Anda di halaman 1dari 18

USK 1042 FALSAFAH ILMU

AKSIOLOGI ILMU
Pengertian
• Aksiologi – Axiology = ‘axios’ + ‘logos’

• Perkataan Yunani – ‘axios’ bermaksud nilai (worth, value)

• Aksiologi – Kajian falsafah tentang nilai (philosophical study of ethics)

• Teori Nilai (Value Theory) atau Meta-etika (Meta-ethics)

• Ilmu yang mempelajari hakikat dan manfaat sebenar dari sesuatu ilmu
pengetahuan.

• Tumpuan kepada masalah etika dan estetika.

• Menyediakan panduan mengenai kaedah-kaedah yang seharusnya


diperhatikan dalam menerapkan ilmu ke dalam amalan.
Aksiologi: Nilai Ilmu

▪ Teori nilai mengkaji tentang nilai guna


sesuatu iaitu samada bernilai atau tidak
bernilai, penting atau tidak penting, serta
baik atau buruk.

▪ Pada dasar terdapat dua aspek nilai : nilai


kebendaan dan nilai kerohanian. Nilai ini
merupakan ukuran moral yang menjadi
asas pandangan / pegangan seseorang.
▪ Nilai kebendaan:
▪ Contoh - autoritarianisme (nilai kuasa mutlak),
hedonisme, utilitarianisme dan pragmatisme.

▪ Nilai kerohanian :
▪ Contoh – nilai agama, nilai moral dan nilai ilmu.

▪ Kedua-dua lapangan nilai ini tidak harus


difahami secara dikotomi.

▪ Manusia secara umumnya berbolak-balik atau


condong kepada salah satu dari nilai
kebendaan atau nilai kerohanian.
Pengaruh Nilai Dalam Ilmu

▪ Nilai intrinsik lebih utama daripada nilai


ekstrinsik (nilai instrumental).

▪ Nilai kekal lebih utama dari nilai sementara.

▪ Nilai produktif lebih utama daripada nilai


tidak produktif.
Kedudukan Nilai Dalam
Sejarah Tamadun Manusia
▪ Perbezaan tamadun telah mewujudkan perbezaan
tentang nilai dan kepentingan ilmu di tengah-
tengah nilai yang lain. Bahkan ia juga mewujudkan
ilmu yang berbeza-beza.
▪ Contoh : Tamadun Yunani Sparta sangat mementingkan
latihan fizikal dan ketenteraan. Tamadun China mementingkan
persoalan moral.

▪ Di Malaysia keadaan sudah berubah di mana


golongan korporat, artis atau sukan lebih
dimuliakan daripada golongan intelek atau ulama.
Bahkan di universiti, pengaruh diluar telah
menentukan bentuk kurikulum atau kursus yang
ditawarkan. Kerja-kerja keilmuan untuk kepentingan
non-akademik.
ILMU YANG TERPUJI
▪ Semua manusia umumya bersetuju tentang kepentingan
ilmu tetapi mereka berselisih pendapat ilmu mana yang
penting dan ilmu mana yang kurang penting.

▪ Dari segi realitinya, falsafah pendidikan yang dominan


dipengaruhi oleh aliran antitradisi seperti progresivisme,
liberalisme dan pragmatisme. Yang paling berpengaruh
di Amerika kini ialah pragmatisme. Ia menjadi satu dasar
kerajaan.

▪ Dunia Barat mengagungkan ilmu fizik atau alam tabii


iaitu ilmu empirikal dan rasional. Dasar pragmatisme
seiring dengan dasar utilitarianisme. Dasar pendidikan
menurut selera masyarakat atau menteri pendidikan.
▪ Sistem pendidikan negara turut menerima aliran
pragmatisme. Dirangka berdasarkan kepentingan
semasa atau trendy ; bukan kepentingan abadi.

▪ Zahirnya, pada masa kini nilai ilmu di universiti


ditentukan oleh nilai pasaran atau nilai gunanya,
berasaskan nilai pragmatisme atau utilitarianisme.

▪ Kenapa sesetengah bidang diutamakan?


▪ Contoh: ICT, pentadbiran perniagaan, dll

▪ Pengaruh dengan budaya hedonism?


▪ Pengenalan sains sukan (sport science) dan hiburan
(performing arts).
PERSPEKTIF ISLAM
▪ Ilmu wahyu lebih utama daripada ilmu
empirikal dan rasional.

▪ Ilmu yang berdasarkan wahyu terbahagi


dua iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu
kifayah.

▪ Ilmu fardhu ain wajib atas setiap muslim


ialah ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ia
menyelesaikan masalah asasi manusia.
▪ Ilmu fardhu kifayah ; tuntutan pelaksanaannya
adalah secara jemaah (berkumpulan)

▪ Ada keadaan tertentu ia bertukar menjadi


fardhu ain ke atas individu iaitu apabila dia
sahajalah yang memiliki kemampuan tertentu
yang tidak dimiliki oleh orang lain dan tidak
ada sebarang halangan bagi dirinya untuk
melakukan tugas tersebut

▪ Ilmu fardhu sangat luas dan mempunyai


syarat-syaratnya yang tersendiri.
▪ Dalam menghadapi krisis nilai dan kepentingan ilmu,
Islam mempunyai prinsip yang tersendiri tentang konsep
hierarki nilai.

▪ Dari segi hukum, konsep hierarki nilai berdasarkan


kepada prinsip al-Ahkam al-Khamsah (5 hukum) iaitu :
i) Wajib ii) Sunat iii) Mubah/harus
iv) Makruh v) Haram

▪ Pembentukan hukum Islam adalah berdasarkan kepada


prinsip maslahah umum manusia iaitu :
1) Daruriyat (keperluan asasi/terpenting)
2) Hajiyat (keperluan biasa)
3) Tahsiniyat (keperluan sampingan)
ILMU YANG TERCELA

▪ Dalam tradisi barat, ilmu dianggap sebagai


bebas nilai (value free). Kebaikan dan
keburukan hanyalah dari segi nilai guna dan
nilai praktikalnya.

▪ Cth – ilmu hitam boleh dianggap baik jika


digunakan untuk tujuan kebaikan.
▪ Ilmu mencuri - Robin Hood???
ILMU YANG TERCELA
▪ Dalam tradisi Islam, terdapat ilmu yang
dikategorikan tercela.

▪ Ia terbahagi kepada dua iaitu :


1) Lagha secara tegas (muhkamat) spt sihir & nujum.
2) Lagha secara syubhat (membawa kelupaan kpd
Tuhan).
TRADISI ISLAM
▪ Kayu ukur penilainya ialah percanggahannya dengan
aqidah, syariah dan akhlak.

▪ Imam al-Ghazali pernah menyerang ilmu falsafah dan


dan bidang sastera kerana pada zamannya kedua-dua
ilmu tersebut memberi mudarat kepada masyarakat.

▪ Ilmu syubhat zaman moden ialah ideologi falsafah


moden ciptaan Yahudi iaitu sekularisme, liberalisme,
nasionalisme, kapitalisme, sosialisme, evolusionisme
dan lain-lain. Ideologi ini menjadi asas kepada seluruh
cabang ilmu moden.
Nilai dan Ilmu
▪ Golongan 1 : Ilmu bebas nilai (value free).

▪ Golongan 2 : Ilmu sarat nilai (value-laden)

▪ Golongan 3 : Sebahagian ilmu bebas nilai


dan sebahagian ilmu sarat nilai.
▪ Ilmu adalah sarat nilai :

▪ Ilmu sains tabii dipengaruhi oleh aliran


empirisisme, evolutionalisme dll. yang boleh
menggugat iman dan aqidah umat Islam.

▪ Ilmu sains sosial dan kemanusiaan dipengaruhi


oleh pelbagai aliran ideologi.
▪ Contoh: Ilmu sosiologi di pengaruhi oleh aliran evolutionalisme,
freudian dll. Ilmu ekonomi di pengaruhi ideologi kapitalisme dan
sosiolisme. Ilmu politik dipengaruhi ideologi nasionalisme,
sekularisme, demokrasi, sosiolisme. Ilmu sains sukan dan seni
persembahan dipengaruhi liberalisme dan hedonisme dll.
▪ Para ilmuan sekular menekan
konsep bebas nilai pada ilmu

▪ Dari perspektif Islam, harus atau


tidak ilmu itu adalah berdasarkan
kepada prinsip aqidah, syariat dan
akhlak.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai