Anda di halaman 1dari 20

FALSAFAH ILMU

USK 1042

DEFINISI DAN
KONSEP
Pengenalan

Falsafah berkait rapat dengan kehidupan


manusia dalam maksud untuk mencari
pengertian dan makna kehidupan.
 
Falsafah adalah pandangan hidup yang
berhubungan dengan nilai tentang
sesuatu yang dianggap sebagai benar dan
bijaksana.
 Setiap individu meskipun tidak mengetahui apa
itu makna falsafah, mempunyai satu himpunan
nilai yang kukuh dalam dirinya yang dianggap
sebagai benar dan dijadikan sandaran dalam
membuat sesuatu keputusan dalam
kehidupannya.

 Oleh yang demikian, secara sedar atau tidak,


setiap individu mempunyai falsafah atau yang
terkandung di dalamnya himpunan nilai-nilai
dianggap sebagai benar dan dijadikan sumber
rujukan. Namun ia perlu melalui suatu proses
pemikiran dan renungan yang mendalam,
kritikal, menyeluruh dan bersepadu.
Pengertian & Konsep Falsafah

Gabungan perkataan philo (cinta) dan sophos


(kebijaksanaan). Cintakan kebijaksanaan.

Falsafah secara umumnya adalah berfikir


dengan ciri-ciri berikut :
 Berfikir secara kritikal (renungan mendalam sehingga dapat
mengeluarkan kekuatan dan kelemahan)
 Berfikir secara menyeluruh (pengalaman manusia umum dan
bukannya secara khusus atau terbatas seperti disiplin ilmu
tertentu)
 Berfikir secara integral (berpadu secara lengkap)
DEFINISI FALSAFAH
 Falsafah adalah pengetahuan tentang segala
yang ada (Plato 427 – 347 SM).

 Falsafah adalah menyelidiki sebab dan asas


segala benda (Aristotle 384 – 322 SM).

 Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang


alam yang maujud dan bertujuan
menyelidiki hakikatnya yang sebenar (Al-
Farabi 872 M - 950 M).

 Falsafah adalah berfikir secara mendalam,


sistematik, radikal dan universal dalam rangka
mencari kebenaran (Sidi Gazalba 1978).
Rumusan pengertian falsafah
menurut Harold Titus
 Sekumpulan sikap dan kepercayaan terhadap
kehidupan dan alam yang biasanya diterima secara
kritis.
 Suatu proses kritik atau pemikiran terhadap
kepercayaan dan sikap yang sangat kita junjung
tinggi.
 Usaha untuk mendapatkan gambaran keseluruhan.
 Analisa logik dari bahasan serta penjelasan tentang
erti kata dan konsep.
 Sekumpulan masalah yang mendapat perhatian
secara langsung dari manusia dan dicarikan
jawapannya oleh ahli falsafah.
 Falsafah berperanan untuk mencari jawapan kepada
permasalahan asasi (ultimate problem) manusia seperti
hakikat kehidupan, tujuan kejadian alam dan manusia, dari
mana dan hendak ke mana manusia dan seumpamanya.
 Persoalan-persoalan ini terkeluar dari permasalahan segera
(immediate problem) manusia yang berkait dengan
kehidupan seharian seperti persoalan ekonomi, sosial,
politik dan lain-lain yang menjadi medan garapan ilmu
pengetahuan
KONSEP ILMU
 Setiap istilah mempunyai makna yang tersendiri.

 Perlu bezakan antara ilmu, pengetahuan, pandangan,


maklumat

 makrifat?
 Pengetahuan diperoleh melalui pengalaman
diri.
 Pendapat ialah hujah seseorang yang boleh
dipertikai oleh orang lain
 Maklumat ialah sebarang perkara yang
diketahui tentang sesuatu objek seperti
sifat, kelakuan dll.
*Dalam pengertian Barat moden terutama yang
berpegang teguh kepada kaedah sains, ilmu
merujuk kepada pengenalan tentang fakta. Fakta
pula merujuk kepada perkara yang boleh
ditanggapi oleh pancaindera zahir. Kewujudan
perkara di luar keupayaan pancaindera zahir
dianggap bukan fakta dan tidak dikira sebagai
ilmu.

*Mazhab empirisisme, rasionalisme, pragmatisme


CIRI-CIRI ILMU

Mempunyai teori atau konsep tertentu yang


boleh diterangkan secara rasional.
Mempunyai kaedah untuk mendapatkannya
secara empirikal
Mempunyai pokok persoalan dan kandungan
permasalahan secara sistematik.
Kandungan permasalahan sentiasa dalam proses
pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan.
Konsep Ilmu
Al-Attas (1978) mentakrifkan ilmu dengan mengemukakan
semula takrif Fakhruddin Al-Razi dalam bentuk yang
diperbaiki dan diubahsuai iaitu :

“Dengan merujuk kepada Allah s.w.t. sebagai sumber


segala ilmu,
ia (ilmu) adalah ketibaan makna bagi sesuatu ke dalam
diri seseorang.

“Sebaliknya apabila merujuk kepada diri sebagai


pentafsir,
ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna
tentang sesuatu”.
Renung dan Fikir
 Teknologi maklumat @ teknologi ilmu

 Komputer berilmu ?

 Ilmu & Makrifat

 Sains dan teknologi & ilmu sastera & kemanusiaan. Mana


lebih utama ?
Pengertian Falsafah Ilmu

Falsafah ilmu adalah sub bidang yang khusus


dalam bidang falsafah seperti falsafah
sejarah, falsafah matematik dan
seumpamanya.
Falsafah ilmu adalah merujuk kepada kajian
secara mendalam tentang dasar-dasar ilmu.
Objek penelitian atau pokok persoalan dalam
falsafah ilmu ialah ilmu itu sendiri.
Secara khususnya terdapat tiga komponen
yang menjadi pokok persoalan falsafah ilmu
iaitu ontologi, epistemologi dan aksiologi.
Komponen Ontologi
Komponen ini membahaskan sekurang-
kurangnya dua aspek penting iaitu ruang
lingkup atau wilayah cakupan ilmu dan
hukum ilmu.

Perbahasan ruang lingkup ilmu


mempersoalkan adakah ilmu hanya terbatas
pada persoalan alam fizikal sahaja (alam al-
syahadah) atau turut mencakupi alam
metafizik.

Ruang lingkup ilmu juga melahirkan konsep


klasifikasi ilmu.
Komponen Epistemologi

Terdapat dua perbahasan utama dalam


komponen epistemologi iaitu sumber ilmu dan
kebenaran ilmu.

Terdapat pelbagai aliran dalam membincangkan


permasalahan sumber ilmu seperti aliran
rasionalisme, empirisisme, intuisionisme dan
wahyu.
Komponen Aksiologi
Komponen ini menumpukan kepada aspek nilai
guna sesuatu ilmu iaitu samada bernilai atau
sebaliknya, penting atau tidak penting, serta
baik atau buruk. Setiap manusia mempunyai
sistem nilainya yang tersendiri. Umumnya,
manusia berbolak-balik antara dua nilai iaitu
nilai kebendaaan atau nilai kerohanian.
Nilai ilmu boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu ilmu terpuji, ilmu tercela dan ilmu
neutral.
* Russel berpendapat falsafah berada di antara
teologi dan sains

Theology Philosophy science


Hubungan Falsafah dgn Ilmu dan Agama

Pengetahuan merujuk kepada hal-hal yang biasa yang


dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupan hariannya.
Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem
tertentu akan meningkat menjadi ilmu atau sains.
Ilmu dan sains hanya berusaha menjawab masalah
segera. Timbullah peranan falsafah untuk
menyelesaikannya.
Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara
spekulatif dan tidak meyakinkan, maka timbulah
peranan agama untuk memberikan jawapan.
Setiapnya diperlukan oleh manusia menurut kadar dan
skopnya masing-masing. Keperluan dalam bentuk
hubungan fungsian dalam menyelesaikan persoalan
tentang kemanusiaan dan kebenaran secara
keseluruhan.
Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai