
iv. melahirkan para pelajar yang mempunyai akhlak, moral dan etika yang tinggi. v. membantu para
pelajar membina asas yang kukuh bagi pendidikan seumur hidup. vi. meningkatkan penguasaan
bahasa Melayu. Konsep KBSM Konsep bersepadu dalam KBSM ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi
dan penyerapan semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dapat dicapai menerusi kaedah-
kaedah berikut: i. Kesepaduan pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua mata
pelajaran. ii. Kesepaduan pengalaman dan teknik pembelajaran di antara mata pelajaran. iii.
Kesepaduan antara teori dan praktik. iv. Kesepaduan antara pengalaman pembelajaran di dalam bilik
darjah dengan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup
harian. Prinsip KBSM Prinsip-prinsip KBSM dirancang berasaskan kepada konsep KBSM yang
dibincangkan di atas. Prinsipprinsip digariskan seperti berikut: i. Kesinambungan pendidikan
peringkat KBSR iaitu menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M dan ii. perkembangan potensi murid-
murid secara menyeluruh. Program pendidikan umum yang disediakan wajib diikuti oleh semua
murid-murid supaya mereka memperoleh pengetahuan yang seimbang. iii. Semua mata
pelajarankbsm hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. iv. Nilai-nilai
murni hendaklah diterapkan secara menyeluruh dalam setiap mata pelajaran KBSM. Nilai-nilai
tersebut juga perlu dipupuk secara khusus kepada murid-murid beragama Islam menerusi mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam dan murid-murid bukan beragama Islam menerusi mata pelajaran
Pendidikan Moral. Pendekatan sebegini dinamakan Nilai-nilai murni merentas kurikulum. v. Program
penggunaan bahasa Melayu hendaklah diperkukuhkan menerusi mata pelajaran bahasa Melayu dan
dalam semua mata pelajaran bukan bahasa. Pendekatan sebegini dikenali sebagai Bahasa Melayu
merentas kurikulum. vi. Sebagai prinsip pendidikan seumur hidup, KBSM memberi tumpuan ke arah
memupuk nilai dan sikap positif murid-murid bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran supaya
mereka berkebolehan untuk berusaha mencari pengetahuan sepanjang hayat. Ciri-Ciri KBSM KBSM
dirancang dan dilaksanakan bercirikan kesinambungan tiga bidang utama yang terdapat di dalam
KBSR: (i) Komunikasi (meliputi bahasa dan Matematik). (ii) Manusia (meliputi aspek agama, moral,
sains dan kemasyarakatan. (iii)perkembangan diri (meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan
aktiviti 85

86 kokurikulum). Bagi mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran tiga bidang tersebut,
pelbagai pembaharuan diperkenalkan. Hal ini termasuk thoughtful learning sebagai teras pengajaran
dan pembelajaran. Konsep ini dapat membina ciri-ciri cintakan pengetahuan dan mengembangkan
daya fikir murid-murid selaras dengan matlamat pembelajaran seumur hidup. Selain itu penerapan
nilai-nilai murni merentas kurikulum dan pemupukan semangat patriotism dapat membantu
membangunkan sahsiah muridmurid. Dalam bidang komunikasi pula, penggunaan bahasa Melayu
merentas kurikulum bertujuan untuk memahirkan murid-murid berkomunikasi dengan cekap dan
bertutur bahasa Melayu dengan berkesan. Proses komunikasi yang cekap dan berkesan hendaklah
diterapkan dalam proses memperoleh pengetahuan dan perhubungan seharian. Penguasaan
bahasa-bahasa antarabangsa khususnya bahasa Inggeris hendaklah diperkukuhkan dalam diri murid-
murid sebagai persediaan untuk memahirkan diri dalam bidang ICT. Strategi Pengajaran Dan
Pembelajaran KBSM Kemahiran berfikir merupakan proses perkembangan dan peningkatan intelek
murid-murid. Kemahiran ini diberi penekanan penting dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
KBSM. Pencapaian objektif ini bergantung kepada penggunaan strategi yang sesuai. Murid-murid
hendaklah memainkan peranan utama dalam proses perkembangan intelek mereka supaya mereka
Berjaya menguasai kemahiran berfikir. Dalam hal ini strategi pemusatan murid perlu diterapkan.
Peranan guru ialah bertindak sebagai perancang dan pemudah cara bagi membimbing murid-murid
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi mendorong murid-murid
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran KBSM, kaedah dan teknik yang diterapkan
ialah kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah, main peranan, inkuiri penemuan,
penyoalan permainan, simulasi dan percambahan idea. Kaedah dan teknik ini dapat melahirkan
murid-murid yang mampu menjana pengetahuan dan berkebolehan untuk mencetuskan idea yang
bernas dan rasional. Rajah 5.7: Model Operasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 86

87 RUMUSAN Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana
pelaksanaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti
beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak
dicapai. Matlamat yang dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan
bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan
dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian kerana bersifat senteralisasi.
Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitu pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan pendidikan khas. Kurikulum bersifat
dinamik dan fleksibel untuk disesusikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah. KSSR
merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan
standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).
Manakala KBSM merupakan kurikulum untuk mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan individu yang
dapat member sumbangan kepada kesejahteraan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan
negara. 87

88 6 PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM: MEREALISASIKAN HASRAT FPK MENERUSI

SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN PENGENALAN Kota Rom tidak tegak dalam satu
hari. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan telah berjaya membina dan mengekalkan
tamadun sesuatu bangsa dan menjamin keutuhan sesuatu empayar sebagaimana kegemilagan
empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasyiah dan kemasyhuran Dinasti Meng yang dicapai
menerusi penguasaan perlbagai disiplin ilmu yang menjangkau ilmu sains dan teknologi. Oleh itu
sumbangan pendidikan sebagai wadah yang menentukan perkembangan, kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara tidak boleh dinafikan. Sebagai pendidikan yang unggul dan
cemerlang, seseorang guru itu mestilah berkeupayaan membuat penterjemahan dan pentaksiran
terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Guru dalam semua disiplin ilmu bertanggungjawab
mengemudi kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah.
Kurikulum tersebut perlu diterjemahkan secara khusus untuk diolah kepada unit-unit yang lebih
spesifik dengan objektif yang jelas, pemilihan kaedah yang berkesan, aplikasi bahan yang efektif
penilaian yang tepat. Hal ini dilaksanakan menerusi perancangan yang sistematik dalam dua bentuk
iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku Panduan Kurikulum Standard yang dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. KURIKULUM KEBANGSAAN DAN KURIKULUM SEKOLAH 1.
Kurikulum Kebangsaan Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan
sebagai suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang diseragamkan dan
ditadbirurus secara top down. Hal ini kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang berkaitan dengannya turut berbentuk
berpusat termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat dilaksanakan adalah disebabkan faktor-
faktor berikut: Keadilan untuk semua murid. Perancangan yang menyeluruh. Pemantauan yang
komprehensif. Pengurusan kurikulum yang sempurna. 88

89 Keseragaman untuk semua sekolah dan murid. Peruntukan kewangan yang mudak dikendalikan.
Kurikulum kebangsaan turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal
merupakan kurikulum yang yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal
dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat sebagai
kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di
Malaysia. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu (i) Kurikulum formal
(ii) Kurikulum tidak formal. Kurikulum formal yang juga dikenali sebagai kurikulum akademik,
mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan
vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan Pukal Kurikulum, Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Mata Pelajaran sebagai panduan kepada guru-guru mentafsir dan
menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi Kurikulum Standard Standard
Sekolah Rendah (KSSR) guru dibekalkan dengan buku Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran. KPM juga membekalkan buku teks sebagai rujukan utama kepada guru-guru dan murid-
murid. Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum
tersembunyi. Aktiviti kurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan
kerana KPM meletakkannya sebagai syarat wajib kepada setiap pelajar menganggotai mana-mana
kelab, persatuan atau unit beruniform. KPM juga telah membuat dasar 1 murid 1 sukan untuk
memberi peluang kepada setiap murid terlibat dalam satu jenis sukan yang diminati. KPM dan KPT
juga telah meletakkan syarat bahawa penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum akan memberi
sumbangan 10 peratus kepada kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan IPT. 2. Kurikulum
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua
bahagian: i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala
kegiatan pengajaran dan pembelajaran. ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik
darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata pelajaran
dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah
berkenaan. Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama iaitu mata
pelajaran teras, mata pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib
mempelajari mata pelajaran dalam kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari
mana-mana mata pelajaran dari kumpulan elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan
tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan
bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini sangat ketara pada peringkat sekolah
menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor fizikal. Faktor kemanusiaan
mencakupi guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi dan Bilangan murid yang tidak
mencukupi. Manakala faktor fizikal meliputi prasarana tidak mencukupi/ tiada dan peralatan tidak
mencukupi/ tiada. 89
90 Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan
menilai kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut
kesesuaian dan keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian. Guru juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan
yang dirasakan sesuai dan berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian
dan alat ujian untuk menilai keberkesanan pengajarannya. Selain dari kurikulum formal, kurikulum
tidak formal juga merupakan komponen dalam kurikulum sekolah. Kurikulum tidak formal
mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum yang juga berbeza mengikut sekolah. Sekolah boleh
menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum jika mempunyai kepakaran, tempat dan
kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar setiap sekolah adalah sekolah berwatak.
Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi identity sekolah tertentu. Contohnya Sekolah
Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah (Johor) dikenali pada pringkat dunia kerana
pancaragam. Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum
tersembunyi. Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum
tersembunyi dikatakan lebih mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek
kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia
berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang. Kurikulum tersembunyi dirancang kerana
pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan guru-guru. Contohnya perlantikan
pengawas sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang terpilih kerana mempunyai
bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang. Setiap aktiviti dalam
badan pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu mengembangkan potensi
murid tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari pengawas-pengawas ini
seorang pemimpin negara yang berwibawa. Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia
melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya
penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan. Melalui bersukan/ bermain semangat
perpaduan, bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, hormatmenghormati akan muncul dengan
sendirinya. Pemain bola sepak akan gembira dan berpelukan antara satu sama lain (walaupun dari
kaum yang berbeza) apabila jaringan gol ke pihak lawan dapat dilakukan. Untuk menjaringkan gol
tersebut setiap pemain memainkan peranan untuk bekerjasama antara satu sama lain. Setiap
pemain dalam apa posisi akan saling menyokong untuk membantu penyerang menghasilkan gol
kemenangan. Bolehkah nilai seperti itu terbentuk di tempat lain? Dalam konteks Malaysia kurikulum
kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada landasan yang sama tetapi pada
peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum kebangsaan adalah menefestasi terhadap
apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala pada peringkat sekolah,
kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa yang telah dibentuk pada peringkat pusat. Segala
apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan melalui berbagai
aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik darjah
ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dapat
dilihat menerusi Rajah

91 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KURIKULUM KEBANGSAAN KURIKULUM SEKOLAH

Kurikulum Rasmi Kurikulum Pra Sekolah Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Sekolah Menengah
Kurikulum Pendidikan Khas Kurikulum Lepas Menengah Kurikulum Sebenar Kurikulum Formal
Kurikulum Tidak Formal Teras Elektif Tambahan Sains Bahasa Vokasional Kemanusiaan Kurikulum
Akademik Kurikulum Tersembunyi Ko Kurikulum Rajah 6.1: Penterjemahan kurikulum kebangsaan
dan kurikulum sekolah PERANAN KURIKULUM KEBANGSAAN i. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979:
Melahirkan tenaga kerja mahir Penyebaran ilmu pengetahuan Perkembangan individu secara
menyeluruh Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni Pembentukan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu ii. Akta Pendidikan 1996: Patriotisme Multiliterasi Multiculture Keagamaan Alam
sekitar Akhlak & moral Kepenggunaan Sains & teknologi Pengantarabangsaan Pendidikan sepanjang
hayat 91

92 PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN Penterjemahan kurikulum kebangsaan merupakan

satu siri proses yang melibatkan empat komponen yang berantai. Rajah 6.2: Rangka konsep
penterjemahan kurikulum 1. Asas Pertimbangan Pembinaan Kurikulum Kebangsaan i. Pembangunan
Negara Ekonomi Perpaduan Sosio budaya Sains & teknologi Teknologi maklumat ii. iii. iv.
Perkembangan Individu Perkembangan insan. Perkembangan warganegara. Teori Pembelajaran
Teori behaviorisme. Teori kognitivisme. Teori konstruktivisme. Teori pelbagai kecerdasan (IQ, EQ, SQ
& PQ). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan ke arah
mengembangkan potensi murid. Pendidikan untuk perkembangan individu secara menyeluruh dan
bersepadu (intelek, rohani, emosi & jasmani). Pendidikan demi pembangunkan murid secara
seimbang dan harmonis. Pendidikan berpaksi kepada ketuhanan. Pendidikan untuk kesejahteraan
keluarga, masyarakat dan keluarga. 92

93 v. Empat Rukun Pendidikan (UNESCO) Belajar untuk menjadi insan berilmu. Belajar untuk menjadi
insan berkemahiran. Belajar untuk menjadi insan yang lebih sempurna. Belajar untuk dapat hidup
bersama bermasyarakat. 2. Peringkat Pelaksanaan Kurikulum i. Komponen Mata Pelajaran Wajib
Kumpulan mata pelajaran teras. Kmpulan mata pelajaran elektif. Kumpulan mata pelajaran
tambahan. ii. Program-Program Khas: Pemupukan patriotisme. Pendidikan alam sekitar. Program
khas orang asli. Pendidikan kepenggunaan. Program sekolah ke kerjaya. Pendidikan kesihatan
keluarga. Pendidikan pencegahan dadah. Program komputer dalam pendidikan. 3. Amalan
Kurikulum Bilik Darjah i. Strategi Pengajaran & Pembelajaran Penyerapan. Penulisan genre. Inkuiri
penemuan. Kemahiran generik. Kajian masa depan. Penggabungjalinan. Pembelajaran bestari.
Pembelajaran masteri. Kemahiran proses sains. Pengayaan & pemulihan. Pembelajaran kontekstual.
Aspek merentas kurikulum. Sistem pembelajaran intergratif. Pembelajaran yang menyeronokkan.
Kesepaduan pengetahuan & amalan. Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Pembelajaran
bagaimana hendak belajar. 93

94 ii. Penilaian Prestasi & Pencapaian Pentaksiran secara berpusat. Pentaksiran secara berterusan.
Pentaksiran berasaskan sekolah. 4. Hasil Pelaksanaan Kurikulum i. Pembangunan Insan (individu)
Berinovatif Pekerja berilmu Berakhlak mulia Hidup bermasyarakat Beretika & berbudaya Berdaya
tahan/jati diri Bersemangat patriotik Berfikiran kreatif & kritis Menghargai alam sekitar Celik
teknologi maklumat Berkemahiran dan berketrampilan ii. Pembangunan Negara Guna tenaga penuh
Rakyat yang bersatu Penyertaan demokrasi tulen Kemajuan ekonomi, sosial dan politik Negara yang
stabil, aman dan makmur Warganegara yang cemerlang, gemilang & terbilang PENTERJEMAHAN
KURIKULUM MENERUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rajah 6.3: Penterjemahan kurikulum
kebangsaan ke dalam amalan pengajaran & pembelajaran 94

95 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM MATLAMAT KURIKULUM i. Kembangkan potensi pelajar

ii. Asas untuk pengetahuan lanjutan. iii. Melahirkan insan yang sempurna (JERI) iv. Membentuk
warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. v.
Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan
masalah harian. Rajah 6.4 Matlamat dan objektif kurikulum DOMAIN OBJEKTIF KURIKULUM
KURIKULUM Rajah 6.5: Domain objektif kurikulum & pengajaran 95

96 Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom) Rajah 6.6: Objektif bagi domain domain kognitif
Domain Objektif Afektif 1. Menerima (kesedaran & menerima) 2. Bertindakbalas (Penyertaan &
perlakuan baru) 3. Menilai (komitmen & penilaian) 4. Mengorganisasi (kesepaduan & penyusunan)
5. Perwatakan (Tindakan, amalan dan aplikasi) Rajah 6.7: Objektif bagi domain afektif Tahap :
Menerima (A1) Definisi : Menyedari adanya sesuatu perkara yang berlaku dipersekitarannya. Contoh
: Murid-murid hadir dan mendengar pembentangan tentang isu-isu alam sekitar. Kata Kerja : Terima,
ambil tahu, sedar, dengar, perasan, beri perhatian dan sebagainya. 96

97 Tahap : Bertindakbalas (A2) Definisi : Murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang baru hasil dari
pengalaman mereka. Mereka gembira dengan penyertaannya. Contoh : Murid-murid mencari
maklumat lanjut melalui bertanya, buku rujukan, internet, program televisyen dan sumber-sumber
lain. Kata Kerja Setuju, bantu, bebas menjawab, ambil berat, patuh, suka rela, melibatkan diri,
menyumbangkan, kerjasama dan sebagainya. Tahap : Menilai (A3) Definisi : Murid-murid
menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen, menilai apa perkara yang
mereka terlibat. Contoh : Murid-murid cuba memujuk orang lain untuk mengambil tahu tentang isu-
isu alam sekitar. Kata Kerja : Amalkan, pilih, komitmen, keinginan, inisiatif, menyatakan dan
sebagainya Tahap : Mengorganisasi (A4) Definisi : Murid-murid mensepadukan nilai baru yang
diterima ke dalam set nilai-nilai, sikap atau kepercayaan dan membentuk ranking bagi keseluruhan
set nilai-nilai yang dipegang. Contoh : Murid-murid mula memberikan komitmen jangka panjang
dalam isu-isu alam sekitar seperti menganggotai kumpulan pencinta alam sekitar. Kata Kerja :
Sesuaikan, ubahsuai, aturkan, imbangkan, klasifikasikan, konsepsualisasikan, formulakan, group,
rank dan sebagainya Tahap : Perwatakan (A5) Definisi : Bertindak secara konsisten terhadap nilai
baru. Secara dalaman, murid-murid dapat menyusun nilai-nilai ke dalam sistem dan boleh
mengaplikasikan nilai tersebut sebagai falsafah hidup mereka kepada peringkat yang lebih luas.
Contoh : Murid-murid mengamalkan konsep hijau dalam hidup mereka melalui menghindar dari
menggunakan beg plastik, menghindar dari membeli barang-barang yang tidak mesra alam dan
sebagainya. Kata Kerja : Ambil tindakan, pertahankan, pengaruhi, justifikasi perlakuan, kekalkan,
berikan sokongan dan sebagainya. 97

98 Domain Objektif Psikomotor Domain Psikomotor Naturalisasi Menyebatikan apa yang telah
dipelajari Artikulasi Melaksanakan tugas dengan cekap Ketelitian Melakukan sesuatu dengan teliti
Memanipulasi Mengaplikasi apa yang dipelajari Meniru Memerhati dan meniru Rajah 6.8: Objektif
bagi domain psikomotor Bagaimanakah Objektif/ Hasil Pembelajaran Di Nyatakan? Perkara yang
perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah: fokuskan kepada pelajar. menggunakan
perubahan tingkah laku pelajar sebagai rujukan. Objektif/ hasil pembelajaran perlu ditulis dengan
menggunakan format 'ABCD' sebagaimana yang disarankan oleh Mager: i. Audiens (Pelajar) Siapakah
audiens anda? ii. Behaviour (Tingkah laku) Apa yang anda mahu mereka lakukan? iii. Condition
(Situasi) Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda mahukan? iv. Degree (Tahap) Sejauh
mana pengetahuan & kemahiran yang dipelajari telah dikuasai pelajar? Contoh: Pada akhir
pembelajaran, pelajar dapat: i. menamakan mengikut susunan sultan-sultan yang memerintah
Melaka dengan tepat. iii. Membincangan 4 faktor penting yang menyebabkan kejatuhan Melaka.
Audiens Behaviour Condition Degree Pelajar Menamakan mengikut Sultan-sultan yang memerintah
Dengan tepat susunan Melaka. Pelajar Membincangkan Faktor penting yang menyebabkan
kejatuhan Melaka. 4 98

99 Kriteria Menulis Objektif Pengajaran Rajah 6.9: Kriteria objektif kurikulum dan pengajaran
DIMENSI PENYUSUNAN KURIKULUM 1. Dimensi Menegak : Penyusunan kandungan mata pelajaran
mengikut tahap pertumbuhan usia dan keupayaan mental pelajar. 2. Dimensi Mendatar:
Penyusunan kandungan mata pelajaran secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang.
Kesinambungan Turutan Skop Integrasi Imbangan Rajah 6.10: Penyusunan kurikulum 99

100 PENTERJEMAHAN KURIKULUM SEKOLAH KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Analisis Kurikulum Tentukan Keperluan Kurikulum Konteks Pengajaran Pelaksanaan Pengajaran &
Pembelajaran Penilaian Semakan Semula 1. Falsafah. 2. Rasional 3. Objektif 4. Kandungan 1. Bahan
2. Pengetahuan & Kemahiran Guru 1. Rancangan Pengajaran 2. Susunan Bilik Darjah 3. Bahan Bantu
Pengajaran 4. Teknik Pengajaran 5. Aktiviti sokongan (pengayaan & pemulihan 1. Kesan
Pembelajaran 2. Kesan Bahan/ alatan 3. Prestasi Murid 1. Rancangan Pengajaran 2. Bahan & Alatan
3. Strategi & Teknik P & P 1. Isi Pelajaran 2. Susunan Pengalaman 3. Strategi & Teknik 4. Kawalan Bilik
Darjah 1. Isi Kandungan 2. Bilik Darjah 3. Aktiviti P & P 4. Penyerapan 5. Masa Rajah 6.11:
Penterjemahan kurikulum kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran Apa Yang Diajar? Pendidikan
bertujuan untuk menginsankan manusia dan bukannya membina orang-orang. Untuk itu pengisian
pendidikan perlu memasukan ke dalam diri pelajar dengan ilmu bagi membolehkan mereka tahu dan
sedar tentang perkara yang dilakukan. Berkemahiran untuk membolehkan mereka menjadi
warganegara yang berketerampilan. Mengupayakan para pelajar memiliki nilai-nilai selaku makhluk
berfikir dan berakhlak, tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Seterusnya menjadi seorang
yang mempunyai keluhuran budi dan berdaya usaha dalam konteks budaya timur yang berlandaskan
kehidupan berbangsa dan beragama. Ilmu, kemahiran, nilai dan budaya digarap dalam bentuk Rajah
6.11: Kandungan kurikulum bersepadu, menyeluruh dan seimbang ke dalam kurikulum yang dibina.
Di bahu gurulah terpikulnya amanah ini agar terlaksanalah matlamat pendidikan sebagaimana
pantun: Memburu di padang datar, dapat rusa berbelang kaki. Berguru kepalang ajar, pastikan murid
kembang menjadi. 100

101 Rajah 6.13: Dokumen tentang kriteria kandungan pengajaran TRANFORMASI SUKATAN
PELAJARAN KEPADA RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN. Minggu/ tarikh 1 Tajuk/ Topik
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) Hasil Pembelajaran/ Objektif/ Huraian Kandungan Konsep
Kemahiran Nilai 42 Langkah & Masa Set induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penilaian Penutup
Refleksi Isi Pelajaran/ Kandungan RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan (Nilai/ ABM/ KBKK) 101

102 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kandungan Kaedah Penilaian Kandungan: Pembelajaran

masteri Formatif Fakta Pembelajaran inkuiri Sumatif Konsep Pembelajaran discovery Berasaskan
sekolah Generalisasi: Pelbagai kecerdasan Autentik i. Prinsip Pembelajaran koperatif Holistic ii. Teori
Pembelajaran induktif iii. Hukum Pembelajaran deduktif Pembelajaran kontekstual Dan sebagainya
JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN (JSU) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah
dapat menyampaikan pengetahuan kandungan dalam keadaan yang paling mudah untuk difahami
oleh pelajar. Kandungan mata pelajaran telah direka bentuk secara khusus dengan menggabungkan
elemen urutan, kesinambungan, skop, imbangan dan kesepaduan. Oleh itu sebagai guru yang
profesional, kepekaan terhadap fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi sangat membantu
dalam merangka perancangan pengajaran yang hendak dilaksanakan. Jadual 6.1: Contoh Jadual
Spesifikasi Kandungan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal Tingkatan 4 Topik Fakta Konsep Prinsip
Teori Generalisasi Geografi Fizikal: Gerakan Jisim Gerakan jisim berlaku kerana permukaan yang
curan dan terdedah kepada agen hakisan Gerakan jisim, kecuraman cerun, agen hakisan, graviti
Semakin curam cerun maka semakin cepat kadar gerakan jisim. Semakin curam cerun maka semakin
tinggi tarikan graviti. Air adalah agen pelincir dan melonggarkan struktur tanah. Tarikan Graviti
Kejadian tanah runtuh kerana cerun yang semakin curam. Gerakan jisim dipesatkan dengan
terdedahnya tanah kepada agen hakisan seperti hujan. 102

103 SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN KANDUNGAN PELAJARAN KURIKULUM KEBANGSAAN Sukatan
Pelajaran (SP) Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Dokumen tentang suatu penyataan mengenai
perkara yang mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan. Dokumen
perincian kepadan SP mengikut unit-unit kecil mata pelajaran yang perlu dimuatkan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap persekolahan. Mengandungi FPK, matlamat, objektif
dan skop sesuatu mata pelajaran Mengandungi FPK, matlamat, objektif mata pelajaran mengikut
tahap persekolahan, organisasi kandungan, kemahiran, nilai dan sebagainya. Sukatan Pelajaran (SP)
yang digunakan mesti diluluskan oleh Menteri Pelajaran. MENTERJEMAHKAN KURIKULUM KEPADA
UNIT-UNIT PENGAJARAN MATA PELAJARAN Unit 1 Unit 2 Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 P P P P P P P P P
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Rajah 6.14: Penterjemahan kurikulum kepada unit-unit pengajaran
103

104 Mentejemahkan Kurikulum Menerusi Sukatan Pelajaran Kepada Rancangan Pengajaran Tahunan
& Harian KURIKULUM (Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan Khas) Mata
Pelajaran Unit 1 Unit 2 Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 P P P P P P P P P Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan
Pelajaran Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan Pengajaran Harian Hasil Pembelajaran: Senarai
pernyataan pencapaian secara hirarki tentang pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu
dikuasai oleh pelajar mengikut aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas menerima
pengajaran. Rajah 6.15: Proses penterjemahan kurikulum mengikut unit dan hasil pembelajaran
APAKAH HUBUNGKAIT ANTARA PENULISAN RPH DENGAN PEMBELAJARAN MURID? Murid tidak rasa
bosan. Murid rasa seronok belajar. Murid dapat dipantau prestasinya. Murid dapat pengetahuan
yang maksima. Murid belajar dalam keadaan yang berfokus. Murid dapat dikenalpasti kekuatan dan
kelemahan. Murid dapat mempelbagaikan proses pembelajaran. Murid yang cerdas diberi peluang
untuk memperkayakan pengetahuan. Murid yang lemah diberi peluang untuk menjalani proses
pemulihan semula. 104

105 Pembelajaran [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia] KEPENTINGAN PENYEDIAAN

RANCANGAN PENGAJARAN Rajah 6.16: Kepentingan penyediaan rancangan pengajaran
KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA TERANCANG Rajah 6.17 menunjukkan
bagaimana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ditentukan dengan melihat perhubungan
peratusan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Pengajaran & Pembelajaran Pengajaran secara terancang dapat memaksimumkan
keupayaan murid untuk beroleh pengetahuan. Lebih dari 95 peratus maklumat atau pengetahuan
yang disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid i. Ideal ZAINI ABDULLAH ii. Baik
2011 Pengajaran Walaupun pengajaran guru telah dirancang, namunmanfaat sepenuhnya tidak
dapat diserap oleh pelajar. Hanya 75 peratus ilmu yang disampaikan oleh guru dikuasai atau
difahami oleh murid. Guru perlu meneliti semua rancangan pengajaran yang telah dibuat untuk
proses penambahbaikan. 105

106 Pengajaran Pembelajaran iii. Kurang Baik Pengajaran Pembelajaran iv. Tidak Berkesan
Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50 peratus daripada maklumat / pengetahuan yang
disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu mengubahsuai kaedah,
strategi dan teknik pengajaran agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan pada sesi berikutnya. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan
tidak bermatlamat. Proses pengajaran guru perlu diubah dari aspek kaedah, strategi dan tekniknya
mengikut kesesuaian tahap pembelajaran murid. Proses pembelajaran murid perlu diberi perhatian
dan dirancang dengan teliti. Rajah 6.17: Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran RUMUSAN
Falsafah pendidikan dan kurikulum merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan.
Kurikulum bertindak sebagai satu jambatan menghubungkan falsafah pendidikan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan berpusat seperti di Malaysia, guru-guru
tidak berkeupayaan untuk mengolah sendiri apakah yang hendak diajar kepada murid-murid.
Kurikulum kebangsaan dibentuk pada peringkat Kementerian Pelajaran. Kurikulum tersebut
membentuk body of knowledge dan dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi yang meliputi
Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks/ modul pengajaran sebagai panduan
dan bantuan kepada guru-guru melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kandungan kurikulum boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengetahuan deklaratif dan prosedural.
Pengetahuan deklaratif merupakan intipati yang mengandungi fakta, konsep, prinsip, teori dan
generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan (JSU). Manakala pengetahuan
prosedural berkait dengan proses, metodologi dan prosedur. Kandungan kurikulum yang terdapat di
dalam SP & HSP perlu ditafsir dan diterjemahkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan &
Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu mahir dalam proses ini bagi menjamin pendidikan yang berkesan. 106

107 7 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGENALAN Antara perkara yang
paling penting perlu ada bagi pendidikan di sesebuah negara ialah dasar pendidikan itu sendiri.
Dasar bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan penting
dalam pelaksanaanya. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaan pendidikan
tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing, tidak tentu arah dan tersasar dari matlamatnya. Dasar
bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas. Falsafah
pendidikan inilah yang menjadi teras kepada pendidikan. Falsafah pendidikan di sesebuah negara
ditetapkan untuk menjadi rujukan dan amalan yang mengandungi matlamat, proses dan bentuk
pendidikan yang hendak ditanamkan dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tersebut
dalam skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Falsafah pendidikan dan dasar
pendidikan di sesebuah negara membentuk satu rangkaian penting ke arah melahirkan individu dan
warganegara yang dapat memenuhi aspirasi negara. Mehlinger (1995) di dalam bukunya School
reform in the information age telah menjelaskan bahawa ketiadaan falsafah dan dasar dalam
perkembangan pendidikan boleh menimbulkan masalah. Masalah tersebut berkaitan dengan dua
bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan. Kesukaran pendidikan guru
berkaitan dengan pembentukan profesionalisme keguruan. Manakala kesukaran pembaharuan
pendidikan lebih bersifat holistik kerana kesukaran ini melibatkan isu-isu dalam sistem pendidikan,
kurikulum, penilaian dan perancangan kemajuan pendidikan dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah, dasar dan sistem, walaupun bertindan tindih
antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu tahap kepada tahap berikutnya
tetapi mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu. Urutan bermula dengan
falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah merupakan hasil pemikiran
yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai segi serta melihat gambaran besar yang
menyentuh persoalan itu. Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar merupakan formulasi idea-
idea sebagai panduan untuk tindakan. Apabila suatu dasar sudah termaktub maka sistem didirikan
bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut. APA DASAR PENDIDIKAN? Dasar secara umumnya
merupakan perkara yang menjadi asas atau perkara penting yang dituntut untuk dilaksanakan. Dari
segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu
perkara (Kamus Dewan IV, 2005). Dalam bahasa Inggeris dasar samalah dengan policy. Dari segi
etimologi, policy berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang bermakna city-state. Dalam bahasa
Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada negara. Seterusnya perkataan policie
digunakan dalam Midle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran
kerajaan. 107

108 Colebatch (2002) menyatakan dasar ialah perihatin terhadap arahan, mengimplementasi sistem
dan konsistensi. Dasar juga dikaitkan dengan keperihatinan terhadap sesuatu dengan memberi fokus
bermula dari proses bagaimana ia dilaksanakan sehinggalah kepada kepada hasil yang diperolehi.
Bridgeman & Davis dalam Colebatch (2002) menyatakan bahawa dasar ialah langkah-langkah logik
ke arah kejayaan seperti memberi definisi kepada masalah, menilai pilihan yang ada, implimentasi
dan membuat penilaian keseluruhan. Dalam konteks pendidikan pula, Trowler (2003) menyatakan
dasar pendidikan sebagai suatu prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu
pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Definisi tersebut turut di gunakan oleh Abdullah Sani (2003) apabila menyatakan dasar
pendidikan sebagai sutu garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang dimatlamatkan.
Berdasarkan kepada kenyataan Abdullah Sani (2003) dan Paul (2003), dapat disimpulkan bahawa
dasar pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan
yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu dasar pendidikan
merupakan suatu yang penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di sesebuah negara. APAKAH
TUJUAN SESUATU DASAR PENDIDIKAN DIBUAT? Dasar menjadikan perjalanan kehidupan
rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan
hidupnya secara tersusun dan harmonis. Dalam konteks pendidikan, Sufean Hussin (2002) telah
mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau
penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi. 1. Dasar Kawalan Dalam
Pendidikan Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif
dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan
dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan
kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis,
penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah
kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur. Contoh dasar-dasar pendidikan
jenis ini ialah akta, peraturan. Undang-undang, disiplin, kod etika dan tatatertib: 2. Dasar Solusi
Dalam Pendidikan Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian
masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif
kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau
perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa.
Pendidikan merupakan proses yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia, manusia dengan
persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali
interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Percanggahan idea bukanlah sesuatu
yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila
keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu
dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan
yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah: 108

109 Dasar Penjelasan Tujuan 60% Sains 40% Sastera Menyelesaikanmasalah tenaga kerja mahir
dalam sains dan teknologi untuk memacu pembangunan negara. 1 Pelajar 1 Sukan Menyelesaikan
masalah obesiti, menanamkan minat bersukan dan meningkatkan mutu sukan negara. PPSMI
Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. MBMMBI Memartabatkan bahasa Malaysia dan
memperkasa bahasa Inggeris. Integrasi Nasional Membentuk perpaduan. Keciciran Sifar Pendidikan
untuk semua. Sekolah Selamat Mempastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah. 3.
Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu
kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen
perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan
kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu dan
struktur sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks pendidikan, dasar ini berkaitan dengan usaha
memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan
pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang melibatkan
perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran
pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan
kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan.
Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah: Dasar Pendidikan percuma Pinjaman Buku Teks
Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu, derma) Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPN, KWAMP,
zakat) Perlindungan Pelajar (Skim Insurance Pelajar) Pembangunan Pendidikan Luar Bandar
Penjelasan Tujuan Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban kewangan
rakyat. Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban kewangan rakyat.
Tingkatkan peluang pendidikan untuk semua. Tingkatkan peluang meneruskan pelajaran. Melindungi
pelajar jika berlaku kemalangan. Pendemokrasian pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan 4.
Dasar Inovasi Dalam pendidikan Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa
pembaharuan dalam pendidikan menerusi idea, bahan dan kaedah. Dasar jenis ini bersifat futuristik-
pragmatik kerana cuba membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia
ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada
kejayaan dasar jenis ini. Contoh dasar-dasar jenis ini dalam pendidikan ialah: 109
110 Dasar Inovasi Pemerkasaan Sekolah Pembestarian Pendidikan Pembangunan Modal Insan
Pendidikan Berterusan Penjelasan Tujuan Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan
Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan
sekolah, kurikulum, kaedah, bahan dan pentaksiran. Membangunkan potensi pelajar menerusi
Sekolah Sukan (Bukit Jalil & Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru & Kuching) dan sekolah
projek. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme. DASAR-DASAR PENDIDIKAN
DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA 1. Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan
Tradisional Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sifat dan perwatakan yang
mempunyai kesopanan dan kesantunan yang tinggi, berbahasa yang halus dan berkeperibadian yang
yang mulia. Bagaimanakah masyarakat Melayu dapat mengekalkan nilai-nilai tersebut? Masyarakat
Melayu tradisional sentiasa berpegang teguh kepada kepercayaan beragama Islam dan amalan adat.
Ingatkah anda dengan pepatah Melayu "Agama dijunjung, adat dikelek" dan "Biar mati anak jangan
mati adat"? Apakah yang anda faham tentang kedua-dua pepatah tersebut? Kerana itulah Malaysia
mahu maju dengan acuan sendiri. Acuan dengan ciri-ciri budaya timur yang diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Pendidikan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan
Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun, gurindam, seloka, syair dan mantera),
tenunan & cetakan fabrik (menerusi batik), pertukangan dan ukiran (perahu, rumah dan senjata),
pertahanan diri (persilatan), hiburan & permainan (tarian istana, wau, sepak raga, congkak dan
gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama. Pendidikan jenis ini telah membentuk
jati diri masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesantunan, kerajinan, kreatif, tegas dan taat. 2.
Dasar Peminggiran Pendidikan ( ) Sikap dan sifat yang ada pada masyarakat Melayu tradisional telah
membawa padah ibarat ayam terlepas, tangan berbau tahi. Apabila Melaka jatuh kepada kuasa
penjajah Portugis pada 1511, kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin lenyap.
Masyarakat Melayu hilang warisan kerajaan beraja di Melaka. Ekonomi masyarakat Melayu hilang
apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat. Pendidikan Islam
terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada perkembangan agama baru
iaitu Kristian. Dasar peminggiran pendidikan tersebut berterusan semasa pemerintahan Belanda.
Sikap tidak ambil peduli oleh penjajah menyebabkan pendidikan menjadi beku. Pihak penjajah lebih
memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi dan perkembangan agama Kristian. 3. Dasar Polarisasi
Pendidikan ( ) Ibarat baling batu sembunyi tangan. Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke
atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris telah
mengambil kesempatan di atas sifat dan sikap yang ada pada masyarakat Melayu. Inggeris telah
menstrukturkan semula penduduk Tanah Melayu dan masyarakat Melayu. Inggeris telah membawa
masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka atas alasan membangunkan ekonomi
Tanah Melayu. Masyarakat dan ekonomi disusunaturkan 110

111 dengan masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi

tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan
kawasan perlombongan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong.
Manakala msyarakat India diletakkan di kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh
ladang dan buruh penyelenggara keretapi. Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris
terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan
penduduk Tanah Melayu mengikut kaum, ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal
diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan.
Melalui dasar pendidikan ini, sekolah vernakular diperkenalkan, murid-murid diasingkan mengikut
kaum dengan falsafah, dasar dan sistem pendidikan yang berbeza. Dari segi struktur hirarki sosial,
penjajah Inggeris sangat memberi perhatian kepada raja-raja dan pembesar Melayu dengan
pembinaan sekolah khas iaitu MCKK untuk anak-anak mereka tetapi mengasingkan golongan
masyarakat Melayu bawahan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan dapat
dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga Walaupun Tanah Melayu
pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun , namun kuasa Jepun hanya memberi tumpuan dengan
dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan Jepun. Inggeris meneruskan
dasar apabila kembali memerintah Tanah Melayu dari 1945 hinggalah mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos Dasar Reformasi Pendidikan ( ) Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya berkumpul juga.
Pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang cemerlang pada era kemerdekaan. Penyata
Razak 1956 menjadi batu asas kepada sistem pendidikan berbentuk kebangsaan. Dasar pendidikan
adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan. Pendidikan peninggalan penjajah beransur-ansur diubah
ke arah kebangsaan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan kurikulum juga
berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan. Reformasi pendidikan dikukuhkan lagi menerusi
laporan Rahman Talib 1960 dan pembentukan Akta Pelajaran Malaysia sudah ada garis panduan
untuk mengembangkan pendidikan kebangsaannya. Pemurnian pendidikan di Malaysia dilakukan
menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Hala tuju pendidikan, dasar-dasar dan sistem
pendidikan negara lebih berorientasikan Malaysia. Apabila penyusunan dan penstrukturan semula
pendidikan dilakukan, barulah disedari bahawa ramainya bangsa Malaysia yang hebat meskipun lahir
dan membesar di kawasan kampung dan pedalaman yang terpencil. 5. Dasar Inovatif Pendidikan ( )
Belum berdiri, sudah berlari. Malaysia memacu hebat sektor pendidikan dalam dekad 1980-an
sehinggalah dekad 1990an. Aplikasi perubahan-perubahan hebat yang berlaku dalam pendidikan
meliputi, idea, kaedah dan bahan. Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila
kurikulum kebangsaan yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang
seimbang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Pada peringkat sekolah
rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982 dan enam
tahun berikutnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1988 sebagai rujukan dan
panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dengan satu visi, Malaysia menjadi negara
maju menjelang Dasar Liberalisasi Pendidikan ( ) Dekad ini menyaksikan pendidikan di Malaysia
dicorakkan mengikut tuntutan semasa menerusi penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 dan
penggubalan Akta Pendidikan Dasar liberalisasi 111

112 pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina
dan Tamil dijamin kewujudannya dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis
(Cina/Tamil). Begitu juga penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama
ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti/ kolej di luar negara dengan institusi
tempatan. IPT (awam) tempatan juga mengalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Pada
peringkat sekolah, penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-
sekolah. 7. Dasar Globalisasi Pendidikan ( ) Alaf baru menyaksikan dasar-dasar kerajaan terhadap
pendidikan diperluaskan pada peringkat antarabangsa bertujuan melahirkan warganegara kelas
pertama dan memacu kemajuan negara ke arah Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat
global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam bererapa
kategori seperti sekolah bestari, sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi. Begitu juga dengan
IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia. DASAR DAN HALA
TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku mengikut apa yang
telah dirancangkan terlebih dahulu berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan. Perkara
tersebut dapat dipastikan menerusi Jadual 7.1. Jadual 7.1: Dasar-dasar dan hala tuju pendidikan di
Malaysia mengikut era. ERA CIRI & NILAI PENDIDIKAN DASAR & HALA TUJU PENDIDIKAN Masyarakat
berstruktur Pendidikan informal: agama - Raja Islam, adab & adat, - Pembesar ekonomi, sosial dan
politik. - Rakyat jelata Institusi: istana, masjid, - Pendatang surau, rumah. Ketuanan, pertuanan,
Hirarki pendidikan hamba, daulat, tulah mengikut: kelas sosial. Kaum dan gender PENDIDIKAN ERA
MASYARAKAT MELAYU TRADISI Tiada dasar yang jelas. Mengekalkan & pengukuhan hirarki status
kuo keharmonian sistem & fungsi dalam masyarakat Kemasyarakatan & kekitaan Bakti kepada
tanah/ alam Cinta & bekorban untuk tanah air Pengekalan budaya & warisan 112

113 PENDIDIKAN ERA PENJAJAHAN ( ) PENDIDIKAN ERA 1950-AN PENDIDIKAN ERA 1960-AN
Masyarakat berstruktur: i. Elit ii. Bangsawan iii. Rakyat pertengahan iv. Rakyat bawahan Masyarakat
majmuk Budaya superior penjajah Amalan pecah & perintah Pembaratan & kristianisasi.
Kebangkitan patriotisme Masyarakat majmuk Perpaduan & kesefahaman kaum Kompromi antara
kaum: i. Kewarganegaraan ii. Kedudukan Raja Melayu iii. Kedudukan agama Islam. iv. Kedudukan
Bahasa Melayu. Berorientasi membasmi buta huruf. Membentuk perpaduan. Bahasa kebangsaan
Peningkatan taraf hidup. Peluang dan kebebasan. Penyertaan demokrasi. Penjajahan Portugis &
Belanda: pendidikan statik kerana dasar tidak ambil peduli. Penjajahan Inggeris: i. Pend. formal:
vernacular ii. Sekolah diinstitusikan: sekolah mubaligh, Melayu, Agama Islam, Cina, Tamil. iii. Pend.
informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial iv. Dualisme pend. mengikut etnik, gender,
ekonomi, agama, keturunan. Penjajahan Jepun: Pembekuan pendidikan. Pendidikan alat kawalan
ideologi & indoktrinasi Pend. formal: vernacular Institusi: sekolah mubaligh, Melayu, Agama Islam,
Cina, Tamil. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi. Kurikulum kebangsaan Bahasa
pengantar: Melayu & Inggeris Kurikulum akademik & vokasional. Dualisme pend. mengikut etnik,
gender, ekonomi, agama, keturunan. Kemudahan pembelajaran. Membuka sekolah aneka jurusan
(akademik & vokasional) Sekolah kebangsaan. Kurikulum kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai
pengantar. Akta Pelajaran 1961 Menitikberatkan kepada kehendak & nilai penjajah Dasar pecah &
perintah Pengekalan budaya & warisan berdasarkan kaum Dasar dualisme dalam sistem pendidikan.
Dasar-dasar pendidikan lain: i. Isolasi ii. Polarisasi iii. Liberalisasi iv. Indoktrinasi v. Ideologi Dasar
sekolah vernakular. Dasar penyeragaman peraturan pentadbiran sekolah. Dasar pelbagai bahasa.
Dasar satu kurikulum bercorak Malaysia. Dasar pendidikan wajib percuma 9 tahun/ kenaikan darjah
automatik. Dasar pendidikan dewasa/ lanjutan. Dasar pembangunan pendidikan tinggi dan teknik.
Dasar pendidikan percuma. Dasar kenaikan darjah automatik. Dasar biasiswa dan kemajuan kerjaya.
Dasar Bahasa Kebangsaan. Dasar Kurikulum Kebangsaan. Dasar pembelajaran sivik. Dasar ekuiti/
kuota dalam 113

114 PENDIDIKAN ERA 1970-AN PENDIDIKAN ERA 1980-AN PENDIDIKAN ERA 1990-AN Literasi.
Perpaduan. Patriotik. Sumber manusia Masyarakat maju. Membangun negara. Perpaduan. Tenaga
mahir. Pendemokrasian. Masyarakat maju & bermoral. Pendidikan kemahiran 1983: Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1988: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988:
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) didokumenkan Wawasan 2020 Wawasan Pendidikan digubal
dengan 9 cabaran yang perlu ditangani. Akta Pendidikan Pemurnian FPN Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sekolah khas/projek Pendidikan berterusan. Penswastaan pendidikan Globalisasi/
pengantarabangsaan Sains & Teknologi Perluasan sekolah rendah. Sekolah menengah bercorak
akademik & vokasional. Sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Perluasan sekolah
rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan
kurikulum kebangsaan Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan.
Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KBSR & KBSM) Falsafah
Pendidikan Negara. Kawalan pendidikan Perluasan pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT
Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan
Pembestarian sekolah ICT dalam pendidikan pendidikan tinggi Dasar pendidikan tinggi untuk mobiliti
sosioekonomi. Dasar membasmi keciciran. Dasar biasiswa & bantuan kewangan. Dasar sekolah
asrama. Dasar buku teks percuma. Dasar bantuan pemakanan. Dasar ekuiti dan perkembangan
pendidikan. Dasar pembangunan pendidikan teknik & vokasional. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah.
Dasar Pandang ke Timur: perkembangan pendidikan teknik dan profesional. Dasar penggunaan
komputer. Dasar kurikulum asas dan individu seimbang. Dasar pemindahan teknologi. Dasar latihan
perindustrian dan pemindahan teknologi. Dasar multimedia / pengkomputeran di sekolah. Dasar
pendidikan berasaskan komuniti. Dasar kurikulum seimbang. Dasar reformasi pentadbiran
pendidikan. Dasar sekolah cemerlang. Dasar sekolah wawasan. Dasar sekolah bestari. Dasar sijil
terbuka. Dasar pendidikan bertaraf dunia Dasar francais dan pengkoperatan pendidikan tinggi. 114

115 PENDIDIKAN ABAD 21 Industrialisasi Membina masyarakat Glokal (Global + Local).

Pengantarabangsaan pendidikan bertaraf dunia. Globalisasi & persaingan sejagat. Minda kelas
pertama. PIPP ( ) Dasar PPSMI Patriotisme + Kewargenagaan Sekolah kluster Sekolah berprestasi
tinggi Perluasan pendiidkan awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh
sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan & bahasa kedua Kukuhkan kurikulum
kebangsaan (KSSR) Pendidikan kelas pertama. Hab pendidikan dunia. Dasar PPSMI. Dasar sekolah
cemerlang (kluster & berprestasi tinggi). Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar Yuran Percuma. Dasar
pentaksiran holistik Dasar pengantarabangsaan pendidikan Dasar MBMMBI DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN Menjelang kemerdekaan, para pemimpin negara melihat pentingnya mempunyai satu
sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi matlamat negara dan seterusnya bagi menggantikan
sistem pendidikan tinggalan penjajah. Berdasarkan kepentingan inilah maka terbentuknya Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran Di dalam Akta Pelajaran 1961, Dasar
Pelajaran Negara didokumenkan menerusi pernyataan objektifnya iaitu: "BAHAWASANYA dasar
pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu
sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam
melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini dikhususkan lagi
apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat
bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan
secara bertulis telah memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting pendidikan kebangsaan. 115

116 STRATEGI MENJAYAKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dalam usaha mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah dan strategi telah dirancang dan disusun. 1.
Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama Selaras dengan matlamat utama
Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia
telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan.
Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:
Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh
Menteri daripada subseksyen ini. (Akta Pendidikan, 1996) Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri
dari berbagai aliran, bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di
sekolah. 2. Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama Ini dilakukan dengan
menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah.
Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini
ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama.
Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun
disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996): Menteri hendaklah menetapkan suatu
kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3),
hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, bahasa
Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam
peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan bahasa Malaysia juga sama dengan apa
yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan
bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan. 3. Melicinkan Tatacara
Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab
telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan,
antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi
berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam
Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi
institusi pendidikan. 4. Mendemokrasikan Pendidikan memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan
dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar
Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan
peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program 116

117 sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. 5. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Kebangsaan
(KBSR & KBSM) Jawatankuasa kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
dalam laporannya (1979) telah mendapati antara lain bahawa kurikulum itu digubal secara terpisah
mengikut mata pelajaran dan terdapat sedikit sangat integrasi dalam mata pelajaran yang
terkandung di dalamnya (Perenggan 194). Oleh itu, berdasarkan rasional tersebut, jawatankuasa
kabinet memperakukan bahawa: Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya
pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam
bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Laporan Kabinet, Perakuan 2a). Oleh yang
demikian, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun KBSR dibentuk berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat
rendah adalah bercorak pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus
kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Justeru, matlamat pendidikan adalah
untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-
aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1980). 6. Memperluaskan Pendidikan Vokasional Dan Teknik Bagi memantapkan
kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut mengambil langkah
memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah
Vokasional pada tahun Tumpuan terhadap pemantapan pendidikan teknik dan vokasional ini dapat
dilihat melalui penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan Pendidikan teknik di sekolah
menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi yang diambil termasuklah;
menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu; dan
latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Pada tahun 2011 pendidikan teknik dan
vokasional mengalami perubahan dan dipertingkatkan sejajar dengan kepentingannya untuk
melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi. Mulai 2012, pendidikan vokasional mula
diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah dan mulai 2014 sekolah teknik dinaik taraf berstatus
kolej. 7. Memantapkan Institusi Pengajian Tinggi Bagi memastikan pelajar-pelajar di institusi
pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerajaan telah
mengambil beberapa langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut, antaranya; Akta Majlis
Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar
dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara
1996 menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses
kepada pendidikan tinggi; Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi
dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah
kecemerlangan dalam pendidikan; 117

118 Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti
tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; Akta
Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti; dan Akta
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan pinjaman kepada
pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. 8. Mempertingkatkan Pendidikan Islam,
Kerohanian, Moral Dan Disiplin Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah
tanpa mengira jenis dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996),
Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan
Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk
melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. 9. Pengajaran Bahasa Ibunda Matlamat
Sistem Pendidikan Kebangsaan antara lain ialah mewujudkan sistem pendidikan berteraskan
masyarakat sendiri. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat
di negara ini akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat
majmuk Malaysia. Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan pengajaran
bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah.
Langkah ini diambil supaya setiap masyarakat di negara ini akan rasa dihargai dan tidak wujud
perasaan disisihkan dalam negara sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan
1996 yang memperuntukkan:.pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat jika ada permintaan 15 orang
ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik. (Akta Pendidikan 1996) 10. Penekanan
Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pada abad ke-21, negara menghadapi
cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program
pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT,
berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang
bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini
adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan ( ) KPM. 11.
Menggalakkan Aktiviti Ko-Kurikulum Bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar Kementerian
Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan pakaian seragam seperti pasukan-pasukan kadet
tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum juga
diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00
untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah
Menteri, 2005); dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi
pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). 118

119 Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang
jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk
yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang
makmur dan maju. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara
ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain
di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita
tersebut. Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini
dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan
memakmurkan negara secara keseluruhan. DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Pelaksanaan dasar MBMMBI yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 berikutan memansuhan dasar PPSMI secara
beransur-ansur mulai 2011 dan berakhir sepenunya pada 2014 adalah bertujuan untuk melahirkan
generasi warga Malaysia yang fasih dan yakin mengguna bahasa Malaysia dan Inggeris. Dasar ini juga
bertujuan untuk memupuk perpaduan, bahasa komunikasi utama dan bahasa ilmu. Peningkatan
bahasa Inggeris juga diberi penekanan agar murid-murid berupaya bersaing dan meneroka ilmu
pada peringkat nasional dan global. Hal ini kerana kedua-dua bahasa terbabit adalah penting dalam
usaha melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri di samping berpengetahuan, berkemahiran
tinggi untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Pada peringkat peralihan, sekolah boleh
menggunakan dwibahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik. Perkara ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan peralihan
dasar berkenaan. Pengenalan dasar MBMMBI mempunyai tujuan yang jelas: Penerokaan ilmu.
Pengisiannya dalam bidang kerjaya. Menggunakannya untuk sebarang urusan rasmi. Melahirkan
generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan mempraktikkan penggunaan bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris standard dalam perbualan. Kefasihan dan keyakinan penggunaan bahasa Malaysia
dapat dipupuk melalui bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Pengukuhan bahasa ini pada
peringkat awal persekolahan dapat memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam
urusan kerajaan dan penggunaannya dalam bidang lain, termasuklah undang-undang, penyiaran dan
pelbagai sector lain. Usaha meletakkan bahasa Malaysia pada tempat yang sewajarnya dapat
dilaksanakan menerusi amalan pendidikan di sekolah. Langkah yang paling penting ialah
penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Menerusi
penekanan dalam penggunaan bahasa Inggeris pula dilihat dapat membantu generasi baru bersaing
di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan maklumat. Pembudayaan bahasa
Malaysia dan penguasaan bahasa Inggeris yang bermula pada peringkat sekolah juga menjurus
kepada mencapai matlamat membentuk perpaduan kebangsaan untuk membangun ekonomi
Negara sebagai satu kuasa baru dalam dunia global yang dinamik dan mencabar. Malah dasar
MBMMBI diyakini mampu membentuk generasi 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,
progresif, saintifik dan mempunyai minda kelas pertama yang kritis, kreatif dan inovatif. Sejajar
dengan itu, beberapa strategi bagi memperkuatkan dasar MBMMBI telah dirangka dan dilaksanaan.
119

120 i. Transformasi Kurikulum Kebangsaan Kurikulum berasaskan standard diperkenalkan bermula

pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) di tahun 1. Mulai 2012, kurikulum standard akan dilaksanakan pada peringkat sekolah
menengah. Bagi mempastikan kejayaannya maka beberapa pendekatan dikenalpasti. a) Aktiviti
kokurikulum: Melibatkan semua peringkat, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui aktiviti
bahasa seperti choral speaking, spelling Bee, storytelling, debat, pidato, syarahan, deklamasi sajak,
drama dan sebagainya. Bertujuan member peluang kepada murid-murid menonjolkan minat dan
bakat masing-masing seterusnya mencapai kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi. (b) Program
bahasa seperti Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
dan program Tiga-M (PROTIM) untuk menangani masalah murid seolah rendah pada tahap 2 yang
masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). (c)
Memperkukuh budaya membaca seperti pelaksanaan: Program Bacaan Awal Berstruktur Untuk
Murid Tahun 1. Program Bacaan Ekstensif (Tahun 3) Program Bacaan Sastera Kontemporari (Tahap
2) Program Bacaan NILAM (Nilai Ilmu Amalan Membaca) (d) Penambahan waktu pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris iaitu tambahan 30 minit bagi
bahasa Malaysia untuk Tahap 1 (menjadikan keseluruhannya 300 minit) dan 90 minit untuk Tahap 2
(keseluruhannya 270 mint) bagi sekolah jenis kebangsaan (SKJ C/T). Untuk bahasa Inggeris,
penambahan 90 minit (menjadikan keseluruhannya 300 minit) di sekolah kebangsaan dan 150 untuk
sekolah jenis kebangsaan. ii. Peningkatan Kapasiti Guru Kualiti guru menjadi elemen penting dalam
usaha menjayakan dasar MBMMBI. Kementerian pelajaran memberi tumpuan terhadap: (a)
Menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen Standard (S) dan
Keperluan (K) sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara. (b) Meningkatkan jumlah guru
siswazah dan guru opsyen bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti. Guru yang
berkelayakan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dan
kedoktoran. (c) Menaiktaraf Maktab/Institut Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) untuk dijadikan pusat kecemerlangan bahasa dalam latihan dan kursus pra perkhidmatan
dan dalam perkhidmatan. (d) Melaksanakan program penutur jati dengan melantik 360 penutur jati
dari luar Negara sebagai mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai training fellows
di Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris. 120

121 APAKAH ELEMEN DAN PETUNJUK TERHADAP PEMBUATAN DASAR? Terdapat lima fasa dalam
pembuatan dasar yang meliputi penentuan agenda, peramalan & pencarian alternatif, perancangan
dasar, pelaksanaan dasar dan pentaksiran. Fasa yang telah lengkap diikuti dengan tindakan yang
meliputi analisis, kenalpasti masalah, penerimaan, operasi program dan penilaian. Bagi
melaksanakan tindakan maka, ciri-ciri keberkesanan tindakan perlu diberi perhatian. Rajah 7.1
menunjukkan perkaitan elemen dan petunjuk terhadap pembuatan dasar-dasar pendidikan. FASA
Penentuan Agenda Peramalan & Pencarian Alternatif Perancangan Dasar Pelaksanaan Dasar
Penaksiran Dasar TINDAKAN Cadangan Dasar (Analisis) Kenalpasti Masalah (alternatif) Penerimaan
Operasi Program Penilaian Apakah masalahnya? Apakah yang akan terjadi jika tidak melakukan
sesuatu? Bagaimanakah masalah ditafsirkan? Apakah matlamatnya? Apakah pilihan yang ada yang
boleh membawa kebaikan atau sedikit keburukan? Adakah dasar itu berkaitan dengan politik?
Apakah ukuran yang boleh membantu dalam memastikan kejayaan pelaksanaan dasar? Apakah
kriteria di mana polisi boleh ditafsirkan dengan baik? Ditafsirkan dengan adil? PENSTRUKTURAN
MASALAH PERAMALAN PENGSYORAN PENGAWASAN PENILAIAN Sumber: Cochran & Malone (1995)
CIRI-CIRI Rajah 7.1: Elemen dan pentujuk terhadap pembuatan dasar 121

122 RUMUSAN Dasar pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia bertujuan untuk
mendisiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Dasar-dasar tersebut
bermatlamat untuk keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor
pendidikan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti
dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber
manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan
diterjemahkan pada peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah-sekolah (Top Down). Guru-guru sebagai pelaksana, perlu akur dengan dasar
yang telah dibuat. 122

123 8 ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENDAHULUAN Proses

perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem
pendidikan. Pendidikan merupakan suatu sistem dan proses membangunkan insan. Proses
membangunkan insan yang mencakupi keseluruhan rakyat merupakan suatu yang kompleks. Oleh
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu organisasi yang besar yang diwujudkan untuk
mengambil tanggungjawab kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan
tanggungjawab. Mereka dididik bagi mengembangkan lagi potensi masing-masing bagi mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Bagi
merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang
meliputi peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah untuk menatar dan menjana bangsa ke arah
penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai, moral, sosial, ekonomi, politik dan sosial yang luas agar
berkeupayaan meningkatkan daya saing bagi menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. KONSEP DAN PENGERTIAN ORGANISASI DAN PENTADBIRAN i. Organisasi Secara umumnya
organisasi merupakan sistem sosial yang kompleks yang boleh didefinisikan daripada pelbagai sudut
dan dimensi. Hal ini disebabkan organisasi adalah dinamik dan sering kali berubah-ubah dengan
haluan perkembangannya yang sukar diramal. Keadaan ini menunjukkan bahawa dalam organisasi
terdapat ciri-ciri yang istimewa sehingga melahirkan pelbagai tafsiran dalam usaha untuk memahami
organisasi. Dalam memberikan definisi, ada tokoh yang menyatakan organisasi sebagai satu
kumpulan individu yang secara sedar dan rela, bersetuju untuk bekerjasama bagi mencapai sesuatu
matlamat tertentu. Definisi lain pula menyatakan organisasi merupakan satu penyelarasan unit
sosial yang mengandungi dua atau lebih individu yang memainkan peranan untuk mencapai
matlamat bersama. Ada juga yang menterjemahkan organisasi sebagai campurtangan sosial untuk
mencapai matlamat bersama melalui penggabungan usaha atau kerjasama anggota. Sebagai contoh,
Hollebeck (1995) mengambarkan organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber untuk
menjayakan sesuatu tujuan dan matlamat yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu secara
bersendirian. Morgan (1986) pula melihat organisasi melalui lapan perspektif yang berbeza, iaitu:
Organisasi dilihat berfungsi sebagai mesin yang mana pembangunannya terhad dan lebih bersifat
melaksanakan fungsi rutin. Organisasi dilihat beroperasi seperti makhluk hidup yang bersedia
menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. 123

124 Organisasi dianalogikan sebagai otak yang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan
kebolehan dan mencari pembaharuan. Organisasi dilihat sebagai sistem budaya yang mengandungi
ideologi, nilai, upacara, kepercayaan dan amalan yang diyakini bersama. Organisasi adalah sebuah
institusi politik yang membentuk hierarki autoriti. Organisasi ini berkait rapat dengan kekuasaan,
manipulasi dan konflik. Organisasi adalah sebuah penjara psikik, di mana ahli organisasi diikat
dengan tradisi dan berbangga dengan kejayaan mereka dan tidak bersedia untuk menerima
perubahan dan lebih selesa dengan suasana yang ada. Organisasi berbentuk transformasi yang
dilihat bersedia untuk berubah dan membuat strategi untuk menghadapi halangan-halangan semasa
perubahan. Organisasi adalah alat untuk mendominasi yang membawa maksud ahli atau kumpulan
berkelakuan untuk mencapai motif mereka dengan mencengkam pihak lain asalkan kepentingan
atau keperluan mereka tercapai. Sufean Hussin (2004) pula menjelaskan bahawa organisasi merujuk
kepada struktur penyusunan komponen-komponen atau unit-unit yang terdapat dalam sesuatu
sistem, lazimnya sistem sosial. Sistem pula dikaitkan dengan apa sahaja yang terbina daripada
rangkaian komponen-komponen atau unit-unit yang di mana ia mempunyai sesuatu tugas, fungsi
atau matlamat. Dari aspek sosial, institusi yang ditubuhkan oleh masyarakat merupkan satu system
social. Contoh institusi tersebut dalam konteks pendidikan ialah sekolah, PPD, JPN dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Setiap institusi tersebut mempunyai sistem sosialnya yang tersendiri
berdasarkan fungsi dan matlamat penubuhannya. Sistem sekolah misalnya terdiri komponen
pentadbiran,staf akademik, staf sokongan, murid, bangunan, infrastruktur dan lain-lain lagi. Sistem
sosial ini ditabdir urus oleh manusia yang mewujudkan interasi social. Penyusunan komponen-
komponen yang terdapat di dalam sesuatu organisasi secara sistematik menentukan sama ada
sesuatu organisasi itu digolongkan kepada organisasi formal atau organisasi bukan formal. Berikut
ialah perbezaan di antara kedua-dua jenis organisasi tersebut. Jadual 8.1: Perbandingan cirri-ciri
organisasi format dan buka formal Orgnisasi Formal Jangka hayat yang lebih lama Beroperasi secara
berterusan Struktur susunan komponen yang rumit Input sumber fizikal & modal yang besar
Organisasi Bukan Formal Jangka hayat yang terhad Terbubar selepas selesai tugasan Struktur lebih
ringkas & mudah Input sumber fizikal & modal yang kecil Bagi sistem pendidikan di Malaysia,
struktur organisasinya digambarkan seperti di Rajah 8.1. Organisasinya boleh dibahagikan kepada
lima peringkat: 1. Peringkat pusat (peringkat eksekutif). 2. Peringkat negeri (peringkat pengurusan).
3. Peringkat daerah (peringkat penyeliaan). 4. Peringkat sekolah (peringkat teknikal). 5. Peringkat
bilik darjah (peringkat pelaksanaan) 124

125 FUNGSI ORGANISASI PERINGKAT ORGANISASI ALIRAN AUTORITI TOP Eksekutif (Pembuat Dasar)
Pusat Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pengurusan Peringkat Negeri (Pengarah Pendidikan
Negeri) Penyeliaan Peringkat Derah (Pegawai Pendidikan Daerah) Teknikal Peringkat Sekolah
(Pentadbir Sekolah) Pelaksanaan Peringkat Bilik Darjah (Guru-Guru) DOWN Rajah 8.1: Peringkat dan
fungsi organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia Bentuk piramid pada Rajah 8.1 menunjukkan
aliran autoriti dan delegasi tanggungjawab daripada bahagian puncak ke bahagian-bahagian dasar.
Keluasan setiap bahagian piramid menunjukkan bilangan sumber manusia yang terlibat pada
bahagian-bahagian berkenaan. Organisasi formal mempunyai struktur asas untuk berfungsi dengan
baik yang meliputi kepimpinan, agihan tugas, prosedur menjalankan tugas, matlamat dan dasar.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pemimpin organisasi pendidikan negara ialah Menteri
Pelajaran. Manakala ketua organisasi ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Pada peringkat negeri pula
diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri, peringkat daerah ialah Pegawai Pendidikan Daerah dan
pemimpin peringkat sekolah ialah Pengetua/Guru Besar. Pemimpin organisasi formal ini
menetapkan tugas ahli dalam organisasinya dan fungsi setiap komponen/unit yang ada. Agihan tugas
dan autoriti secara jelas dapat mengelakkan pembaziran sumber yng berlaku disebabkan pertindihan
kerja dan mengelakkan konflik autoriti dan tugas. Sebuah orgnisasi yang lebih besar seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai sistem yang lebih kompleks kerana memiliki
komponen-komponen yang terpisah dan berangkai. Oleh yang demikian pembahagian tugas serta
penetapan peranan, fungsi dan peraturanperaturan adalah perlu agar semua ahli-ahli organisasi
memahami tanggungjawab masing-masing. 125

126 Sesuatu organisasi mesti mempunyai tujuan, matlamat dan objektif penubuhannya dengan
jelas. Tujuan, matlamat dan objektif tersebut dirumuskan oleh eksekutif yang mentadbir perjalanan
organisasi. Eksekutif bertanggungjawab terhadap soal pencapaian matlamat yang meliputi aspek
produktiviti, keberkesanan dan kecekapan. Secara langsung eksekutif merumuskan prosedur-
prosedur pelaksanaan dan strategi-strategi pengurusan sumber bagi mempstikan pencapaian
matlamat dan dengan cekap dan berkesan. Dalam sesuatu organisasi jentera yang mensepadukan
sumber manusia untuk mencapai matlamat mengandungi lima ciri: Dasar yang tegas. Tujuan yang
jelas. Adanya kepimpinan wakilan. Terbentuknya anggota/ahli yang konkrit. Usaha/komitmen yang
positif dan kreatif. ii. Pentadbiran Pentadbiran ialah satu unsur penting bagi menjamin kelancaran
perjalanan komponen-komponen yang terdapat di dalam organisasi. Pentadbiran berfungsi untuk
menggerakkan segala sumber yang meliputi sumber manusia dan sumber fizikal (kewangan dan
infrastruktur) secara selaras dan tersusun bagi mencapai matlamat. Pentadbiran diperlukan untuk
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian mekanisme sosial; memandu organisasi mengharungi
masalah; dan untuk memberikan kekuatan kepada organisasi menghadapi cabaran-cabaran baru.
Ibrahim Mamat (1993) telah merumuskan tafsiran mengenai pentadbiran sebagai: Satu proses sosial
yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Satu proses sosial yang
berkaitan dengan mengadakan, menyelenggarakan, mengawal dan menyatukan segala sumber
manusia dan fizikal dalam satu system yang disepadukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Suatu
tindakan mengkoodinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain, untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin. Manakala Sufean Hussin (2004)
memperincikan pentadbiran sebagai proses membuat keputusan berdasarkan ciri-ciri berikut:
Pentadbiran ialah satu tingkah laku am yang boleh dijumpai dalam semua organisasi manusia.
Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal penghidupan dalam organisasi sosial. Fungsi
pentadbiran ialah untuk mengembangkan dan mengubahsuai proses membuat keputusan dengan
berkesan dan sebaik mungkin. Dengan berfokus kepada matlamat, Drucker (1954) menyatakan
bahawa pentadbiran organisasi ialah a mean to an end, iaitu pentadbiran merupakan mekanisme
pengaturan sumber-sumber untuk mencapai matlamat. Secara amnya, fungsi pentadbiran
melibatkan: menilai kualiti dan kuantiti hasil. menentukan pemilihan strategi pelaksanaan.
menetapkan dan melaksanakan dasar-dasar. mempengaruhi imej dan prestij sesuatu organisasi.
menentukan iklim organisasi dan hubungan antara manusia. menentukan jenis output, hala tuju dan
keutamaan yang perlu diberi perhatian. membantu perolehan dan penggunaan sumbert-sumber
dengan cara yang berkesan. 126
127 iii. Pentadbiran Pendidikan Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan.
Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur,
mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada
setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan
melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya
menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara
menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan. Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah
tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling
sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya
terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002). Dalam konteks pentadbiran
pendidikan, Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya
menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling
berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau berpendapat pentadbiran pendidikan
merupakan satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan
pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan,
penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. Merujuk kepada kenyataan Abdul
Rahman Arshad (2007), pentadbiran pendidikan di Malaysia adalah berbagai tahap yang bermula
pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah. Pada peringkat kementerian memberi penekanan
kepada penggubalan dasar; pentadbiran dikategorikan kepada dua iaitu pentadbiran umum dan
pentadbiran professional. Pentadbiran umum melibatkan pentadbiran kewangan, pengurusan
sumber manusia dan pembinaan sekolah. Manakala pentadbiran professional member tumpuan
terhadap perancangan dan penyelidikan pendidikan, perkembangan kurikulum, pengendalian
peperiksaan awam, pengurusan sekolah, pendaftaran sekolah dan guru, penaziran, latihan guru dan
kursus-kursus dalam perkhidmatan. Manakala pada peringkat negeri pula, Jabatan Pelajaran Negeri
bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal pada peringkat persekutuan.
Jabatan Pelajaran Negeri dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah sebelum arahan sampai ke
peringkat sekolah. Sekolah merupakan suatu organisasi yang berada pada rantaian akhir dalam
pelaksanaan dasardasar pendidikan yang digubal pada peringkat pusat. Sekolah menjadi tempat
(bagaikan makmal) yang menempatkan komponen seperti kurikulum, peperiksaan, guru, murid,
prasarana dan ibu bapa memainkan peranan untuk mencapai objektif pendidikan. Pentadbiran
sekolah yang rasmi merupakan elemen penting bagi mencapai objektif tersebut. Pada peringkat
sekolah, Pengetua/ Guru Besar berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan
pentadbiran pendidikan seperti lebihan saiz murid, sekolah dua sesi, saiz kelas yang besar, moral
guru yang menurun, peningkatan kes disiplin dan sebagainya lagi. Guruguru pula bukan lagi
menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi bertindak membantu
pentadbiran sekolah. Contohnya, guru-guru bertindak membantu kewangan sekolah (bayaran sukan,
perpustakaan, PIBG, biasiswa/ derma), skim subsidi pelajar (RMT, susu), buku teks, peperiksaan,
sukan tahunan/ permainan MSSD/ MSSM, rekod pelajar (kehadiran, kemajuan, disiplin, profil
pelajar), pengisian pelbagai boring dan sebagainya lagi. Keadaan tersebut menyebabkan guru-guru
hanya memberikan penumpuan yang minima terhadap persediaan perancangan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Sekolah-sekolah sentiasa diselia dan dipantau oleh Pejabat Pelajaran
Daerah bagi mempastikan organisasi beroperasi dengan lancar agar matlamat dan objektif dapat
dicapai. Dari masa ke semasa penambahbaikan dilaksanakan khususnya kepada guru-guru ke arah
melengkapkan diri menghdapi cabaran semasa yang sentiasa berubah khususnya cabaran teknologi,
psikologi dan cabaran pedagogi. 127
128 Latihan dalam perkhidmatan dikendalikan pada peringkat sekolah (dalaman), daerah, negeri
mahupun pusat. STRUKTUR PENTADBIRAN PENDIDIKAN Selepas merdeka, Perlembagaan
Persekutuan telah menetapkan bahawa pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Selepas pembentukan negara Malaysia pada 16 September
1963, dasar dan pentadbiran pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan sendiri oleh
kerajaan di kedua-dua negeri berkenaan. Sabah dan Sarawak diberi autonomi untuk menguruskan
sistem pentadbiran pendidikannya sendiri sehingga ke suatu tempoh yang ditentukan. Namun
begitu, peruntukan kewangn bagi program-program pendidikan di Sabah dan Sarawak terletak di
bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini mewujudkan perbezaan dalam struktur
dan sistem pentadbiran pendidikan di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak. Struktur pentadbiran pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat sekolah dengan organisasi yang
bertanggungjawab ialah Kementerian Pelajaran, Pejabat Pelajaran Negeri dan Sekolah. Hanya
terdapat tiga buah negeri di mana struktur pentadbiran pendidikannya tidak mempunyai Pejabat
Pelajaran Daerah iaitu Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan. Manakala struktur pentadbiran di
negeri Sabah dan Sarawak mengandungi peringkat bahagian kerana kedua-dua negeri tersebut
sangat luas. Pusat Negeri Daerah Sekolah Rajah 8.2: Struktur pentadbiran pendidikan di negeri-
negeri Semenanjung Malaysia. 128

129 Pusat Negeri Bahagian Daerah Sekolah Rajah 8.3: Struktur pentdbiran pendidikan di Sabah dan
Sarawak. ORGANISASI PENTADBIRAN PENDIDIKAN PERINGKAT PERSEKUTUAN (PUSAT) Kementerian
Pelajaran merupakan organisasi utama pada peringkat persekutuan yang bertanggungjawab
menggubal dan meluluskan dasar-dasar dan program pendidikan. Kementerian ini dipimpin oleh
seorang Menteri yang diberi kuasa untuk membuat keputusan ke atas semua dasar pendidikan.
Menteri tersebut bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dasar-dasar yang telah dikuatkuasakan
dalam Akta Pendidikan. Bagi memastikan sistem pendidikan di negara ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan cemerlang, Menteri Pelajaran dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan seorang Setiausaha Politik. Pada peringkat pentadbiran Kementerian Pelajaran, Ketua
Setiausaha (KSU) merupakan pegawai utama yang bertanggungjawab untuk melancarkan jentera
pentadbiran dan tugas-tugas Kementerian Pelajaran. KSU dibantu oleh dua Timbalan Ketua
Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Ketua Pengarah Pelajaran dan tiga Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran (Bahagian Dasar Pembangunan Pendidikan, Bahagian Operasi Pendidikan dan
Bahagian Profesionalisme Pendidikan) dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tugas dan
tanggungjawab utama Ketua Pengarah Pelajaran ialah melapor atau memberi taklimat kepada KSU
dan Menteri Pelajaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pelajaran.
Tugas dan tanggungjawab pentadbiran harian Kementerian Pelajaran terletak pada Timbalan Ketua
Setiausaha dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran. Menteri Pelajaran bertanggungjawab secara
terus kepada Parlimen (Dewan Rakyat). Bagi melicinkan jentera pentadbiran Kementerian Pelajaran
dan bagi melaksanakan dasar serta program pendidikan yang lebih kemas dan sistematik,
Kementerian Pelajaran telah mewujudkan bahagian-bahagian dalam organisasi pentadbirannya.
Jumlah bahagian tersebut bergantung kepada keperluan sistem pendidikan di Malaysia. Setiap
bahagian bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM).
129
130 i. TKPPM Dasar Pembangunan Pendidikan: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kokurikulum Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Buku
Teks Lembaga Peperiksaan. Majlis Buku Kebangsaan ii. iii. iv. TKPPM Operasi Pendidikan: Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Islam. Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional.
Bahagian Pendidikan Khas Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster Bahagian Sukan
Bahagian Seni dan Kokurikulum Bahagian Pelajaran Swasta TPPM Pembangunan Profesionalisme
Keguruan Bahagian Pendidikan Guru. Institut Aminuddin Baki. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Unit Pengurusan Sumber Manusia v. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) BAHAGIAN-
BAHAGIAN DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. Di Bawah Kendalian Ketua Pengarah
Pendidikan Bahagian Akaun (BA) Bahagian Audit Dalam (BAD) Bahagian Audit Sekolah (BAS)
Bahagian Buku Teks (BBT) Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) Bahagian Kewangan
(BKEW) Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Bahagian Kokurikulum & Kesenian (BKK) Bahagian
Matrikulasi (BM) Bahagian Pembangunan (BP) Bahagian Pembangunan & Penilaian Kompetensi
(BPPK) 130

131 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Bahagian Pendidikan
Islam (BPI) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta) Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) Bahagian
Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Bahagian Sukan (BS) Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institut Aminudin Baki (IAB)
Unit Komunikasi Koperat (UKK) Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK) Lembaga Peperiksaan (LP)
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) Badan Berkanun: i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ii.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) iii. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ii. Di Bawah
Kendalian Timbalan Ketua Setiausaha I & II Pembangunan dan Bekalan. Kewangan dan Akaun. Hal
Ehwal Luar Negeri Biasiswa dan Latihan Perjawatan dan Perkhidmatan Khidmat Pengurusan
Perhubungan Awam Pengurusan Aset Psikologi & Kaunseling Pembangunan & Penilaian Kompetensi
Komunikasi korperat Undang-Undang 131

132 Rajah 8.4 Organisasi pentadbiran pendidikan peringkat pusat AKTA PENDIDIKAN 1996: KUASA
MENTERI DAN PERUBAHAN DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN Akta Pendidikan 1996 telah
membawa perubahan terhadap struktur dan sistem pentabiran pendidikan negara. Reformasi
pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri Pelajaran.
Satu perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa aspek penting dalam
sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir pendidikan utama. Struktur dan organisasi
baru mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi
selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem pendidikan.
Tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah
tambah di bawah Akta Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah diberikan kepada Menteri
Pelajaran. Akta tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri Pelajaran. 132
133 Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pelajaran. Kuasa tersebut tertakluk kepada
satu syarat iaitu Ketua Pengarah Pelajaran mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam
perkhidmatan pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini
memberikan peluang kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2)
menegaskan bahawa Ketua Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta
Beliau menasihat Menteri mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4
(1) memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai
Pelajaran Daerah dan Pegawai Pelajaran yang yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk
bertlndak mengikut pertimbangan diri merupakan dua ciri yang khusus. Seksyen 4 Akta 1996
menyatakan seperti berikut: Maka hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan
lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pelajaran; dan bagi setiap
daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri,
seorang Pegawai Pelajaran yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh
Menteri Di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk
dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1). Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2)
rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.
Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sarna dari segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan
Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar
Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar
Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan
Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir
Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab
Menteri Pendidikan. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan
yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada Menteri,
pengurusan sumbersumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menye1uruh pe1ajar dari
segi moral, mental, fizikal, dan rohani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah
tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah
arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan Selain itu, Menteri Pelajaran diberikan kuasa untuk
mengeluarkan arahan am dan arahan khas. Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke
semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang
bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk kepada dua syarat. Pertama, arahan am
yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta Pendidikan Arahan itu merangkumi
penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai, kewajipankewajipan yang perlu
ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta. Ia juga
melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apabila syarat-syarat itu
telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang dikeluarkan.
Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pelajaran untuk mengeluarkan
arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau mana-mana
angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar,
sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92
Akta pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan
peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang
berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota,
pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian. 133
134 ORGANISASI PENTADBIRAN PENDIDIKAN Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Bagi melicinkan
pentadbiran pendidikan Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan JPN pdi
setiap negeri untuk menjadi nadi penggerak kepada keseluruhan pentadbiran di peringkat negeri,
bahagian, daerah dan sekolah di seluruh negeri. JPN diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri yang
bertanggungjawab untuk mentadbir, melaksana dasar-dasar dan arahan KPM, melaksanakan proram
dan projek pendidikan di semua peringkat dalam negeri berkenaan. JPN berperanan menjalankan
fungsi-fungsi khusus: i. Pengurusan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawasan program-program
pendidikan pada peringkat bahagian, daerah dan sekolah. ii. Memastikan dasar-dasar pendidikan
memenuhi hasrat dan matlamat yang termaktub dalam Akta Pelajaran iii. Memastikan kemajuan dan
kecemerlangan setiap aktiviti yang dijalankan pada peringakt sekolah. iv. Agensi penghubung yang
menyalur maklumbalas: tahap pencapaian dan masalah berhubung kurikulum, kokurikulum,
pembangunan dan sumber daerah dan sekolah kepada KPM. v. Menyelaras pentadbiran:
perjawatan, kewangan, pembangunan fizikal dan sumber manusia. vi. Menyelia program & projek:
buku teks, bantuan kewangan/ makanan, sukan, kurikulum & media pendidikan. vii. Melaksana &
menyelia rancangan pembangunan pendidikan peringkat negeri. viii. Menasihat KPM. Jabatan
Pelajaran Bahagian (Negeri Sabah dan Sarawak sahaja) Jabatan Pelajaran Bahagian (JPB) diwujudkan
sebagai perantara antara JPN dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Negeri Sarawak mempunyai lima
buah Jabatan Pelajaran Bahagian iaitu Kuching, Simanggang, Sibu, Miri dan Limbang. Manakala
negeri Sabah mempunyai juga mempunyai lima Jabatan Pelajaran Bahagian iaitu Pantai Barat,
Labuan, Sandakan, Tawau dan Pendalaman. Setiap Jabatan Pelajaran Bahagian diketuai Pegawai
Pelajaran Bahagian. Fungsi JPB ialah: i. Menyediakan data enrolmen murid-murid dan maklumat
sekolah-sekolah di bawah kelolaan JPB. ii. Membantu JPN mengurus dan melaksana Skim Pinjaman
Buku Teks di sekolah-sekolah. iii. Melaporkan kepada JPN tentang kegiatan, kemajuan dan masalah
yang dihadapi oleh PPD dan sekolah-sekolah di bawah kelolaan JPB. Pejabat Pelajaran Daerah
Organisasi pendidikan peringkat daerah bagi setiap negeri diketuai Pegawai Pendidikan Daerah yang
memainkan peranan khusus seperti berikut: i. Mewakili JPN pada peringkat daerah kelolaannya ii.
Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar di sekolah-sekolah di daerah
pentadbirannya. iii. Membantu sekolah dari aspek perkembangan kurikulum. iv. Memberi maklumat
kepada JPN berkaitan pengajaran dan pembelajaran. v. Mengenalpasti program pembangunan
professional guru-guru. vi. Membantu menguruskan peperiksaan awam. vii. Menguruskan
kemasukan dan pertukaran pelajar. viii. Mengawal etika dan disiplin staf di sekolah-sekolah. 134

135 ix. Mengurus perkhidmatan dan kebajikan staf di semua sekolah di bawah kelolaannya.
Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Sekolah PENGETUA PIBG/ Lembaga Pengelola
KAUNSELOR PK KOKURIKULUM PK HAL EHWAL MURID PK PENTADBIRAN PK PETANG PK TINGKATAN
VI UNIT KOKURIKULUM UNIT HEM UNIT KURIKULUM UNIT PENTADBIRAN UNIT PENTADBIRAN &
KURIKULUM DAN SUKAN Unit Beruniform Kelab Persatuan Sukan & Permainan Guru Rumah Sukan
Majalah Sekolah Koperasi Sekolah Hari-Hari Khas 1Murid 1Sukan Pemb. Sukan Lembaga Pengawas
Lembaga Displin Lembaga Asrama Bim. & Kaunseling SPBT Kesihatan Kes. & Lalulintas Biasiswa JK
Musolla SMM/Data Pelajar Kebajikan Pelajar 3K Pencegahan Dadah Kebersihan Majlis Ketua
Tingkatan Rekod Pelajar Sijil & akuan Panitia Matapelajaran Pusat Sumber Peperiksaan & Penilaian
TOV Jadual Waktu Program Akademik Projek NILAM Pengurusan Makmal Komp. Penyelarasan kelas
PPSMI/MBMMBI ULBS/PLBS Kelas Rancangan Khas Kelas Aliran AGAMA Pendidikan Khas POI
Kewangan Sekolah Perangkaan & Data Pengurusan ICT Perkembangan Staf Pusat Kitar Semua Kajian
Tindakan PIBG Perabut, Peralatan & Penyelenggaraan. PTK Keceriaan Sekolah Bilik Gerakan Sis.
Peng. Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Induk PIPP Aduan Guru Pendaftaran Peperiksaan Kolokium
Sukan & permainan Penyelarasan sumber manusia. Media & pusat sumber. Perabut, peralatan &
penyelenggaraan. GK BAHASA GK SAINS GK VOKASIONAL & TEKNOLOGI GK KEMANUSIAAN KETUA
PANITIA GURU-GURU PELAJAR-PELAJAR Rajah 8.5: Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah Menengah
STAF SOKONGAN Pengetua Sebagai Pentabdir Organisasi Sekolah Pentadbiran sekolah dibawah
pimpinan seorang pengetua telah menjadi suatu bidang yang memerlukan pengetahuan, kecekapan,
pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua sebagai pemimpin dan sekali gus
sebagai pengurus pendidikan di sekolah, adalah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan
sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh
menentukan hala tuju institusi. Tambahan lagi, pengetua adalah pelaksana dasar pendidikan di
peringkat sekolah.perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu,
mana-mana 135

136 pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh
Kementerian Pendidikan. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolahlah yang dipilih
untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya dalam pengajaran
atau pentadbiran. Pengetua turut berperanan dalam merancang dan menyelia segala pengurusan
kurikulum yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengetua juga turut berperanan sebagai individu
yang bertanggungjawab dalam mengagih dan menyelia tugas warga sekolah selain membimbing
warga sekolah untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. Pengetua perlu memainkan peranan
sebagai penilai bagi menilai pretasi kakitangannya tidak kira kakitangan akademik mahupun bukan
akademik. Antara lain peranan pengetua adalah menjadi pengerusi atau penaung jawatankuasa
dalam apa sahaja persatuan dan kelab yang ditubuhkan di peringkat sekolah. Pengetua turut
berperanan untuk menyelia persekitaran sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa berada
dalam keadaan baik dan selesa untuk semua warga sekolah. Pengetua juga merancang takwim
sekolah hasil perbincangan bersama pihak sekolah dan kementerian. Antara tugas penting pengetua
adalah dalam merancang kewangan dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Sebagai ketua di sekolah, pengetua perlu bersikap berfikiran terbuka untuk menerima pendapat dan
pandangan guru-guru dan kakitangan serta berfikiran jauh untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Pengetua juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dan mesra denagn pegawai-
pegawai atasan serta orang-orang bawahannya dan rakan-rakan sejawatannya. Sentiasa mengambil
tahu berkaitan kebajikan kakitangannya dan sentiasa mempunyai sifat berperikemanusiaan dan
bertimbang rasa. Selain itu juga, pengetua tidak boleh menggunakan pangkat semata-mata dan
kuasa yang ada untuk mengambil tindakan dalam sesuatu perkara. Pengetua juga perlu bersikap
tegas tetapi pada masa yang sama adil dan saksama. Pengetua perlu mengkritik sesuatu kelemahan
kakitangannya dan menegur secara membina dan sedia mengampuni kesalahan seseorang sekiranya
kesalahan yang dilakukan tidak berat. Pengetua juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuannya dan memberi idea-idea baru dalam pelbagai aspek. Bersikap positif dan sentiasa
mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan cara yang berkesan. Berani
dan bersedia untuk mengemukakan pendapat yang bercanggah denagn pandangan atau pendirian
pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan. Guru Penolong Kanan
Pentadbiran (GPK1) Antara bidang tugas guru penolong kanan pentadbiran berperanan dalam
melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pengetua semasa ketiadaannya di
sekolah.selain itu itu GPK1 mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang
ditetapkan dari semasa ke semasa.bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal-soal yang
berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan. GPK1 turut membantu pengetua dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang selain memberi segala bantuan kepada
pengetua dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.gpk1 juga
membantu pengetua dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan
projek sekolah. GPK1 perlu memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan selain menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester
dan lainlainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.gpk1 juga perlu memastikan perjalanan panitia-
panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.embantu dalam pengurusan
penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.menentukan
penggunaan dan penyelenggaraan 136

137 bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. Membantu dan membimbing dalam
latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan
tugas-tugas harian mereka. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan
kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.membantu dalam merancang dan menyelaraskan
hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di
sekolah. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Membantu dalam
menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping
menentukan kesesuaiannya. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu
gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. Dari
sudut pentadbiran pula, GPK1 berperanan dalam membantu bagi menentukan beban tugas guru dan
kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.membantu dan menyelaraskan hal ehwal
peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari
semasa ke semasa.membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.membantu
dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit
tahunan yang teratur bagi sekolahnya. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit,
sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam
mesyuaat dan juga perbincangan. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan
pengetua dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid ( GPK HEM) Antara bidang kuasa GPK HEM adalah menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan pengetua dan GPK1. Mengajar sebilangan waktu
bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan pengetua dari
semasa ke semasa. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin, bimbingan dan kaunseling. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah
terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan. Menentukan bahawa kebajikan, Skim
Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. Menentukan
kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan
dengan baik. Membantu pengetua dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan. Bidang-bidang tugas GPK HEM dari sudut
pentadbiran adalah mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di
sekolahnya. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa
butirannya adalah kemas kini. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke
kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. Menguruskan pertukaran pelajar ke
sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. Menentukan
bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap
dan kemas kini. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan 137

138 kerjasama Pengetua, GPK1, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. Membantu dalam
merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program
aktiviti di sepanjang tahun. Bidang tugas GPK HEM dari sudut disiplin adalah menentukan bahawa
penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan
dan para pelajar. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan
bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-
kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. Menyelaras dan menyediakan
rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat. Tugas GPK HEM dari sudut
bimbingan dan kaunseling adalah merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan
dan kaunseling. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan
kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan,
kerjaya dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika diperlukan oleh pihak yang berkaitan. Merancang dan
melaksanakan program kebajikan dan suaikenal bagi pelajar-pelajar baru. Guru Penolong Kanan Ko
Kurikulum (GPKK) Antara peranan GPKK meliputi perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan dan
pembangunan berterusan murid-murid dalam aspek sukan, permainan, badan beruniform, kelab
dan persatuan serta penyertaan dalam aktiviti anjuran daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam hal
perancangan GPKK terlibat langsung dalam merancang takwim tahunan bagi kegiatan setiap bidang
pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit
sekolah. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. Mengawal dan menilai setiap
kegiatan mencapai matlamatnya. Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian
pelajar. GPKK berperanan untuk mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. Menentukan langkah keselamatan
dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah diambil penjelasan. Membantu dan mengurus segala
penerbitan sekolah. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pembahagian
murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. Memastikan rekod-rekod dan data
koko disenggarakan dengan baik. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan
mengadakan program khas untuk mereka. Guru Kanan Bidang Antara bidang tugas guru kana bidang
adalah mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa mata pelajaran. Menyelaraskan rancangan
pelajaran tahunan. Menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang akan dijalankan. Memutuskan
buku kerja yang hendak digunakan dalam mesyuarat yang hendak dijalankan. Menjalankan semakan
buku latihan murid dan dicop secara rawak. Mencadangkan pembelian bahan pengajaran dan
pembelajaran yang akan digunakan. KEPIMPINAN GURU The term teacher leadership refers to...skills
demonstrated by teachers who continue to teach students but also have an influence that extends
beyond their own classrooms to others within their own school and elsewhere.(danielson, 2006: 12)
138
139 Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru
yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya,
sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi
meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud
bukan kerana guru itu merupakan ketua organisasi (seperti dalam kes pengetua) tetapi disebabkan
guru tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan
sejawat lain. Proses penambahbaikan sekolah seringkali melibatkan pelaksanaan aktiviti dan
program yang berbeza daripada yang dibuat pada masa lalu. Oleh demikian, peranan guru ialah
berhadapan dengan pengurusan perubahan. Kepimpinan guru diperlukan untuk mengurus proses
perubahan. Guru sebagai pemimpin juga dikehendaki memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya
membuat pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan
berkesan. Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik di
sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak, sifat
kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi
mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Pemimpin yang mempunyai
sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan
kelompok yang dipimpin. Pemimpin berjiwa rakyat yang berpekerti mulia seharusnya didasari oleh
himpunan ciri-ciri pekerti terpuji. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan
mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Kepercayaan ini penting bagi memastikan
mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Kepercayaan kepada agama
menjadi tunjang bagi pembentukan peribadi terpuji selaras dengan suruhan agama yang dianuti.
Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada
pemimpin tersebut di dalam memimpin sesebuah organisasi terutama memacu kecemerlangan
pendidikan di sekolah. Selain itu, seorang pemimpin juga mestilah mempunyai berilmu pengetahuan
yang luas.ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi,
komunikasi serta pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi
memastikan komuniti pendidikan di bawahnya meliputi staf akademik dan staf sokongan serta murid
dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi
pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti falsafah, sosiologi, psikologi dan
komunikasi amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan
yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik.
Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin
sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
mendatang. Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya menuntut guru yang pakar di bidang
pengurusan serta bidang profesionnya. Ciri lain yang harus ada di dalam diri pemimpin di sekolah
ialah ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan meliputi tutur kata dari segi
kesantunan bahasa yang berhemah dan bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur.
Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan
martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri
tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan
penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, penuh hikmah
perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi. Perkara yang diperkatakan akan
membawa kepada ciri seterusnya iaitu pengaruh melalui teladan. Pengaruh melalui teladan
diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa yang diperkatakan,
dilakukan dan ditontonkan. Pemimpin berwibawa mesti dapat menunjukkan contoh 139
140 teladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan
niat untuk diteladani oleh semua. Pemimpin sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti
pendidikan sebagai pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui teladan. Sebagai
contohnya pemimpin yang ingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti
menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain. Pemimpin juga
mesti mempunyai visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.
Adanya visi dan misi yang jelas memudahkan pemimpin bertindak untuk membawa komuniti yang
dipimpinnya ke arah kejayaan yang direncanakannya. Contohnya, bagi pemimpin unit dan organisasi
sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah
tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain. Bagi menjadikan
pemimpin itu berkredibiliti tinggi, mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif.
Kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing
bertujuan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya. Pemimpin sebagai guru yang
berpengalaman harus mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan
budaya kerja berkualiti. Guru-guru muda yang baru mula bertugas perlu diberi bimbingan agar cepat
menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan potensi dirinya sebaik
mungkin. Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman
dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menggalakkan budaya menyelidik menerusi Penyelidikan Kajian Tindakan.
Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan
sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Ia juga hendaklah
terbaik kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya dan semua yang terlibat dengan
keputusannya secara langsung ataupun tak lansung.sebagai contohnya apabila seseorang
pengetua/guru besar telah mengenal pasti beberapa masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang
guru, haruslah disiasat dan diberi pertimbangan rapi berasaskan fakta dan bukti. Andainya wujudnya
keraguan munasabah yang menepati tatacara tatatertib, maka pemimpin tersebut harus membuat
keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja atau sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan
kesalahan tersebut menjadi barah lantas menimbulkan sesuatu yang tidak diingini. Jelasnya, sekolah
adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam aspek peranan
kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori, tanggungjawab guru
terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah pencapaian program
pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid supaya kecekapan mereka dalam
pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk
juga memberi penegasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat
keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlamat tercapai. Kajian
Hallinger et al. (1998) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah organisasi sebenarnya
memberi kesan yang mendalam perlu diambil kira dalam membentuk model peranan kepimpinan
yang berjaya. Peranan kepimpinan guru yang diamalkan bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas matlamat negara. Guru
harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan
penyelesaian masalah dalam menuju ke arah mewujudkan peranan kepimpinan guru yang berkesan.
140
141 RUMUSAN Pendidikan pada peringkat kebangsaan memerlukan penggemblingan tenaga semua
pihak pada semua peringkat pusat tanggungjawab (PTJ). Komitmen pada tugas membolehkan semua
ketua PTJ membantu matlamat dan hala tuju pendidikan negara dicapai. Sistem pentadbiran
pendidikan negara lebih mementingkan pemusatan kuasa secara tidak langsung telah mengamalkan
ciri-ciri birokrasi dalam pendidikan. Dengan rangkaian bahagian-bahagian dan unit-unit yang
terdapat di dalam keseluruhan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia menyebabkan
bahagian & unit yang berada di peringkat bawah atau subordinat perlu akur dengan keputusan yang
ditetapkan dan dilaksanakan para peringkat atasan. 141

142 9 PERKEMBANGAN TERKINI PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGENALAN Pendidikan masa kini

berhadapan dengan dunia global yang semakin kompleks dan memerlukan pendekatan terbaik
untuk menghadapi gelombang alaf baru. Selain berhadapan ledakan ilmu yang berbentuk global,
penemuan baru dalam pelbagai ilmu, sains dan teknologi, kepesatan pembangunan ICT, perubahan
norma dan nilai perlu dihadapi dan ditangai dengan sebaik yang mungkin. Pendidikan kebangsaan
juga perlu berubah seiring dengan perubahan yang berlaku. Hal ini penting untuk memastikan
generasi akan datang dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan norma yang
relevan bagi menghadapi abad ke 21. Pendidikan negara perlu menghadapi perubahan secara
terancang kerana mengubah manusia tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Perancangan
yang komprehensif pada dasar, sistem dan struktur pendidikan dapat mempastikan masa depan
negara terus mampu bersaing pad peringkat global dan mendahului era. Dalam konteks negara
Malaysia, perancangan pembangunan pendidikan yang berbentuk kebangsaan mula dicetuskan
melalui Penyata Razak Syor-syor yang dikemukakan merupakan suatu yang amat signifikan apabila
membicarakan perkembangan pendidikan di Malaysia. Ia menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan
untuk membangunkan sistem pendidikan sendiri dan pada masa yang sama memastikan kestabilan
negara yang baru merdeka yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama.
Berdasarkan matlamat ini, pelbagai dasar dan rancangan telah digubal dan dilaksanakan bagi
menjamin perkembangan dan kemantapan sistem pendidikan negara. Ini dapat diperhatikan melalui
pelaksanaan setiap Rancangan Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. PENDIDIKAN KE
ARAH MANA? FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 142

143 MISI PENDIDIKAN Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
WAWASAN 2020 (Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad) Malaysia menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9 cabaran: Membentuk sebuah negara yang bersatu
padu. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Membangunkan masyarakat demokratis yang matang. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat
toleran. Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif. Mewujudkan masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil
ekonominya. Mewujudkan masyarakat yang makmur. LATAR BELAKANG PERANCANGAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Dalam masyarakat Melayu tradisional, pendidikan
berkait rapat dengan nilai, norma dan budaya sebagai kelangsungan kehidupan dalam masyarakat
yang berpegang kuat kepada adat dan amalan tradisi yang diwariskan dari satu generasi kepada satu
generasi. Kedatangan Inggeris telah mengubah lanskap sosial, ekonomi dan politik masyarakat
Melayu tradisional melalui pendidikan. Pertembungan antara pendidikan dan pekerjaan bermula
sejak kedatangan Inggeris. Pemerintahan Inggeris telah membawa perubahan dalam falsafah, dasar
dan system pendidikan di Malaysia. Inggeris merancang untuk terus kekal berkuasa terhadap
menerusi dasar pecah dan perintah. Sekolah-sekolah Inggeris didirikan oleh pemerintah Inggeris dan
gerakan mubaligh Kristian. Sekolah-ekolah Melayu sekular turut didirikan oleh Inggeris. Kemasukan
imigran dari China dan India secara besar-besaran turut menyaksikan perkembangan sekolah-
sekolah Cina dan Sekolah-sekolah Tamil. Maka terbentuklah sekolah vernacular yang menggunakan
pelbagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tersebut. Pendidikan di sekolah Melayu mempunyai
matlamat untuk melahirkan golongan muda Melayu yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam
perkara yang berkaitan dengan pertanian, pertukangan dan perikanan. Dengan hal tersebut,
pendidikan yang dilaksanakan dapat menjadikan anak-anak Melayu yang berpendidikan lebih baik
daripada ibu bapa mereka untuk meneruskan pekerjaan warisan ibu bapa mereka. Bagi anak-anak
golongan bangsawan, kerajaan Inggeris telah membina sekolah khas iaitu Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK). Lepasan sekolah ini diutamakan untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran
kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Manakala untuk pekerjaan peringkat perkeranian pula
memerlukan kelayakan dari sekolah Inggeris. Dengan itu semakin ramai anak-anak Melayu yang
bertukar 143

144 ke sekolah Inggeris untuk mendapatkan pekerjaan dan menjawat jawatan penting. Pemupukan
dasar utilitarian Inggeris menerusi pendidikan telah memberikan kesan yang besar terhadap
kejayaan dasar pecah dan perintah. Kesan dasar pecah dan perintah telah memecahbelahkan
masyarakat dari segi perpaduan kaum dan hirarki sosial. Sebahagian besar rakyat masih dibelengu
masalah buta huruf. Apabila Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 dan Malaysia
dibentuk pada tahun 1963, pendidikan kebangsaan menjadi agenda utama kerajaan untuk
membentuk perpaduan dan melahirkan tenaga kerja untuk membangunkan negara. Perancangan
pembangunan pendidikan yang mantap bermula dengan syor-syor yang terdapat di dalam Penyata
Razak 1956 diikuti dengan Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran
Kesemua dokumen tersebut menyarankan tentang pembentukan pendidikan kebangsaan,
pendidikan percuma, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang
seragam. Perancangan pembangunan pendidikan era tersebut menggunakan perdekatan
berorientasikan permintaan masyarakat khususnya untuk mencapai matlamat perpaduan negara
dan tenaga kerja mahir disebabkan pada masa tersebut negara sedang mengalami proses
pembangunan semula. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) ditubuhkan pada
tahun Ia bertanggungjawab mengumpul segala statistik berhubung dengan pendidikan negara
termasuk kewangan. Ia dianggap sebagai pejabat perangkaan Kementerian Pendidikan dan
mempunyai hubungan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Satu
suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau status guna tenaga buat pertama kalinya, iaitu pada tahun
Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan berlakunya ketidakseimbangan keadaan ekonomi antara kaum
di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal pada tahun 1970 dengan matlamat serampang dua
mata iaitu membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat berbilang kaum.
Seterusnya Rancangan Malaysia Ketiga ( ) mula memperlihatkan tanda tanda teori ekonomi
diserapkan dalam perancangan pendidikan. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, perancangan pendidikan
di Malaysia bertukar kepada pendekatan pelunjuran guna tenaga. Ia mengambil kira pengeluaran
guna tenaga untuk meseimbangkan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia. RANCANGAN
MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Selepas penubuhan Malaysia, rancangan
pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai Rancangan Malaysia (RM) yang bermula
dengan Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) dari tahun RMK1 antara lain telah mensasarkan
perkara-perkara berikut: i. Memperbaiki taraf pendidikan. ii. Penyediaan kemudahan pendidikan iii.
Mempelbagaikan latihan pendidikan. iv. Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan.
v. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar. Rusuhan kaum yang berlaku pada
13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat pendidikan negara bukan
sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata ampuh untuk membasmi kemiskinan.
Usaha ini adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Kerajaan telah
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan meletakkan sasaran 20 tahun ( ) untuk
mencapainya. 144

145 Dalam RMK2 ( ) sasaran dalam bidang pendidikan ialah:(i) Orientasi pendidikan ke arah
masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi. (ii) Menyediakan peluang pendidikan dan latihan
ke arah melahirkan tenaga rakyat bagi keperluan negara. (iii) Sistem pendidikan sebagai pemupuk
perpaduan kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan
jurang peluang pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di
Semenanjung dan Malaysia Timur. Dalam RMK3 ( ) pendidikan dirancang untuk memainkan peranan:
(i) Pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama,
(ii) Usaha menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan dan (iii) Penekanan diberikan
terhadap bidang sains dan teknologi. Pada tahun 1979, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan
strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada dekad 1980an, pelbagai perkara yang
telah dilakukan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi
golongan di luar bandar dan kurang berkemampuan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa,
Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan Tambahan. RMK4 ( ) masih lagi meletakkan
pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di samping menggalakkan penyertaan semua kaum
dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama
dalam pendidikan negara telah disasar untuk dicapai pada tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan
Sabah, manakala di Sarawak pada tahun Dalam RMK5 ( ), peranan pendidikan lebih kepada
penerusan RMK4. Pendidikan adalah bertujuan pemupukan perpaduan dengan mengutamakan
penglahiran individu yang berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai memenuhi keperluan tenaga
manusia selaras dengan permintaan yang semakin bertambah di dalam negara. Dalam dekad
1990an, banyak perkembangan pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar pendidikan. Antaranya
ialah: (i) Pembentukan Akta Pendidikan (ii) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996). (iii) Akta
Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 1996). (iv) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Negara (Pindaan 2000). Antara perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah: i.
Perkembangan ICT dalam pendidikan. Penubuhan Sekolah Bestari dalam tahun ii. Penubuhan kolej
matrikulasi dan kolej komuniti. iii. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaiktaraf kepada Institut
Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan kemudiannya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). iv.
Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Pada tahun 1991,
negara telah bergerak ke arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan berusaha melalui RMK6 ( )
untuk mencapai matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi Baru telah tamat, namun usaha
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih lagi diteruskan khususnya
terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Mutu pendidikan dan latihan ditingkatkan bagi
membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya saing ekonomi
negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang
bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh. Dalam RMK7 ( ) kerajaan
meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan. Usaha
digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan
tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan teknologi. Penekanan yang berterusan bagi
meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil. RMK8 ( ) telah
menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sektor pendidikan. Antaranya ialah:
145

146 i. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi
memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang
dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. ii. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral
diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru. iii.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan,
penekanan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat
sekolah dan tertiari. Dalam tempoh RMK9 ( ), usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan
demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek
dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan,
meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh. Agihan
peruntukan Dalam RMK 9 ( ) terhadap pendidikan ialah RM bilion yang merupakanperuntukan
terbesar berbanding sektor lain untuk dibelanjakan sehingga tahun Prasekolah (RM juta): untuk
2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang. Sekolah Rendah (RM 4.1 bilion): bagi
menyediakan 13,000 Bilik Darjah (68% luar bandar) dan meningkatkan bilangan sekolah satu sesi
daripada 86% kepada 90% dan mengurangkan saiz kelaskan kepada 30 murid. Sekolah Menengah
(RM 4.5 bilion): bagi mengurangkan kesesakan murid dalam Bilik Darjah dengan menyediakan
10,000 BD (57% luar bandar); menambahkan bilangan sekolah satu sesi daripada 65% kepada 70%;
mengurangkan saiz kelas kepada 30 orang murid. Sekolah Bantuan Kerajaan (RM108.4 juta) bagi
belanja mengurus 1,755 buah sekolah. Menjelang 2020 negara mensasarkan Sekolah Kebangsaan
lebih adil dan saksama kepada orang awam daripada pelbagai kaum. Murid Cina dijangka bertambah
daripada 6% (2005) kepada 12% (2010). Murid India dijangka bertambah daripada 43.2% (2005)
kepada 60% (2010). Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang 2010, 50% guru Sekolah Rendah
berijazah). Dalam RMK 10 ( ), arah perkembangan pendidikan negara adalah seperti berikut: (i)
Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada
pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. (ii) Menyediakan infrastruktur
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.(iii) Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar
mencapai tahap yang sewajarnya. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Misi : Merintis
Pembaharuan : Satu Misi Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah satu garis
panduan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rancangan
pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun ( ) sepanjang pelaksanaan
RMK 9. Ia merupakan beberapa cabaran yang perlu ditangani oleh KPM dalam usaha untuk
mencapai wawasan negara menjelang tahun Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan
berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu:
146
147 i. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. ii.
Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan
bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu memepertahankannya ke
tahap yang lebih tinggi. Dalam pendekatan pertama, pihak KPM hendak memastikan semua pelajar
mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang
tercicir daripada persekolahan hanya semata-mata disebabkan kemiskinan. Di samping itu, KPM juga
berharap semua sekolah mampu melakukan akses terhadap ICT khususnya internet. Melalui
pendekatan kedua, pihak KPM memfokus terhadap semua jenis sekolah termasuk Sekolah
Berasrama Penuh, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun dan Sekolah Menengah Teknik. TERAS
STRATEGIK PIPP Terdapat enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk
memperkukuh sistem pendidikan negara iaitu: i. Teras Pertama: Membina Negara Bangsa Memberi
fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan
warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta
menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat ini akan dicapai dengan
memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina
jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Contoh pelaksanaan meliputi:
Konsep 1Malaysia perlu diterapkan dalam aktiviti pendidikan ke arah memantapkan perpaduan di
kalangan murid. Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan
Bahasa Inggeris. Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum. Sekolah swasta
dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1. Mengehadkan bilangan pasukan beruniform di peringkat
sekolah bagi menggalakkan lebih ramai murid pelbagai kaum terlibat. JPN perlu menerapkan nilai-
nilai Konsep 1Malaysia dalam pengurusan dan pentadbiran di peringkat sekolah. ii. Teras Kedua:
Membangunkan Modal Insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin,
sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten
dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem
pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada
kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Contoh pelaksanaan meliputi: Fokus kepada pembentukan
modal insan yang holistik, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif. Penyediaan profil murid
bermula Tahun 1 bagi membolehkan sekolah mengenalpasti tahap penguasaan. Gunakan sistem
modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah penguasaan 3M. Peningkatan
kadar literasi murid di peringkat sekolah rendah dijadikan KPI. 147

148 Sekolah memberi penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan
inovasi serta kepimpinan dan keusahawanan. iii. Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah
tersebut menjadi sekolah piliha utama masyarakat. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta
kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta
bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Contoh pelaksanaan meliputi: Setiap Pengetua /Guru
Besar diberi tempoh percubaan selama setahun (kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan boleh
dikenakan tindakan). Semua sekolah mempunyai guru terlatih yang mencukupi dan mengikut opsyen
terutama di luar bandar dan pedalaman. Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment
guru guru Bahasa Inggeris ke sekolah sekolah di luar bandar dan pedalaman sebelum akhir iv.
Penekanan kepada peningkatan pencapaian akademik sebagai daya tarikan ibu bapa. Semua sekolah
menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi sepenuhnya (semua sekolah
sentiasa bersih, kemas dan teratur dalam semua aspek). Teras Keempat: Merapatkan Jurang
Pendidikan Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum,
jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan
daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta
keciciran. KPM akan membangunkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan pendidikan
khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana
mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada pelajar miskin, bekeperluan khas dan
kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi
mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contoh pelaksanaan meliputi: Definisi
bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama
Penuh (SBP). Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan. Dasar penempatan guru permulaan
dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman hendaklah dianggap sebagai
satu khidmat negara. Guru cemerlang perlu berada di sekolah masing-masing sekurang-kurangnya
empat hari seminggu dan satu hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas. Sekolah-sekolah pinggir
bandar juga perlu diberi tumpuan dengan mengambilkira kesesakan pelajar dan keperluan asas serta
guru. Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the
unreach) disediakan pendidikan prasekolah. v. Teras Kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan
Usaha ini perlu bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah
yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaiktaraf maktab
perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.
KPM juga akan 148

149 menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Contoh pelaksanaan meliputi: Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara atau
dengan menggunakan Pusat Kokurikulum Negeri bagi menanamkan sikap positif kepada guru-guru
permulaan serta guru-guru yang telah berkhidmat lebih lima (>5) tahun. Mengadakan program-
program motivasi untuk menyegarbugarkan (revitalising and rejunevate) guruguru yang telah lama
berkhidmat. Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan peformance-based tanpa mengira lokasi.
Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan
pangkat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman. Semua Pengetua/Guru Besar
memakai lencana (badge) seperti Saya Agen Perubahan atau Saya Guru Berkualiti mulai tahun vi.
Teras Keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Ini dilakukan dengan cara
membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau
bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi
ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada
menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan
penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan
sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Contoh pelaksanaan meliputi: Memantapkan
jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti IPTA/IPTS bagi melonjakkan
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bidang kebitaraan (niche areas) masing-masing. Menyediakan
mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir
sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK. 80 peratus daripada pelajar daripada SKK perlu
cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Semua Pengetua / Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus berdasarkan SKPM
sekurangkurangnya 3 tahun berturut-turut. Pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai
kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masing-masing. PIPP: PEMANTAPAN DASAR
SEDIA ADA DAN PELANCARAN DASAR-DASAR BARU Selain daripada melaksanakan pembangunan
fizikal, KPM telah juga mengambil inisiatif untuk menentukan sokongan dan penambahbaikan
kepada dasar-dasar sedia ada bagi memastikan pembangunan pendidikan yang dirancang dalam
PIPP dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Senarai penuh dasar pendidikan dan program
yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri semenjak tahun Dalam usaha
meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa dasar baru yang telah dihasilkan dan memberi impak
kepada pendidikan adalah seperti berikut: 1. Menangani Gejala Disiplin Mesyuarat Jemaah Menteri
telah bersetuju supaya program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di sekolah dilaksanakan
dengan peruntukan sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala disiplin murid di sekolah
bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian dan agensi kerajaan 149

150 bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah. KPM amat prihatin
tentang gejala sosial dan masalah disiplin yang semakin meningkat dalam dan luar sekolah
menyebabkan KPM telah mengambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani
Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya kes disiplin pelajar
telah berkurangan daripada 2.27 peratus pada tahun 2006 kepada 2.10 peratus pada Jun
Penglibatan murid dalam kes jenayah, disiplin dan salah laku telah juga berkurangan daripada 0.03
peratus pada tahun 2006 kepada 0.02 peratus pada Jun Selain itu, JPN dan PPD/PPG di seluruh
negara telah mewujudkan program permuafakatan dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi
membantu melaksanakan tindakan yang lebih holistik dalam menangani masalah disiplin murid. 2.
Memperkukuhkan Daya Saing Sekolah-Sekolah Antarabangsa Malaysia di Rantau Asia Mesyuarat
Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meningkatkan penyertaan warganegara Malaysia mengikuti
pengajian di sekolah-sekolah antarabangsa tidak melebihi 40 peratus daripada enrolmen pelajar
yang diluluskan. Ini diharapkan menjana pertumbuhan sekolah-sekolah antarabangsa selain menarik
pelabur asing ke negara ini. Dengan cara ini, kerajaan dapat mengelakkan daripada pengaliran mata
wang ke luar dan pada masa yang sama, dapat mengelakkan berlaku brain drain di kalangan tenaga
kerja. 3. Bertanding Untuk Kerusi Lembaga Kerja UNESCO, Di Persidangan Agung UNESCO Ke-34,
Oktober 2007 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia bertanding kerusi Lembaga
Kerja UNESCO bagi tempoh 2007 hingga 2011 semasa Persidangan Agung UNESCO ke-34 pada bulan
Oktober 2007 dengan pencalonan Y.B. Menteri Pelajaran sebagai calon Malaysia dalam Lembaga
Kerja UNESCO. Peruntukan sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan persediaan strategi-strategi
melobi kerusi Lembaga Kerja UNESCO di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM), Paris, Peranchis
sepanjang tahun 2006 dan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk melaksanakan program dan
aktiviti melobi oleh setiap Jawatankuasa Kecil Tetap, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia
(SKUM) dan PPTM pada tahun 2007 telah diluluskan. Peruntukan geran tahunan SKUM dinaikkan
daripada RM100,000 kepada RM900,000 bagi melaksanakan semua program dan aktiviti SKUM
mulai tahun 2007, dan supaya seorang Atase Sains ditempatkan di PPTM ke UNESCO 4. Merapatkan
Jurang Pendidikan Melalui TV Pendidikan Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penyiaran TV
melalui web sebagai salah satu usaha merapatkan jurang digital. Penyiaran TV pendidikan melalui
web juga akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, selain dapat menangani
masalah penjadualan siaran yang kurang sesuai dengan jadual persekolahan. 5. Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Dan e-integrasi Di Sekolah Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM25,879,620 untuk program RIMUP dan e-integrasi
KPM. Selain itu, mesyuarat ini telah meluluskan struktur baru bagi memantapkan program RIMUP
supaya dapat menyubur dan mempertingkatkan semangat kerjasama antara kaum dilaksanakan
secara terancang dan sistematik dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang bermula
di peringkat sekolah. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15.8 juta digunakan untuk pembiayaan
program RIMUP manakala RM10 juta lagi adalah untuk pembiayaan e-integrasi yang akan
dikendalikan oleh Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKS). e-integrasi merupakan interaksi secara
150

151 virtual dalam RIMUP yang menggunakan platform ICT bagi memupuk hubungan dan
persefahaman murid pelbagai kaum secara tidak formal. Program rintis e-integrasi yang melibatkan
527 buah sekolah rendah bermula Jun 2007 ini. Selain itu, sehingga Jun 2007, sebanyak 250 sekolah
menengah telah menubuhkan Kelab Rukun Negara dengan keahlian seramai 100,000 orang murid. 6.
Penganjuran Program Rangkaian Sekolah ASEAN Malaysia pada 26 Ogos hingga 1 September
Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan supaya usaha mewujudkan rangkaian kerjasama di antara
sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN merupakan
sebahagian daripada inisiatif pengantarabangsaan KPM melalui kegiatan kokurikulum. Sebelum ini
telah pun wujud rangkaian sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah luar negara melalui
pelbagai kegiatan kokurikulum seperti sukan, pasukan beruniform, kebudayaan dan lain-lain. Bagi
memperkukuhkan rangkaian tersebut terutama sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN,
KPM telah mengemukakan satu Memorandum Jemaah Menteri untuk menganjurkan Program
Rangkaian Sekolahsekolah Malaysia Asean sempena sambutan Kemerdekaan ke 50 pada 26 Ogos
hingga 1 September 2007 dan cadangan tersebut telah pun diluluskan. 7. Langkah-Langkah
Menangani Ketidakseimbangan Keperluan dan Penawaran Guru Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan cadangan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan di antara KPM dan KPT
dalam; Penyediaan unjuran keperluan guru yang komprehensif secara bersama meliputi keperluan
guru dan pensyarah untuk sekolah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik Pengagihan
program latihan perguruan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA). IPG akan melatih guru untuk prasekolah dan sekolah rendah, manakala IPTA akan
memberikan fokus untuk melatih guru untuk sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti
dan politeknik Penetapan prosedur yang standard bagi proses pemilihan calon guru dan pelantikan
jawatan, serta Peningkatan pertukaran kepakaran dan penyelidikan. Pada masa yang sama,
Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah meluluskan syor untuk meningkatkan norma perjawatan guru
iaitu daripada nisbah 1.5n kepada 1.7n. sebagaimana terkandung dalam memorandum yang sama.
Norma perjawatan sedia ada ialah 1.5n iaitu 1.5 orang guru bagi setiap kelas telah diguna pakai sejak
tahun 1982 dan sudah tidak lagi dapat memenuhi keperluan semasa. Peningkatan norma perjawatan
guru ini akan dapat mengurangkan jumlah waktu mengajar guru dan sekali gus membolehkan para
guru lebih fokus dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kelulusan ini
juga adalah sejajar dengan cadangan yang terkandung dalam Laporan Kajian Tugas dan
Tanggungjawab Guru (TTG) yang disediakan oleh sekumpulan Pasukan Petugas Khas TTG KPM pada
bulan Februari Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dipinda bagi membolehkan DBP diberi kuasa
membetulkan mana-mana kesalahan atau salah guna bahasa Kebangsaan yang dilakukan oleh mana-
mana pihak. 9. Pemberian Peruntukan Khas Kepada Ahli Parlimen Bagi Meningkatkan Penyampaian
Perkhidmatan Dan Kebajikan Warga Sekolah, Kementerian Pelajaran 151

152 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan pemberian peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen
untuk bersama-sama menjayakan agenda pendidikan di kawasan masing-masing. Selain itu,
mesyuarat ini juga meluluskan pewujudan Majlis Permuafakatan PIBG di peringkat Parlimen dalam
usaha menyemarakkan penglibatan PIBG. Selain dasar-dasar baru yang mendapat kelulusan Jemaah
Menteri, terdapat juga dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan dalam PIPP. Antaranya dalam
usaha memperkasakan sekolah kebangsaan, usaha telah dilaksanakan untuk menjadikan sekolah
kebangsaan pilihan utama masyarakat Malaysia. Mulai Januari 2007, sebanyak 100 buah SK telah
menawarkan Bahasa Cina (BC) dan 60 buah SK menawarkan Bahasa Tamil (BT) sebagai projek rintis
dengan menggunakan tiga Model Pengajaran. Projek rintis ini bertujuan untuk mendapatkan model
terbaik bagi melaksanakan penawaran kedua dua bahasa tersebut sepenuhnya pada tahun Bilangan
murid yang sedang mengikuti kelas BC di SK seramai 1908 orang dan kelas BT seramai 668 orang.
Daripada segi peluasan program j-qaf pula, sehingga Jun 2007, sebanyak 3,686 SK telah mengadakan
kelas j-qaf melibatkan 618,439 orang murid Islam. Dalam usaha membina negara bangsa yang
mempunyai kecintaan terhadap seni warisan dan budaya bangsa, KPM telah mewujudkan dua buah
Sekolah Seni di Johor dan Sarawak. Sekolah sekolah diwujudkan dengan menumpang di SMK Mohd
Khalid dan SMK Tun Abang Hj Openg bermula dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1. Pelajar di
sekolah ini akan mengambil semua mata pelajaran teras PMR serta pilihan dalam empat bidang Seni
iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater dan Seni Tari. Pewujudan Sekolah Seni telah
memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dalam seni untuk mengembangkan keupayaan
mereka dalam bidang kesenian. Sehubungan itu, pelajar lepasan sekolah seni akan berpeluang
menyambung pengajian ke peringkat sijil, diploma dan Ijazah di jabatan dan agensi di bawah
KeKKWA seperti Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA), serta Institut Kraf Tangan Malaysia.
KPM telah pun mengenal pasti tapak untuk pembinaan dua buah sekolah seni di Wilayah
Pembangunan Iskandar Nusajaya di Johor dan di Santubong, Sarawak. Peruntukan untuk pembinaan
Sekolah Seni dalam RMKe-9 ialah sebanyak RM 43.9 juta dan masih dalam peringkat perancangan.
Satu Jawatankuasa Bersama KPM-KeKKWA telah dibentuk bagi menyemarakkan kegiatan
kebudayaan dan kesenian serta memperkasakan kewujudan sekolah seni. Sebagai rumusan, KPM
telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM yang menjadi garis panduan
pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9.
PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu,
komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Dalam hal
ini Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2006 semasa
pelancaran PIPP telah menyatakan: Sememangnya tugas ini amat berat dan saya memerlukan
pasukan yang benar-benar komited, amanah, jujur dan yang sanggup bekerja keras untuk
memastikan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan serta tidak
mengulangi kesilapan-kesilapan masa lalu. Pada tahun 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Hj. Mohd Yassin telah menyatakan: Usaha Kerajaan merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar
bandar adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (Education for All) yang disasarkan
oleh UNESCO. Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh UNESCO
meletakkan Malaysia pada kedudukan 45 daripada 129 negara dalam Indeks Pembangunan
Pendidikan Untuk Semua (EDI), sekaligus menempatkan Malaysia di kalangan 56 negara yang berada
di kedudukan aras tinggi. 152

153 PIPP ( ) Meskipun PIPP telahpun berakhir pada tahun 2010 namun masih terdapat banyak
perkara yang belum selesai. Oleh itu satu rangka kerja bersepadu dibentuk bagi menghubungkaitkan
dasar dan pelaksanaan program RMKe-10 dengan bidang keberhasilan utama (KRA) dan outcome
seperti di Rajah Rajah 9.1: Rangka Kerja Bersepadu PIPP dan KRA 153
154 PERANCANGAN PEMBANGUNAN PROGRAM SEKOLAH i. Pembangunan Program Sekolah
Mengikut Kategori Jadual 9.1: Pembangunan program-program sekolah seluruh negara. Program
Maksud Objektif Tahun Bil Milikan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Kluster Sekolah
Wawasan Sekolah Primier Sekolah Pintar (Promoting Intelligence, Nurturing, Talent, Advocating
Responsibil ity) Sekolah Amanah Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti sendiri dan unik yang
bertujuan menyerlahkannya dalam semua aspek pendidikan Pusat kecemerlangan (dalam kelompok
sekolah) dengan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti muzik, sukan, ICT, sains, bahasa
dan lain-lain disiplin pengajian. Pelbagai jenis sekolah rendah seperti SK, SJK(C) dan SJK(T) berkongsi
kawasan dan dan kemudahan yang sama tetapi ditadbir oleh pengurusan sekolah yang berasingan.
Sekolah dalam kelompok kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam bidang
akademik serta kokurikulum. Mrupakan inisiatif tanggungjawab sosial oleh syarikat milik kerajaan
(GLC) dan syarikat korporat tempatan dalam menjayakan kecemerlangan akademik dalam kalangan
kanak-kanak luar bandar. Sekolah-sekolah yang diuruskan secara bersama antara sektor swasta dan
pentadbir sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar; Mewujudkan inovasi dalam
pengurusan sekolah dan mementingkan produktiviti pelajar Melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan dan pembangunan sekolah dalam kluster yang sama dan juga sekolah di luar kluster.
Untuk menggalakkan interaksi dan perpaduan antara pelajar Mengiktiraf sekolah-sekolah yang
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, serta menghasilkan ramai pemimpin, ahli korporat,
profesional dan ahli sukan. Meningkatkan tahap pendidikan negara melalui penyertaan
syaraikatsyarikat bertanggungjawab. Untuk membawa perubahan besar dalam pencapaian sekolah
melalui kerjasama kepakaran sektor swasta dan awam KPM KPM KPM KPM (33 Syarikat Korporat)
KPM, GLC, Syt Korporat KPM, Yayasan AMIR 154

155 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Menengah Teknik
& Vokasional Sekolah Pendidikan Khas Sek. Men. Kebang. Agama (SMKA) Kolej Matrikulasi Sekolah
Sukan Malaysia merentasi pelbagai latar belakang prestasi dan sosipekonomi pelajar. Sekolah
menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada
penilaian peringkat UPSR dan PMR. Merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis
Amanah Rakyat. Merupakan sekolah yang menyalurkan perkembangan potensi pelajar-pelajar dalam
pendidikan sains dan teknologi untuk membangunkan sumber tenaga mahir dalam industri negara.
Sekolah khas untuk kanakkanak kurang upaya. Sekolah yang menintegrasikan kurikulum kebangsaan
dan pendidikan Islam Institusi pendidikan lepasan menengah untuk persediaan pelajar bumiputera
lepasan SPM untuk mengikuti kursus sains, teknologi dan sastera ikhtisas di IPT. Sekolah elit khas
untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan potensi yang cemerlang dalam bidang Menyediakan
suasana, kemudahan dan proses pembelajaran secara terancang, terkawal dan sempurna kepada
warganegara Malaysia khususnya pelajar-pelajar luar bandar yang cemerlang. Membangunkan
pendidikan untuk pelajar-pelajar bumiputera yang cemerlang. Membangun dan mengembangkan
potensi dan kecenderungan pelajarpelajar menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang
teknikal dan kejuruteraan. Pendidikan yang diberi menekankan perkembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek supaya kanak-kanak ini berpeluang mendapatkan pendidikan ke peringkat
tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari. Pendidikanyang
menekankan pembangunan pelajar secara holistik dan bersepadu menggabungkan akademik dan
agama. Pendidikan lepasan menengah untuk persediaan pelajar memasuki IPT mengikut jurusan
tertentu khususnya Sains & Teknologi. Mengembangkan pelajar dalam bidang akademik dan juga
kemahiran sukan yang dimilikinya (MCKK) 1973 (MRSM Pengk. Chepa) 62 KPM 42 MARA SR (28) SM
(3) KPM KPM, KPWKM, KK KPM KPM 2 (SS Bukit Jalil & SS Bandar KPM 155
156 Sekolah antarabangsa Sekolah swasta Sekolah Projek Sekolah Seni Malaysia sukan. Sekolah
untuk pelajarpelajar antarabangsa. Menyediakan 40% tempat kepada pelajar tempatan. Perkongsian
pintar di antara Kementeria pelajaran dan pihak swasta untuk memberi peluang kepada pelajar
menerima ilmu yang pelbagai. Sekolah khas untuk pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan
menyalurkan pelajar kepada sekolah sukan. Sekolah khas untuk pelajar yang berpotensi dan
berbakat dalam bidang kesenian. Sekolah ini menggunakan kurikulum antarabangsa yang
berorientasikan perniagaan Pendidikan yang berorientasikan perniagaan, khidmat sosial,
tanggungjawab agama untuk memberi peluang secara maksima dalam pembelajaran.
Mengembangkan bakat pelajar dalam bidang sukan Mengembangkan kesenian, kebudayaan dan
warisan bertaraf dunia. Penawar) 57 Swasta SR (55) SR A (34) SM (73) SMA (17) SMP Cina (60) P.
Khas (10) KPM (kurikulum) Swasta KPM (Perintis di JB & Kuching) KPM ii. Pembangunan Sekolah
Cemerlang Mengikut Niche Area Jadual 9.2: Senarai sekolah cemerlang mengikut bidang keutamaan
(niche areas). Bil Nama Sekolah Niche Areas 1. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (B), WP Putrajaya
Wind Orchestra/Rugby 2. Kolej Islam Sultan Alam Shah (B), Selangor Perbahasan/Public speaking 3.
Kolej Tunku Kurshiah (B), Negeri Sembilan Perbahasan/ English language/school band 4. Kolej
Melayu Kuala Kangsar (B), Perak Kepimpinan, Rugby dan basket ball 5. SMS Tengku Muhammad
Faris Petra (B), Kelantan Perbahasan, Bola sepak 6 SMK Penang Free (B), Pulau Pinang Pancaragam,
Krikit, Hoki dan Bola sepak 7. SKM (P) Sri Aman (B), Selangor Kepimpinan, Entrepreneurship
merentasi kurikulum 8. SMK Aminuddin Baki (B), WP Kuala Lumpur Renang, Bola Baling, Catur dan
Bola jarring 9 SMK Sultanah Asma (B), Kedah Sukan, Bola jarring 10. SMK Sultan Sulaiman (B),
Terengganu Olahraga dan Bola sepak 11. SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang Program tahfiz, soft
ball, kuiz sejarah dan memanah 156

157 12. SMK Derma (B), Perlis Lawn Ball, Enhancement in Math & Science 13. SMK Gunung Rapat
(B), Perak Bowling, Olahraga, Rugby, Equestarian, Taekwando, Silat gayong 14. SMK Victoria (B), WP
Kuala Lumpur School band, Rhetorika, Polo Air dan English drama 15. SMK St John (B), WP Kuala
Lumpur Memanah, Hoki, Pancaragam, Old Boys Association 16. SMK Convent Bukit Nanas (Mision,
B), WP Kuala Lumpur Language (drama), Public speaking & Debate 17. SMT Tawau (B), Sabah ICT,
Bola jaring, Unit Berunifom, Pertahanan Awam 18. SMT Tuanku Jaafar (B), Negeri Sembilan Inovasi
dan kreativiti 19. SMKA Sheikh Abdul Malek(B), Terengganu Tafsir Al-Quran, Perbahasan 20. SMKA
Sharifah Rodziah, (LB) Melaka Nasyid, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis 21. SMKA Al-Mashoor (L)
(B), Pulau Pinang Kokurikulum-aktiviti persatuan hingga ke peringkat antarabangsa 22. SK Zainab 2
(B), Kelantan Perbahasan, Language (English) 23. SK Sri Gaya (B), Sabah Sukan-larian, Bola jarring 24.
SK Infant Jesus Convent (Mision, B), Johor Language (English), Public speaking 25. SK Sultan Idris 2
(LB), Perak Sukan- olahraga, Perbahasan 26. SK Pengkalan Tereh (LB), Johor Renang 27. SK Ulu Lubai,
Sarawak Bahasa Inggeris dan Sukan 28. SJK(Cina) Keat Hwa, Kedah Language (Bahasa Cina) 29.
SJK(Tamil) Simpang Lima, Selangor Bola sepak, Choral Speaking, memanah 30. Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas, P. Pinang Inovasi PROJEK PERMULAAN EKONOMI (EPP) KE ARAH TRANFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA. Bidang Ekonomi Utama (NKEA) Pendidikan telah mengenalpasti 13 Projek
Permulaan Ekonomi (EPP) untuk meningkatkan standard pendidikan secara keseluruhannya dan
seterusnya memberikan hasil terbaik dalam tempoh 10 tahun (sehingga tahun 2020). Jangkaan
projek-projek itu dapat meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari RM 27.1 bilion (tahun
2009) kepada RM 60.7 bilion menjelang Berdasarkan jangkaan itu NKEA Pendidikan ketika ini
member focus kepada pengukuhan kepada sector perkhidmatan pendidikan swasta dengan
peningkatan penggunaan dan pelaburan persendirian serta mengembangkan eksport pendidikan.
157

158 Memandangkan pertumbuhan sector awam terbatas, hasrat itu memerlukan pendidikan swasta
berkembang enam kali ganda dan perkara tersebut memerlukan RM 20 bilion pembiayaan dalam
tempoh 10 tahun di mana hanya enam peratus terdiri dari pembiayaan awam yang baharu. Juga
tambahan 536,000 pekerjaan akan diwujudkan dengan sebahagian besarnya dalam bidang
professional dan teknikal serta menambahkan tiga kali ganda pengambilan pelajar asing daripada
70,000 pada tahun 2010 kepada 200,000 menjelang Bagi mancapai sasaran tersebut empat segmen
pendidikan diberi tumpuan berdasarkan sainz pasaran dan potensi pembangunan masa hadapan
iaitu pendidikan tertiari iaitu melibatkan penuntut tempatan dan asing, pendidikan teknik dan
latihan vokasional (TEVT), pendidikan asas (rendah dan menengah) dan penjagaan awal kanak-kanak
dan pendidikan awal (ECCE). Sejumlah 13 Projek Permulaan Ekonomi (EPP) dibangunkan meliputi
empat segmen tersebut berdasarkan kepada impak PNK dan potensi untuk memangkinkan lebih
banyak peluang perniagaan dan pelaburan. Dari jumlah itu, Kementerian Pelajaran memiliki lima EPP
bagi NKEA Pendidikan iaitu EPP1, EPP2, EPP3, EPP4 dan EPP13. EPP1: Mempertingkatkan Pusat
Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Pengasuhan Pada tahun 2011 terdapat seramai 387,300
penyertaan kanak-kanak ke pra sekolah swasta dan TASKA dan pada tahun 2015 jumlah itu dijangka
meningkat kepada 553,000 penyertaan. Manakala menjelang 2020 jumlah murid yang dijangka
mendaftar di pra sekolah swasta dan TASKA disasarkan mencecah sehingga 857,000 penyertaan.
Kerajaan melihat terdapat ruang pertumbuhan yang besar bagi pra sekolah swasta dan pusat asuhan
kanak-kanak bagi meningkatkan enrolmen dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti. Bagi
peringkat pra sekolah, NKEA telah menetapkan sasaran pendaftaran dari 67 peratus kepada 97
peratus menjelang Manakala penjagaan kanak-kanak perlu ditingkatkan dari 4 peratus kepada
menyamai norma global iaitu 25 peratus. EPP2: Mewujudkan Pusat Latihan Bagi Guru Pra Sekolah
Dan Pengasuhan Pada tahun 2011, hanya terdapat seramai 12,950 guru pra sekolah swasta dan
pengasuh terlatih sedangkan kehendak pasaran memerlukan 25,400 guru pra sekolah dan 29,000
pengasuh kanakkanak baru yang terlatih. Sehubungan itu terdapat potensi besar untuk menguasai
permintaan bagi guru ECCE untuk dilatih di bawah program yang berkualiti bukan sahaja di dalam
negara tetapi juga di rantau ini. Dengan kewujudan pusat latihan guru pra sekolah ini seramai
218,000 guru pra sekolah swasta dan pengasuh dijangka mampu dilatih menjelang EPP3:
Mempertingkatkan Sekolah Antarabangsa Sekolah antarabangsa telah tumbuh pada kadar sepuluh
peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu dan faktor itu dipacu oleh peningkatan populasi
ekspatriat yang mana sehingga tahun 2011 terdapat 60 buah sekolah antarabangsa di Malaysia.
Pada masa akan datang, permintaan ini dijangka terus meningkat disebabkan oleh NKEA Greater KL
yang mensasar untuk meningkatkan bilangan ekspatriat dan perkembalian populasi diaspora dari
100,000 kepada 500,000 menjelang Dijangka terdapat 78 buah sekolah antarabangsa akan
diwujudkan di negara ini pada tahun 2015 dan meningkat kepada 87 buah menjelang
Pengembangan pendidikan antarabangsa ini boleh menarik pelajar-pelajar asing yang memerlukan
asrama penuh dan pelajar-pelajar tempatan yang akan belajar di luar negara. 158

159 EPP4: Perluasan Pusat Latihan Guru Swasta Antara inisiatif dalam Makmal Kualiti Guru ialah
untuk meningkatkan keupayaan dan persaingan dalam pendidikan guru. Dengan itu program
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah / Kursus Peguruan Lepasan Ijazah (DPLI/KPLI), Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (ISMP) dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru sekolah awam dan
swasta di Malaysia dan Timur Tengah akan diperluas kepada Pusat Latihan Swasta tanpa
mengabaikan kualiti yang ditetapkan oleh MQA. Bagi tahun 2011 seramai 1,000 guru dilatih di pusat
latihan guru swasta dan jumlah ini disasarkan meningkat kepada seramai 2,000 pada tahun 2015 dan
9,900 pada tahun EPP13: Kerjasama Awam Swasta Di Bidang Pendidikan Pada masa ini Kementerian
Pelajaran mengendalikan kira-kira 10,000 sekolah di seluruh Negara dan mempunyai 92 buah
sekolah tambahan dalam tahun 2011 dan jumlah tersebut akan terus meningkat seiring dengan
pertambahan penduduk dan pembangunan petempatan baru. Secara purata kerajaan
membelajankan kira-kira RM 4,000 bagi setiap pelajar di sekolah awam. Apabila bilangan sekolah
meningkat, cabaran untuk mengurus mereka pada standard yang tinggi menjadi semakin rumit.
Model kerjasama awam swasta (PPP) yang diwujudkan akan menyediakan pilihan besar menerusi
portfolio model sekolah pada harga yang termampu dan menggunakan pengaruh sector swasta
sebagai rakan kongsi dalam memenuhi objektif nasional. Persaingan yang dihasilkan mampu
meningkatkan standard meliputi sekolah awam dan swasta. Dengan focus kepada pendidikan
teknikal dan vokasional, dua buah sekolah disasarkan pada tahun 2011 dan meningkat kepada 13
buah menjelang 2015 seterusnya 25 buah pada tahun Seperti kata-kata Tan Sri Muhyiddin Mohd,
Yassin; Kami yakin dan percaya bahawa sektor awam dan swasta tidak boleh lagi bekerja secara
berasingan. Malahan kedua-dua sektor ini harus bekerjasama menerusi model perkongsian awam-
swasta yang inovatif untuk sama-sama melaksanakan objektif dan sasaran pembangunan kerjaan.
(Rabu 12 Oktober 2011) TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL HALANGAN DALAM
MENJAYAKAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Perancangan pendidikan di Malaysia
turut mengalami halangan halangan seperti berikut: i. Pengumpulan perangkaan statistik yang tidak
lengkap. ii. Warisan dasar pelunjuran penjajah yang bersifat tidak adil. Kemudahan pendidikan yang
terbaik disediakan di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi. Kemudahan yang tidak
seimbang ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan. Namun,
kualiti dan mutu pendidikan di luar bandar masih dalam keadaan serba kekurangan. 159

160 iii. Masyarakat berbilang kaum yang bersifat perkauman. Perancangan pendidikan sukar
mendapat sokongan penuh dari semua kaum kerana perancangan yang baik sering disalahtafsirkan
oleh sesetengah pihak. Contoh, pelaksanaan Sekolah Wawasan. iv. Persepsi dan sikap masyarakat
yang kurang positif terhadap pembaharuan dalam pendidikan khususnya terhadap pendidikan
vokasional dan teknik. Ini kerana pendidikan vokasional dan teknik sering dikaitkan dengan
pekerjaan kolar biru. v. Kos pendidikan yang tinggi menjadi beban kepada sumber kewangan negara
khususnya terhadap pendidikan teknik dan vokasional. CABARAN-CABARAN DALAM PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN i. Cabaran ICT ICT menjadi satu cabaran utama pembangunan pendidikan disebabkan
tahap program pendidikan ICT yang masih di tahap rendah. Statistik Kementerian Pendidikan (2000)
menunjukkan jumlah enrolmen pelajar dalam bidang sains dan teknologi di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) berjumlah 49,575 (29.0%) dan 39,305 (23.0%) pada tahun Manakala graduan sains
ialah 34,805 (25.6%) dan graduan teknologi 22,765 (16.7%) pada tahun yang sama. Arah aliran ini
menunjukkan Malaysia masih belum mencapai keupayaan dalam memenuhi keperluan pasaran guna
tenaga mahir ICT untuk mengekalkan daya saing di pasaran global. Untuk merealisasikan matlamat k
ekonomi, rangkaian maklumat dan infrastuktur diperlukan bagi menyalurkan maklumat. Tahap
penerimaan, penggunaan dan penyebaran maklumat diukur melalui penyediaan kemudahan media
elektronik dan komunikasi. Disiplin ICT perlu ditekankan dalam sistem pendidikan Negara bermula
daripada pendidikan rendah. Menurut kajian Agenda Teknologi Dan Maklumat Negara (Infosoc
Malaysia, 2000), satu pertiga daripada penduduk Malaysia yang berumur di bawah 14 tahun perlu
didedahkan dengan program ICT bagi membangunkan potensi sumber manusia berasaskan ICT.
Terdapat 30.5% sekolah rendah dan 53.8% sekolah menengah di seluruh negara mempunyai
computer peribadi (PC) bagi kegunaan pelajar manakala hanya 10.2% sekolah rendah dan 34.1%
sekolah menengah mempunyai capaian internet. Ini bermakna 69.5% sekolah rendah dan 46.2%
sekolah menengah tidak mempunyai PC. Manakala 89.8% sekolah rendah dan 65.9% sekolah
menengah tidak mempunyai kemudahan internet. Tahap penggunaan PC dan capaian internet ini
jauh lebih rendah dibandingkan dengan jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh
negara. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira kira 0.99 juta (4.4%) rakyat Malaysia tidak
mempunyai pendidikan formal dan mereka ini dianggap terpinggir dari segi ICT secara langsung
(Infosoc Malaysia, 2000). Pencapaian Malaysia dalam ICT boleh diukur dengan menggunakan
indikator indikator seperti pemilikan peralatan maklumat dan telekomunikasi (radio, televisyen,
telefon, komputer, perisian dan rangkaian), sumber kewangan bagi membolehkan penggunaan
barangan dan perkhidmatan ICT dan kemahiran asas atau keupayaan sebenar menggunakan
barangan dan perkhidmatan ICT. Indikator terkini mengukur tahap ICT ialah pemilikan komputer
peribadi. Tahap pemilikan komputer peribadi di Malaysia ialah 59 orang bagi setiap 1000 orang
penduduk berbanding 459 orang bagi setiap 1000 penduduk Amerika Syarikat dan 422 per 1000
penduduk Switzerland pada tahun 1998 (World Bank, 1999). Malaysia juga didapati masih jauh
ketinggalan dari segi penggunaan komputer dan internet jika dibandingkan dengan negara Negara
Asia seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Dari segi penggunaan internet 160

161 pula ialah 2.7% daripada jumlah penduduk Malaysia berbanding 15.8% penduduk Singapura dan
38.0% penduduk Finland pada tahun yang sama (World Bank, 1999). ii. Cabaran Penyelidikan dan
Pembangunan (R & D) Sistem pendidikan dan R & D yang mantap amat diperlukan dalam membantu
memacu pembangunan negara. Dalam konteks ekonomi, terdapat hubungan yang erat antara kedua
dua sektor (pendidikan dan R & D) ini dalam menangani globalisasi dan ICT. Jadual 3 menunjukkan
Malaysia menduduki tempat yang ke-41 di dunia dalam aspek perbelanjaan dalam bidang R & D
pada tahun 1998 iaitu kira kira 0.24 % daripada KNK. Jumlah ini masih rendah jika dibandingkan
dengan negara negara maju. Untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus globalisasi
ekonomi, usaha bersungguh sungguh perlu dijalankan dalam meningkatkan penyelidikan yang
mampu melahirkan ilmu dan ciptaan-ciptaan baru. Jadual 9.3 Perbandingan penyelidikan dan
pembangunan negara terpilih Negara US Million (1998) Kedudukan 1998 Perbelanjaan R&D %
kepada KNK Amerika Syarikat Jepun Jerman Britain Kanada Sweden Belanda Korea Selatan
Switzerland Australia China Finland Denmark Norway Singapura New Zealand Hong Kong N.A
Thailand MALAYSIA Indonesia Filipina Sumber: World Bank,

162 KEUTAMAAN DALAM PERANCANGAN PENDIDIKAN i. Bidang Keutamaan: Sekolah tapak

pemikiran kreatif. Kurikulum sekolah dikaji semula. Bilangan pelajar Sains bertambah. Pembangunan
profesion perguruan. Sekolah dilengkapi kemudahan ICT. Penekanan pendidikan peringkat ketiga.
Penggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
Universiti : tenaga kerja + model intelektual dan pengetahuan baru. Kawasan luar bandar akan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Sektor swasta digalakkan menyediakan pendidikan di
peringkat tertiari. ii. Program Pendidikan: Pendidikan rendah. Program Latihan Tenaga Pekerja.
Memperbaiki mutu bahasa Inggeris. Kurikulum latihan guru dikaji semula. Perlaksanaan Sekolah
Bestari diperkukuh. Program sekolah berpusat bagi sekolah di pedalaman. Lebih banyak opsyen
Sains diperkenalkan di tingkatan 6. Sukatan pelajaran Sains merangkumi Mekatronik, Bio-teknologi,
Mikroelektronik. iii. Penekanan Kurikulum: (a) Kemahiran berkomunikasi secara berkesan. berfikir
secara kritikal dan kreatif. menikmati keindahan ciptaan dan seni. kemahiran kepimpinan dan
pengurusan. membuat pilihan dan membuat keputusan. bergaul dan bekerjasama dengan orang
lain. mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat. (b) Pengajaran & Pembelajaran
Multilinggualism. Kemahiran Generik. Pelbagai Kecerdasan. Penggunaan teknologi. Pembelajaran
Koperatif. Pengembangan Kreativiti. 162

163 Penghayatan Nilai-Nilai Murni. Patriotisme dan Ketatanegaraan. Kemahiran Belajar Untuk
Belajar. Berfikir Secara Kritis dan Reflektif. (c) Sistem Pentaksiran Penanda Aras. Pentaksiran Holistik.
Penilaian Berterusan. Authentic Assessment. Penilaian Hasil Pembelajaran. Penilaian Berasaskan
Sekolah. Ujian/Peperiksaan Secara On-Line. Penilaian Berasaskan Elemen Subjek. Penilaian Proses Di
Samping Penilaian Hasil. MASA DEPAN PENDIDIKAN NEGARA Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin telah menyatakan hala tuju dan masa depan pendidikan Negara.
Menerusi pendidikan yang mampan, dihasratkan dapat: i. mewujudkan satu masyarakat yang
berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan berinovatif. ii. melahirkan
modal insan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek penguasaan kecerdasan intelek (IQ),
kecerdasan rohani (SQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan jasmani PQ). iii. Merapatkan jurang
pendidikan selaras dengan sasaran UNESCO iaitu Pendidikan Untuk Semua (Education For All). iv.
Melaksanakan anjakan paradigma seiring dengan apa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang bertujuan untuk melonjakkan kejayaan secara
lonjakan berganda. o Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. o Anjakan daripada budaya
kesan nyata (output) kepada budaya keberhasilan (outcome). o Anjakan daripada birokrasi
menyukarkan kepada birokrasi memudahkan. o Anjakan daripada produktiviti semata-mata kepada
gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. v. Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan
inovasi dalam kalangan generasi muda sejak peringkat sekolah rendah. vi. Menerapkan unsur
futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. vii. Mengkaji dan memurnikan
kandungan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan Strategik RMKe-10 dengan
member tumpuan kepada merealisasikan Gagasan 1Malaysia. 163

164 PENUTUP Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa
berkembang. Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi
memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di
peringkat global. Kesilapan dalam merancang sistem pendidikan akan membantutkan proses
pembangunan negara dan mungkin menurunkan daya saing negara di peringkat global. Perancangan
pendidikan akan terus memainkan peranan utama bagi menyediakan sumber manusia untuk
bersaing di peringkat global. Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan Malaysia,
tumpuan bukan saja diberikan kepada perkembangan pendidikan dalam negara tetapi juga pada
peringkat antarabangsa. Langkah ini adalah perlu dan amat signifikan pada masa ini bagi
menyediakan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih kompetitif, holistik, berketerampilan serta
mampu bersaing di peringkat global. 164

165 10 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) DAN PROFESIONALISME KEGURUAN PENGENALAN

Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan. Guru yang baik ibarat lilin yang
membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin
yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang
dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru terhadap
profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana
pengiktirafan terhadap ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di
liang lahad. Guru adalah segala-galanya seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968).
Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya
seni yang agung. seorang guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat
meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman.
Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat
sehingga sembuh. Malah guru diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari
manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah
meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu
satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Guru sebagai agen sosialisasi dan agen
perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.
Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan.
Untuk itu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 telah
mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai satu panduan ke arah pembentukan
profesionalisme keguruan di Malaysia. PERGURUAN DAN KEGURUAN Merujuk kepada Kamus Dewan
IV (2005) guru membawa erti pendidik, pengajar, pengasuh. Dari kata dasar guru, maka terbitlah
perkataan keguruan dan perguruan yang digunakan dalam memahami proses pendidikan. Dalam
kamus yang sama perkataan perguruan diertikan sebagai Yang berkaitan dengan guru, institusi yang
melatih guru... Dalam hal memahami makna perkataan perguruan dan keguruan, Awang Had Salleh
(1985) telah memberikan makna yang mudah dan jelas. Beliau menyatakan perguruan ialah proses
menyediakan guru manakala keguruan bermaksud keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri atau
profesion guru. Bagi memahami istilah perguruan dan keguruan, cuba anda fahamkan
cabarancabaran terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan. 165

166 Cabaran berkaitan perguruan ialah apakah proses penyediaan calon untuk memasuki profesion
keguruan itu diasaskan kepada prasyarat yang selaras dengan nilai keguruan? Cabaran berkaitan
keguruan ialah, adakah keguruan merupakan satu profesion? Cabaran perguruan i. Adakah
pemilihan calon didasarkan kepada kelayakan-kelayakan yang rasionalnya adalah rasional nilai-nilai
dalam profesion keguruan? Ertinya selain daripada kelayakan akademik tahap tertentu, apakah
diperhitungkan hal-hal seperti perwatakan, bakat keguruan, kualiti suara dan sebutan, minat
terhadap kanak-kanak dan seumpamanya? ii. Adakah pemilihan pensyarah-pensyarah yang terlibat
institusi pendidikan guru didasarkan kepada criteria-kriteria yang selaras dengan nilai-nilai keguruan
yang hendak dipupuk oleh mereka kepada calon-calon guru ini? iii. Apakah kurikulum perguruan di
institusi pendidikan guru mewakili segala kehendak penyediaan profesional? iv. Sejauhmanakah
proses perguruan memperkukuhkan pendidikan sebagai nilai utama di dalam diri calon-calon guru
semasa mereka disediakan untuk menjadi guru? v. Apakah sistem perguruan di Malaysia
memberikan pendidikan perguruan atau latihan perguruan? Cabaran Keguruan Cabaran keguruan
sebagai satu profesion pula boleh dirujuk terhadap ciri-ciri profesional itu sendiri iaitu: i. Wujudnya
himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada
penyelewengan amalan. iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu
tersebut. iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja.
v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya
pengajaran semata. Ciri utama sebuah profesion ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion
itu sendiri. Himpunan ilmu itu memang ada tetapi yang harus dipastikan ialah bahawa anggota
profesion itu sendiri mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu itu yang terdiri daripada
pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang unik terhadap profesion itu sahaja dan nilai-nilai yang
dipegang dan diamalkan bersama. Dari segi kemahiran dan kecekapan yang unik merujuk kepada
adakah anggota profesion keguruan menguasai kemahiran teknik pengajaran, pengujian,
pengdiagnosan, pengendalian motivasi pelajar, pembinaan konsep diri murid, pemupukan minat,
penyisipan nilai dan unsur pendidikan dalam pengajaran dan pengendalian disiplin. Ciri profesion
yang seterusnya ialah pengawalan profesion itu terhadap anggota profesion supaya tidak
menyeleweng amalan mereka dari segi nilai yang dianuti oleh profesion. Sehubungan itu, profesion
keguruan mestilah mempunyai mekanisme memberkesankan pengawalan itu menerusi dendaan
dan penguatkuasaan peraturan. Pengawalan yang ada kini dilihat datang dari majikan dan bukannya
dari kumpulan profesion keguruan itu sendiri. Apakah cabaran profesion keguruan? 1. Bilangan
anggota yang ramai iaitu sekitar 405,000 orang guru. 2. Pelbagai kelayakan yang terdapat dalam
pekhidmatan pendidikan iaitu: Sijil Perguruan 166

167 Diploma Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 3.
Pelbagai skim perkhidmatan guru: Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Bukan Siswazah (DG29,DG32) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( DG41, DG44,
DG48, DG52, DG54, JUSA C, B. A)) APAKAH YANG SEPATUTNYA MENJADI ILMU GURU? Apakah yang
sepatutnya seorang guru bertindak? Adakah guru mengajar, melatih atau mendidik? Istilah
pengajaran dan guru yang baik sebenarnya telah diungkapkan dengan pelbagai cara. Contohnya
mengajar dengan baik (Brown & McIntyre, 1993), pengajaran berkesan (Perrot, 1982), mengajar
dengan kreatif (Woods & Jeffrey, 1996), guru profesional (Shulman, 1987), pengajaran berkualiti
(Stones, 1992) dan guru yang cukup baik (Cullingford, 1995). Pengajaran berkesan bukanlah lahir
dengan sendirinya, ia merupakan pengetahuan dan kemahiran kompleks yang dipelajari oleh
seorang guru. Pada tahun menunjukkan kaedah dan gaya pengajaran guru menjadi ilmu penting
yang dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pengajaran berkesan. Sebagai contoh Shulman
(1986), telah mengariskan beberapa jenis pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasai untuk
menjadi guru profesional: i. Pengetahuan tentang pedagogi umum ii. Pengetahuan tentang
kandungan subjek iii. Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek iv. Pengetahuan tentang
kurikulum v. Pengetahuan tentang pelajar vi. Pengetahuan tentang konteks pendidikan vii.
Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan Manakala pada tahun , pengajaran
berkesan dihubungkaitkan dengan hasil iaitu senarai kualiti, ciri, sifat dan kelakuan guru berkesan.
Sebagai contoh, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (1994) telah menyatakan kualiti
mengajar dilihat sebagai konsep yang menyeluruh yang terbentuk daripada kecekapan dalam lima
dimensi utama: i. Kemahiran mengajar. ii. Empati dan menghargai maruah orang lain. iii.
Pengetahuan tentang bidang kurikulum dan kandungan substantif; iv. Refleksi dan keupayaan
muhasabah diri, iaitu ciri penting professional guru. v. Kecekapan mengurus, kerana guru
menjalankan pelbagai tanggungjawab mengurus di dalam dan di luar bilik darjah. Kyriacau (1997)
telah mengemukakan senarai pengajaran berkesan: 167

168 i. Kejelasan jangkaan dan hala tuju guru. ii. Mewujudkan suasana bilik darjah yang
berorientasikan tugas. iii. Menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran. iv. Menentukan dan
mengekalkan momentum serta langkahj pembelajaran. v. Menggalakkan penyertaan dan
penglibatan pelajar. vi. Memantau kemajuan pelajar dan memenuhi kepentingan mereka. vii.
Menyampaikan pelajaran yang disusun dengan baik. viii. Memberi pelajar maklum balas positif dan
membantu. ix. Memastikan objektif pembelajaran dirangkumi. x. Menggunakan sebaik mungkin
teknik menyoal. Laporan Hay McBer (DfEE, 2000) berkaitan Pelan Induk Untuk Guru Sempurna telah
membahagikan ilmu guru kepada tiga kumpulan: i. Kemahiran mengajar ii. Ciri-ciri profesional iii.
Iklim bilik darjah ADAKAH GURU KERJAYA PROFESIONAL? Samakah pekerjaan sebagai seorang guru
dengan seorang doktor/ jurutera? Apakah kualiti seorang guru sama dengan kualiti seorang doktor/
jurutera? Ciri-ciri kerjaya profesional: i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. ii.
Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan. iii. Anggota profesion
mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut. iv. Mempunyai himpunan kemahiran
dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja. v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap
matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya pengajaran semata. Oleh itu, usaha
menyediakan diri ke arah peningkatan profesionalisme perlukan latihan dan latihan-latihan semula
secara berterusan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi
memperlengkapkan diri sahaja seseorang guru itu mampu mengangkat martabat diri mereka ke
tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan
dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.
PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Pendidikan yang berkualiti
sangat dipengaruhi oleh kualiti guru. Kualiti guru pula dipengaruhi oleh pendidikan dan latihan yang
berkualiti. Bagaimanakah pendidikan dan latihan dapat melahirkan guru yang berkualiti sejajar
dengan profesionalisme keguruan? 168

169 Pra Perkhidmatan Universiti/ Fakulti Pendidikan (IPTA & IPGM ) Latihan / Kursus Dalam
Perkhidmatan 1. Peringkat Luaran (PPD, JPN, Kementerian dll) In house training 2. Peringkat
dalaman (Sekolah) Pendidikan Berterusan i. Pengetahuan profesionalisme keguruan ii.
Pembangunan sikap & sahsiah iii. Pembangunan Kemahiran Insaniah iv. Perkembangan sosial &
kesukanan Kursus, Seminar, Bengkel, Latihan Kuliah, kokurikulum, latihan pengajaran mikro dan
latihan mengajar di sekolah & khidmat sosial Diploma Sarjana Muda Sarjana Kedoktoran Rajah 10.1:
Pembinaan dan perekembangan profesionalisme keguruan Merujuk kepada Rajah 1, pendidikan
guru bermula pada peringkat pra perkhidmatan. Pelajar-pelajar yang mengikuti program pendidikan
(sekolah menengah, sekolah rendah, pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan khas) di IPT dan
IPGM diwajibkan mengikuti kursus-kursus dari komponen ikhtisas, akademik dan perkembangan diri.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari kemudiannya dilaksanakan sewaktu menjalani
praktikum atau latihan mengajar. Pendidikan Guru merangkumi tiga komponen yang termuat di
dalam kurikulumnya: i. Komponen Ikhtisas Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas
perguruan menerusi kursus-kursus asas pendidikan, latihan mengajar (praktikum), seminar dan
kajian tindakan. ii. Komponen Akademik Membina pengetahuan Kandungan mata pelajaran (subject
matter). Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan. iii. Komponen Perkembangan Diri Membina kemahiran
mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial. Aktiviti persatuan atau
kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang
mengikuti latihan perguruan. 169

170 Manalaka kursus/ latihan dalam perkhidmatan adalah khusus untuk guru-guru terlatih. Perkara
tersebut merujuk kepada perkembangan profesionalisme keguruan ke arah pemantapan,
penambahan dan pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kursus/ latihan
dalam perkhidmatan (KPD) adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru
terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah kelolaan KPM. Kursus-kursus yang ditawarkan
bermatlamatkan peningkatan akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan
guru. Contoh-contoh kursus KDP yang ditawarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia adalah
seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2. Jadual 10.1: Kursus Dalam Perkhidmatan anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil Peringkat Program Tempoh Sasaran 1 Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKG)- kerjasama dengan 3 tahun Guru Terlatih Peningkatan Akademik IPT
dalam negara Program Pensiswazahan Guru Bahasa Antarabangsa Perancis, 1 3 tahun Guru Terlatih
2 Peningkatan Profesionalisme Jerman, Jepun Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kokurikulum
Teknologi Maklumat Pastoral Care Jangka Panjang dan Jangka Pendek Guru Terlatih PENDIDIKAN
GURU Asas-Asas Pendidikan Guru (Zeichner & Liston, 1990) Tradisi akademik (atau ilmu) Tradisi
perkembangan Tradisi kecekapan sosial Tradisi social reconstructionalist Pendidikan guru mestilah
membolehkan mereka Memiliki pengetahuan teknikal tertentu (Lasley, 1990): Mengaplikasikan
pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar. Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu.
Pendekatan yang bakal pendidik ketahui (Howey, 1989): Orientasi kemahiran atau kecekapan.
Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal. Sikap seseorang yang berorientasikan
kemanusiaan. 170

171 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Sebelum tahun 1982, pendidikan di Malaysia tidak
mempunyai satu falsafah yang nyata untuk pendidikan guru dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan
guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran
seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun
1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar. ii.
Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Sehubungan itu pada tahun
1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan
mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan
wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik: Guru Yang Berpekerti Mulia,
Berpandangan Progresif Dan Saintifik, Bersedia Menjunjung Aspirasi Negara Serta Menyanjung
Warisan Kebudayaan Negara, Menjamin Perkembangan Individu Dan Memelihara Suatu Masyarakat
Yang Bersatu Padu, Demokratik, Progresif Dan Berdisiplin. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982) Huraian
Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) FPG yang digubal mengandungi sembilan perkara yang
membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan. 1. Berpekerti mulia Guru yang
bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat) melebih diri. 2.
Berpandangan progresif dan saintifik Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif.
Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya 3. Bersedia
menjunjung aspirasi negara Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai
yang utama. 4. Menyanjung warisan kebudayaan negara Meletakkan diri sebagai role model untuk
mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada
murid, ibu bapa dan masyarakat. 5. Menjamin perkembangan individu Sentiasa memberikan
keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara
terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
171
172 6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Guru perlu mengekalkan keharmonian
dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan
dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. 7.
Memelihara suatu masyarakat yang demokratik Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid
untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan
pertimbangan wajar. 8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif Memberi penekanankepada
aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi
membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan
kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka
cipta 9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin Mempastikan keharmonian, keselamatan dan
keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar
membentuk masyarakat yang cemerlang. MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model
Konsepstual Pendidikan Guru telah dirangka berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan
matlamat pendidikan negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru yang berteraskan kepada tiga
dimensi utama dan tiga komponen yang digarap secara seimbang dan bersepadu. Rajah 10.2: Model
Konseptual pendidikan guru Malaysia 172

173 Dimensi Pendidikan Guru i. Ketuhanan : Penghayatan dan amalan individu berteraskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang
mulia di sisi agama. ii. Kemasyarakatan: Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen
perubahan dan agen sosialisasi. iii. Kendiri: Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan
patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
Komponen Pendidikan Guru i. Ilmu/ Pengetahuan: Ilmu/ pengetahuan yang berkaitan dengan
perkembang dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Menurut Shulman (1986) terdapat 7
jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan. Pengetahuan
tentang pedagogi umum Pengetahuan tentang kandungan subjek Pengetahuan tentang pedagogi
kandungan subjek Pengetahuan tentang kurikulum Pengetahuan tentang pelajar Pengetahuan
tentang konteks pendidikan Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan ii.
Kemahiran: Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti mempunyai
kemahiran-kemahiran berikut: Interpersonal Intrapersonal Komunikasi Teknologi Kemahiran
Profesional o Pengurusan masa o Pengurusan kelas iii. Nilai Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-
nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif,
kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan. Because public school teacher
are government employees and because of their leadership roles with students, they are often
expected by the public at large and their school system superiors to conform to certain codes of
personal behavior that are not usually imposed upon other adults. (Myers & Myers, 1995) 173

174 Ketiga-tiga komponen ini disepadukaan dan dilaksanakan merentas semua kursus dan program
pendidikan guru yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan
program pendidikan. Model tersebut menekankan kepada matlamat untuk mengembangkan potensi
guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model Konseptual
Pendidikan Guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal dan
diimplimentasikan. STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) Pengertian Standard Guru Malaysia Standard
Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan
kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan
dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan
penambahbaikan berterusan. Latar Belakang Penggubalan Standard Guru Malaysia Malaysia
memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya
adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun Modal insan adalah
harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal
budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang
dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara
maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya
tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam
abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan
dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di
pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia
adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:... as the most significant and costly resource in
schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of
schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers,
that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 ) Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal
dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara
langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik
sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan
menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.bahagian Pendidikan Guru 174

175 (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di
Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam
(IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi
keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang
dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.bahagian Pendidian
Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan
rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. Rasional
Penggubalan SGM Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: 1. Guru
perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai
guru profesional dengan berkesan, 2. Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber
pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan
dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi, 3. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar
standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan 4. Standard Guru Malaysia menggariskan
kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang
menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. Tujuan SGM Standard Guru Malaysia
digubal bagi tujuan yang berikut: 1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran, 2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan
tercapai. 3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan. Penggubalan SGM Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang
berikut: 1. Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik, 2.
Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan 3.
Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama
dengan pihak-pihak berkepentingan Penggunaan SGM Standard Guru Malaysia adalah dokumen
rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut: Guru 175

176 i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard ii. Mengenal pasti keperluan
pembangunan profesionalisme diri. 1. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan i. Membuat
refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan
profesionalisme diri. iii. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru
praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). iv. Mengenal pasti strategi bagi
membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. 2. Pengurus
dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru
pelatih dan peserta kursus. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan
oleh institusi. iii. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan
keperluan. 3. Guru Besar dan Pengetua Sekolah i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh
guru. ii. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard
oleh guru. 4. Agensi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru
pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan
pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. iii. Mengenal pasti dasar dan
strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik. KERANGKA STANDARD GURU
MALAYSIA Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama: i. Komponen Asas
Penentuan Standard & Keperluan. ii. Komponen Standard (S) : Pernyataan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru iii. Komponen Keperluan (K) : Pernyataan aspek yang patut disediakan
serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. SGM dirangka berasaskan, Misi
Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan
dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara kesemua komponen yang terdapat di
dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah

177 STANDARD S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan S2: Pengetahuan dan Kefahaman S3:
Kemahiran Pengajaran & Pembelajaran Asas Penentuan Standard & Keperluan Misi Nasional
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Tatasusila Profesion Keguruan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Guru Unggul Modal Insan KEPERLUAN K1: Kelayakan Masuk Program Latihan
Guru. K2: Latihan Pentaksiran & Penilaian K3: Kolaborasi K4: Infrastruktur & infostruktur K5: Jaminan
Kualiti Rajah 10.3: Komponen Standard Guru Malaysia KOMPONEN 1: ASAS PENENTUAN STANDARD
DAN KEPERLUAN i. Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada
pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani masalah ketidakseimbangan sosio-
ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemampuan
kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. 177

178 ii. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." iii. Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." iv.
Tatasusila Profesion Keguruan Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi
mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang
disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut: "Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat
membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang
terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa
hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii)
tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. v. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik,
penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta
menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. SGM digubal berdasarkan
rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di
beberapa negara maju. SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S)
dan Keperluan (K). 178

179 KOMPONEN 2: STANDARD (S) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini
memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri,
profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
digubal berlandaskan budaya Institutusi Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni
dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM,
dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu: S1.1 Domain Diri Domain
ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru
boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai
matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan
kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. S1.2 Domain Profesion Domain ini merujuk kepada
pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang guru yang profesional. Nilainilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan
terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif. S1.3 Domain Sosial Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal
insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu
pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan
kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang
mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan
berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru
adalah seperti yang berikut: S2.1: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. S2.2: Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan
kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
yang diajarkan. S2.3: Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. 179

180 S2.4: Kandungan Ilmu Pendidikan S2.5: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan
sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. S2.6: Strategi untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. S2.7: Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan
penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. S2.8: Potensi
murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. Standard 3: Kemahiran
Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memfokuskan kebolehan guru
untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik
dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut: S3.1:
S3.2: S3.3: Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia
ada, serta jangkaan pencapaian murid. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah
cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan
meningkatkan pencapaian murid. S3.4: Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan
hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna
dan berkesan. KOMPONEN 3: KEPERLUAN (K) Agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan,
pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Ia bagi menyokong
dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan Lima
keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap
kompetensi yang diharapkan iaitu: Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Pengambilan Calon
Program Latihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur
pengambilan calon program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja
ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mematuhi syarat dan prosedur berikut: K1.1: Mengiklankan permohonan 180

181 K1.2: Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian
kelayakan K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru K1.5 Membuat tawaran
kepada calon guru yang berjaya K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan Keperluan 2: Keperluan 3: Keperluan 4: Latihan,
Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan
pentaksiran dan penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan
perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: K2.1
Kurikulum latihan K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi K2.3
Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah K2.4
Sumber pengajaran dan pembelajaran K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan
peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa Kolaborasi Keperluan ini memperincikan
permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi
pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang
boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti
yang berikut: K3.1 Sekolah K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara K3.3 Badan
bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan Infrastruktur dan
Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Bagi menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini
seperti yang berikut: K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi
memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan
pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. K4.2
Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran. 181

182 Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan
pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti
latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.perincian standard dan keperluan
yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan
guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan
perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: K5.1
Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) Sebagai rumusannya Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan
yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia,
bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru
Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam
aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU Kualiti Guru Profesional Dalam
konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang
profesional seperti berikut: i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan: Guru yang sentiasa ghairah
dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir
ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif,
inovatif dan motivatif. ii. Bermatlamat yang jelas: Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh
atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan.
Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan.
Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain. iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah: Guru ini
cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam
bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah
yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria
dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya. 182

183 iv. Berkebolehan komunikasi yang baik: Guru yang dapat menyampaian pengajarannya dengan
berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan
yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen humor. Contohnya guru
ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak
bosan sepanjang kelas berlangsung. v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid: Guru yang sentiasa
beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya
jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini
sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua
perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya). vi. Berupaya memberi yang terbaik: Guru
yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan
memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam
tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan
khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan
topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran. vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang
diajar secara mendalam: Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum
kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan
kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada
murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini
sentiasa mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya
menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang
ditetapkan. viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan: Guru
ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul
mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik dan boleh
dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu
dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.
Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan
dibentangkan oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia)
untuk hayati dan diamalkan oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab
perkhidmatannya. Beliau menjelaskan guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan
sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas
landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran,
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa dan berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh. Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia tersebut merupakan adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan
oleh negara-negara Islam dalam Muktamar Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977,
semua negara-negara Islam sedunia telah 183

184 menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat
di negaranegara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu: Tawadhu Berakhlak Insan berilmu
( alim) Memiliki taraf akademik yang baik Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Etika
Profesionalisme Keguruan Salah satu cabang falsafah ialah aksiologi yang membincangkan persoalan
tentang teori nilai iaitu etika dan estetika. Etika khusus membincangkan tentang tingkah laku
manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Perkataan etika berasal dari bahasa Yunani
iaitu ethos yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya
disamaertikan dengan moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa Latin iaitu mos atau
mores yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan
yang baik (kesusilaan). Manakala akhlak dari bahasa Arab yang bermaksud sifat yang tertanam
dalam jiwa seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan (al-ghazali). Maksud
yang biasa digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Ia berkaitan
dengan tingkah laku, adat dan cara hidup; serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau
masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut Kamus Dewan IV (2005) etika membawa
maksud suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam konteks Islam etika
merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan al-quran dan ketakwaan kepada Allah. Ahmad Sarji
(1992) menyatakan etika professional ialah semua garis panduan yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal
pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru
terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu,
setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini. Nilai-Nilai Utama Etika
Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Guru sebagai penjawat awam juga perlu mematuhi nilai-nilai
utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). Amalan terhadap nilai-nilai ini dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Ikhlas Tekun
Dedikasi Penyayang Benar Bersyukur Bijaksana Bekerjasama Amanah Taat setia Sederhana Berbudi
mulia Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang
guru. Nilai tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya
memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan. 184
185 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan, peradaban, peranan, nilai serta tingkahlaku profesion dalam masyarakat. Etika Kerja
Kementerian Perlajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip
berikut: i. Niat yang betul Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang
dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru untuk
menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. ii. iii. iv. Perlakuan yang baik Tingkah laku
guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping
membaiki imej kualiti. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang
terbaik sepanjang masa mestilah dijaga dengan baik. Berdisiplin dan beradab Seorang guru mestilah
menjaga adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang
dtuntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan
kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Akujanji,
Pekeliling Ikhtisas, Sukatan Pelajaran. Penggerak ke arah kebaikan Seorang guru mestilah
menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat
mendorong seseorang melakukan kebaikan. Seterusnya penambahbaikan ini berlaku secara
berterusan. v. Memperkota apa yang dikatakan Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak
bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa
yang dikatakan olehnya. vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi Seorang guru
mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah
lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan
prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik. Kod Etika Profesion
Keguruan Malaysia Guru merupakan orang yang berada pada garisan hadapan pembangunan
negara. Setiap inci pada tubuh guru, gerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru sentiasa
menjadi perhatian dan ikutan kepada muridmuridnya. Pada pandangan murid-muridnya guru adalah
orang yang sentiasa benar dan betul. Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika
Profesion Keguruan telah digubal yang mengandungi: 185

186 i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan
yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. ii. iii. iv.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas, guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya.
Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian. v. Guru haruslah menumpukan perhatin terhadap keperluan setiap muridnya. vi.
Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama
atau kepercayaan. vii. viii. ix. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah
mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru
haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. x. Guru
haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu
kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. Guru tidaklah
harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat
profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua
muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru
tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid
dan ibubapa terhadapnya. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau 'role model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya
untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada
ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus
menjatuhkan nama baik guru lain. 186

187 xxi. xxii. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya
dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan
utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang
taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat
membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman-berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk
masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai

setinggitingginya. Rajah 10.4: Tatasusila profesion keguruan Malaysia i. Tangungjawab Terhadap
Murid Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawab terhadap murid.
Tanggungjawab ini termasuk: lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal
lain. bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan dan agama. 187

188 menunjukkan satu cara pakaian, tertuturan dan tingkahlaku yang dapat member contoh yang
baik kepada murid. membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau
dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. memelihara dan
memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi. ii. iii. iv.
Tanggungjawab Terhadap Ibubapa Guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa murid. Oleh
itu guru hendaklah: menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang keadaan rumah
tangga atau tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya. memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana. mengelakkan diri
daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar
mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
dan Negara Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawabnya dengan
mengambil kira keperluan masyarakat dan negara. Maka dengan itu guru hendaklah: Elakkan diri
daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,
negara atau bertentangan Rukun Negara. Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang
boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya
perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat setempat ditempat
berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil
bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru
dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang
sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Guru juga mempunyai
tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dalam profesion yang sama. Oleh itu hendaklah: 188

189 Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai seorang guru. Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-
sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan
sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi profesion keguruan. Sentiasa mengawasi diri
supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Kepentingan Kod Etika Profesion Keguruan Kod Etika Keguruan dapat memartabatkan profesion itu
sendiri. Kod etika tersebut dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap ahlinya. i. Garis
Panduan Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk
bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam perkhidmatan
pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh
dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samar-samar atau kabur untuk tindakan
dilakukan. Oleh itu satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Oleh itu kod etika dapat menyatakan
dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi amalan guru-guru
ketika menjalankan perkhidmatannya. ii. Peranan dan Tanggungjawab KEPK menyatakan dengan
jelas tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap stakeholders dalam bidang pendidikan.
Dengan ini, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
iii. Keunikan Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan,
guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa
hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.
iv. Semakan KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari masa
ke semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah kod etikanya dapat
dipertahankan dan dikuatkuasakan. v. Tingkatkan Imej Dengan adanya KEPK, guru dapat
meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi. Masyarakat dapat melihat dan menghayati
tanggungjawab guru yang sebenar (skop dan beban) 189
190 di samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mancapai matlamat
pendidikan negara. vi. Nilai Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi. Akauntabiliti Keguruan. Mengikut Kamus Dewan IV
(2005), akauntabiliti bermaksud bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap
sesuatu. Menurut Ahmad Sarji (2003), konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu
keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami
dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu
sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya. Terdapat lima kategori
akauntabiliti guru: i. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga
haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa
mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru
hendaklah membimbing dan mengajar muridmurid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran
atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-
muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh
teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru
merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh
anak muridnya. ii. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru
bertugas. Oleh itu, guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah,guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar, guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh
pihak pentadbiran sekolah. 190

191 iii. iv. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara Sebagai seorang guru, beliau
hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara
berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni
pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah
memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan
kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku
baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri
setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu
guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru
dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh
masyarakat. Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan
membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di
lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat. v. Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri Seorang guru
haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri
dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru
juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa
di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna
terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di
masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Dengan dapat
memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar.
Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-
murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan 191

192 tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya.
Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati
oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya, maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal
melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan. Tunggak Dua Belas Dalam Perkhidmatan Pendidikan Nikmat Mencipta Keutamaan
Kesabaran Menghargai Masa Pengaruh Teladan Menghargai Bakat Ketinggian Peribadi Keseronokan
Bekerja Kekuatan Sifat Baik Hati Kebijaksanaan Berkhidmat Kemuliaan Kesederhanaan Kewjipan
Menjalankan Tugas Ketekunan Membawa Kejayaan Teras Perkhidmatan Cemerlang Berpegang
teguh kepada ajaran agama. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berazam meninggikan mutu
perkhidmatan. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh
muhibah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Bekerjasama ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. RUMUSAN FPG
merupakan halatuju dalam pembinaan insan guru dari segi pemikiran dan amalan. Keperibadian
guru yng berteraskan kepada unsur sahsiah, akhlak, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan
amalan. Sehubungan itu pendidikan guru merupakan suatu proses penting dalam membentuk watak
guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang
guru. FPG menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM). SGM dibentuk untuk
memartabatkan profesion keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada
standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard tersebut. Komponen Standard Keguruan
melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran
Pembelajaran dan Pembelajaran. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadape etika professional,
Ilmu dan kemahiran, tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility and accountability),
kepenggunaan ilmu dan kemahiran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 192

193 11 AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN PENDAHULUAN Semakin maju
sesebuah negara, semakin rencam rakyatnya dan semakin rumit aturan hidup masyarakatnya. Untuk
menjadikan kehidupan yang harmoni dan seimbang maka peraturan dalam sistem kehidupan
bekerja dibentuk oleh pihak kerajaan. Hal ini terkandung dalam dasar kerajaan dalam konteks
kawalan, disiplin dan etika. Guru sebagai penjawat awam juga tidak terkecuali apabila Akta
Pendidikan dan peraturan-peraturan pendidikaan dilaksanakan. Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) telah dibentuk untuk menjadi panduan kepada kaki tangan perkhidmatan
awam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap guru yang bertindak selaku
pegawai perkhidmatan awam mestilah memahami sepenuhnya Peraturan Kelakuan dan Tatatertib
(1993) dan pindaan tahun Di samping itu Akta Pendidikan 1996 mestilah difahami dan dihayati bagi
mempastikan matlamat pendidikan negara tercapai. Semua garis penduan yang diadakan bertujuan
meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
kepada semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai dan
tingkahlaku profesional dalam masyarakat. LATAR PEMBENTUKAN AKTA 1996 DAN PERATURAN
PENDIDIKAN Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk
membawa kepentingan negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan
pendidikan pada peringkat dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu
beberapa akta berkaitan dengan pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan 1996, Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Majlis
Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti dan Kolej Universiti (Pindaan) Langkah
mengimplementasi akta-akta demikian menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara semakin
dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan lebih eksplisit. Di samping itu, institusi
pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu rangka perundangan yang berbentuk
kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi dengan kes seperti pengawalan kurikulum,
disiplin, kuasa guru dan kecuaian. Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia
adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran Mukadimah Akta
Pelajaran 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan pada masa itu ialah untuk
menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan pembangunan ekonomi, sosiobudaya serta politik. Prinsip umum Akta Pelajaran 1961
adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana akta tersebut digunakan untuk menyediakan
perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sama, pertimbangan juga diberi kepada
kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan. 193
194 Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal dilaksanakan
dengan berkesan. Menjelang abad ke-21, era digital dan maklumat telah berkembang pesat dengan
menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan
orientasi pengeluaran. Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu
melengkapkan seseorang individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru
contohnya Lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan
ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke
Sarawak) 1975, dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan
akhirnya dimansuhkan. Ia telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 ( juga dikenali sebagai Akta
550). Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru
dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan
selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendldikan yang seragam dan berteraskan prinsip
pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di dalam RMK-7 ( )
dinyatakan:.. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the regulatory
framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted. Among others, the Act will
strengthen the concept oj a national system oj education by including all levels and types of
education and bringing within its ambit, pre-school, post-secondary and special education. At the
primary and secondary levels, public and private educational institutions will be required to use
thenational curriculum. Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan
pentingnya menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan
penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni diakui membantu melengkapkan masyarakat dengan
kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global.
Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dicapai melalui
pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah di mana
tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun (seksyen 29). Selain daripada
itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa Menteri Pendidikan seperti dalam
tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan mengawal tahap
pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas dan
tanggungjawab Kementerian Pendidikan terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan
oleh Menteri Pendidikan dalam berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada
Menteri Pendidikan juga telah meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen
54), membuat peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah
Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan
pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang merupakan hak
mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk kepada kelulusan
daripada Parlimen. Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan
adalah diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa
pembangunan pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang diambil
adalah berasaskan keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu, tingkahlaku Menteri
bukan seperti yang telah dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free standing nism acting on the
education system of his own motion as a free agent. Perundingan di antara beberapa kumpulan
pakar dengan koordinasi tertentu sebelum sesuatu tindakan diambil. Ia memerlukan satu tempoh
masa yang panjang dan komitment yang tinggi. Rundingan dan koordinasi antara individu dalam
melaksanakan dasar pendidikan bermakna pendapat 194

195 bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh jabatan yang
lain adalah tidak munasabah. P = Peraturan. Rajah 11.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) Rumusan Akta Pendidikan 1996: Diluluskan Parlimen pada 15 Julai Mendapat perkenan oleh
Yang Dipertuan Agung. Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550. Akta 550 kemudiannya
dikenali Akta Pendidikan 1996 Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran Akta 550
dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen. Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang
menyatakan kepentingan dan hala tuju Inti pati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-
perakuan dalam Laporan Jawatan-kuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979).
AKTA PENDIDIKAN DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN Dasar Konseptual Akta
Pendidikan Undang-undang yang berkait rapat dengan pendidikan pada zaman pemerintahan
Inggeris adalah mempunyai ciri-ciri jurisprudens berbentuk positivists. Latarbelakang ini telah
menjadi asas pembentukan dasar konseptual Akta Pendidikan. Tumpuan utama Akta Pendidikan
ialah untuk membangunkan sistem pendidikan awam di mana sebuah jabatan pendidikan dibentuk
untuk mencapai matlamat itu (Ramsay dan 195

196 Shorten, 1996). Perkernbangan pendidikan pada abad seterusnya mewujudkan satu sistem
birokrasi yang berpusat. Pada peringkat ini, Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan
diberikan kuasa dan kebebasan yang Iuas. Jurisprudens positivists abad ke sembilan belas sehingga
pertengahan abad kedua puluh) hanya memberikan perhatian yang sedikit kepada hak ibubapa atau
kanak-kanak. Perlantikan Pendidikan Dalam Sistem Pentadbiran Pendidikan Di Bawah Akta Pelajaran
Di bawah Akta 1961, sistem pentadbiran pendidikan tradisonal telah dikelolakan dan dianggotai oleh
beberapa pegawai pelajaran utama contohnya Ketua Pegawai Pelajaran, Ketua Pendaftar Sekolah,
Ketua Pendaftar Guru dan Ketua Nazir Sekolah. Kuasa telah diberikan kepada DYMM Yang di Pertuan
Agong untuk melantik pegawai yang bertanggungjawab menguruskan Sistem Pentadbiran
Pendidikan Negara. Pemusatan kuasa ini dapat diperhatikan dalam seksyen 3 Akta 1961 yang
mengatakan bahawa seorang Ketua Pegawai Pelajaran akan dilantik oleh Yang di Pertuan Agong bagi
setiap negeri atau mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Peranan yang
dimainkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong pada masa itu adalah lebih signifikan memandangkan
bahawa sistem perkhidmatan pelajaran pada masa itu masih di peringkat yang muda. Faktor sejarah
juga memainkan satu pengaruh sebab perlantikan dalam perkhidmatan awam tradisonal adalah di
bawah bidang kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong. Peruntukan seksyen 4 (1) Akta 1961 juga
memberikan kuasa kepada DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pendaftar
Sekolah dan Penolong Ketua Pendaftar Sekolah. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran diberikan
kuasa untuk melantik Pendaftar Sekolah bagi setiap negeri apabila diperlukan. Kawalan Menteri
dikatakan berbentuk administrative control sahaja. Di samping itu, seksyen 5 Akta 1961 menegaskan
bahawa DYMM Yang di Pertuan Agong diberikan kuasa untuk melantik seorang Ketua Pendaftar
Guru dan Penolong Ketua Pendaftar Guru. Di peringkat negeri, Menteri Pelajaran boleh melantik
seorang Pendaftar Guru [seksyen 6 (2)]. Kuasa untuk melantik seorang Ketua Nazir Sekolah untuk
seluruh Persekutuan tidak diperuntukkan kepada Menteri Pelajaran [seksyen 6 (1)]. Walau
bagaimanapun, beliau boleh melantik Nazir Sekolah apabila diperlukan [seksyen 6 (2)] dan Nazir
Sekolah Tempatan [seksyen 7 (1)]. Menurut seksyen 8 Akta Pelajaran 1961, Pengawal Peperiksaan
dilantik oleh DYMM Yang di Pertuan Agong. Kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong adalah luas dan ia
merangkumi pembentukan peraturan berkaitan dengan pihak berkuasa pendidikan tempatan
(seksyen 111), gaji dan skim tabung provident (seksyen 117), serta peraturan mengenai penerbitan,
sindiket peperiksaan, bantuan, dan yuran (seksyen 118). Perubahan Dalam Sistem Perlantikan Dan
Pentadbiran Pendidikan Di Bawah Akta Pendidikan 1996 Penstrukturan semula sistem pendidikan
negara telah membawa perubahan dalam sistem perundangan yang berkait dengan pendidikan.
Reformasi pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri
Pendidikan. Struktur dan sistem pentabiran pendidikan telah berubah dengan Akta Pendidikan Satu
perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa aspek penting dalam
sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir pendidikan utama. Gelaran baru yang
diberikan kepada pentadbir pendidikan termasuk Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah Pendidikan
Negeri, Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir Sekolah dan Pengarah Peperiksaan. Struktur
dan organisasi bam mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang
berkualiti tinggi selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem 196

197 pendidikan. Usaha ini hampir sama dengan apa yang berlaku di negara England dan Wales di
rnana Akta Pendidikan yang diperkenalkan oleh RA Butler pada tahun 1944 tidak lagi mengekalkan
struktur tradisonal. Perkembangan signifikan yang didapati dengan pelaksanaan Akta Pendidikan
1993 di England dan Wales ialah perubahan dalam konsep kerjasarna di antara pihak berkuasa pusat
dan tempatan. Pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan di kedua-dua negara itu kini lebih
berbentuk kawalan berpusat di mana Setiausaha Negeri untuk Pendidikan dan Sains (Setiausaha
Negeri) bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan (Harris, 1995). Pada masa
ini, undang-undang pendidikan yang dibentukkan telah menambahkaan kuasa Setiausaha Negeri di
negara England dan Wales. Walau bagaimanapun, kuasa itu hanya digunakan melalui bantuan yang
diberikan oleh agensi yang dilantik oleh kerajaan. Contoh dua agensi ialah Majlis Tabung Pendidikan
Lanjutan yang dibentuk melalui Akta Pendidikan Tinggi dan Lanjutan 1992 dan lembaga tabung
pendidikan untuk sekolah yang ditubuhkan melalui Akta Pendidikan Pengaruh yang rapat di antara
undang-undang dan pendidikan telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan akauntabiliti
dalam persediaan perkhidmatan pendidikan. Pendidikan sebagai satu cara untuk menguasai ilmu
dan kemahiran dianggap jentera signifikan mewujudkan masyarakat yang bersatupadu, demokratik,
liberal dan dinamik. Isu yang timbul ialah siapakah yang harus diberikan tanggungjawab yang lebih
terhadap sistem pendidikan? Siapakah yang perlu menjadi lebih akauntabiliti? Muir (1986)
berpendapat bahawa ramai individu khuatir dengan isu tersebut contoh para pendidik, ibu bapa dan
pentadbir. Tanggungjawab Menteri Pendidikan terhadap pembangunan sistem pendidikan
kebangsaan telah tambah di bawah Akta Pendidikan Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah
diberikan kepada Menteri Pendidikan. Akta tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri
Pendidikan. Keadaan ini adalah hampir sarna dengan negara United Kingdom di mana Setiausaha
Negeri dilaporkan telah memperolehi lebih daripada dua ratus jenis kuasa yang berbeza di bawah
Akta Reforrnasi Pendidikan Dengan berbagai jenis kuasa yang diberikan, peranan yang dimainkan
oleh Jabatan Pendidikan di United Kingdom dalam mentadbirkan sistem pendidikan telah
bertambah. Satu faktor yang menyebabkan keadaan ini ialah akibat peningkatan dalam bilangan
sekolah jenis grant maintained. Bidang kuasa Setiausaha Negeri mengalami pertambahan lebih lagi
apabila Akta Pendidikan 1993 untuk England dan Wales dilaksanakan. Keadaan ini telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak tertentu sebab objektif Akta
Pendidikan 1993 di negara England dan Wales adalah rnenuju ke arah pemusatan kuasa. Di
Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan. Kuasa tersebut tertakluk kepada
satu syarat iaitu Ketua Pengarah Pendidikan mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam
perkhidmatan pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini
memberikan peluang kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2)
menegaskan bahawa Ketua Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta
Pendidikn Beliau menasihat Menteri Pelajaran mengenai hal berkaitan dengan pendidikan.
Peruntukan dalam seksyen 4 (1) memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik
Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan yang lain. Kuasa
yang luas dan kebebasan untuk bertindak mengikut pertimbangan diri merupakan dua dari yang
khusus. Ia adalah hampir sama dengan ciri yang telah dilaporkan oleh Ramsay dan Shorten 1996:9)
dalam kes Australian Teachers' Union menentang Minister for Education of Victoria (1995) di mana
kuasa itu telah dihuraikan sebagai an obscure blend 0/ specific enabling powers and ministerial
discretion. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka hendaklah ada bagi setiap negeri
atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang
Pengarah Pendidikan; dan bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di 197

198 dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang
dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh Menteri di samping itu, perlantikan
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran,
seksyen 5 (1). Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik
seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah
tidak sama dari segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan
bahawa Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan
boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang
difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah
dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah,
seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab Menteri Pelajaran. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk
mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu
pendidikan yang dicapai kepada Menteri, pengurusan sumber-sumber sekolah secara berkesan, dan
perkembangan menyeluruh pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan juga,
perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-
pegawai yang lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan Selain
daripada itu, Menteri Pendidikan diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan arahan khas.
Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik
di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk
kepada dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta
Pendidikan Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai,
kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Apabila syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan
tiap-tiap arahan yang dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri
Pendidikan untuk mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi
(a) pengelola atau mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau
peker]a atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang
ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten
dengan peruntukan Akta ini dan peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan
dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah
Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap
arahan sedemikian. 198

199 ASAS PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Rajah 11.2: Asas pembentukan Akta 1996 Akta
Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk
generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta
Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada
hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata
Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak
mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran Tujuan menggubalkan
undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan
perundangan mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam
masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan
perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21
dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta
Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh
dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah
digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah: Untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan bagi semua kaum. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
pelajar di negara ini. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air
dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. 199

25 berfokus kepada penyelesaian masalah perpaduan tetapi bagi menghadapi isu yang lebih global
seperti keperluan guna tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai mengikut zaman. Apatah lagi,
zaman ini dikenali sebagai permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan. Dalam ertikata yang
lain, Malaysia mahukan rakyat dan modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat (e-workers
& k-workers) ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN: FALSAFAH BARAT FPK
tidak dibina secara tersendiri tetapi mempunyai acuannya. Acuan yang digunakan mengambil
unsurunsur yang terbaik dari aliran falsafah pendidikan barat iaitu perenialisme, progresivisme,
esendialisme dan rekonstruksionisme yang mana setiap satunya berteraskan falsafah umum atau
mazhab falsafah dari idealism, realism, pragmatism dan eksistensilisme. Mazhab Falsafah Barat
Perkembangan ilmu akal di dunia ini dipengaruhi oleh empat mazhab dalam falsafah barat iaitu
mazhab idealisme, mazhab realisme, mazhab pragmatisme dan mazhab eksistensialisme. Mazhab-
mazhab falsafah ini terbentuk hasil dari pemikiran dan paradigma pelopor dan pendokongnya.
Mazhab ini telah mempengaruhi semua disiplin ilmu di dunia termasuklah pendidikan. Secara
ringkas perbandingan keempat-empat mazhab falsafah barat tersebut adalah seperti di Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Perbandingan ciri-ciri mazhab falsafah umum barat. Idealisme Realisme Pragmatisme
Eksistensialisme TRADISIONAL Ciri Terawal & tradisional Tradisional Awal abad 20 di Amerika
Syarikat/ moden Fokus Tokoh Kebenaran akal, jiwa, kerohanian Dimensi kebenaran, keadilan dan
keindahan menerusi proses penaakulan Plato, Descartes, Kant, Hagel dll Kebenaran sifat nyata/
maujud fizikalnya Kewujudan di alam fikiran selaras dengan alam nyata. Aristotle, Russel, Bacon,
Lock dll Kebenaran dari pengalaman Persekitaran bersifat dinamik. Pengalaman individu berbeza
Dewey, Darwin, James dll MODEN Pertengahan abad 20 - Eropah/ moden Kebenaran dari
pengalaman bebas Pengalaman bentuk idea & pengetahuan Individu berhak mempuat pilihan &
bertanggung jawab Kierkegard, Jaspers dll Idealisme merupakan mazhab terawal yang memberi
tumpuan kepada pembangunan akal, jiwa dan kerohanian. Menurut pandangan ahli mazhab
idealisme ini kebenaran adalah bersandarkan keupayaan minda membuat penaakulan dan bukan
melalui kebendaan (kewujudan fizikal). Dari sudut metafizik, sesuatu realiti dapat ditransformasikan
ke dalam bentuk fikiran. Dari sudut epistemologi, sesuatu kebenaran adalah sebagai idea yang
berada dalam pemikiran. Hal ini melibatkan keupayaan berfikir, memahami dan menaakul kerana
mazhab idealisme berpendapat pengetahuan boleh diperoleh tanpa melibatkan deria atau
pengalaman; sebaliknya boleh melalui celik akal atau secara intuitif. Dari sudut aksiologi pula,
sesuatu nilai adalah bersifat mutlak iaitu sesuatu nilai adalah tetap dan tidak berubah sama 25

26 ada dari satu generasi ke generasi yang lain atau antara satu masyarakat dengan masyarakat yang
lain. Kemunculan mazhab idealisme tersebut dipelopori oleh Plato. Mazhab realisme pula
menyangkal hujah yang dikemukakan oleh para pendokong mazhab idealism. Mazhab ini
mementingkan kewujudan/keberadaan di dunia nyata untuk membuktikan kebenaran, bukannya di
alam fikiran (sebagaimana yang dipercayai di dalam mazhab idealisme). Dari segi metafizik, fokusnya
ialah kepada objek dan jirim. Dari sudut epistemologi, mazhab ini berpendapat seseorang manusia
lahir dengan fikiran, kefahaman dan ingatan yang kosong (tabularasa). Oleh itu, pengetahuan adalah
hasil interaksi manusia dengan alam sosialnya dan alam fizikal di sekelilingnya. Semakin banyak
seseorang itu berinteraksi, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh. Dari sudut aksiologi,
penerimaan sesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai itu dirujuk kepada
sejauhmanakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan masyarakat. Oleh itu, nilai yang diterima
boleh jadi berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Mazhab realisme ini
dipelopori oleh anak murid kepada Plato iaitu Aristotle. Bagi mazhab pragmatisme, pendokongnya
berpendapat alam semesta tidak statik; sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami
perubahan. Manusia yang menjadi salah satu komponen alam ini merupakan mahkluk yang
mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi sosial, mental, fizikal, mobiliti dan tindakan.
Pada setiap masa manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yang dilaluinya.
Dengan itu, pendokong mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam
pemikiran tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan & dibuktikan. Sebagai contoh,
kehidupan selepas mati merupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran manusia.
Mampukah sesorang menerangkan pengalaman kematian dan kehidupan selepas mati? Oleh itu,
dapatkah anda rumuskan pandangan mazhab pragmatisme terhadap konsep metafizik? Dari sudut
epistemologi, pengetahuan adalah hasil dari pengalaman yang diperoleh oleh manusia melalui
perhubungannya dengan persekitaran. Oleh kerana pengetahuan manusia sentiasa berubah setiap
hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka kebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula,
ia sangat bergantung kepada situasi iaitu dari aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan
diaplikasikan. Pelopor mazhab pragmatism ini ialah anak murid kepada Aristotle sendiri iaitu
Socrates. Mazhab falsafah yang seterusnya ialah eksistensialisme yang muncul pada era moden.
Mazhab ini dipelopori oleh tokoh pemikir Eropah moden seperti Kierkegard, Jaspers dan Nietzsche.
Mazhab eksistensialisme juga menekankan kepada pengalaman seseorang dalam menentukan
kebenaran. Fokusnya ialah terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala
tuju bagi mencapai kesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang
bersifat individu. Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas
menentukan persekitaran bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu
pengetahuan seseorang adalah berpunca dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana
individu bebas menentukan persekitaran sosial dan fizikalnya, maka semakin banyak interaksi
seseorang itu dengan persekitarannya, maka semakin banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari
sudut aksiologi pula, mazhab eksistensialisme berpendapat persoalan nilai adalah bersifat relatif
kepada individu. Hal ini bermakna, seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau
sebaliknya; tidak bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya. Falsafah Pendidikan
Barat Mazhab falsafah barat iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme telah
mempengaruhi perkembangan semua disiplin ilmu termasuklah pendidikan. Dalam pendidikan,
mazhab falsafah ini telah 26
27 mempengaruhi aliran pemikiran dalam pendidikan barat seperti perenialisme, progresivisme,
esensialisme dan rekonstruksionisme. Aliran falsafah pendidikan barat secara umumnya boleh
dikategorikan kepada dua kumpulan mengikut ciri-ciri persamaannya iaitu aliran falsafah pendidikan
tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan aliran falsafah pendidikan moden (progresivisme
dan rekonstruksionisme). Falsafah pendidikan perenialisme adalah berasaskan pemikiran Plato.
Aliran falsafah ini berpendapat bahawa kebenaran adalah tulen yang bersifat sejagat dan tidak
berubah dari dimensi ruang, masa dan budaya dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban dan tamadun
manusia. Dengan itu, ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas
dalam pendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke
arah kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat, maka kurikulum adalah sama untuk semua
pelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan fokus terhadap
pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi mata pelajaran Kesusasteraan, Kemanusiaan,
Bahasa, Sejarah dan Matematik. Guru merupakan orang yang berautoriti dalam bidangnya. Peranan
guru ialah menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana guru merupakan orang yang pakar dan
ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru
tanpa soal. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi muda agar mereka berupaya untuk hidup
harmoni dalam masyarakat kelak. Fahaman aliran falsafah pendidikan perenialisme tidak disetujui
oleh sebahagian tokoh pendidik seperti Charles Pierce, William James dan John Dewey. Mereka
meletakkan kepercayaan bahawa kanakkanak membesar dengan keupayaan untuk bertindak
sebagai peneroka, penjelajah dan mengadaptasi terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya. Individu
yang dilahirkan di dunia ini mempunyai potensi, minat dan bakat yang berbeza. Oleh itu pendidikan
berperanan memberi kesempatan kepada murid-murid untuk mencorakkan minat dan bakat
mengikut persekitaran dan masyarakatnya. Kurikulum mestilah member fokus kepada mata
pelajaran Sains Sosial dan merentas disiplin. Aliran falsafah pendidikan progresivisme meletakkan
pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat sendiri. Oleh itu peranan
guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau
dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Aliran falsafah pendidikan
progresivisme telah menimbulkan keraguan kepada perkembangan pendidikan kerana matlamat
pendidikan itu adalah individu pelajar bukannya masyarakat dan negara. Beberapa tokoh seperti
William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed berpendapat pendidikan perlu kembali kepada
saranan sebagaimana yang terdapat di dalam falsafah pendidikan perenialisme. Golongan ini
kemudiannya membentuk aliran falsafah esensialisme. Menurut aliran falsafah ini pendidikan adalah
bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat
sekian lama. Aliran ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting
untuk disampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di
peringkat sekolah rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Di peringkat sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran,
matematik, sains, bahasa, kesusateraan dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting.
Guru adalah sebagai pakar yang menguasai bidangnya dan sebagai role- model. Oleh itu guru perlu
dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar
memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahli
masyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan kepada pelajar warisan budaya
dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada. Pertengahan abad ke-20, telah muncul satu lagi
aliran falsafah pendidikan yang dikenali sebagi aliran falsafah pendidikan rekonstuksionisme. Aliran
ini dipelopori oleh George Counts dan Harold Rugg. Falsafah pendidikan rekonstruksionisme ini
memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat 27

28 iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan
pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu, proses
pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadap masalah
yang berlaku dalam masyarakat semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-
masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang.
Kurikulum yang disediakan mengandungi masalahmasalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku
dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu membimbing pelajar agar sedar
dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnya pelajar dibimbing
serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi
masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utama dalam pembinaan
semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupun politik sesuai dengan
masyarakat akan datang. Hubungkitan antara mazhab falsafah barat dan aliran falsafah pendidikan
barat yang dijelaskan di atas dapat dilihat menerusi Rajah 2.1. MAZHAB FALSAFAH BARAT ALIRAN
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Idealisme Perenialisme Realisme Progresivisme Pragmatisme
Esensialisme Eksistensialisme Rekonstruksionism e Rajah 2.1: Pengaruh mazhab falsafah terhadap
falsafah pendidikan barat Sebagai perbandingan di antara falsafah pendidikan barat tradisional
(perenialisme dan esensialisme) dan falsafah pendidikan barat moden (progresivisme dan
rekonstruksionisme) Rajah 2.2 dan Jadual 2.2 dapat memberikan penjelasan dari aspek
perbandingan dengan jelas. T R A D I S I O N A L PERENIALISME Kriteria: Masyarakat & Pendidikan
Pengetahuan & Pembelajaran Pengajaran Guru Tujuan & Program ESENSIALISME PROGRESIVISME
REKONSTRUKSIONISME Rajah 2.2: Perbandingan ciri-ciri falsafah pendidikan tradisional dengan
falsafah pendidikan moden. M O D E N 28

29 Jadual 2.2: Perbandingan kriteria-kriteria yang terdapat dalam falsafah pendidikan barat.
KRITERIA Masyarakat & Pendidikan Pengetahuan & Pembelajaran Pengajaran Guru Tujuan &
Program ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Tradisional Moden (Perenialisme & Essensialisme)
(Progresivisme & Rekonstruksionisme) Sekolah ialah institusi pendidikan formal Rumah ialah institusi
pendidikan formal Sekolah agen kebudayaan Pendidikan matlamat masyarakat Pengetahuan
sediakan pelajar untuk demokrasi Pendidikan kembangkan kognitif (akademik) Nilai bersifat objektif
& tetap (berasaskan persetujuan) Tumpuan terhadap pengetahuan dan maklumat Fokus kepada
mata pelajaran (akademik) Kandungan subjek: Pilihan guru Penyusunan berurutan Orientasi
terhadap perkara lampau Kandungan subjek dibahagi kepada beberapa unit secara terasing
Rancangan pengajaran disusun mengikut topik oleh guru. Orientasi teks & bilik darjah Berkumpulan
secara keseluruhan Jadual yang tetap & masa seragam Pelajar kumpulan yang homogeneous &
program khas Pengajaran berorientasi guru & pelajar pasif Keseragaman dalam membina
pengalaman bilik darjah dan situasi pengajaran Fokus kepada sastera & sains Pengkhususan
Kurikulum ditentukan oleh guru, sekolah dan pusat. Standard yang tinggi & cemerlang: Tumpuan
khas kepada mereka yang cemerlang Sekolah memajukan masyarakat Pendidikan kembangkan
potensi Pengalaman demokrasi di sekolah menyediakan pengetahuan untuk demokrasi sebenar.
Pendidikan bersepadu (kognitif, moral dan sosial) Nilai bersifat subjektif (pandangan individu)
Tumpuan terhadap penyelesaian masalah & peranan individu Fokus terhadap pelajar Kandungan
subjek: Pilihan guru & pelajar Susunan ikut kefahaman Orientasi kepada semasa & hadapan
Kandungan subjek secara bersepadu Rancangan pengajaran disusun mengikut minat & masalah
murid. Orientasi pelbagai bahan & masyarakat. Keseluruhan, kumpuan kecil & individu Jadual yang
anjal & masa fleksibel Pelajar kumpulan yang heterogeneous & program berbeza Pengajaran
berorientasi pelajar & pelajar aktif Kepelbagaian dalam membina pengalaman bilik darjah dan situasi
pengajaran Sepadu (satera, subjek praktikal & vokasional) Umum Kurikulum berasaskan keperluan
dan minat pelajar Standard yang setara & fleksibel: Tumpuan khas kepada mereka yang
pencapaiannya rendah 29

30 Ciri-Ciri Falsafah Pendidikan Barat Dualisme Segmentasi Pengkhususan Fleksibel Dinamik = Sistem
pendidikan agama melawan sistem pendidikan sekular. = Ilmu sains menentang agama. = Fokus
kepada satu aliran sama ada sains atau agama. = Fokus kepada perkembangan sama ada kognitif,
afektif ataupun psikomotor. = Sentiasa menekankan penemuan baru & dunia baru berasaskan
penerokaan, inovasi dan kreatif. ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN:
FALSAFAH ISLAM Islam merupakan addin yang bersifat menyeluruh, bersepadu dan sempurna. Islam
tidak terbentuk dari pemikiran manusia tetapi fitrah untuk beragama. Dalam Islam tiada falsafah
tetapi mempunyai hikmah. Islam meletakkan kepercayaan di hadapan pemikiran. Kepercayaan
bukan pemikiran. Sebagai contoh, dari segi segi pemikiran, orang yang pandai berenang dan boleh
menahan nafas di dalam air selama 30 minit sudah pasti tidak menghadapi masalah ketika berada di
dalam air. Walau bagaimanapun bolehkah orang tersebut menyelamatkan diri apabila ombak
bergelora atau tsunami melanda? Ketika itu kepercayaan mengambil tempat apabila orang yang
menghadapi musibah itu berkata Ya Allah atau Oh my God. Hal ini bermakna, fitrah manusia
sebenarnya adalah beragama. Kehidupan dengan pengaruh persekitaran manusia itu sendiri yang
menghasilkan pemikiran untuk menolak hidup beragama. Dari aspek cabang falsafah yang meliputi
metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik, Islam memberi penekanan kepada kepercayaan dan
ketuhanan yang mengawal pemikiran dan tindakan. Metafizik: Mengenal kebenaran terhadap
keesaan Allah sebagai pencipta. Banyak tanda-tanda kebenaran yang dibuktikan menerusi diri
manusia itu sendiri, alam dan makhluk dan tanda-tanda kehebatan dan kebesarannya. Epistemologi:
Ilmu yang benar bersumberkan al-quran, Sunnah dan ilmu-ilmu akal yang lain berasaskan
kebijaksanaan berfikir untuk penyelesaian masalah dan menjadikan kehidupan manusia bertambah
sempurna, baik dan maju. Aksiologi: Nilai kecantikan yang membentuk watak dan akhlak dalam diri
manusia untuk mentadbir alam yang serba indah ini dengan sempurna. Logik: Berfikir secara
bijaksana untuk mencari kebenaran yang hakiki bagi menambahkan kecintaan terhadap kehidupan
beragama. Sebagai analogi, mengerjakan solat. i. Mengapa perlu wuduk (mengambil air
sembahyang) walaupun selepas mandi? ii. Mengapa perlu niat sebelum mengerjakan solat? iii.
Mengapa perlu mengadakan beberapa gerakan dalam solat seperti berdiri tegak, takbiratulihram,
kiam, ruku, sujud, duduk antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir? 30

31 Indahnya solat dari segi metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik kerana ia mengandungi rahsia
yang besar hikmahnya yang kini telah dibuktikan secara saintifik untuk kesejahteraan diri,
masyarakat dan, ummah. Di dalam solat Itulah terdapatnya contoh falsafah Islam.
Pendokumentasian Falsafah Pendidikan Islam Pada peringkat awalnya, tidak terdapat sebarang
bentuk falsafah pendidikan yang seragam untuk digunakan di semua negara-negara Islam. Semua
negara menggunakan dan mengamalkan mengikut apa yang telah ditentukan oleh pemimpin negara
masing-masing. Oleh kerana itu ada yang membentuk ideologi yang ekstrim (contohnya Iran dan
Afganistan), falsafah yang diambil dari barat (contohnyaturki) dan falsafah yang diadaptasikan dari
negara-negara lain (Malaysia). Sehinggalah pada tahun 1977 apabila negara-negara Islam Sedunia
(OIC) mengadakan satu persidangan khusus untuk membincangkan hala tuju, bentuk, proses dan
hasil tentang pendidikan. Maka Falsafah Pendidikan Islam didokumentasikan untuk dijadikan rujukan
dalam membina Falsafah Pendidikan di negara-negara yang mengiktiraf negaranya sebagai negara
Islam. Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan
fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal
soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain. Berdasarkan falsafah pendidikan Islam tersebut, terdapat beberapa komponen yang perlu
diberi perhatian iaitu bentuk pendidikan, proses pendidikan dan hasil pendidikan sebagaimana yang
ditunjukkan di dalam Rajah 2.3. Bentuk Pendidikan Berterusan Menyeluruh Bersepadu Seimbang
Harmoni Proses Pendidikan Hasil Pendidikan Diusahakan berterusan Orientasi pelajar Bersepadu &
menyeluruh (Rohani, intelek, emosi, jasmani) Gabungjalin & penerapan Keseimbangan Rajah 2.3:
Hubungan komponen bentuk, proses dan hasil dalam falsafah pendidikan Islam Intrinsik: Individu
yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh. Ekstrinksik: Individu yang dapat
memberi sumbangan kepada pembinaan masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu
membantu antara satu sama lain 31

32 HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DALAM

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Rajah 2.4: Hubungkaitan antara falsafah
pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan Rajah 2.4
menunjukkan asas falsafah yang mendasari pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
FPK mempunyai kandungan yang sempurna dan lengkap dengan mengambil pertimbangan tentang
pembangunan insan untuk menjadi cemerlang menerusi pendidikan. Manusia merupakan makhluk
sempurna yang mempunyai empat komponen iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intelek
adalah berkaitan dengan organ otak. Manakala rohani melibatkan kepercayaan dan pegangan. Emosi
berkaitan dengan hati dan perasan dan jasmani adalah tubuh luaran diri manusia. Kesemua
komponen tersebut perlu dididik secara menyeluruh dan bersepadu agar lahir nanti insan yang
seimbang dan harmoni pertumbuhannya. Kandungan FPK tersebut selari dengan dengan Falsafah
Pendidikan Islam yang meletakkan manusia terdiri dari tiga komponen iaitu akal (dari otak), roh
(rohani) dan jasad (tubuh secara luaran). Ketiga-tiga komponen tersebut mempengaruhi empat
komponen yang ada dalam FPK. Begitu juga mazhab falsafah barat yang mempengaruhi falsafah
pendidikan barat dan seterusnya mempengaruhi perspektif mereka terhadap perkembangan
manusia dari segi kognitif (otak), afektif (jiwa dan perasaan) dan psikomotor (tubuh luaran manusia).
Jika dihubungkan dengan FPK maka persamaan tersebut berlaku. Oleh itu, FPK adalah falsafah
pendidikan yang mempunyai cirri-ciri gabungan antara falsafah pendidikan barat dan falsafah
pendidikan Islam. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994) menamakan falsafah yang sedemikian
sebagai falsafah eklektif. Rajah 2.5 menggambarkan bagaimana perkaitan yang berlaku di antara
falsafah pendidikan barat tradisional, falsafah pendidikan barat moden dan falsafah pendidikan
Islam bertemu untuk membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bersifat eklektik. 32

33 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERSIFAT EKLEKTIK. (Falsafah eklektik bermaksud

gabungan atau paduan dari pelbagai sistem dan falsafah yang dipilih ataupun falsafah pendidikan
yang tercipta dari pelbagai sumber) Rajah 2.5: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai falsafah eklektik RUMUSAN Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam,
kritis, holistik, sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran.
Falsafah pendidikan pula memberi sumbangan terhadap kejelasan dan ketepatan makna, penetapan
matlamat/ objektif, menggerak pemikiran, pemilihan pengetahuan, sumber dan kaedah serta
pemilihan nilai yang tepat. Falsafah pendidikan barat (perenialisme, progresivisme, esensialisme dan
rekonstruksionisme) berteraskan mazhab falsafah umum barat iaitu idealisme, realisme,
pragmatisme dan eksistensialisme. Falsafah pendidikan Islam menekankan unsur bersepadu,
meyeluruh dan seimbang merangkumi roh, akal dan jasad. Falsafah pendidikan barat dan falsafah
pendidikan Islam digabungkan untuk menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang bersifat eklektik. FPK mengandungi maklumat secara tersurat & tersirat tentang bentuk,
proses dan hasil pendidikan di Malaysia. Kandungan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
did lam FPK menjadi fokus dan matlamat pendidikan negara. Pelaksanaan pendidikan menekankan
elemen menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam usaha mengembangkan lagi potensi individu.
Seterusnya dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan seimbang
dalam usaha mencapai tahap negara maju yang gemilang. 33

34 3 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENALAN Sputnik merupakan kapal angkasa yang telah mengubah dunia dari segi perlumbaan
ilmu. Amerika Syarikat yang pada mulanya begitu angkuh mengatakan bahawa sistem pendidikannya
adalah yang terbaik di dunia membisu dan tunduk kepada kecanggihan teknologi Rusia yang secara
diam telah melancarkan kapal angkasanya untuk mendarat di bulan. Rusia telah membangunkan
pendidikan melalui pengisian kurikulumnya ke masa depan meninggalkan pendidikan Amerika jauh
ke belakang apatah lagi negara-negara yang lain. Tersentak dengan kejutan itu, Amerika Syarikat
kemudiannya telah rombakan dan menggubal semula dasar pendidikan, sistem pendidikan dan
orientasi kurikulumnya agar dapat menguasai sistem pendidikan terbaik dunia sebagaimana yang
didakwanya. Hal tersebut menjelaskan bahawa pendidikan dan kurikulum adalah suatu yang dinamik
dan sentiasa perlu berubah dengan tuntutan semasa yang disuaipadankan kepada keintelektualan
manusia dan pembangunan negara selaras dengan tuntutan agama, ideologi, ekonomi, sosial dan
alam sekitar. Dalam konteks Malaysia, perkembangan pendidikan yang berlaku adalah dari suatu
kesinambungan warisan yang panjang bermula dengan sistem pendidikan agama, bertukar kepada
sistem pendidikan vernakular semasa era penjajahan, sistem pendidikan kebangsaan mengikut
acuan barat selepas kemerdekaan, sistem pendidikan kebangsaan mengikut acuan Malaysia yang
menggunakan kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, institusi pendidikan lepasan menengah. Dari kurikulum yang bersifat vernakular,
Malaysia telah mengubah kepada bentuk bersepadu dan kini berteraskan standard yang berpaksikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan halatuju pendidikan berdasarkan matlamat
negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988, falsafah
pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan
digambarkan melalui penyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak (1956),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Perlukah pendidikan berubah? Fikirkan mengapakah dinosaur yang begitu hebat suatu waktu dahulu
hanya tinggal fosil pada hari ini? 34

35 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA Perkembangan pendidikan serantau menyaksikan

hubungkaitannya dengan sejarah penerokaan, penjelajahan, penjajahan dan globalisasi. Sistem
pendidikan dan pengisian kurikulum di negara-negara yang terbabit adalah mengikut acuan negara-
negara yang dianggap ibu mereka. Berdasarkan Rajah 3.1 jelas dilihat pengaruh perkembangan
pendidikan moden dibeberapa negara. Continental Inggeris Islam Perancis Jerman Inggeris Arab
Rusia Amerika China Filipina, Taiwan, Korea India Indochina, Indonesia Jepun Malaysia, Singapura
Rajah 3.1: Perluasan pengaruh pendidikan dan kurikulum moden dibeberapa negara di dunia
Berdasarkan Rajah 3.1, pendidikan di Malaysia difabrikkan oleh pengaruh luar seperti Pendidikan
Islam dari tanah Arab dan India, Pendidikan Inggeris dari England, Pendidikan Cina dari Tanah Besar
China dan Pendidikan Tamil dari Benua Kecil India. Hal inilah yang kemudiannya memunculkan
sistem pendidikan vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa pengantar yang mengikut bahasa
ibunda) di Tanah Melayu dan kekal sehingga kini di Malaysia (kecuali pendidikan Inggeris) apabila
Akta 1996 menjamin terus kewujudannya. Dalam masyarakat tradisional yang serba ringkas dan
mudah, pendidikan hanyalah satu keperluan hidup sebagai survival dalam masyarakat seperti
memburu, bertani, bertukang dan nelayan. Dalam kelangsungan hidup berkeluarga dan
bermasyarakat, pendidikan bertumpu kepada berbezaan gender dan status sosial dalam masyarakat.
Kemahiran dan ilmu kewanitaan yang berkaitan dengan peranan anak perempuan, isteri dan ibu
diwariskan kepada anak-anak perempuan. Mereka dididik untuk cekap memasak, mengurus
rumahtangga, menjaga maruah dan kesopanan, mengaji al-quran dan serba sedikit bertani &
memelihara ayam itik sebagai keperluan. Manakala anak lelaki merupakan anak emas keluarga yang
akan membawa nama keluarga. Mereka diberi pendidikan dengan ilmu keperwiraan untuk menjadi
pahlawan yang tangkas, cekal dan mempunyai kepimpinan untuk memikul tanggungjawab sebagai
ketua 35

36 keluarga. Mereka juga diajar erti kehidupan yang lasak untuk mencari nafkah keluarga yang
diwarisi dari bapa mereka sama ada bertani, bertukang ataupun nelayan yang lebih mahir. Kedua-
dua anak sama ada lelaki atau perempuan diberi didikan yang sama tentang agama dan adat
sehingga muncul ungkapan Biar mati anak, jangan mati adat dan Agama dijunjung, adat dikelek.
Pendidikan berkaitan dengan status sosial dalam masyakat Melayu tradisional yang terus sebati
sehingga sekarang sebenarnya tercipta dari peristiwa di Bukit Si Guntang apabila termeterinya
perjanjian di antara Seri Teri Buana, raja yang memerintah dengan Demang Lebar Daun yang
mewakili rakyat jelata. Dari penjanjian itu lahirkan konsep daulat kepada raja dan tulah kepada
rakyat. Raja-Raja Melayu mempunyai daulat yang mesti dijunjung oleh semua rakyat di bawah
naungannya. Mana-mana rakyat yang menderhaka kepada rajanya akan menerima tulah, akibat dari
perbuatannya. Kerana itu pantang kepada rakyat menderhaka kepada rajanya. Sehubungan dengan
itu muncullah ungkapan Daulat Tuanku!. Situasi seperti itu mesti dipatuhi dan diwariskan dari satu
generasi kepada generasi yang seterusnya. Putera dan puteri raja diberi pendidikan di dalam istana
mengenai adab-adab yang selayaknya sebagai anak raja. Bagi anak-anak pembesar pula seperti anak
Bendahara, Temenggung, Bentara, Laksamana dan Syah Bandar, Orang Kaya-Kaya, Orang Besar
menerima anugerah dari sultan atau raja untuk hidup dalam bayang-bayang istana. Mereka dari
golongan rakyat biasa yang terpilih kerana kelebihan ilmu, kemahiran dan harta yang dimiliki. Rakyat
jelata pula merupakan golongan hamba yang mesti taat setia, sedia menyumbang bakti kepada raja
tanpa sebarang keraguan dan persoalan. Hal ini banyak dikisahkan dalam buku-buku seperti Sejarah
Melayu, Misa Melayu dan Hikayat Hang Tuah sebagai rujukan, teladan dan iktibar. Perkembangan
Kerajaan Melayu Melaka yang pesat meliputi sebahagian besar Alam Nusantara telah menjadikan
Melaka sebagai pusat perdagangan antara bangsa pada abad ke-14. Melaka telah bertukar menjadi
pusat pendidikan terbuka di rantau sebelah timur. Pelbagai ilmu dipelajari dan dimanfaatkan seperti
ilmu perdagangan dan perniagaan, pengurusan pelabuhan, perundangan, komunikasi antara bangsa,
keagamaan dan sebagainya lagi. Institusi-institusi pendidikan semakin berkembang bermula dengan
istana dan rumah individu dan kini muncul madrasah dan sekolah pondok. Selanjutnya syiar Islam
berkembang meluas ke seluruh Melaka dan tanah jajahan takluknya di rantau nusantara.
Perkembangan pendidikan agama Islam memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya. Apa yang
nyata, kurikulum yang dipentingkan ialah aspek fardu ain dan fardu kifayah yang bersumberkan al-
quran, al-hadis serta kitab-kitab yang dibawa dari tanah arab dan Mesir. Perkara-perkara yang
dipelajari ialah pengajian al-quran, hadis, fiqh, tauhid dan tasawuf. Pengajarnya pula terdiri dari para
saudagar dan pedagang serta pendakwah Islam dari timur tengah. Mereka ini bergelar Sayyid, Sheikh
atau Maulana. Dalam Sejarah Melayu dikisahkan perihal Pendita Maulana Abu Ishak dari Mekah
yang arif dalam ilmu Tasawuf. Beliau kemudiannya telah mengarang sebuah kitab agama iaitu kitab
Duri l-mazlum dan mengajarkannya kepada Maulana Abu Bakar serta meminta agar isi kandungan
kitab tersebut diajarkan kepada rakyat Melaka. Keperihatinan sultan terhadap pendidikan agama
Islam telah menyebabkan para pembesar istana turut mendalami dan mengamalkan ajaran agama
Islam dalam kehidupan mereka. Pendidikan berkembang menerusi kaedah kuliah, syarahan,
perbahasan, penyoalan dan sebagainya lagi. Satu kisah yang menggambarkan keadaan tersebut
diceritakan di dalam Sejarah Melayu. Arakian Sultan Mansur Syah pun menitahkan Tun Bija Wangsa
ke Pasai, bertanyakan satu masalah. Segala isi syurga itu kekalkah ia di dalam syurga; dan segala isi
neraka itu kekalkah ia di dalam neraka?. 36

37 Perkembangan pendidikan Islam di Melaka memberikan impak yang sangat besar kepada sistem
tulisan. Tulisan Arab telah dijadikan asas kepada pembentukan tulisan Jawi sebagai media penulisan
bahasa bersurat dengan mengambil tambahan dari huruf dalam tulisan Parsi dan Barbar. Tulisan
Jawi tersebut telah memainkan peranan besar bagi mengikat perpaduan satu bahasa meliputi
seluruh bangsa Melayu di alam Nusantara. Perkembangan Melaka sebagai pusat tamadun timur
yang pesat dalam aspek ekomoni, sosial dan agama Islam tidak disenangi oleh kuasa-kuasa barat.
Kuasa-kuasa barat ini kemudiannya berazam untuk menjajah kuasa timur ini. Sebenarnya kerajaan
Melayu tidak tewas jika berhadapan dengan kekuatan. Hal ini terbukti dengan kejayaan Melaka
mengekalkan keamanan dari ancaman Majapahit, Siam dan China. Malah dalam beberapa siri
serangan Portugis ke atas Melaka yang diketuai oleh Laksamana Diego Lopez de Sequiera pada
tahun 1509 mereka tewas dalam keadaan yang memalukan dan kembali semula ke Goa. Pada tahun
1511, Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque dengan kekuatan 16 buah kapal perang,
bilangan tentera yang ramai dan senjata yang lebih hebat telah menyerang Melaka. Melaka
sebenarnya tidak tewas kepada kuasa Portugis. Contohnya serangan Portugis pada 25 Julai 1511
dapat dipatahkan. Hanya serangan pada 24 Ogos 1511, barulah Melaka dapat ditawan dan memaksa
Sultan Mahmud meninggalkan Melaka. Sebenarnya Melaka tidak tewas kepada Portugis tetapi
ditewaskan oleh anak bangsa sendiri yang menderhaka, bacul dan tidak patriotik seperti si Kitul yang
bersekongkol dengan kuasa penjajah tersebut. Melaka tewas dan terus dijajah silih berganti selepas
Portugis tewas kepada kuasa Belanda pada tahun 1641 dan kemudiannya diserahkan kepada
Inggeris pada tahun 1824 berikutan dengan Perjanjian Inggeris-Belanda. Melaka bagaikan
perumpamaan gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah. Maruah orang Melaka
hilang kerana negeri hilang daulat dan menjadi barang pertukaran dengan Betawi di Indonesia di
antara Belanda dan Inggeris. Inggeris meluaskan jajahan takluknya menggunakan kepintaran hujah
dan menerusi penjanjian dengan raja-raja Melayu, satu demi satu negeri-negeri di Tanah Melayu
jatuh kepada Inggeris bermula dengan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan berakhir dengan Johor
pada tahun 1914. Tanah Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan politik dan wilayah iaitu Negeri-
Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Johor). Perang Dunia Kedua menyaksikan tumbangnya kuasa barat dan
Tanah Malayu menjadi jajahan takluk Jepun pada 15 Februari 1942, yakni 10 minggu selepas tentera
Jepun mendarat di Kota Bahru, Inggeris menyerah kalah setelah menjajah selama 156 tahun mulai
1786. Asia untuk Asia, itulah slogan Jepun yang kemudiannya mentadbir Tanah Melayu secara pecah
dan perintah. Jepun mengambil orangorang Melayu dan India untuk bekerja sebagai polis dan kerani
pentadbiran. Manakala kala orang orang Cina mengalami kekejaman kerana disyak menyokong
penentangan Jepun di China dan Tanah Melayu. Pendidikan era Jepun lebih kepada indoktrinasi
ideologi negara Jepun. Tetapi peristiwa ini memberi pengajaran kepada rakyat tempatan bahawa
metos keagungan orang kulit putih dan kuasa barat tidak boleh dikalahkan adalah tidak benar.
Apabila Jepun menyerah kalah pada pertengahan Ogos 1945, maka kuasa Inggeris dijemput untuk
terus mentadbir Tanah Melayu bagi menghadapi ancaman Komunis Malaya yang mengambil alih
kuasa pemerintahan negara selama lebih kurang lima minggu sehinggalah pada akhir September
1945. Ibarat mengantuk disorongkan bantal, British menjajah semula Tanah Melayu atas dasar
membantu mentadbir. Hal ini kerana Tanah Melayu sangat bernilai kepada Britain. Oleh yang
demikian, British mesti mengekalkan kuasa demi kepentingan mereka. Britain sebenarnya telah
bankrupt pada akhir perang dunia kedua dan terpaksa menjual 1.1 bilion dari pelaburan seberang
lautnya bagi menangung hutang asing sebanyak 3.4 bilion. Jelaslah bahawa Tanah Melayu sangat
penting bagi pemulihan ekonomi Britain. Walau bagaimanapun keadaan selepas perang
menyebabkan kesedaran politik dalam 37

38 kalangan rakyat Tanah Melayu telah meningkat dan menuntut kemerdekaan yang tulen dari segi
ekonomi dan politik. Pendidikan telah menggerakkan ke arah literasi dan penyusunan gerakan
tuntutan kemerdekaan secara teratur dan sistematik. Akhirnya tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu
diisytiharkan merdeka. Seterusnya pada September 1963 pembentukan negara Malaysia
dilaksanakan apabila negeri Sabah dan Sarawak menjadi ahli dalam kumpulan negeri-negeri di
Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia pernah dikuasai (dijajah dan dinaungi) oleh kuasa
asing selama 500 tahun. Selama tempoh itulah pelbagai kuasa barat (Portugis, Belanda dan Inggeris)
dan kuasa Jepun telah mencorakkan landskap pendidikan yang ada di Tanah Melayu. Kejatuhan
empayar dan kerajaan Melayu Melaka kepada kuasa penjajah Portugis, Belanda serta Tanah Melayu
kepada Inggeris telah meruntuhkan kegemilangan tamadun Melayu dalam politik, ekonomi, sosial,
budaya, agama dan pendidikan. Dari segi politik hilangnya sebuah negeri berdaulat dengan sistem
kerajaan beraja di Melaka. Dalam ekonomi pula, Melaka hilang peranannya sebagai sebuah
pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa. Hirarki struktur politik dan sosial juga berubah
kerana negara diperintah melalui sistem Residen. Apa yang ada kepada orang melayu ialah adat
Melayu dan agama Islam. Selain daripada politik dan sosial, masyarakat Melayu kehilangan
kebudayaan dan warisan tempatan dan digantikan dengan budaya barat. Sektor ekonomi orang-
orang Melayu juga semakin terpinggir apabila sistem ekonomi berbentuk komersil diperkenalkan
seperti pertanian ladang, perlombongan dan perindustrian. Perkembangan agama Kristian berlaku
pesat apabila mubaligh-mubaligh mendapat dana untuk membangunkan gereja-gereja dan sekolah-
sekolah yang bercirikan agama Kristian. Perkembangan agama Islam terbantut dan terhalang. Jika
sebelum itu Melaka terkenal sebagai pusat pengajian agama Islam di rantau sebelah timur,
penjajahan telah menyebabkan hilangnya peranan itu. Era penjajahan Portugis dan Belanda
menyaksikan perkembangan pendidikan terbantut. Pentadbiran Portugis mengambil sikap tidak
peduli dan tiada inisiatif untuk membangunkan dan mengembangkan pendidikan untuk penduduk.
Nasib lebih malang berlaku terhadap pendidikan agama Islam apabila perkembangannya terhalang.
Penjajahan oleh kuasa Inggeris pula dengan segala muslihat dan kepintarannya telah dapat
mengubah senario struktur politik dan pentadbiran, sosial dan kebudayaan, ekonomi, agama dan
pendidikan di Tanah Melayu. Hal ini kerana penjajahan Inggeris telah menguasai Tanah Melayu
secara keseluruhannya bukannya Melaka semata-mata. Orang Melayu tiada kuasa politik kerana
yang berkuasa pada waktu itu ialah Gabenor dan Residen Inggeris. Pusat pentadbirannya di India
dan rajanya ialah Ratu di England. Panggilan untuk mereka ialah Sir. Maknanya orang Melayu
khadam dan orang Inggeris adalah tuan besar. Untuk mengekalkan status ini maka Inggeris
menanamkan ideologi tersebut menerusi pendidikan. Pendidikan digunakan sebagai alat kawalan
sosial bagi mengukuhkan kuasa Inggeris melalui dasar pecah dan perintah. Bagaimanakah dasar ini
boleh dilaksanakan tanpa penentangan dari penduduk? Inggeris telah memulakan langkah pertama
dengan alasan ekonomi. Dikatakan penduduk Melayu tidak suka bekerja dan malas. Oleh itu mereka
terpaksa membawa masuk buruh asing untuk bekerja dalam semua sektor ekonomi dengan alasan
untuk membantu mengembangkan ekonomi. Hal sedemikian dinyatakan oleh Steinberg; Keadaan
orang-orang Melayu yang berkedudukan berselerak dan penglibatan mereka dalam satu susunan
sosial yang tradisional berdasarkan kekampungan dan pengusahaan tanah bermakna tidak ramai
orang-orang Melayu boleh didapati atau sanggup bekerja sebagai buruh bergaji yang sangat
diperlukan untuk mempercepatkan perkembangan eksport-eksport perdagangan dan kemudahan-
kemudahan tambahan baginya. (Arasaratnam, S. (1970). Indians in Malaysia and Singapore. London:
Oxford University Press. Pg 10-20). 38

39 Betulkah orang-orang Melayu malas dan tidak sanggup bekerja? Inggeris mendapati adanya
penawaran tenaga buruh yang murah dan boleh diperas keringatnya dari beberapa negara seperti
China, India, Sri Langka dan lain-lain lagi. Pada waktu sama, keadaan di negara berkenaan adalah
huru hara, peperangan dan bencana alam yang menyebabkan berlakunya kemelaratan dan
kebuluran dalam kalangan rakyatnya. Inggeris hanya mementingkan ekonomi dan mempastikan
jentera ekonomi bergerak dengan cekap. untuk berkhidmat sebagai askar & polis, orang Sikh dari
Punjab, India dan orang Gurkha dari Nepal dibawa masuk. Manakala untuk bekerja disektor
perlombongan bijih timah, maka orang-orang dari negara China dibawa masuk. Sementara untuk
memajukan sektor perladangan getah dan buruh kasar maka orang-orang dari negara India dibawa
masuk. Manakala untuk perladangan teh, orang-orang dari Sri Langka turut dibawa masuk.
Kemasukan buruh asing telah meningkatkan sumber kewangan Inggeris yang digunakan untuk
memajukan England. Rakyat tempatan dapat apa? Mengikut Roff (dalam Haris Md. Jadi, 1990) Di
antara 1875 hingga 1900, Inggeris telah mengaut harta dari Tanah Melayu (Negeri-Negeri Selat)
secara berlipat ganda dari setengah juta ringgit (Mata wang Negeri-Negeri Selat) kepada 15.5 juta
ringgit. Manakala nilai eksport meningkat dari 3.3 juta ringgit kepada lebih 60 juta ringgit. Selain dari
perubahan ekonomi, pengambilan masuk warganegara dari negara China, India, Nepal, Sri langka
telah mengubah pola demografi di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat menerusi banci penduduk
pada tahun 1911, 1921, 1931 dan 1947. Jadual 3.1: Jumlah penduduk Tanah Melayu mengikut
pecahan kaum (1911 1947) Tahun Jumlah Peratus Bilangan Penduduk Penduduk Melayu Cina India
Lain-lain 1911 2,672,800 51.0 33.0 11.0 5.0 1921 3,358,054 49.2 35.0 14.0 1.8 1931 4,385,346 44.7
39.0 14.2 2.1 1947 5,846,900 43.5 44.7 10.2 1.6 Sumber: Nordin Selat (1976) dan You Poh Siang
(1965) Berdasarkan jadual tersebut Tun Dr. Mahathir Muhamed semasa menjadi Perdana Menteri
Malaysia pernah berkata melalui ucapan beliau pada tahun 2002 iaitu; Semasa zaman penjajahan,
para penjajah tidak menghiraukan masalah sosial. Demi untuk membantu mengeksploitasi ke atas
kekayaan tanah jajahan, ramai pekerja asing dari tanah jajahan lain dibawa masuk. Demografi
kemudiannya berubah. Apakah yang boleh anda tafsirkan dari data penduduk dan kenyataan Tun Dr.
Mahathir tersebut? Dasar pecah dan perintah yang dirancang oleh Inggeris berjaya dilaksanakan
dengan jayanya. Hal ini kerana kesemua penduduk yang ada di Tanah Melayu diasingkan mengikut
ekonomi dan pekerjaan. Kaum Melayu dengan sektor pertanian sara diri di kampung-kampung.
Manakala kaum Cina diletakkan di kawasan perlombongan bijih timah seperti di Lembah Kinta &
Larut dan Lembah Kelang di bawah pengawasan Kapitan. Kaum India pula di bawah pengawasan
pegawai Inggeris untuk bekerja di ladingladang getah, buruh binaan dan pengendalian keretapi.
Mengapa orang-orang Melayu dikekalkan di sektor pertanian sara diri, nelayan dan bertukang?
Orang-orang Melayu dileka dan dilenakan supaya tidak 39

40 bersusah payah kerana digula-gulakan dengan ungkapan orang Melayu adalah tuan. Inggeris
telah belajar tentang hal ehwal orang Melayu. Orang-orang Melayu hanya akan marah dan bangkit
menentang kalau berlaku tiga perkara. Pertamanya apabila agamanya (Islam) dicaci cerca. Keduanya
apabila bangsa & adat Melayu dihina. Ketiga ialah apabila perbuatan menderhaka terhadap Raja-
Raja Melayu. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu memunculkan istilah masyarakat
majmuk yang ditakrifkan oleh Furnivall (1948) seperti berikut; Dalam erti kata yang sebenarnya, satu
adukan, kerana mereka bercampur tetapi tidak mesra. Setiap kumpulan berpegang kepada agama
mereka, kebudayaan dan bahasa mereka, idea-idea dan cara mereka. Sebagai orang perseorangan
mereka berjumpa tetapi hanya di pasar, apabila berjual beli. Terdapat sebuah masyarakat majmuk
dengan bahagian masyarakat tinggal sebelah menyebelah tetapi terpisah dalam satu unit politik
yang sama. Hingga dalam bidang ekonomi terdapat pembahagian tenaga buruh mengikut garis-garis
kaum. (Furnivall, J.S. dalam Mohd. Haris, 1990) Pembentukan masyarakat majmuk tersebut telah
memberikan kesan penting dari segi politik, ekonomi dan pendidikan. Kepintaran Inggeris telah
menggunakan pendidikan sebagai helah untuk memperkukuhkan cengkamannya terhadap kuasa
politik tanah Melayu dan menguasai ekonomi negara. Bak Kata pepatah telunjuk lurus, kelingking
berkait dan mulut disuap pisang, buntut dicucuk onak. Menurut Mohd. Taib Osman (2002), falsafah
pendidikan pada era penjajahan Inggeris adalah untuk mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dasar pertama yang menyokong falsafah ini ialah mendirikan
sekolah rendah dan sekolah menengah yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dengan
kurikulumnya terhad kepada keupayaan menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira). Perkara ini dilaksanakan untuk membolehkan para pelajar memahami kesusasteraan
Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai hitungan (Ilmu Hisab, Geometri dan
Algebra). Akhirnya pencapaian pelajar diiktiraf menerusi sijil peperiksaan daripada Universiti
Cambridge. Bagi menunjukkan seolah-olah Inggeris perihatin terhadap masyarakat Melayu, sekolah-
sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu juga diadakan tetapi
setakat darjah lima ditadbir di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran. Di manakah kedudukan
pendidikan peringkat menengah untuk orang-orang Melayu berbanding dengan sekolah menengah
Inggeris? Jadual 3.2: Bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Melayu dan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Inggeris 1958-1967 Tahun 1958 1959 1960 1961 1962 1963 1964 1965 1966 1967
Menengah Melayu - - - - - - 22 338 304 298 Menengah Inggeris 148 151 156 171 231 247 271 421
423 408 Sumber: Malaysia, Educational statistics of Malaysia 1958 1967 Pentadbiran Inggeris tidak
menyekat pertumbuhan sekolah-sekolah persendirian seperti sekolahsekolah Cina yang dikendalikan
oleh komuniti setempat. Sekolah rendah dan sekolah menengah persendirian Cina berkembang
pesat khususnya di kawasan petempatan Cina iaitu di kawasan perlombongan yang kemudiannya
bertukar wajah sebagai pusat pertumbuhan komersial yakni bandarbandar seperti Ipoh, Taiping,
Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala bagi kaum India yang tinggal di ladang-ladang, pentadbiran
Inggeris turut mengizinkan dan membantu membangunkan pendidikan pada peringkat rendah.
Dengan kepelbagaian fabrik sekolah-sekolah yang ada maka sistem pendidikan pada 40

41 era penjajahan Inggeris bersifat vernacular (bermaksud bahasa pengantar yang digunakan ialah
bahasa ibunda). Jelasnya, falsafah dan hala tuju pendidikan didasarkan kepada kepentingan Inggeris
sebagai satu kuasa penjajah. Sistem pendidikan pada masa itu tidak bersifat kebangsaan kerana
memang itulah yang menjadi hasrat dan matlamat Inggeris. Pendidikan ketika era penjajahan
Inggeris dibangunkan secara terpisah dan terasing. Dari segi lokasi binaan bangunan sekolah
keterasingan itu disengajakan mengikut kaum. Sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan model
sekolah grammar di England ditubuhkan dan ditabdirkan oleh mubaligh Kristian di bandar-bandar
kerana orang-orang Inggeris berada di bandar-bandar yang menjadi pusat pentadbiran. Sekolah Cina
pula bersifat bebas, di mana Inggeris mengambil sikap tidak peduli. Sekolah Cina berkembang secara
persendirian yang dibangunkan oleh kapitan, tauke dan pedagang di kawasan perlombongan bijih
timah dan bandar-bandar di mana orang-orang Cina bekerja di kawasan perlombongan yang
kemudiannya menjadi pusat perdagangan dan perniagaan. Akhirnya kawasan tersebut berubah
wajah dan demografi yang menyaksikan ia bertukar menjadi bandar. Manakala sekolah-sekolah
Tamil didirikan oleh pemilik ladang sebagai kemudahan anak-anak orang India yang bekerja di
ladang-ladang getah. Di manakah lokasi sekolah-sekolah Melayu? Sekolah Melayu dibangunkan oleh
Inggeris hanya terhad dikampung-kampung dan ditubuhkan oleh pentadbiran Inggeris berpandukan
sekolah grammar dengan pengubahsuaian terhadap bahasa pengantarnya sahaja iaitu bahasa
Melayu. Mengapa di kampung-kampung? Pentadbiran Inggeris menyatakan orang-orang Melayu
senang berada di kampung halamannya, maka sekolah-sekolah mestilah sesuai dengan
persekitarannya. Apa yang tersirat ialah penjajah Inggeris mahukan orang-orang Melayu terus kekal
di kampung-kampung dengan mentaliti kekampungan, mengekalkan tradisi kampung dan memusuhi
orang luar dari kampungnya. Formula: Tiada interaksi + Tiada komunikasi = Sangsi. Jurang dalam
pendidikan semakin dilebarkan oleh Inggeris apabila setiap sekolah yang dibangunkan dalam
lingkungan geografi yang berbeza turut mengambil khidmat guru-guru yang dibawa masuk dari
negara asal kaum tersebut sebagai penutur asli. Guru-guru sekolah-sekolah Inggeris di bawa dari
England, guru-guru sekolah Cina dari negara China dan guru-guru sekolah Tamil dari India. Begitu
juga dengan kurikuklum, buku teks dan peperiksaan turut mengambil model dari negara China.
Falsafah dan Ideologi apakah yang hendak dibentuk? Guru-guru ini membawa falsafah dan ideologi
masing-masing seperti mana yang terdapat di negara asal mereka. Begitu juga dalam hal bahasa
pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah yang ada. Dikatakan hanya bahasa ibunda yang paling
berkesan untuk mendidik anak-anak sesuatu kaum. Maka lahirlah istilah sekolah vernekular (bahasa
pengantar mengikut bahasa ibunda) di mana sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar, Sekolah Melayu dengan bahasa Melayu, Sekoah Cina menggunakan
bahasa Manderin dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Nyatalah Inggeris menggunakan
bahasa sebagai alat pluralisasi kaum. Dan ia sangat berkesan. Era penjajahan Inggeris juga telah
membawa bentuk kurikulum rasmi ke Malaysia. Kurikulum, sukatan pelajaran, bahan pengajaran,
penilaian pendidikan yang diperkenalkan juga berbeza mengikut jenis sekolah kerana perkara
tersebut di bawa masuk dari negara-negara asal seperti England, China dan India. Ringkasnya,
walaupun berada di Tanah Melayu, namun kiblat pendidikan di sekolah-sekolah vernacular
menghala ke negara asal mereka. Falsafah dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh Inggeris
tersebut menunjukkan ada agenda yang tersembunyi terhadap matlamat dan hala tujunya. Mereka
telah membuat perancangan untuk menjadikan pendidikan sebagai wadah bagi mempastikan dasar
pecah dan perintah dicapai dan ideologi penjajahan Inggeris tertanam dalam setiap penduduk Tanah
Melayu. Dengan itu dapatlah penjajah Inggeris memerah ekonomi dan mengukuhkan cengkaman
terhadap politik 41

42 tanah air ketika itu. Pendidikan menjadi satu alat kawalan sosial kepada Inggeris dan mereka
berjaya melaksanakannya dengan cemerlang. Formula: Perbezaan adalah keuntungan. Usaha
Inggeris untuk memecahkan struktur sosial dan perpaduan masyarakat dan kaum telah berjaya
dilaksanakan dengan baik secara sedar atau tidak disedari oleh masyarakat itu sendiri. Maka
ramailah orang Melayu yang berkulit sawo matang, berambut hitam dan hidung agak pesek telah
bersalin kulit menjadi putih dan berambut perang. Orang Melayu menjadi orang putih lebih dari
orang putih sendiri. Nordin Selat (1976) menyatakan perubahan yang berlaku sangat ketara
menerusi cara berpakaian, pertuturan, pemikiran dan tindakan khususnya dalam kalangan golongan
pertengahan masyarakat Melayu. Hal yang sama juga pernah diperkatakan oleh Abdullah Munsyi
apabila menggambarkan tentang golongan pertengahan Melayu ini yang dikatakan mempunyai
hubungan yang akrab dengan Inggeris. Dasar pelajaran Inggeris terhadap orang-orang Melayu
adalah berdasarkan prinsip dualism. Mengapa dualism? Orang-orang Melayu adalah masyarakat
yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Kerana itu dalam pendidikan, selain dari ilmu-
ilmu sekular mestilah mewajibkan pendidikan Islam. Selain itu struktur sosial masyarakat Melayu
terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama ialah raja-raja dan pembesar-pembesar
Melayu yang menguasai puncak struktur hirarki dalam politik. Manakala golongan yang kedua ialah
rakyat jelata yang berperanan sebagai tapak yang menyokong struktur tersebut. Menyedari situasi
tersebut Inggeris menggunakan keadaan tersebut untuk mewujudkan dualism dalam pendidikan.
Sekolah Melayu telah didirikan untuk golongan rakyat bagi membolehkan masyarakat Melayu dari
golongan rakyat biasa merasa sangat berterima kasih kepada pentadbiran British kerana mereka
tidak diabaikan. Apa yang diberikan oleh British mempunyai matlamat yang tersirat. Sekolah Melayu
itu terhad di kampung-kampung. Terhad juga kepada setakat sekolah rendah sahaja. Kurikulum yang
ditawarkan juga terhad. Mengapa begitu? British hanya ada matlamat untuk mengekalkan orang-
orang Melayu dalam lingkungan geografinya dan menjadikan orang-orang Melayu lebih cekap dalam
persekitaran yang sedia ada. Sebagai contoh, laporan negeri Perak pada tahun 1896, dari jumlah 88
buah sekolah Melayu telah berjaya mengeluarkan 118 kerani dan peon, 2,070 petani, 2,177 buruh
atau pekedai dan 1,000 orang dalam pelbagai pekerjaan. J.W.W. Birch dalam laporannya pada tahun
1904, di negeri Perak, hampir semua pelajar lulusan sekolah Melayu telah pulang semula ke
kampong-kampong kecuali 24 orang yang menjadi orang gaji di rumah-rumah dan pejabat-pejabat,
10 orang menjadi guru sekolah Melayu dan seorang mempunyai cita-cita menjadi polis dan seorang
menjadi kerani. Menjelang tahun 1916, satu perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku
apabila R.O. Winstedt bertanggungjawab terhadap pendidikan orang-orang Melayu telah
mengeluarkan laporan dan syor agar pendidikan terhadap orangorang Melayu dibantu dan
dikekalkan dalam keadaan alam persekitarannya sebagaimana katanya; Tidak syak lagi kebanyakan
dari penduduk-penduduk (Melayu) harus bertani atau berpekerjaan sedemikian, maka pejabat
pelajaran mestilah menyediakan mereka untuk menuju ke arah penghidupan seperti itu. Apa-apa
dasar pendidikan yang tidak sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan (bertani) akan
mengakibatkan dislokasi dan kegelisahan sosial. Pendidikan formal ini semakin diterima oleh
masyarakat Melayu dan bilangan sekolah sekolah dan murid-murid Melayu semakin bertambah
Contohnya pada tahun 1924, seramai 40,000 orang murid-murid Melayu sedang mendapatkan
pendidikan. Bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar maka pada tahun 1922 pendidikan untuk
orang-orang Melayu mencapai tahap gemilang apabila Maktab Perguruan Sultan Idris atau SITC
ditubuhkan. Di sinilah guru-guru Melayu dilatih untuk menjadi pendidik di sekolah-sekolah Melayu.
Memetik kata-kata O.T. Dussek, SITC ialah; 42

43 untuk memberi pelajaran kepada orang-orang kampong dengan cara kampung yang sesuai dan
juga menyediakan mereka untuk hidup dengan cara yang berguna dan gembira dalam masyarakat
kampung. Realitinya sebagaimana yang dinyatakan oleh Awang Had Salleh (1980) SITC ialah sebuah
maktab perguruan, sebuah maktab tempat membentuk orang-orang Melayu yang akan pulang ke
kampung, menjadi penduduk kampung yang lebih baik keadaan cara hidup mereka. Inggeris
menggunakan pendidikan sebagai alat kawalan sosial. Inggeris berusaha untuk membekukan
pemikiran dan kehidupan sosial orang-orang Melayu. Inggeris tidak mahu orang-orang Melayu bijak
kerana kebijaksanaan itu nanti akan memusnahkan mereka. Kerana itu, Lord Macaulay pada tahun
1835 menyatakan; Dengan sumber-sumber yang terhad, memang tidak mmenasabah bagi kita untuk
mencuba mendidik kesemua orang. Pada waktu ini kita mesti cuba seberapa boleh untuk
membentuk satu kelas yang boleh menjadi penterjemah di antara kita dengan berjuta-juta yang kita
perintah, satu kelas manusia, darah dan warna kulit mereka sebagai orang India tetapi orang Inggeris
dari segi rasa, pendapat dan inteleknya. Walaupun perkara tersebut merujuk kepada negara India
tetapi dasar yang sama juga berlaku di Tanah Melayu. Haris (1990) menyatakan dalam masyarakat
Melayu yang feudal, British mengamalkan dasar pemerintahan secara tidak langsung. Melalui dasar
ini British memerintah menerusi golongan istana dan bangsawan. Golongan inilah yang perlu dijaga
oleh British. Sehubungan itu pada tahun 1905 sebuah sekolah didirikan oleh pentadbir British khas
untuk anak-anak golongan raja dan bangsawan ini iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar atau MCKK.
Maktab tersebut merupakan sebuah institusi pendidikan British yang bertujuan mencapai satu
matlamat iaitu memberikan bakal-bakal pemimpin Melayu sama ada sultan, ketua-ketua dan
bangsawan Melayu suatu bentuk pendidikan Inggeris yang sesuai dan dapat menyediakan mereka
untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran British. Sekolah yang didirikan sama seperti sekolah-
sekolah persendirian yang terbaik di Britain. Kurikulumnya juga sama dengan apa yang terdapat di
Britain kerana ia diadakan untuk melengkapkan ilmu kepada para pelajarnya menghadapi
peperiksaan yang dikendalikan oleh Universiti Cambridge. Pelajar yang keluar dari MCKK diserap
untuk memenuhi jawatan-jawatan yang terdapat di dalam pentadbiran British. Bandingkan pelajar
yang tamat dari institusi Sekolah Melayu dengan MCKK. Apakah penilaian anda? Secara ringkas
perkembangan pendidikan di Malaysia pada era sebelum merdeka boleh dibahagikan kepada dua
iaitu era masyarakat Melayu Tradisional dan era penjajahan. Kaitan di antara matlamat pendidikan
dan falsafah yang ada pada era tersbut dapat dilihat menerusi Jadual 3.3. Jadual 3.3: Perkembangan
pendidikan mengikut matlamat dan falsafah Perkembangan Pendidikan Era Masyarakat Melayu
Tradisi Matlamat Pendidikan Kestabilan dan keharmonian masyarakat Metafizik Pendidikan Raja
bayangan Tuhan. Raja berdaulat Tuhan pencipta. Kepercayaan & ketaatan Falsafah Pendidikan
Epistemologi Pendidikan Ilmu untuk kehidupan i. Agama ii. Pentadbiran iii. Kesatria iv. Perdagangan
v. Komunikasi vi. Undang-undang Aksiologi Pendidikan Etika (adab, adat, kiasan, tamsil & ibarat) i.
Pertuturan ii. Pergaulan iii. Pakaian iv. Makan 43

44 Informal Lisan & tulisan Bersemuka. v. Pekerjaan vi. Keagamaan Era Penjajah (1511 1957)
Mengukuh kuasa ekonomi, politik, sosial dan agama Hakis kuasa mutlak pribumi (politik, ekonomi
dan sosial) Kewujudan undangundang penjajah untuk kekal kuasa. Mengagung budaya dan warisan
penjajah Fahaman kebendaan Dualisme pendidikan. Liberalisasi pendidikan Indoktrinasi pendidikan
Deskriminasi pendidikan Pluralisasi pendidikan Isolisasi pendidikan Ideologi pendidikan. Institusi
pendidikan formal. Pendidikan vernakular Keagungan tamadun barat. Nilai berbentuk subjektif.
Multiculture. Perbezaan status sosial masyarakat. Perubahan landskap budaya masyarakat
tempatan. Pendidikan Era Pre Kemerdekaan Pembentukan Malayan Union pada 1946 telah
meningkatkan lagi semangat para pejuang kemerdekaan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,
Abdul Razak Hussein dan lain-lain untuk mendapatkan kemerdekaan. Bagi tujuan sebuah negara
yang merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan di
tanah air ini. Langkah perlu diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai
untuk negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari
oleh para pemimpin tempatan dan rakyat tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah
negara yang merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,
Abdul Razak Hussein dan lain-lain ahli politik lain telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah
negara yang merdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang tersendiri adalah antara perkara
yang diberi tumpuan secara serius kerana antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut
kemerdekaan daripada pihak penjajah. Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa
dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem
pendidikan yang akan dilaksana selepas tanah air mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai
oleh Abdul Razak Hussein dan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak
1956. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walaupun ordinan
Pelajaran telah diwartakan pada 1957, namun ordinan ini tidak dapat dilaksana atau dikuatkuasakan
kerana Tanah Melayu sudah hampir untuk mencapai kemerdekaan. Penyata Razak dan Dasar
Pelajaran adalah dua perkara dalam satu tindakan: Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di
dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak
dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
(Penyata Razak, 1956. Para 12) 44

45 Pendidikan Era Selepas Kemerdekaan Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan
satu sistem pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada
Penyata Razak 1956. Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa Rahman Talib
sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Penubuhan
jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957
yang diguna pakai dalam sistem pendidikan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.
Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Laporan Rahman Talib pada 1960. Akta
Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
Objektif dasar pendidikan seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961, antaranya adalah
seperti berikut: "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran
1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Soal perpaduan
kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu.
Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah; kurikulum dan
sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu
pendidikan adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan
percuma diberi untuk semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam
kalangan pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari aspek
infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan
pertanian dan lainlain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga
rakyat di Malaysia dipenuhi melalui proses pendidikan. Where at any time the Minister is satisfied
that a national type primary school may suitable be converted into national primary school, he may
by order direct that the school become a national primary school. Education Act 1961: 21(2). Akta
Pelajaran 1961 diguna pakai sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 diwarta dan
dikuatkuasakan pada 1996. Dalam tempoh itu pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang telah
dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan. Pada September 1974,
satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji
pelaksanaan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961. Jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohammed iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu. Tujuan
Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut: Mengkaji semula matlamat dan kesannya
sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang
wujud, dengan tujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi
sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan
bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979) Jawatankuasa telah
mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979 dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ringkasnya dikenal sebagai Laporan Kabinet
atau Laporan Mahathir. Berdasarkan kepada laporan ini beberapa pindaan telah dibuat ke atas dasar
pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepada pelaksanaan sistem pendidikan. 45

46 Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi penegasan kepada keperluan pendidikan asas
3M (membaca, menulis dan mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum beridentiti Malaysia.
Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) oleh Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988, bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Selain daripada itu,
Laporan Jawatankuasa Kabinet juga merupakan permulaan kepada pembentukan Falsafah
Pendidikan Negara yang tersurat. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA: NILAI DAN CIRI Jadual
3.4: Perkembangan pendidikan di Malaysia mengikut nilai dan ciri Era Nilai Ciri Pendidikan
Pendidikan Era Masyarakat Melayu Tradisional Pendidikan Era Penjajahan (1511 1957) Pendidikan
Era Kemerdekaan (1956 1959) PENDIDIKAN PASCA KEMERDEKAAN 1. Masyarakat berstruktur Raja
Pembesar Rakyat jelata Pendatang 2. Ketuanan, pertuanan, hamba, daulat, tulah 1. Masyarakat
berstruktur: Elit Bangsawan Rakyat pertengahan Rakyat bawahan 2. Masyarakat majmuk 3. Budaya
superior penjajah 4. Amalan pecah & perintah 5. Pembaratan & kristianisasi. 6. Kebangkitan
patriotism 1. Masyarakat majmuk 2. Perpaduan & kesefahaman kaum 3. Kompromi antara kaum:
Kewarganegaraan Kedudukan Raja Melayu Kedudukan agama Islam. Kedudukan Bahasa Melayu.
Berorientasi membasmi buta huruf. Membentuk perpaduan. Bahasa kebangsaan Pendidikan
informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial dan politik. Institusi: istana, masjid, surau,
rumah. Dualisme pendidikan mengikut i. kelas sosial. (bangsawan vs rakyat) ii. gender (lelaki vs
perempuan) Penjajahan Portugis & Belanda: pendidikan statik kerana dasar tidak ambil peduli.
Penjajahan Inggeris: i. Pend. formal: vernacular ii. Sekolah diinstitusikani: sekolah mubaligh, Melayu,
Agama Islam, Cina, Tamil iii. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial iv. Dualisme
pend. mengikut etnik, gender, ekonomi, agama, keturunan. Penjajahan Jepun: i. Pembekuan
pendidikan. ii. Pendidikan alat kawalan ideology Pend. formal: vernacular Institusi: sekolah mubaligh,
Melayu, Agama Islam, Cina, Tamil. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi. Kurikulum
kebangsaan Bahasa pengantar: Melayu & Inggeris Kurikulum akademik & vokasional. Dualisme pend.
mengikut etnik, gender, ekonomi, agama, keturunan. Kemudahan pembelajaran. Membuka sekolah
aneka jurusan (akademik & vokasional) 46

47 Rancangan Malaysia Pertama (1960 1970) Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975) Rancangan
Malaysia Ketiga (1976 1980) Pendidikan Untuk Membentuk Jati Diri (1980 1989) Pendidikan Untuk
Kemajuan (1990 1999) Pendidikan Untuk Kemajuan Pada Abad Ke- 21: Memperkasakan Pendidikan
Peningkatan taraf hidup. Peluang dan kebebasan. Penyertaan demokrasi. Literasi. Perpaduan.
Patriotik. Sumber manusia Masyarakat maju. Membangun negara. Perpaduan. Tenaga mahir.
Pendemokrasian. Masyarakat maju & bermoral. Pendidikan kemahiran 1983: Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) 1988: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988: Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) didokumenkan Wawasan 2020 Wawasan Pendidikan digubal dengan 9
cabaran yang perlu ditangani. Akta Pendidikan 1996. Pemurnian FPN Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sekolah khas/projek Pendidikan berterusan. Penswastaan pendidikan Globalisasi/
pengantarabangsaan Sains & Teknologi Industrialisasi Membina masyarakat Glokal (Global + Local).
Pengantarabangsaan pendidikan bertaraf dunia. Globalisasi & persaingan sejagat. Minda kelas
pertama. PIPP (2006-2010) Dasar PPSMI Patriotisme + Kewargenagaan Sekolah kluster Sekolah
berprestasi tinggi Sekolah kebangsaan. Kurikulum kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai pengantar.
Akta Pelajaran 1961 Perluasan sekolah rendah. Sekolah menengah bercorak akademik & vokasional.
Sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT
Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan
Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa
kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KBSR & KBSM) Falsafah Pendidikan Negara Kawalan
pendidikan Perluasan pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan.
Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan Pembestarian sekolah ICT dalam
pendidikan Perluasan pendiidkan awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT
Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan & bahasa kedua Kukuhkan kurikulum
kebangsaan (KSSR) Pendidikan kelas pertama. Hab pend. dunia. 47

48 LANDASAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Jadual 3.5: Landasan perkembangan

pendidikan di Malaysia. Dokumen Laporan Cheeseman (1938) Laporan Barnes (1951) Laporan Fenn-
Wu (1951) Laporan Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran & Jawatankuasa Khas (1951) Ordinan
Pelajaran 1952 Penyata Razak 1956 Perkara Menukar sekolah tukang kepada sekollah teknik rendah.
Menyediakan mata pelajaran amali iaitu Seni Perusahaan kepada murid lelaki dan mata pelajaran
Sains Rumah Tangga kepada murid perempuan. Memasukkan mata pelajaran Sains dalam kurikulum
sekolah Inggeris. Melantik seorang Pengelola Sekolah Vokasional Dan Kerta Tangan. Menggalakkan
kerja tangan tempatan. Asas persekolahan harus memberi keutamaan kepada bahasa Melayu di
samping bahasa Isnggeris. Saranan ke arah nasionaliti ketanahmelayuan. Satu jenis sekolah rendah
yang dibuka kepada semua bangsa. Sekolah rendah merupakan peringkat penting sebagai suatu alat
untuk membina satu rupa bangsa Tanah Melayu. Guru-guru terdiri dari semua bangsa dengan syarat
mempunyai kelulusan yang sesuai dan menjadi rakyat persekutuan. Pendidikan percuma 6 tahun
dengan bahasa perantara bahasa Melayu/ Inggeris. Bahasa Inggeris sahaja pada peringkat sekolah
menengah. Tidak mengiktiraf sekolah vernekular. Bahasa asing diajar sebagai satu mata pelajaran.
Membuat satu tinjauan awal ke atas semua bidang pendidikan Cina. Penubuhan satu corak sekolah
kebangsaan yang mempunyai cirri-ciri semua kaum. Sistem persekolahan majmuk dikekalkan.
Pengiktirafan bahasa Cina selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Menyokong kebanyakan
perakuan yang terdapat dalam Laporan Barnes. Penubuhan sekolah kebangsaan menggantikan
sistem persekolah majmuk sedia ada. Usaha pertama penjajah Inggeris untuk memperundangkan
satu dasar pelajaran yang mempunyai bidang dan ciri-ciri kebangsaan. Tujuan dan matlamat dasar
pelajaran kebangsaan Persekutuan ialah untuk mencapai satu pendidikan yang sihat bagi semua
kanak-kanak di Persekutuan dengan menggunakan bahasa rasmi Persekutuan yang menyatukan
semua bangsa di dalam sebuah sekolah jenis kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu.
Menyediakan kemudahan yang sesuai bagi mempelajari bahasa Cina dan Tamil jika ibu bapa murid-
murid berkehendakkannya. Pendidikan percuma selama 6 tahun. Bahasa Inggeris diajar di sekolah-
sekolah berbahasa pengantar Melayu sebagai mata pelajaran bermula dari darjah satu. Bahasa
Melayu diajar di sekolah di sekolah-sekolah berbahasa pengantar Inggeris sebagai mata pelajaran
mermula dari tahun ketiga persekolahan. Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan
dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan untuk membentuk perpaduan. 48

49 Ordinan Pelajaran 1957 Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961 Persekolahan wajib 6
tahun. Semua sekolah mempunyai sukatan yang sama Semua sekolah mengadakan peperiksaan
yang sama. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bagi
sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah-
sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Guru-guru sekolah
rendah dan menengah adalah bekelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Semua guru diletakkan
di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Pembahagian
sekolah rendah kepada 2 jenis. i. Sekolah rendah standard. Sekolah rendah yang menggunakan
bahasa pengantarnya ialah bahasa kebangsaan, manakala bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran
dan bahasan Cina dan Tamil akan diberi jika 15 orang ibubapa kanak-kanak disekolah tersebut
memintanya. ii. Sekolah rendah jenis standard. Sekolah rendah yang bahasa pengantarnya adalah
Cina, Tamil atau Inggeris dan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris jika bukan bahasa pengantar
adalah mata pelajaran yang wajib diajar. Pembentukan satu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat
diterima oleh rakyat keseluruhannya yang akan memuaskan keperluan mereka dan menambahkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik sesebuah negara, dengan tujuan hendak
menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara manakala mengekal dan mempertahankan
pertumbuhan bahasa-bahasa dan kebudayaan rakyat selain daripada orang-orang Melayu yang
tinggal di negara ini. Bertujuan untuk menyemak semula perakuan-perakuan yang terkandung dalam
Laporan Razak (1956): Memperkukuhkan saranan pada Laporan Razak. Penggunaan bahasa Melayu
semakin diperluaskan di semua sekolah. Sekolah rendah Inggeris mula menggunakan bahasa
Melayu. Reformasi struktur: (Persekolahan 9 tahun, Bahasa, Kurikulum kemahiran/ agama & moral)
Akta 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan ialah untuk menubuhkan satu
sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta 1961, yang dibentukkan
selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957, digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
yang cekap. Pada masa yang sarna, pertirnbangan juga diberikan kepada kehendak ibubapa semasa
Akta diimplimentasikan. Peruntukan telah disediakan untuk memastikan bahawa dasar pendidikan
yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan berkesan khususnya dasar menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar. 49

50 Laporan Hussein Onn (1971) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Rang Undangundang
Pendidikan 1995 Akta Pendidikan 1996 Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua
kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih
dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sistem pendidikan
kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa
Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara sebagai bahasa antarabangsa bagi
mempetingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana
kepentingannya. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil
yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Penegasan kepada Kualiti & pengurusan
pendidikan. Kurikulum kebangsaan beridentiti Malaysia. Persekolahan 11 tahun. Pengukuhan bahasa
Melayu. Pendidikan percuma. Pembangunan sekolah teknik & vokasional Dasar Pendidikan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum : KBSR & KBSM. Pendidikan bertaraf dunia Falsafah Pendidikan
Negara telah dijadikan landasan dalam penggubalan Akta Pendidikan 1996. Sistem pendidikan
kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah
hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan,
sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan
dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah
selaras dengan kehendak negara. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah disediakan
untuk mengambil peperiksaan yang seragam. Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi
murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan
menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.
Pendidikan pra sekolah diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah
menengah teknik dan politeknik untuk membudayakan pendidikan sains dan teknologi, Akta
Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala
politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau
organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau 50

51 program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program
bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama
ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di
peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta
dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf
pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang
lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Status quo sekolah rendah
jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta dikekalkan. Di samping itu Unified
Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan
sekolah mission dikekalkan. Memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya
didapati munasabah dan praktik diadakan. DIMENSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Perkembangan pendidikan negara yang berlaku sehingga kini dan dirancang bagi menghadapi masa
depan adalah membina pendidikan yang holistic dari aspek pembangunan insan secara khusus dan
pembangunan negara secara umumnya. Perkembangan pendidikan tersebut boleh dibahagikan
kepada dua dimensi iaitu dimensi vertikal dan dimensi horizontal. Dimensi vertikal menjurus kepada
siri kesinambungan dan turutan dalam pendidikan yang diseiringkan dengan perkembangan mental
dan fizikal seseorang. Manakala dimensi vertikal berfokus kepada aspek ruangan dan peluang bagi
setiap warganegara memperoleh pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Rajah 3.2 menunjukkan
perkaitan dimensi dan komponen yang diperkatakan. HOLISTIK Dimensi Vertikal Taraf pendidikan
Tahap persekolahan Peluang pendidikan Pendidikan berterusan Dimensi Horizontal Merapatkan
jurang pendidikan Demokrasi pendidikan Penyebaran pendidikan Pengantarabangsaan pendidikan
Rajah 3.2: Dimensi perkembangan pendidikan di Malaysia 51

52 SISTEM DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan negara dibahagian kepada lima
kategori secara berhirarki: Pendidikan peringkat prasekolah Pendidikan peringkat rendah Pendidikan
peringkat menengah Pendidikan peringkat lepas menengah Pendidikan peringkat pengajian tinggi
Rajah 3.3: Sistem pendidikan di Malaysia Berdasarkan perkembangan dunia, Malaysia juga semakin
menekankan pendidikan peringkat awal kanakkanak (kanak-kanak berusia 3-5 tahun). Untuk itu satu
program yang dikenai sebagai Permata Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk membangunkan
pendidikan peringkat ini. Jika program tersebut menjadi kemestian maka, system pendidikan negara
akan mengalami perubahan. Sehingga kini system pendidikan negara di bawah kendalian
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang tertera pada Rajah 3.3. Pendidikan peringkat
pengajian tinggi (IPTA/IPTS) adalah dibawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi. Walau
bagaimanapun kedua-dua kementerian sentiasa mempastikan pembangunan pendidikan negara
diutamakan. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, perkembangan pendidikan Negara dikendalikan
oleh tiga kategori institusi pendidikan: Institusi pendidikan kerajaan Institusi pendidikan bantuan
kerajaan/ modal Institusi pendidikan swasta 52

53 FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN Matlamat pendidikan

di semua negara pada abad ke-21 adalah berfokus kepada teknologi yang mencakupi teknologi
dalam bidang ekonomi, sosial, politik, keselamatan, kebudayaan, alam sekitar dan agama. Hal ini
dapat difahami dengan menyusuri faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan
pendidikan sebagaimana yang terdapat dalam Rajah 3.4. Faktor Keadaan asal sedia ada Desakan
Struktur pendidikan moden Sosial Masyarakat tradisioal Etnik Permodenan Perbandaran Idea utama
inklusif Pertumbuhan populasi Kemajuan Ideologi Sekolah tradisional & Vernekular, kurikulum
pelbagai yang ditaja. Pemikiran semasa Matlamat yang hendak dicapai Konten: agama, sekular &
teknikal, integrasi Struktur sekolah: progresif & Ekonomi Politik Ekonomi tradisional Pemilikan tanah
luar bandar Sistem percukaian Politik tradisional Darjah pemusatan Kebolehan pemerintah Inklusif
Mewakili ketenteraan Pertumbuhan ekonomi Kelas pertengahan Sistem kerja Treat luaran Treat
dalaman Kesatuan Penentangan bersepadu Hubungan antara sekolah dengan peperiksaan
Hubungan terhadap pasaran buruh; jaminan pekerjaan Kawalan: kerajaan atau swasta Sentralisasi
atau disentralisasi Ketepatan perubahan politik dan pendidikan Darjah peledakannya Rajah 3.4:
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan pendidikan ABAD KE 21 SEBAGAI
ERA MENGANTARABANGSAKAN PENDIDIKAN MALAYSIA Abad ke-21 menyaksikan Malaysia berada
pada garis penamat untuk menjadi sebuah negara maju sebagaimana yang dihasratkan dalam
Wawasan 2020. Kerajaan telah merangka beberapa pelan strategi untuk membangunkan modal
insan bagi menjana ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, pengantarabangsaan pendidikan
memberi pulangan yang menguntungkan negara. Oleh kerana itu pendidikan pada peringkat
pengajian tinggi perlu dibuka secara meluas untuk pelajar-pelajar dari luar negara datang belajar di
IPTA/IPTS di Malaysia. Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, 53

54 Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan mencapai bilangan 200,000 pelajar antarabangsa di

Malaysia. Sehingga 2009, pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia adalah seramai 80,750
orang. Jadual 3.6:Jumlah pelajar asing di Malaysia (2008-2009) TAHUN IPTA IPTS JUMLAH 2008
18,485 50,679 69,164 2009 22,456 58,295 80,750 Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Pelunjuran 200,000 pelajar antarabangsa pada tahun 2020 boleh dicapai berlandaskan beberapa
faktor menyakinkan yang sedia ada seperti; Kualiti pengajian terjamin Prosedur imigresen mudah
Banyak pilihan untuk pelajar Yuran pengajian yang rendah Kestabilan politik dan ekonomi Ijazah
asing dengan kos murah Kos kehidupan yang munasabah Interaksi silang budaya yang baik. Sehingga
kini terdapat 10 negara tertinggi yang menjadi sumber pelajar antarabangsa ke Malaysia. Jadual 3.7:
Pelajar antarabangsa di Malaysia dari negara terpilih NEGARA IPTA IPTS JUMLAH Iran 4,002 6,930
10,932 Indonesia 3,713 6,099 9,812 China 2,099 7,078 9,177 Nigeria 571 5,398 5,969 Yaman 1,549
3,382 4,931 Libya 1,190 2,831 4,021 Sudan 576 1,867 2,443 Arab Saudi 656 1,675 2,331 Bangladesh
436 1,521 1,957 Botswana 1 1,938 1,939 Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 54

55 Jadual 3.8: Perbandingan kos pengajian (Per Tahun Akademik) Bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera
atau Perniagaan bagi pelajar antarabangsa merentasi negara. Negara (awam/swasta) Bayaran
Pengajian (USD) Kos Kehidupan (USD) Jumlah Kos Pengajian (USD) Malaysia (swasta) 4,000 3,000
7,000 Perancis (awam) - 12,700 12,700 Kanada (awam) 7,000 8,500 15,000 Singapura (swasta) 6,000
9,000 15,000 Australia (awam) 8,500 8,500 17,000 New Zealand (awam) 10,000 11,500 21,500
Amerika Syarikat (awam) 13,000 12,000 25,000 United Kingdom (awam) 13,500 12,500 26,000
Amerika Syarikat (swasta) 22,000 13,000 35,000 Nilai tukaran: USD 1 = RM 3.26 RUMUSAN Dalam
tempoh tiga dekad ini, pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk
trandformasi dan pembangunan pendidikan. Perkembangan tidak lagi mengikut organik tetapi
quantum leap. Pendidikan di Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk memacu
kemajuan negara bagi memenuhi Wawasan 2020. Malaysia kini berada jauh di hadapan dalam
kumpulan negara-negara membangun malah menjadi rujukan kepada negara-negara tersebut.
Pendidikan di Malaysia kini setanding dengan negara-negara maju yang lain malah dalam beberapa
aspek Malaysia dapat menandinginya sebagai contoh pelajar Malaysia telah menjuarai pentandingan
robotik pada peringkat dunia. Pelajar Malaysia juga menjuarai debat antara pendidikan tinggi dunia.
Malaysia juga tergolong dalam 5 negara paling selamat di dunia. Itu sekadar contoh, realitinya ada
banyak lagi kejuaran dan rekod dunia yang telah dicipta oleh anak Malaysia. Semuanya bermula dari
pendidikan, kita belajar dari penjajah, kita membina selepas merdeka dan kita bersaing pada era
kini. Perkembangan pendidikan di Malaysia bukanlah berlaku dengan sendirinya tetapi melalui
proses yang dirancang dan disusun secara sistematik agar matlamat yang dihasratkan dapat dicapai
dengan penuh gemilang. Untuk itu perkembangan pendidikan dibangunkan secara dimensi horizonal
(mengikut siri masa dan ruangan) dan vertikal (mengikut tahap & kandungan pendidikan). Hal ini
bermakna tiada ruang untuk berlakunya keciciran dan kesilapan dalam membina rakyat Malaysia
berminda kelas pertama sebagaimana kata YAB Dato Seri Mohd Najib rakyat glokal. Rakyat yang
mampu berfikir secara global tetapi bertindak mengikut acuan lokal. 55

56 4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN AMALANNYA PENGENALAN

Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia.
Sehubungan itu, pendidikan di Malaysia mengambil falsafah pendidikan Islam sebagai acuan utama
dan digabungkan dengan falsafah pendidikan barat untuk membentuk falsafah eklektik. Hal ini
bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi elemen dan unsur dari falsafah
pendidikan Islam, aliran falsafah pendidikan barat yang bersifat tradisional (perenialisme dan
esensialisme) dan aliran falsafah pendidikan barat moden (progresivisme dan rekonstruksionisme)
sama ada dari segi pengisian, proses pelaksanaan ataupun matlamat pendidikan. PENDIDIKAN
BERASASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam
pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah
suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai
pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia
falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar,
hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya
bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem
pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain daripada
kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996.
FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK juga merupakan gambaran cita-
cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan.
Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam
FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnya
mampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa. PEMBENTUKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN MALAYSIA Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang
diberi perhatian ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai
rakyatnya dari kalangan berbilang kaum yang meliputi etnik pribumi iaitu Melayu, Iban, Kadazan
serta lain-lain etnik pribumi. Selain ini kedatangan imigran dari egara luat ketika penjajahan telah
menyebabkan kemajmukan rakyat Malaysia semakin ketara 56

57 yang meliputi kaum Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui
sistem pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta
Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran
Kebangsaan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan
perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa
langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan
untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan
pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut: Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan
dan Kesusilaan Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji
sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang
dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah
menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun sehingga peringkat ini
falsafah pendidikan negara secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen, hasrat dan
matlamat pendidikan negara dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960,
Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Pada peringkat awalnya, falsafah
pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia hanyalah dalam bentuk yang tersirat. Matlamat dan hala
tuju pendidikan Negara hanya berpaksikan kepada syor-syor yang terkandung di dalam Penyata
Razak 1956, laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961. Selepas Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979, barulah falsafah pendidikan Negara yang tersurat dan tersirat dimaktubkan. Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan diperkenalkan pada
tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. (KPM, 1988) Pada tahun 1996 FPN telah disemak dan
dimurnikan dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara." 57

58 RANGKA KONSEPTUAL FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Rajah 4.1: Rangka konseptual

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Bagaimanakah Rangka Konseptual Di Implimentasi?
Pelaksanaannya boleh dilakukan secara: Interaksi semua pihak. Terancang secara teratur dan
sistematik. Langsung menerusi sistem persekolahan. Penerapan menerusi proses pelaksanaan.
Kolaborasi antara semua organisasi dan institusi. Gabungjalin antara pengetahuan, kemahiran, nilai
dan bahasa. Tidak terancang menerusi teladan, amalan dan budaya sekolah. Tidak langsung
menerusi amalan, peraturan dan budaya sekolah. Penyerapan menerusi aktiviti kurikulum,
kokurikulum dan aktiviti sekolah. HURAIAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK) FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan
yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu
menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui
pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan
bagi semua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini. 58

59 1. Pendidikan Ialah Satu Usaha Berterusan Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku
dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh
sejak lahir hingga ke akhir hayat, pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan
pemindahan secara berterusan melibatkan: Pengetahuan. Kemahiran. Nilai murni. Pendidikan
berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat Lepas
Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal yang memberi
penekanan terhadap aspek-aspek berikut: Pertuturan. Bimbingan agama. Asuhan budi pekerti.
Perhubungan fizikal. Penjagaan kesihatan. Di rumah, seseorang kanak-kanak menerima pendidikan
asas yang melibatkan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Sejak lahir, seseorang kanak-kanak dididik
untuk makan, minum, bertutur, mengenali anggota badan, mengenali ahli keluarga, membersihkan
diri, menguruskan diri dan sebagainya. Kanakkanak juga dididik oleh ibu bapa dan ahli keluarganya
dari segi adab sopan dan budi pekerti seperti adab makan, adab bertutur, tingkah laku yang boleh
dan tidak boleh diamalkan dan sebagainya. Pada peringkat awal ini juga, kanak-kanak menerima
pendidikan asas semasa di tadika sebagai kesinambungan pendidikan yang diterima di rumah.
Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli keluarganya untuk bertutur
agar memahami dan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di tadika, kanak-kanak
terus belajar untuk berkomunikasi melaui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal kanak-kanak.
Semasa di tadika juga kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanakkanak lain
semasa belajar atau bermain serta pengasuh atau guru yang bukan dalam kalangan ahli keluarga
mereka. Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan dua
peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini, penekanan
adalah terhadap aspek-aspek berikut: Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Penghayatan agama dan nilai murni. Perkembangan bakat dan potensi. Pembentukan jati diri. Proses
pendidikan berterusan sehingga ke Peringkat Lepas Sekolah. Selepas alam persekolahan, pendidikan
terus berlaku semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, di tempat kerja
mahupun dalam komuniti. Selain daripada itu, pendidikan terus berlaku secara pembelajaran kendiri
sama ada melalui media massa atau melalui internet. Pada Peringkat Lepas Sekolah, penekanan
adalah terhadap: Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penghayatan
agama dan nilai murni. Perkembangan bakat dan potensi. Penyesuaian hidup. 59

60 2. Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Apakah yang dimaksudkan dengan potensi? Potensi
merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu
memiliki pelbagai keupayaan. Namun begitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat
dengan jelas kerana sebahagiannya lagi adalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan
itu, pendidikan berperanan memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu
mencapai ke tahap cemerlang. Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil
dan dipertingkatkan secara berterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya
perlu dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Potensi individu dilihat
dari empat aspek iaitu Intelek (IQ), Rohani (SQ), Emosi (EQ) dan Jasmani (PQ). Berikut dihuraikan
empat potensi berkenaan seperti yang ditegaskan dalam FPK. i. Intelek Potensi intelek merupakan
keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki oleh seseorang. Tidak
dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu bidang ilmu.
Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh yang berikut:
Mempunyai kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul). Berfikir secara kreatif
dan kritis. Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan
orang lain. Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang
bermanfaat di samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar
serta tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang
inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia
sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada
kemudaratan dan kerosakan. ii. Rohani Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang
melibatkan hubungan seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan
individu yang murni akhlak dan insaf kepada Tuhan. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi
membentuk individu seperti berikut: Membentuk akhlak mulia. Memupuk dan membina disiplin
kendiri. Menyedari dan menginsafi tanggung jawab. Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan.
Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan. iii. Emosi Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan
perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik beratkan kerana emso mempengaruhi seseorang
dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang
berikut: Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
Memiliki dan memupuk perasaan kasih saying. Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
60
61 iv. Jasmani Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia
berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi
memastikan seseorang individu berkeupayaan seperti yang berikut: Melakukan riadah. Menjaga
kesihatan badan. Berusaha meningkatkan daya pengeluaran. Menggunakan tenaga fizikal untuk
berdikari. Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari. Menggunakan tenaga fizikal bagi
kepentingan rakyat. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulative. Sebagai
sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan negara
tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh
badan agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang
diceburi. Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran dan
kepakaran dalam bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan maju
dan membangun. Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020
tentulah memerlukan rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus
membangunkan negara dan bersaing di peringkat global. 3. Perkembangan Potensi Secara
Menyeluruh Dan Bersepadu Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan
jasmani adalah bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai
diperlukan oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu,
perkembangan keempat-empatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya
adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain
dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini
adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh
bertentangan dengan prinsip ketuhanan. 4. Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Keseimbangan
adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula
aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan
dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan
yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama
sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak
mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang yang
bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu
kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati
orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelas menegaskan bahawa pembangunan
insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia
menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara
yang aman dan damai. 61

62 5. Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip
pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi dan mengamalkan
segala perintah agama adalah penting dalam mengawal diri individu. Dalam FPK, pembangunan diri
individu adalah berpaksikan ketuhanan iaitu: Mengakui wujudnya Pencipta. Mengikuti dan
mengamalkan ajaran agama. Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Mengakui manusia
dan alam dijadikan oleh Pencipta. Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.
Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam. Menyedari bahawa manusia
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya. Mengetahui bahawa hukum dan fenomena
alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Setiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta
yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar
kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara. Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah
dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh
membawa kepada bencana dan malapetaka yang boleh mengganggu kesejahteraan dan
kemakmuran manusia dan alam. 6. Warganegara Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan Ilmu adalah
kuasa. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha bukan sahaja mendapatkan ilmu
pengetahuan tetapi juga meningkat dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Namun, haruslah diingat
bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh hendaklah digunakan ke arah kebaikan bukan sahaja
kepada diri individu itu sendiri bahkan kepada orang lain di sekelilingnya, masyarakat dan negara.
Ilmu pengetahuan yang disalahguna pasti membawa kepada kemudaratan dan kehancuran. Dalam
FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah bagi memastikan rakyat
yang mempunyai ciri-ciri berikut: Gemar membaca. Berfikiran luas dan terbuka. Mencintai ilmu
pengetahuan. Sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan tidak bersifat statik.
Perkembangan ilmu pengetahuan terus berlaku dengan pesat dari semasa ke semasa. Bagi
membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, konsep pendidikan sepanjang hayat
hendaklah menjadi amalan agar ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang terus dikemaskini
selari dengan perkembangan ilmu yang berlaku. Oleh itu, setiap individu tidak boleh berpuas hati
denga ilmu yang ada padanya pada satu-satu ketika. 7. Warganegara Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Seseorang yang berakhlak mulia merupakan orang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni, bertingkah laku baik, berdisiplin serta bersopan santun. Dalam FPK, rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia yang dimaksudkan merangkumi aspek-aspek berikut: 62

63 Yakin kepada nilai murni. Mengetahui nilai baik dan buruk. Menyedari kesan daripada perbuatan
baik dan buruk. Mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk. Menghayati nilai
kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Rakyat Malaysia dituntut agar berakhlak mulia
sesuai dengan amalan budaya ketimuran. Sifat ini jika dihayati dan diamalkan boleh menjadi
perwatakan rakyat Malaysia yang baik. 8. Warganegara Malaysia Yang Bertangungjawab Pendidikan
berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas. Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkan rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab seperti berikut: Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran.
Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah
amanah. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah. Berusaha untuk memajukan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan
sempurna. 9. Warganegara Malaysia Yang Berketerampilan Seseorang yang berketerampilan
merupakan orang yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sehubungan
dengan itu, pendidikan hendaklan dapat melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan seperti yang ditekankan dalam FPK:
Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas. Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas. Dalam usaha menjadi negara maju
menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenaga kerja yang berketerampilan dalam
kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara. 10. Warganegara Malaysia Yang
Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Kesejahteraan penting dalam kehidupan manusia.
Dalam hal ini, kekayaan, kelulusan tinggi serta pangkat tidak menjamin kesejahteraan hidup
seseorang. Seseorang itu bukan sahaja seharusnya mampu memiliki harta, berpendidikan dan
berkelulusan tinggi tetapi juga kehidupan yang sejahtera, aman dan bahagia. Oleh itu, bagi mencapai
kesejahteraan, seseorang itu haruslah: Mewujudkan perhubungan baik dengan orang lain. Fikiran
yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat. Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk
menghadapi cabaran hidup. 63
64 11. Warganegara Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Keluarga. Individu yang terdidik dengan sifat dan perwatakan yang unggul sudah pasti
berkemampuan untuk membawa keluarga/ membina keluarga yang gembira, harmoni dan makmur.
Keluarga seperti ini pastinya sihat dari segi mental, fizikal dan emosional. Secara keseluruhannya
keluarga ini dirahmati oleh Tuhan. Dalam hal ini, pendidikan yang berkesan dapat melahirkan
individu pelajar yang baik. Individu yang baik akan membantu mentransformasi keluarganya menjadi
lebih baik sama ada dari segi mobiliti sosial mahupun mobiliti ekonomi. Jika individu itu membentuk
keluarga, diyakini beliau mampu menjadikan keluarganya harmoni dan makmur. 12. Warganegara
Malaysia Yang Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat.
Pendidikan sebagai suatu proses pemasyarakatan dan pembudayaan dapat membentuk masyarakat
yang harmoni dan makmur. Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan
perasaan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi dan memupuk amalan hormat
menghormati. 13. Warganegara Malaysia Yang Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan
Kemakmuran Negara. Perpaduan adalah sangat penting bagi sebuah masyarakat majmuk seperti
Malaysia. Dengan adanya perpaduan dalam kalangan rakyat, dapat hidup dalam keadaan aman
damai, tenteram dan harmoni. Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh
masyarakat yang harmoni dan makmur. Masyarakat yang harmoni dan makmur pula adalah
berasaskan kepada keluarga yang harmoni dan makmur. Keadaan negara yang harmoni dan makmur
dapat menjamin perkembangan ekonomi serta pembangunan negara dalam semua bidang.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia perlu terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang agar
menjadi modal insan yang produktif dan inovatif. Kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan
teknologi juga perlu bagi meningkatkan produktiviti dan seterunya memberi sumbangan terhadap
pembangunan negara. Dalam FPK, hal ini ditegaskan seperti berikut: Mengekalkan kestabilan
negara. Memupuk keharmonian keluarga. Bersemangat patriotik dan cintakan negara. Mematuhi,
mengekal dan mempertahankan perlembagaan. Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukunegara. Memajukan ekonomi bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi.
Memupuk kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan dan hormat-menghormati untuk perpaduan. Jelas
bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan individu bermula
dari keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Justeru, rakyat Malaysia hendaklah
berkebolehan dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran serta sentiasa rajin berusaha untuk
meningkatkan kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat Malaysia juga hendaklah mengamalkan sikap
toleransi di antara satu sama lain, saling hormat menghormati dan berkerjasama bagi mencapai
perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara. 64

65 KOMPONEN DAN PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dilihat berdasarkan kepada tiga komponen iaitu bentuk
pendidikan, proses pendidikan yang mesti dilaksanakan dan matlamat pendidikan yang mesti
dicapai. Rajah 4.3 menunjukan aliran dan hubungan komponen tersebut. BENTUK PENDIDIKAN
Pendidikan adalah suatu proses PROSES PENDIDIKAN 1. Mendidik sebagai satu usaha. 2. Mendidik
secara berterusan. 3. Pengajaran ke arah mengembangkan lagi potensi murid. 4. Pengajaran
berfokus individu. 5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani,
Emosi, Jasmani). 6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis. 7. Berpaksi ketuhanan.
KESAN DARI PENDIDIKAN 1. Membentuk insan cemerlang: berilmu, mahir, berakhlak. 2. Melahirkan
warganegara gemilang: berbakti kepada keluarga, masyarakat & negara. 3. Mengangkat martabat
bangsa yang terbilang Dimensi Instrinsik (Diri individu) Percaya & patuh kepada Tuhan Berilmu
Berketerampilan Berakhlak Bertanggungjawab Sejahtera diri Dimensi Ekstrinsik (Sumbangan
individu) Berupaya memberi sumbangan kepada kesejahteraan & kemakmuran (i) Keluarga (ii)
Masyarakat (iii) Negara Rajah 4.2: Hubungkait unsur dan elemen kandungan FPK Dalam aspek
bentuk pendidikan, FPK mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza dengan falsafah pendidikan
yang terdahulu. Walau bagaimanapun, FPK turut menerapkan unsur falsafah-falsafah terdahulu 65

66 seperti falsafah Islam, Barat dan Timur. Oleh sebab itu, FPK dikatakan bersifat dinamik dan
fleksibel. Hal ini penting bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa berkembang dan tidak
ketinggalan dalam era globalisasi kini. Oleh itu, sememangnya wajar sekiranya sistem pendidikan
negara sering mengalami perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap tinggi seiring
dengan pembangunan negara. Dalam ciri yang kedua ialah aspek proses pendidikan, iaitu FPK
menekankan konsep menyeluruh dan bersepadu. Hal ini kerana bagi memastikan pembelajaran dan
pengajaran di institusi pendidikan tidak hanya tertumpu kepada aspek akademik semata-mata tetapi
bakat dan potensi yang ada dalam setiap individu perlu dicungkil dibimbing dan diberi didikan secara
yang optimum. Tambahan lagi, ramai individu yang berbakat akan bergiat aktif dalam aktiviti yang
diadakan oleh institusi pendidikan untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka.
Keadaan ini menunjukkan bahawa FPK juga mementingkan ciri individu yang seimbang iaitu dari
aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam aspek matlamat pendidikan pula, FPK melakukan
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi seseorang individu itu secara
menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai
aspek sama ada aspek rohani, intelek, emosi ataupun jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Selain itu juga, bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdisiplin, dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa matlamat
FPK meliputi pelbagai aspek agar semuanya seimbang. BIDANG BIDANG KAJIAN DALAM FPK Dalam
FPK, terdapat empat bidang kajian yang difokuskan iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi, dan
logikal. Dalam bidang metafizik, FPK menekankan aspek intelektual dalam sistem pendidikan. Tujuan
utama penekanan aspek ini ialah untuk melahirkan individu yang mampu berkemahiran untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif serta sentiasa berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan
ilmu yang ada. Dengan cara ini juga seiring dengan matlamat FPK untuk melahirkan individu yang
mampu menguasai ilmu pengetahuan dalam semua bidang. i. Bidang metafizik: Penekanan terhadap
aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan ke arah globalisasi, kemajuan dan kerohanian. ii. iii. iv.
Bidang epistemologi: merangkumi kebenaran ataupun realiti dalam kehidupan di dunia sebenar. Ini
menunjukkan bahawa FPK juga turut menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan realiti
manusia. Bidang aksiologi: menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam
pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai
estetika. Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam
diri individu yang membolehkan pembangunan individu kea rah yang lebih maju dan baik. Justeru
itu, apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu,
nescaya dapat melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi. Nilai
estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikkan, iaitu individu yang memiliki sahsiah yang
seimbang dari segala aspek. Bidang Logik:, FPK ini dikatakn bersifat rasional kerana matlamat FPK ini
mampu direalisasikan selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalankan
tanggungjawab masing- 66
67 masing dengan baik. Bidang ini juga berkait rapat dengan ketiga-tiga bidang FPK yang lain kerana
bidang-bidang tersebut adalah berlandaskan kepada bidang logikal. Kurikulum Lepasan Menengah
Kurikulum Sekolah Menengah* Kurikulum Sekolah Rendah* Kurikulum Prasekolah * Melibatkan
Kurikulum Pendidikan Khas Rajah 4.3: Cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan HUBUNGAN ANTARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA Rajah 4.4: Hubungan antara Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan sistem pendidikan Malaysia Dalam perkembangan pendidikan Malaysia FPK
merupakan dokumen yang mempunyai agenda besar kepada negara. Apa yang hendak dicapai oleh
negara pada masa depan terpapar secara tersurat dan tersirat di dalam FPK. Pendidikan secara
berterusan berkaitan dengan sistem pendidikan yang dibina. Pelaksanaan pendidikan pula
bergantung 67

68 kepada struktur pendidikan yang disediakan. Pengisian pendidikan pula terkandung di dalam
kurikulum yang dibentuk. Keberkesanan pendidikan berganting kepada pengurusan dan pentadbiran
pendidikan dan kejayaan pelaksanaan pula terletak pada profesionalisme keguruan. Kejayaan
menghadapi cabaran tersebut akan membolehkan pendidikan negara mampu keluar dari
kepompong komuniti setempat kepada komuniti antarabangsa. PERANAN GURU DALAM
PELAKSANAAN FPK Matmalat yang terkandung dalam FPK hanya boleh dicapai menerusi penglibatan
dan komitmen para guru yang menjadi pelaksana. Sebagai guru umumnya terlalu banyak beban
tugas yang terpaksa dilakukan yang di luar bidang keutamaan yang menyebabkan halangan kepada
guru untuk menjadi pendidik yang baik. Hal ini diperkatakan oleh Pullias dan Young (1968) dalam
bukunya A teacher is many thing. Secara Ringkas, peranan guru dalam melaksanakan FPK boleh
dikategorikan kepada lima komponen yang saling berkaitan di antara satu sama lain seperti yang
digambarkan menerusi Rajah 4.5. Rajah 4.5: Peranan guru dalam pelaksanaan FPK i. Komponen
Ketuhanan: Guru perlu memikul amanah bahawa kerjaya sebagai pendidik itu merupakan satu
amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan. Amanah kepada guru ini datangnya dari
sesama manusia (ibu bapa, masyarakat dan kerajaan) dan amanah kepada Tuhan. Guru perlu
menjadikan kerjaya keguruan itu sebagai suatu ibadah yang memberikan sumber rezeki dalam
kehidupan. Guru perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha untuk memberikan didikan
yang terbaik dan sempurna sebagaimana yang diamanahkan. Dalam mendidik, bentuklah akhlak
para pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. ii. Komponen Profesional: Guru
yang profesional adalah guru yang tahu apa yang mesti dilakukan di dalam menjalankan tugas-
tugasnya, dapat menjadikan pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam hidup dan dapat
memberikan ilmu yang terbaik. Dengan itu guru perlu menjadi orang sentiasa lapar kepada ilmu dan
sentiasa berasa bodoh dengan perubahan dan sentiasa tahu mencari penyelesaian. iii. Komponen
Pengajaran: Pengajaran melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan nilai yang saling
bergabung untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru perlu menguasai perkara tersebut dan
berkebolehan untuk menterjemahkan ke dalam amalan yang berkesan. 68

69 Kemahiran mengajar, komunikasi dan pengendalian teknologi adalah perkara yang diutamakan.
Manakala pengetahuan secara mendalam, meluas dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus dan
am, kurikulum, pelajar, konteks dan matlamat pendidikan adalah penting. iv. Komponen
Perundingan: Guru adalah pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk mempastikan tiada pelajar
yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak sebagai perunding yang cekap terhadap murid, ibu
bapa, rakan sejawat dan pihak atasan yang lain. Sebagai perunding, peranan guru ialah mempastikan
tiada masalah atau halangan dalam mempastikan murid berjaya. v. Komponen Penyelidikan: Guru
mesti sentiasa mendahului era dengan sentiasa memperbaiki diri bagi meningkatkan tahap
profesinalisme. Untuk itu penyelidikan adalah perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam konteks
amalannya dalam bilik darjah. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT NEGARA
Rajah 4.6: Hubungkait antara FPK dan matlamat negara. RUMUSAN Berdasarkan pernyataan FPK,
dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan
seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang
aman damai dan bersatu padu. Semua pihak perlu menggembling tenaga untuk mempastilah apa
yang terkandung di dalam FPK difahami, dihayati dan seterusnya diamalkan dalam konteks
pendidikan sama ada secara formal tidak formal. 69

70 5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI ASAS KEPADA PEMBENTUKAN KURIKULUM

PENDIDIKAN MALAYSIA PENGENALAN Apakah rupa wajah insan yang bakal menjadi warganegara
Malaysia pada masa depan? Bagaimanakah pendidikan dapat menghasilkan insan yang dihasratkan?
Pepatah ada mengatakan Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika pembuatan kuih memerlukan
acuan, apatah lagi pembinaan insan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanyalah pernyataan yang
dituliskan dalam dua ayat dan mengandungi 69 patah perkataan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk sebagaimana Rukun Negara. Ia mati jika tidak ada siapa
yang mahu menghidupkannya. Ia tidak hidup jika sekadar di muatkan di dalam Buku Rekod
Mengajar, mural di dinding sekolah atau sekadar dibingkaikan cantik menghiasi pejabat-pejabat
sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti hidup bersama jiwa pendidikan dan para
pengamalnya. Daripada sekadar dokumen pernyataan, ia mesti diterjemahkan ke bentuk amalan. Ia
mesti ada bersama urat nadi para pendidik ketika berdiri, berjalan, duduk, makan, baring dan tidur.
Selain mengandungi makna yang tersurat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mengandungi
makna yang tersirat yang perlu difahami. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan
bagaimanakah sistem pendidikan perlu dioperasikan dan martabat guru ditingkatkan menerusi ayat
pertama Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Di dalam ayat kedua pula dinyatakan rupa wajah warganegara Malaysia pada masa
depan, Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Masa depan negara bergantung kepada penterjemahan Falsafah Pendidikan
kebangsaan menerusi pengisian tentang perkara apakah yang rakyat Malaysia perlu miliki untuk
menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dan segala perkara yang dihasratkan
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibendung dan diterjemahkan menerusi kurikulum
kebangsaan. BAGAIMANAKAH MANUSIA DAN KURIKULUM BERTEMU? Manusia merupakan makhluk
sempurna yang unik, hebat dan cemerlang. Kesempurnaan manusia terletak pada kebolehan
berfikir. Berfikir mengupayakan manusia menghasilkan sesuatu yang baru untuk kegunaan diri dan
kepentingan masyarakat. Dari berfikir terbinalah ilmu hasil adunan pengetahuan, kemahiran, nilai
dan budaya yang diamalkan. Ilmu yang dibina diperoleh dari tiga sumber utama iaitu ilmu yang
dipelajari sama ada dari ahli keluarga terdekat, ataupun menerusi pendidikan yang dipelajari di
sekolah-sekolah. Ilmu juga boleh dibina menerusi penglibatan langsung dalam sesuatu perkara &
aktiviti. 70

71 Penglibatan tersebut memberikan pengalaman baru yang akhirnya membentuk ilmu. Contohnya
catatan pengembaraan/ perjalanan Ibnu Khaldun menyebabkan beliau dikenali sebagai bapa
sosiologi Islam. Pengalaman adalah guru yang paling baik. Sejak lahir, manusia sudah dibekalkan
dengan pengetahuan. Hal ini kerana perkembangan otak manusia sudah sempurna ketika di dalam
kandungan lagi. Janin di dalam kandungan sudah mengenali pelbagai jenis bunyi dan memahami
perubahan suhu. Oleh itu semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya disusun untuk
diwariskan dari satu generasi ke satu generasi bagi membentuk ilmu yang lebih sempurna.
Kandungan ilmu itu membentuk konten dan proses pula penterjemahannya. Hubungkait antara
manusia dan ilmu tersebut dapat dilihat menerusi Rajah 5.1. ILMU PENGETAHUAN KEMAHIRAN
NILAI Dipelajari Dibina Sedia ada Belajar Pengalaman Lahir KONTEN & PROSES Bakat/potensi
KURIKULUM Kembangkan lagi Rajah 5.1: Perolehan ilmu KONSEP DAN PENGERTIAN KURIKULUM
Falsafah menetapkan matlamat, pendidikan merupakan proses dan pengisiannya adalah kurikulum.
Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan
budaya. Sebenarnya usaha mendefinisikan kurikulum telah berlaku sekian lama, bersama-sama
munculnya istilah kurikulum itu sendiri. Pelbagai tokoh dan ilmuan memberikan definisi yang
berbeza-beza dari segi penggunaan istilah, maksud, kategori, skop dan lapangan. Tahukah anda dari
manakah perkataan kurikulum muncul dalam pendidikan? Perkataan kurikulum sebenarnya diambil
dari bahasa Inggeris iaitu curriculum. Manakala perkataan curriculum pula terbit dari perkataan Latin
iaitu curir yang bererti pelari dan curere yang bererti laluan/ tempat berpacu. Hal ini bermakna
kurikulum pada asalnya berkaitan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba yang 71

72 mengawal akan memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Laluan tersebut kemudiannya digunakan dalam konteks pendidikan sebagai: Jurusan/program/aliran
pengajian yang diikuti. Ruang tempat di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam bahasa
Arab, kurikulum disebut minhaj atau manhaj yang terbit dari kata dasar anhaja. Ia bermaksud
jurusan, bidang atau fakulti. Keadaan tersebut memberikan maksud yang lebih tepat dalam konteks
kurikulum. Pada zaman Romawi, istilah kurikulum yang dikaitkan dengan arena perlumbaan sangat
mudah untuk dimengertikan. Hal ini berbeza dalam bidang pendidikan kerana kurikulum
membentuk satu disiplin ilmu yang sukar untuk diperjelaskan maksudnya. Adalah sukar untuk
menetapkan garis sempadan ilmu kurikulum dengan ilmu-ilmu lain. Bagaimanakah kita dapat
memisahkan pengertian kurikulum dengan mata pelajaran, isi kandungan mata pelajaran,
pengajaran dan penilaian? Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam
pembangunan dan perkembangan kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah (dipengerusikan oleh Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan
Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia) memainkan peranan penting dalam merancang dan
melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan pencapaian dalam bidang akademik para pelajar.
Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar berpandukan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan
kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM. Dokumen tersebut perlu ada dalam Buku
Rekod Pengajaran guru-guru yang perlu dikemaskinikan setiap masa. Kepada murid-murid pula,
pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh guru-guru kepada mereka di
sekolah. Apa yang jelas, berlaku kesukaran untuk memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan
kurikulum? Bukan pelajar dan guru sahaja yang berhadapan dengan masalah tersebut tetapi juga
melibatkan masyarakat dan para sarjana yang diakui ketokohannya dalam ilmu masing-masing.
Mereka tidak dapat memberikan satu takrif yang tepat tentang kurikulum. Masing-masing cuba
memberikan pengertian dan tafsiran yang berbeza mengikut keilmuan dan tanggapan masing-
masing. Olivia (1992) menggelar kepelbagaian definisi kurikulum yang ada seumpama sekumpulan
orang buta mengenali gajah, masing-masing mempunyai interpretasi sendiri. Sebagai contoh, berikut
dikemukakan definisi oleh beberapa tokoh dalam tempoh satu abad (1900 2000). Cuba anda buat
perbandingan setiap satunya dan kenalpasti apakah persamaan dan perbezaannya? Jadual 5.1:
Definisi kurikulum terpilih (1900 2010) Nama Tahun Definisi Kurikulum Kategori Bagley, W. C. 1907
The curriculum is a storehouse of organized race experience, Experience conserved (until) needed in
constructive solution of new and untried problems. Dewey, J. 1916 education consists primarily in
transmission through communication.. As societies become more complex in structure and
resources, the need of formal or international teaching and learning increases. Experience 72

73 Bobbit, J.F. 1918 Curriculum is "that series of things which children and youth must do and
experience by way of developing abilities to do the things well that make up the affairs of adult life;
and to be in all respects what adults should be" Caswell, H.L. & 1935 "Curriculum is all of the
experiences children have under the Campbell, D. guidance of teachers Hutchins, R.M. 1936 The
curriculum should include grammar, reading, rhetoric and logic, and mathematic, and in addition at
the secondary level introduce the great books of the western world. Harris, P. E. 1937 real
curriculum development is individual. It is also multiple in the sense that there are teachers and
separate children there will be a curriculum for each child. Morrison, H.C. 1940 the content of
instruction without reference to instructional ways of mean. Lee, D. & 1940 those experience of the
child which the school in the way Lee, M utilizes or attempts to influence. Hopkins, L.T. 1941 The
curriculum (is a design made) by all those who are most intimately concerned with the activities of
the life of the children while they are in school a curriculum must be a flexible as life and living. It
cannot be made beforehand and given to pupils and teacher to install. (Also, it) represent those
learning each child select, accept, and incorporates into himself to act with, in, and upon in
subsequent experiences. Giles, H.H., McCutchen, S.P. & Zechiel, A.N. 1942 the total experience with
which the school deals in educating young people. Rugg, H. 1947 stream of guided activities that
constitutes the life of young people and their elders. Tyler, R. 1949 learning takes place through
experiences the learner has.. learning experience is not the same as the content with which a course
deals (The curriculum consists of).. all of the learning of students which is planned by a directed by
the school to attain its educational goal. Experience Experience Subject matter Experience Content
Experience Experience Experience Experience Educational goal Krug, E.A. 1950 all learning
experience under the direction of the school. Experience Smith, B.O., Stanley, W.O., Shore, J.H. a
sequence of potential experiences.. set up in school for the purpose of disciplining children and
youth in group ways of thinking and acting. Faunce, R.B. & Bossing, N.L. 1951 those learning
experiences that are fundamental for all learners because they derive from (1) our common,
individual drives and need, and (2) our civic our social needs as participating members of democratic
society. Alberty, H. 1953 All the activities that are provided for students by the school Beauchamp,
G. 1956 & 1968 constitutes its curriculum. dibentuk oleh kumpulan social untuk mendidik
pengalaman anak-anak mereka di sekolah. dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran
yang akan diajar. Krug 1957 "Curriculum consists of all the means of instruction used by the Activities
Experience & Content 73
74 school to provide opportunities for student learning experiences leading to desired learning
outcomes" Phenix, P. H. 1962 The curriculum should consist entirely of knowledge which comes
from the disciplines (while) education should be conceived as guided recapitulation of the processes
of inquiry which gave rise to the fruitful bodies of organized knowledge comprising the established
disciplines. Taba, H. 1962 A curriculum is a plan for learning: therefore, what is known about the
learning process and the development of the individual has bearing on the shaping of a curriculum.
Goodlad, J. I. 1963 A curriculum consists of all those learning intended for a student or Broudy, H.S.,
Othanel, B. & Burnett, J.R. group of students. 1964 mode of teaching are not, strictly speaking, a part
of the curriculum (which) consists primarily of certain kind of content organized into categories oh
instruction. Macdonald 1965 Curriculum is "those planning endeavors which take place prior to
instruction" Inlow, G.M. (US) 1966 Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk
membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah Saylor, J.G. & Alexander, W.M
Neagley & Evan (US) 1966 & 1974 ditentukan. (The curriculum is) all learning opportunities provided
by school. a plan for providing sets of learning opportunities to achieve broad educational goals and
related specific objectives for an identifiable population served by single school centre. 1967
Curriculum is all of the planned experiences provided by the school to assist the pupils in attaining
the designated learning outcomes to the best of their abilities. The Plowden Report (British) 1967
The curriculum in the narrow sense, (consisted of) the subjects studied. Wheeler, D.K. 1967 The
planned experiences offered to the learner under the guidance of the school. Johnson, M. (US) 1967
Curriculum is a structured series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes (or at least
anticipates) the results of instruction. It does not prescribe the means to be used in achieving the
results Harnack 1968 Curriculum embodies "all of the teaching-learning experiences guided and
directed by the school. Brubacher 1969 The ground which pupil and teacher cover to reach the goal
or objective of education Henchey 1969 Curriculum is "the underlying plan of communication" while
instruction is "the substance and form of communication" between teachers and students. Objective
Plan for learning Objective Content Objective Learning opportunities Subject Planned experiences
Intended learning outcomes Teachinglearning experiences Objective of education Plan of
communication Popham, W.J. & Baker, E.L. 1970 all planned for which the school is responsible.
Learning outcome Robinson, A.S. 1971 Kurikulum harus mengandungi matlamat, objektif, isi
kandungan, Pengalaman proses, sumber dan cara penilaian semua pengalaman pembelajaran.
pembelajaran yang telah dirancangkan untuk murid-murid di dalam 74

75 dan di luar sekolah. Beauchamp & Beauchamp 1973 Curriculum is "a written document". written
document Hirst, P. 1974 Satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran yang disusun oleh
guru-guru untuk murid-murid di sekolahnya. Program pembelajaran Tanner, D. & Tanner, L. 1975 the
planned and guided learning experiences and intended learning outcome, formulated through the
systematic reconstruction of knowledge and experiences under the auspices of the school, for the
learner s continuous and willful growth in personal-social competence. Stenhouse, L. 1975 A
curriculum is an attempt to communicate the essential principles and features of an educational
proposal in such a form that it is open to critical scrutiny and capable of effective translation into
practice. Oliver 1977 Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the
following elements: (1) program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and
(4) the hidden curriculum. Orlosky, D.E. & Smith, B.O. 1978 Curriculum is the substance of the school
program. It is the content pupils are expected to learn. Doll, R.C. 1978 The curriculum of a school is
the formal and informal content and process by which learners gain knowledge and understanding,
develop skills, and alter attitudes, appreciations, and values under the auspices of that school.
Eisner, E. 1979 The curriculum of a school, or a course, or a classroom can be conceived of as a series
of planned events that are intended to have educational consequences for one or more students.
Tanner, D. & Tanner, L. 1980 Curriculum is "that reconstruction of knowledge and experience
systematically developed under the auspices of the school (or university), to enable the learner to
increase his or her control of knowledge and experience" Hass. 1980 "The curriculum is all of the
experiences that individual learners have in a program of education whose purpose is to achieve
broad goals and related specific objectives, which is planned in terms of a framework of theory and
research or past and present professional practice Nicholl & Nicholl 1980 Semua kesempatan
pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-muridnya di sekolahnya. Oliva, P.F. 1982
Curriculum is "a plan or program of all experiences which the learner encounters under the direction
of the school" Learning experiences and intended learning outcome Attempt to communicate
Educational program Content Content and process Planned events Reconstruction of knowledge and
experience Experience Pembelajaran yang dirancang Plan or program Skilbeck, M. 1984 The learning
experiences of students, in so far as they are expressed or anticipated in goals and objectives, plans
and designs for learning and the implementation of these plans and designs in school environment.
Burtonword 1986 Pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai dan
aspek khusus sesuatu budaya yang hendak di sampaikan kepada pelajar. Glatthorn, A. 1987 The
curriculum is the plans made for guiding learning in schools, usually represented in retrievable
documents of several levels of generality, and actualization of those plans in the classroom, as
learning experiences Unsur budaya Schools plan 75

76 experienced by the learners and a recorded by an observer; those experiences take place in a
learning environment which also influences what is learned. Grundy 1987 A program of activities (by
teachers and pupils) designed so that pupils will attain so far as possible certain educational and
other schooling ends or objectives Wiles,J. & Bondi, J. Finch & Crunkilton Razali Arof (Malaysia)
Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan (Malaysia) Mohd Daud Hamzah (Malaysia) Print, M.
(Australia) Akta Pendidikan 1996 (Malaysia) Posner, G.J. & Rudnitsky, A.N. Northeast Texas Network
Consortium (NTNC) 1987 The curriculum is a goal or set of values, which are activated through a
development process culminating in classroom experiences for students. The degree to which those
experiences are a true representation of the envisioned goal or goals ia a direct function of the
effectiveness of the curriculum development efforts. 1989 The sum of the learning activities and
experiences a student has under the auspices or directions of the school. 1991 Semua kegiatan
pembelajaran formal dan terancang yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. 1992 Semua
pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam
institusi pendidikan. 1993 Unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang dikenalpasti dengan harapan untuk
memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. 1993 All the planned opportunities offered to
learners by the educational institution and the experiences learners encounter when the curriculum
is implemented. This include those activities that educators have devised for learners which are
invariably represented in the form of written document and the process whereby teachers make
decisions to implement those activities given instruction with context variables such as learners,
resources, teachers and learning environment. 1996 Kurikulum kebangsaan ialah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan. 1997 Currculum is not process.. A more precise view of curriculum and the common
understanding of curriculum among lay people is that it is what is through in school or what is
intended to be learned to be learned. It does not refer to what is to be done in school or what is to
happen in the learning process. Curriculum represent a set of intentions, a set of intended learning
outcome. 2002 A program of courses to be taken in pursuit of a degree or other objective. Activities
Goal or set of values Learning activities and experiences Aktiviti pembelajaran yang dirancang
Pengalaman pembelajaran yang dirancang Unsur budaya Planned opportunities Program pendidikan
Intentions & intended learning outcome 76

77 Wojtczak, A. 2002 An educational plan that spells out which goals and objectives should be
achieved, which topics should be covered and which methods are to be used for learning, teaching
and evaluation. Coles, C. 2003 A curriculum is more than a list of topics to be covered by an
educational programme, for which the more commonly accepted word is a syllabus. A curriculum is
first of all a policy statement about a piece of education, and secondly an indication as to the ways in
which that policy is to be realised through a programme of action. In practice, though, a curriculum
is more than even this; it is useful to think of it as being much wider. As a working definition of a
curriculum I would say that it is the sum of all the activities, experiences and learning opportunities
for which an institution (such as the Society) or a teacher (such as a faculty member) takes The
EduQnA.com responsibility either deliberately or by default. 2007 I advocate the definition of
curriculum that supports a complex network of physical, social and intellectual conditions that shape
and reinforce the behavior of individuals, and takes in consideration the individual's perceptions and
interpretations of the environment in order to reinforce the learning objectives and to facilitate the
evaluation procedures. Kelly, A.V. 2009 Curriculum means two things: (i) the range of courses from
which students choose what subject matters to study, and (ii) a specific learning program. In the
latter case, the curriculum collectively describes the teaching, learning, and assessment materials
available for a given course of study. Objective Sum of all the activities, experiences and learning
opportunities Learning objectives Range of courses & learning program Read more:
http://www.answers.com/topic/curriculum#ixzz1v55lcjwf Dengan merujuk kepada definisi
kurikulum yang dikemukakan, dapatkah anda membuat rumusan tentangnya? SKOP DAN KATEGORI
KURIKULUM Walaupun kurikulum mempunyai senarai definisi yang berbeza tetapi kita masih
mampu untuk menyusunnya mengikut skop dan kategori. Terdapat ciri-ciri persamaan dan
perbezaan bagi setiap satu definisi yang dikemukakan. 1. Tyler (1949) menjelaskan bahawa sesuatu
kurikulum yang sempurna mestilah dapat menyelesaikan empat persoalan berikut: Apakah tujuan
pendidikan yang hendak dicapai oleh negara/ sekolah? (Matlamat) Bagaimanakah pengalaman
pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai tujuan pendidikan? (Kandungan)
Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran yang
berkesan? (Kaedah) Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai?
(Penilaian) 77

78 2. Taba, H. (1962) menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori
berikut: Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik. (Objektif) Pemilihan dan penyusunan isi
kandungan. (Kandungan) Pola pengajaran dan pembelajaran. (Kaedah) Penilaian hasil pembelajaran.
(Penilaian) 3. Beauchamp (1968), menyatakan kurikulum mestilah mengandungi empat kategori
berikut: Pernyataan tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai
menerusi sekolah. Objektif dan penyusunan isi kandungan untuk setiap mata pelajaran. Panduan
penggunaan kurikulum untuk guru-guru. Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran serta pencapaian objekif dan matlamatnya. 4. Oliva (1982 & 1997) telah
mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan falsafah kepada tiga belas seperti berikut:
Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah Kurikulum ialah satu set mata pelajaran Kurikulum ialah isi
kandungan mata pelajaran Kurikulum ialah program-program pengajian Kurikulum ialah suatu set
bahan Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif
pencapaian Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku
dalam sekolah, termasuk aktiviti kelas tambahan, bimbingan dan hubungan interpersonal Kurikulum
ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah Kurikulum ialah setiap
perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui
oleh pelajar di sekolah Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil
persekolahan. 5. Mohd Daud Hamzah (1993) mengkategorikan kurikulum kepada tujuh iaitu:
Kurikulum sebagai usaha Kurikulum sebagai objektif Kurikulum sebagai suatu rancangan Kurikulum
sebagai suatu pengalaman Kurikulum sebagai Isi mata pelajaran Kurikulum sebagai pembinaan insan
Kurikulum sebagai unsur kebudayaan 78

79 6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop: i. Kurikulum sebagai
suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh murid-murid di mana-
mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini dirancang oleh pihak sekolah
atau tidak. ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah. iii. Kurikulum
sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah dirancang oleh guru-
guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah. 7. Doll (1996) membahagikan
kurikulum kepada empat kategori: Pendidikan formal dan tidak formal Apa yang dipelajari oleh
murid (isi kandungan). Bagaimana mempelajari isi kandungan (proses). Bentuk outcome
(pengetahuan, kefahaman, kemahiran, sikap, penghargaan dan nilai). 8. Yusup Hashim (2000)
membahagikan definisi kurikulum kepada dua skop: i. Skop definisi yang luas/umum: Kurikulum
sebagai sistem Kurikulum sebagai pengalaman Kurikulum sebagai bidang kajian Kurikulum sebagai
mata pelajaran ii. Skop definisi yang kecil/spesifik: Kurikulum sebagai tujuan Kurikulum sebagai
hasilan Kurikulum sebagai strategi Kurikulum sebagai konteks Kurikulum sebagai kandungan
Kurikulum sebagai satu rancangan 9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum
kepada lapan iaitu: Definition 1: Curriculum is such permanent subjects as grammar, reading, logic,
rhetoric, mathematics, and the greatest books of the Western world that best embody essential
knowledge. Definition 2: Curriculum is those subjects that are most useful for living in contemporary
society. Definition 3: Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible.
Definition 4: Curriculum is all the experiences learners have under the guidance of the school.
Definition 5: Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they can
attain general skills and knowledge at a variety of learning sites. 79

80 Definition 6: Curriculum is what the student constructs from working with the computer and its
various networks, such as the Internet. Definition 7: Curriculum is the questioning of authority and
the searching for complex views of human situations. Definition 8: Curriculum is all the experiences
that learners have in the course of living. Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada
mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan
untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap
sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai. Bagi mempastikan
kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati kejayaan. Kurikulum mestilah
dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan
bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam
bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan sebenarnya guru sudah
merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif yang jelas dan
kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi matlamatnya tidak
jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap hala tuju yang
hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah,
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui,
difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai
proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa
yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang
dihasratkan. Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat
dilihat menerusi Rajah 5.2. KANDUNGAN KAEDAH PENILAIAN Rajah 5.2: Kategori dan skop kurikulum
80

81 MENGAPA MALAYSIA MENGGUNAKAN KURIKULUM KEBANGSAAN? Rajah 5.3: Kurikulum

kebangsaan dan pelaksanaannya. STRUKTUR DAN PRINSIP KURIKULUM KEBANGSAAN Rajah 5.4:
Struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan 81

82 Bagaimanakah Kurikulum Kebangsaan Berperanan Menterjemah Falsafah Pendidikan

Kebangsaan? Sumber: Adaptasi dari Musa Daia (1993). Rajah 5.5: Kurikulum sebagai wahana
menterjemah FPK PENTERJEMAHAN FPK MENERUSI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rajah 5.6: Penterjemahan FPK menerusi pengoperasian kurikulum 82

83 Apakah jenis kurikulum kebangsaan yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia? i.
Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan. ii.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) mulai 2010. iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ditukar kepada Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2012 iv. Kurikulum Pendidikan Khas. KBSR DAN KSSR KE
ARAH MENTERJEMAH HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Usaha mentranformasi
kurikulum kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif
bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi
system pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara
menyeluruh, bersepadu dan berimbang. Dalam usaha melaksanakan tranformasi ini, beberapa
faktor perlu diberi pertimbangan: Organisasi Kajian literatur Kandungan kurikulum Penilaian prestasi
murid Input daripada stake holder Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum persekolahan sedia ada
Resolusi konvensyen kurikulum 2007 Penandaarasan dengan kurikulum negara maju Bermula tahun
2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi memastikan sistem
pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharapkan
berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin
kejayaan Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Generasi
yang bukan sahaja maju dari segi kebendaan tetapi juga tinggi akal budinya dan kukuh jati dirinya.
Serentak dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga
mengalami tranformasi. Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat
sematamata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. Penilaian bukan
sahaja melalui peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis
Peperiksaan Malaysia tetapi juga menerusi cerapan yang dijalankan di peringkat sekolah oleh guru-
guru dan beberapa pihak lain yang diiktiraf. Jelasnya, pentaksiran yang lebih komprehensif ini
diharapkan dapat mengukur secara lebih tepat dalam usaha mengenalpasti pencapaian sebenar
seseorang murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ketika dibangku sekolah. Kementerian
Pelajaran sentiasa proaktif bagi memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang dihasratkan dalam
Falsafah Pendidikan kebangsaan. Beberapa siri pemantauan dan pemerhatian pelaksanaannya turut
dijalankan. Menerusi pemantauan berterusan sepanjang 6 bulan pertama tahun 2011 dalam
kalangan murid-murid Tahun Satu di seluruh negara, KPM mendapati perjalanan pelaksanaanya
telah berjaya memenuhi keperluan seperti yang dihasratkan. Pemantauan juga bertujuan 83

84 mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibubapa mengenai
keberkesanannya. Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka
bentuk KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum
(Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang memberi
fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran
menaakul perlu diajar selari keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis. Pentadbir dan guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-
elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas
Kurikulum: keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sejajar
untuk mempastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai 2,205 Jurulatih
Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara. Pihak pentadbir
sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru serta
mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Fleksibiliti yang
diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih menarik mengikut kreativiti masing-masing. Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR
berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan
murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan
kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan
menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didikhibur yang digunakan dapat
menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan
semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas. Rumusannya
KPM mengharapkan menerusi pelaksanaan KSSR mampu memperbaharui kurikulum sedia ada serta
memastikan ia relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR juga dapat berfungsi sebagai
agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi
sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KURIKULUM
BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) KE ARAH MENTERJEMAH FPK KBSM telah diperkenalkan
pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989. Pembentukan KBSM berasaskan
daripada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979). Perakuan 58, 59, 61 dan 62 menekankan bahawa pembentukan KBSM
berlandaskan perkara-perkara berikut: i. Kesinambungan dari KBSR. ii. Pendidikan umum yang
merangkumi pendidikan vokasional dalam bidang elektif yang terdiri dari bidang akademik dan
jurusan vokasional sahaja. iii. Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran asas untuk meneruskan pendidikan secara berterusan seumur hidup.
84

85 Matlamat KBSM KBSM digubal, dibentuk dan dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif
berikut: i. menyediakan pendidikan umum untuk semua pada peringkat sekolah menengah. ii.
memberi penekanan kepada elemen kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. iii.
membolehkan para pelajar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh dari pelbagai disiplin.
iv. melahirkan para pelajar yang mempunyai akhlak, moral dan etika yang tinggi. v. membantu para
pelajar membina asas yang kukuh bagi pendidikan seumur hidup. vi. meningkatkan penguasaan
bahasa Melayu. Konsep KBSM Konsep bersepadu dalam KBSM ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi
dan penyerapan semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dapat dicapai menerusi kaedah-
kaedah berikut: i. Kesepaduan pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua mata
pelajaran. ii. Kesepaduan pengalaman dan teknik pembelajaran di antara mata pelajaran. iii.
Kesepaduan antara teori dan praktik. iv. Kesepaduan antara pengalaman pembelajaran di dalam bilik
darjah dengan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup
harian. Prinsip KBSM Prinsip-prinsip KBSM dirancang berasaskan kepada konsep KBSM yang
dibincangkan di atas. Prinsipprinsip digariskan seperti berikut: i. Kesinambungan pendidikan
peringkat KBSR iaitu menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M dan ii. perkembangan potensi murid-
murid secara menyeluruh. Program pendidikan umum yang disediakan wajib diikuti oleh semua
murid-murid supaya mereka memperoleh pengetahuan yang seimbang. iii. Semua mata
pelajarankbsm hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. iv. Nilai-nilai
murni hendaklah diterapkan secara menyeluruh dalam setiap mata pelajaran KBSM. Nilai-nilai
tersebut juga perlu dipupuk secara khusus kepada murid-murid beragama Islam menerusi mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam dan murid-murid bukan beragama Islam menerusi mata pelajaran
Pendidikan Moral. Pendekatan sebegini dinamakan Nilai-nilai murni merentas kurikulum. v. Program
penggunaan bahasa Melayu hendaklah diperkukuhkan menerusi mata pelajaran bahasa Melayu dan
dalam semua mata pelajaran bukan bahasa. Pendekatan sebegini dikenali sebagai Bahasa Melayu
merentas kurikulum. vi. Sebagai prinsip pendidikan seumur hidup, KBSM memberi tumpuan ke arah
memupuk nilai dan sikap positif murid-murid bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran supaya
mereka berkebolehan untuk berusaha mencari pengetahuan sepanjang hayat. Ciri-Ciri KBSM KBSM
dirancang dan dilaksanakan bercirikan kesinambungan tiga bidang utama yang terdapat di dalam
KBSR: (i) Komunikasi (meliputi bahasa dan Matematik). (ii) Manusia (meliputi aspek agama, moral,
sains dan kemasyarakatan. (iii)perkembangan diri (meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan
aktiviti 85

86 kokurikulum). Bagi mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran tiga bidang tersebut,
pelbagai pembaharuan diperkenalkan. Hal ini termasuk thoughtful learning sebagai teras pengajaran
dan pembelajaran. Konsep ini dapat membina ciri-ciri cintakan pengetahuan dan mengembangkan
daya fikir murid-murid selaras dengan matlamat pembelajaran seumur hidup. Selain itu penerapan
nilai-nilai murni merentas kurikulum dan pemupukan semangat patriotism dapat membantu
membangunkan sahsiah muridmurid. Dalam bidang komunikasi pula, penggunaan bahasa Melayu
merentas kurikulum bertujuan untuk memahirkan murid-murid berkomunikasi dengan cekap dan
bertutur bahasa Melayu dengan berkesan. Proses komunikasi yang cekap dan berkesan hendaklah
diterapkan dalam proses memperoleh pengetahuan dan perhubungan seharian. Penguasaan
bahasa-bahasa antarabangsa khususnya bahasa Inggeris hendaklah diperkukuhkan dalam diri murid-
murid sebagai persediaan untuk memahirkan diri dalam bidang ICT. Strategi Pengajaran Dan
Pembelajaran KBSM Kemahiran berfikir merupakan proses perkembangan dan peningkatan intelek
murid-murid. Kemahiran ini diberi penekanan penting dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
KBSM. Pencapaian objektif ini bergantung kepada penggunaan strategi yang sesuai. Murid-murid
hendaklah memainkan peranan utama dalam proses perkembangan intelek mereka supaya mereka
Berjaya menguasai kemahiran berfikir. Dalam hal ini strategi pemusatan murid perlu diterapkan.
Peranan guru ialah bertindak sebagai perancang dan pemudah cara bagi membimbing murid-murid
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi mendorong murid-murid
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran KBSM, kaedah dan teknik yang diterapkan
ialah kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah, main peranan, inkuiri penemuan,
penyoalan permainan, simulasi dan percambahan idea. Kaedah dan teknik ini dapat melahirkan
murid-murid yang mampu menjana pengetahuan dan berkebolehan untuk mencetuskan idea yang
bernas dan rasional. Rajah 5.7: Model Operasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 86

87 RUMUSAN Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana
pelaksanaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti
beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak
dicapai. Matlamat yang dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan
bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan
dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian kerana bersifat senteralisasi.
Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitu pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan pendidikan khas. Kurikulum bersifat
dinamik dan fleksibel untuk disesusikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah. KSSR
merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan
standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).
Manakala KBSM merupakan kurikulum untuk mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan individu yang
dapat member sumbangan kepada kesejahteraan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan
negara. 87

88 6 PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM: MEREALISASIKAN HASRAT FPK MENERUSI

SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN PENGENALAN Kota Rom tidak tegak dalam satu
hari. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan telah berjaya membina dan mengekalkan
tamadun sesuatu bangsa dan menjamin keutuhan sesuatu empayar sebagaimana kegemilagan
empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasyiah dan kemasyhuran Dinasti Meng yang dicapai
menerusi penguasaan perlbagai disiplin ilmu yang menjangkau ilmu sains dan teknologi. Oleh itu
sumbangan pendidikan sebagai wadah yang menentukan perkembangan, kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara tidak boleh dinafikan. Sebagai pendidikan yang unggul dan
cemerlang, seseorang guru itu mestilah berkeupayaan membuat penterjemahan dan pentaksiran
terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Guru dalam semua disiplin ilmu bertanggungjawab
mengemudi kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah.
Kurikulum tersebut perlu diterjemahkan secara khusus untuk diolah kepada unit-unit yang lebih
spesifik dengan objektif yang jelas, pemilihan kaedah yang berkesan, aplikasi bahan yang efektif
penilaian yang tepat. Hal ini dilaksanakan menerusi perancangan yang sistematik dalam dua bentuk
iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku Panduan Kurikulum Standard yang dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. KURIKULUM KEBANGSAAN DAN KURIKULUM SEKOLAH 1.
Kurikulum Kebangsaan Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan
sebagai suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang diseragamkan dan
ditadbirurus secara top down. Hal ini kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang berkaitan dengannya turut berbentuk
berpusat termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat dilaksanakan adalah disebabkan faktor-
faktor berikut: Keadilan untuk semua murid. Perancangan yang menyeluruh. Pemantauan yang
komprehensif. Pengurusan kurikulum yang sempurna. 88

89 Keseragaman untuk semua sekolah dan murid. Peruntukan kewangan yang mudak dikendalikan.
Kurikulum kebangsaan turut dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi. Kurikulum ideal
merupakan kurikulum yang yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang mengandungi ciri-ciri ideal
dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum tersebut kemudiannya diangkat sebagai
kurikulum rasmi negara setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di
Malaysia. Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu (i) Kurikulum formal
(ii) Kurikulum tidak formal. Kurikulum formal yang juga dikenali sebagai kurikulum akademik,
mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan
vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan Pukal Kurikulum, Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Mata Pelajaran sebagai panduan kepada guru-guru mentafsir dan
menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi Kurikulum Standard Standard
Sekolah Rendah (KSSR) guru dibekalkan dengan buku Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran. KPM juga membekalkan buku teks sebagai rujukan utama kepada guru-guru dan murid-
murid. Kurikulum tidak formal pula mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum
tersembunyi. Aktiviti kurikulum merupakan salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan
kerana KPM meletakkannya sebagai syarat wajib kepada setiap pelajar menganggotai mana-mana
kelab, persatuan atau unit beruniform. KPM juga telah membuat dasar 1 murid 1 sukan untuk
memberi peluang kepada setiap murid terlibat dalam satu jenis sukan yang diminati. KPM dan KPT
juga telah meletakkan syarat bahawa penglibatan dalam aktiviti ko kurikulum akan memberi
sumbangan 10 peratus kepada kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan IPT. 2. Kurikulum
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua
bahagian: i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala
kegiatan pengajaran dan pembelajaran. ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik
darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata pelajaran
dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah
berkenaan. Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama iaitu mata
pelajaran teras, mata pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib
mempelajari mata pelajaran dalam kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari
mana-mana mata pelajaran dari kumpulan elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan
tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan
bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini sangat ketara pada peringkat sekolah
menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor fizikal. Faktor kemanusiaan
mencakupi guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi dan Bilangan murid yang tidak
mencukupi. Manakala faktor fizikal meliputi prasarana tidak mencukupi/ tiada dan peralatan tidak
mencukupi/ tiada. 89

90 Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan
menilai kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut
kesesuaian dan keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian. Guru juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan
yang dirasakan sesuai dan berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian
dan alat ujian untuk menilai keberkesanan pengajarannya. Selain dari kurikulum formal, kurikulum
tidak formal juga merupakan komponen dalam kurikulum sekolah. Kurikulum tidak formal
mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum yang juga berbeza mengikut sekolah. Sekolah boleh
menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum jika mempunyai kepakaran, tempat dan
kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar setiap sekolah adalah sekolah berwatak.
Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi identity sekolah tertentu. Contohnya Sekolah
Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah (Johor) dikenali pada pringkat dunia kerana
pancaragam. Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum
tersembunyi. Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum
tersembunyi dikatakan lebih mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek
kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia
berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang. Kurikulum tersembunyi dirancang kerana
pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan guru-guru. Contohnya perlantikan
pengawas sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang terpilih kerana mempunyai
bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang. Setiap aktiviti dalam
badan pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu mengembangkan potensi
murid tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari pengawas-pengawas ini
seorang pemimpin negara yang berwibawa. Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia
melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya
penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan. Melalui bersukan/ bermain semangat
perpaduan, bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, hormatmenghormati akan muncul dengan
sendirinya. Pemain bola sepak akan gembira dan berpelukan antara satu sama lain (walaupun dari
kaum yang berbeza) apabila jaringan gol ke pihak lawan dapat dilakukan. Untuk menjaringkan gol
tersebut setiap pemain memainkan peranan untuk bekerjasama antara satu sama lain. Setiap
pemain dalam apa posisi akan saling menyokong untuk membantu penyerang menghasilkan gol
kemenangan. Bolehkah nilai seperti itu terbentuk di tempat lain? Dalam konteks Malaysia kurikulum
kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada landasan yang sama tetapi pada
peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum kebangsaan adalah menefestasi terhadap
apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala pada peringkat sekolah,
kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa yang telah dibentuk pada peringkat pusat. Segala
apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan melalui berbagai
aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik darjah
ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah dapat
dilihat menerusi Rajah 6.1. 90
91 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KURIKULUM KEBANGSAAN KURIKULUM SEKOLAH
Kurikulum Rasmi Kurikulum Pra Sekolah Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Sekolah Menengah
Kurikulum Pendidikan Khas Kurikulum Lepas Menengah Kurikulum Sebenar Kurikulum Formal
Kurikulum Tidak Formal Teras Elektif Tambahan Sains Bahasa Vokasional Kemanusiaan Kurikulum
Akademik Kurikulum Tersembunyi Ko Kurikulum Rajah 6.1: Penterjemahan kurikulum kebangsaan
dan kurikulum sekolah PERANAN KURIKULUM KEBANGSAAN i. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979:
Melahirkan tenaga kerja mahir Penyebaran ilmu pengetahuan Perkembangan individu secara
menyeluruh Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni Pembentukan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu ii. Akta Pendidikan 1996: Patriotisme Multiliterasi Multiculture Keagamaan Alam
sekitar Akhlak & moral Kepenggunaan Sains & teknologi Pengantarabangsaan Pendidikan sepanjang
hayat 91

92 PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN Penterjemahan kurikulum kebangsaan merupakan

satu siri proses yang melibatkan empat komponen yang berantai. Rajah 6.2: Rangka konsep
penterjemahan kurikulum 1. Asas Pertimbangan Pembinaan Kurikulum Kebangsaan i. Pembangunan
Negara Ekonomi Perpaduan Sosio budaya Sains & teknologi Teknologi maklumat ii. iii. iv.
Perkembangan Individu Perkembangan insan. Perkembangan warganegara. Teori Pembelajaran
Teori behaviorisme. Teori kognitivisme. Teori konstruktivisme. Teori pelbagai kecerdasan (IQ, EQ, SQ
& PQ). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan ke arah
mengembangkan potensi murid. Pendidikan untuk perkembangan individu secara menyeluruh dan
bersepadu (intelek, rohani, emosi & jasmani). Pendidikan demi pembangunkan murid secara
seimbang dan harmonis. Pendidikan berpaksi kepada ketuhanan. Pendidikan untuk kesejahteraan
keluarga, masyarakat dan keluarga. 92

93 v. Empat Rukun Pendidikan (UNESCO) Belajar untuk menjadi insan berilmu. Belajar untuk menjadi
insan berkemahiran. Belajar untuk menjadi insan yang lebih sempurna. Belajar untuk dapat hidup
bersama bermasyarakat. 2. Peringkat Pelaksanaan Kurikulum i. Komponen Mata Pelajaran Wajib
Kumpulan mata pelajaran teras. Kmpulan mata pelajaran elektif. Kumpulan mata pelajaran
tambahan. ii. Program-Program Khas: Pemupukan patriotisme. Pendidikan alam sekitar. Program
khas orang asli. Pendidikan kepenggunaan. Program sekolah ke kerjaya. Pendidikan kesihatan
keluarga. Pendidikan pencegahan dadah. Program komputer dalam pendidikan. 3. Amalan
Kurikulum Bilik Darjah i. Strategi Pengajaran & Pembelajaran Penyerapan. Penulisan genre. Inkuiri
penemuan. Kemahiran generik. Kajian masa depan. Penggabungjalinan. Pembelajaran bestari.
Pembelajaran masteri. Kemahiran proses sains. Pengayaan & pemulihan. Pembelajaran kontekstual.
Aspek merentas kurikulum. Sistem pembelajaran intergratif. Pembelajaran yang menyeronokkan.
Kesepaduan pengetahuan & amalan. Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Pembelajaran
bagaimana hendak belajar. 93

94 ii. Penilaian Prestasi & Pencapaian Pentaksiran secara berpusat. Pentaksiran secara berterusan.
Pentaksiran berasaskan sekolah. 4. Hasil Pelaksanaan Kurikulum i. Pembangunan Insan (individu)
Berinovatif Pekerja berilmu Berakhlak mulia Hidup bermasyarakat Beretika & berbudaya Berdaya
tahan/jati diri Bersemangat patriotik Berfikiran kreatif & kritis Menghargai alam sekitar Celik
teknologi maklumat Berkemahiran dan berketrampilan ii. Pembangunan Negara Guna tenaga penuh
Rakyat yang bersatu Penyertaan demokrasi tulen Kemajuan ekonomi, sosial dan politik Negara yang
stabil, aman dan makmur Warganegara yang cemerlang, gemilang & terbilang PENTERJEMAHAN
KURIKULUM MENERUSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Rajah 6.3: Penterjemahan kurikulum
kebangsaan ke dalam amalan pengajaran & pembelajaran 94

95 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM MATLAMAT KURIKULUM i. Kembangkan potensi pelajar

ii. Asas untuk pengetahuan lanjutan. iii. Melahirkan insan yang sempurna (JERI) iv. Membentuk
warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. v.
Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan
masalah harian. Rajah 6.4 Matlamat dan objektif kurikulum DOMAIN OBJEKTIF KURIKULUM
KURIKULUM Rajah 6.5: Domain objektif kurikulum & pengajaran 95

96 Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom) Rajah 6.6: Objektif bagi domain domain kognitif
Domain Objektif Afektif 1. Menerima (kesedaran & menerima) 2. Bertindakbalas (Penyertaan &
perlakuan baru) 3. Menilai (komitmen & penilaian) 4. Mengorganisasi (kesepaduan & penyusunan)
5. Perwatakan (Tindakan, amalan dan aplikasi) Rajah 6.7: Objektif bagi domain afektif Tahap :
Menerima (A1) Definisi : Menyedari adanya sesuatu perkara yang berlaku dipersekitarannya. Contoh
: Murid-murid hadir dan mendengar pembentangan tentang isu-isu alam sekitar. Kata Kerja : Terima,
ambil tahu, sedar, dengar, perasan, beri perhatian dan sebagainya. 96

97 Tahap : Bertindakbalas (A2) Definisi : Murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang baru hasil dari
pengalaman mereka. Mereka gembira dengan penyertaannya. Contoh : Murid-murid mencari
maklumat lanjut melalui bertanya, buku rujukan, internet, program televisyen dan sumber-sumber
lain. Kata Kerja Setuju, bantu, bebas menjawab, ambil berat, patuh, suka rela, melibatkan diri,
menyumbangkan, kerjasama dan sebagainya. Tahap : Menilai (A3) Definisi : Murid-murid
menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen, menilai apa perkara yang
mereka terlibat. Contoh : Murid-murid cuba memujuk orang lain untuk mengambil tahu tentang isu-
isu alam sekitar. Kata Kerja : Amalkan, pilih, komitmen, keinginan, inisiatif, menyatakan dan
sebagainya Tahap : Mengorganisasi (A4) Definisi : Murid-murid mensepadukan nilai baru yang
diterima ke dalam set nilai-nilai, sikap atau kepercayaan dan membentuk ranking bagi keseluruhan
set nilai-nilai yang dipegang. Contoh : Murid-murid mula memberikan komitmen jangka panjang
dalam isu-isu alam sekitar seperti menganggotai kumpulan pencinta alam sekitar. Kata Kerja :
Sesuaikan, ubahsuai, aturkan, imbangkan, klasifikasikan, konsepsualisasikan, formulakan, group,
rank dan sebagainya Tahap : Perwatakan (A5) Definisi : Bertindak secara konsisten terhadap nilai
baru. Secara dalaman, murid-murid dapat menyusun nilai-nilai ke dalam sistem dan boleh
mengaplikasikan nilai tersebut sebagai falsafah hidup mereka kepada peringkat yang lebih luas.
Contoh : Murid-murid mengamalkan konsep hijau dalam hidup mereka melalui menghindar dari
menggunakan beg plastik, menghindar dari membeli barang-barang yang tidak mesra alam dan
sebagainya. Kata Kerja : Ambil tindakan, pertahankan, pengaruhi, justifikasi perlakuan, kekalkan,
berikan sokongan dan sebagainya. 97

98 Domain Objektif Psikomotor Domain Psikomotor Naturalisasi Menyebatikan apa yang telah
dipelajari Artikulasi Melaksanakan tugas dengan cekap Ketelitian Melakukan sesuatu dengan teliti
Memanipulasi Mengaplikasi apa yang dipelajari Meniru Memerhati dan meniru Rajah 6.8: Objektif
bagi domain psikomotor Bagaimanakah Objektif/ Hasil Pembelajaran Di Nyatakan? Perkara yang
perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah: fokuskan kepada pelajar. menggunakan
perubahan tingkah laku pelajar sebagai rujukan. Objektif/ hasil pembelajaran perlu ditulis dengan
menggunakan format 'ABCD' sebagaimana yang disarankan oleh Mager: i. Audiens (Pelajar) Siapakah
audiens anda? ii. Behaviour (Tingkah laku) Apa yang anda mahu mereka lakukan? iii. Condition
(Situasi) Apakah perubahan tingkah laku pelajar yang anda mahukan? iv. Degree (Tahap) Sejauh
mana pengetahuan & kemahiran yang dipelajari telah dikuasai pelajar? Contoh: Pada akhir
pembelajaran, pelajar dapat: i. menamakan mengikut susunan sultan-sultan yang memerintah
Melaka dengan tepat. iii. Membincangan 4 faktor penting yang menyebabkan kejatuhan Melaka.
Audiens Behaviour Condition Degree Pelajar Menamakan mengikut Sultan-sultan yang memerintah
Dengan tepat susunan Melaka. Pelajar Membincangkan Faktor penting yang menyebabkan
kejatuhan Melaka. 4 98

99 Kriteria Menulis Objektif Pengajaran Rajah 6.9: Kriteria objektif kurikulum dan pengajaran
DIMENSI PENYUSUNAN KURIKULUM 1. Dimensi Menegak : Penyusunan kandungan mata pelajaran
mengikut tahap pertumbuhan usia dan keupayaan mental pelajar. 2. Dimensi Mendatar:
Penyusunan kandungan mata pelajaran secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang.
Kesinambungan Turutan Skop Integrasi Imbangan Rajah 6.10: Penyusunan kurikulum 99

100 PENTERJEMAHAN KURIKULUM SEKOLAH KEPADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Analisis Kurikulum Tentukan Keperluan Kurikulum Konteks Pengajaran Pelaksanaan Pengajaran &
Pembelajaran Penilaian Semakan Semula 1. Falsafah. 2. Rasional 3. Objektif 4. Kandungan 1. Bahan
2. Pengetahuan & Kemahiran Guru 1. Rancangan Pengajaran 2. Susunan Bilik Darjah 3. Bahan Bantu
Pengajaran 4. Teknik Pengajaran 5. Aktiviti sokongan (pengayaan & pemulihan 1. Kesan
Pembelajaran 2. Kesan Bahan/ alatan 3. Prestasi Murid 1. Rancangan Pengajaran 2. Bahan & Alatan
3. Strategi & Teknik P & P 1. Isi Pelajaran 2. Susunan Pengalaman 3. Strategi & Teknik 4. Kawalan Bilik
Darjah 1. Isi Kandungan 2. Bilik Darjah 3. Aktiviti P & P 4. Penyerapan 5. Masa Rajah 6.11:
Penterjemahan kurikulum kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran Apa Yang Diajar? Pendidikan
bertujuan untuk menginsankan manusia dan bukannya membina orang-orang. Untuk itu pengisian
pendidikan perlu memasukan ke dalam diri pelajar dengan ilmu bagi membolehkan mereka tahu dan
sedar tentang perkara yang dilakukan. Berkemahiran untuk membolehkan mereka menjadi
warganegara yang berketerampilan. Mengupayakan para pelajar memiliki nilai-nilai selaku makhluk
berfikir dan berakhlak, tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Seterusnya menjadi seorang
yang mempunyai keluhuran budi dan berdaya usaha dalam konteks budaya timur yang berlandaskan
kehidupan berbangsa dan beragama. Ilmu, kemahiran, nilai dan budaya digarap dalam bentuk Rajah
6.11: Kandungan kurikulum bersepadu, menyeluruh dan seimbang ke dalam kurikulum yang dibina.
Di bahu gurulah terpikulnya amanah ini agar terlaksanalah matlamat pendidikan sebagaimana
pantun: Memburu di padang datar, dapat rusa berbelang kaki. Berguru kepalang ajar, pastikan murid
kembang menjadi. 100

101 Rajah 6.13: Dokumen tentang kriteria kandungan pengajaran TRANFORMASI SUKATAN
PELAJARAN KEPADA RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN. Minggu/ tarikh 1 Tajuk/ Topik
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) Hasil Pembelajaran/ Objektif/ Huraian Kandungan Konsep
Kemahiran Nilai 42 Langkah & Masa Set induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penilaian Penutup
Refleksi Isi Pelajaran/ Kandungan RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan (Nilai/ ABM/ KBKK) 101

102 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kandungan Kaedah Penilaian Kandungan: Pembelajaran

masteri Formatif Fakta Pembelajaran inkuiri Sumatif Konsep Pembelajaran discovery Berasaskan
sekolah Generalisasi: Pelbagai kecerdasan Autentik i. Prinsip Pembelajaran koperatif Holistic ii. Teori
Pembelajaran induktif iii. Hukum Pembelajaran deduktif Pembelajaran kontekstual Dan sebagainya
JADUAL SPESIFIKASI KANDUNGAN (JSU) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah
dapat menyampaikan pengetahuan kandungan dalam keadaan yang paling mudah untuk difahami
oleh pelajar. Kandungan mata pelajaran telah direka bentuk secara khusus dengan menggabungkan
elemen urutan, kesinambungan, skop, imbangan dan kesepaduan. Oleh itu sebagai guru yang
profesional, kepekaan terhadap fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi sangat membantu
dalam merangka perancangan pengajaran yang hendak dilaksanakan. Jadual 6.1: Contoh Jadual
Spesifikasi Kandungan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal Tingkatan 4 Topik Fakta Konsep Prinsip
Teori Generalisasi Geografi Fizikal: Gerakan Jisim Gerakan jisim berlaku kerana permukaan yang
curan dan terdedah kepada agen hakisan Gerakan jisim, kecuraman cerun, agen hakisan, graviti
Semakin curam cerun maka semakin cepat kadar gerakan jisim. Semakin curam cerun maka semakin
tinggi tarikan graviti. Air adalah agen pelincir dan melonggarkan struktur tanah. Tarikan Graviti
Kejadian tanah runtuh kerana cerun yang semakin curam. Gerakan jisim dipesatkan dengan
terdedahnya tanah kepada agen hakisan seperti hujan. 102

103 SUKATAN PELAJARAN & HURAIAN KANDUNGAN PELAJARAN KURIKULUM KEBANGSAAN Sukatan
Pelajaran (SP) Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Dokumen tentang suatu penyataan mengenai
perkara yang mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan. Dokumen
perincian kepadan SP mengikut unit-unit kecil mata pelajaran yang perlu dimuatkan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap persekolahan. Mengandungi FPK, matlamat, objektif
dan skop sesuatu mata pelajaran Mengandungi FPK, matlamat, objektif mata pelajaran mengikut
tahap persekolahan, organisasi kandungan, kemahiran, nilai dan sebagainya. Sukatan Pelajaran (SP)
yang digunakan mesti diluluskan oleh Menteri Pelajaran. MENTERJEMAHKAN KURIKULUM KEPADA
UNIT-UNIT PENGAJARAN MATA PELAJARAN Unit 1 Unit 2 Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 P P P P P P P P P
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Rajah 6.14: Penterjemahan kurikulum kepada unit-unit pengajaran
103

104 Mentejemahkan Kurikulum Menerusi Sukatan Pelajaran Kepada Rancangan Pengajaran Tahunan
& Harian KURIKULUM (Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan Khas) Mata
Pelajaran Unit 1 Unit 2 Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3 P P P P P P P P P Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan
Pelajaran Rancangan Pengajaran Tahunan Rancangan Pengajaran Harian Hasil Pembelajaran: Senarai
pernyataan pencapaian secara hirarki tentang pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu
dikuasai oleh pelajar mengikut aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas menerima
pengajaran. Rajah 6.15: Proses penterjemahan kurikulum mengikut unit dan hasil pembelajaran
APAKAH HUBUNGKAIT ANTARA PENULISAN RPH DENGAN PEMBELAJARAN MURID? Murid tidak rasa
bosan. Murid rasa seronok belajar. Murid dapat dipantau prestasinya. Murid dapat pengetahuan
yang maksima. Murid belajar dalam keadaan yang berfokus. Murid dapat dikenalpasti kekuatan dan
kelemahan. Murid dapat mempelbagaikan proses pembelajaran. Murid yang cerdas diberi peluang
untuk memperkayakan pengetahuan. Murid yang lemah diberi peluang untuk menjalani proses
pemulihan semula. 104

105 Pembelajaran [Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia] KEPENTINGAN PENYEDIAAN

RANCANGAN PENGAJARAN Rajah 6.16: Kepentingan penyediaan rancangan pengajaran
KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA TERANCANG Rajah 6.17 menunjukkan
bagaimana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ditentukan dengan melihat perhubungan
peratusan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Pengajaran & Pembelajaran Pengajaran secara terancang dapat memaksimumkan
keupayaan murid untuk beroleh pengetahuan. Lebih dari 95 peratus maklumat atau pengetahuan
yang disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid i. Ideal ZAINI ABDULLAH ii. Baik
2011 Pengajaran Walaupun pengajaran guru telah dirancang, namunmanfaat sepenuhnya tidak
dapat diserap oleh pelajar. Hanya 75 peratus ilmu yang disampaikan oleh guru dikuasai atau
difahami oleh murid. Guru perlu meneliti semua rancangan pengajaran yang telah dibuat untuk
proses penambahbaikan. 105

106 Pengajaran Pembelajaran iii. Kurang Baik Pengajaran Pembelajaran iv. Tidak Berkesan
Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50 peratus daripada maklumat / pengetahuan yang
disampaikan oleh guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu mengubahsuai kaedah,
strategi dan teknik pengajaran agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan pada sesi berikutnya. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan
tidak bermatlamat. Proses pengajaran guru perlu diubah dari aspek kaedah, strategi dan tekniknya
mengikut kesesuaian tahap pembelajaran murid. Proses pembelajaran murid perlu diberi perhatian
dan dirancang dengan teliti. Rajah 6.17: Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran RUMUSAN
Falsafah pendidikan dan kurikulum merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan.
Kurikulum bertindak sebagai satu jambatan menghubungkan falsafah pendidikan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan berpusat seperti di Malaysia, guru-guru
tidak berkeupayaan untuk mengolah sendiri apakah yang hendak diajar kepada murid-murid.
Kurikulum kebangsaan dibentuk pada peringkat Kementerian Pelajaran. Kurikulum tersebut
membentuk body of knowledge dan dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi yang meliputi
Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks/ modul pengajaran sebagai panduan
dan bantuan kepada guru-guru melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kandungan kurikulum boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengetahuan deklaratif dan prosedural.
Pengetahuan deklaratif merupakan intipati yang mengandungi fakta, konsep, prinsip, teori dan
generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan (JSU). Manakala pengetahuan
prosedural berkait dengan proses, metodologi dan prosedur. Kandungan kurikulum yang terdapat di
dalam SP & HSP perlu ditafsir dan diterjemahkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan &
Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu mahir dalam proses ini bagi menjamin pendidikan yang berkesan. 106

107 7 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGENALAN Antara perkara yang
paling penting perlu ada bagi pendidikan di sesebuah negara ialah dasar pendidikan itu sendiri.
Dasar bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan penting
dalam pelaksanaanya. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaan pendidikan
tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing, tidak tentu arah dan tersasar dari matlamatnya. Dasar
bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas. Falsafah
pendidikan inilah yang menjadi teras kepada pendidikan. Falsafah pendidikan di sesebuah negara
ditetapkan untuk menjadi rujukan dan amalan yang mengandungi matlamat, proses dan bentuk
pendidikan yang hendak ditanamkan dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tersebut
dalam skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Falsafah pendidikan dan dasar
pendidikan di sesebuah negara membentuk satu rangkaian penting ke arah melahirkan individu dan
warganegara yang dapat memenuhi aspirasi negara. Mehlinger (1995) di dalam bukunya School
reform in the information age telah menjelaskan bahawa ketiadaan falsafah dan dasar dalam
perkembangan pendidikan boleh menimbulkan masalah. Masalah tersebut berkaitan dengan dua
bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan. Kesukaran pendidikan guru
berkaitan dengan pembentukan profesionalisme keguruan. Manakala kesukaran pembaharuan
pendidikan lebih bersifat holistik kerana kesukaran ini melibatkan isu-isu dalam sistem pendidikan,
kurikulum, penilaian dan perancangan kemajuan pendidikan dari satu tahap ke satu tahap yang lain.
Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah, dasar dan sistem, walaupun bertindan tindih
antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu tahap kepada tahap berikutnya
tetapi mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu. Urutan bermula dengan
falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah merupakan hasil pemikiran
yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai segi serta melihat gambaran besar yang
menyentuh persoalan itu. Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar merupakan formulasi idea-
idea sebagai panduan untuk tindakan. Apabila suatu dasar sudah termaktub maka sistem didirikan
bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut. APA DASAR PENDIDIKAN? Dasar secara umumnya
merupakan perkara yang menjadi asas atau perkara penting yang dituntut untuk dilaksanakan. Dari
segi bahasanya, dasar dirujuk sebagai asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu
perkara (Kamus Dewan IV, 2005). Dalam bahasa Inggeris dasar samalah dengan policy. Dari segi
etimologi, policy berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang bermakna city-state. Dalam bahasa
Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada negara. Seterusnya perkataan policie
digunakan dalam Midle English untuk merujuk pengendalian urusan awam atau pentadbiran
kerajaan. 107

108 Colebatch (2002) menyatakan dasar ialah perihatin terhadap arahan, mengimplementasi sistem
dan konsistensi. Dasar juga dikaitkan dengan keperihatinan terhadap sesuatu dengan memberi fokus
bermula dari proses bagaimana ia dilaksanakan sehinggalah kepada kepada hasil yang diperolehi.
Bridgeman & Davis dalam Colebatch (2002) menyatakan bahawa dasar ialah langkah-langkah logik
ke arah kejayaan seperti memberi definisi kepada masalah, menilai pilihan yang ada, implimentasi
dan membuat penilaian keseluruhan. Dalam konteks pendidikan pula, Trowler (2003) menyatakan
dasar pendidikan sebagai suatu prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu
pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Definisi tersebut turut di gunakan oleh Abdullah Sani (2003) apabila menyatakan dasar
pendidikan sebagai sutu garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang dimatlamatkan.
Berdasarkan kepada kenyataan Abdullah Sani (2003) dan Paul (2003), dapat disimpulkan bahawa
dasar pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan
yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu dasar pendidikan
merupakan suatu yang penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di sesebuah negara. APAKAH
TUJUAN SESUATU DASAR PENDIDIKAN DIBUAT? Dasar menjadikan perjalanan kehidupan
rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan
hidupnya secara tersusun dan harmonis. Dalam konteks pendidikan, Sufean Hussin (2002) telah
mengkategorikan dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitu kawalan, solusi atau
penyelesaian masalan, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi. 1. Dasar Kawalan Dalam
Pendidikan Kawalan bererti mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif
dalam bentuk akta yang mengenakan syarat dan hukuman. Tujuan utama dasar-dasar kawalan
dibentuk adalah untuk pencegahan, pengajaran dan peringatan. Hukuman berat yang dikenakan
kepada pelanggaran dasar ini adalah dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaran lisan, amaran bertulis,
penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan pemecatan. Ganjarannya pula ialah
kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur. Contoh dasar-dasar pendidikan
jenis ini ialah akta, peraturan. Undang-undang, disiplin, kod etika dan tatatertib: 2. Dasar Solusi
Dalam Pendidikan Solusi adalah peyelesaian masalah. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian
masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif
kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal ini disebabkan trend atau
perkembangan semasa yang berubah-ubah akibat tuntutan prioriti manusia dan ekonomi semasa.
Pendidikan merupakan proses yang melibatkan interaksi di antara sesama manusia, manusia dengan
persekitaran dan manusia dengan sistem. Interaksi yang berlaku tidak selalunya lancar, kerap kali
interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan halangan. Percanggahan idea bukanlah sesuatu
yang salah tetapi keputusan yang diambil itulah yang boleh menjadi sesuatu yang salah. Apabila
keputusan yang dibuat salah maka sistem juga menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Oleh itu
dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan
yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah: 108

109 Dasar Penjelasan Tujuan 60% Sains 40% Sastera Menyelesaikanmasalah tenaga kerja mahir
dalam sains dan teknologi untuk memacu pembangunan negara. 1 Pelajar 1 Sukan Menyelesaikan
masalah obesiti, menanamkan minat bersukan dan meningkatkan mutu sukan negara. PPSMI
Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. MBMMBI Memartabatkan bahasa Malaysia dan
memperkasa bahasa Inggeris. Integrasi Nasional Membentuk perpaduan. Keciciran Sifar Pendidikan
untuk semua. Sekolah Selamat Mempastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di sekolah. 3.
Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan Pendidikan itu perkhidmatan. Berkhidmat itu merupakan suatu
kebajikan. Pendidikan merupakan hak asasi kanak-kanak kerana pendidikan merupakan agen
perubahan dan sosialisasi. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap keilmuan, kemahiran dan
kemanusian kepada tahap yang lebih tinggi. Pendidikan dapat mengubah status individu dan
struktur sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks pendidikan, dasar ini berkaitan dengan usaha
memperbaiki kebajikan & perkhidmatan dalam pendidikan. Bagi tujuan itu Malaysia meletakkan
pelaburan yang tinggi untuk pendidikan. Pelaburan tersebut menerusi dasar yang melibatkan
perbekalan prasarana dan kualiti kehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran
pekeliling (ikhtisas & kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan
kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan.
Contoh dasar-dasar pendidikan jenis ini ialah: Dasar Pendidikan percuma Pinjaman Buku Teks
Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu, derma) Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPN, KWAMP,
zakat) Perlindungan Pelajar (Skim Insurance Pelajar) Pembangunan Pendidikan Luar Bandar
Penjelasan Tujuan Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban kewangan
rakyat. Pendidikan untuk semua, demokrasi pendidikan dan kurangkan beban kewangan rakyat.
Tingkatkan peluang pendidikan untuk semua. Tingkatkan peluang meneruskan pelajaran. Melindungi
pelajar jika berlaku kemalangan. Pendemokrasian pendidikan dan merapatkan jurang pendidikan 4.
Dasar Inovasi Dalam pendidikan Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membawa
pembaharuan dalam pendidikan menerusi idea, bahan dan kaedah. Dasar jenis ini bersifat futuristik-
pragmatik kerana cuba membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia
ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada
kejayaan dasar jenis ini. Contoh dasar-dasar jenis ini dalam pendidikan ialah: 109

110 Dasar Inovasi Pemerkasaan Sekolah Pembestarian Pendidikan Pembangunan Modal Insan
Pendidikan Berterusan Penjelasan Tujuan Pengiktirafan pencapaian sekolah menerusi penjenamaan
Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi Meningkatkan aplikasi teknologi dalam pengurusan
sekolah, kurikulum, kaedah, bahan dan pentaksiran. Membangunkan potensi pelajar menerusi
Sekolah Sukan (Bukit Jalil & Bandar Penawar) dan Sekolah Seni (Johor Bahru & Kuching) dan sekolah
projek. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme. DASAR-DASAR PENDIDIKAN
DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN NEGARA 1. Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan
Tradisional Melayu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sifat dan perwatakan yang
mempunyai kesopanan dan kesantunan yang tinggi, berbahasa yang halus dan berkeperibadian yang
yang mulia. Bagaimanakah masyarakat Melayu dapat mengekalkan nilai-nilai tersebut? Masyarakat
Melayu tradisional sentiasa berpegang teguh kepada kepercayaan beragama Islam dan amalan adat.
Ingatkah anda dengan pepatah Melayu "Agama dijunjung, adat dikelek" dan "Biar mati anak jangan
mati adat"? Apakah yang anda faham tentang kedua-dua pepatah tersebut? Kerana itulah Malaysia
mahu maju dengan acuan sendiri. Acuan dengan ciri-ciri budaya timur yang diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Pendidikan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan
Melayu dalam bentuk yang halus dalam seni (seperti pantun, gurindam, seloka, syair dan mantera),
tenunan & cetakan fabrik (menerusi batik), pertukangan dan ukiran (perahu, rumah dan senjata),
pertahanan diri (persilatan), hiburan & permainan (tarian istana, wau, sepak raga, congkak dan
gasing), tuturkata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama. Pendidikan jenis ini telah membentuk
jati diri masyarakat Melayu yang terkenal dengan kesantunan, kerajinan, kreatif, tegas dan taat. 2.
Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 1800) Sikap dan sifat yang ada pada masyarakat Melayu
tradisional telah membawa padah ibarat ayam terlepas, tangan berbau tahi. Apabila Melaka jatuh
kepada kuasa penjajah Portugis pada 1511, kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu
semakin lenyap. Masyarakat Melayu hilang warisan kerajaan beraja di Melaka. Ekonomi masyarakat
Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat.
Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada
perkembangan agama baru iaitu Kristian. Dasar peminggiran pendidikan tersebut berterusan semasa
pemerintahan Belanda. Sikap tidak ambil peduli oleh penjajah menyebabkan pendidikan menjadi
beku. Pihak penjajah lebih memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi dan perkembangan agama
Kristian. 3. Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 1957) Ibarat baling batu sembunyi tangan. Apabila
Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan dasar
pecah dan perintah. Inggeris telah mengambil kesempatan di atas sifat dan sikap yang ada pada
masyarakat Melayu. Inggeris telah menstrukturkan semula penduduk Tanah Melayu dan masyarakat
Melayu. Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka atas
alasan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Masyarakat dan ekonomi disusunaturkan 110

111 dengan masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi

tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan
kawasan perlombongan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong.
Manakala msyarakat India diletakkan di kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh
ladang dan buruh penyelenggara keretapi. Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris
terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan
penduduk Tanah Melayu mengikut kaum, ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal
diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan.
Melalui dasar pendidikan ini, sekolah vernakular diperkenalkan, murid-murid diasingkan mengikut
kaum dengan falsafah, dasar dan sistem pendidikan yang berbeza. Dari segi struktur hirarki sosial,
penjajah Inggeris sangat memberi perhatian kepada raja-raja dan pembesar Melayu dengan
pembinaan sekolah khas iaitu MCKK untuk anak-anak mereka tetapi mengasingkan golongan
masyarakat Melayu bawahan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan dapat
dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga 1957. Walaupun Tanah
Melayu pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun 1941 1945, namun kuasa Jepun hanya memberi
tumpuan dengan dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan Jepun.
Inggeris meneruskan dasar apabila kembali memerintah Tanah Melayu dari 1945 hinggalah
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 4. Dasar Reformasi Pendidikan (1957 1979) Ibarat carik-
carik bulu ayam, akhirnya berkumpul juga. Pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang
cemerlang pada era kemerdekaan. Penyata Razak 1956 menjadi batu asas kepada sistem pendidikan
berbentuk kebangsaan. Dasar pendidikan adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan. Pendidikan
peninggalan penjajah beransur-ansur diubah ke arah kebangsaan. Bahasa Melayu diangkat sebagai
bahasa kebangsaan dan kurikulum juga berbentuk kebangsaan untuk tujuan perpaduan. Reformasi
pendidikan dikukuhkan lagi menerusi laporan Rahman Talib 1960 dan pembentukan Akta Pelajaran
1961. Malaysia sudah ada garis panduan untuk mengembangkan pendidikan kebangsaannya.
Pemurnian pendidikan di Malaysia dilakukan menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Hala
tuju pendidikan, dasar-dasar dan sistem pendidikan negara lebih berorientasikan Malaysia. Apabila
penyusunan dan penstrukturan semula pendidikan dilakukan, barulah disedari bahawa ramainya
bangsa Malaysia yang hebat meskipun lahir dan membesar di kawasan kampung dan pedalaman
yang terpencil. 5. Dasar Inovatif Pendidikan (1980 1990) Belum berdiri, sudah berlari. Malaysia
memacu hebat sektor pendidikan dalam dekad 1980-an sehinggalah dekad 1990an. Aplikasi
perubahan-perubahan hebat yang berlaku dalam pendidikan meliputi, idea, kaedah dan bahan.
Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan yang sedia ada
sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang seimbang bersifat menyeluruh dan
bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982 dan enam tahun berikutnya Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
kemudiannya didokumentasikan pada tahun 1988 sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan
hala tuju pendidikan negara. Dengan satu visi, Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020. 6.
Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 2000) Dekad ini menyaksikan pendidikan di Malaysia dicorakkan
mengikut tuntutan semasa menerusi penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 dan penggubalan
Akta Pendidikan 1996. Dasar liberalisasi 111

112 pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina
dan Tamil dijamin kewujudannya dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis
(Cina/Tamil). Begitu juga penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama
ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti/ kolej di luar negara dengan institusi
tempatan. IPT (awam) tempatan juga mengalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Pada
peringkat sekolah, penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-
sekolah. 7. Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 2020) Alaf baru menyaksikan dasar-dasar kerajaan
terhadap pendidikan diperluaskan pada peringkat antarabangsa bertujuan melahirkan warganegara
kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020. Malaysia berusaha untuk bersaing pada
peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Sekolah-sekolah dijenamakan semula dalam
bererapa kategori seperti sekolah bestari, sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi. Begitu juga
dengan IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia. DASAR DAN
HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku mengikut apa
yang telah dirancangkan terlebih dahulu berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan.
Perkara tersebut dapat dipastikan menerusi Jadual 7.1. Jadual 7.1: Dasar-dasar dan hala tuju
pendidikan di Malaysia mengikut era. ERA CIRI & NILAI PENDIDIKAN DASAR & HALA TUJU
PENDIDIKAN Masyarakat berstruktur Pendidikan informal: agama - Raja Islam, adab & adat, -
Pembesar ekonomi, sosial dan politik. - Rakyat jelata Institusi: istana, masjid, - Pendatang surau,
rumah. Ketuanan, pertuanan, Hirarki pendidikan hamba, daulat, tulah mengikut: kelas sosial. Kaum
dan gender PENDIDIKAN ERA MASYARAKAT MELAYU TRADISI Tiada dasar yang jelas. Mengekalkan &
pengukuhan hirarki status kuo keharmonian sistem & fungsi dalam masyarakat Kemasyarakatan &
kekitaan Bakti kepada tanah/ alam Cinta & bekorban untuk tanah air Pengekalan budaya & warisan
112

113 PENDIDIKAN ERA PENJAJAHAN (1511 1957) PENDIDIKAN ERA 1950-AN PENDIDIKAN ERA 1960-
AN Masyarakat berstruktur: i. Elit ii. Bangsawan iii. Rakyat pertengahan iv. Rakyat bawahan
Masyarakat majmuk Budaya superior penjajah Amalan pecah & perintah Pembaratan & kristianisasi.
Kebangkitan patriotisme Masyarakat majmuk Perpaduan & kesefahaman kaum Kompromi antara
kaum: i. Kewarganegaraan ii. Kedudukan Raja Melayu iii. Kedudukan agama Islam. iv. Kedudukan
Bahasa Melayu. Berorientasi membasmi buta huruf. Membentuk perpaduan. Bahasa kebangsaan
Peningkatan taraf hidup. Peluang dan kebebasan. Penyertaan demokrasi. Penjajahan Portugis &
Belanda: pendidikan statik kerana dasar tidak ambil peduli. Penjajahan Inggeris: i. Pend. formal:
vernacular ii. Sekolah diinstitusikan: sekolah mubaligh, Melayu, Agama Islam, Cina, Tamil. iii. Pend.
informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi, sosial iv. Dualisme pend. mengikut etnik, gender,
ekonomi, agama, keturunan. Penjajahan Jepun: Pembekuan pendidikan. Pendidikan alat kawalan
ideologi & indoktrinasi Pend. formal: vernacular Institusi: sekolah mubaligh, Melayu, Agama Islam,
Cina, Tamil. Pend. informal: agama Islam, adab & adat, ekonomi. Kurikulum kebangsaan Bahasa
pengantar: Melayu & Inggeris Kurikulum akademik & vokasional. Dualisme pend. mengikut etnik,
gender, ekonomi, agama, keturunan. Kemudahan pembelajaran. Membuka sekolah aneka jurusan
(akademik & vokasional) Sekolah kebangsaan. Kurikulum kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai
pengantar. Akta Pelajaran 1961 Menitikberatkan kepada kehendak & nilai penjajah Dasar pecah &
perintah Pengekalan budaya & warisan berdasarkan kaum Dasar dualisme dalam sistem pendidikan.
Dasar-dasar pendidikan lain: i. Isolasi ii. Polarisasi iii. Liberalisasi iv. Indoktrinasi v. Ideologi Dasar
sekolah vernakular. Dasar penyeragaman peraturan pentadbiran sekolah. Dasar pelbagai bahasa.
Dasar satu kurikulum bercorak Malaysia. Dasar pendidikan wajib percuma 9 tahun/ kenaikan darjah
automatik. Dasar pendidikan dewasa/ lanjutan. Dasar pembangunan pendidikan tinggi dan teknik.
Dasar pendidikan percuma. Dasar kenaikan darjah automatik. Dasar biasiswa dan kemajuan kerjaya.
Dasar Bahasa Kebangsaan. Dasar Kurikulum Kebangsaan. Dasar pembelajaran sivik. Dasar ekuiti/
kuota dalam 113

114 PENDIDIKAN ERA 1970-AN PENDIDIKAN ERA 1980-AN PENDIDIKAN ERA 1990-AN Literasi.
Perpaduan. Patriotik. Sumber manusia Masyarakat maju. Membangun negara. Perpaduan. Tenaga
mahir. Pendemokrasian. Masyarakat maju & bermoral. Pendidikan kemahiran 1983: Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1988: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988:
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) didokumenkan Wawasan 2020 Wawasan Pendidikan digubal
dengan 9 cabaran yang perlu ditangani. Akta Pendidikan 1996. Pemurnian FPN Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sekolah khas/projek Pendidikan berterusan. Penswastaan pendidikan Globalisasi/
pengantarabangsaan Sains & Teknologi Perluasan sekolah rendah. Sekolah menengah bercorak
akademik & vokasional. Sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Perluasan sekolah
rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan
kurikulum kebangsaan Perluasan sekolah rendah, menengah, IPT Kukuh sekolah kebangsaan.
Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan (KBSR & KBSM) Falsafah
Pendidikan Negara. Kawalan pendidikan Perluasan pra sekolah, sekolah rendah, menengah, IPT
Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan. Kukuhkan kurikulum kebangsaan
Pembestarian sekolah ICT dalam pendidikan pendidikan tinggi Dasar pendidikan tinggi untuk mobiliti
sosioekonomi. Dasar membasmi keciciran. Dasar biasiswa & bantuan kewangan. Dasar sekolah
asrama. Dasar buku teks percuma. Dasar bantuan pemakanan. Dasar ekuiti dan perkembangan
pendidikan. Dasar pembangunan pendidikan teknik & vokasional. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah.
Dasar Pandang ke Timur: perkembangan pendidikan teknik dan profesional. Dasar penggunaan
komputer. Dasar kurikulum asas dan individu seimbang. Dasar pemindahan teknologi. Dasar latihan
perindustrian dan pemindahan teknologi. Dasar multimedia / pengkomputeran di sekolah. Dasar
pendidikan berasaskan komuniti. Dasar kurikulum seimbang. Dasar reformasi pentadbiran
pendidikan. Dasar sekolah cemerlang. Dasar sekolah wawasan. Dasar sekolah bestari. Dasar sijil
terbuka. Dasar pendidikan bertaraf dunia Dasar francais dan pengkoperatan pendidikan tinggi. 114

115 PENDIDIKAN ABAD 21 Industrialisasi Membina masyarakat Glokal (Global + Local).

Pengantarabangsaan pendidikan bertaraf dunia. Globalisasi & persaingan sejagat. Minda kelas
pertama. PIPP (2006-2010) Dasar PPSMI Patriotisme + Kewargenagaan Sekolah kluster Sekolah
berprestasi tinggi Perluasan pendiidkan awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah, menengah,
IPT Kukuh sekolah kebangsaan. Pengukuhan bahasa kebangsaan & bahasa kedua Kukuhkan
kurikulum kebangsaan (KSSR) Pendidikan kelas pertama. Hab pendidikan dunia. Dasar PPSMI. Dasar
sekolah cemerlang (kluster & berprestasi tinggi). Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar Yuran Percuma. Dasar
pentaksiran holistik Dasar pengantarabangsaan pendidikan Dasar MBMMBI DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN Menjelang kemerdekaan, para pemimpin negara melihat pentingnya mempunyai satu
sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi matlamat negara dan seterusnya bagi menggantikan
sistem pendidikan tinggalan penjajah. Berdasarkan kepentingan inilah maka terbentuknya Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Di dalam Akta Pelajaran 1961,
Dasar Pelajaran Negara didokumenkan menerusi pernyataan objektifnya iaitu: "BAHAWASANYA
dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan
satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am
tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan
kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang
digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-
objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya
ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi
keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat
yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat
serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis telah memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Ini menjadi satu matlamat penting pendidikan kebangsaan. 115

116 STRATEGI MENJAYAKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dalam usaha mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah dan strategi telah dirancang dan disusun. 1.
Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama Selaras dengan matlamat utama
Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia
telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan.
Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:
Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh
Menteri daripada subseksyen ini. (Akta Pendidikan, 1996) Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri
dari berbagai aliran, bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di
sekolah. 2. Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama Ini dilakukan dengan
menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah.
Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini
ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama.
Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun
disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996): Menteri hendaklah menetapkan suatu
kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3),
hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, bahasa
Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam
peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan bahasa Malaysia juga sama dengan apa
yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan
bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan. 3. Melicinkan Tatacara
Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab
telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan,
antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi
berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam
Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi
institusi pendidikan. 4. Mendemokrasikan Pendidikan memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan
dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar
Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan
peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program 116

117 sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. 5. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Kebangsaan
(KBSR & KBSM) Jawatankuasa kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
dalam laporannya (1979) telah mendapati antara lain bahawa kurikulum itu digubal secara terpisah
mengikut mata pelajaran dan terdapat sedikit sangat integrasi dalam mata pelajaran yang
terkandung di dalamnya (Perenggan 194). Oleh itu, berdasarkan rasional tersebut, jawatankuasa
kabinet memperakukan bahawa: Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya
pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam
bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Laporan Kabinet, Perakuan 2a). Oleh yang
demikian, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989. KBSR dibentuk berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan
peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Justeru, matlamat pendidikan
adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980). 6. Memperluaskan Pendidikan Vokasional Dan Teknik Bagi
memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut
mengambil langkah memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Tumpuan terhadap pemantapan pendidikan teknik
dan vokasional ini dapat dilihat melalui penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan
Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi
yang diambil termasuklah; menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan
dengan pekerjaan tertentu; dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Pada tahun
2011 pendidikan teknik dan vokasional mengalami perubahan dan dipertingkatkan sejajar dengan
kepentingannya untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi. Mulai 2012,
pendidikan vokasional mula diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah dan mulai 2014 sekolah
teknik dinaik taraf berstatus kolej. 7. Memantapkan Institusi Pengajian Tinggi Bagi memastikan
pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran, kerajaan telah mengambil beberapa langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut,
antaranya; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis
untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi
meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi; Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996
memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan
program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan; 117

118 Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti
tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; Akta
Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti; dan Akta
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan pinjaman kepada
pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. 8. Mempertingkatkan Pendidikan Islam,
Kerohanian, Moral Dan Disiplin Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah
tanpa mengira jenis dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996),
Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan
Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk
melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. 9. Pengajaran Bahasa Ibunda Matlamat
Sistem Pendidikan Kebangsaan antara lain ialah mewujudkan sistem pendidikan berteraskan
masyarakat sendiri. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat
di negara ini akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat
majmuk Malaysia. Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan pengajaran
bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah.
Langkah ini diambil supaya setiap masyarakat di negara ini akan rasa dihargai dan tidak wujud
perasaan disisihkan dalam negara sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan
1996 yang memperuntukkan:.pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat jika ada permintaan 15 orang
ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik. (Akta Pendidikan 1996) 10. Penekanan
Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pada abad ke-21, negara menghadapi
cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program
pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT,
berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang
bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini
adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010)
KPM. 11. Menggalakkan Aktiviti Ko-Kurikulum Bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti ko-
kurikulum di sekolah. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan pakaian seragam seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Selain itu, aktiviti
ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50
kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006
(Keputusan Jemaah Menteri, 2005); dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan
ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). 118

119 Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang
jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk
yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang
makmur dan maju. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara
ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain
di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita
tersebut. Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini
dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan
memakmurkan negara secara keseluruhan. DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Pelaksanaan dasar MBMMBI yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 berikutan memansuhan dasar PPSMI secara
beransur-ansur mulai 2011 dan berakhir sepenunya pada 2014 adalah bertujuan untuk melahirkan
generasi warga Malaysia yang fasih dan yakin mengguna bahasa Malaysia dan Inggeris. Dasar ini juga
bertujuan untuk memupuk perpaduan, bahasa komunikasi utama dan bahasa ilmu. Peningkatan
bahasa Inggeris juga diberi penekanan agar murid-murid berupaya bersaing dan meneroka ilmu
pada peringkat nasional dan global. Hal ini kerana kedua-dua bahasa terbabit adalah penting dalam
usaha melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri di samping berpengetahuan, berkemahiran
tinggi untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Pada peringkat peralihan, sekolah boleh
menggunakan dwibahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik. Perkara ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan peralihan
dasar berkenaan. Pengenalan dasar MBMMBI mempunyai tujuan yang jelas: Penerokaan ilmu.
Pengisiannya dalam bidang kerjaya. Menggunakannya untuk sebarang urusan rasmi. Melahirkan
generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan mempraktikkan penggunaan bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris standard dalam perbualan. Kefasihan dan keyakinan penggunaan bahasa Malaysia
dapat dipupuk melalui bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Pengukuhan bahasa ini pada
peringkat awal persekolahan dapat memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam
urusan kerajaan dan penggunaannya dalam bidang lain, termasuklah undang-undang, penyiaran dan
pelbagai sector lain. Usaha meletakkan bahasa Malaysia pada tempat yang sewajarnya dapat
dilaksanakan menerusi amalan pendidikan di sekolah. Langkah yang paling penting ialah
penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Menerusi
penekanan dalam penggunaan bahasa Inggeris pula dilihat dapat membantu generasi baru bersaing
di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan maklumat. Pembudayaan bahasa
Malaysia dan penguasaan bahasa Inggeris yang bermula pada peringkat sekolah juga menjurus
kepada mencapai matlamat membentuk perpaduan kebangsaan untuk membangun ekonomi
Negara sebagai satu kuasa baru dalam dunia global yang dinamik dan mencabar. Malah dasar
MBMMBI diyakini mampu membentuk generasi 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,
progresif, saintifik dan mempunyai minda kelas pertama yang kritis, kreatif dan inovatif. Sejajar
dengan itu, beberapa strategi bagi memperkuatkan dasar MBMMBI telah dirangka dan dilaksanaan.
119

120 i. Transformasi Kurikulum Kebangsaan Kurikulum berasaskan standard diperkenalkan bermula

pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) di tahun 1. Mulai 2012, kurikulum standard akan dilaksanakan pada peringkat sekolah
menengah. Bagi mempastikan kejayaannya maka beberapa pendekatan dikenalpasti. a) Aktiviti
kokurikulum: Melibatkan semua peringkat, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui aktiviti
bahasa seperti choral speaking, spelling Bee, storytelling, debat, pidato, syarahan, deklamasi sajak,
drama dan sebagainya. Bertujuan member peluang kepada murid-murid menonjolkan minat dan
bakat masing-masing seterusnya mencapai kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi. (b) Program
bahasa seperti Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
dan program Tiga-M (PROTIM) untuk menangani masalah murid seolah rendah pada tahap 2 yang
masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). (c)
Memperkukuh budaya membaca seperti pelaksanaan: Program Bacaan Awal Berstruktur Untuk
Murid Tahun 1. Program Bacaan Ekstensif (Tahun 3) Program Bacaan Sastera Kontemporari (Tahap
2) Program Bacaan NILAM (Nilai Ilmu Amalan Membaca) (d) Penambahan waktu pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris iaitu tambahan 30 minit bagi
bahasa Malaysia untuk Tahap 1 (menjadikan keseluruhannya 300 minit) dan 90 minit untuk Tahap 2
(keseluruhannya 270 mint) bagi sekolah jenis kebangsaan (SKJ C/T). Untuk bahasa Inggeris,
penambahan 90 minit (menjadikan keseluruhannya 300 minit) di sekolah kebangsaan dan 150 untuk
sekolah jenis kebangsaan. ii. Peningkatan Kapasiti Guru Kualiti guru menjadi elemen penting dalam
usaha menjayakan dasar MBMMBI. Kementerian pelajaran memberi tumpuan terhadap: (a)
Menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen Standard (S) dan
Keperluan (K) sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara. (b) Meningkatkan jumlah guru
siswazah dan guru opsyen bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti. Guru yang
berkelayakan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dan
kedoktoran. (c) Menaiktaraf Maktab/Institut Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) untuk dijadikan pusat kecemerlangan bahasa dalam latihan dan kursus pra perkhidmatan
dan dalam perkhidmatan. (d) Melaksanakan program penutur jati dengan melantik 360 penutur jati
dari luar Negara sebagai mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai training fellows
di Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris. 120

121 APAKAH ELEMEN DAN PETUNJUK TERHADAP PEMBUATAN DASAR? Terdapat lima fasa dalam
pembuatan dasar yang meliputi penentuan agenda, peramalan & pencarian alternatif, perancangan
dasar, pelaksanaan dasar dan pentaksiran. Fasa yang telah lengkap diikuti dengan tindakan yang
meliputi analisis, kenalpasti masalah, penerimaan, operasi program dan penilaian. Bagi
melaksanakan tindakan maka, ciri-ciri keberkesanan tindakan perlu diberi perhatian. Rajah 7.1
menunjukkan perkaitan elemen dan petunjuk terhadap pembuatan dasar-dasar pendidikan. FASA
Penentuan Agenda Peramalan & Pencarian Alternatif Perancangan Dasar Pelaksanaan Dasar
Penaksiran Dasar TINDAKAN Cadangan Dasar (Analisis) Kenalpasti Masalah (alternatif) Penerimaan
Operasi Program Penilaian Apakah masalahnya? Apakah yang akan terjadi jika tidak melakukan
sesuatu? Bagaimanakah masalah ditafsirkan? Apakah matlamatnya? Apakah pilihan yang ada yang
boleh membawa kebaikan atau sedikit keburukan? Adakah dasar itu berkaitan dengan politik?
Apakah ukuran yang boleh membantu dalam memastikan kejayaan pelaksanaan dasar? Apakah
kriteria di mana polisi boleh ditafsirkan dengan baik? Ditafsirkan dengan adil? PENSTRUKTURAN
MASALAH PERAMALAN PENGSYORAN PENGAWASAN PENILAIAN Sumber: Cochran & Malone (1995)
CIRI-CIRI Rajah 7.1: Elemen dan pentujuk terhadap pembuatan dasar 121

122 RUMUSAN Dasar pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia bertujuan untuk
mendisiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Dasar-dasar tersebut
bermatlamat untuk keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor
pendidikan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti
dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber
manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan
diterjemahkan pada peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah-sekolah (Top Down). Guru-guru sebagai pelaksana, perlu akur dengan dasar
yang telah dibuat. 122

123 8 ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENDAHULUAN Proses

perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem
pendidikan. Pendidikan merupakan suatu sistem dan proses membangunkan insan. Proses
membangunkan insan yang mencakupi keseluruhan rakyat merupakan suatu yang kompleks. Oleh
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu organisasi yang besar yang diwujudkan untuk
mengambil tanggungjawab kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan
tanggungjawab. Mereka dididik bagi mengembangkan lagi potensi masing-masing bagi mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Bagi
merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang
meliputi peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah untuk menatar dan menjana bangsa ke arah
penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai, moral, sosial, ekonomi, politik dan sosial yang luas agar
berkeupayaan meningkatkan daya saing bagi menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. KONSEP DAN PENGERTIAN ORGANISASI DAN PENTADBIRAN i. Organisasi Secara umumnya
organisasi merupakan sistem sosial yang kompleks yang boleh didefinisikan daripada pelbagai sudut
dan dimensi. Hal ini disebabkan organisasi adalah dinamik dan sering kali berubah-ubah dengan
haluan perkembangannya yang sukar diramal. Keadaan ini menunjukkan bahawa dalam organisasi
terdapat ciri-ciri yang istimewa sehingga melahirkan pelbagai tafsiran dalam usaha untuk memahami
organisasi. Dalam memberikan definisi, ada tokoh yang menyatakan organisasi sebagai satu
kumpulan individu yang secara sedar dan rela, bersetuju untuk bekerjasama bagi mencapai sesuatu
matlamat tertentu. Definisi lain pula menyatakan organisasi merupakan satu penyelarasan unit
sosial yang mengandungi dua atau lebih individu yang memainkan peranan untuk mencapai
matlamat bersama. Ada juga yang menterjemahkan organisasi sebagai campurtangan sosial untuk
mencapai matlamat bersama melalui penggabungan usaha atau kerjasama anggota. Sebagai contoh,
Hollebeck (1995) mengambarkan organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber untuk
menjayakan sesuatu tujuan dan matlamat yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu secara
bersendirian. Morgan (1986) pula melihat organisasi melalui lapan perspektif yang berbeza, iaitu:
Organisasi dilihat berfungsi sebagai mesin yang mana pembangunannya terhad dan lebih bersifat
melaksanakan fungsi rutin. Organisasi dilihat beroperasi seperti makhluk hidup yang bersedia
menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. 123

124 Organisasi dianalogikan sebagai otak yang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan
kebolehan dan mencari pembaharuan. Organisasi dilihat sebagai sistem budaya yang mengandungi
ideologi, nilai, upacara, kepercayaan dan amalan yang diyakini bersama. Organisasi adalah sebuah
institusi politik yang membentuk hierarki autoriti. Organisasi ini berkait rapat dengan kekuasaan,
manipulasi dan konflik. Organisasi adalah sebuah penjara psikik, di mana ahli organisasi diikat
dengan tradisi dan berbangga dengan kejayaan mereka dan tidak bersedia untuk menerima
perubahan dan lebih selesa dengan suasana yang ada. Organisasi berbentuk transformasi yang
dilihat bersedia untuk berubah dan membuat strategi untuk menghadapi halangan-halangan semasa
perubahan. Organisasi adalah alat untuk mendominasi yang membawa maksud ahli atau kumpulan
berkelakuan untuk mencapai motif mereka dengan mencengkam pihak lain asalkan kepentingan
atau keperluan mereka tercapai. Sufean Hussin (2004) pula menjelaskan bahawa organisasi merujuk
kepada struktur penyusunan komponen-komponen atau unit-unit yang terdapat dalam sesuatu
sistem, lazimnya sistem sosial. Sistem pula dikaitkan dengan apa sahaja yang terbina daripada
rangkaian komponen-komponen atau unit-unit yang di mana ia mempunyai sesuatu tugas, fungsi
atau matlamat. Dari aspek sosial, institusi yang ditubuhkan oleh masyarakat merupkan satu system
social. Contoh institusi tersebut dalam konteks pendidikan ialah sekolah, PPD, JPN dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Setiap institusi tersebut mempunyai sistem sosialnya yang tersendiri
berdasarkan fungsi dan matlamat penubuhannya. Sistem sekolah misalnya terdiri komponen
pentadbiran,staf akademik, staf sokongan, murid, bangunan, infrastruktur dan lain-lain lagi. Sistem
sosial ini ditabdir urus oleh manusia yang mewujudkan interasi social. Penyusunan komponen-
komponen yang terdapat di dalam sesuatu organisasi secara sistematik menentukan sama ada
sesuatu organisasi itu digolongkan kepada organisasi formal atau organisasi bukan formal. Berikut
ialah perbezaan di antara kedua-dua jenis organisasi tersebut. Jadual 8.1: Perbandingan cirri-ciri
organisasi format dan buka formal Orgnisasi Formal Jangka hayat yang lebih lama Beroperasi secara
berterusan Struktur susunan komponen yang rumit Input sumber fizikal & modal yang besar
Organisasi Bukan Formal Jangka hayat yang terhad Terbubar selepas selesai tugasan Struktur lebih
ringkas & mudah Input sumber fizikal & modal yang kecil Bagi sistem pendidikan di Malaysia,
struktur organisasinya digambarkan seperti di Rajah 8.1. Organisasinya boleh dibahagikan kepada
lima peringkat: 1. Peringkat pusat (peringkat eksekutif). 2. Peringkat negeri (peringkat pengurusan).
3. Peringkat daerah (peringkat penyeliaan). 4. Peringkat sekolah (peringkat teknikal). 5. Peringkat
bilik darjah (peringkat pelaksanaan) 124
125 FUNGSI ORGANISASI PERINGKAT ORGANISASI ALIRAN AUTORITI TOP Eksekutif (Pembuat Dasar)
Pusat Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pengurusan Peringkat Negeri (Pengarah Pendidikan
Negeri) Penyeliaan Peringkat Derah (Pegawai Pendidikan Daerah) Teknikal Peringkat Sekolah
(Pentadbir Sekolah) Pelaksanaan Peringkat Bilik Darjah (Guru-Guru) DOWN Rajah 8.1: Peringkat dan
fungsi organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia Bentuk piramid pada Rajah 8.1 menunjukkan
aliran autoriti dan delegasi tanggungjawab daripada bahagian puncak ke bahagian-bahagian dasar.
Keluasan setiap bahagian piramid menunjukkan bilangan sumber manusia yang terlibat pada
bahagian-bahagian berkenaan. Organisasi formal mempunyai struktur asas untuk berfungsi dengan
baik yang meliputi kepimpinan, agihan tugas, prosedur menjalankan tugas, matlamat dan dasar.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pemimpin organisasi pendidikan negara ialah Menteri
Pelajaran. Manakala ketua organisasi ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Pada peringkat negeri pula
diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri, peringkat daerah ialah Pegawai Pendidikan Daerah dan
pemimpin peringkat sekolah ialah Pengetua/Guru Besar. Pemimpin organisasi formal ini
menetapkan tugas ahli dalam organisasinya dan fungsi setiap komponen/unit yang ada. Agihan tugas
dan autoriti secara jelas dapat mengelakkan pembaziran sumber yng berlaku disebabkan pertindihan
kerja dan mengelakkan konflik autoriti dan tugas. Sebuah orgnisasi yang lebih besar seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai sistem yang lebih kompleks kerana memiliki
komponen-komponen yang terpisah dan berangkai. Oleh yang demikian pembahagian tugas serta
penetapan peranan, fungsi dan peraturanperaturan adalah perlu agar semua ahli-ahli organisasi
memahami tanggungjawab masing-masing. 125

126 Sesuatu organisasi mesti mempunyai tujuan, matlamat dan objektif penubuhannya dengan
jelas. Tujuan, matlamat dan objektif tersebut dirumuskan oleh eksekutif yang mentadbir perjalanan
organisasi. Eksekutif bertanggungjawab terhadap soal pencapaian matlamat yang meliputi aspek
produktiviti, keberkesanan dan kecekapan. Secara langsung eksekutif merumuskan prosedur-
prosedur pelaksanaan dan strategi-strategi pengurusan sumber bagi mempstikan pencapaian
matlamat dan dengan cekap dan berkesan. Dalam sesuatu organisasi jentera yang mensepadukan
sumber manusia untuk mencapai matlamat mengandungi lima ciri: Dasar yang tegas. Tujuan yang
jelas. Adanya kepimpinan wakilan. Terbentuknya anggota/ahli yang konkrit. Usaha/komitmen yang
positif dan kreatif. ii. Pentadbiran Pentadbiran ialah satu unsur penting bagi menjamin kelancaran
perjalanan komponen-komponen yang terdapat di dalam organisasi. Pentadbiran berfungsi untuk
menggerakkan segala sumber yang meliputi sumber manusia dan sumber fizikal (kewangan dan
infrastruktur) secara selaras dan tersusun bagi mencapai matlamat. Pentadbiran diperlukan untuk
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian mekanisme sosial; memandu organisasi mengharungi
masalah; dan untuk memberikan kekuatan kepada organisasi menghadapi cabaran-cabaran baru.
Ibrahim Mamat (1993) telah merumuskan tafsiran mengenai pentadbiran sebagai: Satu proses sosial
yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Satu proses sosial yang
berkaitan dengan mengadakan, menyelenggarakan, mengawal dan menyatukan segala sumber
manusia dan fizikal dalam satu system yang disepadukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Suatu
tindakan mengkoodinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain, untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin. Manakala Sufean Hussin (2004)
memperincikan pentadbiran sebagai proses membuat keputusan berdasarkan ciri-ciri berikut:
Pentadbiran ialah satu tingkah laku am yang boleh dijumpai dalam semua organisasi manusia.
Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal penghidupan dalam organisasi sosial. Fungsi
pentadbiran ialah untuk mengembangkan dan mengubahsuai proses membuat keputusan dengan
berkesan dan sebaik mungkin. Dengan berfokus kepada matlamat, Drucker (1954) menyatakan
bahawa pentadbiran organisasi ialah a mean to an end, iaitu pentadbiran merupakan mekanisme
pengaturan sumber-sumber untuk mencapai matlamat. Secara amnya, fungsi pentadbiran
melibatkan: menilai kualiti dan kuantiti hasil. menentukan pemilihan strategi pelaksanaan.
menetapkan dan melaksanakan dasar-dasar. mempengaruhi imej dan prestij sesuatu organisasi.
menentukan iklim organisasi dan hubungan antara manusia. menentukan jenis output, hala tuju dan
keutamaan yang perlu diberi perhatian. membantu perolehan dan penggunaan sumbert-sumber
dengan cara yang berkesan. 126

127 iii. Pentadbiran Pendidikan Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan.
Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur,
mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada
setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan
melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya
menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara
menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan. Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah
tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling
sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya
terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002). Dalam konteks pentadbiran
pendidikan, Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya
menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling
berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau berpendapat pentadbiran pendidikan
merupakan satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan
pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan,
penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. Merujuk kepada kenyataan Abdul
Rahman Arshad (2007), pentadbiran pendidikan di Malaysia adalah berbagai tahap yang bermula
pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah. Pada peringkat kementerian memberi penekanan
kepada penggubalan dasar; pentadbiran dikategorikan kepada dua iaitu pentadbiran umum dan
pentadbiran professional. Pentadbiran umum melibatkan pentadbiran kewangan, pengurusan
sumber manusia dan pembinaan sekolah. Manakala pentadbiran professional member tumpuan
terhadap perancangan dan penyelidikan pendidikan, perkembangan kurikulum, pengendalian
peperiksaan awam, pengurusan sekolah, pendaftaran sekolah dan guru, penaziran, latihan guru dan
kursus-kursus dalam perkhidmatan. Manakala pada peringkat negeri pula, Jabatan Pelajaran Negeri
bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal pada peringkat persekutuan.
Jabatan Pelajaran Negeri dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah sebelum arahan sampai ke
peringkat sekolah. Sekolah merupakan suatu organisasi yang berada pada rantaian akhir dalam
pelaksanaan dasardasar pendidikan yang digubal pada peringkat pusat. Sekolah menjadi tempat
(bagaikan makmal) yang menempatkan komponen seperti kurikulum, peperiksaan, guru, murid,
prasarana dan ibu bapa memainkan peranan untuk mencapai objektif pendidikan. Pentadbiran
sekolah yang rasmi merupakan elemen penting bagi mencapai objektif tersebut. Pada peringkat
sekolah, Pengetua/ Guru Besar berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan
pentadbiran pendidikan seperti lebihan saiz murid, sekolah dua sesi, saiz kelas yang besar, moral
guru yang menurun, peningkatan kes disiplin dan sebagainya lagi. Guruguru pula bukan lagi
menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi bertindak membantu
pentadbiran sekolah. Contohnya, guru-guru bertindak membantu kewangan sekolah (bayaran sukan,
perpustakaan, PIBG, biasiswa/ derma), skim subsidi pelajar (RMT, susu), buku teks, peperiksaan,
sukan tahunan/ permainan MSSD/ MSSM, rekod pelajar (kehadiran, kemajuan, disiplin, profil
pelajar), pengisian pelbagai boring dan sebagainya lagi. Keadaan tersebut menyebabkan guru-guru
hanya memberikan penumpuan yang minima terhadap persediaan perancangan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Sekolah-sekolah sentiasa diselia dan dipantau oleh Pejabat Pelajaran
Daerah bagi mempastikan organisasi beroperasi dengan lancar agar matlamat dan objektif dapat
dicapai. Dari masa ke semasa penambahbaikan dilaksanakan khususnya kepada guru-guru ke arah
melengkapkan diri menghdapi cabaran semasa yang sentiasa berubah khususnya cabaran teknologi,
psikologi dan cabaran pedagogi. 127

128 Latihan dalam perkhidmatan dikendalikan pada peringkat sekolah (dalaman), daerah, negeri
mahupun pusat. STRUKTUR PENTADBIRAN PENDIDIKAN Selepas merdeka, Perlembagaan
Persekutuan telah menetapkan bahawa pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia adalah
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Selepas pembentukan negara Malaysia pada 16 September
1963, dasar dan pentadbiran pendidikan di negeri Sabah dan Sarawak dilaksanakan sendiri oleh
kerajaan di kedua-dua negeri berkenaan. Sabah dan Sarawak diberi autonomi untuk menguruskan
sistem pentadbiran pendidikannya sendiri sehingga ke suatu tempoh yang ditentukan. Namun
begitu, peruntukan kewangn bagi program-program pendidikan di Sabah dan Sarawak terletak di
bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini mewujudkan perbezaan dalam struktur
dan sistem pentadbiran pendidikan di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak. Struktur pentadbiran pendidikan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat sekolah dengan organisasi yang
bertanggungjawab ialah Kementerian Pelajaran, Pejabat Pelajaran Negeri dan Sekolah. Hanya
terdapat tiga buah negeri di mana struktur pentadbiran pendidikannya tidak mempunyai Pejabat
Pelajaran Daerah iaitu Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan. Manakala struktur pentadbiran di
negeri Sabah dan Sarawak mengandungi peringkat bahagian kerana kedua-dua negeri tersebut
sangat luas. Pusat Negeri Daerah Sekolah Rajah 8.2: Struktur pentadbiran pendidikan di negeri-
negeri Semenanjung Malaysia. 128

129 Pusat Negeri Bahagian Daerah Sekolah Rajah 8.3: Struktur pentdbiran pendidikan di Sabah dan
Sarawak. ORGANISASI PENTADBIRAN PENDIDIKAN PERINGKAT PERSEKUTUAN (PUSAT) Kementerian
Pelajaran merupakan organisasi utama pada peringkat persekutuan yang bertanggungjawab
menggubal dan meluluskan dasar-dasar dan program pendidikan. Kementerian ini dipimpin oleh
seorang Menteri yang diberi kuasa untuk membuat keputusan ke atas semua dasar pendidikan.
Menteri tersebut bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dasar-dasar yang telah dikuatkuasakan
dalam Akta Pendidikan. Bagi memastikan sistem pendidikan di negara ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan cemerlang, Menteri Pelajaran dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan seorang Setiausaha Politik. Pada peringkat pentadbiran Kementerian Pelajaran, Ketua
Setiausaha (KSU) merupakan pegawai utama yang bertanggungjawab untuk melancarkan jentera
pentadbiran dan tugas-tugas Kementerian Pelajaran. KSU dibantu oleh dua Timbalan Ketua
Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Ketua Pengarah Pelajaran dan tiga Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran (Bahagian Dasar Pembangunan Pendidikan, Bahagian Operasi Pendidikan dan
Bahagian Profesionalisme Pendidikan) dan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tugas dan
tanggungjawab utama Ketua Pengarah Pelajaran ialah melapor atau memberi taklimat kepada KSU
dan Menteri Pelajaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pelajaran.
Tugas dan tanggungjawab pentadbiran harian Kementerian Pelajaran terletak pada Timbalan Ketua
Setiausaha dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran. Menteri Pelajaran bertanggungjawab secara
terus kepada Parlimen (Dewan Rakyat). Bagi melicinkan jentera pentadbiran Kementerian Pelajaran
dan bagi melaksanakan dasar serta program pendidikan yang lebih kemas dan sistematik,
Kementerian Pelajaran telah mewujudkan bahagian-bahagian dalam organisasi pentadbirannya.
Jumlah bahagian tersebut bergantung kepada keperluan sistem pendidikan di Malaysia. Setiap
bahagian bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM).
129

130 i. TKPPM Dasar Pembangunan Pendidikan: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kokurikulum Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Buku
Teks Lembaga Peperiksaan. Majlis Buku Kebangsaan ii. iii. iv. TKPPM Operasi Pendidikan: Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Islam. Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional.
Bahagian Pendidikan Khas Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster Bahagian Sukan
Bahagian Seni dan Kokurikulum Bahagian Pelajaran Swasta TPPM Pembangunan Profesionalisme
Keguruan Bahagian Pendidikan Guru. Institut Aminuddin Baki. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Unit Pengurusan Sumber Manusia v. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) BAHAGIAN-
BAHAGIAN DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. Di Bawah Kendalian Ketua Pengarah
Pendidikan Bahagian Akaun (BA) Bahagian Audit Dalam (BAD) Bahagian Audit Sekolah (BAS)
Bahagian Buku Teks (BBT) Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) Bahagian Kewangan
(BKEW) Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Bahagian Kokurikulum & Kesenian (BKK) Bahagian
Matrikulasi (BM) Bahagian Pembangunan (BP) Bahagian Pembangunan & Penilaian Kompetensi
(BPPK) 130

131 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Bahagian Pendidikan
Islam (BPI) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta) Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) Bahagian
Psikologi dan Kaunseling (BPsK) Bahagian Sukan (BS) Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institut Aminudin Baki (IAB)
Unit Komunikasi Koperat (UKK) Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK) Lembaga Peperiksaan (LP)
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) Badan Berkanun: i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ii.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) iii. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ii. Di Bawah
Kendalian Timbalan Ketua Setiausaha I & II Pembangunan dan Bekalan. Kewangan dan Akaun. Hal
Ehwal Luar Negeri Biasiswa dan Latihan Perjawatan dan Perkhidmatan Khidmat Pengurusan
Perhubungan Awam Pengurusan Aset Psikologi & Kaunseling Pembangunan & Penilaian Kompetensi
Komunikasi korperat Undang-Undang 131

132 Rajah 8.4 Organisasi pentadbiran pendidikan peringkat pusat AKTA PENDIDIKAN 1996: KUASA
MENTERI DAN PERUBAHAN DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN Akta Pendidikan 1996 telah
membawa perubahan terhadap struktur dan sistem pentabiran pendidikan negara. Reformasi
pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri Pelajaran.
Satu perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa aspek penting dalam
sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir pendidikan utama. Struktur dan organisasi
baru mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi
selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem pendidikan.
Tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah
tambah di bawah Akta 1996. Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah diberikan kepada Menteri
Pelajaran. Akta tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri Pelajaran. 132

133 Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pelajaran. Kuasa tersebut tertakluk kepada
satu syarat iaitu Ketua Pengarah Pelajaran mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam
perkhidmatan pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini
memberikan peluang kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2)
menegaskan bahawa Ketua Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta
1996. Beliau menasihat Menteri mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam
seksyen 4 (1) memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pelajaran
Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai Pelajaran yang yang lain. Kuasa yang luas dan
kebebasan untuk bertlndak mengikut pertimbangan diri merupakan dua ciri yang khusus. Seksyen 4
Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana
kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pelajaran; dan bagi
setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh
Menteri, seorang Pegawai Pelajaran yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik
oleh Menteri Di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk
dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1). Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2)
rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.
Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sarna dari segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan
Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar
Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar
Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan
Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir
Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab
Menteri Pendidikan. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan
yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada Menteri,
pengurusan sumbersumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menye1uruh pe1ajar dari
segi moral, mental, fizikal, dan rohani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah
tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah
arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan Selain itu, Menteri Pelajaran diberikan kuasa untuk
mengeluarkan arahan am dan arahan khas. Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke
semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang
bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk kepada dua syarat. Pertama, arahan am
yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Arahan itu merangkumi
penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai, kewajipankewajipan yang perlu
ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta. Ia juga
melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apabila syarat-syarat itu
telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang dikeluarkan.
Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pelajaran untuk mengeluarkan
arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau mana-mana
angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar,
sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92
Akta pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan
peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang
berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota,
pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian. 133

134 ORGANISASI PENTADBIRAN PENDIDIKAN Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Bagi melicinkan
pentadbiran pendidikan Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan JPN pdi
setiap negeri untuk menjadi nadi penggerak kepada keseluruhan pentadbiran di peringkat negeri,
bahagian, daerah dan sekolah di seluruh negeri. JPN diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri yang
bertanggungjawab untuk mentadbir, melaksana dasar-dasar dan arahan KPM, melaksanakan proram
dan projek pendidikan di semua peringkat dalam negeri berkenaan. JPN berperanan menjalankan
fungsi-fungsi khusus: i. Pengurusan, penyeliaan, penyelarasan dan pengawasan program-program
pendidikan pada peringkat bahagian, daerah dan sekolah. ii. Memastikan dasar-dasar pendidikan
memenuhi hasrat dan matlamat yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1996. iii. Memastikan
kemajuan dan kecemerlangan setiap aktiviti yang dijalankan pada peringakt sekolah. iv. Agensi
penghubung yang menyalur maklumbalas: tahap pencapaian dan masalah berhubung kurikulum,
kokurikulum, pembangunan dan sumber daerah dan sekolah kepada KPM. v. Menyelaras
pentadbiran: perjawatan, kewangan, pembangunan fizikal dan sumber manusia. vi. Menyelia
program & projek: buku teks, bantuan kewangan/ makanan, sukan, kurikulum & media pendidikan.
vii. Melaksana & menyelia rancangan pembangunan pendidikan peringkat negeri. viii. Menasihat
KPM. Jabatan Pelajaran Bahagian (Negeri Sabah dan Sarawak sahaja) Jabatan Pelajaran Bahagian
(JPB) diwujudkan sebagai perantara antara JPN dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Negeri Sarawak
mempunyai lima buah Jabatan Pelajaran Bahagian iaitu Kuching, Simanggang, Sibu, Miri dan
Limbang. Manakala negeri Sabah mempunyai juga mempunyai lima Jabatan Pelajaran Bahagian iaitu
Pantai Barat, Labuan, Sandakan, Tawau dan Pendalaman. Setiap Jabatan Pelajaran Bahagian diketuai
Pegawai Pelajaran Bahagian. Fungsi JPB ialah: i. Menyediakan data enrolmen murid-murid dan
maklumat sekolah-sekolah di bawah kelolaan JPB. ii. Membantu JPN mengurus dan melaksana Skim
Pinjaman Buku Teks di sekolah-sekolah. iii. Melaporkan kepada JPN tentang kegiatan, kemajuan dan
masalah yang dihadapi oleh PPD dan sekolah-sekolah di bawah kelolaan JPB. Pejabat Pelajaran
Daerah Organisasi pendidikan peringkat daerah bagi setiap negeri diketuai Pegawai Pendidikan
Daerah yang memainkan peranan khusus seperti berikut: i. Mewakili JPN pada peringkat daerah
kelolaannya ii. Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar di sekolah-sekolah di daerah
pentadbirannya. iii. Membantu sekolah dari aspek perkembangan kurikulum. iv. Memberi maklumat
kepada JPN berkaitan pengajaran dan pembelajaran. v. Mengenalpasti program pembangunan
professional guru-guru. vi. Membantu menguruskan peperiksaan awam. vii. Menguruskan
kemasukan dan pertukaran pelajar. viii. Mengawal etika dan disiplin staf di sekolah-sekolah. 134

135 ix. Mengurus perkhidmatan dan kebajikan staf di semua sekolah di bawah kelolaannya.
Organisasi Pentadbiran Pendidikan Peringkat Sekolah PENGETUA PIBG/ Lembaga Pengelola
KAUNSELOR PK KOKURIKULUM PK HAL EHWAL MURID PK PENTADBIRAN PK PETANG PK TINGKATAN
VI UNIT KOKURIKULUM UNIT HEM UNIT KURIKULUM UNIT PENTADBIRAN UNIT PENTADBIRAN &
KURIKULUM DAN SUKAN Unit Beruniform Kelab Persatuan Sukan & Permainan Guru Rumah Sukan
Majalah Sekolah Koperasi Sekolah Hari-Hari Khas 1Murid 1Sukan Pemb. Sukan Lembaga Pengawas
Lembaga Displin Lembaga Asrama Bim. & Kaunseling SPBT Kesihatan Kes. & Lalulintas Biasiswa JK
Musolla SMM/Data Pelajar Kebajikan Pelajar 3K Pencegahan Dadah Kebersihan Majlis Ketua
Tingkatan Rekod Pelajar Sijil & akuan Panitia Matapelajaran Pusat Sumber Peperiksaan & Penilaian
TOV Jadual Waktu Program Akademik Projek NILAM Pengurusan Makmal Komp. Penyelarasan kelas
PPSMI/MBMMBI ULBS/PLBS Kelas Rancangan Khas Kelas Aliran AGAMA Pendidikan Khas POI
Kewangan Sekolah Perangkaan & Data Pengurusan ICT Perkembangan Staf Pusat Kitar Semua Kajian
Tindakan PIBG Perabut, Peralatan & Penyelenggaraan. PTK Keceriaan Sekolah Bilik Gerakan Sis.
Peng. Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Induk PIPP Aduan Guru Pendaftaran Peperiksaan Kolokium
Sukan & permainan Penyelarasan sumber manusia. Media & pusat sumber. Perabut, peralatan &
penyelenggaraan. GK BAHASA GK SAINS GK VOKASIONAL & TEKNOLOGI GK KEMANUSIAAN KETUA
PANITIA GURU-GURU PELAJAR-PELAJAR Rajah 8.5: Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah Menengah
STAF SOKONGAN Pengetua Sebagai Pentabdir Organisasi Sekolah Pentadbiran sekolah dibawah
pimpinan seorang pengetua telah menjadi suatu bidang yang memerlukan pengetahuan, kecekapan,
pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua sebagai pemimpin dan sekali gus
sebagai pengurus pendidikan di sekolah, adalah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan
sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh
menentukan hala tuju institusi. Tambahan lagi, pengetua adalah pelaksana dasar pendidikan di
peringkat sekolah.perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu,
mana-mana 135

136 pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh
Kementerian Pendidikan. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolahlah yang dipilih
untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya dalam pengajaran
atau pentadbiran. Pengetua turut berperanan dalam merancang dan menyelia segala pengurusan
kurikulum yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengetua juga turut berperanan sebagai individu
yang bertanggungjawab dalam mengagih dan menyelia tugas warga sekolah selain membimbing
warga sekolah untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. Pengetua perlu memainkan peranan
sebagai penilai bagi menilai pretasi kakitangannya tidak kira kakitangan akademik mahupun bukan
akademik. Antara lain peranan pengetua adalah menjadi pengerusi atau penaung jawatankuasa
dalam apa sahaja persatuan dan kelab yang ditubuhkan di peringkat sekolah. Pengetua turut
berperanan untuk menyelia persekitaran sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa berada
dalam keadaan baik dan selesa untuk semua warga sekolah. Pengetua juga merancang takwim
sekolah hasil perbincangan bersama pihak sekolah dan kementerian. Antara tugas penting pengetua
adalah dalam merancang kewangan dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Sebagai ketua di sekolah, pengetua perlu bersikap berfikiran terbuka untuk menerima pendapat dan
pandangan guru-guru dan kakitangan serta berfikiran jauh untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Pengetua juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dan mesra denagn pegawai-
pegawai atasan serta orang-orang bawahannya dan rakan-rakan sejawatannya. Sentiasa mengambil
tahu berkaitan kebajikan kakitangannya dan sentiasa mempunyai sifat berperikemanusiaan dan
bertimbang rasa. Selain itu juga, pengetua tidak boleh menggunakan pangkat semata-mata dan
kuasa yang ada untuk mengambil tindakan dalam sesuatu perkara. Pengetua juga perlu bersikap
tegas tetapi pada masa yang sama adil dan saksama. Pengetua perlu mengkritik sesuatu kelemahan
kakitangannya dan menegur secara membina dan sedia mengampuni kesalahan seseorang sekiranya
kesalahan yang dilakukan tidak berat. Pengetua juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuannya dan memberi idea-idea baru dalam pelbagai aspek. Bersikap positif dan sentiasa
mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan cara yang berkesan. Berani
dan bersedia untuk mengemukakan pendapat yang bercanggah denagn pandangan atau pendirian
pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan. Guru Penolong Kanan
Pentadbiran (GPK1) Antara bidang tugas guru penolong kanan pentadbiran berperanan dalam
melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pengetua semasa ketiadaannya di
sekolah.selain itu itu GPK1 mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang
ditetapkan dari semasa ke semasa.bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal-soal yang
berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan
masyarakat dan juga keselamatan. GPK1 turut membantu pengetua dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang selain memberi segala bantuan kepada
pengetua dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.gpk1 juga
membantu pengetua dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan
projek sekolah. GPK1 perlu memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan selain menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester
dan lainlainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.gpk1 juga perlu memastikan perjalanan panitia-
panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.embantu dalam pengurusan
penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.menentukan
penggunaan dan penyelenggaraan 136

137 bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. Membantu dan membimbing dalam
latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan
tugas-tugas harian mereka. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan
kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.membantu dalam merancang dan menyelaraskan
hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di
sekolah. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Membantu dalam
menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping
menentukan kesesuaiannya. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu
gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. Dari
sudut pentadbiran pula, GPK1 berperanan dalam membantu bagi menentukan beban tugas guru dan
kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.membantu dan menyelaraskan hal ehwal
peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari
semasa ke semasa.membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.membantu
dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit
tahunan yang teratur bagi sekolahnya. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit,
sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam
mesyuaat dan juga perbincangan. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan
pengetua dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid ( GPK HEM) Antara bidang kuasa GPK HEM adalah menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan pengetua dan GPK1. Mengajar sebilangan waktu
bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan pengetua dari
semasa ke semasa. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin, bimbingan dan kaunseling. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah
terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan. Menentukan bahawa kebajikan, Skim
Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. Menentukan
kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan
dengan baik. Membantu pengetua dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan. Bidang-bidang tugas GPK HEM dari sudut
pentadbiran adalah mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di
sekolahnya. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa
butirannya adalah kemas kini. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke
kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. Menguruskan pertukaran pelajar ke
sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. Menentukan
bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap
dan kemas kini. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil
berhenti sekolah. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan 137

138 kerjasama Pengetua, GPK1, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. Membantu dalam
merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program
aktiviti di sepanjang tahun. Bidang tugas GPK HEM dari sudut disiplin adalah menentukan bahawa
penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan
dan para pelajar. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan
bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-
kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. Menyelaras dan menyediakan
rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat. Tugas GPK HEM dari sudut
bimbingan dan kaunseling adalah merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan
dan kaunseling. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan
kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan,
kerjaya dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika diperlukan oleh pihak yang berkaitan. Merancang dan
melaksanakan program kebajikan dan suaikenal bagi pelajar-pelajar baru. Guru Penolong Kanan Ko
Kurikulum (GPKK) Antara peranan GPKK meliputi perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan dan
pembangunan berterusan murid-murid dalam aspek sukan, permainan, badan beruniform, kelab
dan persatuan serta penyertaan dalam aktiviti anjuran daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam hal
perancangan GPKK terlibat langsung dalam merancang takwim tahunan bagi kegiatan setiap bidang
pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit
sekolah. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. Mengawal dan menilai setiap
kegiatan mencapai matlamatnya. Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian
pelajar. GPKK berperanan untuk mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.
Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. Menentukan langkah keselamatan
dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah diambil penjelasan. Membantu dan mengurus segala
penerbitan sekolah. Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pembahagian
murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. Memastikan rekod-rekod dan data
koko disenggarakan dengan baik. Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan
mengadakan program khas untuk mereka. Guru Kanan Bidang Antara bidang tugas guru kana bidang
adalah mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa mata pelajaran. Menyelaraskan rancangan
pelajaran tahunan. Menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang akan dijalankan. Memutuskan
buku kerja yang hendak digunakan dalam mesyuarat yang hendak dijalankan. Menjalankan semakan
buku latihan murid dan dicop secara rawak. Mencadangkan pembelian bahan pengajaran dan
pembelajaran yang akan digunakan. KEPIMPINAN GURU The term teacher leadership refers to...skills
demonstrated by teachers who continue to teach students but also have an influence that extends
beyond their own classrooms to others within their own school and elsewhere.(danielson, 2006: 12)
138

139 Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru
yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya,
sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi
meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud
bukan kerana guru itu merupakan ketua organisasi (seperti dalam kes pengetua) tetapi disebabkan
guru tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan
sejawat lain. Proses penambahbaikan sekolah seringkali melibatkan pelaksanaan aktiviti dan
program yang berbeza daripada yang dibuat pada masa lalu. Oleh demikian, peranan guru ialah
berhadapan dengan pengurusan perubahan. Kepimpinan guru diperlukan untuk mengurus proses
perubahan. Guru sebagai pemimpin juga dikehendaki memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya
membuat pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan
berkesan. Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik di
sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak, sifat
kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi
mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Pemimpin yang mempunyai
sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan
kelompok yang dipimpin. Pemimpin berjiwa rakyat yang berpekerti mulia seharusnya didasari oleh
himpunan ciri-ciri pekerti terpuji. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan
mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama. Kepercayaan ini penting bagi memastikan
mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh. Kepercayaan kepada agama
menjadi tunjang bagi pembentukan peribadi terpuji selaras dengan suruhan agama yang dianuti.
Manakala konsep etika dan amalan keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada
pemimpin tersebut di dalam memimpin sesebuah organisasi terutama memacu kecemerlangan
pendidikan di sekolah. Selain itu, seorang pemimpin juga mestilah mempunyai berilmu pengetahuan
yang luas.ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi,
komunikasi serta pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi
memastikan komuniti pendidikan di bawahnya meliputi staf akademik dan staf sokongan serta murid
dapat diurus dengan sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi
pendidikan negara. Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti falsafah, sosiologi, psikologi dan
komunikasi amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan
yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik.
Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin
sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
mendatang. Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya menuntut guru yang pakar di bidang
pengurusan serta bidang profesionnya. Ciri lain yang harus ada di dalam diri pemimpin di sekolah
ialah ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan meliputi tutur kata dari segi
kesantunan bahasa yang berhemah dan bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur.
Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat membina bukannya merendah-rendahkan
martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri
tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan
penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak mengatur kata, penuh hikmah
perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi. Perkara yang diperkatakan akan
membawa kepada ciri seterusnya iaitu pengaruh melalui teladan. Pengaruh melalui teladan
diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa yang diperkatakan,
dilakukan dan ditontonkan. Pemimpin berwibawa mesti dapat menunjukkan contoh 139

140 teladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan
niat untuk diteladani oleh semua. Pemimpin sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti
pendidikan sebagai pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui teladan. Sebagai
contohnya pemimpin yang ingin melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti
menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain. Pemimpin juga
mesti mempunyai visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.
Adanya visi dan misi yang jelas memudahkan pemimpin bertindak untuk membawa komuniti yang
dipimpinnya ke arah kejayaan yang direncanakannya. Contohnya, bagi pemimpin unit dan organisasi
sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah
tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain. Bagi menjadikan
pemimpin itu berkredibiliti tinggi, mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif.
Kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing
bertujuan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya. Pemimpin sebagai guru yang
berpengalaman harus mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan
budaya kerja berkualiti. Guru-guru muda yang baru mula bertugas perlu diberi bimbingan agar cepat
menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan dan dibantu perkembangan potensi dirinya sebaik
mungkin. Manakala guru senior pula yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman
dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menggalakkan budaya menyelidik menerusi Penyelidikan Kajian Tindakan.
Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya. Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan
sahaja terbaik untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Ia juga hendaklah
terbaik kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya dan semua yang terlibat dengan
keputusannya secara langsung ataupun tak lansung.sebagai contohnya apabila seseorang
pengetua/guru besar telah mengenal pasti beberapa masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang
guru, haruslah disiasat dan diberi pertimbangan rapi berasaskan fakta dan bukti. Andainya wujudnya
keraguan munasabah yang menepati tatacara tatatertib, maka pemimpin tersebut harus membuat
keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja atau sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan
kesalahan tersebut menjadi barah lantas menimbulkan sesuatu yang tidak diingini. Jelasnya, sekolah
adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam aspek peranan
kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori, tanggungjawab guru
terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah pencapaian program
pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid supaya kecekapan mereka dalam
pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk
juga memberi penegasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat
keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlamat tercapai. Kajian
Hallinger et al. (1998) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah organisasi sebenarnya
memberi kesan yang mendalam perlu diambil kira dalam membentuk model peranan kepimpinan
yang berjaya. Peranan kepimpinan guru yang diamalkan bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas matlamat negara. Guru
harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan
penyelesaian masalah dalam menuju ke arah mewujudkan peranan kepimpinan guru yang berkesan.
140

141 RUMUSAN Pendidikan pada peringkat kebangsaan memerlukan penggemblingan tenaga semua
pihak pada semua peringkat pusat tanggungjawab (PTJ). Komitmen pada tugas membolehkan semua
ketua PTJ membantu matlamat dan hala tuju pendidikan negara dicapai. Sistem pentadbiran
pendidikan negara lebih mementingkan pemusatan kuasa secara tidak langsung telah mengamalkan
ciri-ciri birokrasi dalam pendidikan. Dengan rangkaian bahagian-bahagian dan unit-unit yang
terdapat di dalam keseluruhan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia menyebabkan
bahagian & unit yang berada di peringkat bawah atau subordinat perlu akur dengan keputusan yang
ditetapkan dan dilaksanakan para peringkat atasan. 141

142 9 PERKEMBANGAN TERKINI PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGENALAN Pendidikan masa kini

berhadapan dengan dunia global yang semakin kompleks dan memerlukan pendekatan terbaik
untuk menghadapi gelombang alaf baru. Selain berhadapan ledakan ilmu yang berbentuk global,
penemuan baru dalam pelbagai ilmu, sains dan teknologi, kepesatan pembangunan ICT, perubahan
norma dan nilai perlu dihadapi dan ditangai dengan sebaik yang mungkin. Pendidikan kebangsaan
juga perlu berubah seiring dengan perubahan yang berlaku. Hal ini penting untuk memastikan
generasi akan datang dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan norma yang
relevan bagi menghadapi abad ke 21. Pendidikan negara perlu menghadapi perubahan secara
terancang kerana mengubah manusia tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Perancangan
yang komprehensif pada dasar, sistem dan struktur pendidikan dapat mempastikan masa depan
negara terus mampu bersaing pad peringkat global dan mendahului era. Dalam konteks negara
Malaysia, perancangan pembangunan pendidikan yang berbentuk kebangsaan mula dicetuskan
melalui Penyata Razak 1956. Syor-syor yang dikemukakan merupakan suatu yang amat signifikan
apabila membicarakan perkembangan pendidikan di Malaysia. Ia menjadi titik tolak kepada usaha
kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan sendiri dan pada masa yang sama memastikan
kestabilan negara yang baru merdeka yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan
anutan agama. Berdasarkan matlamat ini, pelbagai dasar dan rancangan telah digubal dan
dilaksanakan bagi menjamin perkembangan dan kemantapan sistem pendidikan negara. Ini dapat
diperhatikan melalui pelaksanaan setiap Rancangan Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan. PENDIDIKAN KE ARAH MANA? FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di
Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 142

143 MISI PENDIDIKAN Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
WAWASAN 2020 (Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad) Malaysia menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9 cabaran: Membentuk sebuah negara yang bersatu
padu. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Membangunkan masyarakat demokratis yang matang. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat
toleran. Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif. Mewujudkan masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil
ekonominya. Mewujudkan masyarakat yang makmur. LATAR BELAKANG PERANCANGAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Dalam masyarakat Melayu tradisional, pendidikan
berkait rapat dengan nilai, norma dan budaya sebagai kelangsungan kehidupan dalam masyarakat
yang berpegang kuat kepada adat dan amalan tradisi yang diwariskan dari satu generasi kepada satu
generasi. Kedatangan Inggeris telah mengubah lanskap sosial, ekonomi dan politik masyarakat
Melayu tradisional melalui pendidikan. Pertembungan antara pendidikan dan pekerjaan bermula
sejak kedatangan Inggeris. Pemerintahan Inggeris telah membawa perubahan dalam falsafah, dasar
dan system pendidikan di Malaysia. Inggeris merancang untuk terus kekal berkuasa terhadap
menerusi dasar pecah dan perintah. Sekolah-sekolah Inggeris didirikan oleh pemerintah Inggeris dan
gerakan mubaligh Kristian. Sekolah-ekolah Melayu sekular turut didirikan oleh Inggeris. Kemasukan
imigran dari China dan India secara besar-besaran turut menyaksikan perkembangan sekolah-
sekolah Cina dan Sekolah-sekolah Tamil. Maka terbentuklah sekolah vernacular yang menggunakan
pelbagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tersebut. Pendidikan di sekolah Melayu mempunyai
matlamat untuk melahirkan golongan muda Melayu yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam
perkara yang berkaitan dengan pertanian, pertukangan dan perikanan. Dengan hal tersebut,
pendidikan yang dilaksanakan dapat menjadikan anak-anak Melayu yang berpendidikan lebih baik
daripada ibu bapa mereka untuk meneruskan pekerjaan warisan ibu bapa mereka. Bagi anak-anak
golongan bangsawan, kerajaan Inggeris telah membina sekolah khas iaitu Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK). Lepasan sekolah ini diutamakan untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran
kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Manakala untuk pekerjaan peringkat perkeranian pula
memerlukan kelayakan dari sekolah Inggeris. Dengan itu semakin ramai anak-anak Melayu yang
bertukar 143

144 ke sekolah Inggeris untuk mendapatkan pekerjaan dan menjawat jawatan penting. Pemupukan
dasar utilitarian Inggeris menerusi pendidikan telah memberikan kesan yang besar terhadap
kejayaan dasar pecah dan perintah. Kesan dasar pecah dan perintah telah memecahbelahkan
masyarakat dari segi perpaduan kaum dan hirarki sosial. Sebahagian besar rakyat masih dibelengu
masalah buta huruf. Apabila Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 dan Malaysia
dibentuk pada tahun 1963, pendidikan kebangsaan menjadi agenda utama kerajaan untuk
membentuk perpaduan dan melahirkan tenaga kerja untuk membangunkan negara. Perancangan
pembangunan pendidikan yang mantap bermula dengan syor-syor yang terdapat di dalam Penyata
Razak 1956 diikuti dengan Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran
1961. Kesemua dokumen tersebut menyarankan tentang pembentukan pendidikan kebangsaan,
pendidikan percuma, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang
seragam. Perancangan pembangunan pendidikan era tersebut menggunakan perdekatan
berorientasikan permintaan masyarakat khususnya untuk mencapai matlamat perpaduan negara
dan tenaga kerja mahir disebabkan pada masa tersebut negara sedang mengalami proses
pembangunan semula. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) ditubuhkan pada
tahun 1964. Ia bertanggungjawab mengumpul segala statistik berhubung dengan pendidikan negara
termasuk kewangan. Ia dianggap sebagai pejabat perangkaan Kementerian Pendidikan dan
mempunyai hubungan dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Satu
suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau status guna tenaga buat pertama kalinya, iaitu pada tahun
1965. Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan berlakunya ketidakseimbangan keadaan ekonomi antara
kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal pada tahun 1970 dengan matlamat serampang
dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat berbilang kaum.
Seterusnya Rancangan Malaysia Ketiga (1976 1980) mula memperlihatkan tanda tanda teori
ekonomi diserapkan dalam perancangan pendidikan. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, perancangan
pendidikan di Malaysia bertukar kepada pendekatan pelunjuran guna tenaga. Ia mengambil kira
pengeluaran guna tenaga untuk meseimbangkan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia.
RANCANGAN MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Selepas penubuhan Malaysia, rancangan
pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai Rancangan Malaysia (RM) yang bermula
dengan Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) dari tahun 1966 1970. RMK1 antara lain telah
mensasarkan perkara-perkara berikut: i. Memperbaiki taraf pendidikan. ii. Penyediaan kemudahan
pendidikan iii. Mempelbagaikan latihan pendidikan. iv. Memantapkan sistem pendidikan sebagai
agen perpaduan. v. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar. Rusuhan kaum
yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat pendidikan
negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata ampuh untuk membasmi
kemiskinan. Usaha ini adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia.
Kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan meletakkan sasaran 20 tahun (1970
1990) untuk mencapainya. 144

145 Dalam RMK2 (1971 1975) sasaran dalam bidang pendidikan ialah:(i) Orientasi pendidikan ke
arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi. (ii) Menyediakan peluang pendidikan dan
latihan ke arah melahirkan tenaga rakyat bagi keperluan negara. (iii) Sistem pendidikan sebagai
pemupuk perpaduan kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,
merapatkan jurang peluang pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem
pelajaran di Semenanjung dan Malaysia Timur. Dalam RMK3 (1976 1980) pendidikan dirancang
untuk memainkan peranan: (i) Pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar utama, (ii) Usaha menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan dan
(iii) Penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi. Pada tahun 1979, penubuhan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah ditubuhkan dan telah
menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada
dekad 1980an, pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk menyediakan peluang pendidikan
kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan di luar bandar dan kurang berkemampuan seperti
Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan Tambahan.
RMK4 (1981 1985) masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di samping
menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara telah disasar untuk dicapai
pada tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak pada tahun 1990.
Dalam RMK5 (1986-1990), peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah
bertujuan pemupukan perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang
berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan
permintaan yang semakin bertambah di dalam negara. Dalam dekad 1990an, banyak perkembangan
pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar pendidikan. Antaranya ialah: (i) Pembentukan Akta
Pendidikan 1996. (ii) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996). (iii) Akta Universiti Dan Kolej
Universiti (Pindaan 1996). (iv) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan 2000).
Antara perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah: i. Perkembangan ICT dalam
pendidikan. Penubuhan Sekolah Bestari dalam tahun 1999. ii. Penubuhan kolej matrikulasi dan kolej
komuniti. iii. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris
(IPSI) dan kemudiannya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). iv. Menaiktaraf Sekolah
Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. Pada tahun 1991, negara telah bergerak ke
arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan berusaha melalui RMK6 (1991 1996) untuk mencapai
matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi Baru telah tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat masih lagi diteruskan khususnya terhadap mereka yang
berpendapatan rendah. Mutu pendidikan dan latihan ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja
yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara. Pada masa yang
sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dengan mempunyai
moral dan nilai etika yang kukuh. Dalam RMK7 (1996 2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk
memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk
memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia
terutama dalam bidang sains dan teknologi. Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang
pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil. RMK8 (2001 2005) telah menggariskan beberapa
peranan yang perlu dilakukan dalam sektor pendidikan. Antaranya ialah: 145

146 i. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi
memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang
dilengkapi dengan nilai dan sikap positif. ii. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral
diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru. iii.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan,
penekanan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat
sekolah dan tertiari. Dalam tempoh RMK9 (2006 2010), usaha dipergiat untuk membangunkan
modal insan demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program
dan projek dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem
pendidikan, meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh.
Agihan peruntukan Dalam RMK 9 (2006 2010) terhadap pendidikan ialah RM 23.198 bilion yang
merupakanperuntukan terbesar berbanding sektor lain untuk dibelanjakan sehingga tahun 2010.
Prasekolah (RM 327.3 juta): untuk 2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang.
Sekolah Rendah (RM 4.1 bilion): bagi menyediakan 13,000 Bilik Darjah (68% luar bandar) dan
meningkatkan bilangan sekolah satu sesi daripada 86% kepada 90% dan mengurangkan saiz kelaskan
kepada 30 murid. Sekolah Menengah (RM 4.5 bilion): bagi mengurangkan kesesakan murid dalam
Bilik Darjah dengan menyediakan 10,000 BD (57% luar bandar); menambahkan bilangan sekolah satu
sesi daripada 65% kepada 70%; mengurangkan saiz kelas kepada 30 orang murid. Sekolah Bantuan
Kerajaan (RM108.4 juta) bagi belanja mengurus 1,755 buah sekolah. Menjelang 2020 negara
mensasarkan Sekolah Kebangsaan lebih adil dan saksama kepada orang awam daripada pelbagai
kaum. Murid Cina dijangka bertambah daripada 6% (2005) kepada 12% (2010). Murid India dijangka
bertambah daripada 43.2% (2005) kepada 60% (2010). Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang
2010, 50% guru Sekolah Rendah berijazah). Dalam RMK 10 (2011 2015), arah perkembangan
pendidikan negara adalah seperti berikut: (i) Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem
pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat
pengajian tinggi. (ii) Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.(iii)
Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya. PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 Misi : Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam
tempoh lima tahun (2005 2010) sepanjang pelaksanaan RMK 9. Ia merupakan beberapa cabaran
yang perlu ditangani oleh KPM dalam usaha untuk mencapai wawasan negara menjelang tahun
2020. Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah
mengenal pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu: 146

147 i. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. ii.
Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan
bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu memepertahankannya ke
tahap yang lebih tinggi. Dalam pendekatan pertama, pihak KPM hendak memastikan semua pelajar
mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang
tercicir daripada persekolahan hanya semata-mata disebabkan kemiskinan. Di samping itu, KPM juga
berharap semua sekolah mampu melakukan akses terhadap ICT khususnya internet. Melalui
pendekatan kedua, pihak KPM memfokus terhadap semua jenis sekolah termasuk Sekolah
Berasrama Penuh, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun dan Sekolah Menengah Teknik. TERAS
STRATEGIK PIPP Terdapat enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk
memperkukuh sistem pendidikan negara iaitu: i. Teras Pertama: Membina Negara Bangsa Memberi
fokus kepada pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan. KPM berhasrat untuk membangunkan
warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta
menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat ini akan dicapai dengan
memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina
jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Contoh pelaksanaan meliputi:
Konsep 1Malaysia perlu diterapkan dalam aktiviti pendidikan ke arah memantapkan perpaduan di
kalangan murid. Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan
Bahasa Inggeris. Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum. Sekolah swasta
dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1. Mengehadkan bilangan pasukan beruniform di peringkat
sekolah bagi menggalakkan lebih ramai murid pelbagai kaum terlibat. JPN perlu menerapkan nilai-
nilai Konsep 1Malaysia dalam pengurusan dan pentadbiran di peringkat sekolah. ii. Teras Kedua:
Membangunkan Modal Insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin,
sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten
dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem
pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada
kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Contoh pelaksanaan meliputi: Fokus kepada pembentukan
modal insan yang holistik, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif. Penyediaan profil murid
bermula Tahun 1 bagi membolehkan sekolah mengenalpasti tahap penguasaan. Gunakan sistem
modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah penguasaan 3M. Peningkatan
kadar literasi murid di peringkat sekolah rendah dijadikan KPI. 147

148 Sekolah memberi penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan
inovasi serta kepimpinan dan keusahawanan. iii. Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
KPM akan memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah
tersebut menjadi sekolah piliha utama masyarakat. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta
kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta
bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Contoh pelaksanaan meliputi: Setiap Pengetua /Guru
Besar diberi tempoh percubaan selama setahun (kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan boleh
dikenakan tindakan). Semua sekolah mempunyai guru terlatih yang mencukupi dan mengikut opsyen
terutama di luar bandar dan pedalaman. Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment
guru guru Bahasa Inggeris ke sekolah sekolah di luar bandar dan pedalaman sebelum akhir 2009. iv.
Penekanan kepada peningkatan pencapaian akademik sebagai daya tarikan ibu bapa. Semua sekolah
menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi sepenuhnya (semua sekolah
sentiasa bersih, kemas dan teratur dalam semua aspek). Teras Keempat: Merapatkan Jurang
Pendidikan Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum,
jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan
daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta
keciciran. KPM akan membangunkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan pendidikan
khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana
mengikut standard minimum. Lebih banyak bantuan kepada pelajar miskin, bekeperluan khas dan
kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi
mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contoh pelaksanaan meliputi: Definisi
bandar dan luar bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama
Penuh (SBP). Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan. Dasar penempatan guru permulaan
dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman hendaklah dianggap sebagai
satu khidmat negara. Guru cemerlang perlu berada di sekolah masing-masing sekurang-kurangnya
empat hari seminggu dan satu hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas. Sekolah-sekolah pinggir
bandar juga perlu diberi tumpuan dengan mengambilkira kesesakan pelajar dan keperluan asas serta
guru. Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir (reaching the
unreach) disediakan pendidikan prasekolah. v. Teras Kelima: Memartabatkan Profesion Keguruan
Usaha ini perlu bagi memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah
yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. KPM menaiktaraf maktab
perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.
KPM juga akan 148

149 menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.
Contoh pelaksanaan meliputi: Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara atau
dengan menggunakan Pusat Kokurikulum Negeri bagi menanamkan sikap positif kepada guru-guru
permulaan serta guru-guru yang telah berkhidmat lebih lima (>5) tahun. Mengadakan program-
program motivasi untuk menyegarbugarkan (revitalising and rejunevate) guruguru yang telah lama
berkhidmat. Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan peformance-based tanpa mengira lokasi.
Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan
pangkat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman. Semua Pengetua/Guru Besar
memakai lencana (badge) seperti Saya Agen Perubahan atau Saya Guru Berkualiti mulai tahun 2010.
vi. Teras Keenam: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Ini dilakukan dengan cara
membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau
bidang-bidang khusus. Sekolah-sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi
ternama tempatan dan luar negara, menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa ada
menjadi sekolah contoh. Sekolah-sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan
penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan
sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Contoh pelaksanaan meliputi: Memantapkan
jaringan kerjasama pelbagai pihak tempatan dan luar negara seperti IPTA/IPTS bagi melonjakkan
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bidang kebitaraan (niche areas) masing-masing. Menyediakan
mekanisme penilaian bagi membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir
sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK. 80 peratus daripada pelajar daripada SKK perlu
cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Semua Pengetua / Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus berdasarkan SKPM
sekurangkurangnya 3 tahun berturut-turut. Pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai
kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masing-masing. PIPP: PEMANTAPAN DASAR
SEDIA ADA DAN PELANCARAN DASAR-DASAR BARU Selain daripada melaksanakan pembangunan
fizikal, KPM telah juga mengambil inisiatif untuk menentukan sokongan dan penambahbaikan
kepada dasar-dasar sedia ada bagi memastikan pembangunan pendidikan yang dirancang dalam
PIPP 2006 2010 dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Senarai penuh dasar pendidikan
dan program yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri semenjak tahun 2006.
Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa dasar baru yang telah dihasilkan dan
memberi impak kepada pendidikan adalah seperti berikut: 1. Menangani Gejala Disiplin Mesyuarat
Jemaah Menteri telah bersetuju supaya program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di
sekolah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala
disiplin murid di sekolah bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian dan
agensi kerajaan 149

150 bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah. KPM amat prihatin
tentang gejala sosial dan masalah disiplin yang semakin meningkat dalam dan luar sekolah
menyebabkan KPM telah mengambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani
Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya kes disiplin pelajar
telah berkurangan daripada 2.27 peratus pada tahun 2006 kepada 2.10 peratus pada Jun 2007.
Penglibatan murid dalam kes jenayah, disiplin dan salah laku telah juga berkurangan daripada 0.03
peratus pada tahun 2006 kepada 0.02 peratus pada Jun 2007. Selain itu, JPN dan PPD/PPG di seluruh
negara telah mewujudkan program permuafakatan dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi
membantu melaksanakan tindakan yang lebih holistik dalam menangani masalah disiplin murid. 2.
Memperkukuhkan Daya Saing Sekolah-Sekolah Antarabangsa Malaysia di Rantau Asia Mesyuarat
Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meningkatkan penyertaan warganegara Malaysia mengikuti
pengajian di sekolah-sekolah antarabangsa tidak melebihi 40 peratus daripada enrolmen pelajar
yang diluluskan. Ini diharapkan menjana pertumbuhan sekolah-sekolah antarabangsa selain menarik
pelabur asing ke negara ini. Dengan cara ini, kerajaan dapat mengelakkan daripada pengaliran mata
wang ke luar dan pada masa yang sama, dapat mengelakkan berlaku brain drain di kalangan tenaga
kerja. 3. Bertanding Untuk Kerusi Lembaga Kerja UNESCO, Di Persidangan Agung UNESCO Ke-34,
Oktober 2007 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia bertanding kerusi Lembaga
Kerja UNESCO bagi tempoh 2007 hingga 2011 semasa Persidangan Agung UNESCO ke-34 pada bulan
Oktober 2007 dengan pencalonan Y.B. Menteri Pelajaran sebagai calon Malaysia dalam Lembaga
Kerja UNESCO. Peruntukan sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan persediaan strategi-strategi
melobi kerusi Lembaga Kerja UNESCO di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM), Paris, Peranchis
sepanjang tahun 2006 dan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk melaksanakan program dan
aktiviti melobi oleh setiap Jawatankuasa Kecil Tetap, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia
(SKUM) dan PPTM pada tahun 2007 telah diluluskan. Peruntukan geran tahunan SKUM dinaikkan
daripada RM100,000 kepada RM900,000 bagi melaksanakan semua program dan aktiviti SKUM
mulai tahun 2007, dan supaya seorang Atase Sains ditempatkan di PPTM ke UNESCO 4. Merapatkan
Jurang Pendidikan Melalui TV Pendidikan Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penyiaran TV
melalui web sebagai salah satu usaha merapatkan jurang digital. Penyiaran TV pendidikan melalui
web juga akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, selain dapat menangani
masalah penjadualan siaran yang kurang sesuai dengan jadual persekolahan. 5. Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Dan e-integrasi Di Sekolah Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM25,879,620 untuk program RIMUP dan e-integrasi
KPM. Selain itu, mesyuarat ini telah meluluskan struktur baru bagi memantapkan program RIMUP
supaya dapat menyubur dan mempertingkatkan semangat kerjasama antara kaum dilaksanakan
secara terancang dan sistematik dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang bermula
di peringkat sekolah. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15.8 juta digunakan untuk pembiayaan
program RIMUP manakala RM10 juta lagi adalah untuk pembiayaan e-integrasi yang akan
dikendalikan oleh Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKS). e-integrasi merupakan interaksi secara
150

151 virtual dalam RIMUP yang menggunakan platform ICT bagi memupuk hubungan dan
persefahaman murid pelbagai kaum secara tidak formal. Program rintis e-integrasi yang melibatkan
527 buah sekolah rendah bermula Jun 2007 ini. Selain itu, sehingga Jun 2007, sebanyak 250 sekolah
menengah telah menubuhkan Kelab Rukun Negara dengan keahlian seramai 100,000 orang murid. 6.
Penganjuran Program Rangkaian Sekolah ASEAN Malaysia pada 26 Ogos hingga 1 September 2007.
Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan supaya usaha mewujudkan rangkaian kerjasama di antara
sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN merupakan
sebahagian daripada inisiatif pengantarabangsaan KPM melalui kegiatan kokurikulum. Sebelum ini
telah pun wujud rangkaian sekolah-sekolah di Malaysia dengan sekolah-sekolah luar negara melalui
pelbagai kegiatan kokurikulum seperti sukan, pasukan beruniform, kebudayaan dan lain-lain. Bagi
memperkukuhkan rangkaian tersebut terutama sekolah-sekolah di kalangan negara anggota ASEAN,
KPM telah mengemukakan satu Memorandum Jemaah Menteri untuk menganjurkan Program
Rangkaian Sekolahsekolah Malaysia Asean sempena sambutan Kemerdekaan ke 50 pada 26 Ogos
hingga 1 September 2007 dan cadangan tersebut telah pun diluluskan. 7. Langkah-Langkah
Menangani Ketidakseimbangan Keperluan dan Penawaran Guru Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan cadangan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan di antara KPM dan KPT
dalam; Penyediaan unjuran keperluan guru yang komprehensif secara bersama meliputi keperluan
guru dan pensyarah untuk sekolah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik Pengagihan
program latihan perguruan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA). IPG akan melatih guru untuk prasekolah dan sekolah rendah, manakala IPTA akan
memberikan fokus untuk melatih guru untuk sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti
dan politeknik Penetapan prosedur yang standard bagi proses pemilihan calon guru dan pelantikan
jawatan, serta Peningkatan pertukaran kepakaran dan penyelidikan. Pada masa yang sama,
Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah meluluskan syor untuk meningkatkan norma perjawatan guru
iaitu daripada nisbah 1.5n kepada 1.7n. sebagaimana terkandung dalam memorandum yang sama.
Norma perjawatan sedia ada ialah 1.5n iaitu 1.5 orang guru bagi setiap kelas telah diguna pakai sejak
tahun 1982 dan sudah tidak lagi dapat memenuhi keperluan semasa. Peningkatan norma perjawatan
guru ini akan dapat mengurangkan jumlah waktu mengajar guru dan sekali gus membolehkan para
guru lebih fokus dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kelulusan ini
juga adalah sejajar dengan cadangan yang terkandung dalam Laporan Kajian Tugas dan
Tanggungjawab Guru (TTG) yang disediakan oleh sekumpulan Pasukan Petugas Khas TTG KPM pada
bulan Februari 2006. 8. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dipinda bagi membolehkan DBP diberi
kuasa membetulkan mana-mana kesalahan atau salah guna bahasa Kebangsaan yang dilakukan oleh
mana-mana pihak. 9. Pemberian Peruntukan Khas Kepada Ahli Parlimen Bagi Meningkatkan
Penyampaian Perkhidmatan Dan Kebajikan Warga Sekolah, Kementerian Pelajaran 151
152 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan pemberian peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen
untuk bersama-sama menjayakan agenda pendidikan di kawasan masing-masing. Selain itu,
mesyuarat ini juga meluluskan pewujudan Majlis Permuafakatan PIBG di peringkat Parlimen dalam
usaha menyemarakkan penglibatan PIBG. Selain dasar-dasar baru yang mendapat kelulusan Jemaah
Menteri, terdapat juga dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan dalam PIPP. Antaranya dalam
usaha memperkasakan sekolah kebangsaan, usaha telah dilaksanakan untuk menjadikan sekolah
kebangsaan pilihan utama masyarakat Malaysia. Mulai Januari 2007, sebanyak 100 buah SK telah
menawarkan Bahasa Cina (BC) dan 60 buah SK menawarkan Bahasa Tamil (BT) sebagai projek rintis
dengan menggunakan tiga Model Pengajaran. Projek rintis ini bertujuan untuk mendapatkan model
terbaik bagi melaksanakan penawaran kedua dua bahasa tersebut sepenuhnya pada tahun 2008.
Bilangan murid yang sedang mengikuti kelas BC di SK seramai 1908 orang dan kelas BT seramai 668
orang. Daripada segi peluasan program j-qaf pula, sehingga Jun 2007, sebanyak 3,686 SK telah
mengadakan kelas j-qaf melibatkan 618,439 orang murid Islam. Dalam usaha membina negara
bangsa yang mempunyai kecintaan terhadap seni warisan dan budaya bangsa, KPM telah
mewujudkan dua buah Sekolah Seni di Johor dan Sarawak. Sekolah sekolah diwujudkan dengan
menumpang di SMK Mohd Khalid dan SMK Tun Abang Hj Openg bermula dengan pengambilan
pelajar Tingkatan 1. Pelajar di sekolah ini akan mengambil semua mata pelajaran teras PMR serta
pilihan dalam empat bidang Seni iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater dan Seni Tari.
Pewujudan Sekolah Seni telah memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dalam seni untuk
mengembangkan keupayaan mereka dalam bidang kesenian. Sehubungan itu, pelajar lepasan
sekolah seni akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sijil, diploma dan Ijazah di
jabatan dan agensi di bawah KeKKWA seperti Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA), serta
Institut Kraf Tangan Malaysia. KPM telah pun mengenal pasti tapak untuk pembinaan dua buah
sekolah seni di Wilayah Pembangunan Iskandar Nusajaya di Johor dan di Santubong, Sarawak.
Peruntukan untuk pembinaan Sekolah Seni dalam RMKe-9 ialah sebanyak RM 43.9 juta dan masih
dalam peringkat perancangan. Satu Jawatankuasa Bersama KPM-KeKKWA telah dibentuk bagi
menyemarakkan kegiatan kebudayaan dan kesenian serta memperkasakan kewujudan sekolah seni.
Sebagai rumusan, KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-
2010 yang menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang
tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan
pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah,
lokasi dan kaum. Dalam hal ini Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein
pada tahun 2006 semasa pelancaran PIPP telah menyatakan: Sememangnya tugas ini amat berat
dan saya memerlukan pasukan yang benar-benar komited, amanah, jujur dan yang sanggup bekerja
keras untuk memastikan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan serta
tidak mengulangi kesilapan-kesilapan masa lalu. Pada tahun 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Hj. Mohd Yassin telah menyatakan: Usaha Kerajaan merapatkan jurang pendidikan
bandar dan luar bandar adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (Education for All)
yang disasarkan oleh UNESCO. Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan
oleh UNESCO meletakkan Malaysia pada kedudukan 45 daripada 129 negara dalam Indeks
Pembangunan Pendidikan Untuk Semua (EDI), sekaligus menempatkan Malaysia di kalangan 56
negara yang berada di kedudukan aras tinggi. 152

153 PIPP (2011 2015) Meskipun PIPP telahpun berakhir pada tahun 2010 namun masih terdapat
banyak perkara yang belum selesai. Oleh itu satu rangka kerja bersepadu dibentuk bagi
menghubungkaitkan dasar dan pelaksanaan program RMKe-10 dengan bidang keberhasilan utama
(KRA) dan outcome seperti di Rajah 11.1. Rajah 9.1: Rangka Kerja Bersepadu PIPP dan KRA 153

154 PERANCANGAN PEMBANGUNAN PROGRAM SEKOLAH i. Pembangunan Program Sekolah

Mengikut Kategori Jadual 9.1: Pembangunan program-program sekolah seluruh negara. Program
Maksud Objektif Tahun Bil Milikan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Kluster Sekolah
Wawasan Sekolah Primier Sekolah Pintar (Promoting Intelligence, Nurturing, Talent, Advocating
Responsibil ity) Sekolah Amanah Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti sendiri dan unik yang
bertujuan menyerlahkannya dalam semua aspek pendidikan Pusat kecemerlangan (dalam kelompok
sekolah) dengan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti muzik, sukan, ICT, sains, bahasa
dan lain-lain disiplin pengajian. Pelbagai jenis sekolah rendah seperti SK, SJK(C) dan SJK(T) berkongsi
kawasan dan dan kemudahan yang sama tetapi ditadbir oleh pengurusan sekolah yang berasingan.
Sekolah dalam kelompok kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam bidang
akademik serta kokurikulum. Mrupakan inisiatif tanggungjawab sosial oleh syarikat milik kerajaan
(GLC) dan syarikat korporat tempatan dalam menjayakan kecemerlangan akademik dalam kalangan
kanak-kanak luar bandar. Sekolah-sekolah yang diuruskan secara bersama antara sektor swasta dan
pentadbir sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar; Mewujudkan inovasi dalam
pengurusan sekolah dan mementingkan produktiviti pelajar Melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan dan pembangunan sekolah dalam kluster yang sama dan juga sekolah di luar kluster.
Untuk menggalakkan interaksi dan perpaduan antara pelajar Mengiktiraf sekolah-sekolah yang
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, serta menghasilkan ramai pemimpin, ahli korporat,
profesional dan ahli sukan. Meningkatkan tahap pendidikan negara melalui penyertaan
syaraikatsyarikat bertanggungjawab. Untuk membawa perubahan besar dalam pencapaian sekolah
melalui kerjasama kepakaran sektor swasta dan awam. 2010 20 KPM 2007 120 KPM 2004 8 KPM
2006 4 KPM 2006 212 (33 Syarikat Korporat) KPM, GLC, Syt Korporat. 2011 10 KPM, Yayasan AMIR
154

155 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Menengah Teknik
& Vokasional Sekolah Pendidikan Khas Sek. Men. Kebang. Agama (SMKA) Kolej Matrikulasi Sekolah
Sukan Malaysia merentasi pelbagai latar belakang prestasi dan sosipekonomi pelajar. Sekolah
menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada
penilaian peringkat UPSR dan PMR. Merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis
Amanah Rakyat. Merupakan sekolah yang menyalurkan perkembangan potensi pelajar-pelajar dalam
pendidikan sains dan teknologi untuk membangunkan sumber tenaga mahir dalam industri negara.
Sekolah khas untuk kanakkanak kurang upaya. Sekolah yang menintegrasikan kurikulum kebangsaan
dan pendidikan Islam Institusi pendidikan lepasan menengah untuk persediaan pelajar bumiputera
lepasan SPM untuk mengikuti kursus sains, teknologi dan sastera ikhtisas di IPT. Sekolah elit khas
untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan potensi yang cemerlang dalam bidang Menyediakan
suasana, kemudahan dan proses pembelajaran secara terancang, terkawal dan sempurna kepada
warganegara Malaysia khususnya pelajar-pelajar luar bandar yang cemerlang. Membangunkan
pendidikan untuk pelajar-pelajar bumiputera yang cemerlang. Membangun dan mengembangkan
potensi dan kecenderungan pelajarpelajar menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang
teknikal dan kejuruteraan. Pendidikan yang diberi menekankan perkembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek supaya kanak-kanak ini berpeluang mendapatkan pendidikan ke peringkat
tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari. Pendidikanyang
menekankan pembangunan pelajar secara holistik dan bersepadu menggabungkan akademik dan
agama. Pendidikan lepasan menengah untuk persediaan pelajar memasuki IPT mengikut jurusan
tertentu khususnya Sains & Teknologi. Mengembangkan pelajar dalam bidang akademik dan juga
kemahiran sukan yang dimilikinya. 1905 (MCKK) 1973 (MRSM Pengk. Chepa) 62 KPM 42 MARA SR
(28) SM (3) KPM KPM, KPWKM, KK. 1977 55 KPM 1998 14 KPM 2 (SS Bukit Jalil & SS Bandar KPM 155

156 Sekolah antarabangsa Sekolah swasta Sekolah Projek Sekolah Seni Malaysia sukan. Sekolah
untuk pelajarpelajar antarabangsa. Menyediakan 40% tempat kepada pelajar tempatan. Perkongsian
pintar di antara Kementeria pelajaran dan pihak swasta untuk memberi peluang kepada pelajar
menerima ilmu yang pelbagai. Sekolah khas untuk pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan
menyalurkan pelajar kepada sekolah sukan. Sekolah khas untuk pelajar yang berpotensi dan
berbakat dalam bidang kesenian. Sekolah ini menggunakan kurikulum antarabangsa yang
berorientasikan perniagaan Pendidikan yang berorientasikan perniagaan, khidmat sosial,
tanggungjawab agama untuk memberi peluang secara maksima dalam pembelajaran.
Mengembangkan bakat pelajar dalam bidang sukan Mengembangkan kesenian, kebudayaan dan
warisan bertaraf dunia. Penawar) 57 Swasta SR (55) SR A (34) SM (73) SMA (17) SMP Cina (60) P.
Khas (10) KPM (kurikulum) Swasta 1994 15 KPM 2009 2 (Perintis di JB & Kuching) KPM ii.
Pembangunan Sekolah Cemerlang Mengikut Niche Area Jadual 9.2: Senarai sekolah cemerlang
mengikut bidang keutamaan (niche areas). Bil Nama Sekolah Niche Areas 1. Sekolah Menengah Sains
Alam Shah (B), WP Putrajaya Wind Orchestra/Rugby 2. Kolej Islam Sultan Alam Shah (B), Selangor
Perbahasan/Public speaking 3. Kolej Tunku Kurshiah (B), Negeri Sembilan Perbahasan/ English
language/school band 4. Kolej Melayu Kuala Kangsar (B), Perak Kepimpinan, Rugby dan basket ball 5.
SMS Tengku Muhammad Faris Petra (B), Kelantan Perbahasan, Bola sepak 6 SMK Penang Free (B),
Pulau Pinang Pancaragam, Krikit, Hoki dan Bola sepak 7. SKM (P) Sri Aman (B), Selangor Kepimpinan,
Entrepreneurship merentasi kurikulum 8. SMK Aminuddin Baki (B), WP Kuala Lumpur Renang, Bola
Baling, Catur dan Bola jarring 9 SMK Sultanah Asma (B), Kedah Sukan, Bola jarring 10. SMK Sultan
Sulaiman (B), Terengganu Olahraga dan Bola sepak 11. SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang
Program tahfiz, soft ball, kuiz sejarah dan memanah 156

157 12. SMK Derma (B), Perlis Lawn Ball, Enhancement in Math & Science 13. SMK Gunung Rapat
(B), Perak Bowling, Olahraga, Rugby, Equestarian, Taekwando, Silat gayong 14. SMK Victoria (B), WP
Kuala Lumpur School band, Rhetorika, Polo Air dan English drama 15. SMK St John (B), WP Kuala
Lumpur Memanah, Hoki, Pancaragam, Old Boys Association 16. SMK Convent Bukit Nanas (Mision,
B), WP Kuala Lumpur Language (drama), Public speaking & Debate 17. SMT Tawau (B), Sabah ICT,
Bola jaring, Unit Berunifom, Pertahanan Awam 18. SMT Tuanku Jaafar (B), Negeri Sembilan Inovasi
dan kreativiti 19. SMKA Sheikh Abdul Malek(B), Terengganu Tafsir Al-Quran, Perbahasan 20. SMKA
Sharifah Rodziah, (LB) Melaka Nasyid, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis 21. SMKA Al-Mashoor (L)
(B), Pulau Pinang Kokurikulum-aktiviti persatuan hingga ke peringkat antarabangsa 22. SK Zainab 2
(B), Kelantan Perbahasan, Language (English) 23. SK Sri Gaya (B), Sabah Sukan-larian, Bola jarring 24.
SK Infant Jesus Convent (Mision, B), Johor Language (English), Public speaking 25. SK Sultan Idris 2
(LB), Perak Sukan- olahraga, Perbahasan 26. SK Pengkalan Tereh (LB), Johor Renang 27. SK Ulu Lubai,
Sarawak Bahasa Inggeris dan Sukan 28. SJK(Cina) Keat Hwa, Kedah Language (Bahasa Cina) 29.
SJK(Tamil) Simpang Lima, Selangor Bola sepak, Choral Speaking, memanah 30. Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas, P. Pinang Inovasi PROJEK PERMULAAN EKONOMI (EPP) KE ARAH TRANFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA. Bidang Ekonomi Utama (NKEA) Pendidikan telah mengenalpasti 13 Projek
Permulaan Ekonomi (EPP) untuk meningkatkan standard pendidikan secara keseluruhannya dan
seterusnya memberikan hasil terbaik dalam tempoh 10 tahun (sehingga tahun 2020). Jangkaan
projek-projek itu dapat meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari RM 27.1 bilion (tahun
2009) kepada RM 60.7 bilion menjelang 2020. Berdasarkan jangkaan itu NKEA Pendidikan ketika ini
member focus kepada pengukuhan kepada sector perkhidmatan pendidikan swasta dengan
peningkatan penggunaan dan pelaburan persendirian serta mengembangkan eksport pendidikan.
157

158 Memandangkan pertumbuhan sector awam terbatas, hasrat itu memerlukan pendidikan swasta
berkembang enam kali ganda dan perkara tersebut memerlukan RM 20 bilion pembiayaan dalam
tempoh 10 tahun di mana hanya enam peratus terdiri dari pembiayaan awam yang baharu. Juga
tambahan 536,000 pekerjaan akan diwujudkan dengan sebahagian besarnya dalam bidang
professional dan teknikal serta menambahkan tiga kali ganda pengambilan pelajar asing daripada
70,000 pada tahun 2010 kepada 200,000 menjelang 2020. Bagi mancapai sasaran tersebut empat
segmen pendidikan diberi tumpuan berdasarkan sainz pasaran dan potensi pembangunan masa
hadapan iaitu pendidikan tertiari iaitu melibatkan penuntut tempatan dan asing, pendidikan teknik
dan latihan vokasional (TEVT), pendidikan asas (rendah dan menengah) dan penjagaan awal kanak-
kanak dan pendidikan awal (ECCE). Sejumlah 13 Projek Permulaan Ekonomi (EPP) dibangunkan
meliputi empat segmen tersebut berdasarkan kepada impak PNK dan potensi untuk memangkinkan
lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan. Dari jumlah itu, Kementerian Pelajaran memiliki
lima EPP bagi NKEA Pendidikan iaitu EPP1, EPP2, EPP3, EPP4 dan EPP13. EPP1: Mempertingkatkan
Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Pengasuhan Pada tahun 2011 terdapat seramai 387,300
penyertaan kanak-kanak ke pra sekolah swasta dan TASKA dan pada tahun 2015 jumlah itu dijangka
meningkat kepada 553,000 penyertaan. Manakala menjelang 2020 jumlah murid yang dijangka
mendaftar di pra sekolah swasta dan TASKA disasarkan mencecah sehingga 857,000 penyertaan.
Kerajaan melihat terdapat ruang pertumbuhan yang besar bagi pra sekolah swasta dan pusat asuhan
kanak-kanak bagi meningkatkan enrolmen dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti. Bagi
peringkat pra sekolah, NKEA telah menetapkan sasaran pendaftaran dari 67 peratus kepada 97
peratus menjelang 2020. Manakala penjagaan kanak-kanak perlu ditingkatkan dari 4 peratus kepada
menyamai norma global iaitu 25 peratus. EPP2: Mewujudkan Pusat Latihan Bagi Guru Pra Sekolah
Dan Pengasuhan Pada tahun 2011, hanya terdapat seramai 12,950 guru pra sekolah swasta dan
pengasuh terlatih sedangkan kehendak pasaran memerlukan 25,400 guru pra sekolah dan 29,000
pengasuh kanakkanak baru yang terlatih. Sehubungan itu terdapat potensi besar untuk menguasai
permintaan bagi guru ECCE untuk dilatih di bawah program yang berkualiti bukan sahaja di dalam
negara tetapi juga di rantau ini. Dengan kewujudan pusat latihan guru pra sekolah ini seramai
218,000 guru pra sekolah swasta dan pengasuh dijangka mampu dilatih menjelang 2020. EPP3:
Mempertingkatkan Sekolah Antarabangsa Sekolah antarabangsa telah tumbuh pada kadar sepuluh
peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu dan faktor itu dipacu oleh peningkatan populasi
ekspatriat yang mana sehingga tahun 2011 terdapat 60 buah sekolah antarabangsa di Malaysia.
Pada masa akan datang, permintaan ini dijangka terus meningkat disebabkan oleh NKEA Greater KL
yang mensasar untuk meningkatkan bilangan ekspatriat dan perkembalian populasi diaspora dari
100,000 kepada 500,000 menjelang 2020. Dijangka terdapat 78 buah sekolah antarabangsa akan
diwujudkan di negara ini pada tahun 2015 dan meningkat kepada 87 buah menjelang 2020.
Pengembangan pendidikan antarabangsa ini boleh menarik pelajar-pelajar asing yang memerlukan
asrama penuh dan pelajar-pelajar tempatan yang akan belajar di luar negara. 158
159 EPP4: Perluasan Pusat Latihan Guru Swasta Antara inisiatif dalam Makmal Kualiti Guru ialah
untuk meningkatkan keupayaan dan persaingan dalam pendidikan guru. Dengan itu program
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah / Kursus Peguruan Lepasan Ijazah (DPLI/KPLI), Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (ISMP) dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru sekolah awam dan
swasta di Malaysia dan Timur Tengah akan diperluas kepada Pusat Latihan Swasta tanpa
mengabaikan kualiti yang ditetapkan oleh MQA. Bagi tahun 2011 seramai 1,000 guru dilatih di pusat
latihan guru swasta dan jumlah ini disasarkan meningkat kepada seramai 2,000 pada tahun 2015 dan
9,900 pada tahun 2020. EPP13: Kerjasama Awam Swasta Di Bidang Pendidikan Pada masa ini
Kementerian Pelajaran mengendalikan kira-kira 10,000 sekolah di seluruh Negara dan mempunyai
92 buah sekolah tambahan dalam tahun 2011 dan jumlah tersebut akan terus meningkat seiring
dengan pertambahan penduduk dan pembangunan petempatan baru. Secara purata kerajaan
membelajankan kira-kira RM 4,000 bagi setiap pelajar di sekolah awam. Apabila bilangan sekolah
meningkat, cabaran untuk mengurus mereka pada standard yang tinggi menjadi semakin rumit.
Model kerjasama awam swasta (PPP) yang diwujudkan akan menyediakan pilihan besar menerusi
portfolio model sekolah pada harga yang termampu dan menggunakan pengaruh sector swasta
sebagai rakan kongsi dalam memenuhi objektif nasional. Persaingan yang dihasilkan mampu
meningkatkan standard meliputi sekolah awam dan swasta. Dengan focus kepada pendidikan
teknikal dan vokasional, dua buah sekolah disasarkan pada tahun 2011 dan meningkat kepada 13
buah menjelang 2015 seterusnya 25 buah pada tahun 2020. Seperti kata-kata Tan Sri Muhyiddin
Mohd, Yassin; Kami yakin dan percaya bahawa sektor awam dan swasta tidak boleh lagi bekerja
secara berasingan. Malahan kedua-dua sektor ini harus bekerjasama menerusi model perkongsian
awam-swasta yang inovatif untuk sama-sama melaksanakan objektif dan sasaran pembangunan
kerjaan. (Rabu 12 Oktober 2011) TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL HALANGAN DALAM
MENJAYAKAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Perancangan pendidikan di Malaysia
turut mengalami halangan halangan seperti berikut: i. Pengumpulan perangkaan statistik yang tidak
lengkap. ii. Warisan dasar pelunjuran penjajah yang bersifat tidak adil. Kemudahan pendidikan yang
terbaik disediakan di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi. Kemudahan yang tidak
seimbang ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan. Namun,
kualiti dan mutu pendidikan di luar bandar masih dalam keadaan serba kekurangan. 159

160 iii. Masyarakat berbilang kaum yang bersifat perkauman. Perancangan pendidikan sukar
mendapat sokongan penuh dari semua kaum kerana perancangan yang baik sering disalahtafsirkan
oleh sesetengah pihak. Contoh, pelaksanaan Sekolah Wawasan. iv. Persepsi dan sikap masyarakat
yang kurang positif terhadap pembaharuan dalam pendidikan khususnya terhadap pendidikan
vokasional dan teknik. Ini kerana pendidikan vokasional dan teknik sering dikaitkan dengan
pekerjaan kolar biru. v. Kos pendidikan yang tinggi menjadi beban kepada sumber kewangan negara
khususnya terhadap pendidikan teknik dan vokasional. CABARAN-CABARAN DALAM PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN i. Cabaran ICT ICT menjadi satu cabaran utama pembangunan pendidikan disebabkan
tahap program pendidikan ICT yang masih di tahap rendah. Statistik Kementerian Pendidikan (2000)
menunjukkan jumlah enrolmen pelajar dalam bidang sains dan teknologi di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) berjumlah 49,575 (29.0%) dan 39,305 (23.0%) pada tahun 2000. Manakala graduan
sains ialah 34,805 (25.6%) dan graduan teknologi 22,765 (16.7%) pada tahun yang sama. Arah aliran
ini menunjukkan Malaysia masih belum mencapai keupayaan dalam memenuhi keperluan pasaran
guna tenaga mahir ICT untuk mengekalkan daya saing di pasaran global. Untuk merealisasikan
matlamat k ekonomi, rangkaian maklumat dan infrastuktur diperlukan bagi menyalurkan maklumat.
Tahap penerimaan, penggunaan dan penyebaran maklumat diukur melalui penyediaan kemudahan
media elektronik dan komunikasi. Disiplin ICT perlu ditekankan dalam sistem pendidikan Negara
bermula daripada pendidikan rendah. Menurut kajian Agenda Teknologi Dan Maklumat Negara
(Infosoc Malaysia, 2000), satu pertiga daripada penduduk Malaysia yang berumur di bawah 14 tahun
perlu didedahkan dengan program ICT bagi membangunkan potensi sumber manusia berasaskan
ICT. Terdapat 30.5% sekolah rendah dan 53.8% sekolah menengah di seluruh negara mempunyai
computer peribadi (PC) bagi kegunaan pelajar manakala hanya 10.2% sekolah rendah dan 34.1%
sekolah menengah mempunyai capaian internet. Ini bermakna 69.5% sekolah rendah dan 46.2%
sekolah menengah tidak mempunyai PC. Manakala 89.8% sekolah rendah dan 65.9% sekolah
menengah tidak mempunyai kemudahan internet. Tahap penggunaan PC dan capaian internet ini
jauh lebih rendah dibandingkan dengan jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh
negara. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira kira 0.99 juta (4.4%) rakyat Malaysia tidak
mempunyai pendidikan formal dan mereka ini dianggap terpinggir dari segi ICT secara langsung
(Infosoc Malaysia, 2000). Pencapaian Malaysia dalam ICT boleh diukur dengan menggunakan
indikator indikator seperti pemilikan peralatan maklumat dan telekomunikasi (radio, televisyen,
telefon, komputer, perisian dan rangkaian), sumber kewangan bagi membolehkan penggunaan
barangan dan perkhidmatan ICT dan kemahiran asas atau keupayaan sebenar menggunakan
barangan dan perkhidmatan ICT. Indikator terkini mengukur tahap ICT ialah pemilikan komputer
peribadi. Tahap pemilikan komputer peribadi di Malaysia ialah 59 orang bagi setiap 1000 orang
penduduk berbanding 459 orang bagi setiap 1000 penduduk Amerika Syarikat dan 422 per 1000
penduduk Switzerland pada tahun 1998 (World Bank, 1999). Malaysia juga didapati masih jauh
ketinggalan dari segi penggunaan komputer dan internet jika dibandingkan dengan negara Negara
Asia seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Dari segi penggunaan internet 160

161 pula ialah 2.7% daripada jumlah penduduk Malaysia berbanding 15.8% penduduk Singapura dan
38.0% penduduk Finland pada tahun yang sama (World Bank, 1999). ii. Cabaran Penyelidikan dan
Pembangunan (R & D) Sistem pendidikan dan R & D yang mantap amat diperlukan dalam membantu
memacu pembangunan negara. Dalam konteks ekonomi, terdapat hubungan yang erat antara kedua
dua sektor (pendidikan dan R & D) ini dalam menangani globalisasi dan ICT. Jadual 3 menunjukkan
Malaysia menduduki tempat yang ke-41 di dunia dalam aspek perbelanjaan dalam bidang R & D
pada tahun 1998 iaitu kira kira 0.24 % daripada KNK. Jumlah ini masih rendah jika dibandingkan
dengan negara negara maju. Untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus globalisasi
ekonomi, usaha bersungguh sungguh perlu dijalankan dalam meningkatkan penyelidikan yang
mampu melahirkan ilmu dan ciptaan-ciptaan baru. Jadual 9.3 Perbandingan penyelidikan dan
pembangunan negara terpilih Negara US Million (1998) Kedudukan 1998 Perbelanjaan R&D %
kepada KNK 1987-1997 Amerika Syarikat 222 934 1 2.63 Jepun 122 275 2 2.80 Jerman 49 767 3 2.41
Britain 23 972 5 1.95 Kanada 9 362 7 1.66 Sweden 8 776 8 3.76 Belanda 8 292 9 2.08 Korea Selatan 8
089 10 2.82 Switzerland 8 083 11 2.60 Australia 6 807 12 1.80 China 6 655 13 0.66 Finland 3 682 18
2.78 Denmark 3 419 19 1.95 Norway 2 571 23 1.58 Singapura 1 489 25 1.13 New Zealand 584 34
1.04 Hong Kong 354 37 N.A Thailand 197 40 0.13 MALAYSIA 195 41 0.24 Indonesia 187 42 0.07
Filipina 51 45 0.22 Sumber: World Bank, 1999 161

162 KEUTAMAAN DALAM PERANCANGAN PENDIDIKAN i. Bidang Keutamaan: Sekolah tapak

pemikiran kreatif. Kurikulum sekolah dikaji semula. Bilangan pelajar Sains bertambah. Pembangunan
profesion perguruan. Sekolah dilengkapi kemudahan ICT. Penekanan pendidikan peringkat ketiga.
Penggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
Universiti : tenaga kerja + model intelektual dan pengetahuan baru. Kawasan luar bandar akan
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Sektor swasta digalakkan menyediakan pendidikan di
peringkat tertiari. ii. Program Pendidikan: Pendidikan rendah. Program Latihan Tenaga Pekerja.
Memperbaiki mutu bahasa Inggeris. Kurikulum latihan guru dikaji semula. Perlaksanaan Sekolah
Bestari diperkukuh. Program sekolah berpusat bagi sekolah di pedalaman. Lebih banyak opsyen
Sains diperkenalkan di tingkatan 6. Sukatan pelajaran Sains merangkumi Mekatronik, Bio-teknologi,
Mikroelektronik. iii. Penekanan Kurikulum: (a) Kemahiran berkomunikasi secara berkesan. berfikir
secara kritikal dan kreatif. menikmati keindahan ciptaan dan seni. kemahiran kepimpinan dan
pengurusan. membuat pilihan dan membuat keputusan. bergaul dan bekerjasama dengan orang
lain. mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat. (b) Pengajaran & Pembelajaran
Multilinggualism. Kemahiran Generik. Pelbagai Kecerdasan. Penggunaan teknologi. Pembelajaran
Koperatif. Pengembangan Kreativiti. 162

163 Penghayatan Nilai-Nilai Murni. Patriotisme dan Ketatanegaraan. Kemahiran Belajar Untuk
Belajar. Berfikir Secara Kritis dan Reflektif. (c) Sistem Pentaksiran Penanda Aras. Pentaksiran Holistik.
Penilaian Berterusan. Authentic Assessment. Penilaian Hasil Pembelajaran. Penilaian Berasaskan
Sekolah. Ujian/Peperiksaan Secara On-Line. Penilaian Berasaskan Elemen Subjek. Penilaian Proses Di
Samping Penilaian Hasil. MASA DEPAN PENDIDIKAN NEGARA Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin telah menyatakan hala tuju dan masa depan pendidikan Negara.
Menerusi pendidikan yang mampan, dihasratkan dapat: i. mewujudkan satu masyarakat yang
berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan berinovatif. ii. melahirkan
modal insan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek penguasaan kecerdasan intelek (IQ),
kecerdasan rohani (SQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan jasmani PQ). iii. Merapatkan jurang
pendidikan selaras dengan sasaran UNESCO iaitu Pendidikan Untuk Semua (Education For All). iv.
Melaksanakan anjakan paradigma seiring dengan apa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang bertujuan untuk melonjakkan kejayaan secara
lonjakan berganda. o Anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. o Anjakan daripada budaya
kesan nyata (output) kepada budaya keberhasilan (outcome). o Anjakan daripada birokrasi
menyukarkan kepada birokrasi memudahkan. o Anjakan daripada produktiviti semata-mata kepada
gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi. v. Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan
inovasi dalam kalangan generasi muda sejak peringkat sekolah rendah. vi. Menerapkan unsur
futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. vii. Mengkaji dan memurnikan
kandungan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan Strategik RMKe-10 dengan
member tumpuan kepada merealisasikan Gagasan 1Malaysia. 163

164 PENUTUP Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa
berkembang. Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi
memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di
peringkat global. Kesilapan dalam merancang sistem pendidikan akan membantutkan proses
pembangunan negara dan mungkin menurunkan daya saing negara di peringkat global. Perancangan
pendidikan akan terus memainkan peranan utama bagi menyediakan sumber manusia untuk
bersaing di peringkat global. Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan Malaysia,
tumpuan bukan saja diberikan kepada perkembangan pendidikan dalam negara tetapi juga pada
peringkat antarabangsa. Langkah ini adalah perlu dan amat signifikan pada masa ini bagi
menyediakan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih kompetitif, holistik, berketerampilan serta
mampu bersaing di peringkat global. 164
165 10 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) DAN PROFESIONALISME KEGURUAN PENGENALAN
Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan. Guru yang baik ibarat lilin yang
membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin
yang sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang
dilakukan oleh insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru terhadap
profesionnya memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana
pengiktirafan terhadap ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di
liang lahad. Guru adalah segala-galanya seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968).
Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya
seni yang agung. seorang guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat
meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman.
Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat
sehingga sembuh. Malah guru diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari
manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah
meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu
satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak. Guru sebagai agen sosialisasi dan agen
perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.
Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan.
Untuk itu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 telah
mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai satu panduan ke arah pembentukan
profesionalisme keguruan di Malaysia. PERGURUAN DAN KEGURUAN Merujuk kepada Kamus Dewan
IV (2005) guru membawa erti pendidik, pengajar, pengasuh. Dari kata dasar guru, maka terbitlah
perkataan keguruan dan perguruan yang digunakan dalam memahami proses pendidikan. Dalam
kamus yang sama perkataan perguruan diertikan sebagai Yang berkaitan dengan guru, institusi yang
melatih guru... Dalam hal memahami makna perkataan perguruan dan keguruan, Awang Had Salleh
(1985) telah memberikan makna yang mudah dan jelas. Beliau menyatakan perguruan ialah proses
menyediakan guru manakala keguruan bermaksud keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri atau
profesion guru. Bagi memahami istilah perguruan dan keguruan, cuba anda fahamkan
cabarancabaran terhadap persoalan-persoalan yang berkaitan. 165

166 Cabaran berkaitan perguruan ialah apakah proses penyediaan calon untuk memasuki profesion
keguruan itu diasaskan kepada prasyarat yang selaras dengan nilai keguruan? Cabaran berkaitan
keguruan ialah, adakah keguruan merupakan satu profesion? Cabaran perguruan i. Adakah
pemilihan calon didasarkan kepada kelayakan-kelayakan yang rasionalnya adalah rasional nilai-nilai
dalam profesion keguruan? Ertinya selain daripada kelayakan akademik tahap tertentu, apakah
diperhitungkan hal-hal seperti perwatakan, bakat keguruan, kualiti suara dan sebutan, minat
terhadap kanak-kanak dan seumpamanya? ii. Adakah pemilihan pensyarah-pensyarah yang terlibat
institusi pendidikan guru didasarkan kepada criteria-kriteria yang selaras dengan nilai-nilai keguruan
yang hendak dipupuk oleh mereka kepada calon-calon guru ini? iii. Apakah kurikulum perguruan di
institusi pendidikan guru mewakili segala kehendak penyediaan profesional? iv. Sejauhmanakah
proses perguruan memperkukuhkan pendidikan sebagai nilai utama di dalam diri calon-calon guru
semasa mereka disediakan untuk menjadi guru? v. Apakah sistem perguruan di Malaysia
memberikan pendidikan perguruan atau latihan perguruan? Cabaran Keguruan Cabaran keguruan
sebagai satu profesion pula boleh dirujuk terhadap ciri-ciri profesional itu sendiri iaitu: i. Wujudnya
himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada
penyelewengan amalan. iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu
tersebut. iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja.
v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya
pengajaran semata. Ciri utama sebuah profesion ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion
itu sendiri. Himpunan ilmu itu memang ada tetapi yang harus dipastikan ialah bahawa anggota
profesion itu sendiri mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu itu yang terdiri daripada
pengetahuan, kemahiran atau kecekapan yang unik terhadap profesion itu sahaja dan nilai-nilai yang
dipegang dan diamalkan bersama. Dari segi kemahiran dan kecekapan yang unik merujuk kepada
adakah anggota profesion keguruan menguasai kemahiran teknik pengajaran, pengujian,
pengdiagnosan, pengendalian motivasi pelajar, pembinaan konsep diri murid, pemupukan minat,
penyisipan nilai dan unsur pendidikan dalam pengajaran dan pengendalian disiplin. Ciri profesion
yang seterusnya ialah pengawalan profesion itu terhadap anggota profesion supaya tidak
menyeleweng amalan mereka dari segi nilai yang dianuti oleh profesion. Sehubungan itu, profesion
keguruan mestilah mempunyai mekanisme memberkesankan pengawalan itu menerusi dendaan
dan penguatkuasaan peraturan. Pengawalan yang ada kini dilihat datang dari majikan dan bukannya
dari kumpulan profesion keguruan itu sendiri. Apakah cabaran profesion keguruan? 1. Bilangan
anggota yang ramai iaitu sekitar 405,000 orang guru. 2. Pelbagai kelayakan yang terdapat dalam
pekhidmatan pendidikan iaitu: Sijil Perguruan 166

167 Diploma Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 3.
Pelbagai skim perkhidmatan guru: Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Bukan Siswazah (DG29,DG32) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( DG41, DG44,
DG48, DG52, DG54, JUSA C, B. A)) APAKAH YANG SEPATUTNYA MENJADI ILMU GURU? Apakah yang
sepatutnya seorang guru bertindak? Adakah guru mengajar, melatih atau mendidik? Istilah
pengajaran dan guru yang baik sebenarnya telah diungkapkan dengan pelbagai cara. Contohnya
mengajar dengan baik (Brown & McIntyre, 1993), pengajaran berkesan (Perrot, 1982), mengajar
dengan kreatif (Woods & Jeffrey, 1996), guru profesional (Shulman, 1987), pengajaran berkualiti
(Stones, 1992) dan guru yang cukup baik (Cullingford, 1995). Pengajaran berkesan bukanlah lahir
dengan sendirinya, ia merupakan pengetahuan dan kemahiran kompleks yang dipelajari oleh
seorang guru. Pada tahun 1960 1990 menunjukkan kaedah dan gaya pengajaran guru menjadi ilmu
penting yang dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pengajaran berkesan. Sebagai contoh
Shulman (1986), telah mengariskan beberapa jenis pengetahuan yang mesti dihayati dan dikuasai
untuk menjadi guru profesional: i. Pengetahuan tentang pedagogi umum ii. Pengetahuan tentang
kandungan subjek iii. Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek iv. Pengetahuan tentang
kurikulum v. Pengetahuan tentang pelajar vi. Pengetahuan tentang konteks pendidikan vii.
Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan Manakala pada tahun 1990 2000,
pengajaran berkesan dihubungkaitkan dengan hasil iaitu senarai kualiti, ciri, sifat dan kelakuan guru
berkesan. Sebagai contoh, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (1994) telah
menyatakan kualiti mengajar dilihat sebagai konsep yang menyeluruh yang terbentuk daripada
kecekapan dalam lima dimensi utama: i. Kemahiran mengajar. ii. Empati dan menghargai maruah
orang lain. iii. Pengetahuan tentang bidang kurikulum dan kandungan substantif; iv. Refleksi dan
keupayaan muhasabah diri, iaitu ciri penting professional guru. v. Kecekapan mengurus, kerana guru
menjalankan pelbagai tanggungjawab mengurus di dalam dan di luar bilik darjah. Kyriacau (1997)
telah mengemukakan senarai pengajaran berkesan: 167
168 i. Kejelasan jangkaan dan hala tuju guru. ii. Mewujudkan suasana bilik darjah yang
berorientasikan tugas. iii. Menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran. iv. Menentukan dan
mengekalkan momentum serta langkahj pembelajaran. v. Menggalakkan penyertaan dan
penglibatan pelajar. vi. Memantau kemajuan pelajar dan memenuhi kepentingan mereka. vii.
Menyampaikan pelajaran yang disusun dengan baik. viii. Memberi pelajar maklum balas positif dan
membantu. ix. Memastikan objektif pembelajaran dirangkumi. x. Menggunakan sebaik mungkin
teknik menyoal. Laporan Hay McBer (DfEE, 2000) berkaitan Pelan Induk Untuk Guru Sempurna telah
membahagikan ilmu guru kepada tiga kumpulan: i. Kemahiran mengajar ii. Ciri-ciri profesional iii.
Iklim bilik darjah ADAKAH GURU KERJAYA PROFESIONAL? Samakah pekerjaan sebagai seorang guru
dengan seorang doktor/ jurutera? Apakah kualiti seorang guru sama dengan kualiti seorang doktor/
jurutera? Ciri-ciri kerjaya profesional: i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. ii.
Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan. iii. Anggota profesion
mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut. iv. Mempunyai himpunan kemahiran
dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja. v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap
matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya pengajaran semata. Oleh itu, usaha
menyediakan diri ke arah peningkatan profesionalisme perlukan latihan dan latihan-latihan semula
secara berterusan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi
memperlengkapkan diri sahaja seseorang guru itu mampu mengangkat martabat diri mereka ke
tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan
dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.
PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Pendidikan yang berkualiti
sangat dipengaruhi oleh kualiti guru. Kualiti guru pula dipengaruhi oleh pendidikan dan latihan yang
berkualiti. Bagaimanakah pendidikan dan latihan dapat melahirkan guru yang berkualiti sejajar
dengan profesionalisme keguruan? 168

169 Pra Perkhidmatan Universiti/ Fakulti Pendidikan (IPTA & IPGM ) Latihan / Kursus Dalam
Perkhidmatan 1. Peringkat Luaran (PPD, JPN, Kementerian dll) In house training 2. Peringkat
dalaman (Sekolah) Pendidikan Berterusan i. Pengetahuan profesionalisme keguruan ii.
Pembangunan sikap & sahsiah iii. Pembangunan Kemahiran Insaniah iv. Perkembangan sosial &
kesukanan Kursus, Seminar, Bengkel, Latihan Kuliah, kokurikulum, latihan pengajaran mikro dan
latihan mengajar di sekolah & khidmat sosial Diploma Sarjana Muda Sarjana Kedoktoran Rajah 10.1:
Pembinaan dan perekembangan profesionalisme keguruan Merujuk kepada Rajah 1, pendidikan
guru bermula pada peringkat pra perkhidmatan. Pelajar-pelajar yang mengikuti program pendidikan
(sekolah menengah, sekolah rendah, pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan khas) di IPT dan
IPGM diwajibkan mengikuti kursus-kursus dari komponen ikhtisas, akademik dan perkembangan diri.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari kemudiannya dilaksanakan sewaktu menjalani
praktikum atau latihan mengajar. Pendidikan Guru merangkumi tiga komponen yang termuat di
dalam kurikulumnya: i. Komponen Ikhtisas Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas
perguruan menerusi kursus-kursus asas pendidikan, latihan mengajar (praktikum), seminar dan
kajian tindakan. ii. Komponen Akademik Membina pengetahuan Kandungan mata pelajaran (subject
matter). Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan. iii. Komponen Perkembangan Diri Membina kemahiran
mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial. Aktiviti persatuan atau
kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang
mengikuti latihan perguruan. 169

170 Manalaka kursus/ latihan dalam perkhidmatan adalah khusus untuk guru-guru terlatih. Perkara
tersebut merujuk kepada perkembangan profesionalisme keguruan ke arah pemantapan,
penambahan dan pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kursus/ latihan
dalam perkhidmatan (KPD) adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru
terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah kelolaan KPM. Kursus-kursus yang ditawarkan
bermatlamatkan peningkatan akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan
guru. Contoh-contoh kursus KDP yang ditawarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia adalah
seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2. Jadual 10.1: Kursus Dalam Perkhidmatan anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil Peringkat Program Tempoh Sasaran 1 Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKG)- kerjasama dengan 3 tahun Guru Terlatih Peningkatan Akademik IPT
dalam negara Program Pensiswazahan Guru Bahasa Antarabangsa Perancis, 1 3 tahun Guru Terlatih
2 Peningkatan Profesionalisme Jerman, Jepun Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kokurikulum
Teknologi Maklumat Pastoral Care Jangka Panjang dan Jangka Pendek Guru Terlatih PENDIDIKAN
GURU Asas-Asas Pendidikan Guru (Zeichner & Liston, 1990) Tradisi akademik (atau ilmu) Tradisi
perkembangan Tradisi kecekapan sosial Tradisi social reconstructionalist Pendidikan guru mestilah
membolehkan mereka Memiliki pengetahuan teknikal tertentu (Lasley, 1990): Mengaplikasikan
pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar. Mencerminkan mereka sebagai insan berilmu.
Pendekatan yang bakal pendidik ketahui (Howey, 1989): Orientasi kemahiran atau kecekapan.
Keupayaan penyelesaian masalah secara klinikal. Sikap seseorang yang berorientasikan
kemanusiaan. 170

171 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Sebelum tahun 1982, pendidikan di Malaysia tidak
mempunyai satu falsafah yang nyata untuk pendidikan guru dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan
guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran
seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun
1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar. ii.
Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Sehubungan itu pada tahun
1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan
mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan
wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik: Guru Yang Berpekerti Mulia,
Berpandangan Progresif Dan Saintifik, Bersedia Menjunjung Aspirasi Negara Serta Menyanjung
Warisan Kebudayaan Negara, Menjamin Perkembangan Individu Dan Memelihara Suatu Masyarakat
Yang Bersatu Padu, Demokratik, Progresif Dan Berdisiplin. (Bahagian Pendidikan Guru, 1982) Huraian
Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) FPG yang digubal mengandungi sembilan perkara yang
membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan. 1. Berpekerti mulia Guru yang
bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat) melebih diri. 2.
Berpandangan progresif dan saintifik Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif.
Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya 3. Bersedia
menjunjung aspirasi negara Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai
yang utama. 4. Menyanjung warisan kebudayaan negara Meletakkan diri sebagai role model untuk
mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada
murid, ibu bapa dan masyarakat. 5. Menjamin perkembangan individu Sentiasa memberikan
keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara
terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
171

172 6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Guru perlu mengekalkan keharmonian
dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan
dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. 7.
Memelihara suatu masyarakat yang demokratik Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid
untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam membuat keputusan. Bertindak berasaskan
pertimbangan wajar. 8. Memelihara suatu masyarakat yang progresif Memberi penekanankepada
aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi
membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan
kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka
cipta 9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin Mempastikan keharmonian, keselamatan dan
keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar
membentuk masyarakat yang cemerlang. MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model
Konsepstual Pendidikan Guru telah dirangka berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan
matlamat pendidikan negara. Model ini merangkumi akauntabiliti guru yang berteraskan kepada tiga
dimensi utama dan tiga komponen yang digarap secara seimbang dan bersepadu. Rajah 10.2: Model
Konseptual pendidikan guru Malaysia 172

173 Dimensi Pendidikan Guru i. Ketuhanan : Penghayatan dan amalan individu berteraskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Mendidik itu merupakan suatu kerja ibadah yang
mulia di sisi agama. ii. Kemasyarakatan: Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen
perubahan dan agen sosialisasi. iii. Kendiri: Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan
patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
Komponen Pendidikan Guru i. Ilmu/ Pengetahuan: Ilmu/ pengetahuan yang berkaitan dengan
perkembang dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Menurut Shulman (1986) terdapat 7
jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan. Pengetahuan
tentang pedagogi umum Pengetahuan tentang kandungan subjek Pengetahuan tentang pedagogi
kandungan subjek Pengetahuan tentang kurikulum Pengetahuan tentang pelajar Pengetahuan
tentang konteks pendidikan Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan ii.
Kemahiran: Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti mempunyai
kemahiran-kemahiran berikut: Interpersonal Intrapersonal Komunikasi Teknologi Kemahiran
Profesional o Pengurusan masa o Pengurusan kelas iii. Nilai Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-
nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif,
kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan. Because public school teacher
are government employees and because of their leadership roles with students, they are often
expected by the public at large and their school system superiors to conform to certain codes of
personal behavior that are not usually imposed upon other adults. (Myers & Myers, 1995) 173
174 Ketiga-tiga komponen ini disepadukaan dan dilaksanakan merentas semua kursus dan program
pendidikan guru yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan
program pendidikan. Model tersebut menekankan kepada matlamat untuk mengembangkan potensi
guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model Konseptual
Pendidikan Guru telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal dan
diimplimentasikan. STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) Pengertian Standard Guru Malaysia Standard
Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan
keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan
kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan
dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan
penambahbaikan berterusan. Latar Belakang Penggubalan Standard Guru Malaysia Malaysia
memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya
adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan
adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan
modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti;
yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara
maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya
tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam
abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan
dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di
pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia
adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:... as the most significant and costly resource in
schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of
schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers,
that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 ) Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal
dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara
langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik
sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan
menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.bahagian Pendidikan Guru 174

175 (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di
Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam
(IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi
keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang
dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.bahagian Pendidian
Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan
rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. Rasional
Penggubalan SGM Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: 1. Guru
perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai
guru profesional dengan berkesan, 2. Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber
pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan
dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi, 3. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar
standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan 4. Standard Guru Malaysia menggariskan
kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang
menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. Tujuan SGM Standard Guru Malaysia
digubal bagi tujuan yang berikut: 1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran, 2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan
tercapai. 3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan. Penggubalan SGM Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang
berikut: 1. Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik, 2.
Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan 3.
Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama
dengan pihak-pihak berkepentingan Penggunaan SGM Standard Guru Malaysia adalah dokumen
rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut: Guru 175

176 i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard ii. Mengenal pasti keperluan
pembangunan profesionalisme diri. 1. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan i. Membuat
refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan
profesionalisme diri. iii. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru
praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). iv. Mengenal pasti strategi bagi
membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard. 2. Pengurus
dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru
pelatih dan peserta kursus. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan
oleh institusi. iii. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan
keperluan. 3. Guru Besar dan Pengetua Sekolah i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh
guru. ii. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard
oleh guru. 4. Agensi Latihan Perguruan i. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru
pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan. ii. Mengenal pasti tahap penyediaan dan
pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. iii. Mengenal pasti dasar dan
strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik. KERANGKA STANDARD GURU
MALAYSIA Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama: i. Komponen Asas
Penentuan Standard & Keperluan. ii. Komponen Standard (S) : Pernyataan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru iii. Komponen Keperluan (K) : Pernyataan aspek yang patut disediakan
serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. SGM dirangka berasaskan, Misi
Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan
dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara kesemua komponen yang terdapat di
dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah 3. 176

177 STANDARD S1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan S2: Pengetahuan dan Kefahaman S3:
Kemahiran Pengajaran & Pembelajaran Asas Penentuan Standard & Keperluan Misi Nasional
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Tatasusila Profesion Keguruan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Guru Unggul Modal Insan KEPERLUAN K1: Kelayakan Masuk Program Latihan
Guru. K2: Latihan Pentaksiran & Penilaian K3: Kolaborasi K4: Infrastruktur & infostruktur K5: Jaminan
Kualiti Rajah 10.3: Komponen Standard Guru Malaysia KOMPONEN 1: ASAS PENENTUAN STANDARD
DAN KEPERLUAN i. Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada
pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani masalah ketidakseimbangan sosio-
ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemampuan
kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. 177

178 ii. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." iii. Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." iv.
Tatasusila Profesion Keguruan Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi
mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang
disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut: "Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat
membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang
terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa
hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii)
tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. v. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik,
penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta
menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. SGM digubal berdasarkan
rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di
beberapa negara maju. SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S)
dan Keperluan (K). 178

179 KOMPONEN 2: STANDARD (S) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini
memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri,
profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
digubal berlandaskan budaya Institutusi Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni
dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM,
dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu: S1.1 Domain Diri Domain
ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru
boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai
matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan
kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. S1.2 Domain Profesion Domain ini merujuk kepada
pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang guru yang profesional. Nilainilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan
terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif,
kreatif dan inovatif. S1.3 Domain Sosial Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal
insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu
pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan
kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang
mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan
berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru
adalah seperti yang berikut: S2.1: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. S2.2: Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan
kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
yang diajarkan. S2.3: Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. 179

180 S2.4: Kandungan Ilmu Pendidikan S2.5: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan
sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. S2.6: Strategi untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. S2.7: Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan
penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. S2.8: Potensi
murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. Standard 3: Kemahiran
Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memfokuskan kebolehan guru
untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik
dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut: S3.1:
S3.2: S3.3: Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia
ada, serta jangkaan pencapaian murid. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah
cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan
meningkatkan pencapaian murid. S3.4: Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan
hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna
dan berkesan. KOMPONEN 3: KEPERLUAN (K) Agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan,
pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Ia bagi menyokong
dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan Lima
keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap
kompetensi yang diharapkan iaitu: Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Pengambilan Calon
Program Latihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur
pengambilan calon program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja
ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mematuhi syarat dan prosedur berikut: K1.1: Mengiklankan permohonan 180

181 K1.2: Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian
kelayakan K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru K1.5 Membuat tawaran
kepada calon guru yang berjaya K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan Keperluan 2: Keperluan 3: Keperluan 4: Latihan,
Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan
pentaksiran dan penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan
perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: K2.1
Kurikulum latihan K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi K2.3
Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah K2.4
Sumber pengajaran dan pembelajaran K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan
peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa Kolaborasi Keperluan ini memperincikan
permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi
pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang
boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti
yang berikut: K3.1 Sekolah K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara K3.3 Badan
bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan Infrastruktur dan
Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Bagi menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi
dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini
seperti yang berikut: K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi
memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan
pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. K4.2
Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran. 181
182 Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan
pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti
latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.perincian standard dan keperluan
yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan
guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan
perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: K5.1
Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) Sebagai rumusannya Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan
yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia,
bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru
Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam
aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU Kualiti Guru Profesional Dalam
konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang
profesional seperti berikut: i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan: Guru yang sentiasa ghairah
dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir
ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif,
inovatif dan motivatif. ii. Bermatlamat yang jelas: Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh
atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan.
Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan.
Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain. iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah: Guru ini
cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam
bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah
yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria
dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya. 182

183 iv. Berkebolehan komunikasi yang baik: Guru yang dapat menyampaian pengajarannya dengan
berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan
yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen humor. Contohnya guru
ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak
bosan sepanjang kelas berlangsung. v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid: Guru yang sentiasa
beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya
jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini
sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua
perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya). vi. Berupaya memberi yang terbaik: Guru
yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan
memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam
tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan
khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan
topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran. vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang
diajar secara mendalam: Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum
kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan
kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada
murid, rakan sejawat dan pihak lain yang memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini
sentiasa mengemaskini pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya
menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang
ditetapkan. viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan: Guru
ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul
mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik dan boleh
dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu
dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.
Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan
dibentangkan oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia)
untuk hayati dan diamalkan oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab
perkhidmatannya. Beliau menjelaskan guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan
sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas
landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran,
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa dan berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh. Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia tersebut merupakan adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan
oleh negara-negara Islam dalam Muktamar Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977,
semua negara-negara Islam sedunia telah 183

184 menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat
di negaranegara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu: Tawadhu Berakhlak Insan berilmu
( alim) Memiliki taraf akademik yang baik Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Etika
Profesionalisme Keguruan Salah satu cabang falsafah ialah aksiologi yang membincangkan persoalan
tentang teori nilai iaitu etika dan estetika. Etika khusus membincangkan tentang tingkah laku
manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Perkataan etika berasal dari bahasa Yunani
iaitu ethos yang bererti watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya
disamaertikan dengan moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa Latin iaitu mos atau
mores yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan
yang baik (kesusilaan). Manakala akhlak dari bahasa Arab yang bermaksud sifat yang tertanam
dalam jiwa seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan (al-ghazali). Maksud
yang biasa digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. Ia berkaitan
dengan tingkah laku, adat dan cara hidup; serta aspek-aspek niat dan kecenderungan seseorang atau
masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Mengikut Kamus Dewan IV (2005) etika membawa
maksud suatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam konteks Islam etika
merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan al-quran dan ketakwaan kepada Allah. Ahmad Sarji
(1992) menyatakan etika professional ialah semua garis panduan yang bertujuan untuk
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal
pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru
terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Oleh itu,
setiap guru yang sedang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini. Nilai-Nilai Utama Etika
Kerja Dalam Perkhidmatan Awam Guru sebagai penjawat awam juga perlu mematuhi nilai-nilai
utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). Amalan terhadap nilai-nilai ini dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Ikhlas Tekun
Dedikasi Penyayang Benar Bersyukur Bijaksana Bekerjasama Amanah Taat setia Sederhana Berbudi
mulia Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang
guru. Nilai tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya
memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan. 184

185 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan, peradaban, peranan, nilai serta tingkahlaku profesion dalam masyarakat. Etika Kerja
Kementerian Perlajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip
berikut: i. Niat yang betul Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang
dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru untuk
menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. ii. iii. iv. Perlakuan yang baik Tingkah laku
guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping
membaiki imej kualiti. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang
terbaik sepanjang masa mestilah dijaga dengan baik. Berdisiplin dan beradab Seorang guru mestilah
menjaga adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid sebagaimana yang
dtuntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan
kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Akujanji,
Pekeliling Ikhtisas, Sukatan Pelajaran. Penggerak ke arah kebaikan Seorang guru mestilah
menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat
mendorong seseorang melakukan kebaikan. Seterusnya penambahbaikan ini berlaku secara
berterusan. v. Memperkota apa yang dikatakan Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak
bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa
yang dikatakan olehnya. vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi Seorang guru
mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah
lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan
prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik. Kod Etika Profesion
Keguruan Malaysia Guru merupakan orang yang berada pada garisan hadapan pembangunan
negara. Setiap inci pada tubuh guru, gerakan guru, tutur kata guru dan tindakan guru sentiasa
menjadi perhatian dan ikutan kepada muridmuridnya. Pada pandangan murid-muridnya guru adalah
orang yang sentiasa benar dan betul. Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika
Profesion Keguruan telah digubal yang mengandungi: 185

186 i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan
yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. ii. iii. iv.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas, guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya.
Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian. v. Guru haruslah menumpukan perhatin terhadap keperluan setiap muridnya. vi.
Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama
atau kepercayaan. vii. viii. ix. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah
mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru
haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. x. Guru
haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu
kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. Guru tidaklah
harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat
profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua
muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru
tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid
dan ibubapa terhadapnya. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik
atau 'role model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya
untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada
ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus
menjatuhkan nama baik guru lain. 186

187 xxi. xxii. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya
dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan
utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang
taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat
membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman-berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk
masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
setinggitingginya. Rajah 10.4: Tatasusila profesion keguruan Malaysia i. Tangungjawab Terhadap
Murid Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawab terhadap murid.
Tanggungjawab ini termasuk: lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal
lain. bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan dan agama. 187

188 menunjukkan satu cara pakaian, tertuturan dan tingkahlaku yang dapat member contoh yang
baik kepada murid. membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau
dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. memelihara dan
memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi. ii. iii. iv.
Tanggungjawab Terhadap Ibubapa Guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa murid. Oleh
itu guru hendaklah: menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang keadaan rumah
tangga atau tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya. memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana. mengelakkan diri
daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar
mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
dan Negara Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawabnya dengan
mengambil kira keperluan masyarakat dan negara. Maka dengan itu guru hendaklah: Elakkan diri
daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,
negara atau bertentangan Rukun Negara. Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang
boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya
perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat setempat ditempat
berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil
bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru
dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang
sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Guru juga mempunyai
tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dalam profesion yang sama. Oleh itu hendaklah: 188

189 Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh
maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai seorang guru. Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-
sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan
sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi profesion keguruan. Sentiasa mengawasi diri
supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Kepentingan Kod Etika Profesion Keguruan Kod Etika Keguruan dapat memartabatkan profesion itu
sendiri. Kod etika tersebut dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap ahlinya. i. Garis
Panduan Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk
bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam perkhidmatan
pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh
dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samar-samar atau kabur untuk tindakan
dilakukan. Oleh itu satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Oleh itu kod etika dapat menyatakan
dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi amalan guru-guru
ketika menjalankan perkhidmatannya. ii. Peranan dan Tanggungjawab KEPK menyatakan dengan
jelas tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap stakeholders dalam bidang pendidikan.
Dengan ini, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
iii. Keunikan Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan,
guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa
hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.
iv. Semakan KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari masa
ke semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah kod etikanya dapat
dipertahankan dan dikuatkuasakan. v. Tingkatkan Imej Dengan adanya KEPK, guru dapat
meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi. Masyarakat dapat melihat dan menghayati
tanggungjawab guru yang sebenar (skop dan beban) 189

190 di samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mancapai matlamat
pendidikan negara. vi. Nilai Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi. Akauntabiliti Keguruan. Mengikut Kamus Dewan IV
(2005), akauntabiliti bermaksud bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap
sesuatu. Menurut Ahmad Sarji (2003), konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu
keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami
dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu
sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya. Terdapat lima kategori
akauntabiliti guru: i. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga
haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa
mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru
hendaklah membimbing dan mengajar muridmurid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran
atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-
muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh
teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru
merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh
anak muridnya. ii. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru
bertugas. Oleh itu, guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran
sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah,guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar, guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh
pihak pentadbiran sekolah. 190

191 iii. iv. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara Sebagai seorang guru, beliau
hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara
berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni
pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah
memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan
kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku
baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri
setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu
guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru
dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh
masyarakat. Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan
membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di
lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat. v. Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri Seorang guru
haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri
dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru
juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa
di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna
terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di
masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Dengan dapat
memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar.
Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat
menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri, murid-
murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan 191

192 tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya.
Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati
oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya, maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal
melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan. Tunggak Dua Belas Dalam Perkhidmatan Pendidikan Nikmat Mencipta Keutamaan
Kesabaran Menghargai Masa Pengaruh Teladan Menghargai Bakat Ketinggian Peribadi Keseronokan
Bekerja Kekuatan Sifat Baik Hati Kebijaksanaan Berkhidmat Kemuliaan Kesederhanaan Kewjipan
Menjalankan Tugas Ketekunan Membawa Kejayaan Teras Perkhidmatan Cemerlang Berpegang
teguh kepada ajaran agama. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. Berazam meninggikan mutu
perkhidmatan. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh
muhibah dan kemesraan. Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
Bekerjasama ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. RUMUSAN FPG
merupakan halatuju dalam pembinaan insan guru dari segi pemikiran dan amalan. Keperibadian
guru yng berteraskan kepada unsur sahsiah, akhlak, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan
amalan. Sehubungan itu pendidikan guru merupakan suatu proses penting dalam membentuk watak
guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang
guru. FPG menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM). SGM dibentuk untuk
memartabatkan profesion keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada
standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard tersebut. Komponen Standard Keguruan
melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran
Pembelajaran dan Pembelajaran. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadape etika professional,
Ilmu dan kemahiran, tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility and accountability),
kepenggunaan ilmu dan kemahiran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 192

193 11 AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN PENDAHULUAN Semakin maju
sesebuah negara, semakin rencam rakyatnya dan semakin rumit aturan hidup masyarakatnya. Untuk
menjadikan kehidupan yang harmoni dan seimbang maka peraturan dalam sistem kehidupan
bekerja dibentuk oleh pihak kerajaan. Hal ini terkandung dalam dasar kerajaan dalam konteks
kawalan, disiplin dan etika. Guru sebagai penjawat awam juga tidak terkecuali apabila Akta
Pendidikan dan peraturan-peraturan pendidikaan dilaksanakan. Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) telah dibentuk untuk menjadi panduan kepada kaki tangan perkhidmatan
awam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap guru yang bertindak selaku
pegawai perkhidmatan awam mestilah memahami sepenuhnya Peraturan Kelakuan dan Tatatertib
(1993) dan pindaan tahun 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 mestilah difahami dan dihayati
bagi mempastikan matlamat pendidikan negara tercapai. Semua garis penduan yang diadakan
bertujuan meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan kepada semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai dan
tingkahlaku profesional dalam masyarakat. LATAR PEMBENTUKAN AKTA 1996 DAN PERATURAN
PENDIDIKAN Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk
membawa kepentingan negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan
pendidikan pada peringkat dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu
beberapa akta berkaitan dengan pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan 1996, Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Majlis
Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996. Langkah
mengimplementasi akta-akta demikian menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara semakin
dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan lebih eksplisit. Di samping itu, institusi
pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu rangka perundangan yang berbentuk
kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi dengan kes seperti pengawalan kurikulum,
disiplin, kuasa guru dan kecuaian. Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia
adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah
Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa matlamat utama dasar pendidikan pada masa itu ialah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan pembangunan ekonomi, sosiobudaya serta politik. Prinsip umum Akta Pelajaran 1961
adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana akta tersebut digunakan untuk menyediakan
perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sama, pertimbangan juga diberi kepada
kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan. 193

194 Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal dilaksanakan
dengan berkesan. Menjelang abad ke-21, era digital dan maklumat telah berkembang pesat dengan
menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan
orientasi pengeluaran. Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu
melengkapkan seseorang individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru
contohnya Lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan
ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke
Sarawak) 1975, dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan
akhirnya dimansuhkan. Ia telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 ( juga dikenali sebagai Akta
550). Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru
dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan
selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendldikan yang seragam dan berteraskan prinsip
pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di dalam RMK-7 (1996-2000)
dinyatakan:.. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the regulatory
framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted. Among others, the Act will
strengthen the concept oj a national system oj education by including all levels and types of
education and bringing within its ambit, pre-school, post-secondary and special education. At the
primary and secondary levels, public and private educational institutions will be required to use
thenational curriculum. Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan
pentingnya menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan
penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni diakui membantu melengkapkan masyarakat dengan
kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global.
Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dicapai melalui
pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah di mana
tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun (seksyen 29). Selain daripada
itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa Menteri Pendidikan seperti dalam
tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan mengawal tahap
pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas dan
tanggungjawab Kementerian Pendidikan terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan
oleh Menteri Pendidikan dalam berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada
Menteri Pendidikan juga telah meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen
54), membuat peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah
Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan
pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang merupakan hak
mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk kepada kelulusan
daripada Parlimen. Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan
adalah diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa
pembangunan pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang diambil
adalah berasaskan keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu, tingkahlaku Menteri
bukan seperti yang telah dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free standing nism acting on the
education system of his own motion as a free agent. Perundingan di antara beberapa kumpulan
pakar dengan koordinasi tertentu sebelum sesuatu tindakan diambil. Ia memerlukan satu tempoh
masa yang panjang dan komitment yang tinggi. Rundingan dan koordinasi antara individu dalam
melaksanakan dasar pendidikan bermakna pendapat 194

195 bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh jabatan yang
lain adalah tidak munasabah. P = Peraturan. Rajah 11.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) Rumusan Akta Pendidikan 1996: Diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996. Mendapat perkenan
oleh Yang Dipertuan Agung. Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550. Akta 550 kemudiannya
dikenali Akta Pendidikan 1996 Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta 550
dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen. Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang
menyatakan kepentingan dan hala tuju Inti pati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-
perakuan dalam Laporan Jawatan-kuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979).
AKTA PENDIDIKAN DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN Dasar Konseptual Akta
Pendidikan Undang-undang yang berkait rapat dengan pendidikan pada zaman pemerintahan
Inggeris adalah mempunyai ciri-ciri jurisprudens berbentuk positivists. Latarbelakang ini telah
menjadi asas pembentukan dasar konseptual Akta Pendidikan. Tumpuan utama Akta Pendidikan
ialah untuk membangunkan sistem pendidikan awam di mana sebuah jabatan pendidikan dibentuk
untuk mencapai matlamat itu (Ramsay dan 195

196 Shorten, 1996). Perkernbangan pendidikan pada abad seterusnya mewujudkan satu sistem
birokrasi yang berpusat. Pada peringkat ini, Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan
diberikan kuasa dan kebebasan yang Iuas. Jurisprudens positivists abad ke sembilan belas sehingga
pertengahan abad kedua puluh) hanya memberikan perhatian yang sedikit kepada hak ibubapa atau
kanak-kanak. Perlantikan Pendidikan Dalam Sistem Pentadbiran Pendidikan Di Bawah Akta Pelajaran
1961. Di bawah Akta 1961, sistem pentadbiran pendidikan tradisonal telah dikelolakan dan
dianggotai oleh beberapa pegawai pelajaran utama contohnya Ketua Pegawai Pelajaran, Ketua
Pendaftar Sekolah, Ketua Pendaftar Guru dan Ketua Nazir Sekolah. Kuasa telah diberikan kepada
DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik pegawai yang bertanggungjawab menguruskan Sistem
Pentadbiran Pendidikan Negara. Pemusatan kuasa ini dapat diperhatikan dalam seksyen 3 Akta 1961
yang mengatakan bahawa seorang Ketua Pegawai Pelajaran akan dilantik oleh Yang di Pertuan
Agong bagi setiap negeri atau mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Peranan
yang dimainkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong pada masa itu adalah lebih signifikan
memandangkan bahawa sistem perkhidmatan pelajaran pada masa itu masih di peringkat yang
muda. Faktor sejarah juga memainkan satu pengaruh sebab perlantikan dalam perkhidmatan awam
tradisonal adalah di bawah bidang kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong. Peruntukan seksyen 4 (1)
Akta 1961 juga memberikan kuasa kepada DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang
Ketua Pendaftar Sekolah dan Penolong Ketua Pendaftar Sekolah. Walau bagaimanapun, Menteri
Pelajaran diberikan kuasa untuk melantik Pendaftar Sekolah bagi setiap negeri apabila diperlukan.
Kawalan Menteri dikatakan berbentuk administrative control sahaja. Di samping itu, seksyen 5 Akta
1961 menegaskan bahawa DYMM Yang di Pertuan Agong diberikan kuasa untuk melantik seorang
Ketua Pendaftar Guru dan Penolong Ketua Pendaftar Guru. Di peringkat negeri, Menteri Pelajaran
boleh melantik seorang Pendaftar Guru [seksyen 6 (2)]. Kuasa untuk melantik seorang Ketua Nazir
Sekolah untuk seluruh Persekutuan tidak diperuntukkan kepada Menteri Pelajaran [seksyen 6 (1)].
Walau bagaimanapun, beliau boleh melantik Nazir Sekolah apabila diperlukan [seksyen 6 (2)] dan
Nazir Sekolah Tempatan [seksyen 7 (1)]. Menurut seksyen 8 Akta Pelajaran 1961, Pengawal
Peperiksaan dilantik oleh DYMM Yang di Pertuan Agong. Kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong adalah
luas dan ia merangkumi pembentukan peraturan berkaitan dengan pihak berkuasa pendidikan
tempatan (seksyen 111), gaji dan skim tabung provident (seksyen 117), serta peraturan mengenai
penerbitan, sindiket peperiksaan, bantuan, dan yuran (seksyen 118). Perubahan Dalam Sistem
Perlantikan Dan Pentadbiran Pendidikan Di Bawah Akta Pendidikan 1996 Penstrukturan semula
sistem pendidikan negara telah membawa perubahan dalam sistem perundangan yang berkait
dengan pendidikan. Reformasi pendidikan juga menghasilkan perubahan dalam kuasa yang
diberikan kepada Menteri Pendidikan. Struktur dan sistem pentabiran pendidikan telah berubah
dengan Akta Pendidikan 1996. Satu perubahan spesifik ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan
beberapa aspek penting dalam sistem tersebut contohnya dari segi perlantikan pentadbir
pendidikan utama. Gelaran baru yang diberikan kepada pentadbir pendidikan termasuk Ketua
Pengarah Pendidikan, Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir
Sekolah dan Pengarah Peperiksaan. Struktur dan organisasi bam mencerminkan usaha dan langkah
untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi selaras dengan cita-cita untuk
meliberalisasikan dan mendemokrasikan sistem 196

197 pendidikan. Usaha ini hampir sama dengan apa yang berlaku di negara England dan Wales di
rnana Akta Pendidikan yang diperkenalkan oleh RA Butler pada tahun 1944 tidak lagi mengekalkan
struktur tradisonal. Perkembangan signifikan yang didapati dengan pelaksanaan Akta Pendidikan
1993 di England dan Wales ialah perubahan dalam konsep kerjasarna di antara pihak berkuasa pusat
dan tempatan. Pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan di kedua-dua negara itu kini lebih
berbentuk kawalan berpusat di mana Setiausaha Negeri untuk Pendidikan dan Sains (Setiausaha
Negeri) bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan (Harris, 1995). Pada masa
ini, undang-undang pendidikan yang dibentukkan telah menambahkaan kuasa Setiausaha Negeri di
negara England dan Wales. Walau bagaimanapun, kuasa itu hanya digunakan melalui bantuan yang
diberikan oleh agensi yang dilantik oleh kerajaan. Contoh dua agensi ialah Majlis Tabung Pendidikan
Lanjutan yang dibentuk melalui Akta Pendidikan Tinggi dan Lanjutan 1992 dan lembaga tabung
pendidikan untuk sekolah yang ditubuhkan melalui Akta Pendidikan 1993. Pengaruh yang rapat di
antara undang-undang dan pendidikan telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan
akauntabiliti dalam persediaan perkhidmatan pendidikan. Pendidikan sebagai satu cara untuk
menguasai ilmu dan kemahiran dianggap jentera signifikan mewujudkan masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Isu yang timbul ialah siapakah yang harus diberikan
tanggungjawab yang lebih terhadap sistem pendidikan? Siapakah yang perlu menjadi lebih
akauntabiliti? Muir (1986) berpendapat bahawa ramai individu khuatir dengan isu tersebut contoh
para pendidik, ibu bapa dan pentadbir. Tanggungjawab Menteri Pendidikan terhadap pembangunan
sistem pendidikan kebangsaan telah tambah di bawah Akta Pendidikan 1996. Selaras dengan itu,
lebih banyak kuasa telah diberikan kepada Menteri Pendidikan. Akta tersebut cenderung
memusatkan kuasa kepada Menteri Pendidikan. Keadaan ini adalah hampir sarna dengan negara
United Kingdom di mana Setiausaha Negeri dilaporkan telah memperolehi lebih daripada dua ratus
jenis kuasa yang berbeza di bawah Akta Reforrnasi Pendidikan 1988. Dengan berbagai jenis kuasa
yang diberikan, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pendidikan di United Kingdom dalam
mentadbirkan sistem pendidikan telah bertambah. Satu faktor yang menyebabkan keadaan ini ialah
akibat peningkatan dalam bilangan sekolah jenis grant maintained. Bidang kuasa Setiausaha Negeri
mengalami pertambahan lebih lagi apabila Akta Pendidikan 1993 untuk England dan Wales
dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak
tertentu sebab objektif Akta Pendidikan 1993 di negara England dan Wales adalah rnenuju ke arah
pemusatan kuasa. Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada
DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan. Kuasa tersebut
tertakluk kepada satu syarat iaitu Ketua Pengarah Pendidikan mesti dipilih daripada kalangan
pegawai dalam perkhidmatan pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan
memasukkan syarat ini memberikan peluang kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik
pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan
tugas mengikut Akta Pendidikn 1996. Beliau menasihat Menteri Pelajaran mengenai hal berkaitan
dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4 (1) memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran
untuk melantik Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan
yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk bertindak mengikut pertimbangan diri merupakan
dua dari yang khusus. Ia adalah hampir sama dengan ciri yang telah dilaporkan oleh Ramsay dan
Shorten 1996:9) dalam kes Australian Teachers' Union menentang Minister for Education of Victoria
(1995) di mana kuasa itu telah dihuraikan sebagai an obscure blend 0/ specific enabling powers and
ministerial discretion. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka hendaklah ada bagi
setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri,
seorang Pengarah Pendidikan; dan bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di 197

198 dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang
dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh Menteri di samping itu, perlantikan
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran,
seksyen 5 (1). Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik
seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah
tidak sama dari segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan
bahawa Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan
boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang
difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah
dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah,
seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab Menteri Pelajaran. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk
mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu
pendidikan yang dicapai kepada Menteri, pengurusan sumber-sumber sekolah secara berkesan, dan
perkembangan menyeluruh pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan juga,
perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-
pegawai yang lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan Selain
daripada itu, Menteri Pendidikan diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan arahan khas.
Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik
di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk
kepada dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta
Pendidikan 1996. Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada
pegawai, kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Apabila syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah
melaksanakan tiap-tiap arahan yang dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa
kuasa Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke
semasa memberi (a) pengelola atau mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah
subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota
Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta pelajaran 1961, arahan-arahan, yang
tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta
ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh
dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah
melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian. 198

199 ASAS PEMBENTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Rajah 11.2: Asas pembentukan Akta 1996 Akta
Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk
generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta
Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada
hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata
Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak
mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan
undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan
perundangan mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam
masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan
perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21
dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan
Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan bahawa Laporan Razak
boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah
digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah: Untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan bagi semua kaum. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
pelajar di negara ini. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air
dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. 199

200 Laporan Razak 1956 Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan
mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara
perkara utama yang diperkatakan ialah: Aliran sekolah kebangsaan Semua sekolah di tanah air
mempunyai sukatan yang sama Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa
pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. Sistem pendidikan sekolah menengah
adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Semua
guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
Sistem pendidikan yang terdapat di dalam Penyata Razak (1956) ini kemudiannya telah disesuaikan
dan dimurnikan lagi oleh Abdul Rahman Talib dan laporan yang dihasilkan dikenali sebagai Laporan
Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961. Laporan Rahman Talib (1960) /Akta
Pelajaran 1961 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956)
yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib (1960) ialah: Sekolah kebangsaan Pendidikan akhlak
dititikberatkan. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan
merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah
sekurang-kurannya 15 orang. Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965
bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata
pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah
Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai
matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di
kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas
dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporanlaporan seperti Laporan Hussein Onn (1971)
dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan
Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. 200

201 Laporan Hussein Onn (1971) Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi
Mentei Pelajaran ketika itu.tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-
kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolahsekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih
dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini: "Sistem
pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan
pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula
menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkatperingkat sebagai baasa pengantar di sekolah-
sekolah aliran Inggeris. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara.
Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting
dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris adalah
diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan
dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi
sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan
untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Laporan Jawatankuasa Kabinet/
Laporan Mahathir (1985) Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan
sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka
pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi
matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih. Tujuan
laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Hussein Onn (1971). Matlamat
utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta
Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam
pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah diberi penekanan. Dalam Laporan ini
matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi
utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat mestilah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat
gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka. Dalam laporan ini kursus
bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap
keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin.
Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris
diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu: a. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan
bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya. b. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi. 201
202 IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERBANDINGAN DENGAN AKTA PELAJARAN 1961 1.
Landasan Dan Wawasan Pendidikan Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Falsafah pendidikan
tidak didokumenkan dan tidak jelas. Dasar Pelajaran Kebangsaan untuk menyatukan kaum di
Malaysia mengikut Penyata Razak 1956 yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961: "Tujuan
Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar, walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur." (Penyata Razak, Perenggan 12) Dasar pendidikan
adalah berlandaskan kepada hasrat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan
seperti berikut: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat
Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya
saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat. DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan
wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi,
keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: "Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara" 2. Sistem Pendidikan
Kebangsaan Di Semua Peringkat Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta Pelajaran 1961
menyebut Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang bahawa
Sistem Pendidikan Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis
Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat. sekolah
atau institusi pendidikan "The National Education System shall comprise kerajaan atau bantuan
sahaja. pre-school education;primary education; secondary education; post-secondary "For the
purpose of this act, the education; and higher education, but shall not include education in
expatriate stages of statutory education schools. (Sec.15) system shall be as follows: "There shall be
three categories of educational institutions in the National primary education; lower Education
System, namely government educational institutions; governmentaided educational isntitutions; and
private educational institutions. (Sec. 16) secondary education; upper secondary education;
education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25. (Sec.19)
202

203 3. Kedudukan Bahasa Kebangsaan Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta
Pelajaran 1961 Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996 Bahasa
Kebangsaan adalah dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar sekolah bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di
Sekolah kebangsaan dan sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian.
Di sini soal menengah kebangsaan sahaja. bahasa telah diperkukuhkan. " (1) The National language
shall be the main medium of instruction in all educational institutions in the National Education
System except an nationaltype school established under section 28 or any other educational
intitution exempted by Minister from this section. (Sec. 17) 4. Kurikulum Kebangsaan Akta Pelajaran
1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada Akta Pendidikan 1996,
memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut langsung peruntukan. kurikulum kebangsaan
melainkan yang dikecualikan. " (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the
National Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the National
Education System." (Sec.18) 5. Peperiksaan Awam Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta
Pelajaran 1961, tiada peruntukan diberi tentang peperiksaan awam. Akta Pendidikan 1996 telah
memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang
dikecualikan. "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act
or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act.(Sec.19) 6.
Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta
Pelajaran 1961, Bahasa Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata
Kebangsaan adalah wajib bagi pelajaran wajib di semua sekolah. sekolah-sekolah yang dibiayai (2)
Where the main medium of instruction in an educational institution is other oleh kerajaan dan
bantuan than the national language, the national language shall be taught as a kerajaan sahaja.
compulsory subject in the educational institution. (Sec.17(2)) 7. Pengajaran Bahasa Cina Dan Bahasa
Tamil Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta Pendidikan 1961, bahasa Dalam seksyen 2
Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran Cina dan bahasa Tamil boleh bahasa Cina
dan bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah diajar dengan dua syarat: Menengah
Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada a. ada permintaan dari 15 permintaan 15
orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih mudah mengadakan orang ibu bapa. kemudahan bagi
pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil. b. jika didapati munasabah dan praktik. 203

204 Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah tempoh pendidikan rendah adalah adalah antara
5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan 6 tahun. ini, dapat menampung
keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab. Dalam akta ini tempohnya agak ketat. "A national
or national-type school established under this Act shall provide a course of primary education
designed for duration of six years but which may be completed within to seven years" (Sec.29).
"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited primary school providing a
sixyear course of primary edducation appropriate for children between the ages of six and eleven
years;" (Sec.2) 204 8. Bahasa Kaum Asli Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta Pelajaran
1961 tiada memperuntukkan bahasa Kaum Asli. Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan
pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat: a. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa. b. jika
didapati munasabah dan praktik. Melalui peruntukan ini, telah memberi pengiktirafan kepada
bahasa kaum Bumiputera untuk diperkembangakan. (ii) the indigenous languages shall be made
avaiable if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the
school so request. (Sec.2) 9. Kategori Sekolah Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta
Pelajaran 1961, sekolah Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi
dibahagikan kepada dua kategori pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, bantuan
kerajaan dan iaitu bantuan penuh (termasuk swasta. Manakala dalam Klasifikasi institusi pendidikan
di bawah Akta kerajaan dan bukan milik Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya
berkaitan dengan kerajaan) dan swasta. sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 10. Menubuh Dan
Menyenggara Tadika Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Akta Pelajaran 1961, perkara ini
Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada menteri tidak begitu jelas. untuk
menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian
mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan
berpendapatan rendah. "The Minister may subject to the provisions of this Act establish and
maintain kindergartens". (Sec. 21) 11. Kurikulum Untuk Tadika Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan
1996 Akta Pelajaran 1961, garis Dalam seksyen 22, Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis
panduan panduan ini tidak wajib digunakan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan
di peringkat tersebut bagi semua tadika. dan wajib digunakan oleh semuua tadika.. 12. Tempoh
Pendidikan Rendah

205 13. Pendidikan Lepas Menengah Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta
Pelajaran 1961, tiada Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas
peruntukan yang jelas tentang menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan, kolej atau mana-mana
institusi pendidikan lepas menengah. pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh menampung dengan
jelas kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. 14. Politeknik Boleh Mengadakan
Kerjasama Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada Akta
Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan peruntukan berkenaan dengan
program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perkara ini.
perindustrian. Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau
program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau
institusi pendidikan lain. Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan
pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. Dengan
ini Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah
negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. 15. Pendidikan Khas Akta Pelajaran
1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas. Selaras dengan
sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996
telah diperuntukkan dalam seksyen 40, yang membolehkan Menteri Pelajaran mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. 16. Maktab
Perguruan Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1961, Melalui seksyen 47
(1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) peruntukan mengenai pendidikan
mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan guru adalah terlalu umum.
program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras
dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya
hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak, selaras
dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan
perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan
ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia. 17. Pengajaran Agama Islam Akta Pelajaran
1961 Akta Pendidikan 1996 Akta Pelajaran 1961 menyebut Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996,
memperuntukkan supaya Pendidikan Islam diwajibkan Pendidikan Islam wajib diajar di semua
sekolah termasuk sekolah swasta bila apabila terdapat 15 orang atau terdapat 5 atau lebih murid
Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai lebih murid di sekolah kerajaan murni yang sejagat.
dan bantuan kerajaan sahaja. 205

206 18. Larangan Pengendalian Peperiksaan Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Tiada
diperuntukkan dalam Akta Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996, mengkehendaki semua pihak yang
Pelajaran 1961. menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah
Peperiksaa. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar
dan melindungi calon-calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak
diiktiraf oleh kerajaan. 19. Lembaga Pengelola Sekolah Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996, membolehkan
Lembaga semua kategori sekolah termasuk Pengelola Sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi
dimansuhkan kecuali bagi sekolah kerajaan perlu Sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah
tertentu. Lembaga Pengelola menubuhkan Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka. Sekolah. Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan
Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan. 20. Program "Twinning"
Dan "Lingkage" Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada Dalam
seksyen 77, Akta Pendidikan 1996, telah memperuntukkan bahawa peruntukan tentang perkara ini.
institusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah
mendapat kebenaran bertulis dari menteri terlebih dahulu. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengawal
institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan
lingkage", selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence".
21. Kuasa Untuk Menyiasat Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 Dalam Akta Pelajaran 1991,
tiada Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk peruntukan-
peruntukan seperti ini. menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138 Ini
adalah merupakan satu memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun
pembaharuan untuk memudahkan kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau
seorang penyiasatan dan tindakan diambil pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara
bertulis oleh Ketua kepada mereka yang melanggar Pendaftar atau seorang pegawai polis yang
berpangkat tidak rendah dari akta ini. Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam
ketiga-tiga sekyen tadi. Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan
lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal
kepentingan masyarakat pengguna. 206

207 IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA.
Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961, sebagai
sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di
bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam
suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai
pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan
perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses
pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Mendaulatkan satu
bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini. Sebagai
sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah
dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang
tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta
Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini. Kesan dari tinggalan penjajahan
British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada
waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan
perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa
memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek ini, adalah diharapkan semoga
melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara
kita. Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak
dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita
hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk
kurikulum yang sama. Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan
Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan
bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga
sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera,
Sains, Kejuruteraan, Perubatan, Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa
Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana
semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini
semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan
Tun Hussein Onn (1971). Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di institusi pendidikan: 1. Bahasa pengantar Darjah Satu. 2. Bahasa pengantar Tingkatan
Satu. 3. Bahasa pengantar Tingkatan Enam Sains. 4. Bahasa pengantar Tingkatan Enam Sastera. 5.
Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan. 6. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di
universiti. 7. Bahasa pengantar semua kursus pada peringkat universiti. 8. Merupakan mata
pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah. 9. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah
Rendah Kebangsaan. Perkembangan pendidikan berlaku seiring dengan perkembangan negara.
Pendedahan dan tuntutan terhadap sains dan teknologi dan globlisasi menyebabkan pendidikan dan
kurikulum perlu berkembang 207

208 selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan
serta berketerampilan. Sehubungn itu, beberapa sekolah yang bercorak mengembangkan potensi
khas para pelajar dibina seperti sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah teknik dan vokasional.
Malaysia kini telah mula melangkah ke tahap yang lebih maju dan mencabar, dari negara pertanian
ke industri dan sedang menuju ke negara maju berteraskan teknologi yang memerlukan kepakaran
dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan
tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional,
kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan
kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan
falasafah pendidikan negara kita. Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat
dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang
perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut
menjadikan masyarakat Malaysia yang penyayang dan berakhlak mulia. Sehubungan itu wujudnya
sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan memberi
peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarkat
yang serba maju dan serba boleh. Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang
termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukan kajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi
sesuai. Jika terdapat mana-mana kandungan yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan
mengikut kesesuaian. AKTA PENDIDIKAN 1996: SATU ANALISIS Akta Pendidikan 1996 telah
menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan negara Malaysia berbanding Akta
pelajaran 1961 yang hanya memberi tumpuan untuk menyatupadukan kaum. Hal ini penting pada
waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga perpaduan
kaum. Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita cita negara untuk menjadi sebuah negara
maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja
dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam
mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Walaupun Akta
Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan
aspirasi negara tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi. Dalam
seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua Pendaftar
dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat, memasuki premis
dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh
ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau
tuan punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah
bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan
untuk memasuki premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan
penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk
kekasaran. Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda terutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-
Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini, tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan
bahasa ibunda kaum di Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2, perkara (iii), Akta Pendidikan
1996 yang berbunyi: 208

209 Arabic, Japanese, German or French or any other foreign language may be made available if it
reasonable and practicable so to do; Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama
Islam sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Malah bahasa
Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu dari satu tamadun yang gemilang tidak boleh anggap
ringan. Sejarah perkembangan dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada
bahasa tersebut supaya ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu
merujuk kepada golongan orientalis. Rujukan-rujukan terhadap persoalan agama Islam adalah tidak
lepas dan tidak sudah tanpa menggunakan bahasa Arab. Peruntukan-peruntukan yang
membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan melalui akta ini
sepatutnya disemak semula. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas, tidak
terikat dengan sistem pendidikan kebangsaan, seperti yang terdapat dalam Seksyen 15. Begitu juga
dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah tadika.
Manakala dalam seksyen 17 perkara 1, bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan, tetapi ada juga
kekecualian yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-
mana pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri Pelajaran. Di sini menampakkan kepada
kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum mantap sepenuhnya. Kesan daripada
membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati 1,290 buah Sekolah
Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil dengan 96,000
pelajar terus menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Manakala 250 buah institusi pendidikan
tinggi swasta terus menggunakan bahasa Inggeris. (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999). Menurut
Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu terdapat 84,000 pelajar di Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA
jumlah pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus. Isu bahasa
mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang wujud sekarang memang
telah jauh berubah, namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan
agenda penting. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh
merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa
perpaduan, memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga ikhtisas di kalangan
bumiputera. Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan
memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan
muculnya dua atau tida kumpulan pelajar; aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina. Yang
Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan
1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995 (yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara
kata-kata beliau ialah: "..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini.
Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi
seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan penggunaanya oleh
mana-mana institusi pengajian kita. Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan
kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan
seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia permulaan kepada
usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar di semua peringkat? 209

210 Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam memantapkan
perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini
hendaklah perlu dikaji semula. Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari
segi kuasa yang diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Sehingga
menampakkan bahawa kuasanya boleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa
Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar: Menteri boleh,
jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan
murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengucualikan institusi pendidikan
atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-
mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk
kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi
bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993; pindaan 2002) Peraturan-peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) pindaan 2002 dan mula dikuatkuasakan pada 20 Jun 2001. Tujuan utama
peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkahidmatan Awan amnya. Tindakan
tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati
melanggar mana-mana peraturan supaya dapat membaiki tingkahlaku mereka pada masa hadapan
dan pada masa yang sama menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. Peraturan tatatertib
yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-Perturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib)1993 yang kemudiannya telah dibuat pindaan pada tahun 2002. Peraturan ini
mengandungi peraturan yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan oleh seorang pegawai awam.
Pelanggaran terhadap sebarang peraturan yang ditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib
di ambil terhadap penjawat awam tersebut. Dalam menjalankan tugas, pegawai dibekalkan dengan
kuasa. Kuasa tersebut mestilah dikawal bagi mengelakkan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa
atau kepentingan peribadi dan supaya reputasi perkhidmatan awam tidak terjejas. Peraturan ini juga
dilaksanakan untuk memelihara tingkahlaku dan mengelakkan keraguan masyarakat terhadap
kejujuran dan kesungguhan penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka. Rasional
pelaksanaan Peraturan Tatatertib i. Memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam. ii. Pegawai
yang bersalah perlu diberi pengajaran/hukuman. iii. Meletakkan kepentingan awam lebih utama
daripada kepentingan diri sendiri. iv. Mempastikan penjawat awam melaksanakan tugasnya dengan
cekap, amanah dan bertanggungjawab. 210

211 PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KELAKUAN DAN TATATERTIB Peraturan-peraturan

yang ada sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan semua pegawai awam
memahaminya. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan semua pegawai dan anggota
bawahannya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Peraturan yang berkuatkuasa,
beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelaanggaran tatatertib tindakan tegas boleh diambil.
Semua kes pelanggaran tatatertib yang dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk. Kesalahan-Kesalahan
yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penjawat awam menurut Peraturan- Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)1993 (P.U.A.246). Antara perkara yang termasuk dalam peraturan tersebut
adalah seperti yang berikut: Hukuman Tindakan Tatatertib Peraturan 3A. Penjawat awam wajib
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan
kepada pegawai yang ingkar. Peraturan 3B Seorang pegawai dikehendaki memberi aku janji
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176)
melibatkan perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan. Peraturan 3C Menjadi
tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kawalan dan pengawasan
tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera
terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturanperaturan
tersebut. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan
terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturanperaturan disifatkan sebagai
cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Peraturan 4(1) Seseorang
pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di Pertuan Agong,
negara dan kerajaan semasa yang memerintah. Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara
dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang
serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1): i.
Membocorkan rahsia kerajaan. ii. Menjadi anggota jemaah islamiah. iii. Bersubahat dengan musuh
negara. iv. Menyertai kesatuan militan Malaysia. v. Memburuk serta memperkecil dasar dan
tindakan kerajaan. 211

212 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN PENJAWAT AWAM LAKUKAN [PERATURAN 4(2)]
Perkara Yang Tidak Dibenarkan Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi.
Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan. kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas awamnya. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan
syak yang munasabah. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh
memburukkan/ mencemarkan nama baik perkhidmatan awam. Seseorang pegawai tidak boleh tidak
cekap atau kurang berusaha. Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Membawa atau cuba membawa apaapa
bentuk pengaruh atau tekanan luar. Membantah atau melawan pegawai atasan. Cuai dalam
melaksanakan tugas. Contoh Memberikan markah lulus yang tinggi kepada murid dan sebagai
balasan meminta bayaran. Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai mengetahui ada di
antara mereka yang mengemukakannya adalah kalangan saudara sendiri. Menggunakan
kakitangan/alat/barang jabatan untuk hal-hal persendirian. Penyalahgunaan dadah, berjudi, minum
arak, kesalahan jenayah/ syariah, kesusahan hutang, menerima keraian yang ada hubungan rasmi
dan gangguan seksual. Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai secara teratur. Penjawat
awam juga tidak boleh tiada inisiatif untuk menyelesaikan urusan kerja dengan seberapa segera.
Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri. Membuat pembayaran tanpa
menyemak kerja-kerja yang diarahkan. Tidak mengisytiharkan harta dan pelaburan yang dimiliki.
Menghasut kakitangan supaya jangan tertalu berusaha dalam menjalankan tugas. Tidak boleh
menjalankan tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap jabatan/ kerajaan. Tidak boleh
mengambil cuti rehat disaat perkhidmatannya diperlukan. Keluar untuk urusan peribadi ketika waktu
kerja. Menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap
perkhidmatan sama ada tuntutan itu tuntutan sendiri atau pegawai lain. Meminta orang kenamaan
mempengaruhi lembaga kenaikan pangkat. Membawa keluar fail tanpa kebenaran bertulis Ketua
Jabatan. Tidak boleh keluar negara tanpa kelulusan KSU. Cuai memastikan barang-barang yang dibeli
dimasukkan ke dalam inventori. Menghilangkan harta kerajaan. Cuai menjaga keselamatan pelajar
ketika di bawah penyeliaannya. Berikut ialah perkara dan jenis larangan yang penjawat awam
ditegah sama sekali (mandatori) dari melakukannya sama ada secara langsung ataupun tidak secara
langsung: 212

213 Peraturan 4A Jenis Larangan Gangguan Seksual. 5 Pekerjaan luar. Penjelasan Cubaan merapati
atau meminta layanan seks secara lisan, bertulis, gambar dan sebagainya. Menyebabkan seseorang
yang waras tersinggung, terhina atau terugut. Contoh: Bercerita/ jenaka/ isyarat berunsur lucah &
menyentuh anggota sensitif badan. Memberi cadangan bahawa layanan seks akan diberi ganjaran.
Menunjuk/mempamer/ mengedar alat-alat/ bahan-bahan/ gambar-gambar lucah. Meraba,
mencubit, menepuk atau menyentuh secara seksual. Penjawat awam tidak boleh membuat kerja
luar kecuali: i. Dibenarkan oleh Ketua Jabatan dianggap tugas rasmi ii. Bagi faedah diri/saudara
mara/badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan. Kebenaran
tertakluk kepada syarat-syarat yang mesti dipatuhi: i. Di luar waktu pejabat/ tugas rasmi. ii. Tidak
menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam. iii. Tidak bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan awam. Contoh: Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran. Berniaga
pasar malam, pengawal keselamatan dan sebagainya tanpa kebenaran. 6 Pakaian. Penjawat awam
tidak boleh berpakaian yang tidak kemas, selekeh dan tidak memenuhi etika berpakaian pegawai
awam. Contoh, memakai singlet, baju-t (tanpa kolar), memakai sarong, berseluar pendek, berselipar
dan sebagainya. 7 Menyalahguna dadah. Menagih, menghisap, mengguna dan mengedar dadah
(ganja, heroin, morfin dan sebagainya). Pegawai ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam
(Peraturan 49). 8 Hadiah. Seorang penjawat awam dilarang memberi/menerima hadiah, jika: i. Ada
kena mengena dengan pelaksanaan tugas. ii. Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan
dengan maksud hadiah. Seorang penjawat awam perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan
(KSU/KP) jika: i. Pegawai meragui tentang bentuk, amaun dan nilai hadiah. ii. Menerima hadiah sukar
ditolak. Ketua jabatan boleh memberi kebenaran jika: i. Pegawai menerima surat pujian sempena
persaraan/pertukaran. (Jangan yang mahal). ii. Pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah
sempena persaraan, pertukaran, perkahwinan dan seumpamanya. 9 Menerima/ memberi keraian.
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima/memberi keraian sekiranya keraian itu dapat
dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana bercanggah peraturan 4. Contoh:
Kontraktor meraikan Ketua Jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti (keraian = belanja 213

214 11 Menyenggara taraf hidup melebihi emolumen rasmi. 12 Meminjam wang/ menjadi penjamin.
13 Keterhutangan kewangan yang serius. 15 Meminjamkan wang dengan bunga. 16 Penglibatan
dalam pasaran hadapan. 17 Refel dan loteri. 18 Penerbitan buku makan, penginapan di hotel,
tambang percutian dan lain-lain) Seseorang penjawat awam tidak boleh menyenggara taraf hidup
melebihi emolumen/pendapatan yang sah. Selain itu pegawai tidak boleh memiliki sumber
kewangan/ harta yang tidak seimbang atau tidak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang
sah. Contoh: Pegawai memiliki kereta mewah dan rumah mewah yang diketahui bukan dari pusaka
dan sumber lain. Seorang penjawat awam tidak boleh meminjam wang/menjadi penjamin kepada
mana-mana orang yang: i. Tertakluk kepada kuasa rasminya. ii. Ada urusan rasmi dengannya. iii.
Tinggal/memiliki tanah/menjalankan perniagaan dalam kawasan kuasa rasmi. iv. Menjalankan
perniagaan member pinjam wang boleh pinjam daripada: Bank (bercagar/overdraf). Syarikat insuran
(cagaran polisi). Syarikat kerjasama (termasuk kerajaan). Syarikat meminjam (Akta syarikat
meminjam 1969 perjanjian sewa beli dengan syarat: - Institusi itu tidak secara langsung di bawah
kuasa rasminya. - Jangan bawa skandal awam/ menggunakan kedudukan awam. - Agregat hutang
tidak menyebabkan keberhutangan kewangan yang serius. Seseorang pegawai tidak boleh
mempunyai tanggungan hutang yang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius seperti: i.
Aggregat hutang/tanggungan tak bercagar melebihi 10 kali emolumen bulanannya kecuali pinjaman
pendidikan. ii. Penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan dalam tempoh 1
bulan. iii. Bankrap atau pemakan gaji insolvent. Contoh: Penjamin yang gagal membayar hutang
peminjam dalam tempoh 1 bulan dari perintah mahkamah. Selain itu peminjam diisytihar bankrap
oleh mahkamah dan gaji dipegang dan diurus oleh Amanah Raya. Gaji tidak mencukupi untuk
melepaskan tanggungan. Penjawat awam juga tidak boleh meminjamkan wang dengan mengenakan
faedah/ bunga. Penjawat awam tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli
atau penjual dalam pasaran tempatan atau luar negara. Contoh pasaran komoditi dan pasaran
hadapan. Seorang penjawat awam tidak boleh mengadakan refel atau loteri harta persendiriannya.
Contoh: Menggunakan harta persendirian untuk refel atau loteri. Seorang penjawat awam tidak
boleh menerbit atau menulis buku/makalah/ karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.
Contohnya menulis, 214

215 berdasarkan maklumat terperingkat. 19 Pernyataan Awam. 20 Penyuntingan akhbar /majalah/

jurnal. 21 Kegiatan politik. 22 Mean membawa perbicaraan. 23 Tidak hadir bertugas tanpa
kebenaran/ bersebab yang munasabah. menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi
terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit) Seorang penjawat awam tidak boleh membuat
pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri yang berkenaan. Contoh: Memberi ceramah
yang memburukkan pentadbiran kerajaan semasa dan membuat ulasan/penjelasan mengenai
sesuatu peristiwa tanpa kebenaran menteri. Seorang penjawat awam tidak boleh menjadi
penyunting akhbar/majalah/jurnal Contoh: Penyunting bagi akhbar harian atau akhbar parti politik.
Kekecualian diberi kepada penerbitan jabatan, professional, pertubuhan NGO dengan kelulusan
bertulis dari Ketua jabatan. Seseorang penjawat awam dilarang mengambil bahagian dalam parti
politik atau membuka lambang parti politik. i. Merayu undi. ii. Bertanding apa-apa jawatan. iii.
Memegang apa-apa jawatan. iv. Agen pilihanraya tempat mengundi. v. Menerbit, mengedar
buku/artikel/risalah mengenai politik. vi. Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti
politik. Seorang penjawat awam yang mahu membawa seseuatu kes menurut undang-undang atau
mendapatkan bantuan guaman mesti mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Contoh: Tanpa
kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai melantik peguam untuk perbicaraan mahkamah yang
kesnya berkaitan dengan tugas rasmi. Seorang penjawat awam tidak boleh tidak hadir bertugas
tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah bagi apa-apa juga tempoh masa
pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas. Contoh: Pegawai hilang selepas
mengketik kad perakam waktu pada waktu pagi kemudian muncul pada waktu petang untuk
mengketik masa balik dan tidak patuh waktu berperingkat. Berdasarkan keterangan, jelaslah bahawa
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) perlu dipatuhi. Peraturan tersebut
merupakan satu sistem kawalan disiplin dalam bentuk pembentulan, penghukuman dan langkah-
langkah peningkatan disiplin. Keberhasilan peraturan tersebut bergantung kepada komitmen dan
kesungguhan semua pihak yang berkenaan bagi melaksanakannya supaya tahap keberkesanan yang
maksimum dapat dicapai. Kepatuhan dan penghayatan tatalaku ini diharapkan dapat: i. menghalang
penyelewengan. ii. menghindar perbuatan rasuah. iii. mewujudkan perkhidmatan yang menepati
slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib)
tersebut bukanlah bertujuan semata-mata untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada: 215

216 PENCEGAHAN Mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-

peraturan tersebut. Mengingatkan para pegawai agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. PERINGATAN PENGAJARAN Tindakan yang dikenakan
untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihakpihak lain agar perkara
yang sama tidak berulang. Rajah 11.3: Tujuan Peraturan Tatatertib. RUMUSAN Akta Pelajaran 1961
yang dibentuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah sesuai pada waktu itu untuk
memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan kaum. Peredaran masa menyebabkan Akta
tersebut perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan semasa. Lantaran itulah
lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih komprehensif, holistik dan dapat mencapai cita-cita negara
pada masa kini, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan dan
negara. Walaupun ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan lagi terhadap beberapa peraturan
atau seksyen, namun ternyata ia merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat
negara. Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satu corak pendidikan yang unggul
dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri
lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta 1996 ini dan gabungjalin di antara
hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk
kurikulum pendidikan yang lebih mantap dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun usaha-
usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) di institusi
pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak
memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut
disemak semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnian Akta Pendidikan
1996 itu sendiri demi mencapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020. 216

217 BIBLIOGRAFI A. Aziz Deraman. (2008). Wacana peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP. Abd.
Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2002). Pengajaran dan pembelajaran Sains Sosial: teori dan
amalan. Kuala Lumpur: UKM. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep
pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Abdul Rahman Arshad (2007). Unity and
education in Malaysia. Kuala Lumpur: DBP. Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah
ilmu: Analisis Konsep-konsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala
Lumpur: DBP. Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia.
Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Adams, N. (1984). Law and teachers today. (2nd ed.). London:
Hutchinson & Co. Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan
maklum balas. Bangi: UKM. Ahmad Sarji Abdul Hamid. (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami
konsep, implikasi dan cabaran. (Editor). Kuala Lumpur: Utusan Publication. Awang Had Salleh.
(1980). Pendidikan ke arah perpaduan: sebuah perspektif sejarah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Azizi
Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Falsafah pendidikan kontemporari. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia. Chandra Muzaffar. (2008) Hegemony: justice; peace. Shah Alam: Arah
Publication. Comber, L. (2011). Peristiwa 13 Mei: Sejarah perhubungan Melayu Cina. (Edisi Ketiga).
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Elliott, J. et. Al. (1981). School accountability. London: Grant
McIntyre. Eisemont, T.O. (1988). Benefiting from basic education and foundation literacy in Kenya.
New York: Pergamon Press. Esah Sulaiman. (2003). Amalan profesionalisme keguruan. Skudai: UTM.
217

218 Ewert, D.M. et.al. (2005). Adult literacy and community development: Exploring the link.
http://www.litcommunity.org/article3.html Freire, P. & Macedo, D. (1987). Literacy: Reading the
word and the world. South Hadley: Bergin & Harvey. Freire, P. (1970). Pedagogy of the oppressed.
New York: Conyinumm. Ghazali Darussalam. (2001). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publication. Gullatt, D.E. & Tollett J.R. (1997). Education law: A requisite course for prcservice
and inservice teacher education programs. Journal of Teacber Education, March-April, vol. 48 no. 2,
129-135. Haddad, W.D. et.al. (1990). Education and development: Evidence for new priorities.
Wanshington: World Bank. Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, poltik dan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd. Havighurt, R. J. (1953).
Human development and education. Chicago: Longmans. Henson, T.H. (2001). Curriculum planning.
Boston: McGraw Hill. Highet, G. (1963). Ilmu mengajar. (Terjemahan Abdul Majid Othman). Kuala
Lumpur: Pustaka Antara. Hussein Hj. Ahmad. (2005.) Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur: DBP
Hussien Hj. Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication. Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah: teori untuk praktik. Kuala Lumpur:
Budiman. Infosoc Malaysia. 2000. Access and equity: benchmarking for progress. Kuala Lumpur:
National Information Technology Institut Tadbiran Awam Negara. (1990). Negara kita: sejarah,
pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN Kementerian Pelajaran Malaysia.
(1988) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian
Pelajaran Malaysia. (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990).
Panduan Am (KBSR). Kuala Lumpur: DBP. 218

219 Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP. Kementerian
Pelajaran Malaysia. (1994). KBSR secara menyeluruh. Kuala Lumpur: PPK Kementerian Pelajaran
Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: matlamat dan misi. Kuala Lumpur: PPK.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia (Sumber:
http://www.moe.gov.my/sgm/) Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia
(Sumber: http://www.moe.gov.my/sgm/) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Perangkaan
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan
1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996. RUJUKAN: KP (BS) 8591/Jld. XIV (5).
Tarikh: 25 Mac 19 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Komponen Standard Guru Malaysia
(Sumber: http://www.ippm.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html) Jabatan Perdana Menteri. (1996).
Seventh Malaysia Plan 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kneller, G.F.
(1971). Introduction to the philosophy of education. (2nd Edition). New York: John Wiley & Sons. Inc.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1984). Akta Pendidikan 1961. Kuala Lumpur: International
Law. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1998). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-
peraturan terpilih. Kuala Lumpur: International Law. Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2007).
Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya : International Book Services. Law MacDonald, T.H. (1985).
Making a new people: Education in revolutionary Cuba. Vancouver: New Star. Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia. (1994). Panduan tugas staf sekolah. Petaling Jaya: Mega Setia Emas. Marsh, C.
J. & Willis, G. (2003). Curriculum: Alternative approaches, ongoing issues. (3 rd ed.). Upper Saddle
River, NJ: Merrill Prentice Hall. Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran pendidikan & pendidikan di
Malaysia. Petaling Jaya: Longman. Mohd. Nasir Omar. (1992). Falsafah etika: perbandingan
pendekatan Islam dan Barat. Bangi: UKM. Muhammad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan
berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Musa Daia. (1973). Sejarah perkembangan
pendidikan dan persekolahan. Kota Bharu: Pustaka Aman. Nice, D. (1986). Education and the law.
Essex: Councils and Education Press Ltd. 219

220 OCED. (1996). The knowledge economy: Science, technology and industry outlook. Paris: OECD.
Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Ornstein, A.C. &
Hunkins, F.P. (1998). Curriculum: Foundation, principles, and issues. (4th Edition). Boston: Allyn and
Bacon. Rahman, A. (2002). Education for development: Lesson from East Asia for Bangladesh.
Singapore: Institute of Souteast Asian Studies. Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin, Noriah Mohd
Ishak, & Abu Abdullah. (2001). Impact of the Knowledge-Economy on Human Resource Development
in Malaysia. International Journal of Vocational Education andtraining. 9(1):31-48. Ramsay, I. M., &
Shorten, A.R. (1996). Education and the law. Adelaide: Butterworths. Robiah Sidin. (1994).
Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Shahril @ Charil
Marzuki. (2008). Dasar kewangan pendidikan. Kuala Lumpur: PTS. Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985).
Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann. Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabani. Shah Alam:
Karya Bestari. Sidi Gazalba (1974). Sistematika filsafat: Pengantar kepada dunia filsafat, teori
pengetahuan, metafizika dan teori nilai. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad. Sowell, E.J. (2000).
Curriculum: An integrative introduction (2 nd Ed). London: Prentice Hall. Stenhouse (1975). An
introduction to curriculum research and development. London: Heinemann. Sufean Hussin (2002).
Revitalishing education: some prospective policy innovations. (Editor). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors. Sufean Hussin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: teori
dan analisis. Kuala Lumpur: DBP. Sufean Hussin. (2002). Dasar pendidikan progresif: Perspektif mikro
dan makro. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Sufean Hussin. (2008). Pendidikan di Malaysia:
sejarah, sistem dan falsafah. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DBP. Tyler, R.W. (1991). Principle of
curriculum and instructions. (Terjemagan Kamaruddin Hussin & Hazil Abdul Hamid). Skudai: UTM.
Vinod Raina & Taran Khan. (2006). Knowledge, culture and livehoods: Environmental security in
globalized economy. Journal of Asian Exchange. Vol. 22. No. 1. Pg 132 170. Wan Mohd Zahid Mohd
Noordin. (1994). Wawasan pendidikan: agenda pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai. 220

221 World Bank. (1999). World Development Report 1998/1999. Washington. Zaidatul Akmaliah
Lope Pihie. (1993). Pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 221

Anda mungkin juga menyukai