Anda di halaman 1dari 28

USK1042

FALSAFAH ILMU
Bab 2
Sejarah Perkembangan Falsafah

2000 sebelum masihi 2015

Falsafah Islam
Falsafah Barat 600M-kini

Falsafah Cina 600SM-kini


600SM-kini
Falsafah India
2000SM-kini
Bab 2
Sejarah Perkembangan Falsafah Barat

Zaman Kontemporari
Zaman Moden 1900-kini

Zaman Pertengahan 1600M-1900M


400M-1600M
Zaman Awal
600SM-300SM
Sejarah Falsafah Timur
Sejarah Falsafah Islam
Pengenalan

http://wadsworth.cengage.com/philosophy_d/spe
cial_features/timeline/timeline.html#
Pendahuluan

 Terdapat empat tradisi besar iaitu sejarah


falsafah India, falsafah Cina, falsafah Barat
dan falsafah Islam.
 Tradisi sejarah falsafat Barat paling banyak
mempengaruhi perkembangan ilmu
falsafah masa kini.
 Sejarah perkembangan falsafah Barat
boleh dibahagikan kepada empat peringkat
umum iaitu Peringkat Awal (Ancient
Philosophy), Zaman Pertengahan, Zaman
Moden dan Zaman Kontemporari.
14
Peringkat Awal (600SM-300M)

 Falsafah Yunani dibahagikan kepada beberapa


peringkat perkembangan iaitu :
 1) Zaman Pra Yunani Kuno (zaman batu).
 2) Zaman Yunani Kuno (Thales (640 S.M), Heraclitus
(500 S.M), Pythagoras (570 S.M), Anaximander (547
S.M), dan Pythagoras (500 S.M).
 3) Zaman Keemasan Yunani. (Socrates (469 S.M), Plato
(428 S.M), Aristotle (384 S.M).
 4) Zaman Helinistik Romawi. Pada zaman ini
munculnya beberapa aliran iaitu stoisisme, epikurism,
skeptisisme, eklektisisme dan neoplatonisme.

15
Zaman Pertengahan (400-1500)

 Falsafah Zaman Pertengahan merujuk kepada abad 4 M


selepas kejatuhan Empayar Rom dan penutupan
Academi di Athens oleh Justinian I pada 529 M dan
berlanjutan sehingga abad ke-14 M.
 Ahli falsafah pada zaman ini mewakili tiga kelompok
agama utama dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian dan
mereka terdedah kepada karya Plato, Aristotle dan
Neoplatonist yang mempengaruhi dalam mentafsir
agama.
 Falsafah Zaman Pertengahan dibahagikan kepada tiga
zaman utama iaitu :
16
Zaman Pertengahan (400-1500)

Zaman Paderi (abad 4 – 9 M)


 - Ajaran-ajaran dari para paderi Gereja ini bersifat
falsafi-teologis, yang inti ajarannya ingin
memperlihatkan bahawa iman itu sesuai dengan fikiran-
fikiran manusia.

Zaman Skolastikisme (abad 10-13 M)

Zaman Kebangkitan pemikiran Averoisme (abad 13 M)

17
Zaman Pertengahan (400-1500)

Zaman Renaissance (1400-1600 M)


- Renaissance ialah zaman peralihan moden.
Manusia ingin mencapai kemajuan atas hasil usaha
sendiri tanpa campur tangan Ilahi.
- Zaman ini juga dikenali sebagai zaman penemuan
dan pembebasan. Tokoh-tokoh penting pada zaman
ini ialah Macchiavelli (1469-1527), Leonardo da
Vinci (1452-1519), dan Francis Bacon (1561- 1626).
 Zaman ‘antroposentrisme’ yang bermaksud pusat
perhatian pemikiran tidak lagi kepada kosmos
(zaman Yunani Kuno atau Tuhan sebagaimana
pada Abad Pertengahan.
18
Zaman Moden

 Bermula di Barat Benua Eropah pada abad ke-17 dengan


kemunculan aliran Rasionalisme. Tokoh-tokoh utama
dalam aliran rasionalisme adalah Rene Descartes,
Benedict Baruch Spinoza
 Pada abad 18, aliran empirisisme muncul. Antara tokoh
utama aliran ini ialah John Locke, George Berkeley dan
David Hume.
 Immanuel Kant berusaha menjelaskan bahawa
pengenalan manusia merupakan gabungan antara
keduanya. Pemikiran Kant telah melahirkan beberapa
aliran lain seperti falsafah Realisme, Idealisme dan
Positivisme.

19
Zaman Kontemporari

 Falsafah abad ke-20 tidak boleh dilabelkan


dengan nama tertentu kerana tidak dapat
dibezakan dengan jelas antara satu kumpulan
fahaman falsafah dengan kumpulan yang lain.
 Falsafah pada zaman ini boleh dibahagikan
kepada tiga aliran utama iaitu pendukung
falsafah Neo-Kantianisme dan Neo-Hegelisme,
aliran pragmatisme dan golongan realis.
 Perkembangan terakhir adalah munculnya
pelbagai aliran baru seperti vitalisme,
fenomenologi, eksistensialisme, falsafah analitis,
strukturalisme dan pasca-modenisme.
20
Sejarah Falsafah Timur

Falsafah Cina
 Sangat erat dengan alam dan masyarakat. Tema
khusus falsafah Cina adalah perikemanusiaan
atau ‘yen’ yang mempunya dua sisi iaitu Chung
(positif) dan Shu (negatif). Perkembangannya
boleh dibahagikan kepada empat period iaitu :

i) Zaman Kuno (600-200 SM)


 Pada zaman ini muncul pelbagai aliran pemikiran
klasik iaitu Konfusianisme, Taoisme, Mazhab Yin
Yang, Mohisme, Dialektisisme dan Legalisme.
21
Sejarah Falsafah Timur
ii) Zaman Pembauran (200SM – 1000M)
 Bermula dengan kemasukan Budhisme dari India yang
memberi warna baru kepada pemikiran falsafah Cina.

iii) Zaman Neo-Konfusianisme (1000-1900)


 Merujuk kepada gerakan yang ingin mengembalikan
ajaran Konfusius yang asal.
iv) Zaman Moden (1900 – sekarang)
 banyak dipengaruhi pemikiran Barat seperti aliran
pragmatisme. Pada tahun 1950, Cina dipengaruhi oleh
pemikiran Marx, Lenin dan Mao Ze Dong.

22
Sejarah Falsafah Timur

Falsafah India

 Berpaksikan keyakinan bahawa adanya kesatuan


fundamental antara manusia dan alam, dan
keharmonian antara individu dan kosmos. Orang
India bersahabat dengan dunia; dan bukannya
menguasai dunia.
 Falsafah India bercorak agama dan etika. Alam
pemikiran orang India terbuka kepada realiti ajaib
(magic religious) yang seharusnya dihormati
dengan korban-korban dan upacara-upacara.
23
Sejarah Falsafah Timur

Perkembangan falsafah India boleh dibahagikan kepada


empat period iaitu :
i) Zaman Veda (1500-600 SM)
ii) Zaman Wiracarita (600sm-200M)
iii) Zaman Sutra-sutra (200-Sekarang)
iv) Zaman Skolastik (200-Sekarang)

Secara keseluruhannya, falsafah India membawa


seseorang kepada realisasi cita-cita tertinggi dalam
agama dan kehidupan yang terkandung di dalamnya
empat ajaran iaitu kenyataan tertinggi, jiwa, karma dan
kelepasan.

24
Sejarah Falsafah Islam
 Falsafah Islam tidak seharusnya difahami sebagai lanjutan
tradisi falsafah yang mengadaptasi aliran Aristotelian-neo-
platoisme.
 Falsafah dalam Islam seharusnya difahami dari konsep-
konsep dalam pandangan alam Islam yang dipancarkan
oleh al-Quran.
 Nama falsafah Islam yang sebenarnya adalah hikmah.
Kronologi semenjak penurunan wahyu hingga
terbentuknya tradisi keilmuan dan intelektual Islam dapat
dibahagikan kepada tiga tahap sebagaimana berikut :
a) Tahap Penurunan Wahyu
b) Tahap Penjelasan Konsep
c) Tahap Kelahiran Struktur Konsep Keilmuan Islam

25
- Kegiatan awal pengkajian wahyu dan hadith dilanjutkan oleh
generasi berikutnya dalam bentuk yang lain.
- Ini bermakna umat Islam telahpun memiliki pemikiran falsafah
mereka sendiri sebelum bertemu dengan falsafah pemikiran Yunani.

 Falsafah Yunani hanya berperanan untuk memperkayakan lagi


tradisi falsafah Islam.

 Walaupun mereka mengambil manfaat dari pemikiran asing,


namun semuanya dilakukan secara berhati-hati melalui aktiviti
ilmiah seperti memberi komentar, kritikan, pengubahsuaian
terhadap pelbagai konsep dalam pemikiran falsafah Yunani .

 Justeru, akar falsafah Islam bukanlah falsafah Yunani tetapi


konsep-konsep kunci dari wahyu yang dijabarkan oleh hadith dan
dikembangkan oleh tradisi intelektual Islam.

26
Kesimpulan

Setiap tamadun melahirkan falsafahnya


yang tersendiri yang mewarnai
perjalanan pemikiran manusia.

27
Back cover
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai